Isnin, 31 Januari 2011

PANAS!! APABILA AZIZAN MULA MENGARUT!!

AloQStaQ baru dapat maklumat dalaman terkini dari sumber berdekatan dengan kepimpinan Kerajaan PAS Kedah, mengatakan bahawa Pakatan Rakyat Kedah semakin bimbang dengan situasi politik dan angin perubahan sokongan rakyat yang kembali menyokong BN/UMNO melalui kempen Gelombang Merah Berani Berubah !

TAHNIAH kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah serta Timbalannya kerana tak henti-henti berusaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO Kedah.


Masalah terbaharu Pakatan Rakyat di Kedah selepas keluarnya "hero Tamil" mereka (dahulunya merangkap panglima perang pencacai reformasi Anwar jubur) si GOBALA Padang Serai, mereka kini kelam kabut menyusun strategi untuk menangkis serangan propa & dakyah Gobala dari luar parti , pastinya Gobala mempunyai pelbagai modai untuk hentam Anwar, Pakatan Rakyat dan tempiasnya pasti kena jugak pada Kerajaan PAS Kedah ! 


Melihat keratan akhbar yang menunjukkan bahawa seolah-olah Gobala keluar PKR tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat, ianya memang dusta sama sekali ! 

Haji Azizan yang sudah diketahui ramai sebagai seorang MB yang lembab dan lekeh, beliau cuba menidakkan ketakutan Pakatan Rakyat khususnya Kerajaan PAS Kedah dengan situasi yang belaku kini di Kedah.

Padahal, memang PAS Kedah takut dan bimbang dengan keluarnya geng-geng (yang dahulunya) kuat menyokong Anwar di Kedah khususnya dari parti PKR. Atas sikap sudah hilang percaya kepada kepimpinan Anwar dan PKR , maka ramai dah yang angkat kaki ... 

Ditambah pula dengan keadaan politik dalaman PAS Kedah yang berpecah belah sesama mereka ... Sumber AloQStaQ dapat mengatakan PAS Kedah juga ada puak-puak ... Puak MB , Puak Anti-MB , Puak EXCO Berhaluan Kiri MB dan puak atas pagar (ni geng "tunggu & tengok saja"). Puak yang Haji Azizan paling tak suka adalah puak EXCO Berhaluan Kiri MB ... Puak ni lah yang dok cuba mengambil alih tempat kepimpinan Haji Azizan ...


Sudahlah beliau baru sahaja tiga tahun (tak sampai sepenggal lagi pun!) menduduki kerusi empuk sebagai MB, dah ada puak dalam PAS Kedah sendiri yang mencuba mendesak beliau berundur ... Ini yang menambah pedih !

Jadi, harapan melihat bulan purnama retak menanti belah di Kedah telah semakin kelihatan jelas ... isu Gobala keluar merupakan satu lagi masalah besar untuk Pakatan Rakyat di Kedah khususnya yang dipimpin oleh Haji Azizan ... Walaupun ianya adalah kerusi Parlimen, tetapi rakyat di dalam Parlimen Padang Serai yang memilih Gobala PKR pada PRU12 lalu adalah seramai 28,774orang ... Ianya bukanlah satu angka kecil yang patut dipandang enteng oleh Haji Azizan .... Kalau ramai tu yang berpaling tadah, Haji Azizan akan demam terkejut dan masuk wad di KMC pula (nasib baik ada jururawat tersayang di KMC sedia memberikan khidmat 1st class kepada Pak Haji Azizan !) ...

Aloq Staq Blog

P/s: Petanda awal, tanda2 kiamat Pas kat Kedah..

Mctheory:
Depa dah ketaq lutut dah...

FAKTOR PAS DAN PAKATAN HARAM TEWAS DI TENANG!!

muka ni lagi tak bole pakai!!

Faktor Kekalahan Pakatan Pembangkang Di Tenang.
Pemikiran Rakyat sudah berubah tetapi pemikiran Pas dan Gerombolan Pembangkang masih di tahap lama.

1.Pengundi sudah membuat keputusan awal untuk menolak Pas kerana tetap yakin untuk bersama-sama UMNO-BN yang. membela nasib dan kehidupan mereka selama ini.

2.Calon Pas bermasalah dan ditambah pula dengan isu penipuan Sijil Cuti Sakit oleh suaminya Cikgu Maarof. Persatuan Ibubapa dan Guru semua sekolah rendah dan menengah begitu marah dengan perangai Cikgu Maarof yang menipu majikannya dengan cara yang sangat memalukan kaum guru dan bertentangan dengan agama Islam.

3.Parti Pas bertanding tetapi parti lain seperti DAP dan PKR turut sama memasang bendera dan lambang parti. Ini menyebabkan pengundi rasa mereka seolah-olah dipermainkan oleh kumpulan parti yang bermasalah ini.

4.Anwar Ibrahim sangat dibenci oleh masyarakat di Johor termasuklah kaum bukan-Melayu (Cina & India). Bosan dengan janji bohong dan mempermain-mainkan emosi rakyat untuk membenci Pemimpin kesayangan mereka YAB Dato' Seri Mohd Najib. Kebetulan pula 2 pemimpin PKR keluar parti di masa kempen PRK Tenang, Pengasas PKR, Ng Lum Yong dan MP Gobala.

5.PAS sendiri kelihatan tidak bermaruah dan sangat bermasalah. Tidak mesra dengan pengundi Melayu tetapi hanya menemui mereka semasa pilihanraya. Menggunakan DAP menghasut supaya orang Melayu-Islam berpecah-belah sedangkan selama ini mereka hidup bersama dengan baik.

6.Kempen Pas yang cuba menanam kebencian pengundi kepada kerajaan dengan memainkan isu APCO, Altantuya dan harga barang naik, hanya menjadi bahawa tertawa. Tetapi penceramah masih menggunakannya kerana ketiadaan isu.

7.Penceramah dan blogger Pas dan Pakatan Pembangkang berkempen dengan cara menyerang calon BN. Serangan menyerang berlandaskan fitnah yang tidak disenangi lagi, tidak berkesan, tidak tepat dan menyebabkan pengundi semakin benci kepada Pas. PAS sendiri tidak mampu mengkotakan janji iaitu tidak akan melakukan serangan peribadi.

8.Kelemahan Calon dan Penasihat Utama Calon (Cikgu Maarof) yang terperangkap dalam isu saat akhir iaitu berkenaan sijil cuti sakit dan sijil kelulusan SPM Cikgu Normala yang tidak sempat dimanipulasi oleh Pas.

9.Keterlanjuran kata-kata Nik Aziz, Nizar Jamaludin, Shalahudin Ayoub, Mazlan Aliman dan Mahfuz Omar menyemarakkan lagi kebencian Rakyat kepada Pas dan Pakatan Pembangkang.

10.Kini Rakyat telah menyampaikan suara mereka. Suara keramat Rakyat Malaysia

Kemunting Central

P/s: rakyat dah kenal siapa puak Pakatan Haram ni..

Mctheory:
Lama mana nak tipu, setakat setahun dua tu boleh la..

PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI PAS!! AHLI PAS WAJIB BACA!!



Minta perhatian semua, rilex jangan gelabah.. baca dengan Tenang.. Opss.. lupa pulak, tak boleh sebut perkataan Tenang, nanti sakit kepala, runsing dan murung yang berlebihan. Al maklumlah orang Pas ni mudah sakit, sebab tu doktor boleh kasi MC 21 hari. 


Selalunya MC 21 hari ni hanya untuk orang kemalangan atau kena denggi. Kalau takkat demam biasa atau tekanan sikit tu, 1 hari pun dah ok. Demam campak pun doktor cuma bagi 7 hari. Soo.. kiranya 21 hari ni memang luar biasa pelik la.


Di sini Mc nak umumkan bahawa semua petugas Pas dan penyokong Pas di Tenang, diminta ke klinik yang berdekatan untuk mengambil MC. Untuk apa? Sebab sekarang ni Mc rasa semua orang Pas tengah mengalami tekanan jiwa dan murung yang melampau disebabkan kekalahan Pas di Tenang. Ini juga merupakan kekalahan Pas yang ketiga berturut2 dalam PRK.


Kalau nak dapatkan MC 21 hari macam Suami Mala KFC, sila ke klinik yang suami Mala KFC pergi. Insyallah.. anda akan mendapat lebih, mungkin 25 atau 30 hari.


Sekian saja pengumuman ini..


Terima kasih..

....Kah kah kah kah....

Mctheory:
bila lagi nak hentam, dulu asyik kita saja kena, mana boleh beb!

Tenang! BN Menang! Tapi MCA kalah!


Tahniah Azahar Ibrahim kerana bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi lebih mengembirakan dapat meningkatkan jumlah undi untuk BN, penambahan majoriti dan mengurangkan undi untuk Pas. Apakah ini petanda baik bagi Najib untuk memikirkan tarikh PRU-13? Masih terlalu awal.

Nampaknya kawasan tanah rancangan masih lagi menjadi fix-deposite buat BN apabila kesemua kawasan tanah rancangan memberi sokongan padu kepada Azahar dan lebih menarik sokongan oleh kaum India juga semakin meningkat manakala Cina pula dilihat 50-50. Ini dilihat kepada beberapa peti undi kawasan bukan Melayu yang menampakkan peningkatan dari segi sokongan. Antaranya Labis, Pekan Nenas dan Bandar Labis Timur.

Walaupun jumlah undi yang diperoleh Azahar dan majoritinya meningkat berbanding PRU-12 lalu, namun peratus pengundi yang keluar membuang undi merencatkan sasaran BN untuk mencapai majoriti 5,000 undi. Tapi jangan salahkan pengundi sebaliknya keadaan cuaca yang buruk sehingga ada beberapa kawasan membuang undi ditenggelami air menyebabkan kemerosotan jumlah pengundi kali ini.

Bagaimanapun, persoalan perlu diajukan kepada Chua Soi Lek berikutan kekalahan BN di peti undi Bandar Labis Tengah yang majoriti pengundinya Cina, telah memberikan sokongan padu kepada calon Pas, Normala Sudirman dengan 801 undi manakala Azahar hanya memperoleh 365 undi. Malah peratusan keluar mengundi di Labis, Bandar Labis Timur dan Tengah juga dilaporkan merosot. Apakah keputusan di Tenang ini mengesahkan apa yang dicakap-cakap orang (di sini dan di sini) sebelum ini bahawa MCA tidak bersungguh-sungguh turun berkempen berbanding apa yang dilakukan oleh DAP?

Ingat Chua Soi Lek adalah orang Labis, pernah menjadi Ahli Parlimen Labis begitu lama sehinggalah skandal video seks yang memaksa beliau melepaskan kerusi tersebut yang kini diduduki pula oleh anaknya. Lalu kenapa masih ramai Cina Labis yang menolak BN di Labis?

Pun begitu, tahniah aku ucapkan kepada para pengundi di Tenang kerana daripada keputusan PRK kali ini, aku membayangkan bahawa sokongan orang Johor khususnya terhadap UMNO kembali pulih selepas pada PRU-12 lalu menyaksikan beberapa kawasan jatuh ke tangan pembangkang -- sesuatu yang tak pernah berlaku di Johor sejak PRU-1.

Orang Johor pasti tidak pernah lupa bahawa UMNO dilahirkan di Johor, di kaki Istana Besar Johor dan orang Johor tidak akan lupa jasa-jasa Onn Jaafar sebagai orang Johor selaku pelopor penubuhan UMNO dan sudah pasti orang Johor tidak akan lupa gerakan menentang Malayan Union yang juga bermula di Johor. Pokok pangkalnya Johor dan UMNO tidak boleh dipisahkan bagai isi dengan kuku.

Dan hari ini orang Johor di Tenang telah membuktikan kenyataan itu dengan memberi sokongan padu kepada Azahar Ibrahim untuk menjadi wakil mereka sehingga PRU-13 nanti.

KEPUTUSAN PRK 2011:


Jumlah pengundi: 14,753

1. Mohd Azahar Ibrahim (BN) - 6,699



2. Normala Sudirman (Pas) - 2,992


Jumlah undi: 9,833


Majoriti : 3,707


Peratus mengundi : 67%


Undi rosak : 142


KEPUTUSAN PRU-12:

Jumlah Pengundi: 14,511

1. Sulaiman Taha (BN)  - 6,367

2. Mohd. Saim Siran (Pas) - 3,875

Majoriti: 2,492

Jumlah undi: 10,655

Peratus mengundi: 73.43%

Undi rosak: 413

Penyandang: Sulaiman Taha (BN)

(Majoriti: 8,649 undi)

Mesin Taip Buruk

P/s: Apakah MCA masih tak sedar keadaan ini?

Mctheory:
Bukan nak hentam tapi bagi sikit nasihat..

PAS KALAH DI TENANG!! Siapa orang pertama nak hantok kepala kat dinding!!


Merujuk pada tajuk diatas, Agak-agaknya siapa? Siapa lagi kalau bukan si N.ajis pakar fatwa sesedap hati. N.ajis meroyan di Tenang. Katanya siapa tidak undi PAS-mereka itu golongan jahiliah. Hanya kerana politik N.ajis sanggup mengeluarkan Fatwa yang menyinggung umat islam. Tapi akhirnya, mereka tersungkur juga, tersungkur lalu tertiarap.

Pas sebenarnya ketandusan idea dan isu. Mereka bertanding di Tenang hanya bertujuan memporak perandakan keadaan dan ikatan penduduk yang sedia ada.

Nampak sangat N.ajis tidak mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan penduduk Tenang. Rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak mudah ditipu dengan taktik kotor Pas yang mengunakan agama untuk menagih undi. Tak sudah-sudah Islam digadaikan untuk kepentingan mereka.

Umur macam N.ajis tu patut dah pencen dan dok rumah je jaga cucu.

Apa pun.. Tahniah pada Tok Aii Team BN yang mengempur di Tenang, tak lupa juga pada rakan2 blogger yang berhempas pulas di sana.

P/s: menangis tak berlagu la puak Pas dan Pakatan Haram.. langsung takdak peluang nak tawan Johor..

Mctheory:
Jangan cakap tawan, cuit pun nampak macam tak boleh.. hahaha...

Ahad, 30 Januari 2011

KEPUTUSAN RASMI DI TENANG! SAH BN MENANG DENGAN MAJORITI 3707



Tahniah BN, Tahniah semua!! Keputusan Penuh Rasmi dari Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis: PAS 2992, BN 6699, Majoriti 3707, Tahniah Tok Aii.. tahniah pada semua team gempur PRK Tenang.. tak lupa pada rakan blogger yang berhempas pulas disana.. Tahniah semua!!


Mctheory:
Kira punya kira.. akhirnya dapat juga keputusan rasmi..  legaaa.. cekk..

TENANG! KEPUTUSAN TAK RASMI.. BN MENANG BERGAYA!! TAHNIAH!!


Peti Undi Ditutup Jam 5:Peratusan Keluar Mengundi:Seramai 10,579 bersamaan 71.71% keluar mengundi


BN :6698

PAS: 2963

Majoriti :3735

Rosak: 35


undi Pos: BN 115 Pas 3



sumber Pisau.Net

Syukur Alhamdullilah.. Tahniah kepada BN kerana berjaya menang bergaya. Takziah kepada Pas kerana berjaya menguburkan diri mereka sendiri.

Mctheory:
Dah agak dah.. Pas mesti melopong punya la... nga nga besar sikit!

Tenang!! Kalimah Allah dipermainkan lagi!!



Mctheory:
Sampai bilakah perkara sebegini harus dibiarkan berlaku. Kalau nak sangat baca ayat Quran, masuklah Islam, bukannya perguna dan permainkan ayat Allah sebegini.

Video Prk Tenang!! Harapan dan kata2 terakhir calon BN!



P/s: dengar kata ada orang nak buat provokasi besar-besaran disetiap tempat pengundian? Mari kita tunggu dan lihat.

Mctheory:
Beruk2 hijau nak buat kacau lagi ka?? adeh la..

Tenang: Mala KFC Anak dirumah pun tak terjaga, macam mana mau jaga rakyat??

ko tu yang teruk sebenarnya....

Inilah sikap pentingkan diri seorang yang kononnya berakhlak.Muslimah PAS yang gilakan pangkat dan kuasa politik .Kononnya mahu menjuarai rakyat tetapi anak sendiri terabai dan terbiar.

Realitinya Normala meninggalkan tanggungjawab beliau sebagai seorang ibu .Beliau tidak mempedulikan kesakitan anak sendiri. Anaknya dikatakan sakit sejak sekian lama tetapi dibiarkan dek kerana si ibu terlalu sibuk melobi nama untuk menjadi calon pilihanraya.

Dalam kesibukan berkempen 2 hari lepas,Maarof yang punyai masaalah kemurungan, menghilangkan diri bukan kerana isu MC nya sebaliknya terpaksa membawa anak mereka ke hospital kerana keadaannya semakin kronik.

Akibat rawatan awal tidak diberikan kaki anaknya akan dipotong kerana gangrene(membusuk).

Anak beliau baru berusia 8 tahun.Tetapi terpaksa menangung kesakitan derita atas ketidak prihatinan Normala terhadap anak sendiri .Anak ini tidak bersalah .Sebelum bercakap soal rakyat adalah lebih elok Normala menjaga anak sendiri.

Orang yang beginikah yang anda mahu angkat menjadi pemimpin??

Pisau.Net

Semalam Mc pun ada dengar mengenai perkara ini. Di Tenang hal ni memang sudah menjadi buah mulut. Mana jenis apa kalau dah tak sayangkan anak. Demi kuasa, darah daging pun dia sanggup biarkan melarat. Binatang jenia apakah manusia ini?

P/s: bodohnya teruk, level tahapp tinggi ni...

Mctheory:
kesian.. si anak kecil tu..

Kisah menarik mengenai N.ajis yang perlu dibaca!!

gambar contoh terbaik, Islam ala Pas

MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru itu tidak habis-habis memalukan Pas.

Terbaru beliau mempertahankan kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew agar umat Islam di republik itu tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran dan nilai Islam.

Aneh, seorang pemimpin Pas yang mahu menegakkan negara Islam boleh berkompromi dengan kenyataan Kuan Yew. Mujurlah sebahagian pemimpin Pas tidak senada dengan beliau. Antaranya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang membidas Kuan Yew. Beliau ada keberanian menyanggah pengasas Singapura itu dengan hujah-hujah ilmiah mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam.

Namun sikap Nik Aziz tidak mengejutkan. Jika beliau boleh tunduk dengan DAP maka tiada sebab untuk tunduk dengan Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP, parti yang memerintah Singapura sehingga kini. Ini kerana PAP dan DAP ada jalinan strategik. Sebab itu, Nik Aziz tidak berani untuk bersuara mempersoalkan Pengerusi DAP Karpal Singh yang terus menolak penubuhan negara Islam. Pertama kali dalam sejarah ada pemimpin utama Pas yang menjadi alat DAP. Awang dapat tahu, ramai ahli Pas yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya kecil Tenang. Malah ada yang menyatakan beliau sudah tidak lagi relevan selain menjadi liabiliti kepada Pas. Awang juga berpendapat begitu. Anak Nik Aziz, Nik Abduh jauh lebih bijak dan wajar diberi peranan untuk meneruskan legasi bapanya suatu hari nanti.

Beberapa hari lalu pula, Nik Aziz mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa mereka yang tidak mengundi Pas sebagai golongan jahiliah. Awang sudah tidak larat geleng kepala apabila bercakap tentang kecelaruan Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu nampaknya riak dan semakin banyak menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik. Dua tokoh agama dari Kelantan iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Ulama Pas, Mohd. Noor Idris dan Pengagas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah turut menyelar kenyataan Nik Aziz. Awang harap Nik Aziz tidaklah meletakkan imejnya seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Jika dibuat perbandingan siri-siri kenyataan Nik Aziz sejak bertahun-tahun lalu dan Ayah Pin, rasanya Tok Guru itu lebih banyak mengelirukan umat Islam. Tetapi apakan daya, ketaksuban oleh sebahagian ahli dan penyokong Pas, menenggelamkan rasional. Sedihnya, di antara Islam sejati dan fahaman Nik Aziz, ramai juga yang sanggup memilih untuk akur dengan Tok Guru yang celaru.

Awang Selamat Utusan Malaysia

P/s: Celaru dan haru biru... itulah dewata N.ajis..

Mctheory:
Tok Guru, haru biru.. anak buah lagi la teruk, tak tau nak boh kaler apa dah..

Sabtu, 29 Januari 2011

Bonggok!! Pas memang dah gila meroyan di Tenang!! seks.. seks.. seks...


Pas Takut!! Takut kalah teruk di Tenang hingga terpaksa mengunakan jentera kilang fitnahnya dengan sedaya mungkin. Ber'ketua'kan si Din Puduraya yang gila seks, nampaknya Din Pudu terpaksa mengupah seorang 'amoi' cina untuk membuat pengakuan palsu bahawa amoi terbabit pernah melakukan hubungan seks dengan Tok Ai.

Sejak mula lagi Pas memang dah gila. Turunnya dewata Pas si N.ajis ke Tenang dengan membuat fatwa baru bagi menarik undi merupakan salah satu punca ke'bingai'an Pas di Tenang. Fitnah dan pembohongan Pas sampai kemuncaknya apabila fitnah mengenai skandal Tok Ai  dan gadis cina disebarkan kepada penduduk di Tenang, walaupun mengetahui bahawa cerita itu adalah palsu. Tapi mungkin ini adalah senjata terakhir Pas bagi memancing undi.

Jikalau dilihat gelombang yang melanda Dun Tenang, pastinya kita mendapati ia berpihak kepada BN. Di pihak Pas pula mereka telah mengetahui, masalah utama mereka ialah kesalahan memilih calon. Sudahla Pas sememangnya lemah di Dun Tenang, tambah lagi dengan calon yang bermasalah peribadi yang serius, agak2la.. ada harapan tak Pas nak menang? Bukan kata menang, nak tambah majoriti pun agak susah.

Pas dan Pakatan Haram sememangnya sudah terdesak teruk, mereka sudah kalah berkali2 bila PRK di kawasan sendiri. Tambahan pula kini PRK diadakan di Johor, yang sememangnya kubu kuat UMNO/BN, bertambah meroyan la puak2 ni fikir nak menang. Puak ni bukan perjuang Islam. Kalau benar mereka perjuangkan Islam, mereka tidak akan mengunakan pendekatan kempen yang menyimpang. Pembohongan, fitnah dan fatwa menghalalkan cara, semua itu adalah cara kempen songsang bagi parti yang mengaku memperjuangkan Islam.

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah, apa yang akan terjadi di hari pengundian esok. Harap2 tak ada perkara buruk yang berlaku.

Mc harap pengundi2 di Tenang bijak memilih calon yang sesuai untuk menjadi pemimpin di kawasan mereka.

P/s: Dengar kata kekasih gelap Din Puduraya dah terbongkar, betul ke?? he he.. nak tau.. klik sini..apa daa.. bini orang pun hang sapu ka Din!!..

Mctheory:
Apakah orang Pas sememangnya gila seks???

Layakkah Normala Menjadi YB Dun Tenang?


Macam mana la puak Pas boleh pilih orang macam ni jadi calon. Nak kata peribadinya baik? rasanya tak. Nak kata akademiknya cemerlang? macam tidak, nak kata Mala ni 'clean n clear' pun tidak. Tapi apa yang menyebabkan Pas memilih beliau sebagai calon? Ini dinamakan calon terdesak. Pas Johor memang langsung tiada tokoh yang berwibawa untuk diketengahkan. Jika dilihat markas dan cawangan Pas di sekitar Parlimen Labis juga bagaikan nyawa2 ikan.

Sejak ada PRK di Tenang inilah yang menyebabkan markas Pas di Tenang kini hidup semula dengan aktiviti. Jika tidak, jangan harapla markas mereka itu digunakan. Itupun puak Pas ni asyik sebut mereka ada harapan menang.

Mungkin kalau Pas letakkan calon yang berwibawa, ada harapan sikit untuk menang. Tapi dengan calon 'cap ayam' ni.. Mc rasanya, tak payah la puak Pas nak mimpi basah disiang hari. Takde harapkan punya. Kenapa Mc kata macam tu? Nah baca SINI, anda akan faham kenapa Mc panggil Mala ni calon 'cap ayam'.

P/s: SPM pun kantoi.. macam mana la boleh jadi cikgu ni??

Mctheory:
Cikgu pun kantoi SPM, anak murid? bertambah teruk la...

Benarkah Felda sudah menjadi sarang pembangkang? Statistik ringkas!!


Alhamdulillah... Sejak kebelakangan ini, tahap kesedaran rakan-rakan seperjuangan mempertahankan Felda telah mula kelihatan. Felda yang merupakan antara agensi yang dipimpin oleh orang melayu telah di serang dengan hebat oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik sempit. Mereka tidak sedar dengan perbuatan mereka untuk memusnahkan Felda, orang melayu akan kembali merempat di bumi ini. Segala fitnah dan pembohongan telah di tabur di 317 Tanah-Tanah Rancangan seluruh negara bagi mencapai matlamat mereka ini.

Menurut kajian ringkas yang telah saya dan rakan-rakan lakukan, kami dapati bahawa mereka yang terpengaruh adalah peneroka yang menjadi ahli kepada parti politik pembangkang. Namun tidak semua peneroka yang terpengaruh dengan usaha-usaha jahat yang di lakukan ini. Tahukah kita bahawa :

Jumlah Kawasan Peneroka (112,635 orang di 317 Tanah Rancangan) : 521,938 Hektar (61%)
Jumlah Kawasan Yang Di Usahakan Oleh Felda : 331,375 Hektar (39%)

Mengikut fakta, pendapatan Felda hanya diperolehi daripada 39% kawasan yang di usahakan manakala baki 61% kawasan yang diusahakan oleh peneroka, pendapatannya akan dipulangkan kembali kepada peneroka melalui :-

a) pembinaan pelbagai kemudahan kepada peneroka
b) infrastruktur
c) melaksanakan program pembangunan sosial
d) insentif
e) kebajikan
f) pendidikan serta kemahiran kepada generasi baru

Sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab, pengurusan Felda telah mengambil pendekatan proaktif untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan mereka melalui perbincangan dan maklum balas dari peneroka/generasi muda. Susulan dari pendekatan ini, beberapa program dan aktiviti telah dilaksanakan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Memang jelas, Felda telah melaksanakan segala-galanya untuk peneroka dan pembangunan negara. Hanya mereka yang buta sahaja tidak nampak perkara ini. Di dalam bulan Disember tahun ini, sambutan bersama antara peneroka dan Perdana Menteri akan di lakukan di Putrajaya membuktikan bahawa Perdana Menteri mengambil berat terhadap peneroka di seluruh negara.

Oleh itu kepada peneroka-peneroka dan rakan-rakan generasi muda Felda, sama-samalah kita BERSYUKUR...

Tulisan Anak Jati Felda

P/s: Sebenarnya artikel ni dah lama si Anak jati emailkan kepada Mc, tapi Mc lambat postkan.. almaklumlah kebelakangan ini Mc agak sibuk..

Isu felda juga menjadi isu penting di PRK Tenang, bagi puak Pakatan, mereka merasa mereka sudah berjaya mengambil hati warga felda, tapi hakikat yang sebenarnya? Tengok video dibawah,



Mctheory:
Belajar Berterima kasih pada yang memberi...

Tenang: Kasi Panas!! Video Pengasas PKR keluar parti!!



Mctheory:
Mungkin ada yang dah tengok, tapi pada yang tak tengok.. sila2lah.. wusya..

Jumaat, 28 Januari 2011

Kisah Peribadi Calon Pas yang Dahsyat!!



Perghh.. nampak rupa macam baik.. tapi masyallah.. penuh dengan kurap dan panau disebalik kehidupannya. Pendedahan yang dibuat oleh bloggers mesra kerajaan betul2 mengejutkan dan mendedahkan siapa si Normala si calon Pas PRK Tenang ini.

Mungkinkah pendedahan ini bakal membuatkan Normala dan suaminya hidup tak tenang. Nak baca KLIK SINI

Mctheory:
Ishh.. ishh.. ish.. aii.. dahsyat.. dahsyat..

PRK Tenang!! Surat Palsu?? Apakah Puak Pakatan Menipu lagi??

sudah mau sampai..

Artikel ni Mc cilok.. berhasrat hanya untuk sebaran dan bacaan umum.

LABIS: Penduduk di Felda Chemplak Barat pada Khamis mendakwa menerima surat palsu yang dihantar oleh Majlis Daerah Labis memaklumkan mereka terpilih untuk menerima sumbangan sebanyak RM300.


Setiausaha Majlis Daerah Labis, Farid Kassim berkata pejabatnya telah menerima beberapa aduan dan pertanyaan mengenai surat tersebut.


“Kita telah menerima lebih daripada 40 aduan sejak pukul 9 pagi dan ada yang datang terus ke pejabat untuk bertanyakan mengenai kebenaran surat yang mereka terima,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.


Farid berkata surat tersebut telah menggunakan kepala surat Majlis Daerah dan menjemput mereka menghadiri satu program khas menerima sumbangan di Dewan Serbaguna Labis pada Jumaat.


“Orang yang menggunakan banyak masa dan wang untuk menghantar surat ini kepada penduduk Felda.


“Orang ini juga cuba meniru tanda tangan saya dengan 70 peratus daripadanya sama dengan tanda tangan saya,” katanya.


Beliau turut mengesahkan Majlis Daerah Labis akan membuat satu laporan polis bagi menyiasat penipuan tanda tangan dan kepala surat yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Farid turut menggesa mereka yang menerima surat palsu itu membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan segera.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Supritendan Abdul Majid Mohd Ali mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan mengenainya. Beliau turut menggesa penduduk Felda yang menerima surat tersebut membuat laporan dan berhati-hati dengan surat yang mereka terima.


“Mereka yang ada maklumat siapa yang mengedarkan surat atau mereka yang terima surat ini boleh membuat laporan di balai polis yang berhampiran,” katanya.


Katanya orang ramai boleh menghubungi talian hotline 07-221 2999 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya.

Sumber blog PSSR

Rasa-rasanya siapa punya kerja ni? Kerja2 bodoh dan taktik lama ni hanya puak sebelah sana saja yang buat.

Mctheory:
Kalau kerja macam ni, hanya wujud bila dunia ni ada puak Pakatan.

Johor dan Tenang yang makin tak tenang.. kalutt.. kalut..


Salam semua..
Agak lama Mc menghilangkan diri dari dunia blog. Maaf kepada rakan bloggers yang Mc lambat balas emailnya.. Mc juga mengucapkan terima kasih kepada pembaca blog Mc yang masih lagi sudi untuk mengikuti blog ini. Selepas pada hari ini, Mc akan cuba kembali berblog seperti dulu.

Sebenarnya Mc agak ketinggalan dengan apa yang sedang terjadi didalam dunia politik maya ni. Maklumlah dah lama tak online. Kebetulan pulak, semasa Mc di Johor, ada pulak satu PRK di negeri Johor, kawasan Tenang. Dulu kawasan ni memang Tenang, kerana ia kawasan utara Johor yang jarang dikunjungi oleh orang luar. Tapi sekarang, kawasan Tenang sudah tidak tenang lagi, sudah kacau, hancur dan haru biru.

Sudah hampir dua bulan Mc di Johor, keadaan politik disini sebenarnya tidaklah sehebat Selangor, Penang dan Kedah. Johor negeri yang dikenali sebagai kubu kuat BN ni, sebenarnya sudah sedikit goyah, mungkin ramai yang tidak sedar, Tapi hakikatnya UMNO dan komponen BN di Johor ni Mc nampak terlalu selesa, dan rilek terlampau. Sedangkan Pas dan Pakatan mempunyai 'master plan' yang baik untuk mencuri hati rakyat Johor.

Selama dua bulan Mc di JB. Mc sempat mengikuti ceramah Khalid Gereja di BBU (Bandar Baru Uda) JB. Kemudian Nurul Izzah pun di BBU, ceramah mereka juga mendapat sambutan yang mengalakkan. Mc juga turun lihat ada cawangan Pas yang baru buka, dan beberapa buah Tadika Pasti (sememangnya hak milik Pas) sudah beroperasi dan mempunyai sambutan yang memuaskan. Apakah ini petanda yang baik untuk UMNO/BN?

Di Tenang (PRK Tenang) Mc tak gundah dengan sokongan kaum Melayu dan India kepada BN. Mc cuma risaukan sokongan dan kepercayaan kaum cina kepada MCA dan BN. Selama Mc berbual dengan orang2 cina di Johor ni, hasilnya memang cukup sedih. Mereka anggap diri mereka sebagai anak tiri kepada kerajaan, maknanya kerajaan Malaysia tidak mempedulikan kaum cina.

MCA dan Gerakan dilihat gagal mengambil hati orang cina. Bukan saja di Johor dan Tenang, bahkan hampir seluruh Malaysia. Hanya sesetengah Bahagian dan cawangan saja yang masih beroperasi ditahap label 'baik' yang lainnya.. hancuss.. hidup segan mati tak mau.

Cerita Teoh Beng Hock (TBH) diubah dan diolah dalam pelbagai version, surat layang, email dan juga FB dijadikan senjata utama sebagai sebaran cerita2 palsu ini. Ada yang kata Polis pukul TBH sampai mati, lepas tu campak keluar bangunan. Ada yang kata Polis soal siasat, tapi TBH tak mengaku, lalu polis buang dia keluar bangunan. Ada pulak yang Mc baca, polis benci orang cina, kalau orang cina kena tangkap, masuk balai mesti mati punyala.

Hakikat sebenar TBH di soal siasat oleh SPRM bukannya polis, malah beliau bukan suspek, tapi saksi utama. Adakah lojik SPRM nak pukul saksi?

Pada kita yang tahu cerita sebenar, sememangnya kita akan ketawa dan katakan semua ini bohong, palsu dan tipu. Tapi bagaimana pula dengan orang diluar sana? cerita yang disampaikan hanya dari mulut ke telinga. Siapakah yang bertanggung jawab untuk menerangkan cerita sebenar disebalik semua ini?  Apa MCA dan Gerakan buat untuk menghalang kepercayaan orang cina mengenai cerita bohong di atas?

Sebab itu Mc kata, Johor dah tak tenang. Walaupun keadaan perang politiknya tak sehebat Selangor dan Penang, tapi Johor ceritanya lain...

PRK Tenang, Mc percaya BN pasti menang, tapi keyakinan kaum cina kepada BN makin terhakis dan menghilang..

Mctheory melaporkan dari Skudai Johor..
On da way nak pergi Tenang..

Percubaan.. test 1 test 2 test 3. . . . test test test.....


Blog is updated.. dalam bahasa melayunya.. Mc kembali untuk mengkemaskinikan blognya yang sedang bersawang ni.. harap sabar.. gila.. dah dua bulan tak update..