Khamis, 26 April 2012

GEMPAR!! Taktik dan Strategi BUSUK BERSIH 3.0, Menumbangkan Kerajaan Malaysia!! #Bersih3

Artikel ini Keris petik dari gabungan dua blogger (truth Vaccine &  Angin Perubahan) yang disiarkan di KLXpress. Senario dia dataran merdeka dilihat sebagai satu rancangan berterusan yang meniru gaya 'Arab Spring' dan 'Tahrir Square'. Namun begitu ikuti pendedahan secara mendalam yang telah dibuat agar rakyat faham siapa disebalik 'Non Resistant Violent' ini.

1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.




2. Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.

3. Tujuan utama ‘Occupy Dataran’ ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.




4. Bersih 2.0 menyaksikan permulaan teknik demonstrasi yang digunapakai daripada Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) yang dipelopori oleh Srdja Popovic dan Slobodan Djinovic.




5. Bersih 3.0 akan menjalankan teknik ‘Duduk dan Bantah’ yang bertujuan untuk mendapatkan simpati melalui permainan media.

6. Terdapat 3 Metadologi yang telah disusun oleh pihak CANVAS yang diguna pakai oleh PR untuk menyusun strategi mereka. 



(Sila klik pada link untuk melihat setiap penerangan untuk methodologi tersebut.)



7. Strategi Demonstrasi yang bakal digunakan

Demonstrasi akan dimulakan dengan berkumpul di ‘Rallying Point’. Untuk kes Bersih 3.0, Dataran Merdeka yang akan menjadi ‘Rallying Point’.




.


Pendemonstran akan melaungkan kata-kata untuk menaikkan perasaan marah para demonstran terhadap UMNO/BN. Kemarahan tersebut akan disalurkan kepada Pihak penguatkuasa iaitu Polis.

Polis dan FRU akan membentuk pagar manusia mengikut SOP yang ditetapkan.


Akan ada sekumpulan kecil yang akan pecah daripada kumpulan besar untuk memprovokasi pihak Polis. (Ini tidak akan dimainkan oleh media mereka).


Kumpulan ini akan membawa Polis dan FRU kearah kumpulan pendemonstran yang besar.


Ketika ini pihak media PR (termasuk media luar yang menyokong PR) akan bersedia untuk merakamkan sebarang ‘keganasan’ yang akan dilakukan oleh pihak polis.


Gambar dan video akan diambil dengan sudut untuk menunjukkan Pendemonstran dikasari, dipukul dan sebagainya. 

Gambar dan Video ini akan dimuat naik ke Internet untuk paparan umum dan seterusnya dimainkan secara persepsi dan mengundang kemarahan umum terhadap pihak Polis dan FRU. 

Berlaku konfrantasi antara pendemonstran dan pihak berkuasa.







Ketika ini akan berlaku kekalutan dan ramai yang akan cedera.

PERHATIAN! TEKNIK SETERUSNYA BELUM PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA TETAPI KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU DI BERSIH 3.0 AMAT TINGGI BERDASARKAN TREND YANG PIHAK PR IKUTI. INI ADALAH RAMALAN MENGIKUT APA YANG BERLAKU DI NEGARA LUAR SEPERTI DI IRAN. KITA BERDOA AGAR PERISTIWA INI TIDAK SAMA SEKALI BERLAKU DI NEGARA KITA. 

Planned Sympathize Death.

Kematian simpati yang dirancang. 

Bersih 3.0 akan menyaksikan akan berlakunya kematian yang dirancang?








Kematian Neda sewaktu Protes di Iran. Kononnya ditembak oleh polis tetapi setelah bedah siasat didapati peluru jenis itu tidak digunakan oleh polis dan tidak dijual di mana-mana bahagian di Iran. 

Kematian ini akan menjadi bahan permainan isu oleh pihak PR untuk meraih simpati sempena PRU ke-13 ini. 

Kematian ini akan dirancang supaya dilihat yang melakukannya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan. Dan kematian individu tersebut akan meraih semaksimum undi simpati yang mereka boleh. 

Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku. 

Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus? 

Adakah pendemonstran biasa? Mungkin tidak kerana tidak mendapat impak yang besar.





Ditiru dari peristiwa Neda di Iran. Cuma ini adalah lakonan. 


Adakah Mahasiswa? Boleh jadi kerana kematian remaja akan mendapat liputan oleh media.


Adakah Adam Adli? Boleh jadi tetapi kebanyakan rakyat benci dan tidak suka kepada beliau.



Adakah Ambiga? Mungkin tidak kerana simpati daripada bangsa Melayu tidak akan tercapai.


Adakah makcik ini? Boleh jadi kerana gambar beliau telah dimainkan sewaktu Bersih 2.0


Adakah Mat Sabu? Mungkin tidak kerana beliau adalah jurucakap bagi pihak PAS. Dan jika beliau dibunuh sekalipun pihak umum tidak akan peduli sangat.


Adakah Anwar Ibrahim? Tidak sama sekali kerana beliau adalah watak yang akan memperoleh simpati daripada rakyat. Beliau akan memainkan peranan selepas peristiwa ‘pembunuhan’ itu berlaku.


Adakah Nurul Izzah? Kemungkinan tinggi kerana beliau adalah anak kepada Anwar Ibrahim dan menaikkan simpati rakyat kepada Anwar sendiri.


Adakah Wan Azizah? Kemungkinan yang amat tinggi kerana beliau adalah isteri kepada Anwar Ibrahim dan kematian beliau akan meraih simpati dan kemarahan rakyat. Lagipun ketika ini beliau terlibat di dalam isu Shamsidar dan sebagai cara penyelesaian untuk menutup isu tersebut.


8. Diharapkan bahawa penganjur Bersih 3.0 tidak akan bertindak sebegitu ekstrem untuk melakukan Kematian Terancang tersebut.

9. Walau bagaimanapun, penglibatan agensi daripada luar negara seperti CIA dan Mossad adalah tidak mustahil. Mereka boleh menggunakan peluang yang ada untuk bertapak di Malaysia dan kemenangan PR pada PRU-13 ini akan menguatkan lagi kehadiran mereka untuk campur tangan di Malaysia ini.

9a. Cerita yang akan dikarang oleh pembangkang dan inilah yang paling ditakuti akan berlaku.Kononnya Kerajaan melepaskan das tembakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tersasar dan terkena isteri beliau. Anwar Ibrahim akan menangis di jalanan sambil gambarnya diambil oleh media asing. Orang yang melihat akan marah dan simpati dan keluar untuk ‘bertempur’ dengan polis. Polis pula akan mempertahankan keamanan dan konfrantasi akan berlaku. DS Najib akan didesak untuk mengundurkan diri jika tidak pihak Amerika Syarikat akan turun dan campur tangan. Dan apa yang berlaku di Mesir akan berlaku di Malaysia.

10. Cara penyelesaian terbaik, janganlah terlibat dengan Bersih 3.0 dan saya dengan rasa rendah hati merayu supaya pihak penganjur Bersih 3.0, tolonglah batalkan acara ini. Jangan hancurkan keamanan negara yang kita ada selama ini. Jangan musnahkan negara ini seperti Mesir, Syria, Libya dan banyak lagi contoh yang ada di luar sana.



11. Gunakan Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

12. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda akibat sengketa sesama kita. Cinta lenyap di arus zaman.

P/s: Harap semua jelas dan sebarkan agar skrip mereka gagal..

Tiada ulasan: