Jumaat, 12 Oktober 2012

PANASS!! Surat Terbuka Untuk Umat Islam Malaysia dan Dr Asri!!


 Email ni Mc dapat dari seorang sahabat, sesuai untuk tatapan umat Islam di Malaysia. Malah individu ini tujukan khas kepada Dr Asri, seorang Ummarak di Malaysia.

SURAT TERBUKA UNTUK KAUM MUSLIMIN DAN BEKAS MUFTI PERLIS DATUK ARIF PERKASA DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


Beberapa perkembangan mutakhir yang berlaku dalam negara amat membimbangkan saya. Saya seorang India yang telah memeluk Islam. Alhamdulillah, saya menerima hidayah memeluk Islam ketika menuntut di universiti.

Saya dilahirkan dalam agama Kristikan Katolik dan sehingga kini kedua ibu bapa saya masih beragama Kristian. Saya memeluk Islam sejak 15 tahun yang lalu. Ia merupakan sebuah perjalanan hidup yang paling indah dalam hidup saya.

Setiap hari saya mendalami ilmu agama Islam dan berusaha sedaya-upaya untuk mengamalkan semua ajaran Islam, di samping berusaha menyebarkan dakwah kepada rakan-rakan non-Muslim.

Pengaruh paling utama mempengaruhi saya memeluk Islam ialah buku-buku yang ditulis oleh Syeikh Ahmad Deedat. Beliau memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang perbandingan agama, bahkan sering dijadikan rujukan utama seluruh dunia untuk mendakwahkan Islam kepada penganut agama Kristian.

Saya berasa amat bersyukur kepada Allah dan bertuah kerana berada di sebuah negara Islam Malaysia, dengan itu saya dapat beramal dengan ajaran Islam secara bebas. Sehingga kini saya masih lagi belajar mengenali al-Qur’an dan Sunnah melalui beberapa ilmuan seperti Ustaz Hussein Yee dan Ustaz Farid Ravi.

Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik pula merupakan inspirasi buat saya. Saya amat meminati dan mengagumi usaha mereka bedua mempromosikan Islam ke seluruh dunia. Justeru, apabila mendapat berita bahawa Dr Zakir Naik akan datang ke Malaysia, saya berasa amat teruja dan telah membawa seluruh ahli keluarga menghadiri syarahan beliau.


Namun apa yang mengelirukan saya ialah apabila seorang ilmuan yang juga bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis menulis dalam twitternya bahawa Ulama’ Muda dari sebuah parti politik mendakwa akidah Dr Zakir Naik sebagai sesat. Twitter beliau berbunyi,” Buruk sungguh bila ‘ulama’ muda’ parti politik mndakwa akidah Dr Zakir Naik dan Ahmad Deedat pun x betul”.

Ketika itu saya berasa sangat marah. Mungkinkah seseorang yang menyerahkan seluruh hidup dan usahanya (tentunya dengan izin Allah), mengIslamkan beribu orang, kemudian dituduh dengan tuduhan sedemikan rupa? Sehinggakan sahabat saya Lim Jooi Soon menulis respon balas menyatakan rasa marah dan kecewa terhadap kenyataan Ulama’ Muda. Brother Firdaus Wong juga meluahkan kekecewaannya terhadap ustaz dari UMNO itu di dalam blognya.

Namun selepas itu baharu saya perasan bahawa akhir-akhir ini bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis itu sering memberikan komen negatif terhadap Ulama’ Muda. Baik melalui blog, twitter mahupuan ruangan akhbar. Saya mula terfikir adakah ini merupakan konflik peribadi?

Al-Qur’an menjelaskan bahawa setiap berita yang diterima harus disemak dan disiasat, agar keadilan ditegakkan dan tiada pihak yang dizalimi.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”. (Al-Hujurat: 6)

Kemudian saya mengambil keputusan untuk mendapatkan kepastian. Saya menelefon ustaz muda UMNO yang dimaksudkan. Saya juga bersiap sedia untuk membidas beliau sekiranya beliau mengaku merendah-rendahkan Syeikh Ahmad Deedat dan Dr Zakir Naik. Namuan yang mengejutkan saya ialah, beliau menafikan pernah meragui akidah kedua tokoh tersebut. Bahkan beliau memuji keduanya.

Ustaz tersebut juga menceritakan bahawa beliau telah menjelaskan isu tersebut kepada Ustaz Hussein Yee. Akhirnya Ustaz Hussein Yee tahu bahawa isu ini hanyalah tuduhan tidak berasas (fitnah) yang dilemparkan oleh pihak yang tidak berpuas-hati. Perbualan saya dengan ustaz tersebut berakhir dengan beberapa nasihat berharga dari hadis Nabi SAW.

Oleh yang demikian itu saya menyeru sahabat-sahabat sekelian untuk berlaku adil dalam menyampaikan berita dan komen. Serta menyemak kesahihan sesuatu berita sebelum ia disebarkan.

Setiap klik di twitter, facebook dan blog akan dibaca dan dikongsi oleh jutaan pembaca. Jika disalahgunakan ia akan menyebabkan fitnah tersebar dan mengakibatkan perpecahan.

Adalah lebih baik ia digunakan untuk menyebarkan kebenaran ajaran Islam kepada non-Muslim di luar sana. Dunia Islam sudah punya banyak musuh yang selalu menebar fitnah dan kekeliruan terhadap ajaran Islam seperti filem keji “Innocence of Muslim.”

Tolong jangan bantu musuh Islam dengan menyebabkan lebih banyak perpecahan dalaman sesame kita kerana natijahnya amat merugikan kita.

Seperti kata pepatah, “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.” Saya bukanlah sesiapa, Sekadar mualaf berbanding dengan orang ternama seperti bekas mufti. Namun ini sekadar nasihat dari serorang hamba Allah yang rendah hati buat diri saya sendiri dan kaum Muslimin.


Mohd Hisyam Shymalan Abdullah

Tiada ulasan: