
Mula-mula sekali Mc nak ucapkan tahniah kepada PERKASA kerana pelancaran Perkasa Selangor di Dewan Serbaguna MPAJ, Hulu Kelang, semalam. Pelancaran yang gilang dan penuh semangat.
Mc melihat ayahanda Tun Dr Mahathir bertongkolok dan lengkap berbaju melayu bagaikan pendekar melayu yang bersedia untuk menerkam musuhnya.
Memetik apa yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir semalam mengenai parti-parti politik melayu yang tidak lagi memperjuangkan bangsa melayu kerana asyik sibuk berpolitik adalah satu perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian.
Nak baca ucapan Tun Dr Mahathir boleh klik kat sini
Ketika ini apa jua tuntutan bukan Melayu, sama ada beralas undang-undang, Perlembagaan atau perjanjian lalu, akan dilayan oleh kerajaan dan parti-parti berkenaan sehinggakan kepentingan dan sensitiviti orang melayu diketepikan.
Tidak salah apabila kita melayan tuntutan kaum bukan melayu, cuma biarlah berpada. Jangan sampai berlebihan. Jangan abaikan suara orang melayu. Mc sendiri mendengar bahawa hak orang melayu diabaikan.
Sehinggakan orang melayu memendam dan menunggu masa untuk protes. Suara-suara NGO melayu juga penting untuk didengar, walaupun bilanganya kecil tetapi ia mempunyai pengaruh yang cukup kuat.
Sebelum ini Tun Dr Mahathir telah memberi ucapan yang hampir sama, dengan menuding jari terus kepada PKR dan Pas atas perkara ini. Baca petikan akhbar dibawah.
KUALA LUMPUR, Jan 28 — Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menuding jari ke arah PAS dan PKR dua komponen Pakatan Rakyat dengan mendakwa kedua-dua parti berkenaan telah memecahbelahkan masyarakat hanya kerana kuasa.
Malah bekas perdana menteri itu juga berkata PAS dan PKR sebagai kumpulan serpihan daripada Umno yang bertanggungjawab kepada kerja-kerja menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu.
Ketika bercakap pada majlis “Bicara Perdana” di Perpustakaan Negara di sini, Dr Mahathir berkata adalah satu fakta sejarah Umno merupakan parti politik pertama yang bersatu dan melawan British untuk mempertahankan hak orang Melayu.
Disebabkan kerana perpaduan orang Melayu dalam menyokong Umno menyebabkan British keluar dari Tanah Melayu dan menggugurkan rancangan mereka untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua.
Menurut beliau golongan ulama yang keluar dari Umno pada 1950an telah menubuhkan PAS.
Ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati apabila tidak diberikan jawatan dalam dewan perundangan negeri dan persekutuan, kata Dr Mahathir.
PAS, sejak dari awal lagi merupakan golongan ulama dari Umno. Mereka kecewa kerana tidak dipilih menduduki dewan perundangan persekutuan dan dewan undangan negeri... ramai pemimpin Melayu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan berpendidikan dipilih dan mereka tidak gembira dengan perkembangan ini.
Jika anda dipilih, anda akan menjdi YB, dan anda akan dibayar RM300,” kata beliau.
Jelas beliau, golongan ulama ini kemudian menubuhkan sebuah parti itu agar mereka juga boleh bertanding.
Perpecahan di kalangan orang Melayu wujud kerana mereka mahukan jawatan. Itu masanya bila PAS ditubuhkan,” katanya.
Kemudian perkara yang sama berlaku dengan Keadilan, dalam juga pada parti Semangat 46 yang telah dibubarkan... semua ini adalah kumpulan serpihan Umno,” katanya.
Dr Mahathir juga mempertahankan kontrak sosial, perjanjian tidak bertulis antara orang Melayu dan bukan Melayu ketika kemerdekaan, dengan menekankan bahawa tanpa perjanjian sedemikian Malaysia tidak mungkin ditubuhkan.
“Jika tiada kontrak sosial, terma dan syarat membenarkan kewarganegaraan bagi bukan Melayu kemungkinan tidak wujud. Kira-kira sejuta rakyat asing diberikan kewarganegaraan ketika itu, katanya.-The Malaysian insiders
Mc sebagai orang melayu mengharap kerajaan dan pihak-pihak berkaitan, jangan lupa bahawa bangsa melayu juga penting dinegara ini. Jangan abaikan hak melayu. Jangan perkecilkan bangsa melayu, tanpa sokongan bangsa melayu, tak mungkin sebuah parti politik dapat menubuhkan kerajaan. Fikirkanlah!
MctHeory:
Ingat! Orang melayu memang suka diam dari bising, tapi sekali melayu bangkit! seribu tahun kesannya takkan hilang!


31.1.10
McTheory






































