McTheory:
Lihat dan dengar..
Sosial, Politik, Terkini!!
Sebagai seorang Menteri Besar dan juga Pengerusi KUIN, Ustaz Azizan harus bertanggung jawab dan menjawab persoalan dari media dan juga blogger!
Pendedahan mengenai Ahli Parlimen Pokok Sena yang menipu semasa ceramah, dengan mengatakan UMNO ada membuat majlis dengan mengunakan pulut kuning 3 tingkat dengan bajet RM19,000.
Penyalahgunaan fatwa dari MAIK, penipuan tarikh dan juga bukti dokumen.
![]() |
| Nak baca klik |
![]() |
| smart anjing pakai kot.. |
Exco hal ehwal agama Islam Selangor Datuk Hasan Ali mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah – satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.McTheory:
Hasan berkata, unit berkenaan ditubuhkan memandangkan "masalah yang dihadapi oleh orang Islam di Selangor, khasnya berhubung dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum."
Kenyatannya hari ini timbul ekoran kontroversi yang tercetus daripada serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.
Gereja yang diperiksa kerana disyaki menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam itu juga didakwa sering memberi bantuan kepada orang Islam.
"Pejabat exco Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mengurangkan beban kehidupan saudara-saudara muslim dan mengelakkan mereka terjebak dalam perangkap memurtadkan mereka.
"Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan-pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi kerajaan negeri, badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini.
Katanya lagi, beliau juga berharap supaya orang Islam yang menerima bantuan daripada gereja mahupun yang berniat untuk berbuat demikian supaya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan bantuan berkenaan.
Tambahnya, pejabat beliau akan mengambil butiran yang perlu bagi membolehkan permohonan tersebut diproses dan supaya bantuan tersebut disalurkan dengan segera.
"Diharapkan langkah ini akan memudahkan pihak-pihak yang terbabit untuk mendapatkan pembelaan," katanya lagi.
![]() |
Mohamad Sabu ketika berucap pada Ceramah Perdana Pas di Padang Menora Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang, baru-baru ini. |
![]() |
| Tragedi serangan pengganas komunis di Bukit Kepong dengan sejarahnya.... |
![]() |
| Kepada Mat Sabu ini bukan pejuang bangsa.... |
![]() |
| Kepada Mat Sabu kematian pejuang Melayu ini bagikan 'mati katak' saja.... |
![]() |
| Anggota pengganas komunis dari kaum Cina inilah pejuang sebenar yang cuba diketengahkan oleh Mat Sabu? |
![]() |
| Kemuncak kepada sejarah yang akan diubah oleh Mat Sabu nanti ialah 'Chin Ping adalah pejuang sebenar kemerdekaan Tanah Melayu'? |
![]() |
| Post di The Unspinners |
ALOR SETAR Ogos - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Barisan Nesional (BN) Kedah akan mengadakan simulasi pilihan raya bagi membolehkan parti itu mengukur kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam jentera mereka.
Beliau memberitahu simulasi pilihan raya itu berkemungkinan akan diadakan pada Oktober ini selepas berlangsungnya Konvensyen BN yang dijadual pada 24 Sept.
“Ini arahan UMNO Malaysia supaya diadakan simulasi pilihan raya bagi mengenal pasti persiapan peringkat bahagian dan peti undi,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.
Pada program itu juga, beliau turut mengambil kesempatan melawat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke hospital tersebut bagi menerima rawatan susulan dan keadaan beliau semakin sihat.
Ahmad Bashah berkata boleh dikatakan keseluruhan jentera pilihan raya sedia ada dan melalui simulasi, jika ada kekurangan ia akan diperbetulkan.
“Kita harap simulasi itu akan berjalan lancar di seluruh peti undi terpilih. Kita tidak mewajibkan semua bahagian tetapi jika ada ketua bahagian yang mahu melakukannya, kita amat mengalu-alukan,” katanya.
Beliau berkata simulasi pilihan raya akan dibuat seperti apa yang berlaku pada pilihan raya umum sebenar seperti mengambil dan menghantar orang untuk keluar mengundi sehinggalah proses pengiraan undi.
“Semua persiapan seperti tarikh, tempat dan peti-peti undi yang akan dipilih akan dibincangkan pada Konvensyen BN nanti,” katanya.
Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan UMNO pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum kelak. - UMNOonline
![]() |
| kambing paria sekor.. |
Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hatta Wahari berkata Datuk Seri Dr. Rais Yatim harus memantau blogger pro- Umno dibawah seliaan kementeriaannya terlebih dahulu sebelum menunding jari kepada blogger lain, termasuk pro- Pakatan Rakyat.
Hatta berkata blogger pro- Pakatan Rakyat terbukti mengetengahkan sesuatu isu berlandaskan fakta dan berbentuk persoalan dan bukannya tuduhan liar semata- mata, seperti mana yang sering dilakukan blogger pro-Umno.
Blogger pro-Umno berada di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), sebuah agensi di bawah kementerian yang diterajui Dr Rais.
“Masalah yang membuat berita-berita bohong ini ialah blogger-blogger Umno saja. Jadi saya menasihat Rais Yatimlah sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap JASA kerana blogger- blogger Umno ini di bawah JASA, Jabatan Khas Kementerian Penerangan.
Jadi sebelum dia menasihatkan blogger- bloger lain, beliau patut bersihkan rumah sendiri dulu.
"Sebab saya percaya blogger– blogger Umno ini lagi kurang ajar dan lagi banyak membuat tohmahan- tohmahan palsu kepada pemimpin- pemimpin pembangkang.
Jadi kalau beliau meminta blogger lain minta maaf maksudnya blogger- blogger Umno itu perlu minta maaf juga. Atau pembohongan, penipuan yang telah dilempar kepada ramai pemimpin- pemimpin pembangkang,“ katanya.
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada 2 petang tadi.
Beliau berkata, selain peluru, sampul surat itu juga mengandungi sebuah buku yang diselitkan nota ugutan.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam dekat sini, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.
"Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.
"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau sudah pun membuat laporan polis," katanya.
Hishammuddin berkata, perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
"Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius. Bagaimanapun ini tidak akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui jawatan yang saya pikul," katanya. - BERNAMA

