Selasa, 31 Julai 2012

PANASS AIHH!! Bulan Puasa Pun Pas dok Cuba Curi Balak Lagi?? #TukarKedah


Pada 20 Julai lalu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan agar aktiviti pembalakan di Gunung Inas, Baling dihentikan serta merta oleh Kerajaan PAS Kedah. Rujuk di sini.

Namun, menurut tinjauan rakan TMK, Kamera Kupang, dia menjelaskan bahawa aktiviti-aktiviti pembalakan masih belaku di kawasan Hutan Simpan Kekal Gunung Inas. Cuma kali ini, kontraktor yang dilantik untuk merompak balak tu gunakan cara lain...


Menurut hasil tinjauan dan fakta dari orang kampung di kaki Gunung Inas, serta penjelasan dari "taiko-taiko" balak di situ, mereka menebang balak dan membiarkan balak yang ditebang tidak diangkut seperti biasa di tempat simpanan balak biasa.






Balak-balak tersebut dibiarkan sehingga seolah-olah telah lama ditebang dan setelah lori balak sedia, barulah ia diangkut untuk diletakkan terus di atas lori dan dibawa keluar dari kawasan itu...

Kamera Kupang yang turun padang pada bulan puasa baru-baru ini merakamkan bukti bahawa aktiviti pembalakan masih berlaku di situ meskipun lesen pembalakan di compartment itu telah tamat tempoh dan notis menghentikan aktiviti balak telah diberikan.

Nampaknya, PMBKed telah melanggar peraturan, undang-undang dan arahan pihak berkuasa.


Saya juga mendapat maklumat bahawa pihak Jabatan Hutan Negeri yang cuba memantau ketat aktiviti pembalakan di situ telah mendapat tekanan dari pihak tertentu. Siapakah yang mengancam penguatkuasa yang menjaga sumber alam tersebut?

Seperkara lagi, apakah usaha yang dibuat oleh MB Kedah, Azizan Razak dan apakah jawapan dari Setpolnya, Sanusi Md Mor mengenai pencabulan notis larangan tersebut. Apakah PMBKed punya sebarang jawapan mengenai kedegilan ini dan terus merompak hasil hutan Kedah?

Jawab brooo...!!! Jawabbbbb..!!!

DUKE OF UMNO

MAKK AII!! Misteri Video UFO Datang Ke Malaysia??



Rakaman video di You Tube mengenai kelibat UFO dilihat di Sunway Mentari telah menjadi buah mulut orang ramai.

Bagaimanapun, kesahihan tersebut telah dinafikan oleh pakar yang menjelaskan bahawa apa yang berlaku hanyalah satu fenomena alam.

Juruvideo, John Tan melihat cahaya bintang yang sangat terang dan berseri serta kelipan cahaya lampu berwarna warni ketika dia sedang menikamati makan malam di sini dua minggu lalu.

Dengan peralatan ditangan dia terus merakamkan insiden tersebut dengan disertakan komentar lucu daripada rakan-rakan yang turut serta dalam makan malam bersamanya.

TUDIAA!! Lawak Ehh.. Masih Ada Rakyat Malaysia yang Tak Reti Mengeja Nama Negara Sendiri!!


Agak menyedihkan apabila masih ada rakyat Malaysia yang tak tahu nak mengeja nama negara sendiri dengan betul. Sedangkan kita dah lama Merdeka.

Mereka ini mengaku diri rakyat Malaysia dan ada hati nak jadi pemerintah di Malaysia. Namun nak cakap bahasa kebangsaan pun terbelit-belit, apatah lagi menulis, lagi la lingkup.

Ha ha ha.. kat mana nak cari negara MALAYAIA? Bodoh sungguh puak Dap ni.


McTheory:
Rakyat Malaysia yang tak jiwa Malaysia.

TUDIAA!! Ahli Pas Undi UMNO Jika Mat Sabu Calon Parlimen Pendang!! #TukarKedah

risalah anti Mat Sabu disebarkan..
Surat terbuka ni Mc ambil dari SINI

Nampaknya penentangan penyokong Pas Pendang terhadap Mat Sabu mendapat sokongan meluas dari ahli Pas tempatan. Malah surat terbuka terhadap pentadbiran Pas pusat dan Kedah membuktikan bahawa, Parlimen Pendang akan kalah jika Pas meletakkan calon Mat Sabu sebagai ahli parlimen di Pendang.

Mc sebagai penyokong tegar UMNO semestinya mahu Mat Sabu menjadi calon di Pendang. Kalau Mat Sabu calon di Pendang, tentunya harapan untuk melihat UMNO merampas kembali Parlimen Pendang lebih terbuka luas.



McTheory:
Kami sokong Mat Sabu calon di Pendang!! he he..

PANASS!! Mahfuz Omar Puji Najib Razak Baguih Katanya!! cc @NajibRazak @MahfuzOmar


Kisah Mahfuz Omar puji DS Najib ni sebenarnya diceritakan sendiri oleh Ketua Pemuda Pokok Sena, Haris Che Mat. Kata beliau, Mahfuz pernah mengajak beliau berbincang mengenai politik di Kedai kopi, dengan tingkah laku beliau tu, nampak sangat Mahfuz berhasrat menjadi hero dikalangan pelanggan yang ada di kedai terbabit. Majoriti pelanggan di kedai tersebut pun majoritinya orang Pas. Biasa la orang Pas memang suka lepak kedai kopi malas bekerja.

Nak dijadikan cerita, Haris pun menerima pelawaan Mahfuz yang dipanggil beliau Abang Haji.

Mahfuz pun memulakan bicara,

"Haris, aku tengok Najib ni baguih, pentadbiran dia pun baguih, orangnya pun baguih, ideanya pun baguih, tapi apa yang tak baguihnya ialah, isterinya tak pakai tudung. Itu yang paling tak baguih. Islam kot mana kalau tak pakai tudung" kata Mahfuz sambil disambut gelak tawa oleh penyokongnya.

Haris membalas hujah sambil memegang cakap Mahfuz yang DS Najib baik dari segala segi.

"Abang Haji cakap Najib ni baguih, pentadbiran dia pun baguih, orangnya pun baguih, ideanya pun baguih, tapi apa yang tak baguihnya ialah isterinya tak pakai tudung" sambil mengulang ayat Mahfuz yang awal tadi.

"Biasa la Abang Haji, takdak manusia yang sempurna di dalam dunia ni. Lagi pun soal tudung tu kan peribadi isterinya, buat apa kita masuk campur hal tu? Bukankah lebih baik kita fokuskan kepada pentadbiran negara saja"

"Kalau nak diikutkan masalah peribadi, Ketua pembangkang lebih banyak masalah, namun Anwar tetap pilihan sebagai Ketua Pembangkang, kerana apa? Kerana dalam Pakatan pembangkang, Anwar paling bagus diantara semua. sebab itu masalah peribadinya ditolak mentah-mentah oleh puak Pakatan lain" sambung Haris lagi.

"Sama juga dengan DS Najib, Abang Haji sendiri mengakui Najib bagus dalam serba serbi, mungkin soal tudung orang nampak beliau tak ambil berat. Belakang kita siapa tahu, amal yang dilakukan oleh isteri beliau telah menutup kesalahannya". kata-kata Haris menyebabkan Mahfuz dan penyokongnya terdiam.

Cukup sampai situ..

Betul cakap Haris Che Mat. Manusia bukan semua sempurna. Hanya Allah SWT yang serba serbi sempurna. Cerita ni Mc bawa, sebab Mc nak tunjuk kepada semua pembaca, bahawa Mahfuz, Ahli Parlimen yang paling bising dalam Parlimen pun kata DS Najib ni baguihh.

Selalunya dia Mahfuz cuma tahu komplain, namun didalam hati dan sanubarinya.. Mahfuz Omar akui bahawa Datuk Seri Najib Razak memang Perdana Menteri yang tersangat Baguihhh pentadbiranya.


McTheory:
Hangpa tak percaya? pi tanya Mahfuz sendiri la.. he he..

PANASS!! Sanusi Setpol 'Membunuh' Anggota Team Media Kedah!! #TukarKedah


Fitnah tu lebih teruk dari membunuh. Kerana kita menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar terhadap seseorang atau sekumpulan. Jadi pada kali ni Mc rasa Sanusi Setpol MB yang suka makan angin sana-sini ni, dah membunuh setiap anggota TMK di Kedah. Kali ada lebih 45 orang anggota TMK di Kedah dan Sanusi sudah berhutang dosa dengan setiap anggota TMK ni, dengan fitnah yang dia buat.

Ini yang ditulis dalam blog beliau
Mc diberitahu bahawa, Sanusi memfitnah TMK dengan menyatakan Padi Jantan itu adalah salah seorang anggota ahli TMK. Sebab tu Mc kata, puak Pas ni main tembak saja. Padi Jantan tidak ada kena mengena dengan kami. Walaupun Mc mengenali Padi Jantan secara peribadi, namun beliau tidak berjuang bersama kami. Beliau ada jalan beliau sendiri.

Jadi kenapa tuduh kami (TMK)?

Mengenai kisah Sanusi ditangkap sebab songlap wang tu, kami tak terlibat langsung. Jadi tolong beritahu, dari sudut mana yang kata kami ni fitnah Sanusi?

Sekarang ni, siapa yang fitnah siapa. Maruah kami dah tercemar, nama kami tercalar. Walaupun kami tidak dapat membalas apa-apa pada Sanusi, namun percayalah.. sempena hari baik bulan baik ini, kami akan tuntut fitnah beliau terhadap kami di akhirat kelak.


McTheory:
Bulan-bulan puasa pun nak fitnah..teruk betul orang Pas ni..

Isnin, 30 Julai 2012

PANASS!! Lagi Bukti Pas Punya Kedah Sejahtera!! #TukarKedah


PAS Kedah sering berbangga dengan perolehan hasil balak berkali ganda sejak PAS mentadbir negeri Kedah. Namun di sebalik hasil balak yang diperolehi, kebajikan rakyat di Kedah langsung tidak dipedulikan. Infrastruktur jalan dan longkang juga tidak dibaik pulih atau dinaik taraf. Hasilnya, banyak yang rosak.

Jika di lihat dari perolehan balak yang di katakan berkali ganda lebih dari perolehan zaman BN mentadbir Kerajaan Negeri, apakah Kerajaan Negeri sekarang tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai pentadbir sehingga terpaksa biarkan rakyat mengalami kesusahan seperti yang berlaku kepada penduduk lorong shariff, Jalan Langgar?

Atau kerajaan negeri sekarang hanya lebih suka berpolitik, dari mentadbir negeri kearah yang betul? Atau sememangnya puak ni langsung taktau cara nak tadbir sebuah negeri dengan baik? Kalau tak tahu, serahkan balik Kedah kepada UMNO/BN, dari terus dirosakkan oleh Pas yang dunggu ni.

Tapi apa nak buat, rakyat Kedah juga yang pilih depa ni..

Tepuk dada tanya iman. Jangan tepuk dahi sudah.. heh..

Sumber asal Media Kedah,

McTheory:
Longkang pun nak suruh menteri cuci ka? teruk sungguh..

TUDIAA!! Lagi Artis Cun Suarakan Kebodohan Abby Abadi Mengenai Politik dan Agama!!



Semakin dekat dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), semakin rancak isu-isu yang bersangkut-paut dengan politik dibahaskan.

Bukan sahaja dibahaskan di ‘dunia’ politik sahaja, bahkan, dunia industri juga semakin kecoh dengan politik.

Seperti ramai yang tahu, semakin ramai artis sekarang ini bergiat aktif menyertai parti-parti politik yang ada.

Terbaru, kecoh dan panas dengan kisah pelakon wanita, Abby Abadi yang lantang bersuara semenjak menyertai parti Pas dan selepas dia berhijrah bertudung.

Bagi pelakon wanita yang juga sekarang ini sudah pun bertudung, Diana Amir lebih selesa mengulas isu panas artis dalam dunia politik dengan komen yang ‘ringan’ sahaja.

Kata Diana, politik itu bukanlah agama.

Diana menegaskan, dia sentiasa menyokong pemimpin yang membawa hukum Islam yang benar tidak kiralah dari parti mana.

“Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam.

“Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya,” kata Diana yang dipetik dari Buahmulut.com.

Seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara.

Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul.

“Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti,” katanya.

Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu.

“Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup.

“Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti. Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak,” kata Diana.

SUMBER

EKSKLUSIF PANASS!! Penyokong Pas Halau Mat Sabu Sebab Syiah?!! #TukarKedah

risalah anti Mat Sabu disebarkan..

Info terbaru yang Mc dapat, kehadiran Mat Sabu di Pendang tidak disukai oleh Pas Pendang sendiri. Malah Mat Sabu bersama kroninya dikatakan cuba menyebarkan ajaran Syiah di Pendang dengan mengedarkan risalah berkaitan dengan syiah.

Akibatnya, ahli Pas dan penyokong Pas Pendang bangkit membantah dan mengedarkan risalah anti Mat Sabu dan syiah.

Sebelum ini pun memang ada ura-ura yang mengatakan bahawa Mat Sabu mahu bertanding di parlimen Pendang untuk kekalkan kedudukan sebagai MP dan kemungkinan besar ada harapan menjadi Menteri sekiranya Pakatan Haram dapat menawan Malaysia.

Tinggi sungguh cita-cita Mat Sabu ni.

Namun Mc percaya, semua ini terjadi disebabkan pepecahan Pas Pendang semakin ketara. Kerana sudah wujud puak yang menyokong Mat Sabu Syiah dan sebelah lagi menyokong calon tempatan Pas. Atas sebab demikian, Pas Pendang memulakan tindakan untuk menghalau Mat Sabu dengan alasan menyebarkan fahaman Syiah.

Namun memang benar Mat Sabu pejuang Syiah. Beliau patut dihalang, bukan saja di Pendang bahkan di seluruh Malaysia.


Carta diatas menunjukkan rangkaian kroni Mat Sabu yang menyokong perjuangan syiahnya di Pendang Kedah.

Mc minta rakyat Kedah faham, kenapa kita perlu tolak orang yang perjuangkan syiah ni.


McTheory:
Syiah tu sesat, patut di'bersih'kan dari Malaysia..

TUDIAA AIHH!! Apabila Blogger UMNO Di Panggil IBLIS!! #TukarKedah

Baca penjelasan kami di SINI dan SINI

Sedih betul Mc rasa apabila kami TMK disamakan dengan Iblis. Kenyataan yang dikeluarkan blog Pas Kedah yang diuruskan oleh Urusetia Penerangan Negeri Zulkifli Yahaya telah memfitnah kami TMK di bulan Ramadan yang mulia ini.

Apakah ini yang Pas panggil Islam? Mengelarkan seseorang muslim yang lain dengan panggilan buruk? Mereka mengatakan kami pemfitnah! Buktikan apa yang telah kami fitnah? Kalau benar kami fitnah, heret kami ke mahkamah. Kami tak takut berdepan dengan apa yang kami tulis di blog kami

Mungkin kami tidak tunjukkan muka. Well.. soal keselamatan juga jangan dilupa. Kami sekarang berada dibawah kerajaan negeri yang ditunjang oleh Pas. Kami juga perlu menjaga keselamatan diri dan keluarga, kami takut ada tindakan yang bukan-bukan dibuat oleh pihak penyokong fanatik Pas terhadap kami.

Mc beri contoh bagaimana Facebookers TMK, Aktivis UMNO Pekan Naka yang telah beberapa kali diugut oleh puak Pas. Hingga ada yang menelefon beliau untuk memukul beliau sekiranya beliau masih lagi aktif mengkritik dan menghentam kerajaan negeri Kedah dalam facebook beliau.

Apakah itu tidak bahaya? Malah rumahnya juga pernah dibuang bangkai ayam sebagai tanda untuk berjaga-jaga. Selamatlah beliau masih bujang trang tang tang.. kalau berkeluarga, rasanya beliau terpaksa pindah ketempat lain kerana bimbangkan soal keselamatan.

Kita kembali ke soal fitnah!

Blogger Pas kata, kami fitnah kerajaan negeri Kedah. Mc nak tanya balik, isu apa yang kami fitnah Kerajaan negeri? Isu kewangan KUIN? memang benar KUIN tengah nazak sekarang ni. Tarian separa bogel di kelab malam yang diluluskan oleh exco? Perkara itu benar.. surat sokongan exco yang mahu kelab malam lulus? Itu pun benar. Balak di Gunung Inas merosakkan alam semulajadi dan kawasan tadahan air penduduk? itu pun benar, bukan fitnah. Balak di Pedu tak ada EIA? Memang betul pun, disahkan oleh JAS. Balak Hutan Simpan bernilai tinggi di Pendang hilang tanpa dikesan? Perkara itu pun betul. Ketua PKR Langkawi seleweng duit khafalah? Itu pun benar. Malah yang terbaru.. Azizan beri kroni projek berjuta-juta ringgit? Itu pun benar..malah ianya akan bersambung dan tak habis lagi pembongkaran kami mengenai hal itu.

jadi apa yang kami fitnah kerajaan negeri?

Mungkin ada yang kata TMK mulakan fitnah terhadap Sanusi Setpol MB berkenaan isu songlap duit RM1.3 juta.

Cehh.. tolong skrin shot dan sertakan pada Mc, blog TMK yang mana mainkan isu tersebut. Kami ni ada intergriti. Tak main la setakat khabar-khabar angin. Malah kami tak campur pun isu tu. Mungkin ada blogger Kedah lain yang buat. Tapi apa yang Mc boleh beritahu, itu bukan kerja hasil air tangan kami.

Sebenarnya, tak ada pun fitnah.. malah kami yang difitnah berulang kali oleh blogger Pas Kedah hingga ada yang katakan kami Cybertroopers yang dilatih oleh APCO yahudi. ha ha ha.. malah kami juga dibayar oleh Dato' Mukhriz Tun Mahathir dengan bayaran rm2000 sebulan, hanya untuk menghentam kerajaan negeri Kedah. Aduh.. lawak benar rasanya perkara ni.



Yang tak tahannya siap edit letak star of david dekat logo TMK. Lihat gambar bawah
UBAH LOGO TMK

Dari sumber mana agaknya blogger Pas ni dapat? ha ha ha.. jauh panggang dari api. Ini baru namanya fitnah. Main tulis saja tanpa ada sumber rujukan yang betul. Malah dari segi psywar pulak, troopers Pas Kedah agak jauh ketinggalan berbanding kami. Kalau berminat, jemputlah kami mengajar training psywar. Tak payah panggil APCO, anak melayu Kedah pun pandai. he he..

Sebelum Mc lupa, Mc nak pesan something pada Pas Kedah. Lain kali, ikut pesanan Azizan, buat kerja cara Islam. Dulu dok kutuk UMNO lumat, kononnya tak berapa nak Islamik. Kini bila depa dah jadi kerajaan negeri, bukan kata nak perkasakan Islam. Malah masalah sosial di negeri Kedah semakin teruk.

Sudah la ekonomi pun tak maju, infra teruk, masalah sosial pun meningkat. Kiranya tak ada langsung perubahan kearah kebaikan sejak Pas memerintah negeri Kedah ni. Semakin teruk ada la. Bagi Mc dan TMK, kerajaan negeri Kedah sekarang yang ditunjang oleh Pas Kedah dah tak relevan. Takdak perubahan. Malah makin teruk..

Pada pembaca semua rasanya, perlukah kita beri mandat kedua kepada orang-orang ini lagi?


P/s: Tolong komen sikit wahai rakyat Kedah yang amat disayangi..


McTheory:
Bak kata orang tua-tua, buat mengabihkan beras saja, bagi kat depa ni..

TUDIAA!! Video Awek Cun Ni Buat Benda Tak Senonoh Depan Kaunter!!


Memang patut diberi kesedaran pada kakitangan kerajaan yang bekerja di kaunter ni. Kes sebegini memang selalu berlaku. Malah ada yang lebih teruk lagi, apabila kaunter tak buka, tapi pekerjanya sanggup bersembang beramai-ramai. Kerja yang cepat pun boleh jadi lambat. Benda yang patut disiapkan 5 minit, boleh jadi seminggu.

Bukan kakitangan saja yang patut disalahkan, pengurusan juga perlu dipantau. Kalau pengurusan kuat, kakitangan takkan jadi begitu.

Ahad, 29 Julai 2012

PANASS AIHH!! Awat Puak Pas dan Leman Lembu Takut Sangat Dengan Team Media Kedah? #TukarKedah


Bila sebut nama leman mesti orang terfikir siapakah manusia bernama Leman ni..Ya lah tiba tiba saja puak puak pas begitu memuja si Leman ni..Dulu masa dia masuk raja lawak nama leman tak lah macam sekarang..Bagi aku Amireca "I'm Sorry" lagi popular dari si Leman sampai sekarang si Amir dapat job..Tapi yang peliknya si Leman ni dah la tak laku tapi perasan pulak popular siap tunjuk video kononnya dia sedang di pujuk oleh seorang YB UMNO nak panggil buat show.. Lihat video kat sini

Kenapa Leman takut sangat dengan gerakan TMK di Kedah ?? TMK tak ada buat apa pun dekat Leman..Kalau setakat usik mengusik tu biasalah..Bukankah Leman suka mencari pasal dengan CT Umno sebabnya nak jadikan modal ceramah kononnya Leman berjaya melawan CT Umno..

Aku dapat tau Pas Kedah sekarang ni tengah mengupah beberapa orang untuk menyiasat identiti kami..Disebabkan beberapa Isu yang kami berjaya ranapkan karier Pas di kedah antaranya Isu balak, Pusat Hiburan, skandal projek bernilai jutaan ringgit kepada kaum keluarga dan banyak lagi isu  dalam simpanan kami yang akan didedahkan bila sampai masanya..

Beberapa blog pro Pas di Kedah sudah jalankan kempen berperang dengan TMK sampai terpaksa reka cerita yang kami ni di ajar oleh perunding yahudi..Mereka juga mengunakan khidmat lidah rasmi Pas Harakah untuk memfitnah kami.

Baca penjelasan kami di SINI dan SINI



Yang tak tahannya siap edit letak star of david dekat logo TMK. Lihat gambar bawah
UBAH LOGO TMK

Setiap kali isu baru dibongkar mesti ada blogger Pas akan jawab dengan reka cerita kononnya kami ni sengaja buat fitnah....Kerana takut dengan gerakan TMK Pas terpaksa mengupah bala pencacai mereka untuk menjatuhkan reputasi kami di Kedah..Ingin Aku nyatakan di Sini kami langsung tak gentar dengan apa saja ugutan puak puak Pas..Lagi Pas Kedah ugut selagi tu kami akan bongkar isu isu dalam simpanan kami..

Bagi menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini kami bagi masa kat pas kedah untuk menjawab segala pendedahan yang kami lakukan sebelum ini..InsyaAllah lepas raya lagi banyak isu akan kami bangkitkan untuk tatapan umum..

Kepada sapa sapa nak tau lebih lanjut pasai geng CT Pas boleh baca kat SINI

Gerakan TMK diketuai oleh McTheory, Medan Tempur Kedah, Pisau Kedah, Duke Of Umno, Aktivis Umno Pekan Naka, Dahlia B.Lada, Aiman Rosis, Nizam Wahab dan ramai lagi sahabat sahabat yang sanggup berjuang bersama bersama TMK. Terima Kasih atas sokongan anda semua..

Nukilan Medan Tempur Kedah

McTheory pula kata:
Besh bohh.. Oit Leman Mai Lembu Sekoq, nak sembelih buat rendang raya!! ha ha ha.. kalau takdak, hang pun dah nampak macam Lembu, kira ok la tu.. he he..

MAKK AII!! Polis Susah Apabila Mat Rempit Menunggang Super Bike!!


Inilah masalah yang berlaku apabila Mat Rempit dah upgrade menunggang super bike.. Road Block pun di langgar begitu sahaja. hmm.. budak-budak zaman sekarang ni.. selalu mencari masalah..

PANASS!! Rahsia Datuk Lajim Ukin Masuk PKR??


Hari ini, DSP Lajim Ukin (Lajim) dijangka akan mencatat satu lagi sejarah politik dalam hidupnya, juga kepada politik Sabah. Saya tidaklah asing kepada Lajim kerana beberapa kali bertemu beliau di Parlimen dan di tempat-tempat lain, malahan pegawai-pegawai kanan beliau saya kenali rapat.

Pada 11 November 2010, semasa NGO penubuhan pendidikan iaitu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Presidennya Datuk Hassan Malik sementara Datuk Lajim Ukin Timbalan Presiden. Saya pula menjadi Yang Dipertua GAGASAN Tawau, sebenarnya saya lebih suka menjadi YDP GAGASAN Tawau atau Kalabakan kerana saya lahir di Tawau. Namun, saya menerimanya juga atas dasar persahabatan, perjuangan dan menghormati permintaan pihak Lajim. Lagipun GAGASAN Tawau belum ditubuhkan.

Berbalik kepada kisah Lajim, sebenarnya pertelagahan beliau bukan kepada UMNO atau Perdana Menteri DS Najib Tun Razak. Masalah utama Lajim ialah perselisihan beliau dengan kepimpinan UMNO Negeri Sabah. Perselisihan itu semua orang tahu, antaranya apabila peranan beliau di Bahagian Beoufort dibayangi sepanjang masa oleh seteru beliau iaitu Datuk Azizah Mohd Dun. Dalam hal ini, Datuk Musa Aman khabarnya berpihak kepada Datuk Azizah, maka membesarlah perselisihan itu kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Ayah kepada Datuk Azizah sangat berjasa kepada Negeri Sabah. Selain pernah menjadi DO di Beoufort jika saya tak silap, ayah Datuk Azizah merupakan salah seorang pemimpin USNO yang meminta UMNO dibawa masuk ke Sabah pada tahun 1976 dan seterusnya pada tahun 1986 dahulu.

Kemudiannya, perselisihan faham itu berlanjutan kepada perseteruan yang semakin membesar. Lajim semakin geram apabila projek-projek pembangunan di kawasan Beoufort katanya ditahan. Begitu juga, katanya projek-projek dari persekutuan juga tertahan. Khabarnya juga Majlis Daerah Beoufort (MDB) ketiadaan Dana tambahan untuk membangunkan Daerah Beoufort.

Khabarnya juga, Lajim berusaha mengatasi semua masalah tersebut dengan bertemu Perdana Menteri. Dalam hal ini, Perdana Menteri telah memberikan bantuan yang bukan sedikit, maka apakah sebenarnya yang berlaku? Saya bertanya lagi, dan saya dapati ianya adalah kerana masalah di peringkat negeri. Saya tidak boleh mengulas lebih jauh, kerana saya belum bertemu Datuk Musa Aman untuk mengesahkan perkara ini.

Akhirnya semalam, Lajim meletak jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Beoufort, Pengerusi BN Beoufort tetapi mengekalkan keahlian UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan. Dalam hal ini, biasanya akan ada dua tindakan susulan, iaitu Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat dan memecat keahlian Lajim. Kenapa Lajim tidak keluar UMNO sahaja? Jawapannya mudah, Lajim masih sayangkan UMNO! Dan Lajim tahu selepas ini, karier politiknya akan menjunam. Saya tidak yakin Lajim boleh menang di Parlimen Beoufort jika dia bertanding atas tiket Sabah Reform Front (SRF).

Sebenarnya Lajim sudah berbulan-bulan bersedia untuk semua yang telah dilakukannya hari ini. Bendera-bendera SRF dan sebagainya sudah lama disediakan di rumahnya. Lajim sudah tahu apa akan berlaku dalam karier politiknya, sebab itulah Lajim sudah bersedia awal.

Saya menghubungi pula beberapa tokoh politik di peringkat pusat, jawapannya mudah kepada mereka, biarkanlah dia. Maknanya tidak perlu pujuk Lajim, dia bukan budak-budak. Itu pilihannya, terserah. Maknanya kepimpinan Pusat tidak berasa apa-apa malah tidak takut malah tidak perlu melayan kerenah Lajim itu. Di peringkat negeri, jawapan yang hampir sama juga. Maknanya, saya fikir selepas ini politik Lajim di Sabah akan menjunam. Saya tidak terkejut jika Lajim tewas di Parlimen Beoufort dan DUN nanti.

Di Sabah, jika DSP Pairin keluar dari gabungan BN, barulah Lajim akan menang! Tetapi jika Datuk Osu Sukam atau Lajim yang keluar BN dan bertanding atas tiket parti lain, kemungkinan besar mereka menang adalah sukar. Dalam hal ini juga, kenapa Datuk Wilfred Bumburing yang keluar bukan DSP Pairin? Anda kena ingat, semasa pemerintahan DSP Pairin dan PBS, beliau tidak dapat melupakan bagaimana DS Anwar menumbangkan kerajaannya dengan cara tidak demokratik, dengan cara rakus membeli wakil-wakil rakyatnya, dan DSP Pairin tidak boleh melupakan bagaimana Anwar ketika berkuasa tidak memenuhi permintaan kerajaan PBS dalam banyak hal seperti permintaan sebuah Universiti di Sabah di mana Anwar menjawab katanya Sabah tidak memerlukan Universiti.

Pada hari ini (29/7/2012), khabarnya Datuk Wilfred Bumburing akan membuat pengumuman rasmi kira-kira 1.00 petang, manakala Lajim akan membuat pengumuman yang sama pada pukul 8.40 malam di rumahnya di Beoufort. Jemputan kepada DS Anwar kerana mereka sudah mempunyai hubungan semasa kejatuhan Kerajaan PBS Sabah pada tahun 1994 dahulu. Semua orang tahu kisahnya.

Komen seseorang dalam peti mesej saya, biarlah Lajim seorang keluar dengan masalahnya, yang penting rakyat Sabah majoritinya masih bersama BN. Dalam hal ini, saya setuju dengan keyakinan DSP Musa Aman, beliau telah membuktikan dua kali PRU di mana BN Sabah mencatat kemenangan 99%. Saya yakin, DSP Musa Aman masih boleh mengekalkan Sabah kepada BN.


Maka, mengapa perlu bimbang?


Artikel ini dipetik dari blogger jentayuabaka.

HANGATT!! AC Mizal Masih Marahkan Abby?


UMUM mengetahui tentang kemelut yang melanda antara pelakon Abby Abadi dengan pengacara, Dato’ AC Mizal yang hangat diperkatakan lebih seminggu yang lalu. Semuanya bermula apabila video ucapan Abby di sebuah perhimpunan bagi menuntut pembebasan tahanan ISA tersebar sehingga membuatkan Dato’ AC mencabar pelakon Gerak Khas itu berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM.

Berpeluang bertemu dengan pengacara Maharaja Lawak Astro ini di Bazaar Ramadhan Bukit Jalil, petang semalam dan kesempatan ini digunakan untuk bertanyakan kepada Dato’ AC mengenai isu yang timbul.

“Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja,” ujar Dato’ AC mengulas mengenai isu tersebut.

“Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal.

“Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap.

“Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia.

Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera.” Ditanya tidakkah mereka mahu bermaaf-maafan memandangkan bulan Ramadhan ini bulan yang mulia, Dato’ AC menjawab,

“Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya.

Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya,” ujar Dato’ AC .

sumber :www.osemm.net

PANASS!! Lagi Cerita Pas Guna Masjid Untuk Kepentingan Politik!! #TukarKedah


Email ini yang telah di hantar kepada sahabat blogger Kedah Times mengisahkan bagimana sebuah Masjid di Sik di gunakan sebagai pentas politik puak otak hijau untuk menabur fitnah kepada Kerajaan Pusat. Namun ianya sesuai untuk sebaran bagi tatapan semua.


CHEREDZA


Sik, Kedah

APAKAH peranan khutbah Jumaat untuk kepentingan politik semata-mata? Ini adalah persoalan yang saya fikirkan selepas selesai solat Jumaat minggu lalu di salah sebuah masjid di daerah Sik, Kedah.

Apakah patut dalam khutbah tersebut mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara pengeksport judi terbesar di dunia dan adakah wajar mengatakan bahawa pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) adalah sebagai haram kerana mengenakan riba?

Inilah yang saya dengar antara isi khutbah yang mencuit hati saya sehingga saya rasa berdosa besar kepada Allah SWT.


Ini kerana saya beranggapan khutbah itu seperti satu tuduhan kepada pihak kerajaan Barisan Nasional. Dan maka saya sebagai pegawai kerajaan saya rasa berdosa besar kerana membiarkan kerajaan dituduh dalam masjid tanpa kerajaan sendiri dapat mempertahankan diri mereka.

Dan yang sedihnya, khatib itu juga adalah pegawai kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan Malaysia juga.

Bukan tidak boleh mengkritik kerajaan tetapi mengapa di dalam khutbah Jumaat? Apakah kerajaan boleh menjawab tuduhan liarnya itu di dalam masjid? Bukankah negara kita ada pentas untuk membahaskan perkara tersebut di dalam parlimen dan dewan undangan negeri? Bahkan saya tidak kisah jika tuduhan itu dilemparkan di atas pentas semasa ceramah politik parti mereka.


Tetapi kali ini saya rasa sedih kerana dibuat semasa khutbah Jumaat yang sepatutnya menggalakkan umat Islam bersatu-padu. Inilah tujuan utama khutbah Jumaat iaitu menyeru perpaduan kerana ia adalah asas Islam itu sendiri seperti yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.



Setiap khatib dan yang membuat teks khutbah di Malaysia mempunyai amanah yang sangat besar untuk memelihara kekuatan ummah. Jangan memandai menokok tambah sehingga boleh mengelirukan orang ramai. Jika mereka tidak mampu memikul amanah tersebut, maka mereka hendaklah berundur. Ini adalah lebih baik daripada menanggung dosa besar iaitu fitnah-memfitnah dan amalan benci-membenci di dalam khutbah.

Masalah umat Islam hari ini terlalu kompleks kerana mereka seperti merosakkan agama mereka sendiri akibat fahaman politik yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW. Nabi tidak pernah menganjurkan pakatan dengan orang kafir harbi untuk menghancurkan umat Islam ini yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Ia adalah satu keadaan yang jika dibiarkan boleh merosakkan Islam dan seluruh sendi kekuatannya.

Lagipun dua negeri seperti Kedah dan Kelantan yang diperintah oleh Pas bukanlah baik sangat pun. Apatah lagi seperti Selangor sebuah negeri paling kaya, tetapi kini dalam dakapan PKR, DAP dan Pas.

Malah tidak keterlaluan saya katakan negeri-negeri tersebut seperti kelihatannya bagaikan perumpamaan sebuah labu sedang dibaiki oleh tikus.

Rakyat hendak supaya buah labu semakin baik seperti harapan mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, tetapi kini labunya sudah berlubang sana sini pula. Adakah labu seperti ini yang rakyat harapkan?

Kesimpulannya, khutbah Jumaat tidak wajar jadi medan tuduh-menuduh dan medan menanam perasaan benci-membenci.

Cara puak otak hijau mengunakan Masjid sebagai pentas politik sememangnya tidak wajar di lakukan. Kerana Masjid di gunakan untuk penyatuan umat Islam.

Tak semua umat Islam di Malaysia yang mengunakan Masjid terutamanya pada sembahyang jumaat adalah dari kalangan penganut fahaman otak hijau. Kena ingat ada juga yang berada di atas pagar dan ada yang dari ahli UMNO.

Sekiranya Masjid di gunakan sebagai pentas politik. Maknanya ia akan membuat umat Islam berpecah kerana ideologi politik masing-masing berbeza walau pun satu pegangan agama.


McTheory:
Pas dah lama suka bila tengok umat Islam berpecah!!

Sabtu, 28 Julai 2012

PANASS!! Tun Dr Mahathir BIDAS DAP Adalah RASIS!!



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata golongan pembangkang khususnya DAP akan menggunakan label ‘rasis’ kepada golongan Melayu apabila mereka berusaha mempertahankan bangsa mereka.

Menurutnya, label itu sengaja dibuat untuk melindungi satu hakikat utama iaitu golongan yang menuduh rasis itu sebenarnya pengamal sikap rasis untuk melindungi bangsanya sendiri.

“Saya dapati pihak parti lawan terutamanya DAP telah berjaya mengalihkan (konsep) perjuangan kepada kepentingan bangsa kepada kepentingan yang tidak berasas kepada bangsa..kepada sesiapa yang bercakap berkenaan bangsa akan dicap sebagai rasis”.

“Malangnya orang Melayu terbawa-bawa dengan kemungkinan mereka dicap sebagai rasis…(sehingga) dengan itu mereka tidak nampak bahawa orang yang menegur yang berkata mereka rasis, (sebenarnya) mereka sendiri adalah rasis, sebab itu mereka membuat teguran.

“Mereka membuat teguran itu untuk kepentingan bangsa mereka, tetapi kerana orang Melayu tidak begitu berani ataupun tidak begitu bijak untuk menunjuk perasaan terhadap orang menegur ini, maka kita sampai kepada satu tahap, kita tidak berani bercakap berkenaan orang Melayu kerana kita takut buat satu kesalahan.

“Inilah yang jadi satu masalah sekarang ini. Ini adalah satu dilema Melayu yang baru” - AIDC



McTheory:
Dap sudahla rasis, Harbi pulak tu..

GEMPAR!! Akibat Dangkal, Umie Aida Pulak Belasah Abby Abadi!!



Sikap dan cara berfikir artis yang baru sahaja mendapat hidayah dan hidayat Pas mula mendapat reaksi rakan artis yang lain. Abby Abadi mengeluarkan kenyataan sangat keterlaluan dengan menyatakan bahawa artis seperti dia yang mula bertukar profesion dari dunia artis yang banyak buat dosa kepada perjuang jihad Pas akan kembali mendapat rezeki (kerja) selepas kerajaan sedia ada digulingkan.

Kenyataan ini mendapat reaksi balas dari pelakon hebat Umie Aida yang menegur dengan memberi pandangan agar abby jangan mengeluarkan kenyataan dangkal.

Sebenarnya Abby tak perlu menggunakan politik untuk menjadi baik dan mendapat keredhaan Allah swt. Kenapa sebelum ini dia tidak sahaja berdakwah tanpa menggunakan landasan politik dan blog ini musykil apa sebenarnya yang mahu di buat abby?


Berdakwah ker! berpolitik ker! atau mahukan perhatian setelah bergelar seorang ‘janda’ kehilangan suami!




McTheory:
Makin teruk dan rosak dengan Abby ni..

PANASS AIHH!! Pas Kedah Beli Tanah Sawah Ada Ketulan Emas?? #TukarKedah



Blog Medan Tempur membawa cerita yang telah lama dilupakan oleh kita. Jadi Mc juga ingin membawa semula cerita ini untuk dijadikan isu, andaikata ada yang tak kena.

Pada tahun 2009 yang lalu kerajaan Pas Kedah dikatakan telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak itu akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi yang kosnya jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Tapi yang tak boleh tahannya, Pas yang cukup dikenali dengan sifat riak takbur dan angkuh ni berkata atas hasil berkat pemerintahan Isle ala Pas, tanah yang dipajak itu ada ketulan emas yang banyak..maknanya depa hebat laa..

Dari maklumat yang Mc dapat, setiap apa yang terkandung dalam tanah yang dipajak tersebut menjadi milik Kedah, dari perjanjian diantara Kerajaan Pas Kedah dengan kerajaan Timor Leste.

Jadi mana perginya ketulan Emas yang dibanggakan oleh Kerajaan Pas?? Sampai sekarang dah tak ada berita pasal tanah tu. Projek awal Pas kata, ini satu insentif kerajaan negeri bagi tangani kekurangan beras di pasaran. Tapi sekarang ni beras pun tak nampak apatah lagi emas.

Mc mintak kerajaan Pas Kedah jawab apa dah jadi dengan projek ini..Ini melibatkan duit rakyat kedah..Jangan cuba nak pusing kanan pusing kiri lagi..


McTheory:
Haa.. tunggu apa lagi jawab la.. jangan dok bersilatt oii..

TUDIAA!! Leman Lembu Rupanya Dulu Kaki Maksiat!! patutla masuk Pas!! @LemanRLAWAK #TukarKedah


Gambar ni Mc ambil kat Facebook. Nampaknya gambar ni tersebar dengan meluas sekali. Dahsyat juga hang noo Leman Lembu, awek jepun pun hang sapu, tak padan dok Kuala Nerang.. ha ha ha.. Mc bukan nak kutuk si Leman Lembu ni. Cuma Mc rasa keputusan yang si Leman buat memang patut dan tepat.

Artis-artis yang suam kuku, tak popular dan banyak dosa memang patut masuk Pas. Sebab senang nak cuci dosa. Sign borang Pas, kutuk UMNO dua tiga kali, kemudian pi jumpa Nik Aziz. Lepas tu.. confirm.. surga.. Surga mana taktau la.. tapi itulah yang depa percaya.

Leman hang tak pi jumpa Nik Aziz lagi kan. Pi keih.. satgie nama hang takdak dalam 'LIST SURGA' macam Abby Abadi bagitau haritu. Takut nama saya takdak dalam 'list'.. ha ha ha.. bengap sungguh puak Pas ni.

Semoga Berkat Ramadhan kita dijauhi bersama dengan golongan-golongan sesat sebegini.. aminn..


McTheory:
Kejarlah Syurga Allah SWT, bukan Surga Nik Aziz penipu Isle!!

TUDIAA!! Ngeri Ehh.. Pemandu Lori Paling Stupid, Langgar Jejantas!!


Buat Hiburan untuk waktu sahur.. he he..

Jumaat, 27 Julai 2012

PERHATIANN!! Blogger pro UMNO Memfitnah Pas Kedah?? #TukarKedah



Dua hari lepas kami di panggil Iblis oleh satu blog Pas Kedah. Mc mengunakan perkataan kami, sebabkan Mc mewakili TMK untuk menjawab kembali tuduhan demi tuduhan blogger Pas Kedah terhadap kami. Disebabkan Mc agak sibuk kebelakangan ini, Mc meminta sahabat Duke Of UMNO untuk menjawab tuduhan palsu yang mereka terhadap kami. Atau lebih terang lagi, ianya dipanggil FITNAH!!

Agak serius juga dakwaan dari blog pro-PAS/Pakatan Haram, Kedah La, yang kononnya kami, TEAM MEDIA KEDAH, menyiarkan posting-poting berbaur fitnah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini...

Sebagai umat Islam, saya tahu hukum menabur fitnah, apatah lagi di bulan yang mulia ini. Namun, 

Blog tersebut mendakwa kami memfitnah pemimpin dan Kerajaan PAS Kedah mengenai isu balak di Gunung Inas, balak yang dicuri pihak tertentu di Pendang, dan terbaru mengenai projek-projek bernilai jutaan ringgit yang dipercayai diberikan kepada keluarga terdekat MB Kedah, Azizan Razak.




Selain itu, kami juga dituduh pergi ke Danoq mengambil gambar pusat hiburan di sana dan pulang memfitnah Kerajaan PAS Kedah dengan mengatakan bahawa pusat hiburan itu berlaku di Kedah.

Namun, bagi satu isu mengenai kononnya Sanusi Setpol disiasat SPRM berkaitan rasuah RM1.3 juta, kami tegaskan bahawa TMK tidak terlibat dalam dakwaan tersebut. Isu tersebut didakwa SEBUAH BLOG YANG TIADA KENA MENGENA DENGAN TMK.



Lagipun, maklumat yang kami terima bahawa Sanusi tidak disiasat oleh SPRM. Hanya seorang dua KCS yang telah disiasat SPRM. Kami tak cover isu tersebut dan kami tak tahu detailnya...

Sebenarnya, kami sudah membongkar dan mengulas kebenaran mengenai isu-isu tersebut. Gambar-gambar dan modus operandinya sudah pun dibuktikan.

Untuk isu balak di Gunung Inas, rasanya memang jelas bahawa Kerajaan PAS Kedah melanggar undang-undang dan tiada EIA bagi projek "rompak" balak seluas 5,000 hektar di hutan simpan itu. Kalau tidak, takkanlah Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian arahkan projek gondolkan balak di situ dihentikan sehingga selesai siasatan, kan?
Wakil Jabatan Hutan Negeri Kedah
Pengarah JAS Kedah



Lagipun, kami turun padang ke sana berhari-hari. Dan dalam kepayahan, kami masuk ke hutan simpan itu walaupun dikatakan bahaya dan diancam oleh pihak-pihak tertentu...

Mengenai isu balak yang dicuri di Pendang, saya sendiri pergi ke kawasan tersebut hasil aduan beberapa hamba Allah yang melaporkan isu berkenaan. Hasilnya, memang ada bukti bergambar yang menunjukkan wujudnya kes balak dicuri pihak tertentu di Bukit Perak.




Sila masuk ke kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak dan lihatlah sendiri. Jika tidak silap saya, Ahli Parlimen PAS Pendang, Dr. Hayati dan Renjer Perhutanan pernah mengesan isu kecurian balak di situ sebelum ini. Sila tanya Dr. Hayati.

Apa yang dipersoalkan ialah sikap lepas tangan PAS yang membiarkan balak-balak bernilai tinggi itu dicuri. Bukannya kami tuduh PAS curi balak di Pendang. Yang terasa sangat tu apsal? Lain la kalau betul-betul hangpa yang curi..! Heh!

Pasal projek-projek mewah yang dipercayai telah diberikan kepada keluarga Azizan Razak tu, rasanya blogger TMK, Kedah Ke KL dah sebut nama syarikatnya. Aku ulang nama syarikat, Paksi Sempena dan Quartzcity Global. Tak payah tipu pasal Board OF Director syarikat-syarikat tu sebab kami tahu siapa dibelakangnya...heh!

Aku dah cabar Sanusi Setpol pasal tu. Kalau dia rasa dia nak selamatkan reputasi Azizan Razak, atau cuba menegakkan benang yang basah, sila sahut cabaran aku. Sebagai Setpol MB, memang tu kerjanya. Lainlah kalau nak kerja dengan MB Kedah yang "baru"...heh!

Aku bagi satu tips lagi kat Sanusi Setpol..."Sila cari di PMBked...heh! Alaaa..MBI tu laaaaa....". Ni aku tolong ni....heh!

Paling best ialah cerita pusat hiburan House Bar kat Alor Mengkudu tu..!!! Heh! Dah memang jelas blogger PAS Kedah FITNAH kami..!!! Aku dan kawan-kawan aku tak payah pergi ke Danoq punnn..!






Sebenarnya, memang aku tak pernah ke Thailand seumur hidup. Kawan-kawan TMK gelak kat aku sebab aku buktikan aku tak pernah ke sana. Ye la..dah memang betul aku tak pernah ke Siam. Nak cakap apa lagi??? Heh!

Aku tegaskan, aku tak pergi ke Danoq dan gambar-gambar yang kami siarkan tu bukan dirakam di sana. Faktanya, gambar-gambar itu kami ambil dari FB House Bar sendiri..!!! Heh! Kat Kedah pun dah ada Danoq. Buat apa buang duit kami, masa dan tenaga kami ke sana??? Heh! Ingat perangai kami macam perangai tok-tok lebai PAS yang suka ke sana tu kaaaa..??? Heh!


Jadi, siapa yang fitnah sekarang? TMK yang fitnah atau Kedah La yang fitnah? Heh! Kedah La yang berak tengah jalan, tapi kami pulak yang dituduh..!!! Patut ka lagu tu? Aku nak pesan kat blogger Kedah La..KALAU NAK BLOGGING PUN, BLOGGING LA CARA ISLAM..!!! Heh!

Kami TMK diajar oleh Islam yang kami pegang untuk tidak menabur fitnah. Kami diajar oleh Rasulullah SAW untuk berpegang pada haq dan menentang kebatilan. Kami bertindak dan berjuang demi membongkar penipuan demi penipuan yang dilakukan PAS Kedah dan konco-konconya...

Selama ni blogger pro-UMNO/BN agak kurang menyerang PAS Kedah secara berterusan dan efektif. Jadi kami bersatu sesama kami untuk mendedahkan segala penipuan, penyelewengan, salah laku, salah tadbir dan dasar PAS serta para pemimpinnya yang TAK BUAT KERJA CARA ISLAM..!!!


Perjuangan kami belum selesai. Nantikan lagi pendedahan dan edisi bongkar kami yang seterusnya selepas ini...heh! Siap la hangpa puak-puak "katak hijau yang nak melompat ke Putrajaya". Tak takut kena tindih kereta keeee..??? Baru sampai KL, dah kena tindih dengan kereta kat Highway Sg Besi..heh!

Yang pentingnya, kami dengaq nasihat Ustaz Azizan...KAMI BUAT KERJA CARA ISLAM..!!! HEH!

Mc agak sedih apabila melihat, kumpulan Blogger Pas Kedah kali ini kucar kacir dengan serangan yang kami buat. Jangan salahkan kami, salahkan kepada pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Mereka yang banyak buat salah. Kami dedahkan saja.. dan jangan risau, kami akan terus dedah keburukkan kerajaan negeri supaya rakyat sedar siapa Pas di Kedah sebenarnya.

We give back what u give.. bukan senang nak jadi kerajaan, dan bukan susah nak jadi pembangkang.

Kepada Pas Kedah.. Salam Ramadhan.. ada satu BOM BESAR akan dilepaskan kelak. Kami bagi peluang hangpa pi raya dulu.. nanti kata kami ni kejam sangat. ha ha ha..


McTheory:
Hangpa buat tahi, kami tukang tunjuk saja.. kah kah kah..