Khamis, 30 Jun 2011

PANAS!! ANWAR ASYIK BERBOHONG TAK KENAL ESKAY!!




AIDCNews – 30/06/11 – Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika diwawancara AIDC, di bangunan Parlimen, 23 Jun, menegaskan adalah satu pembohongan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau tidak mengenali Datuk Shazryl Eskay Abdullah, seorang ahli perniagaan yang dirakamkan CCTV bersama-sama di sebuah apartment, tempat rakaman video seks yang heboh diperkatakan.
Pada 24 Jun lalu, pihak polis telah mengemukakan bukti di mahkamah tentang satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan Anwar dan Eskay di lobi sebuah apartment di Ampang pada 21 Februari 2011, tarikh rakaman seks itu dilakukan.
“Dia (Anwar) berkawan dengan Datuk Eskay bukan hanya kawan (biasa). Dulu, masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dia banyak tolong Datuk Eskay, projek-projek. Kami tahu.
“Tapi, kalau dia kata dia tak kenal, dia pembohong lah. Kami pernah tengok Datuk Eskay bersama dia. Tapi tak lah (nak) pergi tanya siapa dia. Tapi kami (pernah) tengok (jadi) kami cam lah”, kata Zahrain.
Ikutilah wawancara itu sepenuhnya.
AIDC : Datuk kenal Datuk Shahzryl Eskay Abdullah?
YB Datuk Seri Zahrain : Saya tak kenal dia secara peribadi, tapi saya tahu dia.
(Maksud saya) Semasa Datuk aktif dalam PKR, datuk pernah berjumpa beliau?
Saya pernah lihat dia, pernah jumpa (dia). Saya tahu (Eskay), kami semua tahu pada masa itu. Dia (Eskay) (salah) seorang kawan Anwar Ibrahim. Anwar punya sahabat lah.
Adakah Datuk tahu Datuk Shahzryl merupakan pakar fisioterapi sakit tulang belakang Anwar pada masa itu ?
Itu saya tak tahu. Saya tak tahu kata dia (fisioterapi). Tapi (yang) saya tahu, (dia) kawan (Anwar) lah.
Bermakna, kalau Anwar kata dia tidak kenal Datuk Shahzryl Eskay, adakah itu bohong?
Itu bohong !
Saya mendengar daripada Datuk Nallakarupan..Anuar Shaari dan sebagainya mengesahkan bahawa Anwar berkawan dengan Datuk Shahzryl Eskay.
Dia (Anwar) berkawan dengan Datuk Eskay bukan hanya kawan (biasa). Dulu, masa dia jadi Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, dia banyak tolong Datuk Eskay, projek-projek. Kami tahu.
Tapi, kalau dia kata dia tak kenal, dia pembohong lah. Kami pernah tengok Datuk Eskay bersama dia. Tapi tak lah (nak) pergi tanya siapa dia. Tapi kami (pernah) tengok (jadi) kami cam lah.
Seperti yang saya kata, saya tak kenal Datuk Eskay secara peribadi, tapi saya tahu dia.
Betulkah Datuk Eskay kecewa dengan Anwar apabila Anwar tak mahu jadi saksi untuk kes jambatan bengkok ?
Itu saya tak tahu. Saya tak boleh nak komen, not fair.
Adakah Datuk dilibatkan dalam perancangan 16 September?
Saya terlibat.. beberapa orang (ahli Parlimen) diminta kepada saya untuk saya bercakap dan menyampaikan pesanan Anwar kepada mereka.
Sebab saya dulu masa (dalam) UMNO, saya kenal lah kawan-kawan Anwar yang masih ada lagi (sebagai ahli parlimen).
Ada beberapa orang (ahli parlimen) yang saya ditugaskan untuk berbincang..bersembang dan kalau boleh tarik untuk menyokong Anwar Ibrahim.
Jadi, saya cuba lah. Beberapa orang yang saya kenal, MP (Ahli Parlimen). Tapi tak berhasil.
Sebab masa tu, 16 September, Anwar memang beritahu saya, ‘you better tell (awak baik beritahu) dua..tiga (orang ahli parlimen) ni, mai (mari) cepat, sebab saya dah ada, 30 orang (ahli parlimen). Don’t miss the boat(Jangan ketinggalan perahu)’. Ni, Anwar punya stail.
Bermakna, dia nak tekankan kepada mereka ni (supaya) masuk cepat, sign statutory declaration, tinggal Barisan (BN), menyertai dan menyokong pimpinan Pakatan Rakyat.
Jadi, itu mesej yang harus kita sampaikan dan katakan kepada mereka, ‘nun ramai daripada Sabah..Sarawak, di Semenanjung pun dah ramai, dah bagi surat akuan’. Jadi, ini cara dia buat.
Pada masa itu kami percaya. Saya percaya sebab saya ditugaskan kepada dua..tiga orang (ahli Parlimen)…
Datuk antara orang yang percaya bahawa Anwar akan bentuk kerajaan 16 September ?
Ya. Sebab dia (Anwar) beritahu begitu. ‘Tugas you dua..tiga orang ni’. Tak payah saya namakan sesiapa lah… ‘Dua tiga orang ni, you target depa (mereka). Sebab I buat only 30 over surat akuan. 30 lebih akuan yang saya (sudah) ada, depa ni akan masuk (Pakatan). We take over the government, kalau dia tak join, dia akan tertinggal’.
Itu mesej saya kepada mereka.
Bila saya dengar arahan begitu daripada Anwar, percayalah, tak kan tak percaya.
Saya ceramah pun, turun bawah, saya cerita Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Dan saya percaya kepada Anwar, saya kenal dia, 30 tahun. (Saya kenal) dia bukan kaki bohong. Atas dasar kepercayaan.
’16 September dia (Anwar) akan jadi Perdana Menteri’. Ini mesej kita turun ke bawah, kita beritahu (dalam) ceramah begitu. Begitu juga (saya beritahu) kepada MP-MP yang (ada) dalam BN.
Tak terlintas dalam fikiran, (bahawa) 16 September itu, pembohongan Anwar ?
Tak. (Sebab) Dia guna nama Agong. Dia guna nama Panglima Angkatan Tentera. Kalau adaproblem, army (tentera) dah backing(sokong). So, macam mana you tak percaya. Akhirnya, (selepas 16 September) baru tahu semua.
Tapi masa tu, hebat cara dia. Dia, luar biasa kan. Pandai.
(Anwar kata Yang DiPertuan) Agong dah setuju. Panglima Angkatan Tentera kalau adaproblem akan backup. Kami pun percayalah.
Sebab dia (Anwar) kata, dia nak table surat-surat akuan tu.
Oleh sebab itu, dia desak Perdana Menteri pada masa tu, Abdullah Badawi suruh buat persidangan Parlimen, dia nak bentang.
Persidangan Khas ?
Persidangan Khas untuk bentang itu, yang buat keputusan bawa (semua Ahli Parlimen yang bakal melompat) pergi kepada Agong. Tapi mana ada.
Dia tulis surat kat Abdullah Badawi tapi tak tunjuk surat akuan. Fotostat pun tak bagi.
Apa jadi pada tarikh 16 September ?
Tak ada apa. Semua senyap. Kami pada masa tu pun diarah tunggu keliling, jangan lebih daripada beberapa kilometer. Jangan pergi mana-mana, duduk sini. Kot ada persidangan Parlimen, terus datang Parlimen.
Tapi, tunggu-tunggu, telefon apa tak ada mai.
Lepas 16 September baru nilai (pembohongan Anwar) ?
Lepas (tarikh) tu, kita mula keraguan. Bila kita tanya dia…(dia kata) tak apa..tak apa..masih dalam perancangan, kita akan ambil alih. Sampai hari ini tak ada apa.
Saya keluar parti, (saya) ingat Februari 2009, beberapa bulan selepas itu. Memang saya dah ragu betul-betul.
Boleh saya simpulkan dua kejadian besar iaitu kes 16 September dan Saiful betul-betul mengugat keraguan Datuk?
Kes Saiful, kes 16 September dan penghinaan terhadap saya selepas saya tegur Lim Guan Eng di mana saya dirujuk ke Lembaga Dispilin.
Itu yang saya kata, keraguan mengatasi keyakinan. Hilang kepercayaan terus.

AIDC

PANAS!! RISALAH BERSIH 2.0 TONJOLKAN HASRAT SEBENAR!!


Inilah dia risalah yang disebarkan oleh juak pakatan pembangkang menghasut rakyat supaya kerajaan Malaysia di tumbangkan dalam perhimpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Sudah terserlah hajat sebenar mereka apabila risalah tersebut disebarkan disekitar Wangsa Maju. Pakatan pembangkang sudah tidak mempedulikan lagi, menyelitkan isu agenda utama mereka inginkan tampuk pemerintahan, mabuk kuasa...!!! Ditinggalkan risalah tersebut disetiap cermin kereta yang diletakkan ditempat "parking" pada setiap penjuru perumahan berdekatan.

Semakin rancak pakatan haram ni ingin merencanakan perhimpunan haram pada 9 julai ini nanti. Pelbagai cara digunakan untuk menarik perhatian orang ramai untuk menyertai perhimpunan yang sudah pasti akan melumpuhkan segala kegiatan ditengah bandaraya.

Risalah itu telah menunjukkan "Hajat" dan sikap sebenar perhimpunan tersebut diedarkan oleh puak pembangkang yang tidak bertanggungjawab.

KL Boyz

PANAS!! AZIZ BARI KATA POLIS TAK BOLEH TANGKAP ORANG BERSIH!! Betul ke?


Semalam Hishamuddin memberi amaran sesiapa yang memakai baju T kuning Bersih adalah melakukan kesalahan dan boleh ditangkap.

Sementara Ismail pula menambah, sesiapa yang memakai kasut, menaiki kereta dan bas untuk mempromosikan perhimpunan itu juga akan ditahan kerana melakukan kegiatan menghasut.

Aziz berkata, kuasa untuk membuat undang-undang telah diletakkan di tangan parlimen.

“Menteri dan kakitangan awam seperti polis tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. Jika ada pun kuasa itu ia mesti disebut secara jelas dalam akta yang berkenaan,”.

“Apa yang dilakukan oleh menteri dan polis ialah membuat kesalahan atau jenayah baru yang di luar bidang kuasa mereka”, kata pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Kata Aziz lagi, tidak ada undang-undang yang meletakkan perkara itu sebagai perbuatan jenayah, seperti yang disebut oleh Hishamuddin dan Ismail.
Dengan itu, katanya, orang ramai bebas melakukan apa yang dilarang oleh mereka berdua. - Keldaian Daily

Wahai Aziz Bari atau Aziz barua meh nak habaq meh, rasanya polis membuat kerja mereka melalui laporan polis yang dibuat oleh seluruh rakyat Malaysia. Laporan polis terhadap bersih rasanya sudah mencapai hampir 2000 laporan.

Dalam laporan polis yang bertimbun-timbun itu juga menyatakan orang-orang Bersih tapi kotor ini ada agenda lain disebalik perhimpunan haram jadah itu. Malah jika di tanya kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, apakah mereka mahu penganjur Bersih ditangkap, Mc percaya pastinya perkataan 'Ya' akan keluar dari mulut mereka.

Polis juga rasanya mempunyai bukti yang menyatakan perhimpunan Bersih tapi Kotor ini hanyalah perhimpunan menghasut supaya rakyat menjatuhkan kerajaan.

Sebagai Polis yang menjaga keamanan negara, kami rakyat Malaysia menyokong Polis menangkap semua penganjur, penghasut dan semua yang ada kaitan dengan perhimpunan Bersih tapi kotor ini. Gunakan segala akta dan undang-undang yang ada untuk mengaitkan mereka dengan kesalahan bagi menjaga keamanan negara.

Mencegah lebih baik dari mengubati.

McTheory:
Tabik Polis di Raja Malaysia!!

PANAS!! JIN MENYERANG SOLAT HAJAT PAS!!



Nampaknya APCO mula menggunakan Jin serta Hantu yang diimport untuk menghalang niat murni pencacai-pencacai PAS melakukan solat hajat untuk doakan keselamatan Ambiga dan aktivis BERSIH.

Kononnya paku ditabur sekitar kawasan tempat letak kereta program solat hajat dan pidato khas sempena Himpunan Bersih 2.0 di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam yang berakhir tengah malam tadi.

Seorang aktivis PAS Shah Alam, Mohd Khairul Afandi Ibrahim memberitahu, mereka menemui ratusan paku dan benda tajam yang ditabur selepas aduan orang ramai. Malangnya, mereka tak dapat mengesan siapa yang melakukan kerja keji tersebut..

Menganggapnya sebagai sabotaj, dia berkata, mereka menghabiskan lebih sejam untuk membersihkan kawasan itu dan menempatkan Unit Amal yang pandai baca doa pelindung supaya gangguan tidak berlanjutan.


Ribuan hadir program yang menampilkan antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam); Charles Santiago (Ahli Parlimen Klang) dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi serta wakil sekretariat Bersih, Arumugam. Cerita ni Mc ambil dari MPP

Wow! he he.. dahsyat Apco sekarang ni ye. Dah pandai pakai Jin main tabur-tabur paku. Setahu Mc, kalau mengunakan paku, itu termasuk dalam santau. Sejak bila agaknya Apco pandai main santau-santau ni. Atau ini hanyalah satu gimik bodoh dari unit amal Pas untuk menambahkan cerita?

Makin lama, makin bodoh pula tengok kelaku orang-orang Pas ni.. adoiyaii..

McTheory:
Nak bodohkan orang, rupanya diri sendiri yang bodoh!!

PANAS!! NIK AZIZ LARI SEBAB TAKUT DENGAN RUSUHAN??



Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama rombongan akan berlepas ke Uzbekistan jam 11:00 di Lapangan Terbangan KLIA Kuala Lumpur. Beliau dan rombongan akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa jam 6:30 pagi.

Lawatan beliau ke negeri bekas jajahan Russia itu dalam rangka menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Imam Bukhari dan Imam Termizi adalah antara perawi hadith yang terkenal dan tergolong dalam hadith-hadith sahih.

Beberapa orang wakil rakyat mengikuti rombongan berkenaan antara mereka ialah Adun Limbongan, Drs Zainudin Awah Hamat, Adun Meranti Nasaruddin Daud yang juga Speaker Dun Kelantan, Adun Kemumin Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco kerajaan Kelantan dan Adun Lanas, Abdullah Yaacob.

Rombongan Tok Guru dijangka akan berada di Uzbekistan selama dua hari sebelum berlepas ke Dubai untuk menujuk ke Madinah. Selepas mengerjakan umrah rombongan dijangka akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih. Ini bermakna Tok Guru Nik Aziz tidak akan menyertai himpunan Bersih. - Malaysia Instinct

Nik Aziz mushitdoll am Pas yang tersohor sudah melarikan diri dari tanah air. Apakah ini maknanya Nik Aziz takut untuk menolak perlawaan penganjur Bersih untuk turun bersama bagi membuat kacau di ibu kota? Atau Nik Aziz sudah mengetahui bahawa puak Bersih ni sebenarnya bukan nak berhimpun, tapi nak buat kacau, sebab tu demi menyelamatkan diri, Nik Aziz melarikan diri terlebih dahulu.

Jadi memang benarlah kekacauan akan berlaku pada 9 Julai ini. Maka inilah agenda sebenar Bersih tapi Kotor!

Err.. Mc nak tanya sikit ni, Nik Aziz and the geng keluar melancong tu, guna duit siapa ya? Duit sendiri ke, duit kerajaan negeri? he he..

McTheory:
lagi mau kata orang.. sendiri pun sama.

Rabu, 29 Jun 2011

TERKEHEL!! APA KOMEN ANWAR, HADI, NIK AZIZ DAN KIT SIANG MENGENAI SEORANG PEREMPUAN!!



Cerita satira ni Mc ambil dari FB seorang rakan. Cerita ni macam ni,

Bila aku tengok gambar Anwar Ibrahim , aku teringat satu cerita suatu masa dulu, cerita tentang 4 orang sahabat yang bercerita tentang kecantikan wanita.

Orang 4 sahabat tersebut ialah Nik aziz, Hadi Awang, Kit Siang dan Anwar memuji-muji kecantikan wanita dengan pelbagai pujangga.

Nik aziz kata wanita ni cantik bak bulan purnama.
Hadi kata wanita ni cantik bak bunga mawar yang mekar.
Ah Lim kata wanita ni cantik bak bintang di langit.
anwar kata, wanita ni cantik bak piring hitam juga.

kwn2 dia tanya mengapa???

Anwar kata sbb piring hitam tu, depan boleh pasang, belakang pun boleh pasang.


He he he.. kalau dah Anwar tu.. memang depan belakang 'habis' dipasangnya..

McTheory:
Kah kah kah kah...

PUNG PANG PUNG PANG!! AKHIRNYA DATO LATT SENDIRI YANG BERSUARA!! aku juga yang kena!


Bedebom bedebang bedebum bedebang, akhirnya Mc juga yang kena (padan muka aku). Sebenarnya Mc ni umpama orang tengah. Mc tak masuk sebelah sapa pun, sebelah sini takdak, sebelah sana pun takdak. Terima kasih pada semua rakan blogger Kedah yang membuktikan betapa prihatinya mereka mengenai isu ini.

Kepada blogger JKKKKSS, Duke, Aloq Staq dan memba-memba lain yang Mc tak sebutkan nama. Isu ini juga membuatkan kotak email Mc sentiasa berbunyi, malah membuatkan sudah menjadi tempat aduan UMNO Bahagian yang bermasalah. Insyallah Mc akan cuba follow up satu persatu.

Betul cakap Dato Latt bahawa Mc hanya mendengar dari sebelah pihak, malah cerita yang disampaikan pula dengan penuh yakin dan Mc percaya. Itulah silap Mc. Mc pula jenis pantang dengar Ketua Bahagian malas buat kerja, dengan penuh yakin terus Mc menghentam. Akhirnya Mc yang kena hentam. heh..

Takpa Mc juga manusia biasa, kadang-kadang kita buat salah jugak.

Untuk membuktikan Mc ikhlas untuk membantu UMNO Kedah berjuang menentang Pas Kedah dibawah jentera Ostat Azizan. Mc menyiarkan komen Dato Latt Shariman. Sila baca dibawah,

Terimakasih di atas beberapa pandangan menyokong dan mempertahankan kerja buat Umno Bahagian Kuala Kedah. Bagi saya pandangan jurublog Kedah ke KL telah jauh menyimpang dari fakta sebenar kerana kemungkinannya mendapat maklumat dari 'sumber yang sangat boleh dipercayai' yang tidak berapa boleh dipercayai sangat. Walaupun blogger tidak menyebut Bahagian mana yang dimaksudkan, jelas bahawa bayangan yang diberi tertuju kepada Umno Kuala Kedah oleh kerana disebut ‘bekas Parlimen Md Sabu’ (cuma Kuala Kedah sahaja). Saya terpanggil untuk mempertahankan diri kerana tuduhan yang dilemparkan menyentuh peribadi dan membina sangkaan buruk terhadap saya dan ahli jawatankuasa Bahagian lain yang tekun bertungkus-lumus selama ini. Maka menjadi persoalan saya tentang motif penulisan tersebut dibuat dalam bentuk dan rupa persembahannya.


Saya menjemput blogger dan rakan-rakan lain melayari blog saya dan Umno Bahagian di www.lattshariman.blogspot.com dan www.1umnokualakedah.blogspot.com untuk mengikuti perkembangan aktiviti kami di kawasan. Alhamdulillah, blog kami sentiasa dikemaskini dan dipenuhi dengan laporan ringkas aktiviti yang diadakan setiap minggu. Kerap kali juga aktiviti masyarakat anjuran Bahagian di Kuala Kedah mendapat liputan akhbar dan media arus perdana. Malah saya yakin bahawa kerja buat kami adalah lebih agresif berbanding wakil-wakil rakyat tempatan dari Pakatan.


Kita menyahut saranan YAB Presiden Umno untuk mendengar denyut nadi rakyat dengan serius. Sejak menjadi Ketua Bahagian tiga tahun lalu dan merupakan Ketua Bahagian termuda di Kedah saya mengambil berat persoalan golongan muda serta aspek perubahan yang diingini oleh rakyat. Lanskap kepimpinan Umno Bahagian telah sedikit sebanyak berubah dengan perlantikan golongan profesional dan muda dalam Jawatankuasa Bahagian (termasuk tiga pakar perubatan dan lima pemegang ijazah sarjana). Ianya mendapat sambutan dari kebanyakan ahli Umno Kuala Kedah kerana selama dua tahun berturut-turut, perwakilan G-7 dimenangi oleh majoritinya golongan muda dan terpelajar bawah umur 39 tahun.


Memang banyak cabaran sukar perlu ditempuhi terutamanya di tempat yang kalah dalam PRU12 seperti Kuala Kedah, tetapi AJK Bahagian serta Cawangan sedang cuba sedaya upaya untuk memenangi semula kawasan Parlimen dan ketiga-tiga DUN dengan kerja kuat dan doa restu ahli-ahli Umno, rakyat tempatan serta rakan-rakan. Isu kewangan yang ditimbulkan juga tidak tepat kerana kedudukan kewangan Bahagian adalah antara yang paling kukuh di negara seperti yang telah dibentangkan oleh Bendahari Umno Bahagian hujung minggu lalu di Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Dari aspek bantuan kemasyarakatan, Umno Kuala Kedah juga mempunyai kekuatan sendiri membantu rakyat yang ditimpa bencana kerana mempunyai kelengkapan penyelamat termasuk bot sendiri dan telah dibuktikan kemampuannya semasa bah besar Kedah tahun lalu. Sukarelawan Umno Kuala Kedah yang dipanggil Barisan Kola mempunyai anggota lebih 500 orang membantu mangsa bencana tidak hanya dari Kedah tetapi juga hingga ke Kerian, Perak.


Seandainya sudi, saya menjemput jurublog ke Kuala Kedah untuk melihat sendiri perkembangan sebenar kami di sana. Silalah hubungi saya di latts105@gmail.com secara peribadi.

Dato Latt Shariman

McTheory:
Harap Dato tunggu email Mc.. kita bertukar fikiran..

LAGI PANAS!! VIDEO SEKS JOE BEDUL SUDAH TERBIT!!


Tengok si bodoh yang menyamarkan dirinya dengan P. Ramlee. Sememangnya si Joe Bedul ni bodoh teramat sangat. Mungkin dia tak sangka video ini dirakam oleh Datuk T. Tapi nampak sangat dia penipu. Bertepuk bertampar bergurau dengan Eskay.

Mc masih ingat dalam kenyataannya dulu, apabila dia kata semasa dia menonton video tersebut, dia marah kena mereka telah menipunya dan menganiaya Anwar. Tapi apa yang kita lihat dia bukan marah, malah tersengih sambil melayan video terbabit.

Joe Bedul, Joe Bedul. Nampaknya riwayat politik hang dah tak sampai mana dah. PRU ke 13 ni hang mesti bungkuih punya la.

McTheory:
Anwar pakar pembelit.. anak-anak buahnya pakar penipu serupa dia jugak la..

PANAS!! PEMUDA UMNO DIKECAM KERANA MENGERTAK PKR!!

Nampaknya si muka bulan Saifuddin Nasution benar-benar tak puas hati dengan pemuda UMNO kerana berani berhimpun dihadapan HQ PKR dan membuat gertakan dan laungan kuat untuk mencabar penganjur Bersih supaya membatalkan Bersih atau hadapi tindakan dari mereka.

Beberapa laporan polis pun dibuat kepada pemuda UMNO kerana mengertak HQ PKR.

Namun ada yang kata Pemuda UMNO nak bakar bangunan, betul kah?

Atau sekadar cakap-cakap kosong?

Lihat gambar dibawah,


Tu salah seorang dari AMK tu, kalau benar pemuda UMNO bertindak ganas, AMK tu dah mampuih kena lanyak dah.


Macam ni kah tindakan ganas yang dikatakan oleh Saifudin si muka bulan tu? ishhh.. ishh.. ganasnya.. siap boleh posing lagi. he he..

McTheory:
Puak PKR dah kecut telor ke? ha ha ha..

PANAS!! WARDINA MELENTING KERANA DIKATAKAN AHLI PKR DAN SOKONG BERSIH!!


Selebriti popular yang juga pengacara rancangan Malaysia Hari Ini(MHI), Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, terus melenting dan menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekali gus menyokong perhimpunan haram Bersih.

Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah suatu perkara yang serius dan mengaibkan dirinya dan keluarga.

Justeru, katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin.

"Saya nyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti, sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR.

"Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tentang gambar dan penulisan yang disiarkan menerusi blog yang memberi gambaran bahawa beliau menyokong perhimpunan Bersih dan PKR.

Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat, Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.

"Oleh sebab itulah saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.

"Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak kan saya nak beredar.

"Saya kesal apabila ada yang berfikiran jumud dan mudah untuk membuat interpretasi tanpa menghubungi saya untuk dijelaskan keadaan sebenar.

"Tidak seperti Utusan Malaysia yang menghubungi saya terus untuk mendapatkan jawapan," katanya.

Beliau berkata, ekoran tuduhan yang dilemparkan, beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi menuntut supaya semua artikel berkaitan dengan dirinya yang dikaitkan dengan parti politik, diturunkan segera.

"Jika penulis blog berkenaan gagal berbuat demikian, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana negara kita, ada undang-undang," katanya. - Utusan

Nak komen sikit la ye. Pada Wardina, dah tahu anda tu Artis dan menjadi tumpuan masyarakat, yang dok gatal tangan dok taip bukan-bukan tu buat apa. Tengok balik tweeter saudari yang menyindir Menteri Wanita dan mahu mengantikan beliau. Apakah maksud disebalik tweeter itu?

Malah Wardina kelihatan begitu rapat dengan MP dan Adun PKR. Siapa yang tak syak bukan-bukan.

Apakah Wardina sudah panas baru nak nafikan ada kaitan dengan PKR dan tidak menyokong Bersih?

Orang tua dah pesan, jangan bermain api, nanti membakar diri.

McTheory:
Wardina dah nafikan, nampaknya penyokong pembangkang sedihla ye..

PANAS!! AMBIGA NAK JADI SUPERHERO!! - TS Harussani


IPOH Jun – Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S.Ambiga dilihat cuba menjadi ‘superhero’ dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

“Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.
Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya – bernama

McTheory:
Ambiga jadi superhero lambang babik!

KASI PANAS!! ANWAR NO KOMEN, TAPI NAK ROMEN WARTAWAN!!


McTheory:
Ha ha ha.. bodoh punya Anwar!!

Selasa, 28 Jun 2011

KASI BALIK!! MASALAH KETUA BAHAGIAN UMNO DI KEDAH SELESAI!!


Semalam Mc ada terbitkan artikel mengenai satu bahagian UMNO yang bermasalah, nak baca boleh klik sini

Selang berapa lama, Mc dapat jawapan dari orang Bahagian tu sendiri yang menyatakan masalah diantara mereka sudah hampir SELESAI! Malah Tuan Presiden UMNO sendiri yang menyelesaikan perkara ini. Oleh itu, tiada lagi salah faham dan sengketa diantara mereka.

Alhamdullilah.. jika ia benar-benar selesai. Jangan hanya didepan muka, tapi dibelakang masih bergolok berparang.

Niat Mc mendedahkan cerita masalah dalaman UMNO hanya satu, untuk TEKAN bahagian UMNO menyelesaikan masalah mereka dengan pantas dan bersedia untuk menghadapi PRU ke 13.

Kalau sama sendiri pun dok perang, macam mana nak sedia berperang dengan Dap, Pkr, Pas dan beruk-beruk belaan mereka?

Apakah UMNO Kedah lupa bahawa mereka SUDAH PUN jadi pembangkang dan bukan lagi kerajaan. Bangun la pujuk rakyat untuk bersama UMNO Kedah kembali. Tunjukkan kepada rakyat Kedah bahawa UMNO Kedah masih relevan untuk menjadi kerajaan dan membela nasib mereka.

Rakyat Kedah dah menyampah dengan Pas Azizan, namun masih ragu-ragu dengan UMNO. Masa inilah UMNO kena tunjukkan apa yang mereka ada. Bukannya dok termenung kat rumah saja.


Sematkan Slogan yang dilancarkan dulu sebagai semangat dan pemangkin kejayaan. Jangan sampai slogan hanya tinggal slogan!

McTheory:
Bila orang tegur marah, bila tak tegur pun salah!!

PANAS!! AMARAN KERAS WANITA UMNO TERHADAP AMBIGA PANDYKUTTI!!


Huih.. garang sungguh Kak Ijat sound Ambiga babik suruh batalkan perhimpunan haram Bersih 2.0 tu. Kalaulah perhimpunan Bersih akan diteruskan juga, mahukah semua wanita UMNO yang keahliannya ada lebih dari 2 juta ahli diseluruh negara turun bagi menyekat perhimpunan Bersih 2.0?

Kalau semua wanita UMNO turun, Mc percaya, pasti tengelam geng baju dan otak kuning yang degil nak berhimpun tu.

Dua juta nak dibandingkan dengan ribuan.. apa la sangat.

Perhimpunan Bersih harus dihalang, kerana ia bukan lagi agenda untuk membersihkan pilihanraya, tapi ia ada agenda yang lebih besar.

Apabila ada unsur komunis dan mendapat bantuan dari luar. Mc percaya ia menjadi lebih teruk dari apa yang kita jangkakan.

Jika polis tak mampu menghalang, biarlah wira dan wirawati negara bermaju merah, menghalang kemaraan mereka.

McTheory:
Berkorban untuk Agama, Bangsa dan Tanah Air..

KASI PANAS!! RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU SERTAI BERSIH 2.0, HARUS BACA SINI DULU!!


Oleh Zulkiflee Bakar - Utusan


PARTI-parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan penganjur Himpunan Bersih 2, cuba mempertahankan kewajaran untuk mengadakan himpunan haram pada 9 Julai ini.

Mereka berhujah kononnya ia hanyalah sebuah perarakan aman dan tidak mempunyai elemen-elemen yang boleh mencetuskan huru-hara dan ia termaktub dalam Perlembagaan.

Malahan mereka juga mendakwa, perhimpunan haram itu 'tulen' bagi mengemukakan tuntutan agar pilihan raya dijalankan secara bersih, adil dan telus.

Dalam soal ini, kita berhak untuk bertanya tiga perkara;

n Pertama, sejak bilakah pembangkang dan mereka yang terlibat dalam Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) begitu memelihara apa yang sudah termeterai dalam Perlembagaan.

n Kedua, apakah jaminan bahawa perhimpunan itu tidak akan dipengaruhi oleh elemen-elemen yang boleh menggugat keselamatan negara dan mampu mengelak daripada huru-hara?

n Ketiga, kenapakah ada bantuan daripada pihak asing bagi menjayakan himpunan tersebut?

Untuk persoalan pertama, jika kita mengkaji perjalanan politik pembangkang sejak selepas pilihan raya umum 2008, merekalah yang paling banyak menggugat apa yang terkandung dalam Perlembagaan.

Cuba kita bertanya, siapakah kelompok yang berusaha menghapuskan keistimewaan orang Melayu dengan konsep perjuangan kesamarataan?

Siapakah pula yang bertanggungjawab mengadakan satu perjumpaan yang berakhir dengan satu ikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini?

Golongan mana pula yang mahu supaya pembahagian biasiswa tidak lagi mengutamakan orang Melayu, sedangkan ia sudah tertera dalam Perlembagaan?

Bagaimana pula dengan tindakan Pengerusi Bersih, S.Ambiga yang terlibat secara langsung dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC)?

PANAS!! PEMUDA UMNO MENGAMUK!!












Cayalahh.. foto ni Mc ambil dari blog GAP.

Lebih kurang seramai 400 orang Pemuda UMNO KL/ Selangor berkumpul berarak ke Pejabat PKR di Tropicana untuk mengegarkan ibu pejabat PKR itu. Malah dengar cerita mereka memanggil turun ketua AMK PKR si Samsul Ketot tu untuk mempertahankan ibu pejabat PKR. Namun hampa kerana Samsul terlebih dahulu kencing dalam seluar apabila mendengar cabaran dari pemuda UMNO.

Malah ada diantara pemuda UMNO yang ditangkap polis semasa cuba menyerbu bangunan PKR.

Inilah semangat yang kita mahukan dari pemuda UMNO. Ingat Ikrar pemuda untuk pertahankan Agama, Bangsa dan Tanah Air.

McTheory:
Cuma ketua pemuda saja yang tak berapa nak betui.. aduhh..

PANAS!! AYAHANDA PALA OTAK APA NAK BUNUH MELAYU ISLAM SENDIRI!!


Dah baca tweet kat atas tu? Ada manusia bernama Izmil Amri. Kalau melihat dari hasil tangannya, nampak macam brutal gila. Malah dia mengaku bahawa dia memakai gelaran 'Ayahanda' wow.. ini Ayah dari ranting mana ni? cerita ni Mc ambil dari sini.

Semangatnya dah betul. Namun apa yang tak betulnya, si Ayahanda mangkaq ubi ni sanggup nak sembelih melayu sama melayu semata-mata nak membela si Ambiga babik penganjur Bersih 2.0 ni. Sebenarnya Mc dah cuba siasat siapa Ayahanda mangkaq ubi ni. Tapi akhirnya hampa dan pasrah sebab tiada jawapan.




Nak tengok muka Ayahanda yang brutal ni tak?



Apa macam brutal tak?

Muka macam babi terkenyang makan saja pun. Kalau benar si Izmir ni memakai gelaran Ayahanda. Mc rasa gelaran tu boleh ditarik balik oleh pihak atasan Pekida, kena asas dan tujuan Pekida ditubuhkan hanya untuk menjaga Islam dan Melayu. Namun Ayahanda mangkaq ubi ni nak pula sembelih melayu sebab nak bela hindu pejuang murtad macam ambiga tu. Aduhh.. dah sesat jauh mangkaq ubi ni.

Kalau Ayah nya perangai buruk macam ni, macam mana pula dengan si anak-anaknya ya?

McTheory:
Lagi teruk la nampak gayanya..

PANAS!! SIAPA ADUN BN KEDAH YANG TURUN DENGAR CERAMAH ANWAR?!!



Sapa lagi kalau bukan si ADUN kontroversi BN Kuala Nerang, Syed Sobri Syed Hashim. Dalam ramai-ramai ahli Pas dan Pkr, terselit satu Adun BN, apa maksudnya ini?

Mc takmau buat andaikan sendiri. Nanti orang kata kita fitnah pulak. Namun Syed Sobri ni memang diantara Adun BN Kedah yang bermasalah dari dulu lagi.

Dulu kata nak lompat masuk Pas, lepas tu senyap sampai lani. Tapi dia ni memang rajin pi majlis puak-puak Pakatan. Mungkin nak tunjuk setiakawan kot. Atau memang dah takketahuan.

Tah apa yang dia fikir pun Mc taktau la.

McTheory:
Nyatakan pendirian.. jangan buat orang ragu-ragu.

KASI GEGAR!! NIK AZIZ NAK KELUAR DARI PAKATAN??



P/s: ayat "aku pun ko nak try ke?" he he he..

McTheory:
Tak mungkin Nik Aziz akan bertindak sebijak tu.. hmm..

Isnin, 27 Jun 2011

KASI PANAS!! CERITA SEBENAR PENAHANAN ANGGOTA PSM DI PENANG!!

Baju rashid maidin

Polis dakwa aktivis PSM cuba hidup fahaman komunis

Tiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza tol Sungai Dua semalam, ditahan reman mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.
Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Mereka yang ditahan termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar. Seorang lagi dibebaskan kerana di bawah umur.

Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua itu cuba menghidupkan semula fahaman komunis.

Beliau berkata ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.
Abdul Rahim berkata, mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Kepala Batas.

"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara," katanya.

Semalam, 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk diambil kenyataan mereka.
Abdul Rahim berkata seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan.

Katanya perintah reman bagi kesemua mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.

Beliau berkata perintah reman dibuat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam reaksinya, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak masuk akal dan cuba menggambar parti itu sedemikian untuk menakut-nakutkan orang ramai. - freemkini

Namun cuba baca komen yang Mc ambil dari seorang komentar di Blog Mc.

REMAND ORDER FOR 30 PEOPLE IN PENANG

1. The PDRM is seeking a remand order for 30 people to facilitate investigation into alleged involvement into reviving subversive elements. The people have been remanded under Section 122 of the Penal Code for “waging the war against the Yang Di Pertuan Agong.”

2. The group, travelling on the bus, was arrested at a roadblock near Kepala Batas, Seberang Perai Utara, on 25 June 2011.

3. According to the police, they found printed materials and T-shirts bearing the images of former CMP leaders including Chin Peng, Abdullah CD and Rashid Maidin.

4. Police believe that this could be part of a larger scheme of thing by certain groups to destabilize the nation.

5. The police have reason to believe that these findings by the police have raised their concerns that the July 9 illegal gathering may have been infiltrated by subversive elements out to create chaos and disorder.

6. The police has reasonable ground to believe that these group of people has engage in activities detrimental to national security and enhance they been remanded under Section 122 to facilitate police investigations.

Nampaknya puak-puak ni semakin melampau dan menjadi-jadi. Mereka kembali menghidupkan semula semangat komunis dan anti YDP Agong.

Sememangnya pengerak utama PSM patut dicari dan ditangkap. Mc percaya ini adalah agenda tersembunyi puak Bersih yang menyokong negara ini direpublikkan!!

McTheory:
Ini agenda sebenar mereka, untuk menjahanamkan negara!!