Jumaat, 30 November 2012

PANASS!! Wakil Kedah Tok Man Aziz Kata Pas Tak Reti Buat Kerja!! #PAU2012


Umno Kedah akan membongkar lebih banyak kelemahan kerajaan negeri itu yang diterajui pakatan pembangkang bagi menyedarkan rakyat bahawa parti pembangkang gagal dalam melaksanakan tugas dan membuktikan hanya Barisan Nasional (BN) yang terbaik untuk mereka.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Jerlun Datuk Othman Aziz, yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata kerajaan negeri itu yang ditunjangi Pas tidak mampu menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.

Apa yang mereka buat hanyalah aktif memacak bendera dan berceramah mencaci dan mengajak rakyat membenci Umno dan BN, selain menyerang kepimpinan negara dan kerajaan sehingga mereka terlupa merekalah sepatutnya mengambil tugas membangunkan negeri, katanya.

" Ketika Kedah di bawah BN, apa yang dibuat semuanya tidak betul di mata mereka, tetapi apabila mereka membentuk kerajaan, mereka meneruskan usaha-usaha yang dibuat. Bagaimanapun kerana gaya pengurusan Pas dan pakatan pembangkang yang lemah, mereka berhadapan dengan bermacam-macam masalah," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2012 semalam.

Katanya selepas lebih empat tahun pakatan pembangkang berkuasa di Kedah, pelbagai persoalan timbul, antaranya tindakan kerajaan Kedah yang rakus menebang ribuan hektar hutan balak kononnya untuk menjadikannya ladang rakyat dan dusun tanpa mengambil kira kesan alam sekitar serta bekalan air domestik dan bekalan air untuk petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).

Othman turut membangkit isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin), milik kerajaan negeri, yang kini menghadapi masalah aliran tunai kerana membiayai gaji staf yang tinggi dan penurunan mendadak bilangan pelajar disebabkan kenaikan yuran yang tinggi.

Katanya kerajaan negeri juga gagal dan rugi berjuta ringgit kerana dengan membabi buta melabur di Papua New Guinea dalam projek balak, dan selain itu campur tangan politik dalam perkhidmatan tadbir negeri Kedah (KCS) telah menjadikan pentadbiran negeri kucar kacir dan tidak lancar.

"Bukankah cerita rebutan kuasa menjadi menteri besar Kedah dalam kalangan kepimpinan PAS Kedah menjadi topik lebih penting daripada perancangan memajukan negeri dan rakyat? Bukankah MB Kedah kini meragui kesetiaan dan kewibawaan Exconya sendiri?.

" Pelabur asing juga sudah lari ke negeri lain kerana ketidakupayaan kerajaan negeri mengurus infrastruktur asas di kawasan perindustrian. Bukankah pusat hiburan dan rumah urut bertambah di Kedah?" soal beliau.

Beliau berkata yang terbaharu ketika persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, rakyat Kedah diperdaya bahawa Kedah akan mendapat hasil RM20 juta jualan air kepada Pulau Pinang walhal menurut anggota Exco terlibat, mesyuarat antara kedua-dua negeri baru hendak bermula.

"Banyak lagi persoalan akan dibongkarkan bila tiba masanya. Kepada rakyat, kalau pada 2008 marah kepada BN, mungkin kami buat silap. Seperti juga presiden, kami minta maaf. Kami berjanji akan menjadikan Kedah lebih cemerlang dan seperti negara-negeri maju di negara ini. Kita (Umno dan BN) mampu tadbir jauh lebih baik daripada pakatan pembangkang," katanya. - Bernama

EKSKLUSIF!! Wakil Kelab UMNO Luar Negara Wujud Suasana Sebak Di Perhimpunan Agung UMNO!! #PAU2012


Wakil daripada Kelab UMNO Luar Negara Arif Yasir bin Zulkafli yang merupakan ahli Kelab UMNO Tokyo sedang membahaskan usul ucapan dasar Presiden. Arif Yasir ini berasal daripada Pokok Sena,Kedah dan sedang menuntut di salah sebuah universiti di Jepun.

Penyampaian yang secara bersahaja,berjaya menarik perhatian para perwakilan serta kerap kali diusik dengan seloroh daripada Pengerusi Tetap Dato Badruddin Amiruddin. Kewujudan Kelab UMNO Luar Negara yang majoritinya dianggotai oleh penuntut-penuntut universiti luar negara membuktikan UMNO sentiasa mendapat sokongan daripada golongan muda profesional.

Video diatas antara sedutan beliau me'lagu'kan lagu Warisan untuk semua perwakilan. Suasana sebak mengharungi diketika detik-detik ini.

Beliau diantara bakal pemimpin muda yang berbakat hebat!


PANASS!! Abby Albody, Hina Perhimpunan Agung UMNO!!


Apa masalah dengan Abby? Orang tak kacau dia pun, tapi dia suka menganggu orang lain. Kalau benar dia ni belajar dan mendalami Islam. Islam tak mengajar kita menyakiti hati dan perasaan orang lain, bahkan kalau sakiti secara tidak sengaja pun ia tetap dianggap berdosa.

Tapi Abby pula, sering kali menyakitkan hati umat Islam yang tidak sama ideologi dengannya. Apakah itu ajaran Islam.

Kalau nak bagi nasihat pun, boleh diberikan cara baik. Berdakwah secara halus dengan memupuk sifat hormat menghormati. Tetapi Abby ni tidak, lagi orang sakit hati, lagi la dia rasa gembira.

Sudah la baru bertudung, baru belajar ilmu agama, boleh naik pentas Pas, dah rasa diri macam ulamak besar.

Orang macam ni kita nak kata dia pejuang Islam sebenar?

McTheory:
Buat mengabihkan beras saja.

PANASS!! Tun M Bersuara Di Perhimpunan Agung UMNO! #PAU2012


Nampak Tun M juga bersemangat dengan Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir sebelum PRU. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Perhimpunan Umno 2012 sebagai lebih kuat dan bersemangat, tanda semua perwakilan serta Umno secara keseluruhannya telah siap sedia untuk 'berperang' menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya kagum dengan semua perwakilan yang hadir pada perhimpunan kali ini apabila kesemuanya nampak lebih bersemangat, lebih-lebih lagi ketika presiden parti berucap.

"Saya nampak semangat pada perhimpunan kali ini lebih kuat... bahkan lebih kuat daripada perhimpunan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tun M yang kelihatan segak dengan berbaju Melayu jingga, menyifatkan ucapan perasmian Najib pada tahun ini sebagai satu ucapan yang hebat.

"Beliau (Najib) telah menjawab segala tohmahan, tuduhan dan fitnah yang selama ini dilontarkan oleh parti-parti pembangkang terhadap Umno," katanya.

Maksudnya DS Najib berjaya memimpin UMNO kejalan yang harus UMNO tujui. Supaya UMNO terus kuat dan relevan untuk menjaga Agama, Bangsa dan Tanah Air.

Pendapat Tun M ini akan meningkatkan moral ahli UMNO seluruh negara untuk menyokong penuh kepimpinan DS Najib.

McTheory:
Semasa Ucapan Dasar Presiden, ramai yang sebak dengan ucapan beliau..

PANASS!! Anak Orang Pas Berpeluk Kat Shopping Kompleks!



Gambar ni bukan diambik kat negara jiran tapi kat SUNGAI PETANI bandar kedua terbesar di Kedah..

Kalau nak ikutkan apa yang puak pas duk sembang dalam ceramah, depa duk kata Pas Kedah berjaya menubuhkan kem bina insan dan segala macam kem untuk membendung masalah sosial anak anak muda di Kedah..

Tapi adakah program yang dianjurkan oleh Kerajaan Pas Kedah itu berhasil ?? Isu ini sudah lama dibangkitkan oleh para peniaga di Komplek berkenaan tetapi tiada penguatkuasaan dijalankan oleh pihak berkuasa..

Jika Kerajaan Pas benar benar mengamalkan pemerintahan cara Islam, mereka perlu lakukan sesuatu..

Tindakan melampau sesetengah remaja melakukan aksi panas di sebuah pusat membeli-belah di pusat bandar Sungai Petani bukan sahaja dianggap keterlaluan, malah kelihatan bersahaja walaupun ditegur di hadapan khalayak.

Remaja termasuk mereka di bawah umur dikatakan berkunjung ke pusat membeli-belah itu kerana turut dilengkapi dengan kemudahan pusat karaoke, pusat permainan video dan permainan boling di tingkat atas premis berkenaan.

Ada sesetengahnya pula dikenal pasti sengaja ke ruang terpencil dekat tingkat atas terbabit semata-mata untuk melakukan perbuatan tidak bermoral bersama pasangan.

Penyewa premis, Rashid Amin, 40, berkata, kebanyakan pasangan remaja masih di bawah umur berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan, ada yang duduk meriba antara satu sama lain dan bersentuhan antara satu sama lain di bahagian anggota badan.

“Pernah juga dilihat berpelukan dan bercumbuan tetapi apabila ditegur mereka tidak menghiraukan orang di sekeliling,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan pemerhatian, lokasi pusat membeli-belah berkenaan sudah menjadi sasaran sesetengah remaja untuk melakukan maksiat.

Sementara itu, Roslan Md Ani, 37, berkata, pergaulan bebas di kawasan itu turut terjadi kepada pasangan sejenis yang tanpa segan silu melakukan aksi kurang sopan bersama pasangan masing-masing.

“Tidak terkecuali mereka yang membawa teman ketika berasmara tujuannya memastikan keadaan terkawal.

“Apabila pasangan sedang berdua-duaan, seorang lagi rakan mereka berada tidak jauh dari lokasi pertemuan, dengan tujuan memberi laporan sekiranya kawasan didatangi pengawal keselamatan atau penguat kuasa,” katanya.

Malik Mohd, 35, berkata, tindakan remaja yang berpelesiran di premis itu mencerminkan pergaulan bebas yang semakin membimbangkan. - Medan Tempur

Khamis, 29 November 2012

EKSKLUSIF!! Ucap Tama Presiden UMNO Memang Gempak Habis!! Bahagian ke2 #PAU2012


Ikuti sambungan ucap tama Presiden UMNO yang akan mengemparkan seluruh Malaysia!!

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

EKSKLUSIF!! Ucap Tama Presiden UMNO Memang Gempak Habis!! #PAU2012


Ini part 1, akan ada sambungan dan penerangan lain nanti! Apa pun Presiden UMNO memang terbaik!!

EKSKLUSIF!! Video Menarik Pembarisan Utama Sayap Jentera Parti UMNO!! #PAU2012




Video pembarisan Utama dari Presiden UMNO. Memeriksa pembarisan sayap parti.

EKSKLUSIF!! Gambar Menarik Sekitar Pembarisan Utama Sayap Parti UMNO!! #PAU2012

























Setiap aktiviti hari ini akan di update!! Perbarisan Utama berlangsung dengan lancarnya. 3 sayap parti membuat baris hormat untuk menyambut kedatangan Presiden parti.

Sekarang berlangsung ucapan presiden yang penuh dengan isi dan meriah!

PANASS!! Video dan Kisah Mengemparkan Puak 'R' Ceroboh Rumah UMNO!! #PAU2012


Mc taktau geng ni datang nak jadi hero ka atau sememangnya tak punyai otak. Ceroboh rumah orang, tak bagi salam, nak buat kacau. Heloo broo.. agak-agakla, ini rumah kami, tolongla jangan cari pasal.

Orang UMNO memang baik-baik, tapi kalau ada orang cari pasal, kami tak teragak untuk bertindak. What u give, u get back la bro..

Tindakkan kumpulan R membuat kacau di rumah keramat UMNO ini dilihat seolah olah tidak menghormati majlis orang lain. Mc difahamkan kumpulan ini datang sebenarnya untuk menyerahkan memorandum kepada perwakilan dari Kelantan. Tetapi bila sampai di PWTC lain pula ceritanya, mereka bertekad mahu menyerahkan kepada Perdana Menteri.

Kalau nak buat usul, sain borang UMNO, jadi perwakilan buat la usul. he he.. nak hingaq buat apa? semak pala la..


McTheory:
Akhirnya, bro Armand juga yang jadi hero.. syabas la bro kerana halau beruk-beruk 'R' tu..

Rabu, 28 November 2012

TUDIAA!! Artis-artis Cun Ni Nak Masuk UMNO ke? #PAU2012



Dalam ramai - ramai manusia yang datang ke Majlis Perasmian Perhimpunan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri semalam, terperasan pulak gelagat awek tiga orang ni.

Mula - mulanya Mc sikit pun tak cam siapa mereka. Tapi awal petang tadi seorang sahabat Mc mengesahkan bahawa mereka ni merupakan selebriti.

Hah! Selebriti? Apa pulak kaitannya selebriti ni dengan Politik? Bukan ke selebriti dan Politik ni merupakan dua perkara yang berbeza?

Jadi, kenapa pulak diorang datang ke Majlis Perasmian semalam? Bukan ke itu menunjukkan bahawa selebriti sekarang pun dah celik dengan Politik?

Dan tak semua selebriti ni kena sokong puak - puak Pakatan Pembangkang yang bangang tahap Gila Gaban tu sahaja. Hak diorang la nak sokong sapa pun kan.

Haha... agak - agaknya, korang kenal tak dengan tiga orang awek kat atas tu? Kalau sekali pandang, mesti korang pun tak perasan macam Mc jugak. Perhatikan lama - lama. Baru korang kenal siapa diorang. Tengok... jangan tak tengok. Hehehe...

Ps: Dari kiri, Darling Ngasri, Fara Fauzana dan Anne Ngasri. Amacam? Betul tak?

Sumber Semut Hitam

HOT! #IsuAirSgor: Khalid Gagap Sabotaj SYABAS Untuk Aniaya Rakyat Selangor!


Apa agaknya yang membuatkan Khalid Gagap MB Selangor yang paling haprak tu dendam sangat dengan SYABAS? Mungkin disebabkan SYABAS menolak tawaran Khalid untuk membelinya, lalu Khalid merancang untuk menekan SYABAS dengan menyekat dari sudut kewangan.

Khalid selalu menuduh SYABAS gagal dan tidak buat kerja, kerana gagal menyelesaikan masalah NRW tetapi sebenarnya masalah itu berpunca dari Khalid sendiri.

Khalid menyekat dan membekukan perbelanjaan modal SYABAS, namun Khalid tidak mengakuinya. Khalid menafikan bahawa dia pernah membekukan kewangan SYABAS.

Khalid mendakwa bahawa dia tidak pernah membekukan perbelanjaan modal atau “capex” syarikat konsesi air Selangor, SYABAS, yang mengakibatkan syarikat itu menghadapi masalah untuk mengurangkan peratus air tidak terawat (NRW) di negeri itu.

Mungkin Khalid boleh menafikan di Sidang Dun dengan berbohong begitu, namun fakta membuktikan segala. Khalid lah individu yang bertanggung jawab atas segala kesulitan kewangan yang SYABAS hadapi.

Sejak Khalid menjadi MB pada Kerajaan Negeri Selangor, Khalid telah membekukan capex sebab nak selesaikan penstrukturan. Untuk pengetahuan semua, perbelanjaan modal atau capex adalah untuk menambahbaikkan infrastruktur air di Selangor termasuklah mengganti paip-paip lama.

Macam mana nak minta pinjaman nak gantikan paip-paip lama kalau capex dibekukan. Lepas tu nak cakap kalau tak ade duit, pulangkan Syabas kat kerajaan negeri.

Khalid pun akan buat benda yang sama nak kurangkan NRW dan sudah tentu pinjaman akan dibuat daripada Kerajaan Persekutuan jugak. Oops terlupalah kerajaan negeri duitnya berkoyan, takper boleh lah pakai duit tu. Tak payah bayar duit ibu tunggal yang tengah melalak tu ataupun saman air percuma yang makin bertambah.. Kalau tak cukup kita jual lagi asset..

Kalau dah macam tu, capex dibeku boleh ke SYABAS dapatkan modal bagi menukar ganti paip-paip lama itu. Syabas buat apa yang kritikal lah dulu!!

SYABAS tidak meminta bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri Selangor. SYABAS hanya mahu Khalid meluluskan capex, bukannya dari wang Kerajaan Negeri. SYABAS tak 'kebulur' duit rakyat macam Khalid dan kroninya dok sapu tu.

Sudah la hutang Khalid kepada SYABAS sebanyak 2 billion tidak dibayar, cubaan melakukan pinjaman pula disekat, kejam betul si gagap ni.

Sebab tu Khalid sengaja mensabotaj dan memberi tekanan kepada SYABAS, atas sebab itu dia nak ambil alih Syabas, penstrukturan cuma satu helah.

Khalid mengunakan alasan penstrukturan semula air Selangor, untuk membekukan pinjaman dari tahun 2009 hingga 2012 dan tahun 2014 akan datang. Dalam jangkamasa tersebut, SYABAS terpaksa menangguhkan perancangannya untuk mengawal NRW.





Nak kata Khalid tak tahu pasal pembekuan ni pun tak masuk akal gak. Kerajaan Negeri tuan empunya Syabas dengan pegangan 30%, mestilah dia tahu Syabas tak boleh “bergerak” tanpa modal. Dalam board meeting lebih 4 tahun lepas tak pernah discuss ke?

Jadi sebenarnya, siapa yang rugi? Mungkin Kerajaan Negeri tidak mengalami kerugian apa-apa pun, namun pembaziran air yang terbuang, walaupun jumlahnya tak banyak, namun jika bertahun-tahun sudah tentu ia melibatkan bergelen-gelen air terawat hilang begitu saja.

Siapa yang rugi? Tentunya rakyat negeri Selangor. Sudah la air di Selangor dijangka bermasalah, berlaku pula pembaziran air diantara sambungan paip, Mc rasa ia akan lebih bermasalah jika perkara ini dibiarkan lama.

Sebab itulah di dalam laporan tahunan Puncak Niaga, sejak tahun 2008, membuktikan bahawa syarikat itu gagal mendapatkan “capex” disebabkan tindakan Khalid yang membekukan kelulusan pinjaman atas alasan penstrukturan semula air di Selangor!

Bukan sebab SYABAS tak pandai buat kerja, tapi Khalid dan kroninya yang sabotaj!!

Apa la busuk sangat hati perut si Khalid gagap ni. Sudah la sekat kewangan, tak bagi buat Langat 2 pulak tu. Jadi macam mana air di Selangor nak stabil?

Selagi ada Khalid jadi MB, jangan harap la masalah ni nak selesai. Benda penting pun dipolitik, apatah lagi benda lain.

Susah-susah, rakyat Selangor hantar saja si Khalid ni pencen awal. Bagi dia jadi MB terakhir pada PRU yang akan datang kelak! Habis cerita!

McTheory:
Orang tak sekolah macam Khalid ni, mau ajar macam tu je

TUDIAA!! Orang Muda Patut Baca Kenyataan Ini!! #PAU2012



UCAPAN KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
YB KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA
DEWAN TUN ISMAIL, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR
28 NOVEMBER 2012

“ANTARA DUA MASA DEPAN”

Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan:
“Wahai muda kenali diri mu
Ia lah perahu tamsil tubuh mu
Tiada lah berapa lama hidup mu
Ke akhirat jua kekal diam mu

Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahu mu jua kerjakan
Itu lah jalan membetuli insan”

Marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, yang telah mengurniakan kudratuntuk kita terus berkhidmat di atas wahanaperjuangan UMNO,yang baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 66.Ulangtahun kelahiran yang telah menjadi saksi penglibatan Pemuda UMNO berlari megah, merentasi 191 bahagian,seantero 13 buah negeri, untuk mengibarkan Sang Saka Bangsa di cakerawala negara.Sang Saka Bangsa –suatu nama keramat yang telah dizahirkan oleh Pergerakan kita sendiri.

Sebagai sayap paling penting dalam parti, organisasi kita menjadi pembawa wadah dan pelopor wawasan bukan sahaja buat orang Melayu tetapi juga seluruh watan, bermula dari era kolonial hingga ke kala arus permodenan mutakhir. Bukan sekadar menjadi pemerhati bisu atau pengikut tuli, namun sebagai pembawa obor perubahan, merintis jalan menuju kecemerlangan. S

irah kemerdekaan merakamkan bahawa Pergerakan kitalah yang telah membawa usul pada tahun 1955, agar tarikh kemerdekaan disegerakan dan dibuat pada tanggal keramat 31 Ogos 1957. Bahkan Pemuda jugalah perintis awal bagi semangat nasionalisme sejagat serta pengisian kemerdekaan yang inklusif dan sebenar, dengan cadangan agar slogan kemerdekaan ditukar dari “Hidup Melayu” kepada “Merdeka” pada tahun 1951. Natijahnya, dari dulu, kini dan selamanya, maqasid dan manhaj perjuangan Pemuda tidak pernah sirna dari memastikan UMNO kekal relevan.

Di atas landasan kesinambungan ini, Pemuda UMNO sentiasa berada di hadapan kelok perubahan zaman. Di kala awal penubuhan Pemuda, kita telah menggalas amanah sebagai kumpulan pendesak – sejajar dengan tuntutan era pra dan pasca penjajahan – yang akhirnya menyumbang ke arah kemerdekaan negara, dan seterusnya pembentukan Malaysia.

Demi masa dan peralihan zaman, dan bersesuaian pula dengan konteks Model Baru Politik, kini Pemuda UMNO telah diberi nafas baru, penjenamaan semula dan perisian semasa sebagai pertubuhan yang lebih mampan dan proaktif dalam menangani isu generasi muda. Kita percaya, untuk menjuarai suara dan aspirasi pelapis bangsa, Pemuda haruslah mampu menawarkan wadah penyelesaian kepada mereka – bukan sekadar menanam tebu di tepi bibir, terpekik terlolong menjaja retorik.

Penghijrahan tasawwur atau worldview baru yang saya tekankan tahun lepas adalah manifestasi kematangan perjuangan pertubuhan kita.Kita harus kekalkan keseimbangan antara tradisi dan pemodenan, kemajuan fizikal dan pembangunan sahsiah, antara hikmah sejarah dan potensi pembaharuan bukan semata untuk seiring dengan zaman, tetapi juga demi agama yang menuntut kemuliaandalamkepimpinan.Justeru, agenda pendekatan islah politik ini menuntut kita untuk sentiasa berubah, agar peranan politik UMNO terus berada di batasan paling mutakhir.

Berbekal semangat juang tanpa sempadan, kita tidak hanya sekadar mengetengahkan peri-penting UMNO di mata orang muda. Tetapi selaku juara anak muda, Pemuda juga pencetus utama kepada UMNO untuk mencerminkan hasrat generasi baru yang menitikberatkan hak asasi manusia, ketelusan tadbir urus dan kebebasan bersuara.

Disamping pendekatan dan penjenamaan baru ini, Pemuda tetap memelihara tradisi dan legasi parti keramat UMNO.UMNO kaya dengan warisan tersendiri – tiada satu pun organisasi lain dalam negara ini yang setaraf dengan UMNO dalam soal sejarah dan sumbangan kepada tanahair.Tradisi ini terus kekal terpelihara di bawah teraju dan kepimpinan Pemuda UMNO.Sayugialah pepatah Melayu: gayung bersambut kata berjawab, yang lama kita kelek, yang baharu kita junjung.

Apa yang tidak mampu disangkal lagi, adalah peranan Pemuda sebagai pemangkin dalam memugarkan sebuah kerajaaan yang mesra aspirasi anak-anak muda. Jika dahulu fungsi Pemuda sekadar kumpulan pendesak, kini kita telah menjalani proses transisi yang lebih menjurus kepada politik khidmat bakti dan politik islah. Sejajar dengan itu, kerajaan telah mengambil pendekatan sarwajagat yang terbuka dalam mengiktiraf anak-anak muda, dengan pelbagai inisiatif khusus yang sesuai dengan jiwa mereka.Pendekatan lapuk berbaur autoritatif, yang cenderung kepada mengarah kelompok bawahan, dan berasaskan program hiburan picisan semata, sudah tidak boleh diaplikasikan lagi – kerana kesemua ini berorientasikan pendekatan memperkecil dan meminggirkan bakat serta potensi orang muda.

Segala ini bertitiktolak dari penubuhan Makmal Generasi Muda atau BN Youth Lab yang dirangka khusus untuk mendalami naluri anak muda Malaysia. Sekalipun inisiatif ini sudah berusia lebih tiga tahun, namun ia program perintis Pemuda yang telah meneroka dan membuahkan program-program mesra orang muda, dari orang muda. Kita telah membawa satu pengislahan politik dari gerakan rambang penuh teka-teki, kepada mekanisme kontemporari berasaskan kajian dan buah fikiran kumpulan sasar.Makmal Generasi Muda juga telah mengangkat suara Pemuda UMNO dari sekadar pendesakpolitik kepada penjana cadangan bernas dalam perencanaan dasar negara. Lanjutan dari itu, pelbagai saranan telah dirumus merangkumi pelbagai aspek seperti perumahan, pendidikan, transformasi undang-undang melalui pemansuhan ISA serta rombakan AUKU, sekaligus pelbagai dasar dan program bagi penjagaan anak-anak dan ibu bapa, gaji minimum, pinjaman PTPTN, pinjaman perniagaan dan kawalan harga barang.

Sekali lagi sejarah tercatat semasa pembentangan Belanjawan 2011, apabila beberapa prakarsa Pemuda telah disebut dan diberi pengiktirafan seperti Skim Rumah Pertamaku, penubuhan Dana Belia 1Malaysia, penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara ke arah penetapan gaji minimum dan juga pelbagai peruntukan dana serta skim latihan kemahiran. Bak kata pepatah kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya –segala inisiatif belanjawan yang mesra orang muda ini adalah rantaian dari suara dan gerak kerja Pemuda, yang telah menjadi ibarat payung besar di tengah padang, tempat bernaung dari panas, tempat bernaung dari hujanuntukanak-anak muda.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak sampai melayang. Setiap zarah nikmat yang dikecapi tidak ditawarkan gratis, melainkan di atas perancangan rapi dan gerak kerja semua pihak dari pucuk pimpinan, kerajaan dan juga Pemuda. Hasil keringat dan pendekatan Pemudalah, hari ini Kerajaan Barisan Nasional (BN) kian mesra generasi muda.Justeru, hakikat tidak terkhilaf lagi, suara dan peranan Pemuda didengari dan diiktiraf oleh parti dan kerajaan.

Selagi kita masih berkalam sebagai wakalah golongan muda, kerajaan tetap mengangkat suara dan menyelami masalah mereka.Contoh paling mutakhir adalah pengisian Belanjawan 2013 – belanjawan getir paling mesra orang muda setakat ini. Belanjawan yang mencakupi aspek dan isu generasi muda seperti perumahan, pekerjaan, latihan, skim bantuan keusahawanan, kos sara hidup, baucar buku, diskaun PTPTN, penjagaan anak-anak, bantuan BR1M 2.0, hatta untuk membeli telefon pun akan diberi rebat!

Lantaran itu, Pemuda bersyukur kerana YAB Presiden Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, bukan sahaja seorang yang begitu menjiwai agenda islah politik, tetapi juga aspirasi anak-anak muda.Pemuda mengucapkan syabas kepadaYAB Presiden di atas sokongan dan pengiktirafan yang diberi kepada program kesukarelawanan orang muda 1Malaysia for Youth (1M4U).Ini kerana aspek kesukarelawanan adalah salah satu cabang yang telah dipelopori dan dicetuskan oleh Pemuda, melalui inisiatif Dana Belia 1Malaysia.

Alhamdulillah,berkat dan hasil usaha gigih kita telah menjadi impetus kepada gelombang sokongan orang muda kepada BN. Ini bukan hebah kosong memuji diri, tapi sudah terbukti berkali-kali. Kalau dahulu, kita berjaya memancing kembalisokongan pengundi muda pulang ke dakapan BN,semasasiri pilihanraya kecil beberapa tahun lepas, hari ini bukti datang dalam bentuk pilihanraya kampus pula. 18 daripada 20 pilihanraya kampus dimenangi oleh golongan yang menyokong BN. Semua kejayaan ini timbul kerana agenda kita agenda orang muda, perjuangan kita perjuangan anak muda. Tanpa syak lagi, BN Pilihan Orang Muda.

Para perwakilan sekalian,

Menyusuri kembali rentetan khidmat empat tahun lalu, kita telah berjaya mengubah pemikiran dan tanggapan umum melalui pelbagai idea dan inisiatif mesra orang muda, yang telah diangkat menjadi dasar dan program kerajaan. Memegang ijtihad yang sama, saya mahu Pemuda UMNO terus merasuk semangat ke dalam minda anak-anak muda, menawarkan kepimpinan intelektual, disamping kita terus mengukuhkan peranan sebagai ejen penyelesaian dan pencetus idea kepada kerajaan, agar generasi akan datang terus mendapat manfaat.Kita ini kalau kurang berfikir rajin membangkang, sampai bila-bila pun di baris belakang.

Menjunjung tanggungjawab sebagai ejen pencetus idea, saya kemukakan cadangan pertama tahun ini. Pemuda sentiasa mengambil berat aspek latihan dan penghak upayaan di kalangan generasi muda.Kita sering mengambil langkah wahiddalam membantu graduan dan orang muda untuk mendapatkan pekerjaan. Tidak terhenti setakat itu, kita turut membantu mereka yang dikekang masalah kewangan untuk melanjutkan pelajaran.Memandangkan isu penghak upayaan amat penting dalam pembangunan modal insan, Pemuda berpendapat kerajaan harus melipat gandakan usaha dalam aspek ini. Malah, Pemuda proaktif mencerminkan dedikasi ini melalui Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) dan Biasiswa Pendidikan Pemuda (BNYES). Inisiatif-inisiatif ini akan kami teruskan lagi supaya menjadi legasi kepada generasi kepimpinan dalam Pemuda, insya-Allah.

Pemuda juga menyambut baik program seperti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), yang dirangka khusus untuk mempertingkat keupayaan graduan kita mendapatkan pekerjaan, dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga firma-firma swasta. Lantaran itu, Pemuda mengusulkan kepada kerajaan agar agenda latihan dipikul oleh semua, dengan mensyaratkan sebarang projek dan kontrak kerajaan,hanya diberikan kepada syarikat yang mempunyai program latihan industri untuk anak-anak muda tempatan. Melalui pendekatan ini, tanggungjawab melatih orang muda tidak lagi menjadi tanggungan eksklusif kerajaan, tetapi turutdikongsi oleh pihak swasta yang mendapat manfaat dari projek dan kontrak awam.Pada masa yang sama, ia membuka peluang kerjadan memberi prospek yang lebih cerah, kepada golongan muda untuk mencari pendedahan dalam industri.

Cadangan kami yang kedua merangkumi isu kebanjiran buruh asing dalam negara. Setakat Ogos tahun lalu sahaja, dianggarkan ada 2.3 juta orang pekerja asing di Malaysia, tidak termasuk mereka yang datang tanpa izin. Pemuda tidak menyangkal kebergantungan kita kepada buruh asing, terutamanya dalam sektor-sektor tertentu seperti perladangan dan pembinaan.Namun pada masa yang sama, Pemuda serius dalam mengkaji tren pengaliran masuk pekerja asing ke dalam sektor lain, lebih-lebih lagi sektor perkhidmatan.Perkara ini genting kerana kita hendaklah memastikan struktur dan komposisi buruh selari dengan hasrat merombak ekonomi negara – dari berteraskan persaingan kos kepada ekonomi yang berlandaskan inovasi dan nilai tambah yang tinggi. Pemuda sedar bahawa kos seorang pekerja asing adalahlebih rendah berbanding pekerja tempatan. Maka,Pemuda mengusulkan agar syarikat-syarikat yang menjana pekerjaan untuk warga muda tempatan, diberi pelepasan cukai atau geran,agar mereka tidak dikekang masalah kewangan untuk beroperasi.

Beralih pula kepada cadangan Pemuda yang ketiga. Selaku Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB), saya kerap melihat syarikat-syarikat tempatanberjaya menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti, sehingga setanding dengan pesaing-pesaing mereka dari luar negara. Malangnya, syarikat-syarikat ini gagal memasarkan produk dan perkhidmatan mereka kepada kerajaan, kerana kerajaan masih bergantung kepada produk dari luar negara.

Pemuda simpatetik dengan musibah yang menimpa syarikat-syarikat ini, dan berharap kerajaan dapat membuka peluang kepada usahawan-usahawan tempatan, dengan memberi keutamaan kepada produk dan perkhidmatan yang bukan saja berkualiti, tetapi juga menepati piawaian serta syarat-syarat tender yang dikenakan. Semua sedia maklum bahawa pasaran Malaysia adalah sangat kecil dan syarikat tempatan perlu ke luar untuk berjaya. Tetapi untukditerima di luar, kita perlu jadi juara di gelanggangsendiri dahulu.

Kalau kita lihat, negara-negara seperti China, Jepundan Korea, mereka amat mengutamakan hasil tempatan melalui polisi kerajaan dan akhirnya, jenama mereka dapat kick-start yang cukup untuk berjaya di peringkat global.Oleh itu, Pemuda mengesyorkanKerajaan melaksanakan kempen “Buy Malaysia First” atau “Beli Barangan Malaysia”,supaya usahawan tempatan dapatdiberi keutamaan.Pemuda bukan mengkritik, sekadar mengingatkan.Jangan anak di pangkuan kita lepaskan, kera di hutan kita susukan.

Seterusnya kami ingin memberi cadangan tentang agama, khususnya tentang zakat yang merupakan salah satu rukun Islam. Agama kita mewajibkan kebajikan dan bantu-membantu antara satu sama lain. Tapi apa yang terjadi hari ini, pengagihan wang zakat tidak menyeluruh dan tak sampai kepada golongan yang memerlukan. Bila kita dengar mereka ini dibantu orang lain, dari agama lain atau isu murtadberleluasadalam kalangan asnaf, kita melenting marah. Hakikatnya ini salah kita juga.Jadi Pemuda mencadangkan agar kerajaan memperluaskan usaha mencariasnaf di setiap peringkat, agar bantuan zakat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Tiada alasan untuk golongan ini tidak mendapat bantuan dari sudut agama, kerana agama telah mengajar bahawa kemiskinan menyuluh jalan kekufuran.

Seterusnya, Pemuda mengusulkan prakarsa kelima untuk mengembangkan lagi kelompok Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, terutamanya dikalangan usahawan dan profesional muda. Walaupun pendekatan masa kini lebih berpaksikan prinsip ketelusan dan pasaran, ini tidak bermakna kita mengetepikan matlamat untuk menghasilkan komuniti Bumiputera, yang ekonominya lebih berdaya tahan. Pemuda akan terus lantang bersuara demi memastikan medan persaingan yang adil, dan hasrat penstrukturan masyarakat terbentuk dengan jayanya.

Pemuda juga berharap kerajaan akan menjana peluang lebih luas kepada golongan muda Bumiputera, bagi menjawat tampuk penting dalam soal pengurusan atau penggubalan dasar. Selama ini, bila timbul kekosongan jawatan lembaga pengarah GLC, peluang seringdiberikan kepada pesara politik dan kerajaan. Amalan ini wajar disemak semula, mustahil tiada langsung profesional muda Melayu dalam dewan ini, mahupun di luar sana yang berkebolehan. Kami bukan menidakkan kebijaksanaan serta sumbangan pesara politik dan kerajaan, tetapi jenguk-jenguklah jua golongan muda.

Kami yakin semangat dan idea baru orang muda dapat memberi nilai tambah kepada pengurusan sesebuah agensi atau GLC. Satu lagi masalah yang ditanggung oleh orang muda,adalah apabila mereka terjerat dalam hutang, dan akhirnya diisytiharkan muflis dalam usia muda. Dari kira-kira 120 ribu kes kebangkrapan sepanjang tahun 2005 hingga 2012, 32 peratus daripadanya melibatkan golongan muda. Anak-anak muda ini gagal untuk meneruskan hidup dek bebanan kebangkrapan dan disenarai hitamkan. Nak berniaga tak boleh, nak beli rumah pun tak boleh, semuanya hancur dalam stigma seorang yang bangkrap.

Pemuda menyeru kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada golongan ini. Hari ini, undang-undang kebangkrapan persis hukuman mati mandatori untuk golongan bangkrap, ramai yang terkial-kial cuba keluar dari prosedur ketat,tapi gagal. Pemuda menyarankan supaya kerajaan melihat semula kepada mereka yang bangkrap, bebaskan mereka dari hukuman mati ekonomi yang bakal memburukkan lagi hidup mereka.

Jadikan prosedur perlepasan kebangkrapan lebih mudah. Kita kurangkan tempoh masa untuk si bankrap memohon perlepasan, sejajar dengan tren di negara-negara lain. Kita juga harus membantu orang muda dengan memberi pendidikan tentang pengurusan kewangan. Dan dalam kes-kes tertentu, bayaran cukai boleh ditangguh dan bantuan kewangan diberi kepada usahawan untuk mengelakkan kebangkrapan. Janganlah disebabkan bangkrap, masa depan mereka hancur. Pemuda menyeru kerajaan membantu golongan muda dalam kesempitan kewangan.

Cadangan ketujuh menyentuh soal atap di atas kepala rakyat. Pemuda mengalu-alukan langkah kerajaan menambah baik Skim Rumah Pertamaku serta peruntukan dana 500 juta ringgit untuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Namun, ada dua isu yang ingin Pemuda bangkitkan. Pertama,unit rumah PR1MA tidak cukup dan kedua, tentang sistem cabutan ballot. Anggaran menunjukkan bahawa hampir 50 peratus daripada golongan berpendapatan sederhana masih belum memiliki rumah di Lembah Klang. Hanya terdapat 9 ribu unit rumah kosong dinegeri Selangor dan Kuala Lumpur berbanding dengan 370 ribu isi rumah yang masih mencari kediaman. Keduanya, dalam kita meraikan pemilihan berdasarkan sistem cabutan ballot yang dilaksanakan oleh PR1MA, Pemuda juga meminta agar kuota khas disediakan buat keluarga muda dalam semua projek perumahan PR1MA untuk memastikan kelompok ini tidak terlepas peluang.

Dalam menjadi pendokong suara rakyat, cadangan Pemuda yang kelapan adalah tentang penstrukturan semula bantuan kebajikan. Ini kerana jumlah bantuan yang diberi perlu lebih logik untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik ini. Sebagai contoh, bantuan Penjagaan OKU Terlantar dan Pesakit Kronik Terlantar hanya 300 ringgit sebulan. Cubalah kita bayangkan, 300 ringgit itu tak cukup untuk beli lampin pesakit, apatah lagi untuk menanggung kos ubat, tambang ulang-alik ke hospital dan makan-minum si penjaga orang sakit. Sehubungan dengan itu, Pemuda mendesak agar kerajaan dapat merombak semula dasar kebajikan, dari segi jumlah yang diberi dan kelayakkan pemohon, agar niat kita dalam memberi pertolongan benar-benar tercapai.

Cadangan kesembilan pula,Pemuda menggesa agar YAB Perdana Menteri tetap istiqamah, dalam meneruskan program transformasi politik beliau. Selain daripada isu-isu ekonomi, transformasi politik amat penting bagi orang muda di mana jua. Mereka dahagakan langkah untuk menjadikan Malaysia lebih terbuka dan demokratik – iaitu satu usaha yang diteruskan oleh YAB Perdana Menteri, bermula dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi. Tetapi kita tidak boleh berhenti di situ sahaja, UMNO dan BN adalah parti sebenar yang memperjuangkan tadbir urus yang sempurna dan menentang rasuah.

Parti yang melindungi hak asasi manusia dan menjuarai agenda masyarakat sivil. Ini adalah hakikat politik masa kini. Walaupun dulu kita fikir kita tak mampu hidup aman tanpa ISA, tapi kinikita berjaya membuktikan sebaliknya.Justeru, Pemuda mendesak kerajaan untuk meneruskan lagi transformasi politik ini,agar generasi muda tidak perlu mencari reformasi politik di gelanggang lain. Kita mahukan apabila orang muda berfikir tentang perubahan, mereka yakin BN lah pilihan muktamad. BN lah parti yang berjuang untuk integriti,ketelusan, kebebasan dan keadilan dari dahulu, kini dan selamanya.

Cadangan kesepuluh merupakan satu initiatif khas Pemuda UMNO yang bakal membawa berita baik kepada ribuan orang muda. Hasil kajian Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO (SHEB), ada kira-kira 200 ribu lebih penunggang motosikal, khususnya dikalangan orang muda yang tidak mempunyai lesen. Mungkin mereka tidak ada lesen kerana kecuaian sendiri, atau mungkin kos untuk mendapat lesen terlalu tinggi. Ramai dikalangan mereka sudah didapati bersalah oleh mahkamah kerana menunggang tanpa lesen dan mereka tidak mampu mendapat pembiayaan guaman.

Ada juga yang hidup ketakutan kerana waran tangkap sudah keluar. Keadaan ini tidak boleh berterusan. Kita kena terima hakikat bahawa ramai yang mengalami nasib ini sebab tidak mampu membayar kos mendapatkan lesen memandu. Atas kesedaran ini, saya ingin mengumumkan satu initiatif terbaru Pemuda UMNO yang bernama Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang telah dijalankan secara perintis di Pekan. Pemuda akan bekerjasama dengan JPJ, PDRM dan agensi-agensi lain untuk menawarkan kursus lesen motosikal pada harga 199 ringgit, yakni 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran.

Kami juga akan minta supaya Kerajaan menaja sebahagian dari pemohon BL1M yang datang dari keluarga pendapatan rendah agar mereka dapat lesen dengan percuma. Kami juga dalam proses berunding supaya mereka yang sudah kena tindakan mahkamah mendapat keampunan jika melalui BL1M dan merekaterlepas dari kebimbangan dipenjarakan. Ini hadiah istimewa bagi golongan orang muda yang tersepit, khas dari Pemuda UMNO.

Para perwakilan sekalian,

Tidak dapat dinafikan, Pemuda memainkan peranan penting sebagai pelapis pucuk pimpinan parti induk kita. Yang duduk sama rendah, berdiri sama tinggi di barisan paling hadapan kepimpinanan nasional pada hari ini, saya berani nyatakan, bahawa sebilangan besar daripada mereka telah diacu, dikelok dan diasah dari tampuk Pemuda UMNO. Apa tidaknya, YAB Presiden pernahmemegang jawatan Ketua Pemuda UMNO. YAB Timbalan Presiden pula pernahmenganggotai Exco Pemuda UMNO. Dua daripada tiga Naib Presiden UMNO hari ini bekas Ketua Pemuda pusat, dan seorang lagi bekas Ketua Pemuda negeri. Malah, ketua pembangkang pun bekas Ketua Pemuda Malaysia! Tercemar sedikit legasi kita, tapi tak apa, kita manusia tidak sunyi dari melakukan kesilapan.

Kita menginsafi warisan ini, namun bak pesan Hamzah Fansuri dalam syair Perahu – muda dan gagah kita tak kekal lama, ia hanya pinjaman semata. Karier dan perjuangan kita dalam Pemuda UMNO juga begitu, punya tahap waktu, bak kata orang putih, ada ‘shelf life’. Tapi muda sekali biar bererti. Jangan kita noktahkan perjuangan dan khidmat bakti di paras satu, dua, atau tiga penggal cuma. Kita mesti mengatur strategi di luar norma biasa untuk melahirkan pemimpin dan generasi pelapis paling getir, untukmenyambung legasi pergerakan ini – para pelapis yang punya semangat setala Jebat, gagah bak Megat Seri Rama.

Jika diperhalusi lembaran sejarah, perkara mencari pelapis ini mesti dipupuk dari awal lagi – pantang dibuat semberono. Sejajar dengan harapan kita untuk melahirkan pelapis bermutu, Pemuda tidak pernah kenal erti lelah, siang atau kelam, dalam usaha untuk meningkatkan keahlian parti. Dan kita sebenarnya sudah lama mendepani sayap-sayap lain, mahupun parti induk sendiri, dalam meneroka dan menambah bilangan ahlibaru. Dalam lebih kurang 43 bulan saya memegang jawatan Ketua Pemuda, tiada satu bulan pun di mana Pemuda tidak mendahului sayap lain dan parti induk dalam soal penambahan ahli.

Angka tidak pernah menipu. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa Pemuda merupakan gerbang pintu masuk utama parti UMNO – khususnya dalam kalangan golongan muda. Tapi jangan kita tersilap – muda tidak bermakna jahil, kuantiti tidak menjamin kualiti. Usaha dan tanggungjawab kita tidak terhenti setakatmengambil nama dan mendaftar ahli, cabaran seterusnya datang untuk melahirkan generasi pelapis yang celik lanskap politik, cekap menjana idea baru dan mampu menyelusupkan hasrat generasi kontemporari, kepada badan Pemuda UMNO itu sendiri.

Menelusuri langgam generasi muda masa sekarang, kita telah menganjurkan program yang cocok dengan jiwa mereka, seperti Sukarelawan Pemuda BN atau BN Youth Volunteers (BNYV) dan BN Youth Kampus (BNYK), yang kita baru lancarkan semalam.Waima BNYV itu amat dekat di hati saya, apa yang tidak boleh dinafikan di sini adalah bukti penjenamaan semula Pemuda UMNO, kerana bukan calang-calang sambutan yang diterima. Di atas antelas BNYV, seramai lebih kurang 10 ribu orang muda, sudah mula menjiwai kelarai perjuangan BN.

Apa yang lebih manis, untuk kita taulan seperjuangan, anak-anak muda dalam BNYV dan BNYK berprofil bukan sembarangan. Mereka individu muda bersahsiah, suka bertanya, punya visi dan misi tersendiri. Berkonotasi dengan keperibadian seperti ini, mereka bakal menjulang iktikad dan falsafah parti kita. Mereka tidak betah membeli omongan kosong dan sandiwara ampuh pihak pembangkang. Jika dulu kita fikir kita tidak akan mampu menawan hati gologan muda, yang sangat kritikal dengan perjuangan kita, tapi hari ini jelas penjenamaan semula Pemuda yang menjurus kepada politik khidmat bakti, telah berjaya menawan kelompok ini.

Mungkin sebelum ini mereka berasa segan atau janggal untuk mendekati parti kita yang kaya dengan tradisi dan protokol tersendiri. Kini melalui BNYV dan BNYK, kita sudah mengubah nuansa pendekatan menjadi lebih terbuka, pragmatis dan inklusif untuk merapatkan barisan kita di aula generasi baru. Meskipun tidak berhasrat untuk menggantikan peranan bahagian dan cawangan UMNO, ia merupakan harfiah kreatif kita untuk memupuk modal insan yang lebih berkualiti dan berpotensi. Mudah-mudahan jika diizinkan Tuhan, adik-adik kita ini bakal jadi pelapis pimpinan Pemuda UMNO, lantaran meneruskan kesinambungan legasi untuk generasi akan datang.

Walau lorong perjuangan dan pengorbanan sudah jauh diteroka, kita tidak pernah alpa bahawa perangkaan politik kita memerlukan perancangan yang lebih syumul. Maka, saya dan kepimpinan pusat akan kekal berusahamengenalpasti bakat-bakat segar dari dalam dan luar organisasi kita ini, untuk kita bimbing dan asuh menjadi harapan masa depan bila zaman Pemuda kita tamat kelak.Baik cawangan Pemuda mahupun kampus universiti, kami akan terus turun padang mencari individu berpotensi tinggi!

Jika kini fokus utama kita adalah PRU13, selepas pilihan raya kelak kita wajar melipatganda usaha untuk mengasah bakat-bakat pemimpin yang baru. Dalam konteks hasrat ini, alang-alang kita berfikrah atas nama latihan dan pendidikan, Pemuda sedar bahawa pengisian kurikulum politik perlu selari dengan cabaran dan lanskap politik masa sekarang. Apa dangkalnya kita mencari seribu bakal pemimpin hari esok, seandainya hari ini mereka masih diasuh dengan pengisian politik jumud. Acapkali sudah saya menyentuh soal transformasi yang bergolak dalam kancah politik tanahair, kerana memang jelas, betapa minda dan kehendak generasi muda amat berbeza dengan generasi terdahulu.

Demi membantu latihan generasi pelapis ini, saya mengumumkan hasrat kita membina satu akademi khusus untuk Pemuda UMNO, yang bakal diberi namasempena Ketua Pemuda yang pertama, Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI).Saya impikan penubuhan akademi ini di Sabah, negeri yang mana walaupun bongsu dari segi penubuhan UMNO, tetapitelah menjadi antara kubu kuat parti kita. Ini untuk menjadi legasi kita dalam membina kepimpinan masa akan datang.
Para perwakilan sekalian,

Disamping kita memikirkan soal kepimpinan masa depan, wajar juga kita menginsafi tanggungjawab kita selaku pemimpin muda hari ini.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Rum, ayat ke-54:

Yang membawa maksud: “Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan lemah itu, Dia menjadikan kamu kuat. Setelah itu Dia menjadikan kamu lemah pula serta tua beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, dan Dialah jua yang Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Pengajaran yang dapat disingkap dalam ayat tersebut, masa muda hanya tiba sekali seumur hidup. Ia satu fasa kehidupan yang cukup penting dalam menjana kepimpinan. Perjalanan masih panjang, destinasi sudah jelas dipandang. Sungguhpun masih banyak yang perlu dipelajari, kita juga akui, rata-rata Pemuda sudah pun bersandar pada landasan yang kukuh dengan kekuatan dan jatidiri. Sewaktu umur ini, Pemuda dalam situasi terbaik untuk menerokai idea-idea baru, lantas memperbaharui model kepimpinan dan politik generasi sebelum ini. Zaman muda adalah zaman keemasan yang mengurniakan peluang-peluang yang tidak datang sebelum datangnya muda, dan ia takkan datang lagi selepas perahu muda ini berlalu pergi.

Berpegang kepada tasawwur ini, kita insaf bahawa Allah SWT telah mengatur takdir dan ujian untuk setiap daripada kita. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat ke-286:
Bermaksud: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Dalam usaha kita untuk mengambil peluang zaman muda, sekaligus menzahirkan sebaik keupayaan kita, kita juga harus sedar bahawa kapasiti kepimpinan setiap insan, pasti berbeza. Tidak dapat tidak, dalam mana-mana arena politik sekalipun, sudah pasti ramai yang memendam cita-cita mendaki puncak kepimpinan. Dalam pendakian ini, janganlah pula kita terlalughairah mengejar puncak, sehingga kita alpa dengan pahala kebajikan. Maha Pencipta tidak mewajibkan setiap seorang daripada kita untuk menjadi pemimpin tertinggi masyarakat, apatah lagi pemimpin tertinggi negara. Sebaliknya, Islam mengajar kita bersatu, berlumba-lumba membuat kebaikan, selaku pemegang obor amanah Allah SWT.

Maka, jika kita berpegang kepada perjuangan berlandaskan amanah, kita takkan dengki, takkan rakus, dalam mengejar jawatan di muka bumi. Jauh lebih mulia, jika kita semua berjuang ikhlas atas asas kemampuan dan fitrah kurniaan Allah SWT. Ini yang menjadi kunci kejayaan sesuatu perjuangan murni – bukannya mahu berebut jadi ketua, wakil atau kepala. Dalam konteks parti dan pergerakan kita pun, kekuatan bukan terletak di bahu pemimpin teratas semata-mata. Sebaliknya, tulang belakang terbina dari sumsum kegigihan panglima-panglima muda di segenap peringkat – masing-masing dengan kelebihan dan senjata tersendiri. Berkat doa, istiqamah serta usaha yang ikhlas, insya-Allah, ajaran Islam memberi kita pedoman untuk mengacu aspirasi model kepimpinan berlandaskan keinsafan. Melaksanakan khidmat dan tanggungjawab demi kebajikan semua, dan bukan untuk memuaskan nafsu serakah semata.

Para perwakilan sekalian,
Disamping kita menyumbang keringat berdasarkan kekuatan unik masing-masing, kita juga sedar bahawa ada di antara kita, yang sesuai diketengahkan selaku pemimpin di persada politik negara. Selari dengan niat kita menggunakan kelebihan zaman muda dalam menerajui kepimpinan baru, kita bersuara kerana percaya era Pemuda telah tiba. Pola politik mutakhir ini memancarkan petanda yang jelas. Kita tidak boleh menafikan hakikat bahawa generasi mudalah kuasa penentu terbesar dalam politik negara. Tahun lepas di dewan yang mulia ini, saya menyentuh soal peralihan generasi berlandaskan perubahan pemikiran golongan muda. Lewat ini, soal peralihan generasi ini tampak semakin mustahak. Dalam asimilasi kita bersama geng muda di peringkat akar umbi, semakin jelas aspirasi mereka yang dahagakan kepimpinan serasi dengan congakan dan sudut pandang mereka.

Sebagai orang muda sendiri, sememangnya kita berada dalam kedudukan terbaik untuk benar-benar mencerminkan hasrat dan jiwa mereka. Kita yang paling dekat dengan orang muda, kita yang bergaul dengan mereka. Kita yang berada di barisan hadapan memperjuangkan kebajikan anak muda, tidak kira walau di Parlimen, di belakang tabir, di depan tabir, di mana sahaja – demi memastikan setiap dasar Kerajaan adalah dasar yang mesra orang muda.

Pemuda tidak mendesak apa-apa untuk kepentingan sendiri, jauh sekali untuk meminta-minta buat pemuas nafsu haloba. Namun, atas realiti politik masakini, kita berhasrat agar peralihan generasi ini bukan setakat di atas kertas sahaja. Jika realiti politik menunjukkan bahawa orang muda adalah segmen pengundi baru terbesar, bukankah munasabah sekiranya mereka mahukan wakil-wakil dari rakan sebaya mereka juga? Seafdalnya, biarlah peralihan generasi berlaku di peringkat parti, yang mencerminkan lebih ramai calon-calon Pemuda diberi peluang, pada pilihanraya akan datang.

Dan saya yakin, berbekalkan kesedaran dan usaha komited Pemuda, ramai antara kita memang sudah bersedia untuk memikul cabaran selaku calon pilihanraya. Waima begitu, kesetiaan kami tak pernah goyah terhadap keputusan muktamad YAB Presiden.Kami sekadar menzahirkan hasrat kami yang membuak kerana cintakan negara, membuak kerana percaya masa kami telah tiba. Segala apa yang kami usahakan adalah atas dasar kerja, tanggungjawab dan cinta kami terhadap UMNO.

Kalau roboh kota Melaka Papan di Jawa hamba dirikan
Kalau sungguh perkasa belaka
Badan dan kudrat sila taruhkan
Ke KotaTinggi membeli suasa
Suasa di ikat bersama rotan
Giliran kita sudah tiba
Kini masa orang muda ke depan

Nasi lemak buah bidara Sayang selasih hamba lurutkan
Kami pemuda sudah bersedia
Pantang berundur mengalah jangan!
Para perwakilan yang dihormati,

Kini masanya sudah tiba, ini Perhimpunan Agung UMNO yang terakhir, sebelum kita tempuh pilihanraya paling sengit dalam sejarah. Sekarang terbentang di depan mata, tersurat di susuk minda; dua pilihan untuk rakyat demi menentukan yang mana hak, yang mana batil; siapa layak, siapa kecundang untuk memegang tampuk pentadbiran. Antara dua pilihan masa depan, yang akan ditentukan pada piliharaya akan datang. Dan apabila kita cakap tentang pilihan, jangan tepuk dada tanya selera, itu cara lama. Kita orang bijaksana harus tepuk minda tanya hati, sebelum jari memangkah kertas undi.

Pilihan masa depan pertama tawaran pihak lawan, manisnya bukan kepalang. Janji populis puak Pakatan tak kenal sempadan. Masa depan yang berasaskan semuanya percuma – atau hampir percuma sungguh merdu di telinga, tapi hakikat nyata berbeza. Bermula dari penurunan harga minyak sekiranya esok mereka berkuasa, penghapusan PTPTN dengan segera, pelupusan tol jalanraya tidak semena, penurunan harga kereta, hatta pendidikan pun akan diberi semua percuma. Segalanya tampak indah bila kita hidup dalam utopia ciptaan Anwar Ibrahim. Tapi perlu diingat, tiada yang percuma dalam dunia, janji beliau bisa membankrapkan negara. Kos bagi janji mereka mencecah lebih 200 bilion ringgit dalam tahun pertama sahaja. Untuk pembangkang, samaada negara bankrap atau tidak, samaada kewangan diurusbaik atau sebaliknya, langsung tak ambil pusing, yang penting mereka hanya mahumerampas tampuk kuasa.

Ujian pertama bagi sebarang janji adalah penghalusannya. Dalam hal ini, untuk hebahan semua, jumlah peruntukan bagi belanjawan Kerajaan Persekutuan 2012 adalah sebanyak 232.8 bilion ringgit. Daripada jumlah tadi, janji-janji pilihanraya pembangkang sahaja, hampir mencecah 90 peratus daripada belanjawan tahunan kerajaan. Jadi jika kesemua janji mereka dipenuhi dalam tahun pertama memerintah, akibatnya,kerajaan tidak akan punya cukupwang untuk membayar gaji guru, doktor, jururawat, polis dan tentera, apatah lagi membina jalan, sekolah, hospital atau menyediakan bantuan kebajikan. Jika ini berlaku kesemua perkhidmatan penting akan terhenti dan negara akan gagal berfungsi. Jika pembangkang memutuskan untuk meminjam lebih banyak wang untuk membiayai janji-janji mereka, defisit kerajaan akan membengkak, hutang pula kian mencanak.

Inilah gambaran sebenar masa depan yang dilakar oleh pembangkang – gelap dan kabur dengan bayangan janji tak bertulang. Apa yang pasti, sekiranya mereka teruskan juga taburan janji mereka – negara akan bankrap dan lemas dalam hutang. Atau mungkin inilah niat mereka yang sebenar,untuk menunaikan hajatKetua Umum yang terbantut – mengemudi negara ke lembah kehancuran sebelum diselamatkan oleh gerombolan rakan-rakannya di IMF.

Rakyat sudah lama cerdik lagi arif, dan kita sedia maklum bahawa pembangkang itu saudagar mimpi. Dari utara ke selatan, dari Semenanjung ke pulau Borneo, tak kenal letih, terkinja-terkinja menjaja retorik. Namun masa depan bersama kami, kemudinya berlainan. Malaysia bersama BN tidak akan ditimpa bala ekonomi seperti Greece, rakyat tidak akan terpenjara di bawah beban hutang yang mencengkam,kita tidak akan memporak-perandakan kestabilan ekonomi, bukan macam pakatan pembangkang, silap haribulan terpaksa melutut minta pinjam wang dari IMF.

Kalaupun bukan isu bangkrap yangjadi perhitungan, apakah sanggup kita memperjudikan nasib negaradi tangan pembangkang yang tak pernah punyai rekod mentadbir negara. Ya, kita akui mereka kini mentadbir beberapa negeri, tapi kalau kita baca Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan baru-baru ini, haru-biru ceritanya.

Di Selangor misalnya, apa jadi dengan Skim Tabung Anak Wawasan Selangor (TAWAS) yang dicanang, digendang, gegak gempita seantero negeri? Janji untuk beri simpanan tetap 100 ringgit untuk setiap anak Selangor, ditempelak keras dalam Laporan Audit. Apa tidaknya, harapan nak ringankan beban keluarga punah berderai.Dalam 61 ribu permohonan, hanya 36 peratus sahaja diluluskan.Kalau ikut KPI saya, itu sudah gagal betul namanya. Ternyata, Tawas sudah tewas!

Itu belum kita jengok masalah di UNISEL. Tidak payah saya berhujah panjang, cukup sekadar mengingatkan Pakatan bahawa mengikut Laporan Audit2008, UNISEL merekodkan keuntungan 5.97 juta ringgit, hasil warisan pentadbiran BN. Namun, selang dua tahun sahaja, segala keuntungan hangus dek kerakusan dan ketidakupayaan pembangkang – dari untung terkumpul hampir 6 juta ringgit, menjunam rugi 47.3 juta ringgit pada tahun 2010. Saya cadangkan, sebelum berjanji memberi pendidikan percuma, betulkanlah dulu kepincangan di UNISEL.

Itu baru laporan audit Tawas dan Unisel, janji-janji pra PRU12, bagaimana pula?

· Mana janji pendidikan tadika percuma? · Mana janji mencarum Takaful untuk warga emas dan si kurang upaya?
· Mana elaun ibu tunggal, sampai dah kena saman? Mana elaun khas surirumah?
· Mana janji bekalan air percuma setiap bulan tanpa syarat?
ItuSelangor, belum lagi kita perhalusi apa yang jadi di Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Di Kelantan:

· Harapan Program Ladang Rakyat,bagimembantu golongan miskin dengan pemberian dividen dan gaji untuk peserta, punah berkecai tak kesampaian.

· Bukan sahaja gagal, malah amalkan kronisme pula. Bertempik terlolong mereka jaja kononnya kita amalkan kronisme, namun bagaikan musang berbulu ayam, dalam diambakiprojek dipajak kepada syarikat kroni pilihanKerajaan PAS sendiri, tanpa penilaian terperinci.

· Mereka bising projek Lynas dan Pengerang kerana kesannya kepada alam sekitar. Ini lah apabila gajah depan mata tak nampak, kuman seberang lautan mereka nampak. Kawasan tadahan air di Bukit Pos Pasik, tercemar akibat pembalakan melampau dan pembukaan ladang rakyat. Orang asli juga terpaksa berdepan dengan penyakit apabila air tadahan kotor berlumpur.Ini belum lagi kita cakap tentang bekalan air kotor yang terus menyeksa rakyat Kelantan.

Di Pulau Pinang:

· Sandiwara pembangkang yang kononnya menjaga rakyat, terkulai rebah dalam kes tanah Taman Manggis, tanah yang sepatutnya dibina rumah kos rendah sebaliknya dijual kepada syarikat swasta. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pemuda BN Pulau Pinang kerana telah mendedahkan penipuan Ketua Menteri dengan menyahut cabaran menyediakan wang untuk beli tanah tersebut. Tapi sehingga hari Lim Guan Eng diam membisu tak berani sahut cabaran, takut pecah tembelang.

Di Kedah:

· Pengurusan pentadbiran negeri Kedah lebih kecamuk, boleh buat pelaburan di luar negara tanpa kelulusan lembaga pengarah dan mendedahkan wang kerajaan negeri dalam pelaburan berisiko tinggi.

· Penyelewangan berlaku di sana-sini, termasukdalam menyediakan rumah kos rendah untuk rakyat termiskin.Ada bukti menunjukkan kontraktor yang tak cukup syarat dilantik dan pelik bin ajaibnya pula ada bayaran untuk satu kontraktor dibayar kepada pihak lain.

· Ada kontraktor yang membuat tuntutan berulang-ulang pada kerja yang sama dan pada unit rumah yang langsung tak wujud. Ini dosa besar bila kita mencuri dari golongan miskin melalui rasuah dan sikap tidak amanah.

Begitulah, saudara-saudara, rencah pentabdiran Pakatan, tanah dirampas, peruntukkan digadai, alam sekitar dihina dan pengurusan kewangan cacamarba. Kalau dapat mentadbir negara, habis punah, kita semua menempah celaka. Kalau kita mahu memperbutirkan satu persatu janji populis dan kegagalan pakatan pembangkang, jawabnya sampai ke subuh kita bersidang. Cukup sekadar saya sebut, peluang mentabdir di beberapa negeri telah mereka tongsampahkan. Janji tinggal janji, tak cekap mentadbir kewangan dan negeri, pendek kata mereka memang tak mampu, tak layak memerintah negara!
Para perwakilan sekalian,

Bercakap atas angin itu murahan, janji sembarangan itu khayalan. Berbeza dengan masa depan yang ditawarkan oleh BN, memang pantang perjuangan kita menghancurkan negara dengan polisi populis melulu. Lantaran itu, masa depan yang kita tawarkan kepada rakyat,berasaskan transformasi yang syumul, bukan reformasi jalanan bersalut janji.

Kita arif benar, kelangsungan hidup bertonggakkan realiti. Masa depan yang dicorak kerajaan BN untuk rakyat, berkala di atas fakta dan penyelidikan. Wang di kantung dicongak, dihitung, sebelum menabur sebarang janji. Tidak tegar kerajaan ini meletakkan masa depan anak watan, di meja perjudian kuasa seperti pakatan pembangkang.

Memang sahih, kita buta hati seandainya gagal mentafsirkan 55 tahun kemerdekaan ini, sebagai bukti kewibawaan BN. Benar, memang tiada pentadbiran yang maha kamil. Namun kita akui, dalam tempoh lebih setengah abad itu, walau ada cacat cela dan kekhilafan, kepimpinan BN sahajalah yang mampu meneroka kemerdekaan, mengisi kelompongan pentadbiran, menstruktur ekonomi rakyat, mengindustrikan sektor tani, dan meneroka perkembangan alam maya. Komitmen tinggi ini diterjemahkan lagi dengan wawasan jangkauan jauh dan juga transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden sendiri.

Kita lihat sahaja Pelan Transformasi Kerajaan (GTP). Kerajaan BN membuka telinga kepada segala rintihan dan suara berat rakyat. Kos sara hidup kita tangani, rasuah kita perangi, pendidikan kita perluaskan dan kadar jenayahseluruh negara kita turunkan. Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) pula melihat Malaysia menjadi sebuah oasis yang stabil dan maju dalam kancah kemelesetan ekonomi dunia. Tatkala negara lain sengsara dengan kadar pengganguran, dan harga barang yang mencanak naik, negara kita tetap utuh dengan visi ekonomi kerajaan BN.

Kita tetap gah menjana ekonomi, menambah peluang pekerjaan dan perniagaan, menarik masuk pelaburan dan meningkatkan perdagangan. Ini bukan bohong jajaan saudagar mimpi, inilah realiti kita hari ini dan hari esok, insya-Allah, kita akan jadi lebih bagus. Hakikatnya, pembangkangtak mampu memacu negara ke arah status negara maju berpendapatan tinggi, stabil dan menjana lebih banyak pekerjaan, menjelang tahun 2020. Mereka hanya penabur janji, sedangkan kita arkitek realiti.BN berpijak di bumi yang nyata, bukan berendoi fantasi dunia. Pokoknya, masa depan yang ada visi dan realiti, adalah masa depan dengan Barisan Nasional di sisi.

Para perwakilan sekalian,

Itu baru perbandingan dari sudut mentadbir ekonomi. Jelas tak terkata, masa depan bersama UMNO dan BN lebih mantap lagi terjamin. Sementara di bawah Pakatan, masadepan bakal punah dan jahanam. Bagaimana pula dengan masa depan rakyat dari sudut nilai kemasyarakatan dan maruah negara? Masih jelas dalam fikiran apabila gambar YAB Perdana Menteri dipijak, dikoyak dan ditayang bontot dengan hina. Siapa yang ajar anak muda kita berbuat demikian, kalau bukan pembangkang yang memupuk politik kebencian,di kalangan generasi muda untuk membenci pemimpin dari awal lagi?

Apa jadi dengan budaya muafakat dan demokrasi berparlimen yang telah lama kita amalkan? Kalau Pakatan berkuasa, Parlimen bakal jadi gajah putih kerana mereka tak percaya keluruhan undang-undang, tapi mereka sukakan rusuhan. Untuk mereka apa yang penting, jeritan siapa lebih kuat dan berapa ramai datang berdemo di jalanan. Setiap kali ada masalah, mereka desak rakyat jangan berbincang dengan kerajaan, teruskan saja berdemo di jalanan, apa yang mereka bawa hanya budaya anarki dan revolusi semata.

Masa depan yang beginikah kita mahu di bawah mereka? Rencam seperti inikah yang pembangkang dambakan untuk generasi baru? Apa jadi dengan nilai kita orang timur? Mana rangka pembangunan negara, mempertahan maruah bangsa? Semuanya hilang dalam rakus merebut kuasa.

Sejarah bukan catatan semata, sejarah adalah sempadan pengajaran yang mesti diingati. Kita bangga kerana sejarah telah menunjukkan bahawa pemimpin kita bersinonim dengan Merdeka, UMNO adalah pasak utama dalam menuntut kebebasan dari penjajah, dan kita semua di dewan hari ini, adalah pewaris kepada tradisi kemerdekaan itu. Tapi ada juak-juak yang tak letih mengancam kemerdekaan ini, Ketua Umum mereka kantoi besar menagih, meminta, campurtangan asing untuk pilihan raya akan datang.

Ini bukan sahaja memalukan negara, malah menghina perjuangan kemerdekaan kita. Sungguh terdesak mereka hingga tergamak minta kuasa asing menentukan destinasi politik kita. Terang-terang mereka tak yakin dengan kebijaksanaan rakyat dalam menentukan pilihan, hingga sanggup mengheret orang luar untuk mengajar kita –sedangkan demokrasi kita sudah bertapak lama. Masa depan beginilah yang bakal kita hadapi di bawah Pakatan: daulat disita, maruah dihina.

Dan perjuangan UMNO tak pernah tersasar dari paksi dan nilai Islam, malah kita pejuang sebenar dalam soal mempertahankan maruah agama, bukan macam parti yang bernama Islam. Lidah ulama mereka jadi kelu bila orang biadap seperti Ngeh mencerca agama kita, kecut menikus tak berani bersuara bila konsep negara Islam sinis ditertawa DAP, dan bila keluar mazhab baru menggalakkan murtad, mereka terus bisu! Kalau begitulah onarnya, PAS bukan pejuang agama, sekadar menjadikan agama sebagai platform untuk agenda politik mereka. Di bawah nilai Islam yang nirmala, pimpinan tertinggi PAS sanggup mendoakan kebinasaan UMNO, kebinasaan saya dan anda semua dalam dewan ini.

Kalaulah doa-doa begini diajar kepada anak-anak kita, apa nasib bangsa dan agama sekiranya mereka berkuasa? Sesiapa saja yang mereka tak suka, didoakan supaya lekas binasa. Tapi tak apa, kita bukan seperti mereka, kita sama-sama doakan agar ahli-ahli PAS selamat selamanya, dan suatu hari nantimereka dapatkembali ke pangkal jalan dan tidak lagi sesat di bawah ketaksuban dengan pemimpin yang gemar menyemai kebencian.

Bila bercakap soal berjuang untuk agama dan keadilan sejagat, UMNO sudah lama bersuara untuk rakyat Palestin, tapi puak yang sebelah sana apa cerita? Kepada penerbitan The Wall Street Journal, Ketua Umum mereka gah berkata ala juara: “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” (“Saya menyokong segala usaha untuk mempertahankan keselamatan Negara Israel”).Tapi sekarang saat Palestin dibedil rejim Israel, orang yang samasanggup buat pusingan U turn! Kata dia, Israel “pengganas” kerana menyerang Gaza. Sekali lagi contoh sesumpah yang menukar warna mengikut kepentingan semasa.

Para perwakilan,

Bagaimana pula dengan pilihan dua masa depan itu untuk orang Melayu? Sedarlah semua,hanya UMNO sahaja yang dapat mempertahankan bangsa Melayu. Ini bukan soal pilihan tetapi hakikat, kerana tidak ada parti lain yang mampu menjaga kedudukan Melayu serta Islam, selain UMNO. Jelas terbukti pakatan pembangkang langsung tidak memperakui perjuangan,serta pengorbanan orang Melayu. Di samping kita membawa gagasan inklusif di bawah 1Malaysia, perjuangan UMNO tak kan pudar, apatah lagi berundur barang setapak, dari menjadi pembela dan wadah perjuangan orang Melayu. Ternyata sudah, di kala kekalutan orang Melayu melihat PAS mengenepikan matlamat negara Islamnya, pada masa PKR sibuk dengan ehwal peribadi Ketua Umumnya, UMNO tetap tegar membawa agenda masa depan orang Melayu. UMNO payung orang Melayu, UMNO pembawa obor masa depan orang Melayu, UMNO dan Melayu kekal terpatri selamanya.

Kini jelas di hadapan kita, masa depan bersama BN akan menjamin Perlembagaan kekal dijulang, Raja dijunjung, Islam dimuliakan, kedaulatan negara dipertahankan dan bangsa Melayu diperkasakan. Manakala, masa depan di bawah Pakatan akanmelihat negara bakal muflis, maruah bangsa dipijak-pijak, kacau bilau di mana-mana, Islam yang tidak terbela, keruntuhan akhlak dan moral, silap haribulan kemerdekaan tergadai. Di bawah muslihat Pakatan, Persekutuan Malaysiaakan jadi perpecahan Malaysia. Mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan ideologi dan undang-undang yang berbeza.

Hudud versi PAS akan mengawal hidup di Pantai Timur sekaligus menakutkan orang bukan Islam dan konsep “Malaysian Malaysia” yang meminggirkan orang Melayu akan bermaharajalela di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Manakala di negeri-negeri PKR pula, tiada apa yang suci, semuanya halal, anything goes, asalkan Anwar kekal dijulang.

Pakatan apa sebenarnya mereka ini? Nama saja Pakatan namun jarang sekali bersepakat, sehinggakan calon Perdana Menteri belum tentu yang mana. Siapa bakal Perdana Menteri mereka? PAS kata Hadi Awang, DAP kata Anwar Ibrahim, geng muda PKR kata bagi kepada anak Ketua Umum. Ramai lagi yang mahu jadi Perdana Menteri dalam Pakatan ini sebenarnya, namun semuanya kabur belaka. Berbeza sekali dengan BN – semuanya jelas pilihan PerdanaMenteri kita hanya satu, tak lain tak bukan, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak.Di bawah pakatan pembangkang, negara akan berpecah, perpaduan rakyat akan berpatah arang berkerat rotan! Demi bangsa yang merdeka ini, Pemuda tidak akan sesekali membenarkan negara terpisah di bawah tiga sistem berbeza, tiga falsafah hidup bertentangan dan tiga ideologi politik berasingan. Jangan digadai jerih nenek moyang menyatukan negara ini, kita tidak akan benarkan masa depan hancur di tangan mereka.Nyata, hanya satu masa depan yang akan mengekalkan kita bersama, masa depan 1Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia, di bawah Barisan Nasional!

Sahabat sekalian,

Semboyan perang pilihan raya sudah bergema, bersedialah Pemuda jangan kau alpa.

Sesungguhnya sejarah itu benar;
Mahal airmata bapa kemerdekaan itu benar; Getirnyapengorbanan bapa pembangunan itu benar;
Berlikunya jalan bapa perpaduan itu benar;
UMNO pembela bangsa Melayu itubenar;
Pemuda UMNO hulubalang bangsa itu juga benar;
Kita ambil pengajaran dari mimpi-mimpi Onn Jaafar yang hilang.

Dalam berahi kita membongkar helah pembangkang, jangan sekali kita lupa. Di hadapan benteng bala tentera musuh kian mara. Langkah demi langkah, mereka seret bendera dan meriam kehancuran, yang bakal meranap harmoni yang telah lama kita bina.

Sejarah dunia mengajar kita – saat-saat serupa pernah berlaku. Detik yang menentukan antara benar dan batil; antara makmur dan jahanam; antara petualang dan pahlawan!Bagi mereka yang setia, kala detik ini tiba, muncul erti sebenar perjuangan yang hakiki. Bertaruh hidup dan mati atas nama maruah dan kepercayaan.

Kita imbas saat tercetusnya Perang Dunia Kedua, sewaktu gerombolan Paksi hampir menyentuh kepulauan Britain, di kala bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churcill, menyemarak semangat juang rakyat. Detik getir antara dua kemungkinan, antara dua masa depan, antara cahaya dan kegelapan. Perwira itu tak goyah, tak gentar, malah berikrar: negaranya akan bertempur di lautan, bertempur di udara, di tepi pantai mahupun di celah jalanan. Negaranya tidak akan menyerah kalah, kendati pun dibiarkan kebuluran!

Dengan seiras semangat juang, saya menyeru para perwakilan, mari kita tempur seteru kita di segenap ruang!Kita bahas mereka di Parlimen, kita patahkan hujah mereka di kedai kopi, kita dedah muslihat mereka di alam siber! Tak kira di kota atau di desa, kita tumpaskan pengkhianat bangsa.Kita tempur, kita gempur, lantas berkuburlah Pakatan durjana!

Wahai pejuang-pejuang muda, detik penentu begini tak kerap tiba. Semboyan parti kita belum pernah menjerit selantang ini. Gemanya menyeru setiap kita, walau apa badai melanda, walau mati segala cita-cita, kita berikan segalanya di medan juang ini, hingga ke titisan darah yang terakhir! Ini ikrar kita, kita pastikan semua di luar sana tahu, pastikan sejarah tercatit, dikala seteru tiba, bala tentera Pemuda terpacak di barisan paling hadapan, sanggup berkorban, demi agama, bangsa dan negara.

HIDUP UMNO!
HIDUP UMNO!
HIDUP UMNO!

PANASS!! Hadiah Untuk Orang Muda! Ketua Pemuda UMNO Cadangkan Bantuan Lesen 1 Malaysia!! #PAU2012 @KhairyKJ


 Mc nak post benda ni khas untuk mat rempit semalaya. Ketua Pemuda UMNO mencadangkan kerajaan Malaysia melaksanakan Bantuan Lesen 1 Malaysia (BL1M) !! Khas untuk golongan yang berpendapatan rendah dan tidak mampu.

Bantuan Lesen 1 Malaysia ni akan hanya berharga RM199 sahaja! dan percuma kepada yang tidak mampu. Malah kepada pemohon BL1M yang mempunyai waran tangkap dan bermasalah, Pemuda UMNO akan merayu kepada Kerajaan Malaysia untuk 'memutihkan' semula rekod mereka jika mereka memohon BL1M.

Mc rasa ini satu cadangan yang amat bagus. Kerana memang ramai anak muda kita yang naik motor tanpa lesen. Bila kena saman, tak mampu nak bayar, jadi keluar waran tangkap. Akhirnya nama jadi blacklist dan boleh dipenjarakan.

Bila ada BL1M ni, Mc percaya orang muda yang selama ini tertekan dengan masalah lesen dan waran tangkap akan menganggap perkara ini sebagai hadiah besar dari Kerajaan Malaysia yang berjiwa rakyat.

Golongan yang bermasalah seperti ini, jangan kita abaikan. Bukan semua orang mampu untuk membayar lesen yang Mc anggap nilainya agak tinggi. Jadi bila Kerajaan laksanakan BL1M, ia merupakan satu penyelesaian kepada masalah yang selama ini kita pinggirkan.

Tahniah kepada Pemuda UMNO kerana berjaya membawa perkara ini ketengah!

Mc selaku Ketua Team Media Kedah, menyokong sepenuhnya cadangan ini!!

McTheory:
Harap kerajaan meluluskan cadangan yang bijaksana ini!!

PANASS!! Tan Sri Muhyiddin Yasin Doakan Agar Pas Kembali Kepangkal Jalan!! #PAU2012


 TEKS UCAPAN PENUH YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD. YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN PERSIDANGAN PERWAKILAN
WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2012

“BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN”

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita
YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda
YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin
Ketua Pergerakan Puteri
YB Naib-Naib Presiden UMNO
YB Setiausaha Agung UMNO
Ahli-Ahli Majlis Tertinggi
Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.
Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.

Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim:

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. (Surah Al-Baqarah, Ayat 126)

Saudara dan saudari yang saya hormati,

Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.

Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran.

Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.

Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti. Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali.

Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA

Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional.

Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.

Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Sebenarnya saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain. Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian.

Sutera dilipat habis dicuci
Tersimpul kemas di dalam laci
Kalau hati berkarat benci
Terpacul di mulut nista dan caci

PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza.

Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS.

Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS.

Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR.
Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

Saudara dan saudari,

Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang? Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam.

Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.

Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi.

Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

Mungkin PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13.

Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh.

Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR.

Sebenarnya saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya yang lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS.

Cuba bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing tidak percaya antara satu sama lain, bolehkah pembangkang bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang memerintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang membawa kesejahteraan kepada rakyat? Boleh atau tidak saudara-saudari? Jika tidak jawapannya, pastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.

CABARAN IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru. Kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral. Di kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.

Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.

Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.

Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita jika amalan songang ini dibiarkan menular. Kita bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya.
Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja.

Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Walaupun pembangkang menjanjikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala apabila bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat sekali oleh YAB Presiden, antara sisi hodoh budaya pembangkang ialah bila berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pembangkang dahulu, tercatat janji untuk memberikan bermacam-macam kebebasan kepada rakyat kalau mereka berkuasa, termasuk janji kebebasan media.

Namun, belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar.

Mereka berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka.

Inilah wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa merekalah yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil, mahkamah kita berat sebelah, mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk mendapatkan perlindungan. Sebenarnya mereka tahu bahawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat mereka untuk memberikan gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa, mereka sanggup menabur fitnah.

Samalah juga dengan tindakan Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka. Senang jugalah untuk mereka berhimpun di jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).

Kesemua ini tidak membayangkan mereka komited untuk melaksanakan janji demokrasi. Sudahlah komitmen kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi pun tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada keabsahan moral untuk bercakap mengenai Islam atau demokrasi.

Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat, apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
JAMINAN UMNO UNTUK BANGSA MELAYU

Saudara-saudari,

UMNO terus komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020.

Begitu juga dengan perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam. Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam.

Sepanjang 66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan UMNO. Inilah kesaksamaan UMNO. Pejuang UMNO tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan UMNO. UMNO berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Justeru, UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (Surah Al Ma’idah, Ayat 8)

Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan Nasional. Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama.

Renungkanlah saudara dan saudari. Tilik betul-betul apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata.

BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN
Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

Kita sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun ini adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah pertarungan ini. Dalam pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri, bahagian dan cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah.

Pertingkatkan gerakerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti. Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, insyaAllah kita akan mengarak obor kemenangan.

Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan UMNO, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci.

Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini. Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO mesti kita perkukuhkan.

UMNO di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara kita. UMNO telah merasai denyut nadi rakyat. Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Baik petani, nelayan dan pekebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota, golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan mahasiswa, malahan golongan gelandangan dan kurang bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan UMNO.

Kita akur bahawa transformasi adalah satu proses yang berterusan. Kita tahu bahawa masih banyak rintangan dan cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah kita redah segala rintangan, kita harungi segala dugaan, kita atasi segala cabaran. Marilah kita berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memimpin parti dan negara. Marilah kita berikan sepenuh ketaatan kepada khalifah yang akan memimpin bala tentera kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an al-karim:

أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ

Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (yakni orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

(Surah Al-Nisa’, Ayat 56)


Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang. Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu, engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi.

Kepada Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang benteng hadapan yang akan mempertahankan Putrajaya. Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah. Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah. Dekatilah generasi muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat bertarung menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah.
Kepada Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah generasi muda dengan harapan dan keyakinan. Andalah yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi mereka. Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama kita dalam perjuangan murni melakari masa depan nusa dan bangsa.

Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita. Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh pembangkang. Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 7:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Pemuda adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan. Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah!

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!
Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah
Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah
Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami
fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.