Isnin, 31 Oktober 2011

TERKINI!! DEMONTRASI BANTAH PEMBALAKKAN TERLAMPAU DI KEDAH!!

syarikat yang diberi tender..

Signboard hutan simpan kekal

balak yang dikumpul

rakyat datang membuat bantahan

semakin ramai..
Demo bantah pembalakkan..

wartawan temubual Abdullah b. Shari

Wartawan media perdana pun ada..

Ni Ketua Pemuda UMNO Kedah..


Hari ini 31 oktober 2011 HAMPIR 100 orang penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang diterajui oleh regim Pas Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada sebuah syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan HUTAN SIMPAN KEKAL BUKIT PERAK sejak lebih sebulan yang lalu.

Tindakan kerajaan negeri Kedah itu telah menimbulkan kemarahan kepada penduduk-penduduk di 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas,Kg Sg Pisang,Kg Sungai Siput,Kg Mahawangsa,Kg Lasau,Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit.

Menurut Abdullah b. Shaari S/U JKKKP Kg Mahawangsa dan juga S/U bg Jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak,kerajaan pas Kedah telah bertindak zalim terhadap penduduk2 di 7 buah kampung terbabit kerana meluluskan aktiviti pembalakan di kawasan tadahan air yg menjadi sumber air mereka sejak dari dulu lagi. Malah,kerajaan negeri langsung tidak pernah memaklumkan langsung kepada penduduk2 kampung serta kepada jawatankuasa Kolam Tadahan Air Bukit Perak.

Akibat daripada aktiviti pembalakan tersebut,air yang disalurkan ke rumah mereka menjadi keruh berwarna merah hingga menyukarkan kehidupan seharian mereka. Lebih mendukacitakan lagi,apabila ada kematian di kampung mereka kerana urusan memandikan jenazah terpaksa menggunakan air yang kotor.

Sebagai mewakili penduduk2 kampung,Abdullah Shaari menegaskan yang demonstrasi yang diadakan tadi adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan negeri agar prihatin dan mendengar keluhan mereka agar membatalkan kembali lesen balak yang dikeluarkan kepada syarikat terbabit.

Tinjauan kami di lokasi Pusat Pengumpulan Balak Bukit Merah yang menjadi tempat demonstrasi tadi,kami mendapati banyak kayu kayu balak yang dikumpulkan di situ sebelum di hantar ke kilang memproses kayu balak. Apa yang memeranjatkan,terdapat banyak kayu2 balak yang bersaiz kecil. Bagaimana kayu balak yang bersaiz demikian boleh di tebang? Patutlah hasil kutipan balak Kedah di bawah pentadbiran Pas meningkat berkali ganda berbanding kutipan di zaman kerajaan BN dulu. Rupa-rupanya,sekarang ini semua pokok di tebang tanpa mengira saiz,samaada kecil ataupun besar hingga habis gondol hutan.

Rata-rata penduduk yang ditemui,melahirkan rasa kecewa dan tertipu dengan janji-janji Pas sebelum ini yang kononnya akan mentadbir Kedah dengan lebih baik lagi daripada BN. Hakikatnya kini,kerajaan pas dilihat lebih zalim dan rakus berbanding BN dulu kerana meluluskan lesen pembalakan dengan sewenang-wenangnya walaupun di Hutan Simpan Kekal.

Ketua Pemuda UMNO Kedah Hj Badrol Hisham yang ditemubual oleh para wartawan semasa demonstrasi tadi menjelaskan yang kerajaan Pas kedah dilihat terlalu bergantung kepada hasil balak semata-mata untuk menjana pendapatan negeri hingga sanggup meluluskan lesen balak di kawasan tadahan air Hutan Simpan Kekal.

Berbeza dengan polisi kerajaan BN ketika mentadbir Kedah dulu yang tidak terlalu fokus dengan hasil pendapatan daripada sumber balak sebaliknya lebih menumpukan kepada pendapatan daripada Pelaburan Asing (FDI),pelancongan dan lain-lain lagi. Pentadbiran pas dilihat tidak kreatif untuk menjana pendapatan negeri.

Terbukti pas Kedah GAGAL mentadbir negeri Kedah dengan berkesan. Negeri Kedah yang kaya dengan kawasan hutan,yang boleh dieksploitasikan untuk pelancongan kini semakin terhakis akibat kerakusan regim pas Kedah meluluskan lesen aktiviti pembalakan,hatta di kawasan yang telah pun diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal. Rakyat Kedah WAJIB bangkit menjatuhkan Pas Kedah pada PRU13 nanti kerana Pas Kedah bertindak zalim terhadap alam sekitar dan rakyat. Menjadi kewajipan kita untuk sama-sama mempertahankan bumi Kedah Darul Peace daripada kezaliman regim Pas Kedah.

JOM KALEH KEDAH!!!


Gambar dan Artikel : Aktivis UMNO Pekan Naka


McTheory:
Patutla pendapatan balak banyak, puak ni dok sapu licin semua pokok muda.. mampuih la.. 

KASI PANAS!! Apabila Anwar nak minta maaf pada Ghafar Baba!!


Memang patut tengok video ni.. kah kah kah.. Anwar.. hai la Anwar..

HANGGIT!!! APA DATUK LATT SHARIMAN BUAT DI SIAM???



Misi bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa banjir di Thailand, yang diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri, berupa satu kontena mengandungi lebih 1,000 karton air minum tiba di sini malam tadi.Penyelaras misi penghantaran itu, Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Latt Shariman Abdullah (gambar), berkata empat lagi kontena air minum akan dihantar dengan lori treler dan dijangka tiba menjelang Selasa ini.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencetuskan idea supaya badan bukan kerajaan (NGO) membentuk satu gabungan bagi mengumpul sumbangan untuk dihantar kepada mangsa banjir Thailand."Pada masa ini mereka sangat memerlukan air minum berikutan bekalan air bersih di Bangkok terputus malah Pegawai Khas Perdana Menteri Yingluck Sinawatra memberitahu mereka amat memerlukan air minum."Pihak berkuasa Thai turut memberi bantuan dan komitmen penghantaran bantuan itu berjalan lancar," kata Latt Shariman kepada wartawan Malaysia yang turut serta dalam misi itu.

Air minum tersebut diserahkan kepada Ketua Polis Hatyai, Jirawat Payungtham yang akan menguruskan penghantarannya ke Bangkok.Katanya, pasukan St. John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah Kedah dan Pulau Pinang serta Barisan Kola (UMNO Kuala Kedah) yang membentuk satu gabungan misi 'Bantuan Banjir Thailand' menerima banyak sumbangan daripada syarikat korporat dan individu.

Latt Shariman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah berkata, bantuan lain kepada mangsa banjir Thailand akan menyusul kerana banyak lagi bantuan dijangka diterima.Sebelum ini kerajaan Malaysia telah menyumbang sebanyak RM1 juta kepada kerajaan Thailand untuk membantu mangsa banjir.Sementara itu, Jirawat, bagi pihak kerajaan dan rakyat Thailand mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia yang bermurah hati dan bersimpati dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu mangsa banjir di negara itu.

Beliau juga berkata, kerajaan Thailand telah membuat persiapan untuk menghadapi kemungkinan banjir melanda Hatyai seperti tahun lepas.

"Pada masa ini sukar meramalkan banjir akan melanda Hatyai kerana ia bergantung kepada cuaca dan hujan pada November ini," kata Jirawat. - BERNAMA

PMK
INGATKAN APA KERJA LA DATUK LATT BUAT KAT SANA..SEBUT SIAM NI SENSITIF WOO..SILAP2 ADA BIDEO NANTI..TP BIDEO SERAH BANTUAN LA..HAHAHA..BKN MACAM BIDEO NUAR BERAHIM..

DATUK,JANGAN LUPA PERSIAPAN BANJIR KAT KOLA SAMA,STANBY BANYAK2 SKIT AYAQ BERSIH,NAK HARAP BANTUAN DARI KERAJAAN PAS JENOH TUNGGU LA..AYAQ BAH SURUT BELUM TENTU BANTUAN SAMPAI..MACAM TAK PENAH KENA TAHUN LEPAS..

PANAS!! Pas Kambing Hitamkan Soi Lek!!



Pas makin mengelupur apabila isu hudud semakin hari semakin meracuninya. Hinggakan Nik Aziz sendiri pun dah tak berani nak menyebut pasal hudud lagi takut kena maki dengan Dap.

Namun untuk menutup salah sendiri, Pas sengaja mencari kambing hitam untuk dipersalahkan. Kali ni Soi Lek pula menjadi mangsa untuk menutup kelemahan Pas yang terserlah akibat menolak untuk melaksanakan hukum hudud.

Pas dan segala jentera cybertropnya hari demi hari menyiarkan kenyataan Soi Lek yang menolak hudud dan menyalahkan UMNO kerana membiarkan Soi Lek mempersendakan hudud kononnya.

TUDIAA!! Demo Jalanan Tak Puas Hati Terhadap Pas Kedah!!





Kisah dan gambar ni di ambil dari satu blog baru Info 4 The Truth

Perhimpunan aman NGO GAGAH (Gabungan Generasi Hilang Tanah) di hadapan kilang Gula Padang Terap (GPT) bagi menuntut janji-janji Kerajaan Negeri PAS Kedah yang berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka. Semasa kempen PRU-12 dahulu, PAS Padang Terap dan YB Nasir Zakaria telah berjanji akan menyelesaikan masalah tanah mereka jika PAS menjadi Kerajaan Negeri.

Walaupun masalah tanah penduduk Padang Sanai sebenarnya sudah lama sejak zaman Barisan Nasional memerintah lagi selepas Kerajaan Negeri mewujudkan ladang tebu yang antara tujuannya adalah utk mengekang ancaman Komunis dahulu. 

PANAS!! Siapa Nak Jadi Calon BN, Sila Bayar Dulu!!



“Siapa kata nak jadi calon Umno atau Barisan Nasional (BN) kena bayar?,” tanya Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Menurutnya, Umno tidak pernah dalam sejarahnya meminta sesiapa yang berhasrat mahu bertanding pada pilihan raya membayar dalam jumlah tertentu untuk memastikan nama mereka dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

“Ini semua mengarut. Kita tidak pernah pun buat seperti itu. Kalau ada orang yang minta wang kononnya untuk bawa nama jadi calon, jangan percaya,” katanya.

Tengku Adnan mengulas dakwaan ada beberapa individu tertentu pada masa ini yang dikatakan turun ke merata bahagian Umno di seluruh negara atas arahan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat penilaian dan laporan mengenai ahli parti yang layak dan mendapat sokongan untuk diangkat sebagai calon pilihan raya umum akan datang.

Namun di sebalik itu, ada pula dakwaan kononnya kumpulan penilai terbabit meminta sejumlah wang tertentu kepada mereka yang mahu menawarkan diri untuk membolehkan nama mereka diajukan terus kepada Najib.

“Sebenarnya tidak ada sesiapa yang kita arahkan untuk berbuat demikian (penilaian) melainkan mereka yang diberi tauliah khusus oleh Ibu Pejabat Umno atau Ibu Pejabat BN. Tugasan mereka juga tidak melibatkan sebarang pemberian,” katanya.

Tengku Adnan menasihatkan sesiapa yang didekati individu seperti itu supaya jangan terlalu ghairah mahu jadi calon pilihan raya dengan membiarkan diri mereka terdedah kepada ruang untuk diperdaya oleh pihak yang mahu meraih keuntungan segera menjelang pilihan raya dengan menggunakan nama Umno dan BN.

KASI PANAS!! Kisah benar, Anwar Lari Kedutaan Turki!! - YB Zul Nordin!!


Pendedahan berani YB Zul mengenai Anwar yang menipu rakyat Malaysia!!

Ahad, 30 Oktober 2011

KASI PANAS!! Siapa Sebenarnya Yang Nak Bunuh Aziz Bari Ni?



Dulu si karpal singh kata dapat peluru, lepas tu si Anwar pun pernah kata kena ugut, sekarang ni Profesor kangkung kongkang ni pula kata dia dapat peluru juga. Apa hal ni?

Mana punya mangkuk nak pi bunuh Aziz Bari? Ada apa untung bunuh dia ni? Dia ni bukan siapa2 pun. Seorang profesor syok sendiri yang perasan sebagai pakar perlembagaan. Hakikat sebenar, pencacai saja yang menyokong dia terlebih sebab ingat mamat profesor ni bagus sangat.

Kalau lah benar ada orang ugut si Aziz Bari ni, Mc rasa nak pelangkung saja orang tu. Kenapa la bodoh sangat nak pi ugut dia ni. Orang macam ni, akan gunakan perkara ugut tu sebagai perkara simpati. Nak cari simpati orang ramai.

Panas Eksklusif!! Surat Sokongan YB Nasir dengan penduduk Padang Terap, janji tinggal janji!!

klik untuk baca



klik untuk baca


Surat ni dibuat semasa mula menang dulu la. Biasa la sebelum menang janji macam2, bila dah menang buat surat sokongan. Namun akhirnya, surat tinggal surat.

Penduduk kampung kena tipu, tanah tak dapat, duit pun takdak, janji tinggal janji. Yang dapat hanya surat sokongan tu pun tak boleh buat apa. Nak bungkuih nasi lemak pun tak lepas. heh..

Pada yang taktau cerita pasal ni boleh baca kat SINI.

Memang ada kesalahan dari kerajaan terdahulu, tapi masalah diselesaikan secara berperingkat. Namun bila Pas membuat janji kepada penduduk, bahawa mereka akan selesaikan masalah ini bila menjadi kerajaan negeri kelak,

Membuatkan penduduk Padang Terap terpedaya dengan janji-janji tersebut. Akhirnya, menang sorak kampung tergadai.

Pendedahan surat ni adalah tindak balas kepada YB Nasir yang menafikan bahawa beliau pernah membuat janji kepada penduduk Padang Terap. Kalau tak berjanji, takkan nak beri sokongan?

Janji tak ditepati, kerajaan negeri dulu juga yang kena!

Munafik namanya kalau tidak tunaikan janji!

Dari Media Kedah

PANAS!! DYMM TUANKU SULTAN JOHOR LEPAS JAWATAN JIKA PENUNTUT SERTAI DEMO??







Dipetik dari Duke Of UMNO

BATU PAHAT, 29 Okt ― Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan baginda akan melepaskan jawatan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia jika penuntut terus terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.

Sultan Ibrahim bertitah para penuntut perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terbabit dengan aktiviti politik atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai canselor universiti ini,” titah baginda dipetik Bernama hari ini.

Titah baginda, adalah lebih baik untuk “saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini.”

Baginda bertitah semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini hari ini.

Sultan Ibrahim juga bertitah, antara gejala sosial yang sering dipaparkan akhbar membabitkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menjual maruah diri semata-mata untuk memperoleh kemewahan dengan cara mudah.

Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama, serta berusaha mengharumkan nama universiti selain membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta.



PMK CUKUP HAIRAN LA DENGAN BUDAK BUDAK SEKARANG NI,DAH LA KERAJAAN BAGI KEMUDAHAN BELAJAR DI UNIVERSITI,DAPAT SEGALA BIASISWA,PINJAMAN TU PUN NAK TERLIBAT DENGAN POLITIK LAGI..MAK BAPAK HANTAR PERGI BELAJAR TINGGI TINGGI TAPI YANG HAMPA MINAT NAK BERPOLITIK SAJA..KALAU DAH RASA TAK NAK BELAJAR,BERHENTI SAJA.BUANG DUIT MAK BAPAK HAMPA BAGI DUIT BELANJA..


TAK ADA FAEDAHNYA HAMPA TERPENGARUH DENGAN PEMBANGKANG TU.DEORANG CUKUP PANDAI MENGHASUT KANAK KANAK RIBENA YANG KURANG BERPELAJARAN MACAM HAMPA NI..UPAH NASI BUNGKUS TEH O AIS PUN HAMPA SANGGUP BERPANAS SEMATA MATA MEMPERJUANGKAN KEBEBASAN..NAK BEBAS APA LAGI..HAMPA DUK DALAM UNIVERSITI TU TAK BEBAS KE?USUNG AWEK KE SANA KE SINI,SALAH GUNA DUIT PINJAMAN,HISAP BENDA YANG SALAH DI SISI UNDANG UNDANG,KELUAR MALAM2 LEPAK KEDAI MAMAK.MEREMPIT..TU PUN KORANG CAKAP TAK BEBAS LAGI..KALO RASA NAK BEBAS SENANG JA,DUDUK RUMAH,MAKAN TIDOQ..TU PUN KALO MAK BAPAK KORANG TAK BISING LA..




PMK
BUDAK BUDAK SEKARANG NI MAKIN KURANG AJAR.DARI SEKOLAH MENENGAH SAMPAI KE UNIVERSITI.

Tahniah Azraai Khor!! Jurulatih yang jadi mangsa Pas Kedah!

baju yang sama, lambang berbeza!!

Bangga melihat bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah yang berjaya membawa Kedah mengungguli Piala Malaysia selama dua tahun, kini berjaya menjulang Piala Malaysia bersama pasukan Negeri Sembilan. Azraai membuktikan bahawa dia diantara jurulatih yang terbaik di Malaysia.

Azraai menjadi jurulatih Negeri Sembilan ketika pasukan Negeri terumbang ambing dan tidak stabil. Hinggalah beliau memulakan langkah satu persatu untuk memantapkan langkah pasukan Negeri hingga berjaya masuk ke pertandingan Piala Malaysia.

Apa yang penting bagi beliau berbekalkan kepercayaan dan sokongan dari pengurusan PBNS, Azraai mengorak langkah memilih pemain dan berjaya memantapkan pasukan Negeri mengikut acuan dan latihan yang beliau mahukan. Itu yang diperlukan oleh seorang jurulatih hebat seperti beliau.

Kenapa beliau mengundurkan diri dari pasukan Kedah?

HANGGIT !!! PAS MENENTANG GAY????BUKAN SOKONG KE??

Pas dan Elton John

Konsert penyanyi terkenal Elton John yang dijadualkan berlangsung di Genting Hihglands pada 22 November depan mendapat bantahan Pas.
Pemuda Pas Pahang dilaporkan menggesa agar konsert itu diharamkan kerana Elton John mengamalkan budaya gay yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada generasi muda negara ini.

Terbaru, isu itu mencetuskan perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang.Para pemimpin DAP dan PKR mempersoalkan pendirian Pas sambil menyokong konsert tersebut. Malah pemimpin DAP memberi kata dua agar Pas tidak memaksa nilai-nilainya ke atas pihak lain.

Elton John telah berkahwin dengan pasangannya, David Furnish pada 2005 selepas perkahwinan sejenis dibenarkan di Britain.Persembahan di Genting Highlands itu nanti merupakan yang pertama di Malaysia.
Awang tidak menyokong atau membantah tetapi tertarik dengan isu tersebut atas banyak sebab. Salah satunya, ialah mengapa Pas tidak melihat ke dalam negara sendiri? Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.

Bukankah di Malaysia ada pemimpin yang kita ketahui biseksual tetapi terus mendapat sokongan parti-parti tertentu. Sampaikan ada yang taksub. Tidak perlu Awang nyatakan siapa, sendiri boleh tahu.


pmk
Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.

Anwar suruh orang beli Blog KEDAH KE KL??


Tajuk Biar GEMPAK! Kalau tak, ramai yang tak masuk, rilek, baca dulu..

Assalammualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Pada para pengikut blog, sahabat, pembaca dan juga rakan blogger yang lainnya. McTheory dan Pemuda Melayu Kedah telah melancarkan PAGE FB untuk blog Kedah Ke KL. Setelah hampir 2 tahun blog ini beroperasi kini barulah di wujudkan PAGE untuk Kedah Ke KL.

Klik LIKE jika suka, ia tidak membawa sebarang kerugian kepada anda semua, tetapi ia membawa makna yang besar pada bloggers seperti kami. Walau tidak menguntungkan, namun 'dihargai' lebih membawa makna yang lebih besar.

Apa untungnya hidup senang, kalau diri tidak dihargai. Bahagianya hidup miskin, kalau ramai orang yang sayang.

Namun kami blogger2 ni bukan orang besar, bukan orang kaya, hidup kami mencari makan, sama seperti orang lain, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, bekerja menyara anak dan Isteri, namun tanggung jawab kepada negara juga tidak di lupa. Namun kadang2 terasa seperti tidak di hargai.

Patutnya ada orang yang dilantik untuk menjaga blogger2 pro kerajaan ni. Sumbangan blogger tidak boleh dipandang remeh. Peranan blogger sudah menjadi sumber terpenting dalam masyarakat sekarang.

Namun apa yang terjadi ibarat, lembu punya susu, sapi dapat nama. Orang lain buat kerja pulun nak mampus, orang lain pula yang dapat nama.

Namun perjuangan tetap perjuangan, selagi Anwar dan Pakatan tidak ditewaskan, kami akan tetap ke benteng hadapan, biar penat, biar letih, biar lelah. Pertahankan Alif, Ba, Ta lebih utama.

Kalau ada insan2 yang nak memberi sumbangan ikhlas kepada blogger2 seperti kami ni, alhamdullilah.. Percayalah, perjuangan kami ini tidak berbayar dan tidak disuruh, kebanyakkan blogger pro kerajaan, bangkit setelah Anwar melaungkan 'hidup ketuanan rakyat' dan mahu menyingkirkan kepentingan melayu di Malaysia.

Jika Melayu lemah, jangan harap Islam boleh diperkasakan.. Walau bukan semua Melayu itu Islam, tetapi hakikatnya di Malaysia Islam itu Melayu!

McTheory:
Terima kasih semua kerana menyokong Blog Ini..





VIDEO LAWAK!! Askar Nak Bunuh Diri!!



he he he.. lari selamatkan diri.. kalau tak lari, confirm nak bunuh diri..

Sabtu, 29 Oktober 2011

TUDIAA!! Projek Jambatan "Halimunan" Satu Lagi Projek Kerajaan Pas Kelantan!!

batu asas ke batu nesan?

Projek jambatan yang tak nampak ni dah lama di janjikan, namun sampai sekarang satu apa pun takdak lagi. Sebab tu orang kampung panggil jambatan halimunan.

Nama Projek : Jambatan Merentangi Sungai Kelantan dari kampung Cina, Kota Bharu ke Palekbang di Tumpat

Tempoh Janji PAS : Sudah menjangkau 11 tahun

Yang Dibina : Hanya batu asas yang telah lusuh (seperti gambar di atas)

"Janji nak bagi jambatan, yang rakyat dapat hanya batu asas"

Itulah kata-kata yang diterima bersama laporan yang telah diemail untuk disampaikan kepada pembaca.

Sudah lebih 21 tahun memerintah, namun tiada janji yang dikota malahan ditambah pula dengan janji-janji kosong yang lain.

Maka adakah ini juga membuktikan bahawa ''undi PAS masuk syurga'' adalah suatu pembohongan besar? sambung baca sini

Sebab tu Mc kata, batu asas ka, batu nesan?

Orang sini dah puas kena bohong, nak undi Pas lagi ka? Nak masuk syurga? Syurga bukan kepunyaan Pas, syurga milik Allah SWT. Jangan risau, undi UMNO pun boleh masuk syurga, asal ikut suruhan Allah dan hindari larangan Allah SWT. Bukannya dengan undi Pas..


McTheory:
Muslim yang baik berpegang pada Rukun Islam dan rukun Iman. Rakyat yang baik, berpegang pada rukun negara..

PANAS!! Pasal Laporan Audit, TPM Kata Anwar 'Baghal'..




Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa kononnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang diumumkan baru-baru ini adalah gambaran kegagalan program transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, sebagai pemimpin yang pernah menerajui agensi serta kementerian ketika berada dalam kerajaan, Anwar sepatutnya mengetahui matlamat laporan tersebut dibuat.

Malah katanya, laporan itu bukan sahaja menyentuh agensi, kementerian atau kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN), tetapi turut merangkumi teguran-teguran ke atas pentadbiran negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

''Laporan mencakupi semua kementerian, agensi dan kerajaan negeri, tidak terkecuali negeri di bawah pembangkang kerana ada juga perkara-perkara yang mereka perlu jawab.

''Saya tidak fikir Ketua Pembangkang yang pernah berada dalam kerajaan dan menerajui kementerian tidak tahu perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program School Times di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sepuloh, Lekir di sini, hari ini.

GEMPAR!! Michelle Yeoh Sertai BN Perak?



Ceritanya bermula apabila Datuk MichelleYeoh menyuarakan bahawa dia berminat untuk menyertai politik Malaysia setelah beliau berlakon di dalam filem 'The Lady'. Namun benarkah berita ini?




PANAS!! Dap Bawa Pengundi 'Import' dari Singapork?



Telah dikhabarkan kini pertubuhan haram BERSIH sedang giat bergerak aktif dengan slogan Bersih 3.0 mengajak warganegara Malaysia yang bekerja dan duduk di Singapura untuk mendaftar undi.

Pelik dan hairan kerana mereka bergerak seakan mereka mampu untuk mendaftarkan pengundi baru yang sepatutnya dilakukan oleh SPR ataupun mereka hanya ingin mendapatkan pengundi hantu.

Desas-desus mengatakan kali ini Bersih dipimpin oleh Maria Chin Abdullah, maka Ambiga dan Mat Sabu sebagai apa? Apa agenda mereka?

Persoalan yang timbul :


  • Apakah Bersih 3.0 ini masih dikepalai oleh Ambiga Sreevanesan atau ada kapitan baru yang mempunyai misi menjadi SPR?
  • Apakah objektif mereka untuk mendaftar pengundi hantu memandangkan mereka tiada kuasa seperti SPR?
  • Mengapa mereka hanya menyeru kaum cina di Singapura dan bukannya bersama bangsa Melayu dan India?
  • Apakah Bersih ini punya hubungan rapat dengan PAP kerana umum tahu dibelakang Bersih kebanyakannya adalah orang kuat DAP?
  • Apakah ini satu taktik kotor DAP dengan mendaftarkan pengundi hantu melalui Bersih?
  • Apakah kedudukan Maria Chin Abdullah disebalik pertubuhan haram ini?


KASI PANAS!! Bila YB Zul Hempuk Pala Anwar!!


Kepada dajal Pakatan, YB Zul ni bekas peguam Anwar. Rahsia Anwar berada di dalam poket beliau saja. Beliau lebih mengenali setan2 Pakatan dari kalian semua.

Beliau telah mengeluarkan statemend pelbagai mengenai Anwar, namun Anwar nak jentik beliau pun takut. Bukan kata saman, nak jentik pun takut.

Kes liwat Anwar masih berjalan dan akan berakhir, pernahkah anda berfikir, kenapa dalam ramai2 lawyer Anwar, ktidak ada seorang pun Melayu Islam.

Dulu ada, tapi banyak yang dah letak jawatan. Lari dari Anwar, kenapa?

Tak sanggup menipu? Atau mereka tahu sememangnya Anwar meliwat!

Tepuk dada, tanya akal!

McTheory:
Anwar, kami kenal siapa kamu..

LAWAK TENGAH MALAM!! Bila Ultraman Boleh Lupa Skill!! kah kah kah..


Macam-macam ada.. bangang betui..

Jumaat, 28 Oktober 2011

TUDIAA!! Anwar mengamuk dengan blogger tak sekolah ye..



Dengar kata Anwar mengamuk gila sekarang ni, marah benar dia dengan blogger pro UMNO yang dikatakan tak sekolah ni. Apa dah jadi Anwar? Mana blogger2 dan cybertroopers Pakatan yang banyak2 tu?



Pakatan telah mengupah seramai 500 orang cybertroopers (blog,fb,tweet) untuk menyerang kembali blogger, facebookers dan tweeters yang pro UMNO ni. Masalahnya Pakatan memperuntukan serangan sampai berjuta-juta bagi membayar belaan mereka untuk mengalahkan kami yang dok sokong UMNO ni.

Tengoklah betapa hebatnya blogger tak sekolah ni (gelaran yang diberi oleh akhbar cina rasis). Hinggakan pemimpin Pakatan termasuk pemimpin-pemimpin tertingginya kecut perut bila mendengar nama blogger tak sekolah ni.

Tengok dalam video You tube pun kita dah boleh tahu betapa risaunya Anwar dengan blogger tak sekolah ni.  Hinggakan dia sampai tahap memaksa jenteranya bergerak. Hakikatnya cybertroopers Pakatan ni lemau, lagi lemau dari biskut marie yang kena air kopi. he he..

Dah bagi duit pun malas nak buat kerja. Tak boleh pakai punya orang.


McTheory:
Nampak sangat Anwar takut dengan blogger tak sekolah ni..

Munajat DR.HASSAN ALI kepada umat Islam!!


Video semasa HIMPUN!

PANAS!! Apa Agaknya Anwar Buat di London Jumpa Al Gore?


Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berada di London untuk menghadiri mesyuarat dengan salah orang rakan baik dan mentornya, Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat.

“London: perbincangan sehari dgn Al Gore, Mitch Kapor, Jonathan Nash – mengenai pembangunan mampan dan beretika, pendidikan bermutu”, kata Anwar dalam twitternya 11 jam yang lalu.

Al Gore melalui partinya, Demokrat terpaksa berundur dari politik setelah tewas kepada parti Republikan pimpinan George W. Bush pada tahun 2000.

Walaupun beliau pernah dicalonkan untuk jawatan Presiden dalam pemilihan jawatan itu pada tahun 2004, namun beliau mengumumkan untuk menarik diri dan dalam masa sama membuka sebuah syarikat di London.

Al Gore merupakan pengkritik utama polisi-polisi Presiden Bush termasuklah dalam soal hak sama rata perkahwinan sesama jenis (same-sex marriage).

Dalam program televisyen internet miliknya, Current TV, Al Gore mengkritik polisi Bush yang menentang perkahwinan sesama jenis itu.

“Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama sepertimana lelaki dan wanita heteroseksual dalam kontrak mereka, (mendapat) hak untuk melawat hospital, dan bersama-sama dalam perkahwinan”, kata Al Gore

Berdasarkan kritikan-kritikan keras Al Gore itu kepada polisi Republikan, maka tidak hairan jika beliau mula membuka operasi di luar negara.

Ramai pemerhati politik AS berpendapat langkah Al Gore membuka Generation Investment Management (GIM) di London pada tahun 2004 sebagai usaha untuk ‘melarikan aset/wang’ miliknya ke luar negara supaya tidak menjadi sasaran kumpulan musuh politiknya, Republikan. sambung baca SINI.

Patut la Anwar suka sangat kawan dengan Al Gore ni, ada kaitan rupanya. he he..





McTheory:
Anwar, hai Anwar, bila la ko nak berubah!

Tiket Final Mahal!! Berlagaknya FAM, Kena HACK! Ambik ko habuan!!



Mutu bola sepak baru naik sikit. Pasukan negara baru dua tapak naik ranking, tapi cara FAM berlagak serupa pasukan Malaysia dah masuk Piala Dunia.

Sekalipun berdepan dengan banyak bantahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berganjak daripada keputusannya menetapkan harga tiket RM50 bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata pihaknya tidak bercadang menurunkan harga tiket kerana selepas kajian, Jawatankuasa Pertandingan Tempatan mendapati harga tiket itu adalah wajar. “Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain,” katanya ketika dihubungi.

Tempat duduk stadium kan ada beberapa peringkat. Ada grandstand, ada biasa, ada sipi-sipi. Kan boleh tetapkan harga tiket yang berasingan. Jangan paksa orang beli rm50 semua. Ini jenis manusia tak fikir orang lain.

Baru pegang persatuan bola sepak dah berlagak semacam. Jawapan yang diberikan pun tak mesra rakyat langsung.

Padan dengan muka bila laman web FAM kena GODAM (www.fam.org.my).. he he.. Walaupun Mc tak sokong pasukan N. Sembilan atau Terengganu, tetapi cara FAM menjawab harga tiket tu, bagi Mc serupa takdak adab.

Perlu fikir perasaan penyokong sama, bukan semua kaya macam ko tu wahai Azzuddin!

TUDIAA!! Apa Tujuan Hudud Pas Sebenarnya??


Di bawah ini dilampirkan petikan sulit fail taklimat rahsia bertajuk "Formula Kemenangan" yang diadakan pada 18 Januari 2011. Baca dan fahami sendiri motif Hudud PAS. Hudud PAS bukan untuk menegakkan Islam. Hudud PAS hanya untuk membeli undi untuk PRU13. Terima kasih buat Datuk Zulkifli Nordin di atas pendedahan ini. Kalau mata hati tak celik lagi, tak tahulah.

Maklumat ini Mc ambil dari blog CTS.

Sememangnya hudud Pas ni hanya untuk menagih sokongan umat Melayu Islam, terutamanya di Kelantan. Mereka tahu, bahawa hudud masih tidak dapat di laksanakan sekarang (kerana masih ada faktor yang tidak mengizinkan). Sebab itu mereka sengaja, war-warkan isu ini, dengan harapan dapat menyalahkan UMNO/BN (kerajaan pusat) sebagai penghalang mereka kononnya mahu membuat hukum hudud di Kelantan.

Hakikat sebenarnya, Pas takkan dapat melaksanakan hudud selagi mereka bekerjasama dengan Dap. Jikalau Pas laksanakan hudud, Pakatan Rakyat akan berpecah, seperti mana BA (Barisan Alternatif) dahulunya.

Nampak sangat Pas lebih pentingkan persahabatan politik, kuasa politik dari melaksanakan hukum Allah. Apa kiblat Pas yang sebenar? Islam atau Dap?

Tepuk dada, tanya Iman.

McTheory:
Khalifah Umar Abdul Guan Eng.. tu yang mereka sanjung..

SOSIAL!! Geram Kekasih kata 'Burung Kecil' Di buktikannya dengan ROGOL!

Hiasan semata


Hanya gara-gara diejek memiliki kemaluan kecil oleh kekasihnya sendiri, seorang remaja nekad memperkosa teman wanitanya yang berusia 13 tahun seorang pelajar kelas satu sebuah SMP.

Sulkhan 22 tahun, mengaku sudah memperkosa Bunga sebanyak tiga kali sejak Raya Aidil Fitri lalu. Sulkhan juga mengaku dirinya memperkosa Bunga kerana kerap diejek kekasihnya itu. “Saya sering diejek memiliki ‘burung’ mini, dan sebab itu saya mahu buktikan,” kata Sulkhan kepada penyiasat.

Terbongkarnya kes ini bermula ketika orang tua mangsa didatangi pihak sekolah. Kerana, Bunga banyak mengalami perubahan sikap. Bahkan beberapa mata pelajaran jatuh menjunam. Bunga dipanggil untuk diberikan bimbingan dan kaunseling. Dari proses bimbingan dan kaunseling itu, Bunga mengaku sedang dibelit masalah akibat disetubuhi Sulkhan, kekasihnya sendiri sebanyak tiga kali, dan mengaku menyesal telah melakukan perbuatan itu.

Sulkhan menggauli kekasihnya pertama kali di kawasan persawahan Desa Brambang, Kecamatan Diwek. Yang kedua dicumbu di Kandang ayam Desa Barongsawahan, dan terakhir di sekitar kawasan tanaman Tebu Kecamatan Perak.

Semua itu dilakukan pada siang hari, yakni setelah Pulang sekolah.

Namun, akibat perbuatannya itu Sulkhan ditangkap Polis pada Selasa (27/9/2011). Kini kesnya ditangani Unit Perkhidmatan Hamba perempuan dan Anak (PPA) pada Satreskrim Polres Jombang.


McTheory:
Macam-macam hal dengan budak2 sekarang...

Khamis, 27 Oktober 2011

Amanat Pada Semua Umat Islam dari Mufti Perak, Harussani Zakaria


Ucapan semasa HIMPUN yang lepas..

GEMPAR!! Bahaya Gelombang Hak Asasi Manusia!!



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor memberi amaran Malaysia mungkin akan menghadapi gelombang politik baru memperjuangkan hak asasi manusia yang bakal menruntuhkan dan menghakis dasar-dasar negara yang sebelum ini dipersetujui bersama.

Katanya, gelombang ‘hak asasi manusia’ dianggap sebagai ‘agama baru’ untuk melahirkan masyarakat sivil berpandangan liberal yang menjadikan Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai kiblat baru perjuangan mereka.

Selain itu, penggerak gelombang ini akan berusaha mempersoalkan dasar-dasar yang telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebelum merdeka seperti kontrak sosial dan prinsip jus soli.
Institusi raja-raja juga turut menjadi tumpuan kelompok ini.

PANAS!! Anda Anti Namewee? Meh klik sini!!


Satu perhimpunan aman akan di lakukan dibawah anjuaran Gerakan Anti Namewee (GAN) Hulu Langat. Tujuannya adalah untuk menghantar memorandum kepada SKMM dan pihak berkuasa bagi mengambil tindakan ke atas Namewee yang di rasakan sudah melampau.

Tarikh, masa dan tempat seperti kat banner tu. Tuan-tuan dan puan-puan di jemput memberi sokongan.


McTheory:
Namewee.. lambang cina paling rasis di Malaysia!!

PANAS!! Apabila Blogger UMNO di COP tak Bersekolah!!



Siapa tak tahu, akhbar cina adalah akhbar paling rasis dalam Malaysia. Mereka menuduh orang lain rasis dan tidak mempunyai semangat 1Malaysia, namun hakikat yang sebenar puak yang menuduh itulah bapak segala rasis dalam Malaysia ni.

Terbaru akhbar China Press dan penulisnya Koh Kok Wee, memperlekehkan blogger UMNO sebagai tidak bersekolah. Blogger UMNO di COP sebagai tidak bersekolah kerana dikatakan terbabit dalam isu menyerang anak Guan Eng yang ramas nenen. Koh Wee menganggap serangan peribadi kepada anak Guan Eng adalah satu tindakan yang tak bersekolah.

PANAS!! Pas Ada Pusat Latihan Latih Penganas??


Nak kata terkejut sangat tu tak la, sebab Mc tahu memang puak Pas ni yang terlebih ektrim sebab selalu kena racun otaknya tu sudah wujud. Kes Al-Maunah dulu pun, dikatakan ada terbabit dengan Pas. Pas ni memang mengajar ahlinya menjadi sesat. Teruk benor dah ni.

TUDIAA!! Patutla banyak masalah sosial di Kedah, Konsert Terap Care, Apa dah jadi??

                         
Terap Care telah menganjurkan satu konsert di Dewan Pekan Naka


Terap Care adalah satu badan Ngo yang di katakan bergerak mencari sumbangan terhadap orang-orang miskin,,yang di pengerusikan oleh Mohd Hamizan Amzah dan penaungnya adalah YB Nasir Zakaria (Ahli Parlimen Padang Terap). Baru-baru ini Terap Care telah mengadakan satu konsert untuk anak-anak muda yang di namakan "Malam Kesenian Anak Muda" pada 23 oct 2011 di Dewan Naka, Padang Terap.. Hasil sumbangan dari penderma yg memberi kebajikan pada golongan orang miskin telah di salah gunakan untuk menganjur satu konsert.

KASI PANAS!! Hasan Ali dedah baiah talak tiga dlm PAS!!


Keluar Pas, automatik tercerai la isteri2 mereka.. Ini kisah lama, tapi ramai yang tak tahu, untuk permintaan ramai, video ini diulang tayang. he he..


McTheory:
Pas fikir, Islam tu depa yang punya, tu yang payah tu..

Rabu, 26 Oktober 2011

BANJIR !!! OSTAT JIJAN AKUI KERAJAAN KEDAH TAKDAK DUIT.






Kerajaan Kedah merayu kepada Kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan.


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Kerajaan Pusat untuk memohon bantuan itu.

"Kita minta sekurang-kurangnya Pusat (Kerajaan Pusat) bagi peruntukan untuk persiapan menghadapi banjir. Tidak buat tebatan pun tak menngapa tapi sekurang-kurangnya kita dapat peruntukan untuk rakyat kita hadapi banjir.

"Kita mohon peruntukan antara RM6 juta hingga RM10 juta. Kalau kita kena (banjir) macam di Thailand, kita nak buat macam mana? Di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?,” katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu di Pekan Kodiang dekat sini hari ini. — Bernama


HAHAHA.DIMANA KERAJAAN NAK CARI DUIT???AWAT OSTAT,?DUIT KERAJAAN TAK CUKUP KA NAK TAMPUNG PERSIAPAN BANJIR NANTI?MANA P GLC2 NEGERI KEDAH..TAKAT 6-10JUTA TAK KAN TAKDAK KOT?KA HAMPA SIMPAN NAK BUAT MODAI PRU13 NANTI??

DALAM CERAMAH2 PAS KOT KAMPUNG DUK SEMBANG DERAIH SANGAT KATA KERAJAAN PAS KUTIP HASIL BALAK BANYAK..MANA P DUIT YANG HAMPA KATA BERTIMBUN DAPAT TU?TAK KAN DEFISIT LAGI KOT?

P LA MINTAK KAT TOKEY YANG DAPAT JOB TEBANG BALAK TU..SURUH DEPA HULOQ SORANG 1JUTA PUN JADI LAH..

PMK
SEMALAM PAKSA RAKYAT BAYAR DUIT SEWA RUMAH,HARI NI MINTAK PERUNTUKAN LAK..MEMANG KEDAH DAH BANKRUP LA.

TUDIAA!! Sumpah Kepala Otak Anwar, Tak boleh pakai!!



Hari ini, Presiden DAP, Karpal Singh berkata bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng akan dipenjarakan sekiranya ingkar pada perintah Mahkamah Persekutuan yang menetapkan bahawa seluruh penduduk Kampung Buah Pala di Pulau Pinang mengosongkan rumah masing-masing pada tahun 2009.

Katanya, pada Ogos tahun itu, Mahkamah Persekutuan mengarahkan semua penduduk kampung tersebut pindah dari rumah mereka dan menyerahkan kampung itu kepada pemaju Nusmetro Sdn Bhd untuk dibangunkan.

Benar. Memang benar kata Karpal itu. Tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.
Namun, saya ingin bertanya kepada Karpal Singh yang juga merupakan seorang ketua barisan pembelaan Anwar Ibrahim tersebut, “APAKAH DI NEGARA INI TIDAK ADA MAHKAMAH RAYUAN..???”.

AWAS!! Kedai Kereta Penipu!!



KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat jualan kereta terpakai di pinggir ibu kota dipercayai mengaut keuntungan mencecah ribuan ringgit hasil memperdaya pelanggan yang berminat mendapatkan kenderaan.

Taktik digunakan mudah, hanya melengah-lengah masa menyediakan kereta dipesan selain meminta pembeli menambah beberapa lagi bayaran atau caj tertentu sehingga mereka bosan dan membatalkan urus niaga.

Wang sudah dibayar dianggap ‘hangus’ menyebabkan ramai pembeli berputih mata malah difahamkan kira-kira 30 pembeli sudah menjadi mangsa sejak 2009 lalu.

Seorang mangsa, Khairul Azman Othman, 26, berkata, dia kerugian RM12,100 selepas membeli Toyota MRX terpakai di syarikat itu pada hujung 2009 lalu.

SERAMMM!!!! PENAMPAKKAN SOSOK SOSOK MISTERI DI DEPAN SEVENG ELEVENG


Kejadian ini berlaku di Paka, Terengganu pada 23-24 oktober 11 baru baru ini..kemunculan sosok misteri tersebut berjaya dirakamkan oleh cctv premis berkenaan dan dirakamkan kembali oleh pekerja 7e tersebut.


pmk
seram bulu tengkok aku tgk..

PANAS!! Apabila Tsu Koon VS Guan Eng!!



Ini cerita yang tidak kurang panasnya. Presiden Gerakan yang suam-suam kuku ni nak lawan Guan Eng, yang umum tahu tengah pening dengan isu ramas nenen.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan beliau sedia untuk bertanding menentang Ketua Menteri Lim Guang Eng demi maruah parti selepas mendapat sokongan dari pelbagai pihak agar beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya Tan Sri Dr Tsu Koon beliau telah memaklumkan harsat menentang Lim Guang Eng pada PRU 13 kepada YAB Perdana Menteri dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan. Menurut beliau lagi PRU 13 mesti bersedia meletakkan calon yang lebih agresif membawa pembangunan secara total kepada masyarakat di Pulau Pinang dan beliau sanggup mengambil amanah tersebut dengan bertanding menentang Lim Guang Eng yang bukannya berasal dari Pulau Pinang.

“Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira dimana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Saya anak kelahiran Pualu Pinang dan bukan orang luar yang tidak mengeatahui bentuk persekitaran yang ada di negeri Pulau Pinang.

Negeri Kebajikan !!!! RUMAH AWAN DI KEDAH AKAN DISITA JIKA TAK BAYAR SEWA




Penyewa atau pembeli perumahan awam di Kedah yang ada tunggakan ansuran sewa beli yang tinggi, akan berdepan tindakan tegas termasuk kediaman disita jika gagal jelaskan bayaran selepas menerima notis mulai minggu depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Basmi Kemiskinan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, sehingga kini jumlah tunggakan keseluruhan mencecah RM20 juta membabitkan semua daerah.

"Kita akan mula menghantar notis kepada 5,000 penyewa yang dikenal pasti mempunyai tunggakan tinggi hingga lebih RM20,000 sejak lebih 20 tahun lalu.

GEMPAR!! Rayuan Sex Oral Untuk Guan Eng??



Ni apa cerita ni, main sembah-sembah? Macam pelik saja pun. Siap Tangan Guan Eng pegang cheque lagi tu. Cara duduknya pun lain macam saja.

Kalau nak provok dan puja Guan Eng pun agak-agak la, jangan sampai upah orang sembah sampai macam tu sekali.

Nak sembah ke, nak tut.. kah kah kah..

Apa pun Happy Deepavali pada semua kaum India yang beragama hindu.


McTheory:
Berapa la depa bayar perempuan tu..

PANAS!! Ahli Parlimen Gaduh Dalam Parlimen Sebab Hal Kenaikkan Elaun!!


Kadang2 tengok ahli-ahli parlimen ni macam budak2 sekolah pun ada... heh..

Selasa, 25 Oktober 2011

PANAS!! MB MANA YANG ADA 2 BINI DI TANGKAP KHALWAT????

Sekadar Menempek

Artikel ni pmk ambik dari Din Turtle dan blog pro pas MSO Melayu..
"BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.

Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.

MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.

Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.

Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.

Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.

Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan."

MB NEGERI MANA TU YANG KENA TANGKAP TU?DIKHABARKAN KES NI DIAM CAM TU SAJA DAN TIDAK DI BAWA KE MAHKAMAH.?BILA MB KENA TANGKAP JABATAN AGAMA DIAM SAJA KA?APA KERJA HAMPA?BILA ORANG LAIN KENA TANGKAP HABES SEMUA PAPER MASUK..BILA MB KENA HAMPA DIAM..SEELOK ELOKNYA BAWA REPORTER SKALI BARU LA TAU SAPA MB TU..
PMK
NAK KAHWIN 4 PUN AKU X KESAH,TP YG SALAH TETAP SALAH.

GEJUT KEDAH! Ahli Pas Kuala Muda Keluar Parti!!



Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz dan turut disaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria.

Pada majlis itu di sini, 50 lagi anggota baru dari kampung itu dan Kampung Bukit Lalang menyerahkan borang keahlian UMNO.

Bekas Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Padang Limau, Mohd Akhir Hassan, 48, berkata dia yang menyertai PAS sejak 10 tahun lalu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang yang banyak menabur janji kosong tanpa menjalankan kerja dengan sempurna untuk masyarakat setempat.

TUDIAA!! Pas Cemburu DS Najib BERMESRA dengan Komunis!!


Tah apa la masalah dengan si Deris Hitam ni. Tak sudah2 nak pertikaikan MoU UMNO dengan PKC pada tahun 2010 dulu.

Apa sebenarnya yang si Deris ni tak puas hati? Jealous dalam bahasa melayu atau cemburu dalam bahasa englishnya. hehe..

Berapa kali nak terangkan, MoU UMNO dengan PKC adalah perjanjian diantara parti pemerintah China dan parti pemerintah Malaysia. Masing2 boleh bertukar pendapat, tukar pandangan. Sebab PKC punya cara pemerintahan dan layanan mereka terhadap pembangkang kat China sana, boleh tahan kerasnya.

Kalau tak salah Mc, Singapork juga ada MoU dengan PKC. Cuba tengok macam mana PAP mengawal parti pembangkang Singapork? Nak buat demo? Berkumpul lebih 5 orang pun dah kena angkut masuk lokap. Tindakan keras mereka menyebabkan pembangkang tunduk dan tak berani nak bersuara. Nak sentuh isu sensitif? Belum cakap dah masuk ISA kot. he he..

PANAS! Menu Makanan 1 Malaysia, Milo Suam kena pijak lagi!!

Sebenarnya Mc dah lama nak tulis pasal isu ni, berikutan isu ni telah tersebar sejak si blogger paling popular dari puak Pakatan telah menulis mengenai harga makanan di restoran 1Malaysia dan mempermainkan isu tu, sambil di sambut oleh dua tiga ekor blogger sebelah sana.

Blogger GWM menjawab balik fitnah Milo Suam dengan bahasa yang sepadan.




Dibawah adalah artikel dan tulisan dari blogger Milo Suam yang bernama Rejam, nama pun macam syaitan yang di Rejam. Confirm geng baik dengan syaitan lanih. Almaklumlah, penganut Pas ni dengan syaitan depa halal berkawan. Baca cerita dibawah,

GEMPAR!! Kunjungan DS Najib ke UIA disambut demontrasi??



KUALA LUMPUR  Okt. - Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.

Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari.

SSM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab lagi.

Mampuih dah.. 18sx Kantoi Ramas nenen di khalayak ramai..


Dia punya syok ramas dok gentel sampai orang ambil gambar pun dia tak sedar. Apakah ini terpengaruh dengan kisah anak VVVIP ramas nenen rakan pelajar? heh..

Isnin, 24 Oktober 2011

TUDIAA!! Nak cukai PLUS pulak!! Pas Kedah dah nak bankrup ka?



Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain.

GEMPAR!! Lagi Ahli PKR Keluar Parti akibat asyik kena tipu..

sekadar hiasan

Seramai 300 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ranting Ampang Campuran bertindak keluar daripada parti itu hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

Ketua kumpulan berkenaan, K. Vengdesgiri berkata, dengan tindakan itu bermakna ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.

''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.

Apa Deklarasi 10 perkara Perhimpunan Sejuta Umat?






KIRA-KIRA 10,000 umat Islam membanjiri Stadium Shah Alam di sini bagi menghadiri Perhimpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) yang julung kali diadakan dengan masing-masing bertekad mempertahankan umat Islam daripada dipengaruhi oleh mana-mana kegiatan memurtadkan mereka.

Para peserta Himpun yang terdiri daripada lebih 1,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa mengenal fahaman politik atau aliran pemikiran menyimpul kukuh tekad tersebut dalam deklarasi yang mengandungi tuntutan 10 perkara.

Deklarasi yang dibacakan oleh Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid di penghujung perhimpunan tersebut menyebut: