Sabtu, 19 Januari 2013

#LISTEN #LISTEN #LISTEN Now Let Syarifah Zohra Jabeen Speak!!


Setelah teruk diserang oleh puak Pakatan Haram, sekutu Ambiga dan puak-puak LGBT. Sekarang masa Syarifah Zohra Jabeen atau sekarang ni lebih dikenali sebagai Syarifah #Listen bersuara menerangkan situasi yang sebenar.

Mc akui keadaan Syarifah agak 'down' kerana teruk dikritik disebabkan sebuah video pendek yang tidak menerangkan apa-apa pun. Sebuah forum yang panjang, telah disabotaj oleh seorang mahasewel Bawani (calon MPP UUM yang reject) ketika akhir majlis.

Sabotaj yang sememangnya dirancang dari mula, kerana apa? Kerana sewaktu forum, Bawani langsung tidak berminat untuk mengikutinya, malah session Q&A pun Bawani mengabaikan session tersebut berlalu tanpa sebarang soalan. Namun setelah bacaan ikrar dan penutup majlis, tiba-tiba Bawani bangun mencapai mikrofon dengan tanpa izin majlis lalu bercakap bla bla bla seolah-olah dalam pidato.

Disitu pun kita dah nampak Bawani sengaja provok pengerusi majlis untuk dan cuba mencemar majlis dengan sentimen jahatnya. Syarifah hanya mangsa keadaan kerana beliau berada dibawah untuk bersedia menamatkan majlis 3jam tersebut.

Namun sebagai pengerusi majlis beliau terpaksa menenangkan keadaan dengan caranya tersendiri. Mungkin ada orang yang kurang senang dengan caranya. Namun apa yang Mc lihat, beliau melayan Bawani dengan cukup baik, siap bersalaman.

Ada orang pertikaikan, Syarifah menarik mikrofon dari Bawani, kononnya menghalang hak kebebasan bersuara. Bullshit la weii.. PR langsung tak pernah buka kebebasan bersuara, jadi jangan pertikaikan orang lain. Hak dah diberi, tak digunakan, malah disalahgunakan lagi, semua majis dan negara ada undang-undang, jadi patuhinya.

Jika ada Syarifah kurang ajar, siapa sebenarnya yang kurang ajar? Bawani, melarikan diri sebelum Syarifah habis bercakap pun, itu menunjukan satu sikap biadap dan kurang ajar! Tetapi bagi Mc, sikap biadap adalah satu rutin rasmi bagi puak Pakatan Haram ni. Alah bisa tegal biasa.

Untuk pengetahuan pembaca, Bawani adalah calon MPP UUM yang gagal mendapat undi pun di UUM. Malah Bawani selalu sabotaj kempen yang dilakukan oleh pro Aspirasi UUM yang lebih dikenali sebagai PERUBAHAN. 

Cara Bawani sabotaj, sama seperti apa yang Bawani lakukan pada majlis ini. Menjerit-jerit terpekik terlolong dikhalayak ramai pada akhir majlis ketika semua mahasiswa sedang khusyuk mengikuti kempen pro PERUBAHAN UUM.

Ini memang stail 'komunis' ciptaan PSM. Jadi tak hairanlah, Bawani sememangnya dilatih untuk berbuat begitu untuk menyakitkan hati orang lain.

Mc diberitahu, Syarifah akan mengeluarkan KENYATAAN MEDIA kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dengan isu ini. Bagi Mc sebenarnya ini perkara kecil, cuma ia digembar-gemburkan oleh pihak sebelah sana yang tidak mempunyai isu.

Sedangkan banyak isu yang boleh kita bawa seperti demo haram, solat kiblat tah mana-mana masa KL112, LGBT, bible melayi dan pelbagai lagi isu lain yang sedang merosakan masyarakat kita kini.

Kat bawah ni Mc selitkan sekeping gambar untuk pembaca membuat penilaian. 



McTheory:
Nahh!! sekarang siapa yang kurang ajar?


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Listen listen listen bodoh mamak kimmak ni.

Tanpa Nama berkata...

buku bertemu ruas...padan muka kau bawani

kalau kau beradap, org pasti akan beradap juga dgn kau...kau kurg ajar, maka org juga akn kurang ajar dgn kau..nasib baik sharifah sindir dgn kata2 shj, kalau aku, siap kena pelempang...paling tidak pun, aku akn tanya kau, 'kau wakil proksi dari mana? proksi yahudi? israel? soros? blablabla...' alaaa..gaya anwar tok guru kamu.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong sharifah. bawani memang berniat jahat. syabas Sharifah