Jumaat, 28 September 2012

PANASS!! Pemuda Pas di Belasah Kerana BerMaksiat!!



Ini berita yang baru gua terima.., seorang pemuda yang dipercayai ahli/penyokong Pas telah dimasukkan ke Hospital selepas cedera dibelasah oleh penduduk sebuah Taman perumahan di Permatang Pauh..

Pemuda Pas tersebut dibelasah selepas ditangkap sewaktu berkhalwat didalam rumah yang didiami oleh wanita warga Indonesia di Taman Pauh pada pukul 4 pagi tadi..

Gua difahamkan, ini bukan kali pertama pemuda Pas tu berkunjung kerumah wanita terbabit, cuma kali ni dia berjaya ditangkap selepas serbuan dilakukan oleh penduduk..

Cuba korang tengok gambar di bawah ni pulak.., setelah diperiksa, kereta mamat tu dipenuhi dengan risalah-risalah Pas, kalendar Pas.., dan juga ada sehelai Jaket berlogo Pas.




Lihat gambar Seterusnya kat sini

McTheory:
Nampak sangat Pas dan maksiat tak dapat dipisahkan!!

PANASS!! Krisis Air Selangor! Khalid Gagap Nak Apa Sebenarnya Daripada Kerajaan Pusat?


 Selangor sebuah negeri maju yang mempunyai pelbagai masalah bila Pakatan Haram mula memerintah. Kalau dulu masalah kutipan sampah sampaikan sampah merata-rata, kini masalah air lah pulak. Air sebagaimana yang kita sedia maklum adalah keperluan asas dalam kehidupan manusia.

Terbaru Khalid 'Gagap' Ibrahim mengeluarkan 'perintah' kepada Kerajaan Pusat supaya menyokongnya membeli syarikat konsesi yang menguruskan air di Selangor.

Kenapa Mc kata 'perintah'? Kalau permohonan atau rayuan dah tentu dia tak bising kalau ditolak kerana peluangnya 50-50, ini tidak, bila kemahuannya tidak dipenuhi, mulalah merapu meraban mengatakan kerajaan pusat tidak membantu kerajaan Selangor.

Mc difahamkan Kerajaan Negeri Selangor sudah dua kali memasukkan tawarannya untuk menguasai kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut, malangnya dua kali juga ditolak oleh syarikat-syarikat konsesi terbabit.

Bila masuk kali ketiga selepas dua kali ditolak, maka Khalid 'Gagap' Ibrahim hendak menyuruh pula Kerajaan Pusat masuk campur tangan. Dengan hasrat dapat 'memaksa' dua syarikat konsesi berkenaan bersetuju.

Sebenarnya, Khalid 'Gagap' Ibrahim mahu Kerajaan Pusat 'memaksa' syarikat-syarikat konsesi ini menyatakan persetujuan mereka dengan harga yang telah Khalid tetapkan. Agak tidak waras nampaknya Khalid 'Gagap' Ibrahim ni.

Bagaimana Kerajaan Pusat mahu memaksa syarikat-syarikat konsesi yang berstatus sdn bhd menjual syarikatnya kepada Kerajaan Negeri Selangor? Dua entiti yang berbeza, langsung tiada kena mengena!!

Kerajaan Pusat dah beri “lampu hijau” kepada penstrukturan air holistic yang mahu dilakukan oleh Kerajaan Selangor. Namun Kerajaan Negeri Selangor, perlu uruskan sendiri dengan syarikat konsesi terbabit, Kerajaan Pusat tidak perlu terlibat secara langsung dalam pembelian itu. Ada duit belilah sendiri.

Khalid ‘Gagap’ mungkin terlepas pandang yang kerajaan negeri sudah ada kontrak yang sah dengan syarikat konsesi tersebut. Walaupun “lampu hijau” telah diberi, Khalid hari ni masih jemput TPM nak bincang penyusunan semula isu air.

Khalid 'Gagap' Ibrahim kononnya mahu menyelesaikan perstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor seperti yang dikehendaki oleh Akta Perkhidmatan Bekalan Air 2006 (WSIA).Tetapi sebenarnya Khalid 'Gagap' ada maksud lain disebalik jemputan tersebut.

Khalid 'Gagap' Ibrahim dah terang-terang, nak guna kuasa menteri suruh batalkan perjanjian sah yang sedia ada. Beginikah cara Pakatan mentadbir negeri? Kontrak dengan Jana Niaga untuk asrama pelajar Unisel pun boleh diketepikan begitu saja, ni dia pulak mintak kerajaan pusat ikut sama, menolak kontrak yang sedia ada?

Rasanya rakyat Selangor mana yang ada kontrak dengan Kerajaan Selangor patut lebih berhati-hati, bila-bila masa jer kontrak boleh diketepikan. Tambah lagi manifesto PRU12 bukan satu perjanjian.. Apa sebenarnya definasi kontrak tu wahai Khalid 'Gagap' bukankah ia satu perjanjian yang sah?


McTheory:
Bahaya sungguh bila yang pandai tiba jadi buta undang-undang ni..

PANASS!! Video Laporan Polis Terhadap Remaja India Menghina Islam!! #Respect


Betul cakap Pak Tuan ni. Jangan sampai rakyat sendiri mengambil tindakan terhadap orang hina Islam tu. Kalau dah jadi macam tu, nak marah pun tak guna. Orang dah mengamuk!!

Pihak berkuasa perlu bertindak cepat supaya perkara sensitif macam ni dapat dibendung. Salah satu punca rusuhan kaum ialah, penganut agama lain tidak menghormati penganut agama yang lagi satu.

Bila dah saling tidak menghormati, maka pengaduhan berlaku, dari kecil hinggalah besar. Apakah perkara sebegini yang mahu kita tunggu? baru nak bertindak tegas?

Kalau itu dah berlaku, rasanya semuanya dah terlambat!! Hancur la Malaysia!!

PANASS!! Jabatan Agama Islam Kedah Benarkan Khutbah Politik di Kedah? Rosak-Rosak!!


ALOR SETAR – Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) membenarkan khatib membaca khutbah Jumaat berunsur politik selagi ia tidak lari dari landasan ajaran Islam.

Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya berkata, khatib dibenarkan berbuat demikian selagi ia tidak tersasar dari agama Islam.

“Kalau politik itu untuk kebaikan dan mempunyai unsur-unsur keagamaan tidak mengapa. Tetapi sekiranya ia bertujuan untuk mengata seseorang memang tidak dibenarkan kerana boleh menimbulkan kekacauan,” kata kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang khatib yang membaca khutbah Jumaat berunsur politik baru-baru ini.

“Difahamkan, khatib yang berbuat demikian adalah bukan daripada imam yang mendapat pentauliahan daripada Jaik. Sebaliknya dia hanyalah seorang imam atau khatib jemputan.

“Bagaimanapun, Jaik masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara itu,” katanya.

Noh berkata, sekiranya imam yang dilantik Jaik membuat kesalahan atau membaca teks khutbah berunsur politik melampau, mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib. Bagaimanapun, masih belum ada rekod kesalahan itu di negeri ini.

Berhubung insiden yang berlaku, Jaik akan menjalankan siasatan terlebih dahulu sebelum apa-apa tindakan diambil kepada khatib tersebut kerana masih belum mendapat laporan penuh.

“Lagi pun, belum ada mana-mana anak kariah yang datang berjumpa saya untuk melaporkan kejadian yang berlaku dalam masjid berkenaan,” jelasnya. Menurutnya, kes yang sering berlaku ini adalah kes yang terpinggir berikutan kelewatan buku khutbah dihantar.

“Walaupun begitu, khatib dibolehkan membaca teks khutbah yang lama sementara menunggu buku yang baru diterima kerana isi kandungan teks adalah lebih kurang sama.

“Lagi pun, sekarang ini adalah musim haji. Khatib boleh baca teks yang lama dahulu,” katanya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, salah seorang jemaah kesal dengan tindakan khatib jemputan yang mengaitkan isu politik sewaktu menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Abdul Halim, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, baru-baru ini.

Menurut laporan itu, bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, beliau khuatir disebabkan tindakan berkenaan akan menimbulkan pecah belah di kalangan jemaah masjid.

“Ada juga kalangan jemaah masjid yang hadir mengeluh, menggelengkan kepala kerana tidak menyangka khatib akan berceramah mengenai isu politik termasuk kejadian baling kasut di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, di sini, " katanya. - Sinar

Tak melebih-lebih lagi ke kalau Khatib tu  mengunakan nama Rasulullah SAW sebagai sokongan politik kepada Ketua Pembangkang!

Patut la Masjid kat Kedah ni di godam teruk oleh Pas. Rupanya Jabatan Agama Islam negeri sendiri pun lemah. Seolah-olah memberikan lesen khas dalam diam untuk berkhutbah politik.

Apa la nasib rakyat Kedah dapat Jabatan Agama Islam Negeri macam ni?

KANTOI KELAKAR!! Artis Popular Tak Puasa!!


Video ketuk-ketuk Ramadhan yang kelakar.. untuk hiburan awal pagi!!

Khamis, 27 September 2012

PANASS!! Kempen Terbaru Anwar Ibrahim Untuk Rakyat Malaysia!! #TurunkanHargaPrivateJet

Kempen Terbaru Dalam Buku JinGGAY!!

Demi keselesaan Anwar, rakyat perlu berkempen untuk turunkan harga Private Jet!! Hidup Rakyat! Hidup Rakyat!



Ketua Pembangkang Malaysia yang berjiwa rakyat dan berjimat cermat menyewa/membeli/meminjam Private Jet untuk keselesaannya. Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat yang tersohor!!

Masih teringat lagi kata-katanya

"Jika Saya Jadi Perdana Menteri, Hari Ni Kita Menang, Esok Saya Turunkan Harga Private Jet Untuk Rakyat Malaysia!! 

McTheory:
Lepas ni Rafizi, Izzah, Tian Chua berlumba-lumba berkempen #TurunkanHargaPrivateJet

PANASS!! Selepas dapat Wahyu Allah! Kadiaq Ikon Manusia Paling Malang di Malaysia!!


Banyak orang marah bila tengok video Kadiaq, katanya Allah menyuruh dirinya untuk sertai politik dan selamatkan negara. Hamboihh.. dahsyat si Kadiaq ni. Lebih pada nabi la pulak. Kalau Nabi dulu pun malaikat Jibrail yang turunkan wahyu. Si Kadiaq ni siap boleh direct terus dengan Allah. Dasat sungguh!! Tak percaya cuba tengok video ni.


Mc rasa tak perlu kita marahkan si Kadiaq ni. Dia cuma nak cari populariti. Lepas dia dah tak laku dalam Pakatan, dia cuba nak baik balik dengan UMNO. Tapi UMNO buat tak layan, dah kutuk kaw-kaw nak buat baik pulak, banyak cantik dia punya muka!!

Sebab tu dia ambil jalan singkat dengan mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya namanya naik juga. Kadiaq ni orang cari makan, dia bukan kira UMNO ka Pas, dia hentam semua!!

Kalau tidak takkanlah dia sanggup bayar pengundi UMNO kat Bandar Baharu untuk mengundi Pas. Nak kerat si Azmi Daim punya pasal, sanggup dia belot parti sendiri. Memang patut pun dia keluar parti.

Lepas ni, kalau dia tak jadi calon dalam parti Pas. Kita tengok dia kerat calon Pas pulak.. he he..

Senang cerita, tak payah peduli dengan kadiaq ni. Ada tak menambah, takdak tak mengurang pun!!


McTheory:
Tengok muka pun tau, jenis terdesakk!!

Rabu, 26 September 2012

KEJAMM!! Rakaman CCTV Pembunuh Menembak Mangsa!!



Salah satu kejadian pembunuhan yang berlaku di New York. Pembunuh masih lagi dicari. Nama kata negara maju, namun tak kuat pun undang-undangnya! Sibuk dok ganggu negara orang. Negara sendiri pun tak aman, itulah Amerika!!

KASI PANAS!! [Video] Ulama Salaf haramkan jatuhkan kerajaan melalui demonstrasi!!



Setelah melihat video ini apa pendapat Dr Maza yang menghalalkannya? Apakah Dr Maza belum ada Manhaj?? hmm..


McTheory:
Apa pulak si pelik ni nak pusing nanti??

TERBAIKK!! Mahasiswa Pro Aspirasi Mahasiswa Mendapat Undian Tertinggi 10,900 Undian!!


Dalam Pilihan Raya Kampus UUM 2012/2013, 8 kerusi umum dan 28 kerusi fakulti telah di pertandingkan untuk mahasiswa memilih Majlis Pewakilan Pelajar yang terbaik untuk mewakili suara mereka.

Keputusan pengundian telah di baca oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dan telah berpihak kepada calon PERUBAHAN yang mewakili suara Aspirasi Mahasiswa (PRO-AM) dengan 7 kerusi umum dari 8 kerusi umum yang di pertandingkan.

Bagi baki 1 lagi kerusi telah di menangi calon bebas yang tidak hadir semasa pengumuman keputusan Pilihan Raya kampus.

Untuk 28 kerusi fakulti yang di pertandingkan, calon PERUBAHAN yang mewakili PRO-AM telah memenangi 27 kerusi dan kalah 1 kerusi kepada PRO-M dari 28 kerusi yang di pertandingkan

Antara 8 kerusi Umum yang di pertandingkan dalam Pilihan Raya Kampus, Iqtiyani Bt Mohd Bashir dari pengajian tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Dengan Kepujian telah mendapat undian yang paling terbanyak iaitu 10,890 atau 82.8% undi. - Media Kedah

EKSKLUSIF!! (Video) Naib Canselor UUM Beranggapan Calon-Calon Yang Di Pilih Dalam Pilihan Raya Kampus UUM Adalah Yang Terbaik #AspirasiMahasiswa





Sintok, 26 September - Dalam Pilihan Raya Kampus di UUM yang berakhir kelmarin, keputusannya telah berpihak kepada calon PRO-AM dengan kemenangan 34 kerusi dari 36 kerusi yang di pertandingkan. 

Bagi kerusi yang selebihnya , satu kerusi di menangi oleh calon bebas dan satu lagi kerusi di menangi oleh calon dari Pro-M.

Dalam sidang media yang telah di lakukan Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, beliau beranggapan Pilihan Raya Kampus di jalankan dengan baik sekali dan demokratik, kerana calon-calon yang bertanding telah menunjukan sikap mahasiswa yang matang di dalam berkempen secara sihat tanpa berlaku kekecohan.

Selain dari itu, beliau berharap supaya calon-calon yang di pilih akan membentuk satu penampilan kepimpinan yang baik dan berkesan untuk menjayakan agenda utama mahasiswa UUM yang mahu melihat mahasiswa dan UUM menjadi Universiti yang hebat dan terkemuka.
- Media Kedah

GEMPAR!! Ijazah Kolej Universiti Insaniah Kedah Tak Laku!! #tukarKedah


Graduan kumpulan pertama program Ijazah Sarjana Muda al-Quran Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) terkilan dengan sikap pentadbiran kolej universiti itu kerana sijil mereka didakwa tidak mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi.

Sumber berkata, tujuh graduan terbabit melahirkan rasa terkejut apabila ijazah yang diperoleh pada Konvokesyen Insaniah, 17 September lalu tidak diiktiraf.

“Graduan cuba mendapatkan sijil, tetapi dimaklumkan sijil itu tidak boleh diberikan kerana tidak mendapat akreditasi penuh daripada MQA.

“Difahamkan, mereka sudah pun membuat aduan kepada dekan kuliah berkenaan untuk diambil tindakan,” katanya.


Menurut sumber lagi, penuntut terbabit memberi tempoh seminggu kepada pentadbiran Insaniah, dan sekiranya gagal menyediakan sijil berkenaan, mereka akan tampil membuat kenyataan.

“Antara punca proses permohonan MQA tergendala didakwa kerana pengurusan kolej gagal menyiapkan dokumen untuk akreditasi secara sempurna, menyebabkan permohonan ditolak,” katanya.

Difahamkan, dokumentasi yang siap diserahkan kepada Hal Ehwal Akademik (HEA) untuk dipanjangkan kepada MQA namun ditolak, atas alasan dokumentasi berkenaan tidak menepati format ditetapkan.

“Ini bukan masalah MQA tidak mahu beri pengiktirafan, tetapi seolah-olah pihak kolej tidak prihatin dengan masalah penuntutnya. Kesannya, penuntut terbabit tidak boleh memperoleh Ijazah walaupun sudah tamat konvokesyen dan selesai bayar yuran,” katanya.

Menurutnya, ini juga menyebabkan sebahagian graduan tidak dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di institusi pengajian tinggi (IPT) lain, selain tidak dapat membuat permohonan kerja dengan sektor awam.

Kepada pembaca yang ingin mengikuti perkembangan di dalam KUIN boleh lawati blog Berita KUIN

PANASS!! Misteri Private Jet Anwar Terbongkar??

Kontroversi Anwar dan Private Jetnya. Mari kita lihat siapa tuan punya Private Jet milik Anwar ni? Sebelum tu mari kita tengok Anwar yang pandai berjimat cermat dengan private jet!!

Siapa tuan punya private jet ni??
The private jet is operated by Bresnan International Aviation of White Plains, New York.
It’s an aircraft charter outfit and is the only aircraft they operate. 
The aircraft owner is registered under Wells Fargo Bank Northwest, Salt Lake City. 
Either this Dassault Falcon 900 with the registration N990BB belongs to an American friend of Anwar Ibrahim or some rich fat cat is paying for the rental. more



Ahhaaa.. siapa agaknya yang tolong bayar sewa private jet Anwar ni? Rakan Anwar dari Amerika? Baik betul rakan Anwar tu ye. Kenapa agaknya Amerika layan Anwar macam layan dewa? Siap bagi private jet? Tentu ada udang di sebalik batu! Anwar.. ingatkan kau sudah berubah, namun kau tetap sokong yahudi jugakk!!

Di waktu kita sibuk maki dan marah Amerika dan yahudi kerana penghinaan terhadap Rasulullah SAW. Anwar pula menghilangkan diri dan bergaya dengan private jet milik Amerika. Apakah ini pemimpin Islam yang paling disanjung di Malaysia?

McTheory:
Kita kutuk, dia siap peluk cium.. apa cer?

HOT!! Video Ibu Baling 2 Anaknya Dari Tingkat 15!!


CCTV seorang Ibu gila yang membaling anaknya dari tingkat 15. Dia buat macam tu sebab tak tahan dengan karenah dua anaknya tu. iskk iskk.. sanggup dia buat macam tu. Tapi kira ok la, yang buat ni bukan orang Islam. Kat Malaysia ni pun ada yang sanggup baling bayi dari tingkap atas. Orang Islam lagi.. pehh.. apa nak jadi, bila manusia berhati binatang!!

Selasa, 25 September 2012

TUDIAA!! Pro Aspirasi Mahasiswa Perubahan UUM Menang Besar Di UUM!! Pro-Militan Bungkuih!! #AspirasiMahasiswa


Keputusan PRKampus Universiti Utara Malaysia telah diumumkan sebentar tadi dimana calon bagi Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kemenangan selesa dengan memperolehi 34 kerusi dari 36 kerusi yang dipertandingkan..

Satu kerusi berjaya dimenangi oleh calon bebas dan satu lagi dimenangi oleh pro mahasiswa..Peratusan keluar mengundi bagi UUM sebanyak 85.2% setakat jam 1.30pm tengah hari..

Lihatlah Malaysia, siapa kata Mahasiswa menolak dasar kerajaan. Bukankah Aspirasi Mahasiswa ini pro Kerajaan? hehe.. kalah teruk Pro-M di UUM, walaupun mendapat sokongan kewangan dari Setpol MB Kedah sendiri.. cehh.. mengabihkan beras saja!!

EKSKLUSIF!! Pilihan Raya Kampus, Calon Aspirasi Mahasiswa Bersama Manifestor Penentu Hala Tuju Mahasiswa UUM #AspirasiMahasiswa

Video di bawah ini merupakan calon dari no 1 sehingga no 8 yang patut di pilih dalam Kerusi UMUM, Pilihan Raya Kampus UUM , bertonggakan aspirasi mahasiswa yang akan memperjuangkan hak mahasiswa melalui saluran yang sebenar.

Pada hari ini bermula jam 9.00 pagi sehingga ke pukul 12.00 tengahari bermulalah pengundian bagi memilih calon yang layak memperjuangkan nasib golongan mahasiswa UUM




Dari maklumat yang Pisau Kedah perolehi, Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) yang bertanggungjawap memperjuangkan nasib mahasiswa sehinggakan atas daya usahanya itu, Kerajaan Malaysia telah membuat satu inisiatif membantu mahasiswa di dalam menghadapi permasalah kos sara hidup yang kian meningkat dengan penyediaan Kad Diskaun Siswi 1 Malaysia (KAD S1M) , sebenarnya merupakan MPP perubahan (Aspirasi Mahasiswa) 2011 UUM, Ku Amirul Faiz B Ku Seman.

Kepada yang tidak mengetahui apa itu Kad Diskaun Siswi 1 Malaysia (KADS1M) sila klik di sini untuk mengetahi maklumat KADS1M.

Bagi tahun ini, Ku Amirul Faiz yang merupakan IKON Mahasiswa telah bertanding di kerusi UMUM yang memegang calon umum no 5 di antara calon umum no 1sehingga no8 aspirasi mahasiswa bagi merebut 8 kerusi UMUM untuk menjadi MPP UUM tahun 2012/2013.

Antara agenda utama di dalam manifestor aspirasi mahasiswa adalah memperjuangkan 10 perkara membabitkan mahasiswa UUM.

Dalam manifestor aspirasi mahasiswa, sepuluh agenda utama yang akan di perjuangkan adalah.

1) Memperkasa dan memperkemas infratruktur dan kemudahan dalam UUM.

2) Pembangunan kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah dalam mempertingkatkan lagi keboleh pasaran mahasiswa .

3) Keutamaan menjaga kebajikan mahasiswa.

4) Keberkesanan penyampaian informasi yang muktahir. 

5) Pembangunan sukan yang mampan dan menyeluruh.

6) Pembudayaan semangat kesukarelawanan dan kemasyarakatan.

7) Melestari kampus hijau mesra alam.

8) Pemantapan sistem praktikum menerusi jarinagn luar yang berkesan.

9) Keterbukaan keintelektualan aspirasi mahasiswa serta amalan budaya korporat.

10) Mempromosi amalan tadbir urus korporat di semua jabatan serta pelajar.


PANASS!! Kenapa Kita Perlu Tolak Pro-Mahasewel (Militan Pembangkang) !! #AspirasiMahasiswa #MediaSiswaUUM









Inilah realiti sesetengah mahasiswa yang kini menggelar diri mereka Pro-M, WUFI dan sebagainya. Mereka inilah punca nama mahasiswa telah dipandang serong. Niat utama seseorang pergi ke universiti adalah untuk menimba ilmu, namun bagi puak-puak ini berbeza pula niatnya.

Mereka dijadikan alat kempen pembangkang. Menyebarkan risalah anti kerajaan, menghasut mahasiswa supaya berdemo, mengapi-apikan sentimen perkauman dan berbagai lagi bentuk kebencian yang mereka bentuk.

Apakah kita mahu menyokong mahasiswa sebegini? Atau memilih mahasiswa yang lebih terpelajar dan pekerti menjadi bakal pemimpin kita?

Untuk Mahasiswa yang mahu keluar mengundi pada hari ni Mc sertakan link dibawah untuk tatapan anda!!

Video dan Poster Calon Pro-Aspirasi Mahasiswa Perubahan UUM, rugi woo tak tengok, cun-cun dan hensem-hensem adik-adik kita ni!! Meh klik link meh..
 
 Video-Video Calon UMUM

Surat sokongan Calon Menang Tanpa Bertanding Kepada Calon yang bertanding!

Calon-Calon UMUM yang Bertanding

Calon-calon yang menang tanpa bertanding!!
http://makancabai.blogspot.com/2012/09/pilihanraya-kampus-uum-calon-calon-yang.html

Jangan lupa klik tengok.. rugi woo..

HOT!! Video Khas Untuk Mahasiswa yang Nak Mengundi Esok!! #AspirasiMahasiswa



Mc taktau sapa buat video ni. Memang sesuai untuk budak-budak yang suka layan K-Pop. Biasa la student, ramai yang tak ambil kisah pasal Pilihanraya Kampus.

Isnin, 24 September 2012

TUDIAA!! SADA Potong Air KUIN!! Bil Air Pun Jamil Tak Mampu Nak Bayar!!


Pihak penguatkuasa SADA kelihatan masuk ke dalam kawasan KUIN cawangan stargate. Pada mulanya disangkakan untuk memberi bantuan atau pinjaman kepada pelajar. Namun jauh api dari panggang, pihak SADA kelihatan bergerak ke hadapan asrama berhampiran surau lantas mengeluarkan sesuatu lalu memulas meter air berdekatan surau. Rupa-rupanya SADA datang cabut meter .

Persoalannya adakah SADA sengaja seronok-seronok nak potong air kalau tak ada sebab. Selalunya kalau air kena potong ni apa sebabnya ye? rasanya kita boleh jawab sendirilah. Lebih dari 3 meter di asaram wanita telah dibuang (potong). Buat masa ini pelajar bergantung kepada air dlam tangki di dalam asrama masing-masing. Jika habis air tersebut barulah mereka akan tersedar apa sebenarnya telah terjadi pada mereka.

Air pun tak duit nak bayar ke, Jamil ?

Sambung baca BERITA KUIN

Apa dah jadi ni? Bil air untuk asrama pelajar pun tak mampu nak bayar ke? Macam mana la pengurusan KUIN ni  teruk sangat!!  Makin lama makin teruk, bukan makin elok. Lepas ni apa pula, TNB mai potong letrik pulak pa?

McTheory:
Azizan tau ka dak ni? Sahih dia tak tau!!

GEMPAR!! Samseng Dap TIKAM Ketua Pemuda UMNO Kepong??


Semalam Ketua Pemuda UMNO Kepung kena tikam. Blog MyMassa kata itu kerja samseng Dap. Betul ke?

Ganas. Memang ganas puak-puak DAP sekarang ini. Main tikam-tikam, sembelih-sembelih sahaja kalau tidak puas hati.

Yang belah kita, hina Rasulullah SAW pun setakat boleh marah sahaja. Kalau di Pakistan, dah lama Ngeh Koo Ham bercerai kepala daripada badan kena roadside bom.

Kenapa kami kata ini semua kerja samseng DAP? Nilaikanlah sendiri, beliau merupakan KP UMNO di Kepong yang merupakan kubu kuat DAP semenjak merdeka. Bukan senang hendak jadi KP di kawasan DAP yang bukan tempat UMNO bertanding pun.

Kalau tidak percaya, tanyalah KP Seputeh. Beliau yang berhadapan dengan GIANT DAP Teresa KOK sentiasa mendapat ancaman daripada chauvinis tegar DAP yang menguasai kongsi-kongsi gelap di kawasan itu.

Mengikut rekod, Datuk Norizan ini adalah seorang yang sangat VOKAL melanyak DAP dan fuckatan. Ingat lagi kes Adam Adli hampir kena penampar Jepun di Balai Polis dahulu?!! Hah, itu semua budak-budak Datuk Norizanlah itu. Dan dalam UMNO KL, beliau merupakan antara dua KP UMNO yang begitu lantang dan vokal selain KP Seputeh.

Jadi, tidak hairanlah beliau diserang sebegini. Sebabnya kelompok berani mati yang diketuai beliau dalam UMNO memang begitu memberikan kesan kepada samseng-samseng fuckatan!

Dan kalau dilihat sejarah, beliau juga pernah membuat headline apabila menentang pelantikan Ezam Mad Nor sebagai senator baru-baru ini.

Namun, kalau nak diikutkan, KP Seputeh lebih halus serangannya. Habis terbogel agenda mengkristiankan penduduk Islam Seputeh oleh Teresa KOK apabila beliau mendedahkan pergerakan misionari yang sangat aktif di sana.

Apakah selepas ini beliau pula menjadi sasaran?!! Apa-apa pun marilah sama-sama kita doakan agar pahlawan UMNO seperti Datuk Norizan ini selamat dan cepat sembuh. Orang Melayu dan UMNO sangat-sangat memerlukan manusia berani seperti beliau.


McTheory:
Orang Melayu kena bangkit, sampai bila kita asyik di buli!!

TUDIAA!! Artis Sertai Pas, Berpatah Arang Berkerat Rotan?



Mc terbaca di blog Kamera Kupang tempohari, kisah sebuah rancangan hiburan popular di TV3, Melodi yang disiarkan pada pukul 12.30 PM. Wartawan panas mereka berjaya menemui Sham Kamikaze yang baru tiba di lapangan terbang.

Gambar dari Blog Sungai Rapat Online. 
Di fahamkan Sham yang baru pulang negara China, kerana menyertai program muzik di sana sebagai pemain Muzik. Walau bagaimana wartawan melodi gagal mendapatkan reaksi Sham Kamikaze apabila beliau enggan di temubual dan melarikan diri.

Apa yang sebenarnya berlaku kepada Sham? Di fahamkan Sham yang dulunya seorang pemuzik handalan yang terkenal sebagai pengubah serta pengarah muzik bagi Akademi Fantasia (AF). Sham kamikaze yang telah "berhijrah" sebagai pendakwa bebas.

Selepas itu, Sham Kamikaze yang telah di "PAS" kan oleh Bob Lokman dengan menyertai PAS. Walau bagaimapun Sham yang begitu selesa bergerak secara solo, walaupun begitu Sham, tidak terlepas dari tempias untuk masalah penajaan, kerana banyak syarikat "tidak berani" menaja artis yang terlibat dalam parti politik.

Banyak syarikat mengambil langkah selamat untuk tidak menaja artis yang bergiat aktif dalam politik Pembangkang. Semua nya mengambil iktibar, apa yang terjadi kepada sebuah syarikat butik yang menjadikan Abby Abadi sebagai duta tudungnya dan akhirnya jualannya terus menjunam dan dipulaukan.

Kesian benar nasib si Sham ni, Abby lain la, setiap ceramah di UPAH RM2000. Sham dan artis lain dapat apa?

McTheory:
 Masuk angin keluar asap!! heh..

Ahad, 23 September 2012

HOT!! Bolehkah Saya Berzina Dengan Anak Pakcik?

hiasan
 
 Pesanan Mc, sila baca cerita ni hingga habis. Kisah yang menyentuh jiwa. Boleh jadi teladan pada orang sekarang. Memang terbaik!!

Suatu hari pasangan kekasih ni nak kuar dating. Setibanya si pakwe di hadapan rumah makwenya…

Gadis : Masuklah dulu, jumpa dengan ayah saya.

Teruna : Boleh ke?

Gadis : Masuk je lah, saya nak bersiap

Menyusup masuk si teruna melalui pintu utama. Pintu yang siap terbuka mengalukan-alukan kedatangan si Teruna.

Teruna : Assalamualaikum.

Bapa Gadis : Waalaikumusalam.

Melihat pada lantangnya suara bapa si gadis, terus si teruna kaku membatu. Lantas si gadis menarik tangan si teruna menyedarkan dari lamunan itu.

Gadis : Mari, duduk kat kerusi

Teruna : Eh..

Setelah tangan dihulur dan salam bertaut, duduklah si teruna di kerusi hampir menghadap bapa si gadis. Hanya surat khabar yang menjadi tabir antara mereka.

Bapa Gadis : Nak jalan kemana hari ni?

Teruna : Bandar je pak cik, dia nak carik barang katanya. Barang apa tak taulah saya

Bapa Gadis : Oh..

Teruna : ??

Hampir 5 minit senyap tanpa suara. Dan ibu si gadis keluar dari tabir ruang utama dan ruang belakang membawa air serta biskut kering. Si teruna senyum kelat.

Ibu Gadis : Minum la ni sikit. Kamu sudah sarapan?

Teruna : Ehh. Sudah cik. Terima kasih.

Ibu Gadis : Kamu ni malu-malu pula dengan kami.

Teruna : Segan cik. Hehe

Bapa Gadis : Bila kamu nak hantar rombongan?

Ibu Gadis : Eh. Apa ayahnya ni?

Teruna : Ehh. Duit takde lagi. Hehe

Bapa Gadis : Kamu bawa anak kami kehulu-kehilir. Apa orang kata nanti?

Teruna : (Eh. Malu ngan orang ke malu ngan Allah, lagi takut orang kata dari Allah yang menghukum) Kami naik kereta je cik, tak de la nampak berkepit sangat. Boleh saya tanya cik sikit

Bapa Gadis : Boleh takde masalah

Teruna : Pakcik ngan makcik nak letak wang hantaran berapa ye?

Bapa Gadis : Kalau boleh 20 ribu

Ibu Gadis : Ehh. Tak kisah la, tapi kalau boleh makcik nak lebih tinggi sikit dari orang sebelah ni

Teruna : Berapa tu mak cik?

Ibu Gadis : Dalam 25 ribu ke atas dan dulang 25 ke atas pihak lelaki

Teruna : (Amboi, ko melantak dulang ke ape? Wuhaa.. 25 ribu. Mana nak dapat? Aduh..) Tingginya mak cik, tak boleh rendah lagi ke?

Bapa Gadis : Itu nasib kamu la, kamu yang nak kat anak kami. Lagipun dialah satu-satunya anak perempuan kami, kene lah market sikit. Nak grand-grand camtu.
Si teruna hampir hilang akal apabila disebutkan harga si gadis itu. Dan si teruna cuba berbincang untuk merendahkan harga si gadis.

Teruna : Erm.. Kenapa anak pak cik tak pakai tudung?

Bapa Gadis : Itu kenalah tanya maknya

Teruna : (Ehh. Boleh pas-pas pulak dah)

Ibu Gadis : Ehh. Awak lah. Apa pulak saya. Awak yang sepatutnya didik anak

Bapa Gadis : Saya kan kerja. Mana ada masa

Teruna : (Pulak dah, gaduh nanti) Ehh-ehh. Makcik pakcik. Kita lupakan dulu soalan tadi sebab kalau ikut makcik pun tak tutup kepala jugak. Maksudnya lebih kurang jugaklah. Nak tanya lagi, anak pak cik pandai masak tak?

Bapa Gadis : hmm.. haram. Tau-tau bangun tido pukul 12 lebih, bukan bangun pagi dah tu. Bangun tengahari. Terus makan tengahari.

Ibu Gadis : Apa la ayahnya, orang ni nak buat anak kita bini, dia cerita buruk-buruk pulak.

Bapa Gadis : Maknya pun sama suka bangun lambat juga.

Ibu Gadis : Abahnya!

Teruna : (kah kah kah.. bengong. Camtu pun nak cerita) Hehe.. Okeh. Soalan lagi. Boleh tak dia baca quran?

Ibu Gadis : Boleh sikit-sikit kot

Teruna : Kali terakhir bila?

Ibu Gadis : Err. Darjah 1 agaknya.

Teruna : hmm..

Ibu Gadis : Kenapa?

Teruna : Takda apa makcik. Soalan cepumas. Dia solat tak?

Bapa Gadis : Apa motif kamu tanya semua ni. Dia kan selalu ikut kamu. Kamu tau la.

Teruna : Kalau kat luar saya ajak dia solat, dia cakap datang bulan. Hari-hari datang bulan. Dia tau solat atau tak?

Hampir terkedu si bapa dan si ibu. Dan pada raut wajah mereka berdua terdapat tanda-tanda kemerah-merahan menahan amarah.

Teruna : Boleh saya sambung lagi. Dia tak reti masak, tak reti solat, tak reti mengaji, tak reti nak tutup aurat sebelum dia jadi bini saya lagi. Dosa-dosa dia terang-terang pegi kat makcik ngan pakcik. Lagipun tak berbaloi harga 25 ribu untuk dia. Lainlah dia ni ‘hafizah’, 30 juzuk dalam kepala, bertutup litup habis dari bawah sampai ke atas dan tau jaga batas, haa.. itu barulah berbaloi 100 ribu pun saya sanggup bayar. Tapi orang macam tu kalau kahwin mereka memilih untuk serendah-rendah mahar. Sebab sebaik-baik perkahwinan adalah serendah-rendah mahar. Mata bapa si gadis direnung tajam oleh mata ibu si gadis. Keduanya senyap tanpa suara. Ketiga mereka menundukkan kepala. Lumrah adat untuk menjadikan anak perempuan untuk dijadikan objek pemuas nafsu hati menunjukkan kekayaan serta bermegah-megah dengan apa yang ada. Terutamanya pada majlis perkahwinan. Adat mengatasi agama. Dibiarkan anak perempuan dihias dan dibuat pertunjukkan di khalayak ramai. Sedang pada waktu itu akad telah dilafaz si suami, dan segala dosa anak perempuan sudah mula ditanggung oleh si suami. Amatlah rugi. Mahar berpuluh ribu dibayar pada isteri dan sepatutnya hanya si suami seorang yang berhak melihat, tetapi pada hari pertama perkahwinan iaitu semasa persandingan sahaja berpuluh ribu mata yang melihat si isteri. Seolah-olah si suami membayar mahar untuk mereka sekali.

Bapa Gadis : Tapi kan. Pakcik nak anak pakcik rasa sekali. Benda seperti tu kan sekali seumur hidup.

Teruna : Pakcik nak anak pakcik rasa ke pakcik yang rasa grand?

Ibu Gadis : Tentulah kami berdua pun turut gembira.

Teruna : Ye ke? Pakcik, makcik, saya bukan apa. Sekarang dosa anak pakcik, pakcik yang tanggung. Esok lusa lepas akad nikah terus dosa dia saya yang tanggung. Pastu pakcik nak buat bersanding pulak. Setiap mata yang memandang saya akan dapat dosa. Lagilah saya berdosa sangat-sangat.

Ibu si gadis segera mengambil langkah mudah dengan menarik diri daripada perbualan itu. Si ibu tahu, si teruna bercakap menggunakan fakta islam. Dan tidak mungkin ibu si gadis dapat melawan kata si teruna itu.

Bapa Gadis : Kau memandai pulak nak cakap agama ngan kami.

Teruna : Ehh. Maaflah pakcik. Bukan saya nak cakap pasal agama. Tapi itulah hakikat sebenar. Kita terlalu pandang pada adat sampai lupa agama.

Bapa Gadis : Camni lah. Kamu sediakan 25 ribu, ngan 31 dulang. Kalau takde, kamu tak boleh kahwin ngan anak aku!

Teruna : Lama lagilah camtu. Dalam umur saya 30 lebih, baru dapat masuk meminang. Kalau camtu pakcik, ‘izinkan saya berzina ngan anak pakcik’?

Bapa Gadis : Hoi! Kau dah melampau, ko baik-baik sikit cakap tu. Jangan main sedap mulut je.

Teruna : Dengar dulu penjelasan saya pakcik. Pakcik tau tak apa sebab orang berzina dan banyak anak luar nikah? Sebab benda ni lah pakcik. Selalunya ibu bapa perempuan yang meletakkan berpuluh ribu ringgit sampaikan pihak lelaki terpaksa menangguh hasrat untuk berkahwin. Tetapi cinta dan nafsu kalau tidak diiringkan dengan betul, syaitan yang jadi pihak ketiga untuk menyesatkan manusia. Akhirnya mereka mengambil jalan pintas memuaskan nafsu serakah dengan berzina. Mula-mula memang ringan-ringan dahulu pakcik, pegang-pegang tangan, peluk-peluk, pegang pinggul, dan sebagainya. Tapi lama-lama jadi berat-berat. Yang berat-berat tu pakcik sendiri pun boleh bayangkan.

Bapa Gadis : Apa kaitan kamu nak berzina pula

Teruna : Ye lah. Dah pakcik tak bagi kami kahwin sekarang, biar ada duit dulu baru boleh kahwin. kami nak lepaskan nafsu camna pakcik? Tiap hari saya tengok dia, dia tengok saya. Susah pakcik. Nafsu. Sebab tu saya dengan rendah hati minta izin pada pakcik untuk berzina ngan anak pakcik. Apa yang penting pakcik tahu yang saya dan dia nak berzina. Sebab rata-rata orang yang berzina ni ibu bapa tak tau. Nampak je biasa-biasa sedangkan da berzina. Err.. berzina bukan sahaja yang ehem-ehem je. Ada yang zina-zina ringan. Tapi sebab ringan tu yang akan jadi berat.

Bapa Gadis : Hmm.. Kamu ni peliklah. Nasib baik pakcik cool je. Kalau orang lain, da lama angkat parang. Tapi kalau takde duit, camna kamu nak bagi dia makan

Teruna : Hehe.. Pakcik. Pakcik lupakah dengan apa yang telah Allah bagitau?
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” (an Nur 32). Takkan la kita tak yakin dengan apa yang Allah janjikan. Lagipun pakcik, kalau makan dan minum tu insyaAllah, berdaya lagi untuk saya beri pada dia. Tempat tinggal tu kita boleh bincang lagi. Kalau benda ni boleh menghalang kami dari melakukan perkara dosa dan sia-sia. Baiklah disegerakan. Pakcik pun tak mau perkara-perkara tak elok kan.

Senyap tanpa kata bapa si gadis, merenung kata-kata si teruna. Segera bapa si gadis memikirkan cara untuk mematahkan kata-kata si teruna. Dan bapa si gadis mendapat akal.

Bapa Gadis : Kamu tau la zaman sekarang ni. Kalau ikut cara kamu tu. Mungkin kamu tak suka dengan persandingan, pakcik boleh terima. Tapi kamu kena la ambil kira apa orang lain yang akan kata. Tau-tau orang akan mengata anak aku kena tangkap basah dan kena nikah paksa dengan kamu. Mana nak letak muka ni.

Teruna : Bagus juga cadangan pakcik tu. Kena tangkap basah 2 ribu je denda. Kat Malaysia takde hudud, dan kalau untung. Boleh nikah masa tu jugak. Bagus-bagus.

Bapa Gadis : Serius lah sikit.

Teruna : Betul dah tu pakcik. Hehe. Tapi pakcik, saya tak kata pun takde walimatul urus. Sedang walimatul urus itu perlu untuk hebahkan yang anak-anak dah kahwin. itu cara islam. Ok. Tapi yang tak oknya, bersanding tu hahh. Kesian saya pakcik, saya seorang bayar mahar untuk anak pakcik, orang lain pun dapat tengok. Siap kalau berhias secara berlebihan dan orang lain yang lihat menaikkan nafsu syahwat mereka, saya yang berdosa pakcik. Saya yang tanggung dosa dia. insyaAllah pakcik. Kita bukan nak buat apa pakcik. Syariat memang camtu. Maha baiknya Allah sebab jaga kita selama ini, tapi benda remeh-temeh camni pun kita masih pandang ringan dan kita tak menjaga apa yang telah Allah janjikan. Susah lah camtu pakcik. Maaflah kalau ada kata saya yang membuat pakcik kurang senang dengan saya. Segala-galanya kita serah pada Allah, kita merancang je.

Azan zohor berkumandang, jaraknya tidak sampai 10 dari surau berdekatan rumah si gadis. Si teruna memohon untuk ke surau dan mengajak bapa si gadis untuk pergi bersama. Namun ajakan ditolak dengan lembut. Lantas memberi salam dan memohon untuk keluar. Di birai tingkap bapa si gadis melihat si teruna mengeluarkan kopiah dari poketnya dan segera di pakainya. Masuk ke dalam kereta dan hilang dari penglihatan bapa si gadis tadi. Sedang si gadis yang sedari tadi berdiri di balik tirai bersama ibunya menitiskan air mata mendengar luahan kata-kata si teruna terhadap ayahnya. Tudung pemberian si teruna sebagai hadiah pada hari jadinya yang lepas digenggam erat. Ibu si gadis juga menitiskan air mata melihat pada kelakuan anaknya. Segera ibu dan si gadis ke ruang tamu menghadap ayahnya.

Ibu Gadis : Apa yang budak tu kata betul. Kita ni tak beratkan pada agama selama ni. Kita sambil lewa abahnya.

Bapa Gadis : Hmm.. ntahlah, tak tahulah saya. Keras betul budak tu kata tadi. Satu-satu kena. Dia pesan tadi, suruh bersiap, lepas zohor dia amik kamu.

Gadis : Takde mood nak pegi la ayah. Ntah..

Si gadis terus mencapai telefon bimbitnya dan menaip mesej.

Si teruna yang selesai mengambil wuduk tersenyum apabila membaca mesej yang baru sahaja diterima daripada si gadis

“Andai Allah telah memilih dirimu untukku,
aku redha dan akan terus bersama mu,
aku juga akan terus pada agama yang ada padamu.”
“ : )”

“Petang ni takde mood nak keluar, sorry. Dan minggu depan ayah suruh hantar rombongan.”

Sumber fitri hadi

TUDIAA!! Hadi Awang Tak Yakin!! Pas Kedah Terbukti Lemah Tenaga batin!! #TukarKedah


Apa ni Pas Kedah? Dah takdak orang terer ke kat dalam Pas Kedah ni? Di mana orang-orang kuat yang mampu menjadi calon? Takkanlah takdak anak Kedah ber'ideologi' Pas yang mampu mewakili kawasan sendiri? Buat malu orang Kedah ehh..

Nampak sangat kepimpinan Pas Kedah ni lemah. Hinggakan Presiden Pas pun tak yakin dan perlu import calon luar untuk beri sokongan. Kalau dah Presiden Pas pun tak yakin, macam mana rakyat Kedah nak yakin dengan kepimpinan Kerajaan Pas Kedah ni? Kalau dah tak boleh, tak payah la bertanding, bagi orang lain saja la.

Mat Sabu dah tentu kat Pendang dan ada beberapa orang lain yang akan datang ke Kedah. Masalahnya yang di import tu, semua duduk di kawasan yang Pas yakin menang. Manakala kerusi yang Pas jangka kalah, akan diberikan kepada penduduk tempatan hanya untuk cukupkan kuota pertandingan.

Haihh.. kesian la Pas Kedah ni.. dah la serabut banyak masalah.. kepimpinan pun lemah.. gamaknya lemah tenaga batin kot?? he he..

McTheory:
Hadi Awang tak yakin kat Pas Kedah, rakyat lagi la sangsi..

PANASS!! Lagi Ahli UMNO Keluar Sokong Dap!!


Ishh silap pulak tajuk tu.. rupanya ahli Dap masuk BN!! Aduhh.. kalau korang keluar dari Dap. Nanti dalam Dap tu nak tinggal sapa? Tinggal adik beradik dinasti Lim saja ka? he he..

TUDIAA!! Azizan MB Kedah Pula Marahkan Koo Ham!!



Rupanya ada juga orang Pas yang sedar akan kelakuan Dap ni. Azizan Razak memang dari dulu lagi kurang senang dengan tindakan Dap yang sering membelakangi orang Islam dalam setiap tindakan mereka. Kali ni beliau bersuara menegur Koo Ham. Memang patut Koo Ham di tegur, tindakan dan kenyataan yang dia buat tu, melampau!!

McTheory:
Benda baik kita sokong..



PANASS!! Exco Kerajaan Negeri Kedah Dapat Hadiah Rumah Banglo??


Perghh.. panas cerita ni!! Exco yang selalu menimbulkan kontroversi, dapat hadiah rumah dari seorang kontraktor!! Kalau rumah murah tu lain la cerita, ini rumah berharga 1 Juta lebih!! Fuyoo.. dahsyat ni. Kenapa agaknya kontraktor tu bagi hadiah rumah kat dia? Apa yang dia buat sampai dapat hadiah rumah?

Untuk pengetahuan pembaca, exco ni banyak menyalahgunakuasanya dalam pentadbiran kerajaan negeri. Banyak projek kerajaan negeri yang gagal mendatangkan hasil disebabkan dirinya. Malah dia juga banyak menyapu bersih projek kerajaan negeri untuk kroni dan makan hasil dari pemberian terbabit. Disebabkan itulah dia mendapat hadiah peribadi untuk dirinya sendiri.

Malah cita-citanya untuk menjadi MB juga telah membuatkan kerajaan negeri menjadi kelam kabut. Kerja tak seberapa, hasil nak lebih. Akhirnya jadi syok sendiri!! Tambahan pula dengan MB Kedah yang sering taktau apa-apa.. memang selalu la kena buli.

Nak tau cerita pasal hadiah pemberian rumah ni, Mc rasa pembaca boleh rujuk kat SINI

McTheory:
Lani exco ni dah lari dok KL.. exco Kedah dok KL... tak pelik ka?

KASI PANASS!! Video Terhebat Anwar Ibrahim 'ber' Gangnam Style!!


Video ni boleh disenaraikan sebagai video yang terbaik pernah Mc tengok. Cara kempen penarik belia muda negara!!..

Opp Oppa Gangnam Style!! he he.. Pandai Anwar joget!

HOT!! Pencuri Rumah Orang Kahwin Telah Di Tangkap Di Pukul!!




Kalau dengar nada suara macam perempuan Indonesia. Namun penulis tidak pasti sepenuhnya mengenai hal itu. Pastinya, cara yang digunakan memang hina dengan membawa seorang anak kecil untuk mengaburi mata orang ramai.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, sudah ada beberapa kes yang hampir sama dengan kebanyakkannya berlaku di selatan tanahair. Berikut adalah keterangan yang diberikan pihak yang memuat-naik video hampir 1 minit. “Kejadian Berlaku Pada 15 September lalu Di Johor.

Wanita Ini Tertangkap Ketika Mencuri Hampir RM6000 Ketika Keluarga Pengantin Sedang Sibuk Melayan Tetamu… Pandai Pula Bawa Anak Sebagai “Perisai”… Jadikan iktibar….”

SUMBER

Sabtu, 22 September 2012

PANASS!! Gambar PANAS Anwar yang Terbaru Di Sebar!!




Fuyooo.. Ketua Pembangkang kita ni hebat gila. Ada private jet!! Tu belum jadi PM lagi, kalau dah jadi PM rasanya dia beli roket kot.. he he. Pencacai pembangkang dok kutuk PM perabih duit rakyat. Anwar ni rasanya ambik duit sapa? Apakah Khalid Gagap Ibrahim guna duit negeri Selangor untuk beli jet kat Anwar pula, selepas beli bas??

McTheory:
Patut la duit Selangor habis.. perabih kat Anwar rupanya!!

EKSKLUSIF!! Video Penamaan Calon Pro Aspirasi Mahasiswa!! #AspirasiMahasiswa #MediaSiswaUUM


Bakal-bakal pemimpin dan generasi masa depan!!

GEMPAR! Cubaan Pro-Militan Pembangkang, membeli Calon Pro-Aspirasi Mahasiswa!!


 Sebentar tadi Mc mendapat panggilan telefon dari jentera Pro-Aspirasi Mahasiswa yang mengatakan cubaan jahat Pro-Militan Pembangkang memancing Calon Aspirasi Mahasiswa mnyertai mereka.

Kejadian itu berlaku semalam, apabila ejen Pro-M dikatakan bertemu dengan calon Aspirasi Mahasiswa yang berasal dari Sabah dan memujuknya melompat parti.

Mc diberitahu, Pro-M akan cuba memancing seberapa ramai calon Umum Aspirasi Mahasiswa untuk menguasai kerusi Umum di UUM.

Mc berharap jentera pro-Aspirasi Mahasiswa UUM yang lebih dikenali sebagai 'Perubahan' lebih peka dan waspada dengan taktik kotor Pro-Militan Pembangkang.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

SERAMM!! Gambar Hantu Penangal Berjaya Di Tangkap!!




Gambar hantu terkini ini dikirimkan oleh seorang pembaca. Menurut pengirim gambar hantu penanggal ini tersebar di laman sosial Facebook dan disertakan dengan teks berikut:

Astaghfirullah hal azim, masih ada lagi manusia yang menggamalkan syirik kepada Allah swt.Makhluk Penanggal ini berjaya ditangkap oleh penduduk di Kuala Kangsar, Perak.

Gambar hantu penanggal ini menyerupai ciri-ciri hantu yang dikatakan sebagai 'Hantu Penanggal' dengan isi dalam perut yang kelihatan, paru-paru dan tali perut jelas dapat dilihat dalam gambar ini.


Sumber gambarhantu.blogspot.com

Kat bawah ni pulak video hantu penanggal yang berjaya ditangkap..





Apa pendapat anda semua ??

Jumaat, 21 September 2012

GEMPAR!! Nik Aziz Hilang Teloq Bila Berdepan Dengan DAP???




Ramai yang masih tersenyum sinis membaca kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang kelihatan seperti menyokong penuh bantahan besar-besaran oleh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terhadap filem Innocence of Muslims.

Dari satu sudut, mereka bersetuju dengan seruan Mursyidul Am PAS itu yang dalam satu kenyataannya meminta umat Islam tanpa mengira latar belakang parti politik tampil menyuarakan sokongan dalam bantahan tersebut.  

Bagaimanapun apabila Nik Aziz enggan memberi sebarang ulasan berhubung komen negatif dari Pengerusi DAP Perak berkaitan isu ini sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian 20 September 2012, seruan tersebut mula dipandang sinis oleh khalayak ramai.

Pada pandangan ramai, Nik Aziz seperti terlalu takut untuk mengkritik apatah lagi mengecam kenyataan Ngeh Koo Ham yang juga adalah  Ahli Parlimen DAP bagi kawasan Beruas, Perak.

Ngeh Koo Ham dalam satu mesej twitternya mempersoalkan keperluan untuk umat Islam mengadakan bantahan terhadap filem Innocence of Muslim dan di masa yang sama seperti memperlekehkan bantahan tersebut yang dianggapnya sebagai merugikan masa dan tenaga.

Tidak sukar untuk kita bayangkan sekiranya mesej serupa ditweet oleh mana-mana pemimpin BN yang non muslim, Nik Aziz pastinya sepantas kilat mengecam pemimpin tersebut. Dan semestinya, Nik Aziz akan menyelitkan sama kecamannya terhadap UMNO, itu sudah tentu.

Tapi bukan satu rahsia pun, sudah menjadi tabie Nik Aziz sejak dulu-dulu lagi sentiasa berlembut dengan rakan sekutu yang bukan seagama dan hanya berani membuka mulut bila terlalu kemaruk untuk menyinggung perasaan saudara seagama dengannya sahaja.  

Tengok sajalah reaksi Nik Aziz bila bekas Timbalan Presiden PAS mengkritik DAP dan mengusulkan saranan supaya PAS keluar dari PR, terus Nik Aziz bingkas bangun menghalau saudara seIslamnya itu keluar dari parti. 

Apa sahaja kenyataan negatif yang keluar dari mulut pemimpin DAP sama ada berkaitan Islam, selalunya Nik Aziz cuba bermain playsafe semata-mata untuk menjaga hati sekutunya itu.

Namun disebalik ketakutan dan keengganan Nik Aziz mengkritik kelancangan Pengerusi DAP Perak itu, beberapa orang pemimpin PAS yang lain seperti MB Kedah, Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah mengambil langkah sebaliknya.

Kedua-dua mereka nampaknya masih mempunyai sedikit sisa-sisa keberanian untuk menyanggah sikap tidak cermat pemimpin DAP itu. Sekurang-kurangnya masih adalah juga segelintir pemimpin PAS yang sedar diri dan taklah jumud sangat macam Mursyidul Am mereka sekarang ini.

Kepada kedua-duanya kita ucapkan tahniah manakala untuk Nik Aziz pula, cukuplah untuk kita ucapkan takziah di atas kebaculannya untuk membantah kebiadapan yang ditunjukkan oleh DAP.

PANASS!! Nik Aziz Punca Api Misteri Serang Penduduk Kelantan!!


Meskipun sudah menggunakan khidmat 70 orang bomoh dan ribuan ringgit dihabiskan untuk membayar upah mereka, api misteri tetap mengganggu keluarga Zainab Sulaiman di Kampung Penambang Bunga Emas di sini.

Lebih mengejutkan, tidak sampai seminggu api misteri itu mengganggu keluarga itu baru-baru ini, semalam gangguan itu datang lagi ketika Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengunjungi rumah berkenaan bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Menteri Besar Kelantan itu mengunjungi rumah tersebut dengan tujuan untuk mengadakan solat hajat dan membaca ayat-ayat suci al-Quran bagi memohon Allah supaya menjauhkan keluarga itu daripada api misteri itu.

Malangnya kata Zainab, 75, api berkenaan muncul di dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah ketika Nik Abdul Aziz sedang mengadakan solat hajat di ruang tamu rumah mereka.

Bagaimanapun dalam kejadian kali ini, api tersebut tidak membakar sebarang benda atau peralatan di rumah itu sebaliknya hilang begitu sahaja.

Zainab tetap gembira menerima kunjungan Menteri Besar yang sudi membantu menyelesaikan masalahnya sekeluarga.

"Sudah 70 orang bomoh saya guna untuk hapuskan gangguan ini, duit pula sudah habis ribuan ringgit kami sudah hilang punca untuk menyelesaikannya," ceritanya ketika dihubungi di sini semalam.

Episod serangan api misteri membabitkan sebuah keluarga tersebut bagaikan tiada penghujungnya selepas kali pertama berlaku tiga tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Zainab yang tinggal bersama menantunya, Rafeah Zakaria, 40, dan tiga cucunya, Wan Mohd. Faiz Wan Hanafi, 15, Wan Norfatihah, 14, dan Wan Nurfatini, 12, terus dihantui keresahan kerana serangan tersebut tidak pernah berhenti.

Sepanjang Aidilfitri lalu, keluarga tersebut terpaksa bersengkang mata apabila api misteri berkenaan kembali mengganas dengan serangan antara empat hingga enam kali sehari membakar pelbagai peralatan rumah termasuk pakaian.

Sumber: Kosmo

PANASS!! Ahli Parlimen Padang Terap Menghina Kakitangan Kerajaan Termasuk Isterinya!!


Penipuan nyata Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria menipu orang ramai tentang kakitangan kerajaan. Nasir Zakaria digelar YB demam kerana sering demam ketika rakyat memerlukan pertolongannya. Sedangkan beliau sihat dan melarikan membantu rakyat di kawasan jagaannya.

GEMPAR..!!! Rakaman Khutbah "Allah Sokong Anwar Ibrahim" Itu Tidak TULEN...


Pada yang kata rakaman itu tidak tulen tu.. sila dengar dan nilaikan sendiri..

Khamis, 20 September 2012

TUDIAA!! Wartawan Cun Terberak Dalam Seluar Sewaktu Temubual!!



Video yang dipaparkan ini adalah video yang sudah pun lama.

Bukanlah untuk tujuan mengaibkan sesiapa.

Tapi, memaparkan walaupun kita kuat bekerja sekali pun, sakit perut memang tak boleh nak dielakkan.

Kasihan dengan wartawan wanita ini, sedang gigih bertugas, tapi malang datang tidak berbau…

Mulanya semua nampak dalam keadaan tenang, tapi berubah dalam beberapa saat.

Nak tahu? Tontonlah video ini.

Pastinya anda juga pernah merasa sakit perut yang ditahap tidak boleh ditahan.


Layan…





SUMBER

TUDIAA!! Kereta Canggih Halimunan Pertama Di Dunia!!


Macam-macam la benda pelik orang nak cuba. Sampaikan kereta sesumpah macam ni pun dah ada orang buat. heh..

TUDIAA!! 7 Projek yang Sangat Anwar Takut!!


Info yang menarik Mc dapat daripada blog MyMassa. ia berkisarkan tujuh projek mega yang memang tidak disukai oleh pembangkang.

Dengan adanya 7 projek mega ini, dijangka Malaysia dapat mengekalkan kedudukan ekonominya walaupun krisis ekonomi dunia yang belum pulih terutamanya di US dan Eropah.

Apabila menulis mengenai perkara ini, MyMassa teringat apa yang berlaku berbelas tahun yang lalu apabila George Soros melingkupkan ekonomi negara.

Ketika itu, Anwar Ibrahim masih lagi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Antara tindakan yang diambil oleh Anwar adalah meningkatkan kadar pinjaman sehingga menyebabkan ramai rakyat Malaysia bangkrap. Oleh sebab itu, rakyat mula marahkan Kerajaan akibat dihimpit masalah kewangan. Seperti biasa Anwar Ibrahim menyalahkan Tun Mahathir.

Setelah memecat Anwar Ibrahim, Tun Mahathir memanggil pakar-pakar ekonomi dunia untuk berbincang langkah-langkah untuk mengatasi masalah krisis ekonomi yang melanda Malaysia. Dan akhirnya Tun Mahathir berjaya. Antara langkah yang dicadangkan adalah menambat mata wang ringgit serta menggunakan sumber kewangan dalam negara untuk menjana semula ekonomi negara.

 Dan sebab itu, duit KWSP dan Tabung Haji digunakan. Dalam masa yang sama, pembangkang menuduh, menfitnah dan tohmah Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan melulu. Antaranya adalah menuduh projek mega Tun Mahathir sebagai punca krisis ekonomi. Sehinggalah ketika itu PAS berjanji bahawa mereka akan melelong dan menggadaikan PUTRAJAYA jika mereka berkuasa. 

Sedihnya ketika itu, orang Melayu yang kurang kefahaman ilmu ekonomi dan kewangan terpedaya dengan fitnah PAS dan oleh sebab itu, undi dan sokongan orang Melayu pada pilihan raya tahun 1999 menurun.

Sebaliknya, Orang Cina yang lebih arif dalam bidang ekonomi dan kewangan berterima kasih kepada Tun Mahathir dan Barisan Nasional kerana polisi ekonomi dan kewangan yang diperkenalkan oleh Tun berjaya membawa Malaysia keluar dari masalah tersebut.

Beginilah nasib Malaysia jika Anwar Ibrahim memerintah. Suharto sedang tunduk, manakala wakil IMF berdiri dengan bongkaknya.

Kini Malaysia diancam masalah yang sama. Jika dahulu krisis ekonomi melanda Asia Tenggara, kini mangsa krisis kali ini adalah US dan Eropah. Jika Anwar Ibrahim masih lagi dalam Kerajaan dan memegang portfolio Menteri Kewangan, sudah pasti Anwar akan melutut kepada IMF (sumber luar negara) untuk meminjam wang. 

Sudah pasti Anwar Ibrahim akan memperketatkan polisi kewangan sehingga rakyat terseksa akibat tidak dapat membayar pinjaman mereka kepada institusi perbankan. Sebaliknya, DS Najib yang berkelulusan ekonomi (tak macam Anwar yang hanya lulusan sastera) memperkenalkan Najibconomic yang menggunakan dana-dana dalam negara untuk memastikan ekonomi negara terus berkembang. Dengan itu, terhasilnya projek-projek yang terkandung dalam GTP dan ETP seperti di atas.

Anda mungkin boleh melihat Anwar Ibrahim ketika ini menjanjikan dan bintang sekiranya dia berkuasa tetapi sejarah membuktikan bahawa Anwar hanya hebat ketika ekonomi dunia dan serantau stabil (bukan dalam krisis). Apabila negara mula dilanda krisis, Anwar terbukti mengambil langkah mudah dengan meminjam dari IMF.

Sekarang ini, terserah kepada anda sama ada hendak berpegang kepada fakta prestasi Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan ketika krisis ekonomi atau terpedaya dengan dakyah, mainan persepsi serta termakan janji-janji manis Anwar.


HOT!! Orang Putrajaya Serbu Rumah Terbuka UMB/BNYCT!!

PROGRAM: Majlis Rumah Terbuka AidilFitri BNYouthCyberTeam, Unit Media Baru, Majlis Belia Kawasan Putrajaya Bersama Tun Faisal Ismail Aziz

































































Memang meriah gila, ramai yang datang. Nak label gambar pun tak sempat. Sebab Mc sendiri pun tak kenal semua. Ulamak, orang politik, artis dan penduduk Putrajaya berpusu-pusu. Datang ke rumah terbuka UMB/BNYCT. Kalau ada penduduk Putrajaya yang tak datang ke sini, memang rugi besarlahh.

Insan yang paling happy ialah Tun Faisal Ismail Aziz, beliau dan crew bertungkus lumus menjayakan rumah terbuka ni. Sampai tak tidor la punya risau.. hehe.. makanan perrgghh first class, memang sedap. Paling terbaik kambing bakar, belum pun dua jam, kambing bakar dah settle.

Memang rugi la sapa yang tak datang. Insyallah kalau tahun ni meriah, confirm ada tahun depan punya. he he..