Ahad, 31 Mac 2013

HOT INFO! Hati-Hati Dengan Pencuri Berkopiah Ni!



HIASAN
Seorang warga emas yang berlagak alim dengan memakai kopiah bagi menyembunyikan perbuatan jahat, akhirnya terbongkar apabila ditahan ketika mencuri sebuah kereta di tempat meletak kenderaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, Isnin lalu.

Dalam tangkapan jam 12 tengah hari, suspek berusia 58 tahun dari Jitra dan bekerja sambilan di sebuah syarikat menjual kereta di pusat bandar ini, menggunakan modus operandi mencuri kereta model lama sebelum menjual rim aloi dan aksesori termasuk radio kepada pembelinya.



Difahamkan, suspek yang mempunyai empat anak itu dipercayai menggunakan hasil jualan barangan curi itu bagi menyara keluarganya kerana mampu memperoleh mencecah puluhan ribu ringgit sejak bergiat aktif pada 2008.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, pihaknya percaya dengan tertangkapnya lelaki terbabit, polis menyelesaikan hampir 400 kes kecurian kereta di bandar raya ini bagi tempoh lima tahun lalu.

Menurutnya, suspek menggunakan modus operandi berlagak alim dengan memakai kopiah dan menggunakan kunci pendua untuk mencuri kereta di sekitar pusat bandar ini. – myMetro Online

TUDIAA!! Taktik Jahat Pakatan Sudah Di Kesan!! #TolakPR



Taktik terbaru PR yang sedang rancangkan...

Kurang seminggu dari hari mengundi, dengan menggunakan nama-nama NGO, PR akan mula masuk ke taman-taman perumahan dan kampong-kampong untuk KONON nak ajar kaum-kaum ibu cara baru mencalit dakwat di jari.

Ingat bahawa dakwat akan cuma hilang dalam masa 7 hari. Bila tiba hari mengundi kelak, golongan ini akan dihalang dari mengundi kerana sudah ada kesan dakwat.

Kalau dibenarkan juga, pihak PR akan kecohkan keadaan di pusat pembuangan undi. Jika mereka kalah, ianya akan digunakan sebagai alasan untuk memberontak dan mempertikaikan keputusan pilihanraya secara besar-besaran hingga tercetus rusuhan untuk jatuhkan kerajaan yang mendapat mandat rakyat secara haram.

HARUS INGAT, PAKATAN RAKYAT TIDAK MENANDATANGANI PIAGAM PILIHANRAYA UNTUK BERIKRAR MENJALANKAN PILIHANRAYA SECARA BERSIH DAN IKUT UNDANG-UNDANG SERTA PERATURAN.

Mereka akan laukan apa-apa demi mendapat kuasa. Jangan bagi mereka calit jari-jari sebelum hari mengundi. Jika ADA, laporkan pada polis dengan segera.

Sebarkan pada semua ketua PDM utk tindakan. - Pisau Kedah

McTheory:
Celaka punya Pakatan, tak sudah-sudah main jahat!

HOT INFO! Penganas Sulu Mengaku Islam Tapi Taktau Mengucap Syahadah? #Pray4Sabah

Datu Amir Bahar-Pemerintah tentera Sulu Yang berjaya ditahan di Semporna
Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.
Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan  sepanjang operasi itu.
“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.
“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.
Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.
Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.
Mengulas lanjut, sumber itu memberitahu, berdasarkan soal siasat, anggota pengganas yang ditahan itu mendakwa mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.
Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.
“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.
Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.
Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.
Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.

HOT INFO! Apa Itu #ESSCOM Penubuhannya Buat Kiram 'Syaitan' Sulu Kecut Perut! #LahadDatu




Keputusan tepat dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bilamana beliau mengumumkan pembentukan ESSCOM bagi membendung tragedi Lahad Datu berulang kembali.

Keputusan membentuk zon kawasan keselamatan itu bukanlah satu perkara baru dalam sejarah negara.

Ironinya, pada masa allahyarham Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri, keputusan sama telah dibuat namun berdasarkan faktor ancaman dari pihak yang berbeza. Rajang Area Security Sommand atau ringkasnya RASCOM diwujudkan bagi membendung kegiatan komunis yang mengancam keselamatan dan kedaulatan tanahair Malaysia tercinta.

ESSCOM turut diumumkan ekoran kejadian ganas yang dilakukan oleh penceroboh bersenjata bertujuan mengganggu-gugat keselamatan awam dan tanahair serta kesucian dan kedaulatan Malaysia yang merdeka melibatkan negeri Sabah.

RASCOM

Pada tahun 1972, Rajang Area Security Command atau lebih di kenali sebagai RASCOM ditubuhkan. Penubuhan adalah berdasarkan kepada beberapa insiden pembunuhan, kekacauan dan pemusnahan harta awam di Bahagian ke-3 Sarawak oleh-ahli Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU). Sehubungan itu, surat arahan No 4, Majlis Keselamatan Negara bertarikh 1 April 1972 telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Haji Abdul Razak bin Dato’ Hussein selaku Pengerusi Majlis Keselamatan Negara bagi menubuhkan 3rd Division Area Security Command (3rd DASC) yang beribu pejabat di Sibu.

Kawasan operasi RASCOM meliputi keseluruhan Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit. Di tubuhkan dengan tiga komponen yang terdiri daripada unit tentera, Polis dan awam dan Ketua Menteri Sarawak dilantik sebagai Pengarah Operasi Negeri. Kewujudan RASCOM berjaya menghakis ancaman komunis di Sarawak dan bekas komunis telah kembali ke pangkuan masyarakat selepas berlakunya perletakan senjata dan penyerahan seramai 585 ahli PKKU yang diketuai oleh Bong Kee Chok dalam Operasi Aman pada tahun 1973 dan pada tahun 1986, Ubong anak Nuing beserta 40 orang ahli turut menyerah diri.

Ancaman keganasan komunis berakhir pada 17 Oktober 1990 apabila Kerajaan dan PKKU menandatangani perjanjian di Kuching apabila 52 anggota PKKU menyerah diri dan dengan itu RASCOM dibubarkan mengikut keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 November 1994.

9 Skuadron Semboyan Diraja dulu dikenali dengan nama Skuadron Semboyan RASCOM ditubuhkan dengan rasminya pada 26 Mac 1972. Penubuhan Skuadron ini adalah selaras dengan terbentuknya formasi RASCOM (Markas Pemerintah Keselamatan Rejang). Pada asalnya Skuadron ini ditubuhkan serentak bersama Markas RASCOM di Jalan Kampung Pulau, Sibu, Sarawak. Selepas itu, pada bulan Mei 1976, ia telah dipindahkan ke Kem Pagar Ruyong (yang dikenali dengan nama Kem Lapangan Terbang) yang terletak di Lapangan Terbang.




Keadaan keselamatan yang kian terancam akibat dari ancaman-ancaman oleh anasir-anasir komunis yang kian hebat di kawasan tersebut membuatkan perlunya ada sebuah formasi yang bertanggungjawab membendung kegiatan-kegiatan komunis ini. Kedudukan Pusat Pemerintahan 3 Briged yang terletak di Kuching adalah sangat jauh untuk membolehkannya mengawasi keadaan keselamatan kawasan Sungai Rejang. Tambahan pula tanggungjawab keselamatan yang dipikul oleh Markas 3 Briged telah pun dianggap terlalu berat. Oleh yang demikian, pada awal tahun 1972, keputusan dibuat untuk menubuhkan satu lagi formasi di Sarawak iaitu Markas RASCOM. Penubuhan Markas RASCOM ini mewujudkan keperluan bagi menubuhkan Skuadron Semboyan RASCOM untuk menyedia serta mengendalikan bantuan perhubungan. Ketua Skuadron Semboyan RASCOM yang pertama setelah penubuhannya ialah Mejar Wong Wai Kiong.

Di peringkat awal penempatannya, hanya Markas Skuadron, Trup Teknik/Kenderaan dan Trup Radio ditempatkan di Kem Lapangan Terbang. Trup Semboyan Markas RASCOM telah ditempatkan di Markas RASCOM di pekan Sibu, manakala Trup Stornya ditempatkan di Jalan Sungai Antu, Sibu. Hal ini merumitkan pentadbiran disebabkan trup-trup tersebut berada di jarak yang jauh di antara satu sama lain. Kerumitan ini dapat di atasi apabila Skuadron berpindah ke lokasi baru di Kem Batu 10, Jalan Oya, Sibu pada 30 Oktober 1977.

Walaubagaimanapun, Pusat Komunikasi Sibu masih berada di pekan Sibu untuk menampung keperluan komunikasi Markas RASCOM.

Markas RASCOM adalah terdiri daripada elemen-elemen pihak tentera, polis dan awam. Percantuman ini bertujuan untuk menjalankan tugas gerakan yang lebih efektif lagi. Skuadron Semboyan RASCOM adalah bertanggungjawab untuk memberi bantuan serta menyediakan segala keperluan perhubungan. Kemudahan perhubungan yang diadakan adalah merangkumi keseluruhan kawasan Sungai Rejang, sungai yang terpanjang di Sarawak. Unit-unit Infantri sentiasa berada jauh antara satu sama lain semasa menjalankan gerakan. Hal ini menimbulkan beberapa kesulitan perhubungan dan telah dapat di atasi dengan jayanya oleh Skuadron tersebut.

Perjawatan bagi Skuadron Semboyan RASCOM adalah sama dengan Skuadron Semboyan Briged yang lain. Pada peringkat permulaan penubuhan, hanya terdapat 5 orang jururadio dan pemandu yang menjadi asas kepada Skuadron ini. Anggota-anggota ini didatangkan dari Trup Skuadron Semboyan 3 Briged. Dari masa ke semasa keanggotaan Skuadron ini ditambah bagi mengisi perjawatan-perjawatan yang belum dipenuhkan. Proses ini mengambil masa yang lama dan dari tahun ke tahun Skuadron ini terus berkembang, sesuai dengan perjawatan sebuah Skuadron Semboyan Briged.

Kini, keanggotaan Skuadron adalah mengikut perjawatan tetap iaitu seramai 6 Pegawai dan 196 LLP. Pada keseluruhannya, Skuadron telah berjaya dan banyak memberi bantuan dari segi perhubungan di dalam gerakan dan latihan di Sarawak. Skuadron ini masih kekal di Kem Batu 10, Jalan Oya, Sibu Sarawak hinggalah sekarang.

Selepas 14 tahun berada di Kem Batu 10, Jalan Oya, pada 8 Disember 1991, Skuadron ini telah diarahkan berpindah ke Kem Sri Rejang iaitu lebih kurang 6 km dari bandar Sibu. Walaubagaimanapun, PUSKOM Skuadron masih tetap berada di Markas RASCOM. Perpindahan disebabkan KD Sri Rejang yang berpangkalan di kem tersebut telah dibubarkan berikutan operasi di kawasan RASCOM telah berkurangan. Semasa berada di kem tersebut, Skuadron telah diperuntukkan dengan bangunan-bangunan baru termasuk kemudahan untuk anggota-anggota bujang yang memuaskan. Untuk anggota yang berkeluarga, mereka kekal di RKAT Kem Batu 10 dan sebahagian kecil menyewa rumah di sekitar Kem Sri Rejang.

Selepas 3 tahun berada di Kem Sri Rejang, sekali lagi Skuadron telah diarahkan berpindah semula ke Kem Batu 10 pada 4 April 1993. Perpindahan tersebut adalah disebabkan Kem Sri Rejang akan diambil alih oleh Rejimen 510 (AW) yang sebelum ini berpangkalan di Batu Pahat, Johor. Skuadron telah diperuntukkan dengan bangunan lama iaitu bangunan yang pernah diduduki sebelum ini walaupun ianya tidak mencukupi sementara PUSKOM masih tetap ditempatkan di MK 9 Briged. Disebabkan jarak antara pasukan-pasukan yang berada di Kem Batu 10 dengan MK 9 Briged lebih kurang 15 km, maka Skuadron telah menubuhkan sebuah PUSKOM di Kem Batu 10 bagi memudahkan segala urusan penghantaran kawat dan KHS.

Awal tahun 1990an, kebanyakan tugas operasi dan gerakan Markas RASCOM lebih tertumpu kepada latihan-latihan biasa seperti briged-briged yang lain kerana ancaman Komunis Kalimantan telah dapat diatasi melalui gerakan-gerakan sebelum ini. Oleh kerana ancaman telah berkurangan maka pihak atasan telah mengarahkan Markas RASCOM dan pasukan-pasukan di bawah naungan melaksanakan latihan bercorak CW dan latihan-latihan kemahiran serta ketukangan pasukan masing-masing.

Sepanjang tahun 1991, Skuadron telah terlibat di dalam EGT dan EGL pasukan-pasukan infantri. Skuadron juga terlibat di dalam memberi bantuan komunikasi kepada pasukan bantuan perkhidmatan dalam latihan mereka.

Pada 6 April 1995, Markas RASCOM yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan rasminya telah dibubarkan oleh PTD dan ditubuhkan Markas 9 Briged. Acara pembubaran RASCOM telah disempurnakan di Kem Oya. Dengan pembubaran tersebut, semua pasukan-pasukan di bawah pemerintahan RASCOM telah ditukarkan designasi mereka.

Kegiatan ketenteraan dan perisikan pula dipertanggungjawabkan kepada pasukan tentera dan Polis Diraja Malaysia sebagai penggerak utama membanteras pengaruh dan ideologi komunis. untuk merangka pelaksanaan pentadbirannya, penglibatan pasukan tentera dan polis disertakan dengan penggunaan sistem jawatankuasa yang mempunyai jawatankuasa utama seperti :-

i) Jawatankuasa Rascom yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, yang dilantik dari kalangan Pegawai Pentadbiran Kanan Negeri Sarawak secara pinjaman, dengan bidang tugas menggubal segala dasar berkaitan aktivitinya. Dalam melaksanakan tugasnya, Ketua Pegawai Eksekutif dibantu oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, Principal Staff Officer ( PSO AWAM), PSO (tentera), dan PSO (polis).

ii) Jawatankuasa Perancangan Gerakan yang dipengerusikan oleh Panglima Pasukan Keselamatan Rascom, dengan bidang tugasnya sebagai Pengerusi Perangcangan Operasi dan merancang gerakan di kawasan Rascom serta bertindak sebagai penasihat utama gerakan pasukan keselamatan kepada Pengarah Gerakan Neger. Keanggotaannya juga meliputi PSO awam, polis dan tentera.

iii) Jawatankuasa Perang Saraf yang dipengerusikan oleh PSO awam dibantu oleh PSO tentera dan PSO Polis, dengan bidang tugasnya bertanggungjawab bagi merancang dan melaksanakan segala kegiatan perang saraf dan gerak saraf di dalam usaha membanteras perkembangan ideologi komunis di kawasan Rascom.

iv) Jawatankuasa Keselamatan BAhagian yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian dengan keanggotaan yang terdiri daripada Pegawai Daerah, Pegawai Kanan Polis Daerah, Pegawai Kanan Tentera Daerah, manakala Jawanatankuasa Keselamatan Daerah pula dipengerusikan oleh Pegawai Daerah. Peranannya melaksanakan perancangan yang dibuat oleh jawatankuasa lainnya dalam Rascom. Misi pasukan keselamatan rascom dalam operasi ofensif melawan gerakan militan komunis ialah Mencari dan Memusnah ( search and destroy).

Secara keseluruhannya operasi Rascom yang pernah dilaksanakan ialah Operasi utama (7), Operasi kecil ( 17) , Operasi Kerangka (2) , Operasi bersama 3 Briged (2).

ESSCOM


Pembentukan ESSCOM telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke kawasan Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah pada 6 Mac 2013 ekoran kejadian pencerobohan oleh sekumpulan pengganas dari Kepulauan Sulu di kawasan Tanjung Labian yang berlaku sejak 12 Februari 2013.
Visi ESSCOM ialah “Sabah Negeri Yang Selamat, Aman, Makmur dan Sejahtera” manakala Misi ESSCOM pula ialah untuk “Menjadikan Kawasan Pantai Timur Sabah Sebagai Kawasan Selamat, Aman, Makmur dan Sejahtera”.


Objektif ESSCOM adalah bertujuan untuk :-

a. Mengekang dan menghapuskan semua bentuk ancaman keselamatan di Pantai Timur Sabah

b. Meningkat dan mengukuhkan pengurusan keselamatan di Pantai Timur Sabah.

c. Penstrukturan semula kawalan, penguatkuasaan, operasi keselamatan di Pantai Timur Sabah;

d. Menstrukturkan semula sosio ekonomi penduduk di Pantai Timur Sabah; dan

e. Memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab agensi keselamatan serta awam melalui kerjasama secara terselaras dan bersepadu di dalam meningkatkan kawalan keselamatan di Pantai Timur Sabah.
Konsep Penubuhan ESSCOM adalah :-

a. Untuk memelihara Kedaulatan Negara dan Menjamin Keselamatan Rakyat;

b. Untuk mengembalikan semula keamanan dan kestabilan;

c. Untuk mewujudkan benteng pertahanan (Defence Line) yang menganjur dari Kudat ke Tawau yang turut merangkumi daerah-daerah di dalamnya;

d. Untuk menghapuskan ancaman semasa serta ancaman masa hadapan; dan

e. Untuk meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup rakyat.



Komponen ESSCOM turut merangkumi aspek Keselamatan, Pembangunan dan Gerak Saraf serta Perang Saraf (GSPS).

Terma Rujukan ESSCOM akan merangkumi aspek-aspek berikut :-

a. Beroperasi di kawasan tangungjawab meliputi daerah dari Kudat ke Tawau yang turut merangkumi Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak dan Semporna;

b. Bertanggungjawab terus kepada YAB Ketua Menteri Sabah selaku Pengarah Gerakan Negeri;

c. Menjadikan Lahad Datu sebagai Pusat Operasi;

d. Tambahan 5 batalion pasukan keselamatan yang terdiri dari ATM dan PDRM di Kawasan Tanggungjawab (KTJ);

e. Penyusunan semula penduduk melalui penstrukturan penempatan dan aktiviti sosio ekonomi;

f. Pelaksanaan arahan, tindakan dan gerakan keselamatan secara terancang, bersepadu, terselaras dan berterusan;

g. Memperkukuhkan kawalan dan penguatkuasaan keselamatan meliputi Imigresen, Kastam, Maritim, Pelancongan, Perdagangan, Penyeludupan dan Persempadanan;

h. Pusat pengumpulan dan penyelarasan maklumat keselamatan;

i. Mengambil kira keperluan perundangan, pengarahan, perisikan dan ancaman yang turut meliputi pengawasan dan pengesanan terhadap musuh;

j. Pengebalan minda masyarakat melalui peningkatan semangat patriotisme yang tinggi dan bertindak sebagai benteng keselamatan secara menyeluruh;

k. Kerjasama dan tindakan secara terselaras, bersepadu dan berterusan di kalangan semua agensi ketenteraan, kepolisian dan awam melalui konsep Blue Ocean Strategy;

l. Medium perbincangan dan penentuan pelan tindakan arahan serta perlaksanaan langkah-langkah keselamatan; dan

m. Melaksanakan sepenuhnya konsep pertahanan dan keselamatan secara menyeluruh / komprehensif.

Kawasan Tanggungjawab (KTJ) ESSCOM akan terdiri dari keseluruhan kawasan Pantai Timur Sabah yang menganjur daripada Kudat ke Tawau yang turut meliputi daerah-daerah Pitas, Kota Marudu, Beluran, Kinabatangan, Sandakan, Kunak, Lahad Datu dan Semporna. Persempadanan kawasan KTJ adalah berdasarkan sempadan setiap daerah terlibat dan kawasan perairan serta pulau-pulau di dalamnya.

Secara ringkas, Struktur Organisasi dan Pengurusan Pentadbiran Serta Perjawatan ESSCOM adalah seperti gambarajah kedua di atas.

Struktur Organisasi ESSCOM akan menetapkan perlantikan YAB Ketua Menteri Sabah sebagai Pengarah Gerakan dan manakala seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) akan dilantik untuk menjalankan segala urusan pengarahan, pengawalan serta pengurusan ESSCOM. Struktur Organisasi ini juga akan terdiri dari pengwujudan empat komponen iaitu Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) . Selain itu, terdapat seksyen atau unit yang akan bertanggungjawab secara terus kepada CEO iaitu Ketua Penyelasas (Awam), Ketua Penyelaras (PDRM), Ketua Penyelaras (APMM), Ketua Penyelaras (ATM), Ketua Penyelaras (Perisikan) dan Ketua Penyelaras (Pendakwaan) ditambah baik dengan perjawatan bagi Komander Pasukan Keselamatan/setaraf (awam).
Penubuhan Kumpulan Kerja Eksekutif ESSCOM yang dipengerusikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah manakala Setiausaha Keselamatan Negeri Sabah akan bertindak sebagai Setiausaha Kumpulan Kerja ini. 

Ahli-ahli kumpulan kerja ini terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah, PDRM, ATM, APMM, Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Bahagian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Lima (5) Kumpulan Kerja Kecil (KKK) ESSCOM telah dibentuk iaitu KKK Keselamatan yang dianggotai oleh KDN, MINDEF dan JPM (APMM) dan beberapa agensi berkaitan. Manakala Lead Agency untuk KKK Pembangunan adalah Setiausaha Persekutuan Sabah manakala Gerak Saraf dan Perang Saraf akan diketuai oleh Majlis Keselamatan Negara. Bagi Kumpulan Kerja Kecil Perundangan, akan dianggotai oleh Jabatan Peguam Negara dan Pejabat Peguam Negeri Sabah dan KKK Operasi akan digerakkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

MA/GH

Sumber : TMS

TUDIAA!! Sutan 'MerengMahawangsa Bertitah Lagi Bentang Manifesto!!



Mc sebenarnya malas nak layan mamat yang mengaku diri sebagai 'Sultan Merongmahawangsa' tu, tapi disebabkan dia ada manifestonya tersendiri, iaitu berjanji akan memberi elaun sara diri pada rakyat jika dia menjadi 'Sultan' kelak, itu yang Mc tertarik sangat tu. he he he..

Janji mamat Merengmahawangsa ni dah serupa macam Buku Jinggay Pakatan Haram la pulak. Apakah mamat Merengmahawangsa ni sebenarnya merupakan penyokong tegar Pakatan Haram? he he..

17 Jamadilawwal 1434

29 Mac 2013

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera kepada semua umat rakyat Beta di Malaysia dan juga seluruh Nusantara.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yangmemerintah sekalian alam Solawat dan Salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW dan Para2 Sahabat SAW. Syukur Alhamdulilah, Beta amat terharu dan bersyukur ke Hadrat Allah SWT begitu ramai sekali umat rakyat Beta yang mengikuti tentang hal Beta ini benar atau pun palsu akan ceritanya.
Pelbagai komen.pendapat,caci maki dan pelbagai-bagai lagi,Alhamdulillah Beta bersyukur ada juga umat yang di gerakan oleh Allah untuk mengikuti tentang Beta ini untuk mencari akan kebenaran tentang ceritanya.

 Beta berdoa memohon kepada Allah SWT agar di beri kekuatan untuk melaksanakan TUGAS dan AMANAH yang di berikan dan menunaikan perintahNya. InshaAllah kebenaranya pasti akan tiba nanti bila jadual dan waktu dari Nya sudah tiba.

InshaAllah setelah Beta menaiki takhta Negeri Kedah dan YDP Agong Malaysia @ Raja Nusantara secara rasmi dalam waktu terdekat, Allah akan turunkan dan naikan kekayaan dari langit dan bumi (sudah tersedia) sebagai anugerah kepada Beta untuk umat sebagai keperluan pemeritahan Akhiruzaman Fasa 1. 

Apapun kekayaan ini bukan lah maksud kepada pemerintahan Beta, iannya hanya keperluan dunia untuk maksud jalan ke akhirat dengan berpegang dan berlandaskan AQURAN DAN SUNNAH SAW.

Mengajak umat kembali Esakan Allah dan Taat kepada Rasul serta kembali hidup di JALAN AMALAN KENABIAN juga untuk membebaskan diri umat daripada syirik kepada Allah seperti zaman sekarang ini dan terkeluar dari fitnah Dajjal.
Dengan ini juga sebagai keperluan dunia untuk maksud jalan ke akhirat Beta telah merancang dan mencadang akan beberapa perkara sebagai keperluan untuk umat rakyat Beta di Malaysia sebagai contoh pemerintahan.

Antara cadangan cadanganya seperti berikut:

Elaun sara hidup seisi keluarga(Islam) DL2000-3000@RM sebulan selama 10 tahun

Elaun sara hidup seisi keluarga(bukan Islam DL1000-1500 @ RM sebulan selama 10 tahun

Elaun perkahwinan (isteri pertama sahaja) DL10,000 @ RM

Potongan 50% harga barang keperluan umat seperti Petrol,Minyak Masak,Gula,Beras dan yang lain-lain bersangkutan dengan keperluan dapur.

Tol di hapuskan sama sekali.

Pembelajaran percuma bermula dari anak berumur 5 tahun sehingga keperingkat Universiti.

Lain-lain cadangan akan di bincangkan bersama dengan Majlis Ulama Syura Kabinet Negara

INSHAALLAH..

Dari:Tuanku Sultan Raja Merongmahawangsa II @ Raja Nusantara @ Sultan Kedah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Timbalan YDP Agong Malaysia

Komen:
Memang sah mamat Merengmahawangsa ni ada masalah mental. Sesiapa tolong bagi ubat kat mamat ni, taktau la dia ni kurang makan ubat, atau terlebih makan ubat. Tapi apa yang nyata, janji mamat merengmahawangsa ni, seirama macam janji Pakatan Haram. he he..

McTheory:
Satu geng mereng macam Anwar jugak kot?

PANASS!! Bukti Penglibatan Anwar Dalam Krisis Lahad Datu! #Pray4Sabah




SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA KE ATAS PENGLIBATAN ANWAR KE ATAS PENCEROBOHAN PENGGANAS KIRAM DI LAHAD DATU WAJAR DISEGERAKAN
DIKEMASKINI 26 MAC 2013

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

16.7.2012 - Raja Petra Semalam mengesahkan Laporan kami di atas di mana menurut Raja Petra pertemuan tersebut berlangsung di Hotel Crwone Plaza, Jakarta. Ianya diatur oleh seorang sahabat Anwar yang juga Ahli Parlimen Indonesia. Baca lanjut di sini http://malaysia-today.net/mtcolumns/55331-the-untold-story-of-the-lahat-datu-incident

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

4.8.2012 - Raja Petra sekali lagi mendedahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari diadakan di Manila menggunakan kapal terbang MH704. Dalam pertemuan tersebut, Anwar meminta bantuan Nur Misuari untuk memenangkannya dalam PRU13 dengan membuat "sesuatu" di Sabah menjelang PRU13.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG"

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAHNAK HILANG"

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara salah di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG"

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence.Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12.2013.

- Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh PGA.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. Tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

- Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

- Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

- Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA!

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palauk yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

- Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama mereka sejumlah Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seprti parang dan pisau.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar dan Dijanjikan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palauk kami di Kunak dan Lahad Datu menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim" (Butiran maklumat akan menyusul selepas ditranslate ke dalam bahasa Melayu).

25.3.2013 - Bekas pendokong Anwar Ibrahim di alam siber, Raja Petra Mengesahkan Anwar Ibrahim beberapa kali menemui Nur Misuari untuk membincangkan hal-hal memenangkan Anwar Ibrahim dalam PRU13 khususnya di Sabah.

- Perdana Menteri mengumumkan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) di kawasan timur Sabah yang merangkumi 10 daerah.

*Nota : Pertemuan Anwar dengan Nur Misuari ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada pertengahan tahun 1990an tidak disertakan.


Sumber Keris7Lok

Sabtu, 30 Mac 2013

PANASS!! PKR dah Jumpa Pelakon Lucah Mirip Anwar? #FitnahPR


Err.. err.. Mc taktau nak kata apa. Depa punya la nak nafikan video china doll Anwar tu, hingga sanggup cari orang berwajah sama dan upah pelacur mana untuk berlakon dalam video baru depa tu. Teruk bangat ehh..



Laporan Fremalaysiakini - DALAM usaha untuk membuktikan bahawa beberapa video seks lucah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu fitnah dan boleh dibuat dengan teknik-teknik tertentu, Pakatan Rakyat telah berjaya meniru semula pembikinan video lucah tersebut dan akan dijadikan sebagai antara bahan kempen utama dalam pilihanraya akan datang.

Dalam erti kata lain, video itu sudah siap dan hanya menunggu masa untuk digunakan.

Selain adegan-adegan seks, video tersebut juga memberi penerangan secara terperinci bagaimana imej seseorang itu boleh ditiru untuk digunakan di dalam pembikinan video seumpama ini.

Jangan bimbang, video ini dirakamkan di Thailand dan tidak melibat seorang pun orang Islam selain adegan seks itu akan dikaburkan dengan teknik tertentu.

Video ini, selain menggunakan khidmat solekan khas dari Hollywood, turut menggunakan pelakon yang mempunyai susuk tubuh yang hampir sama dengan Anwar yang di datangkan khas dari Indonesia.

Video ini turut diarahkan oleh seorang pengarah muda yang sedang meningkat naik itu mampu membuktikan kepada rakyat bahawa sememangnya Anwar tidak terlibat dan video sebelum ini hanyalah satu fitnah.

Komen:
Ohh ok.. Anwar tak terlibat, ini semua fitnah UMNO. Biasa la puak ni memang selalu tuduh UMNO pun. Hadi Awang pun pernah kata, kamera dan video tu besi, tak boleh buat bahan bukti, tak sah. Tapi kenapa puak ni sibuk sangat nak buktikan dalam video seks tu bukan Anwar?

Lagi satu Mc tak faham, kenapa perlu bersusah payah hasilkan video seks mirip Anwar? Rakyat Malaysia hanya mahu Anwar tunjuk jam omega dan bersumpah laknat, tu saja. Namun setelah lepas dari setahun pun Anwar masih lagi gagal menunjukan

PANASS!! Pas Perlis Yakin Boleh Menang Tanpa Ustaz Haron Din? #TolakPas


Dah lama Mc tak sentuh mengenai politik Perlis. Sebenarnya, politik Perlis tidaklah menarik sangat seperti negeri lain. Kerana di negeri Perlis sebenarnya mempunyai jentera UMNO yang kuat, tapi disebabkan terlalu kuatlah hingga ada sesetengah daripada mereka lupa diri.

Mc taknak sentuh pasal tu, sebab Mc percaya sebarang masalah dalaman dah diselesaikan oleh UMNO negeri. Biasa la, adik beradik mana yang tidak bergaduh. Sekarang ni kita tumpu Parlimen Arau (P003) antara yang paling awal memutuskan calon-calon yang akan bertanding pada PRU13 nanti.

Dengar kata pembahagian kerusi PAS ini sedikit sebanyak membuatkan Umno BN di negeri itu tidak senang duduk, betul ke?

Parlimen Arau mempunyai lima Dun iaitu N11 Pauh, N12 Tambung Tulang, N13 Guar Sanji, N14 Simpang Empat dan N15 Sanglang. Pada PRU12, calon PAS, Datuk Dr Haron Din yang memperolehi 16,451 undi tewas kepada calon BN dengan majoriti hanya 300 undi.

Jumlah pengundi P003 pada PRU13 adalah 43,061 orang di mana pengundi kaum Melayu seramai 37,044, Cina (3,437), India (686), dan Siam (1,078).

Kalau atas kertas Parlimen Arau memang kawasan UMNO/BN. Sebab tu dulu Pas letak Haron Din pun Pas kalah sebab orang Perlis ni memang 'kuat UMNO'.

Namun ada cerita disebalik kekalahan Ustaz Haron Din. Beliau sebenarnya disabotaj oleh individu tertentu dalam Pas yang mahu menjadi calon. Kalau tidak bagaimana seorang nama  besar seperti beliau boleh tumbang?

Walaupun beliau kalah dengan majoriti yang kecil, namun banyak orang tempatan memberitahu, jentera Pas tempatan tidak membantu Ustaz Haron Din untuk memenangi kawasan tersebut. Kiranya beliau disabotaj oleh orang parti sendiri.

Kini, Pas tempatan dikhabarkan menolak jika Haron Din dicalonkan lagi dikawasan Parlimen Arau. Mereka mahu orang lain yang lebih layak dan lebih arif dalam politik. Andaikata kalau Pas Pusat tetap mencalonkan Ustaz Haron Din, beliau akan disabotaj lagi oleh jentera tempatan.

Kesian pula Mc dengar kisah Ustaz Haron ni, seorang Ulamak hebat dalam negara ditolak mentah-mentah oleh Pas? Apakah ada pemimpin tertinggi  Pas yang merancang untuk menjatuhkan Ustaz Haron Din?

Mari sama-sama kita perhatikan konspirasi tertinggi parti Pas untuk menghancurkan karier politik Ustaz Haron Din.


McTheory:
Hapuskan Ulamak? Itu cogankata terbaru Pas!!

TUDIAA!! Saman Adalah Senjata Penutup Mulut Demokrasi Pundek Ala Pakatan! #TolakPR


Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang tidak gentar dengan ancaman untuk disaman oleh Seri Temin Development Corporation (M) Sdn. Bhd. (Seri Temin) berikutan isu kegagalan kerajaan Pas Kedah menyiapkan rumah kos rendah dan mampu milik Projek Bandar Sejahtera Pokok Sena.

Keng Liang berkata, pihaknya mendapat tahu mengenai saman tersebut melalui berita yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina hari ini.

"Apa yang mereka buat adalah percubaan untuk mendiamkan Pemuda Gerakan Kedah, jadi kami ingin tegaskan bahawa saya ada tanggungjawab untuk bercakap mengenai isu-isu rakyat di Kedah.

"Apa yang tidak betul saya akan kata. Ini adalah satu pembunuhan politik yang mereka cuba kenakan kepada saya, mereka nak buat imej saya seperti tidak boleh dipercayai," katanya kepada pemberita di sini.

Keng Liang menegaskan, beliau tidak takut dengan ancaman saman itu sebaliknya sentiasa bersedia untuk bertemu di mahkamah.

Mengulas lanjut, katanya, rakyat negeri ini harus mengambil iktibar dengan perkara tersebut kerana walaupun pakatan pembangkang menghebahkan mereka adalah sebuah parti yang berpegang kepada prinsip demokrasi dan rakyat mempunyai hak untuk bersuara, namun hakikat sebenar adalah sebaliknya.

"Bila ada pihak persoalkan mereka, mereka terus guna taktik untuk mendiamkan pihak tersebut sama ada saman atau dikenakan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Sebenarnya mereka ini yang pantang dikritik dan saya harap rakyat buat satu keputusan yang tepat untuk memilih pemimpin dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti," jelasnya.

Keng Liang dalam sidang akhbar 6 Jun 2012 mendedahkan janji pakatan pembangkang dalam Buku Jingga untuk menyediakan rumah mampu milik hanya tinggal janji apabila kerajaan Pas Kedah didapati gagal menyiapkan projek perumahan kos rendah di bandar raya ini.

Ini kerana dakwanya, projek perumahan bercampur berasaskan rumah mampu milik di Pokok Sena bernilai RM230 juta masih gagal disiapkan sekali gus menganiaya para pembeli.

Projek yang dinamakan Bandar Sejahtera Pokok Sena oleh Seri Temin iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) itu telah dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Januari 2010. - UTUSAN

Komen:
Mr Tan, rilek laa.. Pas Kedah sekarang tengah gabra, sebab tu depa nak saman untuk tutup mulut orang. U sudah bagi depa takut, jangan takut Mr Tan, teruskan perjuangan. TMK Support penuh sama lu. Sudah sampai masa kita londeh balik apa yang Pas Kedah buat semalam ni.

McTheory:
Kita balas balik macam apa yang depa buat kita dulu!

PANASS AIHH! Apabila Muslimah Pas Selak Kain Bergaduh Sesama Sendiri! #TukarKedah #TolakPas

hiasan..

Siapa kata Pas tak mempunyai masalah dalaman? Baru-baru ni ada cerita 'baik punya' cerita pasal muslimah Pas 'angkat kain' bergaduh sesama sendiri. Punca pergaduhan sebenarnya 'dengki berdengki' la..

Cerita yang Mc dapat macam ni, dalam satu kawasan tu, ada dua muslimah Pas yang sedang bersaing untuk berniat untuk menjadi calon. Masing-masing nak tunjuk diri tu baik dan 'berkebajikan'. Nak dijadikan cerita, adalah sebuah kenduri dikawasan berkenaan.

Muslimah A ni dah berjanji nak bagi sponsor penuh ayam kat kenduri tu, adalah berpuluh ekor jugaklah. Tiba-tiba, dilawan pada Muslimah A tadi, si Muslimah B, terlebih dahulu membeli ayam dan segala keperluan pada kenduri terbabit.

Bila si Muslimah A tahu perkara tersebut, maka gegak gempita la alam disekelilingnya. Dengan berang dan bengangnya, Muslimah A turun mengadap Muslimah B. Maka pertengkaran berlaku, kemudian apabila 'jangka suhu' sudah melebihi tahapnya.

Pertengkaran bertukar menjadi pergaduhan ngeri diantara dua orang makcik yang bertudung labuh dan berlakon baik. Habislah tersingkap dan terselak barangan-barangan dalaman, nak dijadikan cerita, ketika pergaduhan berlaku, si Muslimah B telah berjaya mendapat rantai (rantai kunci pintu rumah) dan melibas Muslimah A di dada.

Libasan tersebut menyebabkan Muslimah A koma separuh jalan! Nasib baik tak mati, kalau tak jadilah kes pembunuhan. he he..

Selepas Muslimah A dilibas dan KOMA, orang kampung membawa pulang Muslimah A ke rumah. Ketika di rumah, ada si anak Muslimah A, melihat keadaan ibunya yang hampir KOMA kena libas dengan rantai, menyebabkan anak Muslimah A mengamuk sakan.

Tercabutlah lebai petanda kealiman Pas pada Nik Aziz. Dicarinya Muslimah B yang telah mencederakan ibunya tetapi tak jumpa, yang ada cuma kereta Muslimah B. Dengan perasaan hasutan DAP syaitan, si anak mengambil kayu dan menghancurkan kereta si Muslimah B.

Kejadian ini disaksikan sendiri oleh penduduk dikawasan berkenaan. Namun orang Pas ni, depa tak bagi report polis, takut perkara ni menjadi heboh. Untuk mengelakan kemaluan diantara dua Muslimah A dan Muslimah B tersebar dan terbongkar, lalu Mc tak letak nama.

Tapi kalau ada cacai Pas nak cabar Mc letak nama atau gambar silakan, sebab Mc taknak letak, namun disebabkan cabaran Mc terpaksa letak. he he..

Moral cerita ni senang saja, sapa kata masalah dalam Pas tak kritikal, depa cuma selindung saja. Kita tengok  muslimah Pas ni macam baik kan, tapi bila bergaduh, habis terselak oii.. kena hasutan DAP syaitan la tu.

he he he..

McTheory:
Depa ni luar saja nampak baik, tapi dalam, perghh.. busuk siot!

PANASS AIHH!! Video Anwar 'TERKAM' Mahasiswa Pula Tersebar? #TolakPR

Muka orang tua gila


Sebelum ni yang ada cuma babak mengayat, kali ni babak apa pulak? Puas la puak cacai dok gelisah spin sana spin sini. Tapi Mc nak tengok apa pulak yang terjadi lepas ni.

Babak terakhir didalam video ini, Anwar Ibrahim MENERKAM remaja lelaki berumur 19 tahun tu. TERKAMAN yang datang secara tiba tiba dan disinilah yang menariknya kerana rakaman melalui TALIFON Bimbit remaja lelaki itu masih lagi terpasang dan memaparkan adengan yang begitu JIJIK untuk dijadikan Anwar Ibrahim sebagai contoh pemimpin rakyat Malaysia.

Berbalik kenyataan Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang PERAMAH, teringin juga nak bertanya kepada Rafizi Ramli apakah Rafizi Ramli sendiri pernah diterkam oleh Anwar Ibrahim?

Kesalahan Rafizi Ramli Jambu Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Video ini ialah :

"Saman terhadap Papa Gomo adalah keseluruhan, kita (orang Islam), ayat Quran cukup jelas, apabila sesuatu berita itu dibawa oleh orang yang fasikh, KITA PERLU TOLAK BERITA itu," - Rafizi Ramli PKR

Rafizi Ramli cuba bermain dengan hadis Al Quran sedangkan beliau sendiri begitu FASIK apabila tidak memeriksa dengan tuan punya badan Dato Sri Anwar Ibrahim dengan apa yang Papa Gomo dedahkan. Malah beliau telah memutarbelitkan surah Al Quran walhalkan dalam hadis:

[Al Hujuraat:6]
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka PERIKSALAH DENGAN TELITI agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

Nah sekarang ni siapa yang fasik? he he.. bengap sungguh si Rafizi jambu ni..

McTheory:
Dah la bermaksiat, bersuhabat, cuba nak halalkan perbuatan tu dengan ayat Quran? Memang bala laa..

PANASS!! Lepas Ni Mufti Kedah BAKAL Di Maki Oleh Puak Pas!! #TukarKedah #TolakPas


Semalam Mc ada keluarkan artikel mengenai kisah Memali dan Lahad Datu. Dalam artikel tu Mc bertanya status anggota keselamatan yang terkorban. Apakah mereka syahid kerana mempertahankan negara? Artikel terbabit boleh baca kat SINI.

Kemudian Mufti Kedah mengeluarkan kenyataan mengenai anggota keselamatan yang terbunuh. Ternyata anggapan Mc tepat, dan Mufti Kedah ni tidak berpolitik semasa mengeluarkan kenyataan.

Anggota keselamatan beragama Islam yang terbunuh dalam Operasi Daulat di Sabah kerana mempertahankan negara adalah syahid akhirat dan bukan syahid dunia, kata Mufti Kedah Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad.

Beliau berkata lagi, mempertahankan negara adalah fisabilillah yang wajib bagi umat Islam kerana ia sama seperti berjuang menegakkan agama.

Katanya anggota polis dan tentera yang terbunuh bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tidak wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

"Dalam kes ini tidak kira penyerang penganut Islam atau kafir, anggota pasukan keselamatan yang terbunuh tetap syahid akhirat," kata Mohamad Baderuddin ketika menyampaikan tazkirah pada majlis Istighazah Al-Kubra di Masjid An-Naim Markas 6 Briged Kem Lapangan Terbang.

Mufti itu turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai keamanan kerana dalam suasana aman sahaja ekonomi negara berkembang menjadi mantap, negara berupaya membangun dan rakyat tidak berada dalam ketakutan.

"Golongan yang menolak perpaduan dan enggan bersatu atas nama Islam dianggap kufur dan mereka pasti menerima azab Allah SWT kelak," katanya lagi.

Alhamdulillah.. Sememangnya pendapat dari bijak pandai Islam sebegini perlu untuk masyarakat berfikir sejenak dengan apa yang terjadi di Lahad Datu. Peristiwa Lahad Datu membongkar siapa kawan dan siapa lawan.

Cuma Mc percaya, lepas ni puak Pas akan tuduh Mufti ni dibeli oleh UMNO la pulak. Sebab kenyataan yang beliau keluarkan mirip-mirip perjuangan negara yang didokong oleh Kerajaan. Harap-harap Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad, bersedialah di maki oleh puak Pas yang bakal menentang beliau!

McTheory:
Puak Pas cuma hormat Ulamak yang politik menyebelahi mereka sahaja!

Jumaat, 29 Mac 2013

TUDIAA!! Kenyataan Ayahanda Tun Dr Mahathir yang buat puak Pakatan Meroyan! #TolakPR


ALOR SETAR 29 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008, katanya, sambil menambah bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.

"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya, PRU-13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr. Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU 13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim... tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar," katanya.

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata, banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada Kerajaan Pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar Kerajaan Pusat.

"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya. - BERNAMA

TUDIAA!! Wahh Seorang Lagi Mengaku Dirinya Sultan Sulu? #LahadDatu


Sultan Bantilan Muhammad Mu'izzuddin II ibni Datu Wasik Aranan

Seorang lagi nak mangkuk mengaku dirinya Sultan Sulu. Kalau tak silap Mc, termasuk yang ni dah 10 orang mengaku jadi pewaris Sultan Sulu, termasuklah si Kiram haram jadah tu. Kalau mengikut susunan salasilah, Sultan Sulu tidak ada pewaris. Tapi masih ramai yang mengaku keturunan Sultan Sulu.

Kita tunggu tengok siapa diantara mereka ini pewaris Sultan Sulu yang sebenar, yang pastinya si Lanun tua Kiram haram jadah tu, bukan Sultan yang sebenar, dia hanya syok sendiri dan menyusahkan orang lain.


McTheory:
Ramai betui nak jadi Sultan.. he he


MAKK AII! PKR Pilih SiGEMUK Anwar Untuk Lawan Tok Bashah? #TukarKedah #TolakPR



Tindakan PKR mengistiharkan calon mereka di dun Bakar Bata sedikit sebanyak meninggalkan kesan mendalam terhadap kepimpinan Pas kawasan Aloq Star.

Kerana selama ini hanya Pas sahajà berkempen di dalam kawasan Alor Star tiada langsung kelibat kelibat jentera Pkr mahu pun Dap bersama sama membantu mereka..

Tetapi, tiba tiba saja PKR mengumumkan calon yang kurang familiar bagi menduduki kerusi yang menjadi idaman mereka (PAS) setelah beberapa penggal menyerahkan kerusi itu kepada PKR walaupun tidak pernah mendatangkan hasil.

Seperti diduga, jentera kempen PKR di Kedah kali ini masih tiada. Kita dapat lihat sendiri mereka terpaksa mengunakan jentera Pas untuk berkempen..Perkara ini pernah dibangkitkan sebelum ini oleh penyokong Pas mendakwa Pkr memang tidak ada jentera..Baca komen komen dibawah






Sebenarnya muka baru kurang familiar ini ialah setiausaha akhbar kepada Anwar Ibrahim yang masanya lebih banyak di Kuala Lumpur berbanding Alor Star.

Beliau dilihat sudah berada di Alor Star sejak awal tahun 2013 mengunakan khidmat Pas untuk memperkenalkan diri kepada masyarakat..

Atas sebab itulah, ramai penyokong Pas kecewa dengan tindakkan PKR meletakkan calon di Bakar Bata walaupun sudah tahu mereka langsung tiada jentera untuk bekerja,waima tukang pacak bendera sekali pun..

Kekecewaan mereka ini akan dizahirkan pada hari pengundian..Menurut info dalaman yang diperolehi, akan ada satu gerakan untuk jatuhkan Pkr di Kedah oleh orang tertentu dalam Pas..

Cerita menarik ni Mc ambil dari blog Medan Tempur.

Lawak la PKR ni, buat kerja malas, jentera pun takdak, tiba-tiba kemuka calon? he he.. hangpa Pas tak rasa panas ka?


McTheory:
Sejak bila Anwar ni suka badan yang debab-debab ni? he he..

PANASS!! Inilah Kebebasan Media Ala Kepala Angguk Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram!! #TolakPR

Kebebasan media ala kepala pundek!

Inikan kebebasan yang dilaungkan oleh PR. Belum lagi memerintah dah menyekat hak media apatah jika memerintah.

Begitu juga dengan ketua pakatan haram, dia lakukan apa sahaja termasuklah menyaman sesiapa sahaja akhbar, stesen TV malahan individu, demi untuk menutup dan mengelakan tingkah laku serta perbuatan buruknya si dedahkan.

Saman merupakan SENJATA yang diamalkan oleh sebilangan pemimpin pembangkang demi menyekat serta menghalang media dari melaporkan aktiviti kotor mereka.

Kat bawah ni Mc sertakan dua video sidang media ala kebebasan Media terbaik Pakatan Haram!

Kat bawah ni, video Anwar Ibrahim mengugut akan menyaman wakil media dari Agendadaily jika terus bertanyakan soalan mengenai kaitan beliau dengan pencerobohan di Lahad Datu. kah kah kah.. bangang la Anwar ni..




lagi satu video kebebasan media ala Pakatan! Video Rafizi tekanan bila disoal, wartawan Agendadaily yang bertanyakan soalan kepada Rafizi, Kenapa saman Papagomo tapi tak saman Datuk T yang sebarkan video chinadoll? tengok apa mangkuk jambu Anwar tu meroyan nak jawab. kah kah kah..


Dua ekor individu diatas ni yang selalunya bercakap dan perjuangkan kebebasan media. Tapi bila kena kat batang hidung depa, tercugap-cugap nak jawab bila media 'akui' hak kebebasan yang mereka bawak. ha ha ha.. kebebasan media ala kepala atok korang la!


McTheory:
Anwar mahu dia saja bebas media, orang lain jangan.. hehe

VIDEO PANASS! Apa kaitan Peristiwa #Memali Dengan #LahadDatu? (Wajib Baca)


Video dibawah adalah sambungan dari video part one Memali semalam, video semalam ada kat SINI. Kisah Memali sebenarnya kisah orang kampung yang terlalu terpengaruh dengan amanat Haji Hadi dan perjuangan Islam songsang Ibrahim Libya.

Disyaki penduduk kampung Memali telah terpengaruh dengan ajaran syiah. Syiah adalah satu ajaran Islam yang sememangnya 'songsang' dan tidak diiktiraf diseluruh dunia (hanya beberapa negara yang iktiraf syiah). Kerana dalam ajaran syiah, ianya 'membenci' semua sahabat Rasulullah SAW, malah tidak mempercayai sunnah.

Syiah juga menghalalkan darah sesama umat Islam yang tidak menganuti ajaran syiah. Malah Ayatollah Syiah pernah berkata, Malaikat Jibrail tersalah turun wahyu kepada Nabi Muhammad, kerana Jibrail mengantuk. Sepatutnya wahyu tersebut kepada sahabat baginda Ali (syiah sangat menyanjungi Ali).

Itu hanya sedikit cerita pasal Syiah yang Mc boleh beritahu. Banyak lagi cerita tak masuk akal pasal Syiah ni. Kalau nak tau lebih lagi, pi tanya Mat Sabu, dia bapak segala syiah kat Malaysia. he he.. tak pun google je, macam-macam keluar.

Sebab tu Mc kata kejadian Memali ni ada kaitan dengan syiah dan amanat Hadi Awang yang sememangnya songsang.

Kita tengok dulu video dibawah,




Kalau mengikut peristiwa Memali ni, polis ke kampung berkenaan, untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya yang dipercayai telah 'terpesong dalam ajaran Islam'. Tapi mereka dihalang, malah dihalau dengan keras.

Bila kerja polis dihalang, malah penduduk kampung bertindak keras, hingga menyebabkan pertembungan. Bagi Mc polis hanya menjaga kerja keamanan. Jika benar Ibrahim Libya seorang pemimpin yang baik, dia takkan biarkan anak kecil dan wanita menjadi perisai barisan hadapan.

Kalau mengikut cerita puak Pas, polis memulakan serangan tanpa amaran. Tapi kalau anda lihat video diatas, polis telah pun memberikan amaran sebelum merempuh masuk. Polis terpaksa bertindak keras kerana terdapat pegawai polis yang tercedera dan meninggal dunia.

Kalau peristiwa di Lahad Datu, negara kita diceroboh, peristiwa Memali pula ianya didalangi kumpulan ajaran Islam yang telah terpesong. Malah kedua-dua peristiwa ini ada kaitan dengan pemimpin pembangkang yang menjadi dalangnya.

Puak Pas kata, mereka pejuang Memali menentang polis itu syahid, sama seperti penceroboh Sulu yang menentang anggota polis kita. Apakah benar mereka syahid? Puak Sulu tu pun mengaku Jihad dan Syahid. Mengamalkan ajaran sesat dan menceroboh negara orang adalah syahid?

Macam mana dengan anggota polis kita yang terkorban mempertahankan negara? Bukankah kalau kita berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara, itu jihad yang sebenar. Malah jika kita mati semasa berjuang, itu baru benar-benar syahid. Apa pun ini hanya pendapat Mc. Dosa dan pahala kerja tuhan, kita tak mampu buat keputusan.

Kita manusia cuma mampu berfikir dan melakukan tindakan yang terbaik. Fikirlah elok-elok, selama ini, siapa yang selalu menganggu gugat keamanan negara dan gembira apabila negara kacau-bilau. Apakah orang macam tu yang kita nak angkat jadi Kerajaan?

Memilih pemimpin bukan perkara mudah, kerana jikalau kita salah dan pejudikan nasib. Negara kita bakal ditimpa bencana. Mahukah pembaca melihat negara yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita kacau bilau?

Buatlah keputusan yang tepat, pilih jalan keamanan.

McTheory:
Macam iklan kata, 'SAYA PILIH MALAYSIA'

HOT INFO! Sebak Baca Coretan Ni! #LahadDatu #PrayForSabah


SEJAK tersiar berita tentang kematian wira-wira negara kita, saya tidak pernah lepas mengikuti berita di TV.

Saya menangis sedih melihat perwira-perwira kita mati di medan perjuangan perang. Rasa sedih ini lahir ibarat kata orang cubit paha kiri, paha kanan terasa, kerana saya juga adalah dari keluarga pasukan keselamatan.

Apa yang keluarga mereka rasa hanyalah orang seperti kami keluarga anggota yang tahu perasaan sesama kami. Menjadi isteri kepada anggota pasukan keselamatan secara tak langsung bukan saja suami berkorban kepada negara malah isteri dan anak-anak pun berkorban untuk negara.

Isteri menghadapi tekanan perasaan menghadapi kerenah anak- anak sakit demam, persekolahan dan segala masalah yang lain sendirian kerana suami selalu tiada.

Terpanggil rasa ingin meluahkan perasaan ini apabila membaca luahan hati isteri polis di Utusan Malaysia (polis Mega) bertarikh 12.3.2013. Apa yang diluahkan isteri polis berkenaan sama seperti isteri anggota lain rasakan.

Dulu VAT69 orang tidak mengenalinya sangat. Setelah peristiwa berdarah di Lahad Datu barulah orang tahu VAT69 itu adalah anggota komando polis dan yang terbunuh itu adalah antara sahabat kami semasa di Ulu Kinta dulu.

Suami saya berkhidmat di dalam VAT69 selama 20 tahu lebih dan sekarang setelah usia menghampiri pencen suami bertugas sebagai polis biasa.

Pada awal tahun 80-an, semasa saya baru berkahwin pasukan VAT69 ini sering masuk hutan kerana komunis begitu banyak di negara kita.

Setiap kali nak menyambut perayaan sama ada Krismas, Tahun Baru Cina atau Raya Aidilfitri, suami-suami kami pasti ditugaskan masuk hutan kerana masa ini pihak komunis difahamkan bergerak aktif di musim perayaan.

Jadi untuk keselamatan rakyat dan negara anggota keselamatan seperti VAT69 pasti bertugas masuk hutan.

Bayangkanlah ketika orang lain bergembira nak menyambut Hari Raya, kami isteri dan anak-anak muram kerana tak bersama dengan orang yang kami sayang, malah hati sentiasa cemas dan berdebar takut mendapat berita tak baik. Disaat orang lain menimang cahaya mata bersama suami tercinta, kami ada kalanya menahan kesakitan dan kepayahan tanpa suami di sisi demi tugas untuk negara.

Tidakkah ini satu pengorbanan juga namanya bagi kami pihak isteri dan anak-anak? Dulu semasa suami saya bertugas di VAT69 amatlah susah dan perit.

Gaji tidak setimpal dengan tugas yang dipikul. Elaun komando pada masa itu baru RM150.

Bayangkanlah suami bertugas sebagai anggota Wireless (WT) bukan seperti sekarang segala alat hubungan serba canggih seperti internet dan sebagainya.

Suami saya pikul alat komunikasi (wireless) dengan berat rasa-rasanya lebih 5 kg di belakang, peluru dan bom dikeliling pinggang. Di masa itu saya amat sedih bila suami menyuruh saya memasak sambal ikan bilis buat bekalan di dalam hutan untuk sekian hari yang dijangkakan.

Kalau orang lain boleh bawa ration untuk bekalan seperti makanan dalam tin tetapi suami saya tidak kerana alat wireless pun sudah hampir satu beg pack belakang. Untuk jimatkan ruang dan keberatan, suami terpaksa bekalkan sambal ikan bilis selama di dalam hutan. Itulah lauk yang dimakan setiap hari sampai pulang. Sedih memang sedih.

Di dalam hutan pukul 6 petang sudah gelap gelita, pernah suami bercerita dia dan kawan (sudah arwah) memasuki hutan ''bamboo'' iaitu hutan berpaya, tidur berbantalkan ular sawa yang disangkakan akar kayu kerana terlalu gelap.

Ketika terlelap tiba-tiba terasa benda bergerak dan suami memberi syarat pada kawannya senyap dan angkat kepala dan barulah mereka sedar itu adalah ular sawa yang sangat besar.

Pernah juga suami nyaris maut ketika mengambil air di sungai, bila mendongak ke atas bukit ada dua orang komunis sedang memandang serta menghunus senjata nak menembak tetapi dengan kuasa Allah, pengganas itu tidak jadi menembak mungkin berfikir anggota keselamatan lebih ramai atau lebih baik melarikan diri saja. Berbagai lagi pengalaman ngeri yang tak dapat dituliskan di sini.

Apabila Tian Chua menyatakan ini sandiwara, saya berasa sangat marah kerana kami isteri-isteri anggota keselamatan saja yang tahu betapa susah dan berat tugas suami kami, jika diikutkan hati, rasa tak lalu nak makan duit gaji dari mereka sedih dengan tugas yang bergadai nyawa tambahan pula gaji pada masa itu tidak seberapa.

Tapi apakan daya kami keluarga juga terpaksa berkorban. Sekarang apabila suami bertugas sebagai polis biasa, suami menyatakan Tan Chua ini memang biadab orangnya, suka hasut bagi polis marah.

Untuk pengetahuan, semua kami isteri-isteri VAT69 sangat rapat dan akrab antara satu sama lain sebab pada tahun awal 80-an tiada alat hubungan komunikasi canggih seperti hari ini.

Apabila suami kami bertugas di dalam hutan, kami isteri-isteri bersepakat menjaga kebajikan keluarga kami iaitu susah senang bersama.

Sebagai contoh, jika ada antara kami yang sakit, jiranlah yang menjaga anak kami sementara kami berada di hospital. Atau kalau ada yang nak ke pasar, kami akan bertanya pada jiran apa-apa keperluan dikirim kerana sesama kami faham masing-masing ada anak kecil dan bersekolah, susah untuk bergerak ke mana-mana kerana suami bertugas.

Begitulah sedikit contoh betapa akrabnya kami sebagaimana akrabnya suami-suami kami di dalam hutan di mana pikul kawan kalau ada yang sakit atau tercedera, sampailah sekarang hubungan kami seperti saudara tidak putus.

Apabila terpandang di TV anggota VAT69 terkorban, saya dan suami berasa sedih dan sangat marah dengan Tian Chua yang menyatakan ini sandiwara.

Saya yakin Tian Chua tiada saudara maranya yang bertugas sebagai pasukan keselamatan sebab itu dia tergamak berkata demikian. Hanya kami keluarga anggota keselamatan yang tahu perasaan sesama kami kerana kami isteri dan anak-anak yang merasakan segala kesukaran, kesedihan, risau, berdebar tatkala suami kami bertugas.

Memang benar setiap kali ada yang beruniform polis mengetuk pintu rumah, jiwa lagi kuat berdebar, takut mendapat berita tak baik.

Begitulah perasaan kami selalu bila suami pergi menjalankan tugas di perbatasan.

Wahai Tian Chua kamu tidak rasa apa yang kami rasai. Tian Chua dan Anwar Ibrahim adalah iblis yang bertopengkan manusia. Saya rasa tidak sabar menunggu untuk mengundi pada pilihan raya kali ini..

Isteri Vat69

sumber forum Utusan Malaysia

PANASS AIHH!! Sekali Lagi Pas Kedah 'KANTOI' Beradap Dengan Blogger! #TukarKedah #TolakPas


Tempohari Pas menipu tentang pembinaan masjid. Kononnya selama 5 tahun pemerintahan Pas. Kerajaan Negeri bina 12 masjid baru. Nak baca boleh klik SINI.

Itu baru satu Pas kantoi, hari ni Pas akan kantoi lagi. Semalam rakan blogger Kedah Times, mendedahkan satu lagi projek Kerajaan Persekutuan yang Pas Kedah mengaku depa yang buat. Semuanya tercatat dalam buku penuh penipuan 'KedahSejahtera'.

Sudah la Kerajaan Negeri Kedah, tak buat apa-apa yang membanggakan. Banyak projek yang diusahakan sendiri oleh Kerajaan Negeri gagal! Sudah la gagal, lepas tu nak menipu pulak tu!!

Untuk pengetahuan pembaca, sebenarnya Projek Lembah Herba, malah Projek Makmal Tisu Kultur adalah Projek di bawah peruntukan Korridor Utara (NCER), dimana PAS hanya tadah tangan saja.

Tisu Culture Centre kos RM4juta dibiayai oleh NCIA, malah Kedah Bioresources Corp. JV dengan Orchid Life Sdn. Bhd. Semua ini dibawah Kerajaan Persekutuan. Kiranya projek ni dibawah peruntukan NCER.

Pas biasala, nak 'claim credit', sudahlah tidak berterima kasih, malah dikelentong kepada rakyat Kedah kononnya Kejayaan Kerajaan PAS Kedah. Tak sudah-sudah Pas membuat perangai buruk depa.

Inilah jadinya, bila diberi kuasa 5 tahun, tak mahu buat kerja, bila hampir tiba pilihanraya, kelam kabut nak tunjuk hasil. Hinggakan hasil orang lain pun depa nak buh kata depa punya. hehe..

Kadang-kadang kesian pulak tengok Kerajaan Pas Kedah ni, suka buat kerja bodoh! Kan dan kena KANTOI! he he..

McTheory:
Pas mana tau buat kerja, ceramah fitnah depa tau laa..

HOT INFO! #PRU13 PM @NajibRazak Yakin Menang 2/3!!


 Financial Times dan Reuters membawa berita baik untuk rakyat Malaysia iaitu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib, telah menyatakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional mampu memenangi majoriti 2/3 di dalam Pilihanraya ini. Keyakinannya amat bererti bagi kebanyakan golongan peniaga, terutamanya, kerana golongan inilah yang amat gusar dengan kredibiliti dan kebolehan pembangkang dalam menerajui ekonomi.

Hakikat bahawa Anwar Ibrahim juga menyatakan bahawa ini adalah peluang terbaik baginya untuk menang, dilihat sebagai satu kenyataan politik semata-mata daripada seorang yang asyik tertembak kaki sendiri di saat-saat genting ini.

Dengan mengenepikan skandal seksnya, rakyat Malaysia kini memerhatikan Anwar secara ‘dekat’ apabila namanya berkali-kali disebut dalam penyiasatan pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Sehingga ke hari ini, Anwar gagal menjelaskan kenapa beliau berjumpa dengan pemimpin MNLF beberapa kali dan apa yang dibuat oleh ‘orang-orangnya’ di Filipina beberapa hari sebelum pencerobohan tersebut.

Ia tidak mungkin satu kebetulan untuk Anwar membangkitkan isu Malaysia akan kehilangan Sabah dan membuat bising mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah tanpa mengikut prosedur, sebelum peristiwa berdarah tersebut tercetus di Sabah.

Tetapi, kesilapan Anwar yang paling besar dalam menangani isu ini ialah beliau cuba menutup mulut media dari mengorek cerita sebenar darinya dengan cara mengugut untuk menyaman jika mereka bertanyakan kenapa beliau tidak menyaman pihak yang pertama sekali mendedahkan pendalangannya iaitu Reuters dan media Filipina?

Beliau mungkin meraih keuntungan politik jika berbuat demikian, tetapi hakikat bahawa beliau tidak melakukannya, menunjukkan yang laporan tersebut pastinya berasas.

Tiada siapa yang waras akan mengundi seorang yang tidak tahu menghargai nyawa manusia. Tiada siapa yang sanggup mengundi seorang yang sanggup menggadaikan sebuah negeri kepada pengganas demi untuk menjadi Perdana Menteri.

Negara jenis apakah yang Perdana Menterinya sendiri seorang pengkhianat?

Seperti juga masalah-masalah lain yang menimpa Anwar, tiada siapa yang menganiaya dirinya melainkan dirinya sendiri. Ini adalah masalah biasa bagi seorang yang begitu terdesak, tidak tertahan-tahan, teruja dan tergila-gila untuk berkuasa.

Anwar boleh saja berjuang dengan cara yang betul, iaitu bekerja bersungguh-sungguh untuk membuktikan kredibiliti partinya dan berkhidmat kepada rakyat di kawasannya dengan baik. Dengan cara ini, tidak mustahil suatu hari nanti beliau akan berjaya memenangi hati rakyat Malaysia di mana mereka mungkin akan melupakan segala kisah-kisah buruk, jijik lagi membusukkan mengenai dirinya.

Tetapi, beliau memilih untuk berjuang secara kotor, menggunakan pintu belakang dan mencetuskan suasana tidak aman. Malah, ‘Arab Spring’ merupakan impiannya, lalu bagaimana kita tidak melihat adanya hubungan antara dirinya dengan pertumpahan darah di Lahad Datu?

Sedang Anwar sentiasa berada di dalam ‘mode’ menyerang kerajaan dan apa saja yang berbunyi BN, Dato’ Seri Najib pula amat bertentangan dengannya.

Berbeza dari Anwar, Perdana Menteri lebih suka bercakap mengenai pencapaian kerajaan daripada menyerang musuh politiknya.

Di dalam wawancara dengan Financial Times, misalnya, Dato’ Seri Najib jelas begitu bersungguh-sungguh bekerja sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai pemimpin parti. Beliau menjelaskan bagaimana sebuah kerajaan yang kuat amatlah perlu bagi mempercepatkan proses transformasi bagi negara ini. Beliau juga menekankan bagaimana beliau telah melakukan perubahan dari segi undang-undang di dalam UMNO begi memudahkan ahli untuk mengetengahkan pemimipin yang berpotensi.

Sebenarnya, beliau tidak perlu bercakap besar pun kerana angka-angka yang tercatat, dengan sendirinya membuktikan kesungguhan beliau bekerja. Malaysia kini didorong oleh sebuah program ekonomi yang dilancarkan pada 2010 bagi menggandakan pendapatan perkapita sehingga RM15,000 menjelang 2020. Ini membawa kepada peningkatan keyakinan pelabur asing di mana pegangan asing meningkat kepada 550% kepada RM215 billion (USD69 billion) sejak 2009, mengikut laporan HSBC.

Satu-satunya perkara yang Perdana Menteri sebut mengenai pembangkang dalam wawancara tersebut ialah beliau merasakan bahawa ia merupakan satu risiko yang besar untuk menaruh keyakinan kepada Pakatan yang tidak punya hala tuju yang jelas dan dengan manifesto yang tidak ada kredibiliti.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa adalah tidak perlu bagi sesiapa untuk melihat kepada angka-angka, tetapi melihat kepada personaliti kedua-dua pemimpin ini sahaja sudah cukup bagi rakyat untuk membuat pilihan. Anwar adalah seorang yang tidak patriotik, tidak sensitif, pengkhianat dan selamanya tergila-gila kuasa manakala Dato’ Seri Najib pula adalah seorang yang tenang, rasional, elegan dan bijak.

Justeru, tidak syak lagi, majoriti 2/3 bukanlah satu masalah bagi Barisan Nasional. - Perak Today

HOT INFO #LahadDatu! Anggota Keselamatan Kita Di tetak Penganas Sulu! #PrayforSabah




Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

"Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

"Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai 'Imam Tua'," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.

TUDIAA!! 'Seks Luar Biasa PKR' Bila Din Roti Canai Lancap Depan Laptop! Dahsyat!#TolakPR
















Untuk foto, video dan kisah penuh sila ke: Blog Cili Padi..

Terpegun bila Mc lihat gambar-gambar ni.. nak tergelak pun ada juga. Mc pernah jumpa dengan mamat ni. Berlagak gila, perasan bagus. Baru pegang jawatan besar sikit dah berlagak, ini balasan dunia untuk orang yang berlagak dan selalu buli orang sekeliling. Ambik habuan hang!

Blog Pisau Kedah ada cerita sikit pasal Din Roti Canai ni!

Di kalangan penduduk Taman Bandar Baru, Saharuddin Hamid lebih di kenali Din Roti Canai di sebabkan dia pernah berniaga roti canai di sebelah Masjid Bandar Baru Sungai Lalang.

Din Roti Canai merupakan individu yang bertanggungjawab membawa masuk parti PKR ke kawasan Taman Bandar Baru, Sungai Lalang sehinggakan mendapat reaksi yang kurang senang dari penyokong PAS di kawasan Taman Bandar Baru.

Din Roti Canai ni mempunyai keluarga yang agak bercelaru sedikit sebab mempunyai seorang Isteri yang agak garang dan kuat berleter. Pernah satu ketika anaknya pernah lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap Isterinya itu.

Semasa Pilihanraya Kecil DUN Bukit Selambau tahun 2009 setelah perletakkan jawatan V Arumugam, Din Roti Canai merupakan ketua jentera yang berkempen untuk menarik sokongan orang Melayu supaya menyokong S Manikumar menang dalam pilihanraya tersebut.

Selepas itu Din Roti Canai telah di ambil berkerja dengan S.Manikumar namun mendapat reaksi kurang senang dari golongan PKR India di kawasan estet di kawasan Bukit Selambau dan setelah itu S.Manikumar telah membawa masuk Din Roti Canai ke dalam Majlis Perbandaran Sungai Petani ( MPSPK ) sebagai Ahli Majlis lantikan politik.

Dalam MPSPK, Din Roti Canai ni banyak menimbulkan masalah sehinggakan telah mengwujudkan satu kelompok menentang YDP MPSPK.

Khamis, 28 Mac 2013

PANASS!! Kenapa Mazlan Aliman Dengki Sangat Dengan #Felda #FGVH?!!


Mesti ramai yang tertanya-tanya apa kaitannya Mazlan Aliman dengan Felda. Siapa dirinya yang sebenar dan layak atau tidak dia menjadi wakil berbicara pasal kepentingan anak peneroka?

Mazlan Aliman sebenarnya cuma seorang politikus PAS yang diangkat menjadi AJK PAS Pusat bukan kerana ilmu agama yang tinggi tetapi kerana kontroversi, fitnahnya serta kebiadapannya dalam membawa isu Felda. Erti kata lain seorang populis murahan PAS.

Dia telah menubuhkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang dijadikan sebagai agen untuk menghasut para peneroka untuk membenci kerajaan. Semua yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan akan cuba digagalkan melalui persatuan itu.

Dia yang merupakan anak Batu Pahat dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai , Johor. Seorang yang dibesarkan di Felda tetapi tidak sedar dek untung, nama Felda cuma dicalarkan sehabisnya. Atas sebab apa ya?

Dendam kesumat apa yang merasuk hatinya? Sebenarnya Mazlan inilah orang yang mahu melihat anak-anak Felda tidak berjaya sebagai pembalasan dendam kebanyakan orang Felda tidak mengundi dirinya ketika bertanding sebanyak tiga kali pada tahun 1999, 2004 dan 2008.

Kerana itu jugalah mungkin dirinya ahu melihat Felda itu runtuh. Itu baru bercakap pasal Felda ya! Mungkin kerana hatinya yang sudah tidak lagi 'putih'. Dendamnya membara tatkala dia ditangkap kerana tidak mempunyai permit berceramah di Felda Klau, Raub, Pahang.

Tapi sebenarnya, orang Felda Klau sendiri yang buat aporan polis sebab tak tahan dengar dia fitnah Felda! Kiranya dia memang menipu sejak dahulu lagi kepada orang Felda!

Sebab itu Mc kata dia tak layak bercakap pasal Felda ataupun FGVH. Lagi tak layak bila dia bukannya orang yang bijak bermain saham! Dia jugak yang cuba saman orang yang dituduh berkonspirasi menyebabkan dirinya ditahan namun dia gagal mengemukan bukti yang mengatakan wujudnya unsur-unsur konspirasi. Erti kata lain dia fitnah dan kantoi!

Orang kaki fitnah dan penipu macam ni pun ada orang nak percaya lagi ka? adehh laa..