Rabu, 30 Jun 2010

SIFAT TERSOHOR ANWAR! BILA BUAT SALAH TAK NAK MENGAKU!



Ini video lama, Mc post balik sebab saja nak ingatkan sifat tersohor Anwar. Anwar ni salah macam mana pun dia mesti taknak mengaku. Kes ni menjadi kes terlama dan terpanjang yang tertangguh dan tertunda. Lepas ni mungkin kes liwat dia pula yang akan pecah rekod. Dahsyat anwar ni, dia suka buat rekod. hu hu hu. .

MctHeory:
Reformasi! Reformasi ke reformasin! hu hu hu. .

NIK AZIZ SINDIR ULAMA UMNO!


Nampaknya puak-puak wahabi Pas seperti UlarMak Nik Aziz masih lagi tidak berpuas hati dengan kemasukkan 40 Ulama muda kedalam parti UMNO. Entah kenapa puak-puak Pas ini seperti berdengki atau takut fenomena Ulama menyertai UMNO akan terteruskan. Nik Aziz membuat kenyataan didalam blognya memandang sinis terhadap ulama yang menyertai UMNO dan bersimpati terhadap mereka.

Kata-kata Nik Aziz:
“Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati,” katanya dipetik dalam blognya

Tentang kenyataan Nik Aziz tu, Mc pun dah malas nak mengulas. Pembaca boleh baca mengenai pendapat dan teori Mc mengenai kesan kemasukkan Ulama Muda kedalam UMNO. Maka terjadi juga kesan sampingan terutamanya kepada Pas. Nak baca klik link tersebut!

Ulamak Kasi Pas tinggal Papan Tanda

Lagi Ulama Dijangka Masuk UMNO

Takutkah UMNO Kepada Pas

UMNO Kelantan Dekati Ulama Muda

P/s: Sekurang-kurangnya Ulama memilih UMNO dan bukan Pas. Pas pula semakin ramai tok-tok sami menyertainya. Bagus la tu, lepas ni ada jawatan Ketua SAMI Pas untuk Buddha pula.


MctHeory:
Sudah dalam jangkaan, Pas akan mengecam dan terus memberi tekanan kepada golongan Ulama supaya tidak menyertai UMNO. Ini cara orang TAKDAK Telur!




KANDANG BABI MEGA SELANGOR TETAP DITERUSKAN!



Blog Gerakan Anti PKR sekali lagi mendedahkan dokumen kandang BABI MEGA yang dahulu pernah dicadang kerajaan PR di Selangor sebelum ditunda atau ditangguh kerana mendapat penentangan dari pelbagai pihak. Cadangan pembinaan ladang babi mega pada april 2008 ini 'disenyapkan' seketika. hinggalah ia muncul secara senyap-senyap pada 2009. perhatikan kepada tarikh cadangan dan kelulusan dibawah.

DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR.
NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12)
NO MTES : 2/18/2009

KERTAS MESYUARAT EXCO MTESdaripada unit perancang ekonomi

CADANGAN KAEDAH PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK TUJUAN 'MODERN PIG FARMING' (MPF) DI MUKIM BATU, KUALA LANGAT.

1. TUJUAN
kertas mesyuarat ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan exco MTES berhubung cadangan kaedah pengambilan balik tanah bagi tujuan 'modern pig farming' (MPF) seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat.

2. LATAR BELAKANG

2.1 KEPUTUSAN MMKN 5/2009 BERTARIKH 11 FEBRUARI 2009

-meluluskan pengambilan balik tanah PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat dibawah seksyen 3(1) atau 3(1)(b) kanun tanah negara 1960 mengikut kesesuaian.

3. ULASAN PENGARAH TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR.

-ulasan yang berbahagia dato pengarah tanah dan galian negeri adalah seperti berikut.

-pengambilan tanah bagi tujuan modern pig farming (MPF) di mukim batu daerah kuala langat hendaklah mengikut akta pengambilan balik tanah 1960 (APT 1960)
-proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a) APT 1960 adalah tidak disokong memandangkan ppengambilan bagi projek tersebut tidak mengikuti kehendak seksyen tersebut iaitu bagi apa apa maksud awam.
-disyorkan proses pengambilan bagi projek tersebut dibuat dibawah seksyen 3(1)(b) APT 1960.

4. TINDAKAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI SELANGOR (MTES)
-exco MTES yang bersidang dipohon untuk menimbang dan meluluskan perkara berikut.

a) meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan tanah 1960.

b) task force MPF diminta menyatakan syarat kepada syarikat-syarikat yang berminat agar memasukkan kos pengambilan balik tanah didalam kertas cadangan masing-masing.

c)task force MPF diberi kuasa mengenalpasti individu yang mempunyai kepakaran didalam ternakan babi untuk dijemput sebagai panel penilai ke atas permohonan syarikat-syarikat yang berminat membangunkan MPF

d) pegawai daerah kuala langat akan meneruskan prosedur pengambilan balik tanah setelah kerajaan negeri memilih syarikat yang akan melaksanakan MPF.

5. SYARIKAT YANG BERMINAT MEMBANGUNKAN MODERN PIG FARM

1) PPAD INTERGRATED (M) SDN BHD
shah alam. tindakan mohd hanifah abdul latif

2) BEAUTY PROJECTS SDN BHD
batu caves. tindakan syed abdul jalil shah

3) INDUSTRIAL ENVIRONMENTAL ENGINEERING PTE LTD
singapura. tindakan tan keaw chong

4) CHOROEN PAKPHAND JAYA FARM (M) SDN BHD
pelabuhan klang. tindakan ng kui chong

5) NUMAC MACHINERY SDN BHD
petaling jaya. tindakan chong tim

KEPUTUSAN KERAJAAN SELANGOR PADA 1 JULAI 2009.

CABUTAN DARIPADA KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KE 22/2009 YANG DIADAKAN PADA 1 JULAI 2009 YANG TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE 23/2009 PADA 22 JULAI 2009.

5.3.4 KERTAS EXCO MTES NO :2/18/2009

cadangan kaedah pengambilan balik tanah untuk tujuan modern pig farm (MPF) di mukim batu daerah kuala langat.
daripada : seksyen sektoral UPEN

(R)508/12 jld. 3(12)
IPK SEL (R) 505 jld. 145 (10)

majlis mesyuarat kerajaan negeri telah menimbangkan dan bersetuju meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan balik tanah 1960 dan kos pengambilan dimasukkan dalam model kewangan syarikat seperti syor di para 6 kertas ringkasan.

majlis mesyuarat kerajaan negeri juga bersetuju enakmen berkaitan ternakan babi dipinda.

tindakan : timbalan setiausaha kerajaan negeri (pembangunan), pengarah PTG, pentadbir daerah kuala langat,timbalan pengarah seksyen sektoral UPEN.

MctHeory Mengulas:
Nampaknya projek babi Selangor sudah diluluskan dan boleh berjalan bila-bila masa sahaja. Apa nasib perkampungan melayu yang begitu hampir dengan Kandang babi mega ini? patutla Dap masih mahu Khalid Gagap dikekalkan sebagai MB. Masih ada kerjanya yang tertangguh. Nampaknya, habis la orang melayu!

MctHeory:
Malaysia akan menjadi pengeksport babi terbesar di Asia!

ANJING UPAHAN ANWAR SUDAH KENA HENTAM! HE HE



Kenal ke pembaca pada si tukang komen Lord Ried?, dimana setiap blog pro-UMNO mesti si babis upahan yang berlagak ALIM dan memberi KOMEN yang betul-betul melambangkan dakwah Pas iaitu lucah dan dakwah! he he he. . semestinya itu trademark Pas dari sejak azali lagi. he he he. .Ala baca la sendiri, si babis ni kena dengan anon dari PaPa GoMo punya kotak Komen. he he he. .

lord ried June 24, 2010 12:26 PM
ALOO BEWAK PEJUANG MELAYU........

MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG TERMELIA DI DONIA. TADAK BANGSA LEIN YANG LEBIH MELIA DARI BANGSA MELAYU. DAH DITAKDIQKAN BANGSA MELAYU PILIHAN ALLAH.

SAPA2 YANG MENGHINA BANGSA MELAYU BULIH JADI MURTAD. ALLAH TAK SUKA MANA HAMBA DIA DOK HINA BANGSA MELAYU.

SAPA2 YANG HINA ISLAM, BULIH PAHALA. SABIK TU LA TUN MAHDIAQ DOK HABAQ NABI SIMPAN JANGGUT SABIK MASATU TADAK GILLETTE. BETUI JUGAK KATA MAHDIAQ SABIK ORANG ARAB MASA TU, BULU PELIAQ DEPA PON SAMPAI MELERET KELUAQ JUBAH PANJANGNYA SABIK TADAK PEKAKAS NAK POTONG BULU PELIAQ TU.

BANGSA MANA BULIH CELENG NGAN BANGSA MELAYU.....SAPA BULIH WAT JALUQ GEMILANG TERBESAQ DI DONIA YANG TOK MAT TEMPEK KAT BANGUNAN ANGKASA PURI TU.

MAKNUSIA, KALU DEPA MENGAKU MELAYU, MISTI KENA RASIS NGAN MELAYU. SAMPAI DALAM SUMA SEGI MELAYU TAKLEH DILUPAKAN.

TAHU KA...SABIK APA MELAYU TU SANGAT MELIA, TAK LEIN DAN TAK BUKAN SABIK PARTI BEWAK LA. PARTI BEWAK NI DEPA TAK KIGHA ASALKAN MELAYU BULIH DOK ATAIH DAGHI BANGSA LEIN. ORANG YAHUDI HABAQ BANGSA YAHUDI ADALAH BANGSA PILIHAN ALLAH. PARTI BEWAK DOK HABAQ MELAYU LEBIH MELIA. BIAQ LA DEPA SAMA2 BEWAK DOK BALAH NAK MEMELIAKAN BANGSA MASING2.

" ORANG YANG MELIA DI SISI ALLAH BUKAN ARAB DAN BUKAN ARAB TETAPI ORANG YANG BERTAQWA" - AYAT

KALU LA NABI MUHAMMAD NI ORANG MELAYU.......FUUUHHHHHHH BERTAMBAH MELIA LA MELAYU. MELAYU AKAN LEBIH DIMELIAKAN OLEH BANGSA2 LEIN SAMPAI SANGGUP BASUH BEGHAK ORANG MELAYU.

* ABANG MELAYU JUGAK....TAPI JENIH TAK SEMELIA MELAYU PARTI BEWAK.

he he he
gurau ngan melayu termelia di donia.


Komen Balas dari Anon. .

Anon June
Ekau bangang ko apo reid !!!

Budak Melayu kurang cerdik ekau canang satu dunio ... Kohilal rugi ekau buat sonyap sampai blggers pro UMNO bongkar ... tu lagi jahat tu! pakai namo islam tapi perangai tobat macam abu lahab abu jahal.

Nilah kojo orang munafiq, orang fasiq... cakap bedegau degau, bawah kapet rumah ponuh sampah, sapu sampah bawah karpet, tak ko kojo bodoh tu !

puak puak ekau tu dah makan balik sumpah haji hadi. ugamo suku politik 3/4. kojap boleh dengan DAP, lopaih tu tak boleh, lopaih tu boleh, ekau ni gilo ko apo !

Ekau mengato orang, tapi puak ekau tu bawa lari anak daro orang nikah di soborang, bangang tu !

samolah jugo dongan husam musang ekau tu bagi 4 juto buat fitnah. mulo tak ngaku lopaih tu ngaku, eh bangang betul puak PAS ni, cakap sosodap puak munafiq.

padanlah muko tu dongan kiparah dah hinggap atas sorban sorban kotor PAS.

he he he
gurau dongan puak2 babi DAPig..


Sumber Operation Island Shield

MctHeory:
Terkedu tak kerkata, sedap hingga menjilat jari..huhuhu. .

Selasa, 29 Jun 2010

KENANGAN: TUN DR MAHATHIR HENTAM ANWAR!



Siapa yang belum lihat video ini, WAJIB TENGOK! Video Tun Dr Mahathir buat 'come back' masuk UMNO.

MctHeory:
BOH TUN BOH!

KENAPA TUN DR MAHATHIR TOLAK HUKUM HUDUD PAS?!


PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

Komen Pisau:

Jika inilah tuntutan PAS,ternyata mereka sudah lari dari Hudud asal dan ini hanyalah Hudud versi PAS dan bukan Hudud yang sebenar. Patutlah dengan mudahnya Nik Aziz dan Hj Hadi berkata Hudud menjadi persoalan kedua buat masa sekarang.Rupanya hudud versi PAS ternyata mempunyai kelemahan dan kezaliman yang ketara.

Jika mereka betul betul ikhlas,carilah jalan bagai mana mahu menegakkan hukum hudud yang adil dan saksama.bukan hanya menjalankan hukuman terpilih(untuk orang islam sahaja).


Tun Mahathir telah memperhalusi tuntutan PAS,dan jelas terpaksa menolak Hudud versi PAS kerana tuntuntan Hudud mereka tidak lengkap dan benar benar tidak memberi keadilan.

Jika hudud PAS tak boleh pakai,apa lagi yang mahu diperjuangkan oleh PAS? Dan kenapa mereka tidak meneruskan kajian agar hukum hudud yang lebih adil dan dapat diterima oleh kerajaan persekutuan.

Di mana keikhlasan PAS untuk memperjuangkan Hudud?

Wajarnya kita sebagai seorang Islam, wajib patuh pada segala arahan Allah. Sesungguhnya hukum hudud bukanlah untuk menyeksa atau menzalimi umat Islam, tetapi ia sebagai pengajaran. Sekiranya benar-benar fahami, pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu-satunya cara untuk melaksanakan undang-undang Islam sebaliknya masih ada khazaf-undang2/hukuman yang digunapakai oleh pemerintah selain daripada hudud. Dan pelaksanaan hukum hudud bukanlah semudah ABC, berat syarat2 dan sekiranya tidak menepati syarat2 hukum hudud, laksanakan hukum khazaf. tak timbul isu mengatakan Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan hukum hudud, kerana Islam itu sesuai pada setiap masa, zaman dan di mana-mana.

Kenyataan Saudara ANWAR IBRAHIM semasa ceramahnya di Kuala Terengganu

"Menurut IMAM SHAFIE perkara yang pertama yang perlu menjadi asas kepada membentuk hukum HUDUD adalah sesebuah negara itu perlu membangun dan sudah mencapai taraf maju."

Sumber Pisau.Net

MctHeory:
UMNO tak tolak hudud, tapi Pas yang mainkan Hudud.

UMNO TIPU ULAMA? SIAPA YANG TIPU SIAPA NI?


Perhatikan gambar diatas, adakah Ulama muda yang menyertai UMNO ini, sedang menundukkan mukanya? Baca artikel dibawah!


Macam-macam ada. .bila UMNO umumkan ada 40 Ulama Muda masuk UMNO pada 4 hari yang lepas. Tiba-tiba wujud dakwaan mengatakan mereka tertipu dan diperangkap supaya mengaku masuk UMNO. Baca kenyataannya dalam Harakahdaily dibawah.



Salah seorang daripada mereka, Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid, 27, (gambar) dari Sungai Buloh berkata demikian ketika berucap menafikan perkara itu di majlis Pentas Pemuda Pakatan Rakyat anjuran Pemuda PAS Shah Alam di TTDI, dekat sini malam tadi.

“Kami dibawa masuk melalui bangunan sebelah Mall, naik escalator, pusing-pusing tiba-tiba sudah berada di dalam Bangunan Umno di PWTC, diminta beratur menyambut Najib datang dan bersalaman, ketika itu gambar diambil bertalu-talu.

“Kemudian diumumkan kepada media bahawa inilah 40 ulama muda yang menyertai Umno, benar ada yang menyertai Umno tetapi ramai yang tertipu melihat kepada reaksi mereka yang asyik menunduk sahaja,” jelasnya ketika ditemui selepas berucap pada majlis itu.


Itu kenyataan dari Hosni yang kata ditipu, Ini jawapan balas dari Fathul Bari Ulama muda yang mengetuai rakan-rakannya menyertai UMNO.

Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahaya - antara 40 ahli agama yang menyertai parti itu - menafikan terdapat antara mereka yang 'diperdaya' bagi menghadiri majlis serahan borang keahlian kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Menurut Fathul, pihak mereka, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai pengelola majlis itu tidak pernah mengundang Hosni Mubarak Abdul Hamid bagi tujuan itu.

"Beliau (Hosni) tiada dalam senarai kami,"

Fathul pula ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata pihaknya masih hairan dengan kehadiran Hosni dan rakan-rakannya.

"Kami tidak tahu siapa jemput," jelas anak bekas mufti Perlis itu.

Katanya, penafian pihaknya hari ini "bukanlah soal masuk Umno atau tidak" tetapi sebagai ulama, Hosni tidak harus membuat kenyataan sebegitu.

"Kami juga mahu nama Shahidan dibersihkan (daripada tuduhan itu)," kata anak kepada Mat Jaya Hussin yang berkhidmat sebagai mufti dalam era kepimpinan Shahidan di Perlis.

Mempersoalkan tindakan Hosni itu, Fahtul berkata: "Kalau ditipu, kenapa tidak balik terus? Kami tengok selepas program masuk dok makan.".
- Mkini.

MctHeory:
Nampaknya Pas masih belum puas menganggu gugat UMNO dengan hal-hal sebegini. Mc tak kenal siapa si Hosni ni, cuma Mc harap dia tak 'dibeli' untuk memburukkan UMNO. Al-maklumlah, zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi ye tak. Tambahan lagi geng Ulama Terompah, beli kek pun sampai beribu, inikah pula beli orang. Kalau UMNO punya pasal, beli orang pun kira boleh, ye takk?

Kalau dilihat pada kedua-dua kenyataan, Hosni lebih disifat menyembunyikan sesuatu. Kerana, jika seseorang ditipu untuk datang ke majlis, mungkinkah dia akan terus mengikuti majlis dan makan bersama-sama PM diakhir majlis tersebut? Masalahnya sekarang, siapa yang tipu siapa? UMNO tipu Hosni, atau Hosni dan Pas tipu rakyat Malaysia?

MctHeory:
UMNO punya pasal, fatwa tipu pun boleh Syurga!

GOSTAN: KALIMAH ALLAH HAK KRISTIAN - ANWAR IBRAHIM

Tengok dulu video ni, kemudian baca artikel dibawah:



MctHeory:
Sesumpah berupakan manusia sedang mempertahankan kenyataannya yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan Kalimah Allah dalam kitab Bible. Apa punya turr.. Sedangkan Ustaz Harun Din sendiri mengatakan bahawa, siapa yang menyokong Kristian dalam hal Kalimah Allah ni dia sudah kufur dan menyesatkan.

"Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka. Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama.

Saya kesal terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik tertentu yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan. Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama. Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran".*
- Ustaz Harun Din.

MctHeory:
Nampak sangat fatwa ni amat sesuai dan kena pada anwar. Sememangnya anwar ni dah jauh dari kufur dan dah terlebih sesat dah.

Isnin, 28 Jun 2010

UMNO KELANTAN DEKATI ULAMA MUDA!


Selepas UMNO berjaya memikat golongan bijak pandai agama supaya memperkasakan UMNO. UMNO Kelantan mengambil peluang ini untuk membuat program mendekati Ulama-ulama muda supaya menyertai UMNO. Baca berita dari Sinar Harian.

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pihaknya kini berusaha mendekatkan diri dengan golongan ulama muda di negeri ini dan berusaha menarik mereka menyertai UMNO.

Mustapa berkata, senario yang berlaku jelas menunjukkan ulama muda kini tidak lagi melihat Pas sebagai wadah perjuangan kelangsungan politik mereka dalam membawa Islam ke tempat sewajarnya.

"Kita akan dekatkan diri dengan ulama ini dan pelajar yang baru pulang dari Timur Tengah. Kemasukan mereka ke dalam UMNO adalah sangat penting kerana ulama muda ini ada pengaruhnya yang tersendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Bharu di sini, semalam.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, berdasarkan situasi kini, lebih ramai golongan ulama akan menyertai UMNO tidak lama lagi
.- sambung baca sini

Memang sepatutnya UMNO Kelantan mengunakan kesempatan ini untuk mengempur kubu musuh dan mendekati golongan Ulama muda yang masih terpengaruh dengan helah dah tipu daya Pas. Mesej ini bukan hanya tertumpu kepada UMNO Kelantan sahaja. Kesemua UMNO Negeri juga harus bangun mainkan peranan kerana somboyan perang sudah dibunyikan oleh Ds Najib. Takkan nak tidur lagi, cukup-cukuplah tu. .

MctHeory:
Bulan Pas sudah mau gerhana, UMNO harus lebih sedia!

HARAMKAN KARTUN ZUNAR! JIJIK DAN HINA!

Muka Badigol UNTA yang dok makan duit haram dengan katun haram ni!


Contoh-contoh kartun yang menghina pemimpin negara dan bekas pemimpin!




Relevankah kerajaan membiarkan kartun sebegini terbit dipasaran dan dibaca oleh masyarakat Malaysia? Fikir la sendiri!


Bodoh punya manusia! Dia ingat dengan melukis kartun yang kononnya buat lawak syok sendiri, boleh cari makan mudah. Cuba kita lukis kartun bapak dia kena liwat, hina ahli keluarganya, agak-agak dia marah tak! Ada pula puak-puak Pakatan Haram ni yang menyokong tindakan Zunar melukis kartun yang jelas menghina PM dan pemimpin negara yang lainnya. Mungkin mereka menyokong kerana perkara ini tak kena batang hidung sendiri, jika kena batang hidung sendiri, Mc percaya mereka juga akan melenting.

Mana ada negara yang membenarkan pemimpin utama negara dikutuk dan dihina sebegitu rupa. Mungkin di Amerika benarkan, cuma di Amerika. .mereka hanya berlagak kononnya demokrasi, cuba di negara lain, tindakan yang sama juga akan dilakukan. Malah syarikat penerbitan akan teruk dikerjakan oleh kerajaan pemerintah. Tak payah jauh-jauh la, cuba tengok Singapura la, demi menjaga kesejahteraan rakyat kepada pemerintah, mereka menyekat apa saja bahan atau media yang cuba memesongkan pemikiran rakyat kepada kerajaan.

Mc percaya kalau Pakatan jadi kerajaan pun mereka akan buat begini. Kerana Malaysia adalah negara yang berbilang kaum, sepatutnya media dan bahan bacaan perlu dipantau untuk mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku. Jika sayangkan rakyat, lakukan yang terbaik untuk keamanan negara, jangan pedulikan beruk-beruk Pakatan yang hanya tahu memekik terlolong tanpa tahu berfikir.

Tindakan KDN merampas dan tidak memberi lesen penerbitan kepada Zunar adalah tepat. Cuba Mc hairan, masih banyak buku-buku yang tidak sepatutnya terbit dipasaran TELAH pun terbit. Kini buku-buku tersebut menjadi duri dalam daging kerajaan Malaysia. Harap KDN dapat memantau kehadiran buku-buku haram ini dengan lebih pantas.

MctHeory:
Jangan kasi peluang puak-puak ni, hentam aje!

BENARKAH JUDI HAK BUKAN ISLAM?! - DR. RIDHUAN TEE



Kupasan dan ulasan yang menarik dari seorang pendakwah bebas yang amat terkenal di Malaysia. Pengalaman beliau mengkaji pelbagai agama demi mencari kebenaran digunakan sebaik-baiknya dalam penulisan beliau. Beliau juga pernah teruk dikutuk oleh Dap serta pakatan haram kerana isu teoh beng hock dan isu-isu lain. Hingga digelar ustaz proksi UMNO. Baca hasil tulisan Dr. Ridhuan Tee mengenai isu judi, yang dikatakan hak kepada bukan Islam. Post ini bukan untuk menghina sesiapa, cuma kita perlu mengkaji terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai sesuatu. Baca di bawah!

Albert Einstein pernah berkata, "God does not play dice with the universe." If God isn't a gambler, are his followers? Kata-kata ini membuatkan saya amat teruja dengan kenyataan mengenai judi yang dikatakan adalah hak orang bukan Islam. Persoalannya, dari sumber manakah fakta tersebut diperolehi? atau kenyataan tersebut sekadar mahu mengambil hati atau menjaga hati orang lain? Kita tidak seharus membuat generalisasi bahawa amalan budaya sesuatu kaum merupakan hak mereka, tanpa merujuk kepada sumber asasi atau berautoriti.

Jika kita tidak rajin membaca, sekurang-kurangnya tanyalah mereka lebih arif serta pakar, seperti pakar perbandingan agama atau sami Buddha, Hindu, paderi Kristian dan sebagainya. Jangan cakap ikut sedap mulut tanpa fakta yang kukuh, takut nanti diketawa orang. Budaya merujuk pakar perlu ada dalam melahirkan masyarakat yang maju, berilmu dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Sedarlah, kita tidak akan tahu semua perkara. Dengan sebab itu, kita mempunyai pengkhususan bidang masing-masing. Lebih baik bercakap mengikut bidang. Apatah lagi menyentuh sensitiviti agama. Lebih menyedihkan, kadang-kadang yang jahil murakabpun mahu bercakap. Akibatnya, makin banyak cakap, makin terserlah kelemahan. Ini memberikan ruang dan peluang untuk mereka yang ingin mengambil kesempatan menangguh di air keruh, terutama ultra kiasu dan sekutunya.

Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi. Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang turut sama tidak dihalalkan seperti arak, zina, pelacuran, pergaulan bebas, seks bebas, jenayah, bunuh diri dan sebagainya. Alangkah hinanya sesuatu agama, jika ada yang berpendapat judi dan perbuatan yang disebutkan itu adalah dibolehkan.

Justeru, tidak hairanlah semua agama mengharamkan judi. Ia dikategorikan sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33, pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman's Code of Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII.54, pandangan Hindu dalam Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ethics_s.htm).

Tidak ketinggalan, amalan judi juga diharamkan dalam agama Yahudi. (http://www.beliefnet.com/News/2003/01/Does-God-Play-Dice.aspx). Istilah-istilah moden yang merujuk kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot, dan judi bola sepak, menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa. Jadi, dimanakah hujah untuk menghalalkannya. Sila layari http://gospelway.com/morality/gambling.php. Saya merasa pelik kenapa kita takut untuk berkata benar. Saya memuji langkah Pemuda UMNO yang begitu tegas menolak tindakan menghalalkan judi. Ini selaras dengan gagasan 1Malaysia.

Namun, jangan pula kita terpengaruh dengan agenda dan propaganda negeri ultra kiasu yang awal-awal lagi membuat gimik mengharamkan judi. Sebenarnya mereka mahu meniru negeri ultra kiasu di selatan Johor, yakni membuka kasino terbesar di Asia sebagai sumber pendapatan. Cuma masa masih tidak mengizinkan. Mereka masih belum mendapat apa yang dicitakan. Jika mereka sudah dapat, saya yakin gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz akan dibuang entah ke mana.

Persoalannya, kala agama lain bersependapat dengan kita, kenapa kita pula bertindak melawan arus mahu menghalalkan judi bentuk baru ini? Saya tidak nafikan ada sedikit kebaikan yang dibawa jika ianya dijalankan mengikut lunas undang-undang, sekurang-kurangnya tidak wujud lagi penjudi-penjudi haram.Persoalannya, adakah kita yakin dengan membenarkan operasinya, segala masalah akan dapat diselesaikan?

Pada hemat saya, yang haram tidak boleh disahkan, kerana implikasi haram akan menerbitkan keputusan yang haram juga. Logiknya mudah, bila halal + halal, jawapan halal tidak ragu-ragu lagi. Namun, jika haram + halal, jawapannya masih lagi haram. Jika tidak harampun, ia akan menimbulkan sangsi dan was-was. Apatah lagi jika haram + haram, sudah tentu menjadi lebih haram.

Justeru, oleh kerana tidak ada satupun agama yang membenarkan judi, eloklah kita fikirkan semula bagaimanakah kesannya, jika ianya dibenarkan atau dilesenkan.

Berasaskan pengalaman saya ketika tidak Islam dan pernah berjudi secara haram, judi langsung tidak mendatangkan kebaikan, malahan akan menimbulkan ketagihan walaupun judi itu tidak boleh dimakan, rasa tidak puas hati akan menimbulkan ketagihan. Apatah jika menjadi sumber rezeki, seterusnya menjadi darah daging.

Saya tidak pernah lihat ada taukeh judi yang bankrap atau jatuh miskin disebabkan oleh perniagaan haram ini. Yang jelas, rata-rata masyarakat atau rakyat menjadi mangsa. Sudah tentu ia bercanggah dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Dilihat dari sudut mana sekalipun tidak ada satupun kebaikan hasil perjudian. Menang sekali setelah ratusan kali dan ribuan kali kalah. Judi telah mengakibatkan penderitaan dan reputasi seseorang. Soal mereka masih melakukannya, sehingga menjadi amalan hidup, itu adalah soal individu. Adalah tidak wajar dikaitkan dengan peradaban dan agama mereka sehingga kita sanggup mengatakan bahawa ia merupakan hak mereka, tidak boleh diganggu-gugat.

Kadang kala saya tidak faham kenapa kita begitu cepat melatah dengan membuat kesimpulan? Apa niat dan matlamat kita sebenarnya? Apakah kita pernah membuat kajian kesan judi terhadap kehidupan seseorang? Sebelum memeluk Islam, saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bahana judi. Ada yang terpaksa melacurkan isteri kerana kalah berjudi kerana tidak dapat melangsaikan hutang judi. Tidak kurang pula yang membunuh diri. Ada juga yang sanggup menggadaikan harta benda dan tanah pusaka. Bapa saya sehingga ke akhir hayatnya, meninggal dalam keadaan terkilan dengan tindakan anaknya yang sanggup menggadaikan tanah pusaka kerana kalah dalam perjudian.

Justeru, apakah altenatif kepada penjudi-penjudi ini. Pada saya, cukuplah dengan apa yang telah ada. Tidak perlulah ditambah lagi. Jika dapat dikurangkan dan dihapuskan lagi baik kerana tidak ada agama yang menyetujuinya. Jangan mengundang bala, takut-takut nanti dimurkai Tuhan. Tatkala itu, mereka yang mengharamkan judi atau tidak pernah berjudipun akan terpalit sama kerana bala Tuhan tidak mengenal tempat atau orang tertentu sahaja.

Tsunami yang melanda tidak hanya kena pada mereka yang engkar dengan Tuhan, tetapi melibat ramai orang baik yang tidak berdosa, termasuk rumah ibadat seperti surau dan masjid. Janganlah kita anggap, jika bala turun ia hanya akan kena pada mereka yang melakukan maksiat sahaja.
Saya yakin kepimpinan negara kita akan melihat perkara ini dengan serius. Biarlah mereka yang berjudi haram ditangkap polis. Sekurang-kurangnya kita dapat memberikan mereka pengajaran daripada terus berjudi seumur hidup.

Kajian yang dibuat ke atas bandar-bandar utama di Amerika Syarikat seperti Washington, Minnesota, Mississippi, California, Colorado, Connecticut, Las Vegas, Wisconsin dan sebagainya, menunjukkan bahawa apabila pusat judi dibuka, kadar jenayah dalam pelbagai bidang meningkat serta merta sehingga 500 peratus.

Menurut John Curran, kadar jenayah ragut, rogol, rompak, serangan dan bunuh meningkat mendadak apabila kasino dibuka. Statistik Federal Bureau of Investigation (FBI) mempamerkan, kadar jenayah daripada 1000 orang penduduk meningkat daripada 134.3 pada tahun 1978 kepada tahap menakutkan iaitu 450.3 pada tahun 1988. Hujah ini diperkukuhkan lagi oleh kajian Keith Copher, Ketua Penguatkuasaan, Lembaga Pengawasan Judi, Nevada, yang mendedahkan antara 450-500 pekerja ditangkap setahun kerana terlibat dalam aktiviti perjudian haram dalam satu daerah.

Menurut Schaff, Counselor for the Department of Corrections in Wisconsin "In the most desperate phase of compulsive gambling, they will do anything to gamble," "They start stealing money from their spouses, family . . . they'll get money anyhow, anywhere. They'll do forgeries, embezzlements, thefts. It's mostly white-collar crime."

Tidak ketinggalan, judi turut menjejaskan kadar percukaian negara. Menurut Tom Grey, President of National Coalition Against Legalized Gambling, "We have studies that show for every dollar you bring in gambling revenue, you'll lose $1.90 in costs to the taxpayer," he said. It's as simple as ABC, "the addiction, the bankruptcy, the crime and corruption that you already have will just multiply with this expansion." … "If you're not fighting it, it's like cancer and will metastasize and take you over,". Sila rujuk http://www.citizenlink.org/FOSI/gambling/cog/A000002180.cfm

Semua bukti ini menunjukkan bahawa perjudian langsung tidak mendatangkan kebaikan kepada negara, patah lagi kepada individu yang terlibat. Justeru, tunaikan hak semua agama dan hak rakyat untuk mendapatkan kebaikan dan hidup aman damai. Saya yakin ia bertepatan dengan amalan gagasan 1Malaysia. Saya juga yakin masyarakat Islam akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pentadbiran yang ada pada hari ini jika kita bertegas.

Keseriusan ini lebih baik daripada melayan pandangan dan tuntutan pemuda MCA, seperti Ka Siong yang membangkitkan isu pemberhentian penghantaran pelajar-pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) keluar negara bagi lepasan SPM. Beliau mempertikaikan apakah MARA akan mengambil tindakan yang sama. Kita amat faham akan maksud tersurat dan tersirat sebab pelajar-pelajar MARA adalah orang Melayu. Dalam kepala beliau hanya bangsa, bangsa, bangsa, bukan soal negara yang lebih utama. Ultra kiasu sungguh. Lebih baik join sahaja parti ultra kiasu itu, baru senang cerita. Janganlah menjadi duri dalam daging dalam Barisan Nasional. Pernahkah parti-parti komponen Sabah Sarawak bangkit isu ini, walaupun mereka lebih berhak. Jawapannya tidak, kerana mereka memahami inspirasi dan aspirasi sejarah negara.

Apakah universiti tempatan terlalu lekeh untuk menempatkan pelajar-pelajar cemerlang ini? Jika begitulah keadaannya, tidak payahlah bersusah payah meminta kerajaan memberikan tanah dan bantuan untuk mendirikan Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan sebagainya. Lebih baik hijrah universiti ini keluar negara. Kita mahu melihat adalah mereka mampu bertahan atau tidak untuk menjadi universiti yang berkualiti.

Kenyataan ini tidak sepatutnya keluar daripada seorang yang berjawatan dalam barisan kabinet kerajaan. Biarlah yang menyalak itu pemimpin mereka yang kononnya mempunyai moral yang tinggi. Barulah tidak menjadi duri dalam daging. Bertindaklah ada dasar apa yang benar, apa yang salah, bukannya menegakkan benang basah dalam lingkungan etnik yang sempit. Kita tidak akan ke mana-mana.


Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Pusat Pengajian Umum dan Bahasa, UPNM merangkap Setiausaha Agung DPIM. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

MctHeory:
Nampaknya tindakan Ds Najib yang tidak meluluskan lesen judi bola adalah tepat. Suara rakyat harus didengar. Judi punca segala masalah!.

Ahad, 27 Jun 2010

AZMIN TERAJU PKR SELANGOR GANTI KHALID!



Berita mengejutkan dan telah dijangka, iaitu Azmin telah mengantikan Khalid gagap untuk meneraju PKR di Selangor! Baca berita dari Malaysiakini!

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri.

"Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.

Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.

Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR
. - Sambung baca sini

MctHeory:
Menurut Anwar, ini bukan salah satu cara untuk mengulingkan Khalid dari menteri besar Selangor, ini hanya memudahkan Khalid supaya menumpukan perhatian kepada kerjanya. Azmin akan lepaskan jawatan Ketua PKR Wilayah kepada Zaid, dan akan menumpukan perhatian kepada Selangor dan membantu Khalid.

Itu kata Anwar la, kalau ikut firasat Mc, dok nampak Khalid jadi MB Selangor dah tak lama dah. Mau ada silap dua tiga kali lagi, Azmin pun naik la jadi MB. Selamatlah lani Dap dok sayang lagi kat Khalid, yela sebab Khalid ni bodoh boleh dipergunakan oleh Dap. Kalau ikut hati Anwar, mau Azmin dah naik dah jadi MB. . he he he. . Nasib la kau gagap!. .

MctHeory Kata Lagi:
Alaa. .Selangor ni, BN bagi pinjam kejap je, nanti kita ambil balik ler. . jangan gaduh-gaduh!

KISAH SEBENAR TANAH KTMB DI SINGAPURA!


Tahukah anda punca dan sejarah kenapa Singapura keluar dari Malaya? Apa punca dan kenapa Ds Najib berbincang dan bersetuju untuk memajukan tanah KTMB di Singapura? Kalau tak tahu tanyalah, atau cari maklumat yang tepat, jangan sampai jadi macam Chugubard, bodoh tak bertempat! Blog Pisau menjawab segala fitnah Ghegu'LUMBU'bard ni. Baca dibawah:

Chegubard telah mengeluarkan kenyataan media pada 25/6 klik sini, dalam kenyataan tersebut amat jelas cara penceritaan dan gebang putar belit fakta,telah memperbodohkan orang ramai yang kurang pengetahuan sejarah ,isu dan fakta sebenar.

Kenyataan media beliau bagaikan anjing menyalak didepan cermin. Lagi kuat menyalak,lagi terasa hebat kononnya kenyataan beliau punyai "substance dan berfakta tulen".

Dalam kenyataan media tersebut,sudah awal awal lagi beliau telah menyuap najis fitnah dan melambangkan tahap kebodohan dan buta sejarah seorang yang bergelar bekas guru.

Kerajaan Tanah Melayu digambarkan sebagai rejim.hinggakan menuduh dari dulu sudah mengadai kedaulatan negara kerana kehilangan Singapura.

Dalam isu ini Pisau melihat betapa jahil dan ceteknya pemikiran dan tahap pengetahuan sejarah Chegubard dan juak juak haprak,malah mereka kelihatan amat bebal untuk melihat dan membuat kajian mengapa Singapura dilepaskan.

Tidakkah mereka sedar percaturan politik ketika itu,jika dibiarkan PAP berleluasa di Tanah Melayu bakal mengakibatkan orang melayu akan kehilangan kerusi diparlimen,kerana ketika itu kaum pendatang yang mendapat kerakyatan secara percuma telah melebihi peratusan yang tinggi daripada kaum melayu dan bumiputra,Jika PAP menguasai parlimen ketika itu,secara langsung parti perikatan yang meraih kemerdekaan bakal menjadi pembangkang dan pada masa yang sama Sosialis anutan PAP akan berkembang.

Bukan suatu yang mudah buat Tunku untuk melepaskan sebahagian kedaulatan milik negara . Pisau tidak mahu mengulas lebih panjang tentang isu bagaimana Singapura berpisah dari Tanah Melayu.

Anda yang mahu berbicara soal sejarah dan mempersoalkan UMNO yang menjadi punca kehilangan Singapura dinasihatkan kembali kesekolah dan rajin rajinlah membaca sebelum menuduh dengan membuta tuli agar tidak nampak jahil dan bodoh yang amat ketara.

Cara juak juak haprak berbicara seolah olah mereka turut berada pada ketika zaman itu, pendapat mereka konon kononnya bagus bagus belaka hinggakan memperlekehkan niat dan iltizam pemimpin yang terdahulu.

Berbalik kepada kenyataan media CheguBard ,yang semua orang tahu beliau begitu kuat pegangannya pada fahaman Sosialis,cara beliau mempertikaikan tindakan Ds Najib berkenaan tanah KTMB cukup jelas betapa beliau hanya tahu tembak secara rambang,kena atau tak kena belasah saja,asalkan persepsi UMNO mengadai tanah KTMB sampai kepada rakyat.

Pisau menantikan jawapan daripada pemimpin UMNO,namun sehingga sekarang mereka langsung tidak menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh manusia bebal seperti Chegubard.

Chegubard mempersoalkan tentang rundingan tanah KTMB yang berlangsung diantara Ds Najib dan rakan sejawatnya dari Singapura, baca kenyataan beliau

"Syarikat usaha sama Malaysia-Singapura yang dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Disember tahun ini di mana Khazanah Nasional memegang 60% kepentingan dan Temasek Holdings Limited akan memegang baki 40%.
Ini, bermakna dari jumlah 271 hektar tanah milik KTMB, 40% kini sudah sah menjadi milik Singapura melalui perkongsian pelaburan"


Kebodohan yang amat ketara yang diperlihatkan oleh Chegubard apabila mempertikaikan mengapa kepentingan hak milik tanah diberikan 40% kepada Temasek Holding.Tahukah anda tanah yang dikatakan milik Malaysia sebenarnya adalah cuma tanah pajakan.

Buat kajian dahulu, bukan sesuka hati buat tohmahan. Kalau tak tahu perkara sebenar, tanyalah kepada pihak berkenaan.

Ingatlah bahawa Malaysia dan Singapura sudah berpisah. Tanah yang dimiliki KTMB sekarang cuma berstatus pajakan. Singapura mempunyai hak untuk tidak melanjutkan pegangan tanah kepada KTMB.

Kalau Perdana Menteri tidak berunding dan merancang pembangunan tanah KTMB, tanah itu akan terlepas juga kepada Singapura. Daripada terlepas begitu sahaja, lebih baik kerajaan Malaysia dan Singapura memajukannya.

Cara Chegubard memainkan persepsi seolah olah beliau turut sama berada didalam perbincangan tersebut seolah olah beliau tahu bentuk dan ketetapan yang dicapai diantara Ds Najib dan rakan sejawatny
a - sambung baca sini.


LUMBU kena Ikat, sebab mengamuk!


Macam mana la seorang bekas gutu boleh buta sejarah ni. Selamatlah dia dah tak jadi guru, kalau dah habis la anak murid dia jadi LUMBU serupa dia juga. Dengar cerita dia ni bakal jadi Ketua AMK? Betul ke? Kalau betul, lagi mudah la kerja kami. he he he. .

MctHeory:
Kenapa la orang-orang anwar ni kebanyakkannya LUMBU-LUMBU belaka? Kesiannn...

TAKUTKAH UMNO KEPADA PAS?!


Semalam Mc baca ada haramkahdaily, mengenai kenyataan Idris Ahmad, Tukang Kepoh Pas. Mc pelik mengenai orang Pas ni, suka kepoh bila ada UMNO buat sesuatu yang dianggap baik.

Semalam penyertaan 40 Ulama Muda ke dalam UMNO adalah satu langkah baik yang dibuat oleh Ds Najib selaku Presiden UMNO. Maknanya UMNO semakin diterima oleh golongan Ulama muda yang mahu memperjuangankan agama mengunakan platform UMNO. Itu berita baik disebabkan dalam UMNO sekarang akan bertambah golongan bijak pandai agama.

Dulu Pas selalu kutuk mengatakan UMNO menolak kepimpinan Ulama, UMNO ni bukan parti Islam, UMNO ni jahil agama la, UMNO itu la, UMNO ini la, macam-macam Pas kutuk UMNO. Kini bila ada umat Islam yang bijak pandai tentang agama, menjadi ahli UMNO, mereka pula yang melompat dan meroyan macam-macam. Kata Ulama ni masuk neraka la, Ulama ni penyamun la dan macam-macam lagi.

Salahkah 40 ulama muda ni masuk UMNO? Salah ke? Ada ke sebelum mereka masuk UMNO mereka pergi tarik bulu ketiak N.ajis dulu, sampai ahlul-ahlul Pas melenting umpama UMNO menganggu gugat mereka? Rilex la. .kenapa nak kecoh. Ini hal peribadi UMNO yang Pas sibuk-sibuk apa hal? Takut ke? Biarla siapa pun nak masuk UMNO, kami terima, asalkan Islam. Bukan macam Pas, campur aduk semua rojak sekali.

Bila Pas keluar kenyataan tak takut, ini bermakna Pas sudah merasa takut. Bila Pas kata mereka tak heran dan tak terancam, ini bermakna Pas dengki perut. Biasalah, puak-puak Pas ni kan para UlarMak semuanya, mereka memang tak suka sebarang perubahan yang baik pada UMNO. Sebab itulah sekarang ni Pas selalu jadi gila meroyan bila ramai profesional dan golongan Ulama yakin menyertai UMNO dan bukan Pas.

MctHeory:
Siapa nak jadi anjing Dap, masuk Pas!

Sabtu, 26 Jun 2010

ANWAR KINI MEMINTA BELAS EHSAN YAHUDI DI WASHINGTON!


'Anwar bertemu ahli Kongres Amerika Syarikat, Keith Maurice Ellison untuk membetulkan salah tanggapan 'tuduhan anti Yahudi'



AIDCNews

Tanpa disedari oleh rakyat Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat untuk membetulkan semula salah tangapan bahawa beliau 'anti semitik' dan 'anti Yahudi' sebelum ini.

Sebelum ini, Anwar telah membuat kenyataan di Malaysiakini bahawa tuduhan yang dilakukan oleh APCO dan Pertubuhan pro-Israel tertua di dunia, B'nai B'rith International adalah tidak benar.



"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka," katanya.

Anwar mendedahkan hari ini bahawa Apco sudah melangkah setapak lagi dengan mengemukakan satu 'aduan rasmi' kepada International Crisis Group (ICG) - sebuah organisasi yang dianggota Anwar - menuduhnya "anti-Yahudi dan anti-Semitic". Klik di sini

Kenyataan Anwar itu kemudian disusuli dengan lawatan kerja Anwar ke Amerika Syarikat bermula hari ini menemui rangkaian zionis untuk membetulkan salah tanggapan tersebut.

Laporan twitter Anwar sendiri menyebut, beliau kini telah menemui Sir William Cohen, sahabat zionisnya yang banyak menaungi karier politiknya di luar negara dan dalam negara. Sir Wiliam Cohen merupakan bekas Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat semasa Presiden Bill Clinton merupakan harapan Anwar untuk membawa mesej ini kepada pentadbiran Amerika Syarikat kerana Cohen dianggap sebagai 'penasihat' kerajaan Demokrat pimpinan Obama.

Dalam laporan twiter itu juga Anwar mengakui telah melobi salah seorang ahli kongres kerajaan Obama iaitu Keith Maurice Ellison. Semasa Anwar menetap di Amerika Syarikat, beliau bekerjasama dengan Keith Ellison untuk melakukan 'reformasi ke dalam dunia Islam'.

Dipercayai, rangka kerja proses lobi Anwar ke Amerika Syarikat tersebut diatur oleh IIIT(International Institute of Islamic Thought), satu badan pemikir yang ditubuhkan oleh Anwar di Herndon, Virginia, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Dr Jamal Berzinji, juga salah seorang pengasas IIIT merupakan pelobi utama Anwar di Amerika Syarikat. Beliau telah membekalkan salah seorang ahli IIIT, Aazil Kazi Ahmad, menjadi pegawai khas Anwar untuk mempermudahkan proses lobi Anwar di Amerika Syarikat.


Gambar terbaru dari aidc, memaparkan anwar dan sehabat karibnya Al-Gore


Surat B'nai B'rith : Sudahkah Washington D.C putuskan hubungan dengan Anwar ?

sumber AIDC

MctHeory:
Anwar ni bukan lagi boleh dipanggil sebagai sesumpah, tapi dah naik taraf jadi BIAWAK HIDUP!

LAGI ULAMA DIJANGKA MASUK UMNO DALAM TEMPOH TERDEKAT!


Semalam 40 orang Ulama sudah selamat menyerah borang keahlian UMNO kepada PM di PWTC. Nak baca klik sini. Malangnya, Dr.Asri bekas mufti Perlis yang ditunggu-tunggu, tidak tiba, akhirnya beliau mengubah ke satu tarikh yang lain untuk menjadi ahli UMNO. Mungkin disebabkan tekanan politik, atau mengelakkan isu ini menjadi lebih panas.

Almaklumlah.. belum pun Dr.Asri masuk UMNO sudah ada pelbagai kecaman terhadap beliau. Malah ada diantara puak-puak sakai Pas ini yang membuat fatwa sendiri, apabila ada golongan ulama masuk UMNO. Mereka andaikan bahawa, golongan Ulama yang masuk UMNO seperti masuk neraka. (Nampaknya jika masuk UMNO masuk neraka, masuk Pas dah confirm syurga la ye?) Nampaknya puak-puak sakai Pas ini tidak boleh menerima hakikat bahawa golongan Ulama di Malaysia sudah tidak lagi yakin dengan Pas (yang kononnya parti Islam tu).

Golongan Ulama di Malaysia melihat Pas bukan lagi parti yang perjuangkan Islam tapi sebuah parti yang cari makan pakai nama Islam. Macamana nak perjuangkan Islam di Malaysia jika berada didalam Pas? Ulama Pas sekarang semuanya fatwa nak kena rujuk Dap dulu. Jika salah fatwa, merajuk pula pasangan Haram Pas dalam Pakatan. Lagipun Pas bukan parti untuk orang Islam. Cina ke India ke Bugis ke Mat salleh ke Yahudi ke lanun ke firaun ke semua boleh masuk Pas, Pas dah buka keahlian untuk semua. PAS FOR ALL, jadi semua bangsa dan agama pun boleh masuk. Kini, apa istimewanya Pas untuk orang Islam? TIADA!

Sebab itu golongan Ulama atas pagar yang mahu menyertai politik, memilih UMNO untuk jalan mereka memperjuangkan Islam. Mereka juga yakin dengan Ds Najib yang bersungguh-sungguh mahu memperkasakan UMNO dapat menerima golongan Ulama ini dan memberi kedudukan yang sesuai didalam UMNO. Ini adalah fenomena terbaru, selepas zaman adun dan MP PKR lompat masuk UMNO, kini Ulama pula akan berduyun-duyun menyertai UMNO.



Mengikut kata Shahidan Kasim ahli MT UMNO yang juga kawan baik Dr.Asri. Ini bukanlah golngan Ulama terakhir yang menyertai UMNO, bahkan ada ramai lagi kumpulan demi kumpulan yang akan memberi borang keahlian menyertai UMNO termasuklah Dr.Asri sendiri. Mereka hanya menunggu masa yang sesuai.

Mc teringat kata-kata Nik Aziz, jika UMNO dapat memperjuangkan Islam sebenar-sebenarnya di Malaysia, Pas pasti akan dibubarkan. Maksudnya, jika UMNO sudah memperjuangkan Islam, kewujudan Pas tidak lagi relevan di Malaysia. Ishh. .agak-agaknya nak ke Pas tunaikan janji kata-kata Nik Aziz tu? Almaklumlah. .Ulama mana boleh berbohong, tapi taktau la kalau Ulama Pas boleh, Ye Tak? He He He. . .

MctHeory:
Wahai ahlul Pas, Jangan jaga syurga orang, syurga sendiri pun belum tentu, Hanya Allah saja yang tentukan.

SIAPA SEBENARNYA NIK AZIZ DAN HADI AWANG?



Kedua-duanya orang kuat PAS dan mereka memegang jawatan-jawatan utama dalam parti itu. Tapi tahukah kita sejarah mereka? Mari kita lihat secara ringkas riwayat kehidupan mereka ini. Nik Aziz adalah seorang pelajar dalam bidang tafsir dan usuludin di sebuah pondok di Hyderabab. Pondok tersebut letaknya di Deo Band yang mana adalah dipengaruhi fahaman Wahabi. Fahaman Wahabi ini adalah adik kepada Khawarij yang mempunyai sikap “tidak Sabar”.

Puak Khawarij ini menuduh Syaidina Ali dengan bermacam-macam tuduhan selepas beliau mengambil alih pucuk pemerintahan Islam selepas kematian Syaidina Osman. Muktazilan mendesak supaya Ali segera menyiasat dan menangkap pembunuh pemerintah lalu. Tetapi Syaidina Ali memohon mereka bersabar kerana beliau ingin menyusun kerajaan beliau pada waktu itu. Tetapi kerana ketidaksabaran mereka, maka mereka memusuhi sesiapa saja yang tidak menyokong mereka. Sikap ini ditonjolkan dalam perangai ahli-ahli PAS.

Seterusnya selepas pulang ke Malaysia, Nik Aziz mengajar ilmu agama di surau-surau serta mana-mana tempat yang orangramai panggil beliau untuk memberi kuliah. Ahli-ahli UMNO sangat kesian melihat beliau yang ke sana-sini mengajar agama dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Maka mereka membawa beliau ke dalam Kemas sebagai Guru Agama. Beliau juga pernah dilawati oleh Anwar Ibrahim sewaktu di Kelantan dan hasil dari itu Anwar Ibrahim mencadangkan beliau membuka sebuah pondok untuk dijadiukan pusat pembelajaran agama. Nama pondok itupun hampir sama dengan nama Anwar Ibrahim.

Cuba pergi Kelantan dan siasat!

Untuk menjadi guru Kemas, beliau mesti menjadi ahli UMNO terlebih dahulu dan beliau pun menjadi ahli UMNO demi untuk menjadi petugas Kemas. Walaubagaimanapun selepas beberapa lama menjadi guru agama Kemas, dalam menjalani proses kenaikan pangkat beliau telah gagal kerana ketiadaan ketokohan serta kegagalan dalam interview. Maka bertitik tolak dari situlah beliau terus keluar dari UMNO serta Kemas dan menjadi seorang ahli PAS.

Bermulalah era ‘sikap tidak sabar’ beliau serta penyokong-penyokong beliau hasil serba sedikit pengajaran dari pondok di India yang berfahaman Wahabi. Sehingga ini kita dapat melihat sikap tersebut. Ini satu kejayaan besar Nik Aziz dalam karier politik beliau … menanamkan sikap tidak sabar dikalangan pengikut beliau.

Sementara itu Hadi pula adalah secara ringkasnya seorang pelajar bidang Dakwah dan Usuludin di luarnegara. Setelah tamat pengajian beliau pulan ke Malaysia dan bertugas sebagai pegawai agama di agansi kerajaan di Terengganu.

Bapanya iaitu Hj. Awang adalah bekas Setiausaha UMNO bahagian di Terengganu, Di Atas kekuatan bapanya sebagai seorang Setiausaha bahagian, maka dengan senangnya beliau dilantik menjadi pegawai agama di Terengganu.

Tetapi, selepas gagal dilantik sebagai Kadi kerana ketidakupayaan atau kegagalan menghasilkan prestasi tugas yang baik, beliau terus mendaftar menjadi ahli PAS dan meletakkan jawatan sebagai pegawai Agama. Dan selepas itu beliaulah yang menfatwakan yang UMNO itu kafir.

Itulah dua orang pemimpin PAS. Kedua-duanya kecewa kerana tidak mendapat jawatan yang lebih tinggi. Kedua-duanya adalah bekas pemakan budi UMNO. Kedua-duanya juga menjadi pemecahbelah kepada masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Yang lebih penting ialah kegagalan mereka berdua menghasilkan undang-undang hudud yang sama. Undang-undang hudud PAS Terengganu juah berbeza dengan undang-undang hudud PAS Kelantan. Kenapa terjadi begini?

Ini adalah kerana mereka berdua bukan pakar dalam bidang syariah. Mereka hanya pakar dalan dakwah, tafsir dan usuludin. Seorang pandai bercakap dan seorang lagi hanya pandai mentafsir tetapi mengikut citarasa sendiri dan kepentingan parti.

Wallahualam

Sumber Mesra.net dan The Unspinners

MctHeory:
Ada ahli Pas yang kisah?

Jumaat, 25 Jun 2010

DR ASRI SERAH BORANG UMNO KEPADA PRESIDEN UMNO! BERSAMA 40 ULAMA


Sejak beberapa hari ini,isu kemasukan beberapa ulama dan tokoh tokoh agama kedalam UMNO hangat diperkatakan oleh pakatan haprak.

Keresahan mereka cukup jelas terbayang,apatah lagi beberapa nama besar tokoh agama ini sebelum ini begitu lantang dalam beberapa isu dilihat sebagai tidak sehaluan dengan kerajaan sebaliknya akan menyertai parti pemerintah .

PAS dan PKR awal awal lagi sudah pun menghukum ulama ini walaupun beliau belum menyertai UMNO.

Kononnya hanya menyertai PAS saja ulama akan mendapat pengiktirafan dan kedudukan yang mulia dimata juak haprak mereka.

Dahulunya Dr Mohd Asri pernah bertemu dengan Wali Selipar kesayangan PAS di Kota Bharu, dan untuk pengetahuan umum,ketika itu begitu heboh kononnya Dr Mohd Asri akan menyertai PAS.

Pelbagai pujian diberikan oleh juak haprak,malahan pihak pimpinan juak haprak sebolehnya mahukan Dr Mohd Asri menyertai golongan khawarij PAS.

Setelah tersebar berita Dr Mohd Asri bercadangan untuk menyertai UMNO,sudah ada cakap cakap yang memperlekehkan tokoh ini.

Malam ini jam 8 , bakal menyaksikan Dr Mohd Asri secara rasminya menyertai UMNO,dengan satu majlis kecil diadakan untuk menyerahkan borang kepada Presiden parti.

PAS menerima tamparan hebat dengan kemasukan Dr Asri,kerana ini menandakan bukan sahaja orang melayu menjauhkan diri dari PAS,malahan tokoh agama,cendiakawan dan pelajar turun sama menjauhkan daripada Khawarij PAS ini.

UPDATE:



Seramai 40 ulama dari seluruh negara menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di hadapan Galeri UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini-utusan

Pisau kata " Dr Asri lepas ni comfirm kena maki dengan Khawarij PAS,kita akan lihat betapa kotornya fahaman khawarij PAS"

sumber Pisau.Net

MctHeory:
Meroyan la puak-puak Pas nanti. .he he he. .

CERITA KERAJAAN SELANGOR SEKARANG!



Selepas kecoh diperkatakan hampir 2 tahun berkenaan kecurian pasir di Selangor, akhirnya MB Lembu mengakui akan kewujudan kecurian tersebut.Tawaran RM5 ribu kepada mereka yang berjaya melumpuhkan kegiatan pasir dikawasan masing2 secara langsung mengukuhkan lagi dakwaan bahawa terlalu banyak kawasan yang pasirnya telah dicuri walaupun KSSB diwujudkan untuk memantau pengeluaran pasir ini.

Kes KSSB yang dibawa ke SELCAT untuk dibicarakan hanyalah sebagai satu helah memesongkan cerita sebenar apa yang berlaku.Media online pro pakatan haprak mengeluarkan cerita kegagalan KSSB menguruskan kewangan dengan memberi bonus kepada pekerja mereka walhal kita sebagai rakyat Selangor mahu mengetahui kenapa hasil pasir ketika pemerintahan pakatan haprak ini tidak setinggi ketika pemerintahan BN.Rakyat Selangor bukan mahu mengetahui jumlah bonus tetapi kita mahu mengetahui apakah punca sebenar kegagalan KSSB memantau kegiatan curi pasir ini.Adakah terdapat dalang dikalangan pegawai tertinggi kerajaan Selangor terlibat secara langsung dalam melindungi pencuri-pencuri pasir tersebut.

Pada awal perbicaraan SELCAT, Yaakob Sapari memberi alasan tiada penguatkuasaan terhadapa kegiatan curi pasir ini sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian berjuta2 ringgit.Mereka ini telah mengenal pasti masalah tetapi gagal mengambil tindakan yang sewajarnya.Inilah yang harus diberitahu kepada rakyat Selangor kenapa tiada tindakan diambil sehinggakan kerajaan Selangor sekarang sudah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

Hasil daripada kegagalan KSSB untuk menjana pendapatan hasil pasir menyebabkan kerajaan negeri kekurangan sumber kewangan dan akibatnya sekarang ditanggung oleh rakyat Selangor.Hasil risikan KGC, beberapa tanah PBT akan digadaikan kepada bank saudagar dalam mendapatkan sumber kewangan baru untuk tujuan pentadbiran dan perjalanan parti.Ada sesetengah PBT telah mengeluarkan arahan supaya kerja lebih masa untuk pekerja2 dikawal hanya sekitar 60 jam sebulan.Penggunaan kertas A4 untuk kerja-kerja pejabat juga dikawal dalam memastikan jabatan berjimat cermat.Tindakan berjimat cermat adalah perkara yang bagus tetapi ada sesetengah perkara yg dibuat adalah diluar jangkaan dan tidak pernah belaku ketika zaman pemerintahan BN di Selangor.

Sumber KGC juga mengesahkan bahawa kedai-kedai PLB kepunyaan PBT telah dinaikkan sewa daripada RM250 sebulan kepada RM470 sebulan.Kenaikan RM220 sebulan hampir menyamai 200% daripada harga sewa terdahulu.Keadaan kedai masih sama seperti dulu tanpa ada sebarang penubahsuaian dilakukan.Kenaikan ini secara jelas menampakkan tindakan terdesak PBT dalam menjana kewangan.Kenapa perkara ini berlaku? Ianya adalah kerana tiada peruntukan daripada kerajaan negeri sehinggakan PBT terpaksa menggunakan beberapa kaedah dalam memastikan mereka terus beroperasi walaupun terpaksa menyusahkan penduduk setempat.

Beberapa kemudahan rakyat yang sebelum ini diselia oleh PBT seperti Pusat Sukan dan Stadium akan diswastakan dalam memastikan tanggungan kewangan PBT berkurangan.Konsep penswastaan adalah idea yang boleh diterima pakai tetapi sekiranya tempat-tempat riadah rakyat Selangor diswastakan, ini akan memberi beban kepada penduduk setempat dalam menggunakan kemudahan tersebut kerana sudah pasti sewa akan naik dan tahap penyelenggaran akan menjadi lebih teruk.

Hasil daripada kegagalan kerajaan negeri dalam menjana sumber kewangan yang kukuh telah menambahkan lagi beban kos kehidupan kita sebagai rakyat Selangor.Sekiranya semua kos hidup meningkat, apa akan terjadi andai kerajaan persekutuan menaikkan lagi kos bahan2 penting seperti minyak,gula dan sebagainya??? Jawapannya mereka akan menggunakan isu tersebut sebagai faktor kesusahan rakyat walaupun ianya berpunca daripada mereka-mereka yang tamak dalam mengaut keuntungan hasil bumi Selangor..

DENGAR-DENGAR CUKAI PINTU AKAN NAIK 8% WALAUPUN MANIFESTO MEREKA MENJANJIKAN PENURUNAN 20%..SAMA-SAMA KITA TUNGGU..SUMBER KGC SEDANG MENGUSAHAKAN SESUATU...

Sumber Kita Gempur

MctHeory:
Lebih banyak masalah dari menyelesaikannya!

MENGAPA KITA PERLU MENCARI MAKANAN YANG HALAL?



Sebelum topic ini Mc sudah membincangkan mengenai logo-logo halal, yang mana boleh dipercayai dan yang mana statusnya diragui. Nak baca klik sini.

Adakah anda menitikberatkan halal dan haram dalam kehidupan seharian? Mari kita bincangkan bersama-sama. Semoga kita bersama mendapat pengajaran dan ilmu dengan perbincangan ini.

Agama Islam amat mengambil berat tentang makanan yang dimakan oleh umatnya. Justeru, adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang Islam untuk mengambil makanan yang halal lagi baik.

1. Mengapa Halal?

Berikut dinyatakan sebab-sebab mengapa kita dituntut untuk makan makanan yang halal.

a. Perintah Tuhan

Sebab utama mengapa perlu memakan makanan yang halal ialah kerana memang itu sudah diperintahkan Tuhan kepada kita.

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)".
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu". (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)


b. Mengelakkan daripada azab Neraka

Memakan makanan yang halal boleh mengelakkan seseorang itu daripada ditimpa azab di Akhirat.

Maksud Hadis: Daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka neraka lebih layak baginya. (Riwayat Thabrani)

Maksud Hadis: "Tidak akan memasuki syurga daging yang tumbuh daripada yang haram". (Riwayat Ahmad)


c. Doa makbul

Orang yang makan makanan halal, doanya makbul berbeza dengan orang yang makan makanan haram, terhijab doanya dengan Tuhan.

Rasulullah bersabda:
“Betapa banyaknya orang yang rambutnya kusut-masai, badannya berdebu lantaran terlalu lama dalam pelayaran, makanannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan perutnya dipenuhi dari yang haram, diangkatkan kedua tangannya seraya berdoa: Wahai Tuhan! Wahai Tuhan! Bagaimana boleh Tuhan mengabulkan doanya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah bersabda; “Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah engkau orang yang diperkenankan permintaan.” (Riwayat Thabrani)


d. Diterima Amalan

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab amalan diterima. Sebaliknya makanan yang haram itu, membuatkan amalan kita tidak diterima Tuhan.

Sabda Rasulullah: “Demi (Allah) yang diri Muhammad ditanganNya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke dalam perutnya, tiada diterima Allah amal darinya empat puluh hari.” (Riwayat Thabrani)


e. Hati bersih

Memakan makanan yang halal akan menjadi sebab kepada pembentukan hati seseorang. Ini sepertimana disabdakan oleh Rasulullah: “Hati yang bersih ditempa daripada makanan yang bersih (halal).”


2. Memakan Makanan Dari Orang Bertaqwa

Telah dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, bab Adab Makan, satu hadis bermaksud: “Hendaklah kamu makan daripada makanan orang yang bertaqwa.”

Hadis ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita hendak makan, sebaiknya kita makan makanan yang disediakan oleh orang yang bertaqwa ataupun orang soleh. Mengapa dianjurkan sebegitu? Ini adalah kerana:

a. Makanan itu jadi berkat atas kerana tangan orang yang membuatnya itu adalah orang bertaqwa.

b. Makanan itu sudah pasti halal, kerana tidak mungkin orang bertaqwa itu menyediakan makanan yang haram atau mendapatkan makanan itu daripada sumber yang haram.

c. Makanan itu disediakan dengan menyebut nama Allah. Kebiasaan orang bertaqwa memulakan pekerjaan dengan menyebut nama Allah. Hadis: “Setiap pekerjaan yang tiada disebut dengan nama Allah, maka hilang berkatnya.”

Sumber : Halaqah.net

MctHeory:
Pesanan dari seorang Hamba Allah!

LOGO HALAL? YANG MANA BOLEH DIPERCAYAI?

Topic hari ini berbicara mengenai status logo halal. Kebanyakkan pengguna Islam, tidak menyedari bahawa mereka sering ditipu oleh tuan punya kedai makanan yang mempamerkan sijil halal sedangkan makanan yang dihidangkan, belum tentu terjamin halalnya. Disini Mc mempamerkan logo-logo halal yang paling popular digunakan oleh taukeh-taukeh kedai.


Logo halal JAKIM yang terbaru, hanya logo Halal ini yang betul-betul terjamin Halal makanannya. Jika kedai mempunyai logo halal JAKIM, ini bermakna, kedai itu sentiasa dipantau oleh pegawai JAKIM dan syarat untuk memohon status halal ini juga sangat ketat.



Logo Halal Jakim yang lama, jika ada kedai makanan yang masih menggunakan logo halal ini, bermakna status halal kedai itu sudah boleh diragui. Kerana sudah lama tidak diperbaharui.



Logo Halal Swasta, paling popular dikalangan kedai makanan segera, senang dipohon dan status halalnya diragui. Langsung tiada pantauan!



Ini Halal Swasta yang diragui status halalnya


MctHeory:
Harap pada pembaca dapat menilai yang mana satu logo halal sebenar dan yang mana logo halal tiruan. Logo Halal Swasta, sememangnya memaparkan LOGO HALAL, akan tetapi syarikat swasta terbabit langsung tidak pernah memantau sebelum meluluskan LOGO HALALNYA. Mereka yang membuka syarikat halal swasta ini ialah pihak yang tidak bertanggung jawab, mereka hanya pentingkan keuntungan semata-mata.

Mc harap para pembaca dan pengguna Islam sentiasa berwaspada dengan tipu helah si pemilik restoran yang hanya mahu keuntungan tanpa pedulikan kewajipannya menjaga makanan untuk orang Islam. Jika perlu kita memboikot pemilik-pemilik restoran makanan segera ini, kita mesti lakukan, supaya mereka sedar kuasa yang ada pada pengguna yang beragama Islam.

Tak matilah kalau tak makan PAPARICH, OLDTOWN, BREADSTORY, SIMPLY PENANG, CARLSJUNIOR dan beberapa lagi restoran yang masih menggunakan LOGO HALAL swasta yang amat diragui status HALAL. Jangan bagi muka pada mereka yang pentingkan keuntungan semata-mata. Jika benar mereka menggunakan barangan halal, mengapa takut untuk memohon status dan logo halal dari JAKIM? Fikirla sendiri!

Untuk keterangan lanjut, lawati HALAL.GOV

MctHeory:
Pesanan dari hamba Allah kepada Saudara-saudaranya.

Khamis, 24 Jun 2010

LETAK JAWATAN! SATIM DI TAWAR DUA JUTA?



Mc tertarik dengan aktikel dari blog CSI Melayu - Spy Leman. Spy mengulas mengenai Adun Seri Serdang yang dikatakan mahu lompat parti serta melepaskan segala jawatannya hanya kerana tak tahan kena kritik. Apa punya lembik la. he he he. .pada yang terasa, jangan marah haa...

Baca apa yang Spy tulis,

Wahhh..., baru sangat Nuar dakwa kerajaan BN sogok 2juta untuk Yb Pakatan lompat parti. Tiba-tiba pulak spy dengar berita kata orang-orang Nuar tawarkan juta-juta pada ADUN Seri Serdang, Mohamad Satim Diman supaya lompat masuk PKR.

Patutlah spy tengok lancar benar Nuar tuduh BN mengamalkan sogokan wang ringgit, rupanya dia sendiri dah lama buat kerja-kerja jahat macam tu. Tapi apakan daya, sampai sekarang umpan juta-juta Nuar ni masih belum mendapatkan hasil.

ADUN Bota, Nasarudin Hashim hampir termakan umpan Nuar pada Januari tahun lepas. Nasib baik dia cepat tersedar bahawa bukan juta-juta RM sebenarnya yang ditawarkan oleh Nuar si boneka Yahudi ni, tapi cuma jutaan pembohongan dan kencing yang hancing sahaja. Sebab tu lah dia lompat balik masuk UMNO.

Sama lah jugak masa Nuar kata dia ada senarai 30 MP BN yang akan melompat sebelum 16 September dulu. Sapa nak lompat kalau main cakap mulut saja. Semuanya hanya ditaburkan dengan juta-juta janji kosong oleh Nuar dan sebab tu lah Anwar meroyan bila impiannya untuk jadi PM ke-6 tak berjaya.

Kali ni nampaknya Nuar nak try umpan Satim pulak. Spy rasa, selain dari juta-juta yang ditawarkan, mesti ada jugak janji nak bagi jawatan MB Selangor pada Satim untuk gantikan si Khalid Gagap. Ingat tak dulu, ADUN Bota pun kena kencing macam tu jugak.

Macam-macam hal betullah PKR nih. Daripada De Facto sampailah ke akar umbi semuanya dah macam kena penyakit sawan babi. Meroyan satu negara dengan cerita merapu depa. Ketua Umum PKR memang terkenal sebagai kaki jubur. Pengarah Strategik Di Batu dah jadi macam anjing jadian suka gigit orang dan Si Ketua AMK pula dok tengah asah bakat untuk jadi pembodek terlampau.

Amanah rakyat langsung diabaikan. Tanggungjawab kepada masyarakat yang dipikul langsung tak dipedulikan. Macam ni pun ada hati nak ambil alih kerajaan?

Kalau puak-puak ni dapat perintah negara, Spy yakin 100% Tanah Melayu akan lingkup sepenuhnya. Bukan setakat APCO, bapak kepada APCO pun depa akan usung masuk dalam negara nanti.


MctHeory:
Kesian pada Anwar! Anwar perlu Bertaubat!

ULAMAK KASI PAS TINGGAL PAPAN TANDA SAHAJA!


Puak Pakatan terutamanya Pas sekarang ni hanya berdoa semoga Dr. Asri tidak menyertai UMNO. Jika Dr. Asri menyertai UMNO, nescaya harapan untuk kita lihat PAS HANYA TINGGAL PAPAN TANDA SAJA akan tercapai. Jika golongan Ulamak dan pandai agama menyertai UMNO, Pas pasti akan meroyan tak sudah. Ini kerana, Pas yang dulu terkenal dengan Parti yang memperjuangkan Islam semakin terpinggir jauh dari tujuan asal penubuhan.

Dr.Asri harus menyertai UMNO jika mahu melakukan perubahan didalam negara. Mungkin dengan idea dan pandangan barunya dapat meluaskan lagi pandangan pentadbiran negara. Jika Dr. Asri menyertai Pas, ia tidak ubah hanya menjadi seperti Ulamak Pas yang lain. Terkongkong dengan dasar baru parti mereka iaitu, menghambakan diri pada DAP. Tidak dinafian Pas mempunyai golongan bijak pandai agama yang agak ternama di tanah air. Cuma, mereka sekarang ibarat disimpan dalam peti sejuk.

Maksud Mc ialah, Pas hanya mempergunakan Ulamak dan bijak pandai agamanya apabila tiba masa Pilihanraya Umum atau Pilihanraya kecil untuk memancing undi rakyat. Mereka mempergunakan golongan bijak pandai agama ni seperti mana mereka mengunakan agama demi kepentingan politik. Tak guna jika kita pandai agama tapi tidak mengunakannya kejalan untuk membantu rakyat dan menaikkan syiar Islam di Malaysia. Selama Pas wujud di muka bumi Malaysia, pernah ke Pas buat kempen untuk mengurangkan gejala sosial? Pernah ke Pas menwujudkan persatuan atau pertubuhan bagi mencegah segala tingkahlaku remaja?

Jawapannya mana ada? Langsung takda. Jika Pas tidak mampu membangunkan Islam dari segi ekonomi dan struktur yang melibatkan kos yang tinggi atau alasan yang selalu diberikan ialah, kerajaan pusat sudah buat apa yang Pas nak buat? Kenapa Pas nak buat apa yang kerajaan Pusat dah buat? Bukankah Pas ramai bijak pandai Islam, kenapa tidak mencari satu kaedah yang terbaik bagi membangunkan syiar Islam di Malaysia.

Kerajaan BN pernah memberi peluang kepada Pas menjadi salah satu tangan dalam kerajaan bagi memperkuatkan syiar Islam di Malaysia. Dengan bahasa yang mudah, kerajaan mengharapkan Pas memperjuangankan Islam di Malaysia bagi pihak kerajaan Pusat. Tapi apa yang Pas buat? Pas bukan buat kempen untuk memperkuatkan Islam, tapi Pas mempergunakan kerajaan bagi mengembangkan pengaruhnya menambah ahli dan bilangan pengikut.

Itulah yang Pas tahu, itulah yang selalu mereka buat. Ceramah agama? boleh kira la satu dua. Tapi ceramah politik? Bersepah-sepah.. apa yang rakyat dapat dari ceramah politik? Maki hamun, fitnah, tohmahan demi tohmahan. Itu saja yang ada dari Pas, takde yang lebih. Mc masih ingat mengenai isu kalimah Allah oleh sebuah majalah kristian yang menuntutnya dimahkamah. Apa Pas buat? Hidup segan mati takmau. Langsung takde pendirian, malah ada diantara ahli Pas sendiri yang menyokong kristian menggunakan kalimah Allah.

Kenapa Pas tidak mempertahankan isu Kalimah Allah? kerana kepentingan politik. Mereka sanggup tidak mengambil kisah dalam isu ini disebabkan kepala Pakatan iaitu anwar, menyokong pihak kristian dalam penggunaan kalimah Allah. Jika kita lihat balik dari mula penubuhan Pas dan kebaikkan yang pas lakukan di Malaysia, kita boleh hitung dengan jari.

Mengenai isu judi bola dan isu Palestin, Pas cuba menjadi juara, tapi bagi Mc juara hangat-hangat tahi ayam aje la. Langsung takde tindakan, langsung takde usaha nak bantu umat Islam di dunia, jangan cakap dunia la, Malaysia pun belum tentu. Jadi apa perlunya Pas wujud lagi di Malaysia? Masih relevenkah Pas pada rakyat Malaysia? Masih mampukah Pas menegakkan Islam di Malaysia?

Jawapannya.. kewujudan Pas di Malaysia hanyalah untuk 'undi' kemenangan Pakatan Haram. Pas amat penting bagi Dap dan Pkr bagi membodohkan melayu yang percaya dengan perjuangan Islam palsu Pas ini. Jika benar ada ulamak yang mahu memperkuatkan agama Islam di Malaysia dan mahu perubahan di buat. Ulamak dan bijak pandai ini perlu masuk UMNO bagi melaksanakan semuanya.

Mc percaya ada tempat bagi mereka ini didalam UMNO. Ds Najib akan bagi ruang kepada kumpulan ini membuat kerja mereka, cadangan mereka, bagi memperkasakan Islam di Malaysia. Apa pula jadi pada Pas? Jika UMNO sudah diperkasakan Islam, ramai golongan Ulamak, bijak pandai Islam serta golongan korporat. Pas sudah tidak diperlukan lagi, Mc percaya jika semua ini terjadi, bijak pandai didalam Pas akan keluar Pas dan menerima UMNO semula.

Akhirnya.. seperti tajuk aktikel ini, Pas hanya akan tinggal papan tanda sebagai nisan perjuangan songsang mereka. Aminn..

MctHeory:
Hanya orang tiga suku saja yang sokong Pas ni.

NIK AZIZ BERFAHAMAN WAHABI? DIPANGGIL PENYESAT!



N.ajis berfahaman wahabi? Jika yang mahu tahu bagaimana fahaman wahabi ini boleh wujud boleh baca disini. Mc merujuk kepada blog The Unspinners mengenai teguran Ayah Hj. Lah kepada N.ajis yang mengatakan N.ajis ni seorang yang sesat dan menyesatkan orang lain.

"Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” - Tok Guru Ayah Hj. Lah, Pengasas Pondok Geting, AMT Persatuan Pondok Kelantan.

Seperti kata diatas itulah kata-kata yang cuba disampaikan oleh Mc tadi. Tidak dinafikan Wali Selipar penyesat ni kadang-kadang tindakannya agak melampau. Untuk membuatkan pembaca lebih jelas mengenai penyesat umat Islam ni. Mc ada video untuk tontonan semua dibawah. Saksikan!



MctHeory:
Terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian atas maklumat yang diberi.