Khamis, 31 Januari 2013

PANASS!! Syahid Memali Ciptaan Jahat Pas!! - Ustaz Kamal Saidin


Tu la kerja Pas, asyik dok bohong orang kampung dari dulu sampai lanih. Hinggakan orang mati pun depa nak muhong. Apa punya turr laa..

Sapa agaknya nak tanggung dosa yang kononnya syahid tu.

PANASS!! Haron Din Pula Menegur Tindakan Anwar Ibrahim!!


Nampaknya seorang demi seorang Ulamak Pas menegur dan tidak berpuasa hati dengan pimpinan Pakatan Haram. Kali ni Haron Din tampil menyatakan hasrat hatinya.

Haron Din menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak mendirikan parti PKR berlandaskan Islam demi mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Apakah selepas Nasharuddin Mat Isa, Hasan Ali maka selepas ini giliran Haron Din pula akan dipecat oleh PAS kerana lantang mengkritik Anwar Ibrahim? Malah Haron Din konsisten dalam mengecam tindakan tindakan Anwar yang bertentangan dengan Islam.

Kita tunggu apa tindakbalas konco-konco Anwar, iaitu Nik Aziz, Karpal, Kit Siang dan Azmin Ali. Tentu teruk Haron Din kena selepas ni.

McTheory:
Pas bukan pejuangkan Islam, tapi pejuangkan bontot Anwar..

TERKINI!! Gambar Menjadi Bukti Orang Muda Kedah Bersama Perdana Menteri! #BNpilihanOrgMuda



Gambar lebih layak bercerita. Sambutan Himpunan Orang Muda Kedah Bersama PM begitu meriah dan padat. Lebih 30k orang muda berkumpul untuk menunjukan sokongan kepada PM yang disayangi. Ternyata jiwa orang muda lebih terarah kepada Kerajaan Persekutuan yang memerintah.

Masa untuk anak muda Kedah berubah.. #TukarKedah

Jangan lupa kunjungi BN youth Jobs Fair, banyak kerja kosong adaaa..


McTheory:
#BNPilihanOrgMuda dan #BNYjobsFair13

PANASS!! Komen Ayahanda Tun Dr Mahathir Mengenai Pemecatan Nasharuddin Mat Isa!


Di bawah adalah komen Tun Dr Mahathir tentang pemecatan Nasharuddin Mat Isa :
PAS sewajarnya memandang positif terhadap penyertaan bekas Timbalan Presiden Parti itu, Nasharudin Mat Isa yang menyertai delegasi ke Gaza sebagai model perpaduan serta membangkitkan semangat kerjasama di antara Hamas dan Fatah. 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tindakan Nasharudin membuktikan sikap toleransi salah seorang Pemimpin Pembangkang yang mempunyai ruang jalinan persefahaman bersama Kerajaan Pusat dari sudut keamanan sejagat.
"Sebaliknya PAS tak suka lihat ada orang PAS bekerjasama dengan BN (Barisan Nasional) untuk jadi contoh dua pihak (Fatah dan Hamas)...kalau kita sendiri tak boleh berdamai macam mana kita nak suruh orang berdamai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA)-Strength In Collaboration' di sini, semalam. 
Akan tetapi, Dr. Mahathir tidak menyekat malah tidak campurtangan terhadap sebarang tindakan PAS bagi menukar platform perjuangannya. 
Nasharudin telah dilucutkan jawatan sebagai Anggota Majlis Syura Ulama' PAS Pusat kerana didapati melanggar peraturan berjamaah seperti ditetapkan. 
Keputusan yang berkuatkuasa pada 13 Januari lepas menerusi mesyuarat Badan tersebut telah dipengerusikan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. - KLPos
Anda baca juga artikel yang tidak mungkin akan disiarkan dalam lidah rasmi pembangkang : KLIK SINI

Seperti yang kita tahu, isu Nasharuddin Mat Isa ini pernah hangat apabila beliau menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.

Tetapi Dr Haron Din pernah berkata,
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). 
Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan" seterusnya
 McTheory:
 Pas ni bukan perjuang Islam, tapi lebih pelingkup Islam

TUDIAA!! Apabila Hasan Ali Berganding bahu Dengan Nasharuddin Mat Isa! #PasLingkup!




Gambar ni Mc ambil dari blog MPP, kiranya mereka berdua berjumpa pada satu majlis khas tengah berlangsung sekarang ini di Masjid Negara.. Majlis yang dianjurkan oleh "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" tersebut adalah untuk mempertahankan kesucian nama Allah dari dipolitikkan oleh puak-puak Pakatan..

Yang menjadi perhatian ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan juga Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali.. Mereka dilihat mesra berbual pada majlis tersebut.

Satu sessi Taklimat dan pemakluman draf asas memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung isu "Pertahankan Kesucian Nama ALLAH" telah dibentangkan oleh Sekretariat itu bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan.



Antara yang hadir selain dari Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali ialah, Ustaz Nakhaie, Ustaz Hafiz Nordin, Ustaz Ismail Mina dan juga penasihat Agama kerajaan Johor, Datuk Noh Gadut..

Tapi kemesraan Ustaz Nasharuddin dan Hasan Ali nampak lain macam saja. Apakah Hasan Ali mempelawa Nasharuddin masuk ke JATI? Atau Nasharuddin ada haluannya sendiri? Apa pun, keluar la dari Pas tu.. dah busuk dah Pas.

McTheory:
Pas dah bau hancing!! asyik kencing saja pun..

PANASS!! Nik Aziz Punca Nasharuddin Mat Isa Kena Pecat?!


Pas cuba nak cover isu penguguran Ustaz Nasharuddin Mat Isa ni dengan menganggap beliau bukanlah individu yang penting dalam Pas.

Sudah tentu pemberita akan mencari Nik Aziz, kerana beliau diantara yang bertanggung jawab memecat Ustaz Nasharuddin.

Pas tidak nampak cabaran yang akan dihadapinya jika bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyokong parti politik lain.

"Sebagaimana orang bercerai laki bini, tidak apa yang mencabarnya jika sesuatu pasangan itu ditakdirkan berpisah," kata Murshitdol Am Pas Pok Nik Aziz.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kedudukan bekas pemimpin nombor dua PAS itu jika menyertai parti lain selepas Nasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok, digugurkan daripada menganggotai Dewan Syura Ulama PAS.

Tindakan itu dipercayai diambil selepas Nasharuddin pulang daripada mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

Semalam, dilaporkan Nasharuddin berkata beliau tetap akan terus memperjuangkan Islam walaupun tidak lagi menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Pas bukan parti Islam, nak perjuangkan Islam tak semestinya kena masuk Pas. Zaman Rasulullah SAW dulu pun takdak Pas. Tapi sahabat-sahabat Rasulullah perjuangkan Islam sampai ada yang syahid. Malah sahabat Rasulullah telah dijanjikan syurga Allah.

Tak perlu masuk Pas pun...

McTheory:
Kita kejar syurga Allah, bukan Sorga Nik Aziz!

Rabu, 30 Januari 2013

PANASS!! @LimKitSiang Kata Adik William Mati Salah UMNO?!



Mc agak terkilan dengan kenyataan Kit Siang yang menghentam kerajaan. Apa kena mengena kerajaan dengan kematian adik William? Baca keterangan MyMassa, dalam isu ini.
Hipokrit! itu lah perkataan pertama yang muncul di dalam kepala, apabila terbaca tweet Lim Kit Siang yang mengaitkan UMNO/BN dengan kematian tragik Kanak-kanak bernama William Yau Zhen Zhong. Tweet LKS mendapat kritikan Khairy Jamaluddin yang menghentamnya kerana sanggup mempolitikkan kejadian itu. Mc yakin tiada siapa pun yang mahukan kejadiaan seperti itu berlaku di Malaysia.


Tindakan LKS mengheret kematian William ke dalam politik merupakan langkah yang paling bodoh. Adakah LKS sudah nyanyuk? Jika kita lihat Himpunan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini, berapa ramai kanak-kanak telah dibawa ke perhimpunan yang hanya bermotifkan Politik?

Apakah jaminan keselamatan kanak-kanak tersebut bila berada di kelompok-kelompok penyokong yang amarah dengan ucapan pemimpin pakatan yang menyemai semangat kebencian menentang kerajaan? Nasib baiklah Polis berjaya mengawal himpunan sia-sia tersebut!



Isu seperti ini tidak harus dipolitikkan dan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Seharusnya semua pihak harus bekerjasama untuk memastikan perkara seperti ini tidak berulang...Takziah kepada kedua ibu bapa William Yau Zhen Zhong.

McTheory:
Bebal sungguh Kit Siang ni..

PANASS!! Peluang Terbaik Untuk Orang Muda Cari Kerja! #BNYJobsFair13


Sempena Himpunan Orang Muda Kedah bersama Perdana Menteri yang akan berlangsung 31 Januari 2013 sehingga 02 February 2013, pihak penganjur telah menyediakan bermacam-macam program untuk golongan anak muda di Kedah.

Antara program yang paling menarik di sediakan adalah untuk golongan anak muda Kedah yang masih mencari-cari peluang pekerjaan, golongan anak muda yang mahu membina kerjaya baru atau menambahkan jumlah pendapatan melalui sumber lain.



Pihak penganjur melalui inisiatif Pemuda Barisan Nasional, buat pertama kalinya di Malaysia pada tahun 2013 telah mengadakan Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair di Kedah sempena Himpunan Orang Muda Kedah Bersama Perdana Menteri dengan menampilkan lebih dari 85 agensi kerajaan dan syarikat swasta yang menyediakan 4,200 peluang kerjaya dari segi pekerjaan dan perniagaan.

Bagi golongan muda yang mahu membina kejaya melalui perniagaan, latihan dan kemahiran, bimbing keusahawanan dan khidmat nasihat serta kemudahan pinjaman perniagaan turut di sediakan di Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair.yang di adakan di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Suka Menanti Alor Setar.

Karnival Kerjaya berkenaan akan berlangsung selama 2 hari, bermula 31 Januari 2013 sehingga 01 February 2013.

Golongan muda Kedah yang masih mencari atau mahu membina kerjaya baru di jemput hadir beramai-ramai bagi memanfaatkan peluang keemasan yang di sediakan di Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair di Himpunan Orang Muda Kedah Bersama Perdana Menteri. - Media Kedah

TUDIAA!! Ahli Pas Seumur Hidup Rayu TOLAK Pas Pada PRU ke 13 ini!! #TukarKedah



Sudah terbukti Pas tidak pernah membela nasib ahlinya. Perkara ini diakui oleh Mohd Khairi  yang menjadi ahli Pas sejak tahun 1999.

Khairi pernah kemalangan teruk pada beberapa tahun yang lepas. Malah dia pernah berjumpa dengan YB Pas untuk meminta bantuan, namun Khairi kecewa dengan sikap pemimpin Pas yang tidak pernah memberi bantuan kepadanya.

Selama 13 tahun dia berkorban untuk Pas, akhirnya beliau kecewa dengan prisip parti Pas kini jauh terpesong dari landasan sebenar. Kebajikan konon, ahli sendiri susah pun depa buat tak peduli. Kebajikan kepala korok mu!

PANASS!! Ustaz Nasharuddin Mat Isa Jelmaan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor?



Mc tertarik dengan komen Ustaz fathul Bari yang mengatakan Ustaz Nasha adalah jelmaan bayangan Ustaz Fadhil Noor. Mc pun taktahu banyak pasal ni, tengok video tu, dengar apa Ustaz Fathul Bari cerita pasal Ustaz Nasha.

McTheory:
Siap jempur masuk iLmu lagi.. he he..

TUDIAA!! Apa cerita gadis bertudung dalam gereja?


Sumber Gambar : MyMassa


Mungkin hasil dari keberanian YB Nurul Izzah menyatakan orang Melayu Islam bebas memilih agama masing-masing. Muslimah-mulimah yang termakan kata itu kini berani berkumpul di dalam gereja mendengar ceramah.

Terdapat sumber mengatakan perkara ini berlaku di Ipoh, Sabah, Selangor dan pelbagai lagi spekulasi. Wallahualam .Tapi yang pasti, benda ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja. Hasil kedengkelan, serta didikan pembangkang yang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Moga pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan masalah ini sepantas yang mungkin.


Jika perkara begini berterusan agaknya apa jadi pada anak-anak kita kelak? Tidak mustahil Anwar akan jadi seperti Gus Dur dalam video ini :


Segalanya mungkin bagi Anwar yang kemaruk mahukan kuasa. Percaya atau tidak ini akan berlaku?


Sumber asal dari blog Mamak Keris7Lok.. he he he..

TUDIAA!! Mari Lihat Kek Pemberian Nik Aziz Pada 'Yang Mulia Bishop'

Teman tapi mesra

Posting ni ringkas saja. Mc rasa semua orang tahu, Nik Aziz ada terima kek dari Karpal Singh. Kemudian Nik Aziz pula hadiahkan Bishop besar di Penang dengan sebuah kek.

Nak tengok kek tu tulis apa? tengok la kat bawah tu..




Apa Nik Aziz tulis? Yang Mula Bishop, daripada, Nik Aziz, Musyidul Am Pas. Perghh dasat tuu.. siap tulis Yang Mulia Bishop tuu.  Nampak sangat Pas berpolitik untuk pancing undi. Majlis Syura tolak pengunaan kalimah Allah pada bukan Islam. Nik Aziz pun datang ke Penang untuk beli jiwa.

Nik Aziz, siap mengadap Karpal untuk menjelaskan keputusan majlis syura. Dahsyat betul.. he he.. Mc pun taktau nak komen apa, apa kata pembaca pula komen pasal ni.

Apa pendapat anda tentang tulisan 'Yang Mulia Bishop' tu..

McTheory:
Komen la sikit.. tak kena bayar pun.. hehe

PANASS!! Kisah Adun Dap 'Berskandal' Dengan Pembantu Pejabatnya!!

hiasan semata

 Kat bawah ni adalah surat layan pada seorang adun Dap di Taiping. Tak sudah-sudah pemimpin Pakatan di sabitkan dengan skandal. baca surat kat bawah,


Surat di atas adalah salinan surat layang kepada ADUN DAP Aulong, YB Yew Tian Hoe atau lebih dikenali sebagai YB Capik. Dia dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, sehingga dikatakan pembantu peribadinya itu yang dipanggil sebagai Puan Lilian telah menjadi perempuan simpanannya, dalam bahasa moden mistress.

Surat ini telah diedarkan secara meluas kepada penduduk-penduduk di Taiping secara pos terutama kepada kaum Cina. Setakat rencana ini ditulis, tiada laporan polis dibuat dan YB Yew masih lagi belum mengakui atau menafikan kebenaran surat layan tersebut.

Kemungkinan besar, surat ini dibuat oleh lawan dalam parti Dap sendiri. Kerana ada pihak yang mahu Dap Perak tidak mencalonkan YB Yew sebagai calon semula pada PRU nanti.

Biasa la Dap pun ada juga 'sailang' ni, jangan dorang mai tuduh UMNO yang buat pula sudah.


McTheory:
Kit Siang pun ada 'simpan' apa la sangat setakat Adun-Adunnya tu..

Selasa, 29 Januari 2013

PANASS!! Si Kening Wassatiah Abby Abadi KUTUK PM ke GAZA!! @Abby_Abadi112


Apa masalah dengan minah mangkuk ayun ni. Dengki sungguh dia bila PM ke Gaza. Tweet yang dia bagi memang menyakitkan hati. Walaupun Mc rasa macam taknak peduli, tapi bila baca, memang rasa macam nak saja ludah muka menyakitkan hati tu.


Sapa kata Islam tak diperjuangkan di Malaysia? Kerajaan Malaysia mengikhtiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Wujudnya perkongsian ekonomi orang Islam, ada zakat, ada penabungan untuk ke haji, setiap penempatan baru wajib ada masjid atau surau, shopping kompleks syaratnya kena ada surau mengikut keluasan, azan dibenarkan, ceramah agama boleh dimana-mana saja dan banyak lagi undang-undang Islam yang telah kerajaan Malaysia gunapakai.

Tapi Abby perlu ingat, Malaysia juga berbilang kaum dan agama. Jadi, agama lain pun perlu juga diberi pilihan dan hiburan dengan cara mereka sendiri. Itu yang kerajaan Malaysia lakukan sekarang. Umpama kita tengok TV, remote kat tangan kita. Channel mana kita nak pilih, itu bergantung pada hati dan iman kita la. Dosa dan pahala di tangan anda, jangan salahkan orang lain.

Mc cakap pada yang faham, tapi kalau bodoh macam Abby ni tak guna, campak ke hutan saja bagus. Hidup didunia menyusahkan orang.

McTheory:
Abby si kening wasatiah!! ha ha ha..

PANASS!! Video Sambutan PM Pulang Dari GAZA Memang Menarik!


Alhamdulillah.. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana Perdana Menteri kita, DS Najib Razak bersama rombongannya selamat pergi dan selamat pulang dari Gaza, Palestin.

PANASS!! Pok Nik Jumpa Karpal Sebab Minta Izin Isu Kalimah Allah!



Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.

Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

Kononnya, mereka berdua “mesra”lah, kan? Memanglah “mesra semacam” saja bila Nik Aziz dan Karpal dikatakan berbicara mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS…

Apatah lagi bila laporan mengenai kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal dan pertemua dengan Bishop itu tidak menyentuh langsung tentang soal penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu…



Cuba sebut tentang isu itu, saya yakin Nik Aziz takkan lama di Pulau Pinang…kan?

Sepanjang lawatan Nik Aziz di Pulau Pinang, tiada sebarang laporan pun dari media-media pro-pembangkang yang melaporkan tentang sebarang perbincangan mengenai isu kalimah “Allah” berlangsung di antara Nik Aziz dengan pemimpin DAP atau Bishop tersebut.

Malah cakap-cakap mulut di kalangan para penyokong PAS di sebelah utara semenanjung menyifatkan lawatan Nik Aziz itu hanyalah sekadar propaganda untuk meredakan kemarahan mereka terhadap DAP dan PKR yang mahu kalimah “Allah” tercemar di negara Islam ini.

Kata mereka, mereka tidak sekali-kali akan tertipu dan percaya lagi dengan mainan propaganda tersebut selagi DAP dan PKR menurut kehendak Majlis Syura PAS yang mahu hak eksklusif penggunaan kalimah “Allah” itu dikekalkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan selama ini.

Paling menarik, sekumpulan penyokong PAS yang saya temui di Sungai Petani tadi berkata, biarlah PAS tidak memerintah sehingga kiamat asalkan kalimah “Allah” tidak dicemari DAP dan PKR, serta Islam tidak dicabar oleh kedua sekutu parti mereka.

Sebenarnya, para penyokong PAS sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan kerenah DAP dan PKR yang sejak lima tahun dulu memandang “lekeh” pada parti mereka serta mencabar perjuangan parti “bulan” itu.

Malangnya, mereka mendakwa para pemimpin PAS sendiri sangat lemah dan terlalu “beri muka” kepada DAP dan PKR sehingga kedua parti pembangkang itu “naik kepala” dan “tumbuh tanduk syaitan di atas kepala”.

Tekad mereka, tiada lagi undi yang akan diberikan kepada DAP dan PKR pada PRU ke-13 nanti. Mereka tidak akan meninggalkan parti, tapi para penyokong PAS ini akan “mengajar” DAP dan PKR tentang “akar umbi PAS bukannya keldai seperti para pemimpin mereka”.

Salah seorang rakan PAS saya yang terkenal dengan sokongan terhadap gerakan Syi’ah di utara berkata, PAS sepatutnya keluar dari Pakatan Haram, tapi dia yakin bahawa para pemimpin PAS takkan berani buta begitu.

Bila ditanya sebab dia berkata begitu, selamba saja dia berkata, memang pemimpin PAS di zaman ini tidak sama dengan pemimpin PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, mereka semuanya gila kuasa dan jawatan politik!

Persoalannya, bila para penyokong PAS sendiri pun sudah mengamuk dan bersuara begini, maka memang benarlah kedudukan PAS hanya berada “di bawah tapak kaki” DAP dan PKR. Hina sungguh sehingga sanggup menjual agama demi kuasa.

Sekurang-kurangnya DAP masih sayangkan agama mereka (Kristian) dan Anwar masih sayang pada cita-citanya (nak jadi PM). PAS masih sayangkan Islam lagi, kah?

TUDIAA!! Apabila Dr MAZA Di Panggil Ulamak Muzabzib!!


Tengok sendiri penjelasan Ustaz Rasul Dahri yang boleh menjinakkan ego MAZA. Apa itu Ulamak Muzabzib? Lihat penerangan video dibawah,

PANASS!! Blogger Pakatan Haram Di Tangkap Khalwat 'Bersama' Bini Orang?


Seorang blogger Pakatan Haram yang agak popular dikalangan pemfitnah tegar Pakatan telah ditangkap khalwat bersama isteri orang semalam. Kononnya dia ni seorang blogger yang hebat fitnahnya. Sekali dia fitnah boleh gegar satu Malaysia.

Dia di tangkap berhampiran rumahnya (kawasan gelap) apabila berdua-duaan bersama seorang perempuan didalam kereta, keadaan yang mencurigakan. Kejadian berlaku di Permatang Pauh. Setelah disoal siasat, perempuan terbabit adalah isteri orang.

Semasa kedatangan pihak berkuasa, kedua-dua pasangan berada didalam yang begitu mengaibkan. Mengikut laporan, punya la asyik 'bersama' hingga tidak sedar kelakuan 'aib' mereka tu sedang diperhati dan dirakam. 

Identiti blogger terbabit terbongkar apabila banyak alatan media, gajet dan pas majlis didalam keretanya. Setelah disoal siasat, pemuda terbabit mengaku dirinya memiliki blog Anak Sungai Derhaka atau URLnya http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Pemuda yang mengaku blogger terbabit cuba menghubungi seorang 'VVIP' untuk meminta bantuan, namun handphonenya dirampas dan dibawa ke balai.

VVIP yang dia cuba hubungi itu, merupakan MP Permatang Pauh, pejuang LGBT, juga mempunyai video lucah bersama 'pelacur china' yang tersebar baru-baru ini. - sumber - Haramkahdaily.net

Biasa la, puak Pakatan haram ni, memang suka sapu bini orang. Janda dan anak dara ada, dia taknak, bini orang juga yang depa sapu. Dosa pahala tolak tepi, apa yang penting 'sedap'.

Berita ini adalah jawapan kepada FITNAH "Anak Sungai Derhaka" kepada Blogger dan Troopers UMB. Kononnya troopers dibayar mengikut 'perkataan'. Satu perkataan dua ringgit. Dei macha, cerita bodoh dan fitnah macam lu buat, sapa pun boleh. Contoh 'cerita fitnah' macam cerita yang aku buat diatas.. sedap?

Gambar lu letak, haram takdak sekor pun UMB. Video yang lu taruk tu pun, bukan video UMB, itu video Tun Maharezza, atau lebih dikenali sebagai TMX. TMX takdak kena mengena langsung dengan UMB. Kalau lu nak fitnah, bikin elok-elok sikit la bro. Ini fitnah macam budak sekolah.

Bila tak betul sapa yang susah? Sapa yang malu? Fitnah bodoh macam lu, budak tabika punya karangan lagi sedap der.. he he..


McTheory:
Sory, ayat kasar, layan orang bodoh memang patut macam tu!

PANASS!! Ramalan Saham Felda #FGVH Bakal Rugikan Peneroka?


Mc sebenarnya agak keliru dengan bahasa-bahasa pelabur ni. Hari tu kita ada pakar ekonomi yang bernama Dr. Rosli, Mazlan Aliman import dia ni dari Bangladesh kerana di sana dia seorang CEO di sebuah syarikat disana.

Dr. Rosli balik Malaysia, duduk semeja bersama Mazlan Aliman dan menghentam Kerajaan Malaysia kerana menyenaraikan saham felda FGVH ke pasaran antarabangsa. Kenapa la dia marah sangat dengan penyenaraian tu?

Dulu Mazlan Aliman kata FGVH ni gadai tanah peneroka, tetapi bila Kerajaan Malaysia dijelaskan bahawa FGVH ni tak ada kena mengena dengan tanah peneroka, dia bawa pula si Dr. Rosli ni membuat analisis saham dan mengeluarkan 'fatwa', katanya peneroka akan kehilangan segala-galanya jika saham FGVH jatuh di pasaran.

Benarkah begitu?

Setahu Mc, Kerajaan akan menanggung sebarang kerugian yang dihadapi oleh peneroka disebabkan FGVH. Kalau ada keuntungan pula, keuntungan saham FGVH akan dirasai oleh semua pemegang saham. Ini janji Kerajaan kepada peneroka yang mempunyai saham FGVH.

Namun bukan itu yang nak diceritakan, Mc sebenarnya keliru dengan Dr. Rosli ni. Dr Rosli kata saham FGVH akan turun susut dan mengalami kerugian. Sedangkan penganalisa pasaran saham pula menyuruh para pelabur membeli saham FGVH sementara harganya turun rendah.

Kalau mengikut analisa pasaran saham, saham FGVH ini mempunyai pegangan yang kukuh dan masa depan yang stabil. Dijangka FGVH akan melonjak naik sehingga ke RM5.46. Semua ini bergantung kepercayaan pelabur kepada kemampuan FGVH.

Sesungguhnya FGVH sebuah syarikat yang besar dan mempunyai masa depan yang masih jauh dan cerah. Sebab itu penganalisa saham BBIM Securities meletak target yang agak tinggi untuk FGVH, kerana mereka percaya FGVH mampu pergi lebih jauh.



Kejatuhan sekarang bukanlah bermakna saham FGVH tidak kukuh, mungkin kejatuhan itu diselangi dengan khabar angin dan berita yang buruk tentang FGVH, hingga menyebabkan pelabur terpengaruh dengan semua cerita tersebut.

Hakikat yang sebenar, kalau kita bertindak bijak dan mengikut saranan dari penganalisa saham, sepatutnya kita beli saham FGVH sementara ia masih rendah. Kalau dah naik tinggi nanti, jangan kita menyesal, kerana kita sudah tahu, cuma degil taknak mempercayainya.

Takkanlah kita nak percaya cakap seorang CEO dari Bangla yang mengaku pakar tetapi tidak tu. Baik kita percaya badan penganalisa yang sememangnya 'pakar' sebenar dalam bidang saham.

Entah-entah, bangla pun dah tak percaya cakap CEO tu lagi, sebab tu dia lari balik Malaysia. hehe..

McTheory:
Apa agaknya ONAR yang dia kat buat kat bangla sana tu..

PANASS!! Kisah Pas Kupang Tipu Geran Tanah, Jawapan Balas Dari Adun Pas Kupang Nak Saman Media? #TukarKedah #SlmtknGngInas


Setelah pendedahan dilakukan oleh media berkenaan kes penipuan YB Pas ambil duit orang kampung, kononnya untuk keluar geran tanah.

Pendedahan tersebut boleh baca kat SINI dan SINI. Kalau tak baca sudah tentu anda semua tak tahu cerita sebenar.

Selepas pendedahan tersebut, blog Kamera Kupang telah mendedahkan jawapan dari Pejabat Adun Pas Kupang. Maknanya Cikgu Joe dah panas pungkoq dengan pendedahan media terhadapnya.

Memang puak pencacai Pas ini bodoh takdak dah. Korang kena dengar betul apa pakcik Tahak Lahamad kata, malah kami ada rakaman pakcik Tahak dalam video kat bawah.

Pakcik ni tak cakap pun dia yang mohon tanah tu...tapi nama beberapa orang anaknya yang memohon. Resit yang dikeluarkan bukan atas namanya tapi atas nama anak-anaknya. Cuma dia yang mengusahakan tanah-tanah tu.

Tak percaya, dengar betul-betul apa pakcik Tahak tu kata.


Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi.

he he he.. nampaknya Cikgu Joe dah mula rasa panas punggung. Tu la orang suruh buat kerja elok-elok, tapi hangpa dok tipu orang kampung. Kalau nak kata hangpa tolong orang kampung pun agak-agak la. Dah hampir 3 tahun, senyap dan sunyi tanpa berita.

Malah tanah di Gunung Inas tu dah diberikan pada orang lain. Bukan ini saja bukti kami, kami ada banyak lagi bukti wahai Cikgu Joe. Kalau Azizan nak jawab, biar dia jawab. Kita tengok apa kata MB taktau apa tu nak bersuara juga.

He he he.. Islam konon.. Islam pala angguk dok muhung orang merata!

McTheory:
Banyak lagi pendedahan.. sapa suh buat jahat.. kami bongkar laa!!

PANASS!! Pendedahan Nik Nazmi, Aidil Zafuan Bersekedudukan Dengan Girlfriendnya?



BERITA yang sedang hangat di laman Twitter malam ini, kekasih kepada pemain bolasepak negara yang sedang bermain di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor telah 'disailang' oleh seseorang yang juga dalam bidang bolasepak.

Gadis manis berasal dari Kelantan, Tengku Fiella dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bolasepak kebangsaan yang juga bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini - Aidil Zafuan.




Berita ini kecoh selepas Nazmi Faiz meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya.. - Media-PjO

Mc siarkan berita ini disebabkan terkilan dengan tingkah laku Aidil yang dikatakan bersekedudukan dengan perempuan yang bernama Tengku Fiela.

Sudahla merampas GF rakan, hidupnya pula tak serupa orang Islam. Ketika kita menyambut maulidur rasul, ada pula orang yang berparti sampai pagi bergelimpangan dengan minuman keras dan maksiat.

Aidil Zafuan perlu memperjelaskan semua ini, kerana beliau adalah seorang Ikon Bola Sepak yang terkenal dinegara kita. Jika benar beliau berkelakuan seperti zaman jahilliah, Mc harap pihak Johor DT melakukan sesuatu. Walaupun ia peribadi, namun ia melibatkan imej bola sepak dinegara kita.

McTheory:
Nampak sangat Islam hanya pada IC!!

Isnin, 28 Januari 2013

PANASS!! Komen PM @NajibRazak Berkenaan Pemecatan Ustaz Nasha Dari Majlis Syura Pas!


Sebentar tadi TV3 ada menemubual Perdana Menteri mengenai Ustaz Nasharudin yang dipecat dari majlis syura Pas. Ustaz Nasha dipecat atas alasan gagal menghadiri mesyuarat. Namun bagi Perdana Menteri, alasan gagal menghadiri mesyuarat itu adalah alasan yang dicipta khas untuk memecat Ustaz Nasha.


Ustaz Nasha digugur, apabila Ustaz Nasha mengikut Perdana Menteri ke Gaza. Kunjungan Perdana Menteri ke Gaza bersama Ustaz Nasha semuanya dibuat atas perjuangan dan melawat sahabat sesama Islam.

Mungkin disebabkan wujudnya persepsi diantara dua belah pihak dan Pas menganggap kejadian tersebut tidak menguntungkan politik mereka. Lalu mereka marah dan mengambil tindakan keatas Ustaz Nasha, kata Perdana Menteri lagi.

Bagi Mc, Ustaz Nasha kena gugur disebabkan Karpal yang suruh. Nik Aziz bila Karpal suruh saja, terus bertindak mengikut arahan. Biasa la.. Karpal kan bos, Nik Aziz pencacai saja. heh..

Apa pun penguguran Ustaz Nasha dari majlis syura Pas adalah seribu rahmat buat kita semua. Barulah kita nampak apa warna sebenar Pas. Pejuang Islam di gugur, pengadai Islam di bela! Itulah Pas!!

McTheory:
Buang saja la nama Islam kat nama parti tu.. buat malu saja!

PANASS!! Komen Ustaz Nasha Selepas Beliau di gugurkan dari Majlis Syura Pas!


Tentu kita tertanya-tanya apa komen dari Ustaz Nasha setelah beliau digugurkan dari majlis syura Pas. Satu jawatankuasa tertinggi parti Pas.

Baca komen beliau,

Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa

PANASS!! Haron Din Halang Majlis Syura Pas dari Memecatan Ustaz Nasha?


Jika sebelum ini parti PAS diselubungi krisis 'u-turn' dan 'cakap pusing' tentang nama Allah, isu pemecatan Nasharuddin Mat Isa dari jawatan Majlis Syura PAS menimbulkan konflik terbaru di dalam parti tersebut.

Tidak diberitahu dengan jelas tentang sebab-sebab pemecatan tersebut tetapi akhbar melaporkan di antaranya ialah kerana Nasharuddin 'tidak hadir mesyuarat'.

Kita tidak percaya 'tidak hadir mesyuarat' merupakan sebab utama pemecatan tersebut tetapi ianya dilihat bersangkut paut dengan lawatan bantuan kemanusiaan PM Najib Razak ke Gaza, Palestine yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Bachok itu.

For what ever reasons, keputusan Majlis Syura PAS itu seperti bercanggah dengan kenyataan Dr Haron Din sebelum ini.

Seperti yang kita tahu, isu Nasharuddin Mat Isa ini pernah hangat apabila beliau menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.

Tetapi Dr Haron Din pernah berkata,
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). 
Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan"
Sila baca laporan pada 7hb September tahun lepas :
KUALA LUMPUR, 7 Sept - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak nampak mengapa perlu Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini. 
Beliau yang tetap bersetuju dengan saranan Nasharudin berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu. 
"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti. 
"Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya. 
Berhubung dengan dakwaan ada sumber dalaman mengatakan golongan 'Anwarinas' akan cuba mempengaruhi Majlis Ulama Syura yang mahukan Nasharudin Mat Isa dipecat, Haron Din berkata beliau sendiri tidak tahu sama ada isu tersebut akan dibincang di dalam mesyuarat tersebut pada Ahad ini 9 Sept 2012. 
"Kalaupun nak sampai kepada pemecatan, ia bergantung kepada sejauh mana perkara itu serius atau pun tidak. 
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan," katanya. - SH

Jika benar bukan kerja Majlis Syura PAS memecat ahlinya, bagaimana pula dengan keputusan terbaru Majlis memecat Nasharuddin Mat Isa?

Sila baca di bawah :

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut. 
Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. 
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini. 
Pengesahan ini diumumkan sejurus Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini.
Sebelum ini, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib dirinya. 
Ianya berikutan kenyataan beliau yang menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud. 
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan beliau.
Sambung baca SINI

Mc tak percaya Nasha dipecat semata-mata tidak hadir mesyuarat. Semalam Nik Aziz ada bersama Karpal Singh di Pulau Pinang untuk menyambut hari jadinya. Selepas itu, Majlis Syura membuat kenyataan memecat Nasha dari menjadi ahli majlis. Apa maksudnya itu?

Apakah Nasha di pecat atas saranan Karpal Singh yang sememangnya bencikan beliau?

McTheory:
Segalanya menjadi tanda tanya??

PANASS!! Tun Dr Mahathir Bercakap Tentang 'Masa Depan Orang Melayu'!!



Benar apa yang Tun katakan itu, ada diantara kita belum sedar apa yang sedang terjadi sekarang ni. Apakah kita mahu perkara yang buruk berlaku pada kita jika kita tidak bersatu? fikirkanlah..

VIDEO EKSKLUSIF!! Adun Pas Tipu Geran Tanah, Boleh Di dakwa di Mahkamah! - Peguam UMB @TunFaisal #SlmtknGngInas #TukarKedah





Pada yang belum baca kisah penipuan YB Pas yang ambil duit orang kampung, kononnya boleh keluarkan geran. Boleh baca kat SINI dan SINI. Rugi woo.. tak baca, sebab Pas ni selalu berlakon zuhud, Islam terlajak, tetapi sebenarnya penipu!

Sedih Mc dengar cerita yang di sampaikan orang kampung di Baling apabila terpaksa membayar duit beribu-ribu ringgit untuk membuat geran tanah di Pejabat ADUN.

Belum pernah terjadi lagi dalam sejarah di Kedah apabila pemohonan geran tanah perlu di buat di Pejabat ADUN seperti mana yang di lakukan Pejabat ADUN Kupang.

BALING  - Kerajaan Pas Kedah didakwa gagal menunaikan janji untuk memberi geran hak milik tanah kepada 119 peneroka tanah hutan di 11 buah kampung di sekitar peti undi Kampung Iboi, Kupang di sini.
Difahamkan pada 2011 dan 2012, peneroka tersebut juga membuat bayaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut keluasan tanah bagi tujuan mendapatkan geran, namun sehingga kini tiada maklum balas yang diterima.

Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi, di sini hari ini.

Seorang lagi peneroka, Leha Seman, 60 yang merupakan ibu tunggal berkata, dia juga membayar RM1,000 untuk urusan mendapatkan geran tersebut dan sehingga kini geran itu masih gagal diperoleh.

"Saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan saya untuk mendapatkan geran tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas diterima," katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, peneroka yang terlibat disaran menubuhkan jawatankuasa bertindak dengan segera bagi menangani masalah tersebut dan membuat laporan polis tentang kemungkinan wujudnya penyelewengan.

"Kita bukan hendak tuduh ada penyelewengan tetapi kita percaya berlaku hal sedemikian berdasarkan bukti dan resit yang dibawa oleh mereka yang terlibat hari ini.

"Kita hendak tahu ke mana duit yang diberikan kepada pejabat ADUN Kupang kerana sampai sekarang tiada geran dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya.

Dalam pada itu, Tun Mohd. Amar berkata, satu memorandum berkaitan hal tersebut akan dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat dan pihaknya akan melihat perkara itu dari sudut undang-undang. - Utusan


PANASS!! Nik Aziz Sambut Birthday Potong Kek Dengan Karpal Singh!!



Happy birthday Pok Nik. Happy birthday Pok Nik. Happy birthday to you. Happy birthday to you. Sambutan Maulidul Rasul Pok Nik tak benarkan. Alasan terikut-ikut dengan budaya Kristian. Potong Kek memang budaya Islam kan Pok Nik? Suka hati hangpalah juak-juak PAS!

Juak-juak Pakatan Haram hari ini gembira apabila Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sudi untuk bertandang rumah Karpal Singh dan memotong kek hari jadi. Salah seorang daripadanya adalah penulis blog dan politik terkenal, Mohd Sayuti Omar (MSO) yang menulis di laman sosial Twitter seperti di bawah:



Nak sambung baca kisah Pok Nik potong kek sambut besday boleh sambung baca kat SINI. 

Apa agaknya yang Pok Nik fikir masa potong kek tu. Dia rasa bangga atau rasa bersalah? Kalaulah yang potong tu DS Najib, dah tentu pengikut Pas sudah jatuhkan pelbagai hukum terhadap beliau. Tetapi disebabkan Nik Aziz, mereka telan saja apa saja kelakuan buruk yang orang tua tu buat.

Pas ohh Pas.. sampai bila kamu nak permainkan agama? Sampai bila?

McTheory:
Sayangkan ISLAM? TOLAK PAS!!

Ahad, 27 Januari 2013

HANGAT!! Ustaz Nasharudin Mat Isa Di PECAT PAS?!!



Akhirnya Ustaz Nasha di pecat dari keahlian dari Majlis Syura. Malah beliau sekarang menjadi ahli biasa Pas.

Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.

Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.

Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut.

Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.

Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam. - Agendadaily

Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang.

Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin.

Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.

Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.

Apapun, Nasharudin sudah dianggap ‘habuk dalam mata’ oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.

Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.

Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS.

PANASS!! Anwar Ibrahim SETUJU Bukan ISLAM Di larang Guna #KalimahAllah?


Makin lama makin berbelit-belit la puak Pakatan ni. Ada setuju, ada tidak, ada tolak, ada pertimbangkan. Mana satu yang betul ni?

Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH bagi bukan Islam di negara ini.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disalah ertikan pihak media sehingga menimbulkan salah faham.

Menurutnya, PR tidak mengeluarkan kenyataan persetujuan, sebaliknya memperakui perkara itu berdasarkan hasil perbincangan bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak kata tidak bersetuju. Ada media yang memutarbelitkan kenyataan. PR hanya berpandu kepada kenyataan Presiden Pas yang dibentangkan dalam mesyuarat Majlis PR.

"Kenyataan Majlis Syura merujuk kepada memberikan laluan berkenaan penggunaan kalimah ALLAH dengan beberapa syarat tidak dibentangkan di dalam mesyuarat Majlis PR," katanya dalam satu sidang media di pejabat PKR.

Katanya, PR hanya mengikut dan membuat keputusan untuk memperakui kenyataan Abdul Hadi.

"Saya ulang, saya hanya baca dan meneliti kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas dan kita (PR) memperakui dan sokong kenyataan tersebut," katanya.

Semalam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, Majlis Syura Pas sudah membuat ketetapan, kalimah ALLAH hanya boleh digunakan masyarakat Islam sahaja dan akan menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno jika Pakatan Rakyat (PR) bertegas membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH di negara ini.

Pada 8 Januari lalu, Majlis Pimpinan PR mencapai persetujuan bahawa penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia tidak disalahgunakan.

Isu kalimah Allah pun Pakatan tak dapat 'sepakat' dan selesaikan. Macam mana nak selesaikan perkara lain? Agaknya kalau Pakatan memerintah negara, kacau bilau la jadinya. Malaysia Utara buat lain, Selatan lain, timur lain, barat lain. Semuanya tak sama, kacau bilau Malaysia, lingkuplah ekonomi.

Maklumlah, semua nak jadi kepala, sapa nak dengar cakap Anwar tu..



McTheory:
Pas pertahankan ISLAM? Kena gejut sikit dah berselerak lari!

TUDIAA!! Porsche Ustaz Hashim Telah Di Curi??



Tak kena curi pun, cm Mc nak sambung cerita saja, pasal Ustaz naik Porsche tak habis lagi. Tapi Mc rasa Ustaz Hashim dah kantoi! Mana boleh AP yang diberikan pada wakil rakyat diberikan pada orang lain? sumber Mc ambil kat SINI!

Kan aku dah cakap.... Ustaz Hashim Jasin mesti jawab punya isu Porsche Cayman kaler hitam tu... Dan jawapan dia tu memang masuk akal laaa..

Memang Porsche tu bukan dia yang beli. Porsche tu anak dia punya. Anak dia beli guna AP dia sebagai ADUN dengan harga lebih kurang RM100,000 jer...

Memang Ustaz Hashim Jasin tak pernah bawak kereta tu pun. Anak dia je yang bawak kereta tu sampai kena saman banyak kali... maklum la.. anak Ustaz Hashim yang nama Faiz tu memang kaya... tauke sarang burung tak salah aku...

Tapiiii.....

Salah ke anak dia beli kereta Porsche? Orang lain beli takpa pun. Orang tak bising pun. Jadi kenapa nak bising pasal anak dia pakai kereta mewah tu?


Cuma kereta tu didaftarkan atas nama Ustaz Hashim saja sebab beli pakai AP dia. Jadi, apa-apa yang berlaku kat Porsche tu maka Ustaz Hashim la yang tanggung, kan?

Dan Ustaz Hashim tak boleh nafikan la Porsche tu dia punya sebab geran kereta tu atas nama dia. Lawan kat mahkamah mana sekali pun, dah confirm dia kalah punya...

Dalam ertiakata lain, PORSCHE CAYMAN TU TETAP USTAZ HASHIM JASIN PUNYA WALAUPUN ANAK DIA YANG BAYAR... heh! Tu pun kalau anak dia bayar la.


Sama la dengan Ahmad beli motor untuk anak dia pegi sekolah. Ahmad daftar atas geran namanya sendiri. Tapi motor tu anak dia yang bawak...heh! Kalau ada salah, ada saman, spin macamana pun, motor tu tetap Ahmad punya. Kalau anak Ahmad bawak kes ke mahkamah mana pun gerenti kalah!

McTheory:
Bagus Ustaz ni, siap mengaku masuk harakah lagi.. ha ha ha