Rabu, 31 Julai 2013

PANASS! Kes Tembak Menembak, Malaysia Negara Tak Selamat?



1. Dengan kejadian tembakan yang terbaru yang mengakibatkan pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi meninggal dunia telah menjadikan tahun 2013 sebagai tahun kes tembakan profil tinggi yang tertinggi pernah dicatatkan.

2. Kes tembakan ini adalah yang ke-12 pada tahun ini sahaja.

3. Samada kes tembakan sebegini adalah perkara lazim di Malaysia ataupun hanya disensasikan oleh media, ia telah mengundang pelbagai kerisauan dan ramai mula mempersoalkan keberkesanan pihak Polis DiRaja Malaysia.

4. Kes tembakan profil tinggi ini bermula pada 25 April yang lalu dan yang terbaru adalah pada 29 Julai, semalam. Dalam tempoh 95 hari sahaja, telah berlaku 12 kes tembakan menjadikan secara puratanya satu kes tembakan seminggu.


5. Senarai kes yang berlaku adalah seperti berikut:

a. 25 April 2013 - N. Ragunathan, telah ditembak mati di dalam kereta selepas beliau mengkendalikan satu transaksi di pejabat JPJ di Jalan Seremban-Tampin. Beliau keseorangan di dalam kereta Proton Perdana beliau apabila dua lelaki bermotorsikal lalu di sebelah kereta beliau dan menembak beliau mati di luar pejabat JPJ.

b. 30 April 2013 - Seorang pembonceng motorsikal telah melepaskan tembakan terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun di laman rumah lelaki tersebut di Simpang, Taiping namun tersasar. Penunggang motorsikal dan pemboncengnya telah menjerit nama beliau sebelum melepaskan tembakan.

c. 12 Mei 2013 - Seorang pembantu di kedai barangan terpakai ditembak di persimpangan lampu trafik di Kulim, Kedah.

d. 13 Mei 2013 - Dua lelaki terbunuh manakala dua lagi cedera apabila seorang lelaki bermotorsikal melepaskan tembakan semasa mangsa meninggalkan majlis perkahwinan di Butterworth, Pulau Pinang.

e. 29 Mei 2013 - Seorang ahli perniagaan terselamat meskipun telah ditembak sebanyak 7 kali oleh dua lelaki bermotorsikal di Bandar Rahman Putra, Sungai Buloh.

f. 15 Jun 2013 - Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim berusia 58 tahun telah ditembak mati oleh dua lelaki bermotorsikal di persimpangan lampu trafik di Putrajaya.

g. 5 Julai 2013 - Seorang guru, Mat Zaki Hashim berusia 35 tahun telah mengalami kecederaan serius akibat ditembak di leher berdekatan Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Kereta beliau telah dipercayaai ditahan di atas jalan sebelum ditembak oleh lelaki yang tidak dikenali.

h. 8 Julai 2013 - Pembantu Kanan Hal Ehwal Murid, Hashim Mat Zain telah ditembak semasa beliau meninggalkan sekolahnya di Bachok, Kelantan.

i. 12 Julai 2013 - Budak lelaki berusia 4 tahun telah cedera di dahi dan juga kaki kirinya apabila seorang lelaki melepaskan tembakan terhadap budak lelaki tersebut dan bapanya yang merupakan seorang penarik kenderaan di hadapan rumah mereka di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

j. 18 Julai 2013 - Seorang lelaki melepaskan 9 das tembakan yang membunuh seorang guru berusia 45 tahun di persimpangan lampu trafik di Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

k. 28 Julai 2013 - Penasihat MyWatch, R. Sri Sanjeevan telah ditembak oleh dua lelaki bermotorsikal di Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan.

l. 29 Julai 2013 - Pengasas Ambank, Hussain Ahmad Najadi dan isteri telah ditembak di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur oleh seorang lelaki berkaca mata dan berpakaian sukan.

6. Daripada 12 kes tembakan ini didapati bahawa modus operandi yang digunakan adalah hampir sama iaitu di persimpangan lampu trafik, 2 orang lelaki bermotorsikal terlibat dan mangsa ditembak sewaktu memandu meninggalkan pejabat ataupun kediaman.

7. Berkemungkinan besar ini bermaksud kes-kes tembakan ini adalah satu operasi khusus yang mengkaji kegiatan dan aktiviti rutin mangsa. Besar kemungkinan juga kes-kes ini adalah menggunakan khidmat pembunuh upahan yang terdiri daripada warga asing.

8. Terdapat satu cerita yang sering menjadi bahan perbualan sekitar peristiwa pengawal keselamatan peribadi Sultan Kelantan yang ditembak mati tahun lepas yang mengatakan anda boleh mengupah pembunuh upahan daripada negara Thailand dengan kos serendah RM 3000 sahaja.

9. Yang jelas pada pandangan rakyat Malaysia adalah kes tembakan ini samada hanya disensasikan oleh media atau tidak telah menjadi semakin serius dan memerlukan perhatian khusus daripada PDRM dan juga kerajaan.

10. Walaupun kes-kes ini tidak berkaitan antara satu sama lain dan barangkali hanya kes terpencil, namun pada hakikatnya rakyat Malaysia kini tidak berasakan mereka ini tidak selamat lagi.

11. Ada juga sahabat saya yang sudah menyatakankan bahawa Malaysia kini antara negara yang paling tidak selamat di rantau ini. Mungkin percakapan beliau tidak berasas, namun persepsi beliau mungkin dikongsi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

12. Kementerian Dalam Negeri, PDRM harus mengambil perhatian segera terhadap peningkatan kes ini. Jika tidak, rating PDRM dan juga KDN akan merundum serta persepsi terhadap keberkesanan kerajaan DS Najib Razak akan dipersoalkan.

13. Seharusnya pihak pembangkang akan mengambil kesempatan atas tragedi yang berlaku ini untuk memberikan mereka kelebihan politikal.


Sumber : Salah Ad-Din

Mc nak tambah satu lagi info, menurut kajian dari PDRM, 80% kejadian tembak atau jenayah dinegera ini dilakukan semula oleh banduan yang pernah ditahan dibawah akta ordinan darurat (OD) atau ISA.

Mereka ini dilepaskan selepas akta ISA dan OD dibubarkan kerajaan atas desakan pembangkang. Apakah ini yang kita mahu selepas membebaskan orang yang tidak sepatutnya? Salah pembangkang kerana mahu membubarkan akta yang begitu penting dalam soal keselamatan, salah kerajaan pula kerana menjadi dunggu mengikut apa saja kata pembangkang.

Sekarang negara kita diklafikasikan sebagai tidak selamat. Kerajaan Malaysia patut buat sesuatu untuk menghadapi perkara ini. Jangan sampai rakyat Malaysia dah tak yakin dengan keselamatan dalam negeri sekarang.


McTheory:
Kerajaan taknak tanya pembangkang lagi ka, apa nak buat?

PANASS! Azalina Boleh Menang Jika Bertanding Ketua Wanita?


Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid bekas Setiausaha Puteri UMNO Malaysia yakin ramai bekas pimpinan serta ahli ahli Puteri yang kini sudah berada dalam kelompok Wanita UMNO akan memberikan sokongan padu kepada bekas Ketua Puteri sewaktu mula mula ditubuhkan pada 20 Jun 2001, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk menang pertandingan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia pada pemilihan tahun ini.

Bibi yang juga merupakan bekas ADUN Paroi memaklumkan bahawa rakan rakan bekas Exco Puteri sudah pasti akan menyokong Azalina, bekas Boss mereka untuk menewaskan Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Diantara mereka adalah seperti Noraini Ahmad, Mastina Abdul Hamid, Rosnah Rashid Shirlin, Azlina Mehtab, Nora Azmin Radzuan, Norasmah Nawawi dan ramai lagi yang kini sudah pun secara otomatik menjadi ahli Wanita UMNO.

"Kami yakin dengan kepimpinan Azalina. Lihatlah betapa kuatnya Puteri UMNO suatu ketika dahulu..." jelas Puan Sri Bibi yang ditemui dalam majlis Iftar FELDA di Dewan Perdana Kuala Lumpur semalam.

Apabila diajukan soalan apakah ada peluang untuk Azalina menang, maka ini jawapnya,

"Biasalah adat pertandingan, dah pasti ada yang menang dan ada yang kalah. Azalina got nothing to lose kalau dia tewas tapi kalau dia menang.., its bonus for her, we never know"

"Ramai juga dikalangan Ketua Wanita Bahagian pun dah bagi signal pada Azalina untuk bertanding dan mereka akan sokong untuk perubahan kepimpinan..." tambah Bibi lagi dengan penuh yakin.

Sebagai isteri kepada Pengerusi FELDA, Yb Tan Sri Isa Samad, pada majlis Iftar semalam Puan Sri Bibi dilihat memikul tugas sebagai tuan rumah meraikan tetamu yang hadir. Sumber SINI.

Mungkin kita perlu pembaharuan dari segi kepimpinan untuk wanita UMNO terus menjadi tunjang dalam parti.

PANASS!! Rupanya Mangkuk Beraya Bersama Anjing Tu Orang Islam?


Kita tertanya-tanya siapa mangkuk yang buat video sambut raya dengan anjing ni. Tak sangka pulak Mc dia ni Islam, ingat kapir mana yang sanggup hina Islam sampai macam tu sekali.

Mai kita dengar alasan si mangkuk ni bagi.

“Saya tiada niat hina Islam”. Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh pembikin video yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook, Chetz Yusof, yang merupakan seorang penganut Islam.

Menurut wanita berusia 38 tahun ini, tujuannya memuat naik video itu adalah untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat di luar sana mengenai penjagaan anjing seperti mana yang dilakukannya.

“Saya takde niat pun hina Islam sebaliknya video itu adalah pada mulanya saya memang buat suka-suka tapi alang-alang baik saya ‘educate’ orang di luar mengenai penjagaan anjing dan kebersihan,” katanya eksklusif ketika dihubungi Mynewshub sebentar tadi.

Selain itu, Chetz yang merupakan seorang jurutera, turut berasa pelik apabila video yang sudah lama dimuat naik sejak 2010 itu, hanya kini hendak diperkatakan.

“Benda ni dah lama kenapa dia (video) timbul sekarang? Orang Melayu terlebih sensitif,” katanya yang memiliki lapan ekor anjing yang semuanya merupakan anjing jalanan.

Chetz turut menyatakan tujuan video itu direkod adalah untuk menunjukkan kebersihan dalam menjaga haiwan peliharaan selain menyatakan anjing itu tidak haram untuk dibela.

Anjing-anjing yang dibela itu kesemuanya merupakan anjing terbiar dan dibuang di jalanan malah ada di antaranya yang buta serta pernah dilanggar orang.

“(Bela) Anjing ini tak haram, kalau basah, kita samak,” katanya lagi.

Ketika ditanya tidakkah dia takut sekiranya pihak berkuasa bakal mengambil tindakan terhadapnya, Chetz mengatakan, “saya risau ambil masa saya, buat report polis, kena buat ‘statement’ kepada polis, itu yang saya risau sebab ia mengambil masa saya”.

Chetz yang masih bujang ini tinggal bersama dua lagi rakan serumahnya yang beragama Islam malah mereka turut sama menjaga anjing-anjingnya yang merupakan baka Mix Breed atau Mongrel itu.

Menurutnya lagi, keluarganya turut menyokong tindakannya menyelamatkan anjing jalanan dan terbiar walaupun ada di antara ahli keluarganya tidak bersetuju pada mulanya.

“Ada ahli keluarga pada mulanya tak bersetuju, tapi bila saya terangkan, mereka boleh terima benda ini,” katanya yang mengharapkan semua pihak tidak cepat melatah dengan perkara ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 14 saat itu, Chetz meraikan Aidilfitri bersama tiga ekor anjingnya dengan berlatar belakangkan audio Takbir Raya sekali gus menimbulkan kemarahan segelintir pihak kerana dikatakan menghina umat Islam di Malaysia.-Mynewshub

Ada niat atau tidak, pembaca boleh nilai sendiri video dibawah,



McTheory:
Boleh dimaafkan ka kalau macam tu?

PANASS!! Suspek Tembak Pengasas Arab Malaysian Bank di Kenal Pasti!


Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur.

Sumber memberitahu, sebelum kejadian jam 12.30 tengah hari tadi, mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.

“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu.

“Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya.

Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari
arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa.

Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35 ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian.

Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger

Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan.

Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.

“Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.-mynewshub.

PANASS!! Mahfuz Omar buat lawak Bodoh Tahap Terencat!


Dalam kecoh-kecoh tentang syiah, wartawan Utusan Malaysia menghubungi Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru, si Mahfuz Omar atau lebih dikenali sebagai Mr Bean.

Bila di tanya tentang syiah dalam maklum balas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Ahli Parlimen Pokok Sena itu secara sinis turut melontarkan soalan berhubung apa itu Syiah.

"Syiah itu benda apa? Kuih berbuka puasa? Saya pun tak tahu apa Syiah. Ingat kuih buka puasa. Kawasan saya buat bubur lambuk sahaja,'' katanya ringkas.

Baru-baru ini kerajaan mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Tindakan tegas itu adalah rentetan daripada gerakan aktif pertubuhan berkenaan sehingga memudaratkan ketenteraman awam serta mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini yang majoritinya berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Perisytiharan tersebut dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berpandukan kepada peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966.

Ahmad Zahid turut mengesahkan terdapat beberapa pemimpin dari sebuah parti pembangkang secara aktif terlibat menghebahkan fahaman Syiah di beberapa negeri.

Sabtu lalu, Utusan Malaysia melaporkan dua pemimpin sebuah parti politik dikenal pasti sebagai orang yang bertanggungjawab menyebar dan memberi sokongan politik kepada gerakan fahaman tersebut.

Kemudian Pas juga telah memberi amaran kepada semua ahlinya, jika menganut fahaman syiah maka mereka akan digugur dari parti.

Walaupun jelas dalam Pas disyaki beberapa pemimpin utamanya menganut syiah namun Pas tetap menafikan bahawa parti itu terlibat!

Takpalah, sama-sama kita tengok permainan pemimpin syiah dalam Pas. Lama mana lagi dorang nak sembunyikan diri.

McTheory:
Orang Pas pun tahu si Mat Sabu tu 'Bapak Syiah' tapi macam mana Pas boleh nafikan lagi?

PANASS!! Video Beraya Bersama Anjing? @PDRMsia Tolong Bertindak!



Mc taktau nak kata apa. Memang kita marah tengok video ni, tapi sama ada video ini betul atau edit, itu bergantung kepada penguatkuasa undang-undang. Apa yang pasti, individu dalam video tu patut ditahan terlebih dahulu untuk siasatan.

Makin lama makin menjadi penghinaan terhadap Islam di Malaysia. Kalaulah ada lagi ISA dan OD..hmm.. tentu tak jadi macam ni.

McTheory:
Puas la hati puak Pas bila Islam dihina macam ni ya?

Selasa, 30 Julai 2013

PANASS GILA!! Gambar Himpunan Bantahan Student KUIN Gegarkan Kedah!!



Semalam Mc dengar kata student KUIN yang 'karat' Pas nak berdemo depan pintu pagar kampus KUIN Kuala Ketil. Kononnya nak bantah perpindahan dari kampus Kuala Ketil ke Alor Setar.

Jadi ka demo depa tu? Ishh Mc taktau nak habaq la. Cuma tengok la gambar kat bawah tu,

Tudiaa geng jahat dok tunggu nak berdemo

Ishh awat kosong?

Ada kot.. sembunyi celah-celah rumput tuu..

Geng ni pun pelik, mana student KUIN

ramai dah orang luar nak berdemo sekali, tapi student KUIN nya mana?

Lama juga la kami tunggu nak ambil gambar student KUIN buat himpunan raksaksa bantah perpindahan dari kampus Kuala Ketil ke Alor Setar.

Tunggu punya tunggu, punya tunggu, punya tunggu, batang hidung pun tak timbul-timbul. Jadi kami ambil keputusan untuk balik rumah buka puasa lagi bagus. ha ha ha...

Student KUIN Kuala Ketil ada lebih kurang 1000 orang pelajar. Yang bantah ada 5 orang, tu pun bukan orang Kedah. Yang mengikut ada kot 10 orang lagi, yang taktau apa-apa buta tuli ikut pun 10 orang juga. Campur-campur ada la kot dalam 30 orang.

Mc bukan nak kutuk student KUIN yang membantah tu. Apa perkara sekali pun benda boleh dibincang. Sudah tentu pentadbiran akan mencari jalan terbaik untuk student KUIN merasa selesa belajar disana.

Buat apa nak demo-demo? Dulu staff KUIN Berdemo sebab 4 tahun tunggu pentadbiran KUIN lama buat perubahan, tapi depa tak buat. Sebab tu depa naik angin dan berdemo, ada la sebabnya. Ini baru 3 bulan, dah nak berdemo. Boleh bincang kot?

Kalau nak berdemo juga, maknanya, ini hanya gimik politik Pas saja la. Racun kepala otak student KUIN yang pro Pas untuk berdemo!

Korang student, buat cara student la. Kalau betul ada masalah yang tak boleh selesaikan, tapi takut nak jumpa dengan pentadbiran, meh email kat Mc meh.. kita bawa bincang.

McTheory:
Jadi student, jangan jadi stupid..

PANASS! Mahfuz Bengang dengan PKR dan Dap! #TolakPR



PAS Kedah mahu sekutunya dalam Pakatan Rakyat tidak lepas tangan akibat daripada kegagalan mempertahankan negeri tersebut daripada diambil alih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), pada Mei lalu.

Sebaliknya Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menggesa PKR dan DAP agar memikul beban itu bersama selain mengenal pasti faktor kelemahan dan kegagalan.

Jelas beliau, kemenangan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan disebabkan keupayaan dan kerjasama antara ketiga-tiga parti komponen itu.

"Bagi saya bahawa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan yang kita boleh pertahan atas keupayaan bersama bukan atas satu kebolehan atau kelebihan yang ada pada mana-mana pihak.
"Begitu juga kejatuhan kerajaan negeri Kedah bukan hanya diletakkan semua beban itu kepada PAS tapi itu tanggungjawab kita bersama.

"Walaupun dari kerajaan negeri diterajui oleh PAS namun saya percaya kelemahan itu dapat kita kenal pasti untuk memastikan perkara sama tidak berulang di negeri-negeri lain dan juga tidak akan berulang bila kita diberikan mandat semula pada pilihan raya umum seterusnya," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Pada PRU13, BN mengekalkan kuasa pentadbiran di peringkat pusat selain menawan semula Kedah yang diterajui PAS sejak 2008. Sementara Pakatan mengekalkan kemenangan di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Menurut Mahfuz, sebagai pemimpin nombor satu PAS di Kedah beliau sedia memikul tanggungjawab kekalahan itu dan akan memastikan mandat diberikan semula kepada Pakatan pada pilihan raya umum akan datang.

"Apa pun kekalahan di Kedah saya mengambil tanggungjawab itu dan saya memohan maaf kepada seluruh rakyat Kedah, ahli serta kepimpinan PAS dan seluruh kepimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat atas kegagalan mempertahankan Kedah.

"Namun begitu azam dan tekad kita bersama adalah untuk menempatkan kembali PAS dan Pakatan Rakyat di persada kuasa di Kedah," katanya yang juga Naib Presiden PAS.

Tambah Ahli Parlimen Pokok Sena itu, punca kegagalan akan diketahui selepas jawatankuasa 'post-mortem' peringkat negeri selesai menjalankan tugas dalam tempoh empat bulan.

"...dan saya begitu yakin bahawa kita akan dapat kembali (Kedah), ini berasaskan apa yang berlaku di Kelantan dulu di mana PAS hanya tinggal dua kerusi dan pada pilihan raya umum 1999 ia berjaya mencipta sejarah dan akhirnya kekal selama 23 tahun sehingga hari ini.

"Ini semua kita belajar daripada kelemahan masa lalu dan kita kena pastikan ia tidak berulang," katanya.

Isnin, 29 Julai 2013

TUDIAA! Pas nak Pecat Mat Sabu?


Setelah beberapa kali menafikan laporan kononnya terdapat pemimpin kanan parti itu terbabit dengan ajaran Syiah, Pas hari ini menerusi suatu kenyataan media melabelkan ia sebagai tuduhan jahat.

Ketua Penerangannya, Datuk Tun Ibrahim Tuan Man berkata, isu Syiah ini bukan isu politik namun ia melibatkan soal aqidah, justeru memberi amaran mereka yang mahu bermain politik menggunakannya.

"Ahli Pas mesti berpegang kepada ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika ada yang menganut amalan Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli Pas," katanya menerusi satu kenyataan media.

"Tiada pimpinan utama Pas terlibat dengan ajaran Syiah. Oleh itu, Pas mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya," tambahnya lagi.

Pas katanya kesal dengan tuduhan yang dilemparkan dan menganggap ia perbuatan yang berniat jahat.

"Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata mata," tegasnya.

Menurut Tuan Ibrahim, pihaknya sendiri mempunyai sistem pemantauan dalaman yang bergerak aktif bagi memastikan seluruh ahlinya tidak terbabit dalam aktiviti seumpama itu.

"... dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

"Kerajaan jangan hanya nampak Syiah sebagai ancaman negara, sedangkan ajaran Qadyani yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan bercanggah dengan aqidah terus berjalan tanpa sebarang tindakan," ujar beliau lagi.

Pas katanya sama sekali tidak akan termakan dakyah lawan yang cuba memanipulasi isu Syiah ini apatah lagi menjelang pemilihan parti itu November ini.


McTheory:
Ishh.. bila Pas nak pecat Mat Sabu?

TERPANASS!! Senarai Ketua Bahagian UMNO Selangor yang Patut Undur Diri!! #SaveSlgor



Jika sayangkan parti, baik kita tegur dulu sebelum benda yang kita patut tegur tu menjadi melarat dan barah pada parti. Mungkin itu perjuangan yang dibawa oleh blogger ShahalamRebel.

Kepimpinan UMNO di Selangor mesti diubah. Itu sahaja harapan yang tinggal untuk memikat semula hati rakyat bagi memenangi semula negeri Selangor dalam PRU-14.

Justeru menjadi tanggungjawab perwakilan di UMNO bahagian supaya berfikir panjang dan beri peluang kepada muka-muka baru dalam pemilihan di peringkat bahagian akan datang.

Kepada perwakilan, formulanya mudah. Ketua-ketua UMNO bahagian yang parlimen-nya tewas pada PRU-13 wajar berundur dan janganlah menawarkan diri lagi dalam pemilihan kali ini.

Bagi ketua bahagian yang tewas semua kerusi di parlimen dan Dun pula, sewajarnya turut angkat kaki dan berundur. Mereka ini patut berasa malu dengan kegagalan mereka dan menyedari isyarat bahawa rakyat sudah muak dan menolak kepimpinan mereka.

Penulis angkat topi kepada Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Bushro Mat Johor yang telah menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian yang sedang disandangnya.


Tabik spring Dato'! Banyak Ketua Bahagian takde telor, tak macam Dato'. 

Bushro sedar di atas kegagalannya menerajui bahagian. Maka UMNO Bahagian Subang memerlukan muka baru yang boleh memberi kemenangan kepada parti, negeri dan parlimen.

Jadi jawatan itu janganlah pula diisi oleh mereka yang tidak berwibawa pula. Contoh seperti di Subang, jawatan ketua bahagian jangan pula diganti oleh Dato' Zein Isma yang tidak relevan lagi sebagai pemimpin di situ. Beliau juga tidak berupaya menarik minat pengundi di parlimen Subang. Semua mengakui hakikat itu.



Dato' Zein Isma bin Ismail bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang menawarkan diri bertanding Ketua UMNO Bahagian Subang. "Wahai Dato' Zein, sudah tiba masanya kamu pun berundur" - ahli akar umbi.

Justeru bukanlah sesuatu yang luar biasa, jika pemimpin muda turut menjadi pertimbangan perwakilan. Peralihan kuasa di bahagian-bahagian di Selangor adalah perlu demi mengimbangi kelahiran pemimpin-pemimpin baru di dalam UMNO. Supaya tiada lagi isu ketandusan pemimpin di Selangor.

Perwakilan yang sayangkan parti dan mahukan parti menang pada PRU-14, mesti gunakan kuasa dan undi mereka untuk keluarkan pemimpin yang tidak lagi boleh bawa kemenangan kepada parti di DUN dan Parlimen.

Oleh itu, penulis senaraikan Bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/Dun dan memerlukan pemimpin yang baru:-
1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)

2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)

3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)

4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)

5. Pandan (kalah 4-0)

6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)

7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)

8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)

9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS

10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)

11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0)

12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.

13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)

14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)

15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)

16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)

17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)

Ketua Bahagian yang wajar dikekalkan berikutan prestasi baik dalam PRU-13
1. Sabak Bernam (menang 2-1)

2. Hulu Selangor - Dato' Mohd Idris bin Abu Bakar (menang 3-1)

3. Tanjong Karang - Dato' Seri Noh bin Omar (menang 3-0)

4. Kuala Selangor - Dato' Amiruddin bin Setro (menang 3-1)

5. Sungai Besar (menang 2-1)

Boleh sambung baca SINI

Kalau dah tak mampu nak jaga bahagian, jaga orang UMNO dan rakyat. Lebih baik undur diri. Sebab ramai sangat Ketua Bahagian sekarang yang Mc nampak syok sendiri! Tempat yang kalah 4-0 tu, Ketua Bahagiannya patut undur diri dan beri peluang pada orang lain pula. Jangan syok sendiri la, kelak parti yang binasa.

Itu cuma pendapat Mc, mungkin juga itu pendapat dari semua akan umbi.

McTheory:
Patutkah di Kedah kita senaraikan juga?

PANASS!! UMNO/BN Tolong Jaga KUBU kuat dan Pengundi Sebelum Orang Menyampah! #RevolusiUMNO



Selepas balik pada Kuala Besut, ada satu perasaan 'pelik' yang menghantui Mc. Kenapa UMNO/BN selalu alpa dan biarkan ahli dan penyokongnya susah sedangkan UMNO/BN tahu, tanpa penyokong atau atas pagar yang mengundi mereka. Mereka akan tersungkur kalah, mungkin tidak lagi menjadi kerajaan.

Adalah pelik bila kawasan kuat UMNO/BN kelihatan tidak membangun, jalan tar tahap zaman jepun, daif dan rumah hampir nak runtuh. Slogan UMNO/BN kononnya bawa perubahan, bawa kemajuan, perubahan apa yang BN bawa kalau kawasan KUBU kuat BN pun rumah macam reban ayam yang hampir nak roboh!

Jangan terkejut, bukan semua KUBU kuat BN macam tu.

Contoh macam parlimen Pagoh, TS Muhyiddin Yasin. Mc pernah ke kawasan berkenaan, nak cari rumah kayu buruk pun susah. Hampir semua rakyat miskin disana telah diberi bantuan PPRT, jalanraya tiptop lancar macam lebuhraya, sekolah, stadium, dewan semua infra lengkap. Itu baru contoh terbaik parlimen KUBU kuat BN. Kita nak sebut KUBU kuat pun bangga kalau kawasan macam tu.

Jangan pulak ada yang kata disebabkan situ kawasan TPM maka duit banyak turun. Kawasan lain KUBU kuat yang 'terbela' pun ada, dijaga baik dan tak mempunyai masalah dari segi pembangunan, namun apa yang Mc lihat, lebih banyak kawasan KUBU yang tidak dijaga hingga menyebabkan rakyat yang menyokong BN boleh berubah fikiran dan mengundi pembangkang.

Di Baling DUN Bayu, antara KUBU kuat BN. Sebab waktu gelombang 2008 pun DUN tu masih kekal bersama BN hingga ke hari ini. DUN bayu pun ada masalah pembangunan. Mc tak salahkan ADUN, sebab ADUN selalunya sibuk dengan kerja mereka. Tapi tolong awasi JKKKP, jangan percaya sangat, sebab banyak yang sapu projek masuk poket penuh-penuh dulu, yang serdak-serdak baru bagi pada orang kampung.

Malah ada yang beritahu Mc, waktu kampung kena ribut tempohari, ramai penduduk kampung rumah bumbung tercabut, bantuan sampai dari pusat, cuma tak sampai kepada orang kampung, sebab JKKKP dia tukar bumbung rumah baru, setiap keping bumbung rumah semua dia sapu! Hasilnya orang kampung terpaksa kutip duit sendiri untuk baiki bumbung rumah. Ada orang tahu bab ni? Sedangkan dikampung tersebut, PDM BN tak pernah kalah!

Belum lagi kisah buat jalan tar mohon 3KM tapi jadi 2 KM, sebab 1KM lagi dah masuk poket! Orang macam ni yang kita kena tukar! ADUN tolong waspada, jika biar JKKKP yang dibayar elaun ni dok aniaya orang kampung, lambat laun, sekali ADUN pun depa tukar!

Peristiwa yang paling Mc sedih adalah sewaktu kempen di Kuala Besut, dimana rumah penyokong kuat BN, pacak bendera BN depan rumah, tapi dalam rumah cuma ada satu saja lampu. Rumah pun hampir nak roboh. Wehh malu la, ada orang BN yang rumah hampir nak roboh, ke mana  perginya ahli parlimen BN yang jaga disitu walaupun ADUNnya sudah meninggal dunia, tapi ahli parlimennya orang 'besar' di Terengganu!

Kalau nak bagi contoh, banyak lagi Mc boleh bagi. Langkawi pun termasuk dalam KUBU kuat BN. Mc minta ahli parlimen Langkawi tolong buat kerja, tengok sama rakyat Langkawi, sewaktu kami turun 'cari isu' berkaitan Pas, kami blogger pro BN ni banyak jumpa isu berkaitan BN.

Kalau orang tanya Mc, kenapa tak tegur mengunakan saluran parti? Kenapa mesti nak bising-bising dalam blog. Mc jawab senang saja, ada orang peduli ka kat kami ni kalau kami gunakan saluran parti? Ada orang nak dengar ka suara kami? Mc bukan setahun dua jadi ahli UMNO, sejak tahun 1998 lagi. Dah kenal sangat, sepak terajang politik UMNO ni.

Apa yang Mc dedahkan dalam blog, adalah suara akar umbi yang mahu pemimpin UMNO/BN berubah. Disebabkan sayangkan partilah Mc mahu lihat BN terus memerintah pada PRU ke 14, walaupun harapan BN untuk memerintah pada PRU ke 14 nanti hanya 40% saja, selagi BN gagal tawan saluran orang muda.

Tak payah peduli kaum cina yang tolak BN. Cari inisiatif untuk tarik orang muda bersama UMNO/BN. Golongan muda profesional hampir 70% menolak BN, walaupun mereka berpangkat besar dalam GLC. Sebab apa mereka tolak? Sebab pendekatan UMNO/BN tak pernah berubah, masih di tahap lama, kuno!

Beri peluang orang muda bekerja, terima idea dan sumbangan. Jangan tutup suara orang muda. Jangan sekat jika ada orang muda profesional mahu sertai UMNO. Jika kita lihat suara orang muda didalam Pakatan lebih hebat, lebih ranggi dari UMNO/BN sebab apa? Sebab kepimpinan mereka terbuka untuk menerima cadangan!

Kita UMNO/BN? apa yang kita buat? Nak kata Pemuda UMNO kuat? puii.. saluran orang muda kalah semua! Sepatutnya kalau pemuda kuat, saluran orang muda kenalah menang, baru kata kuat! Tolong beritahu Mc, bahagian mana yang saluran orang muda menang, sebab Ketua Pemuda kawasan situ layak untuk kita angkat jadi KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA kelak! 


P/s: Ikhlas dari suara hati yang menuntut perubahan!


McTheory:
UMNO dulu, kini dan selamanya..

PANASS! KDN gantung Filem 'The New Village' Siapa yang lepaskan?



Mc tabik pada Menteri KDN Zahid Hamidi yang berani untuk mengantungkan filem 'The New Village'. Filem yang kononnya diadaptasi sewaktu zaman pra kemerdekaan, namun mengangkat komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara. Tindakan KDN adalah tepat.

Baca laporan dibawah,

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung tayangan filem “The New Village” yang seharusnya menemui penonton di pawagam pada 22 Ogos oleh kerana filem itu perlu menjalani satu lagi tapisan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Menteri Dalam Negeri itu berkata, keputusan itu dibuat selepas heboh di media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) berhubung jalan ceritanya.

“Kita akan putuskan kemudian melihat kembali filem tersebut termasuk mengambil kira komen komen seperti dalam akhbar dan blog” katanya dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Penjara Sungai Buloh.

Menurut Ahmad Zahid, KDN ada menerima permohonan tapisan filem The New Village pada 4 September 2012.

Bagaimanapun apabila ditanya mengapa dulu pihaknya meluluskan filem tersebut beliau memberi komen babak yang ada dalam filem itu tidak keterlalaluan ketika itu.

” Filem itu telah ditapis tiga panel ahli LPF dan diluluskan pada 7 September 2012. Jesteru itu kita tidak akan beragak agak untuk membatalkan filem itu sekiranya didapati mengandungi babak mengagungkan komunis.?

” Kita akan beritahu kelak tarikhnya jadi sehingga waktu itu saya harap tidak akan timbul sebarang spekulasi mengenai hal ini,” katanya.

The New Village diarahkan oleh Wong Kew Lit dan diterbitkan oleh Astro Shaw serta barisan pelakonnya tidak membabitkan pelakon Melayu dan India.

Filem itu berkisarkan kejadian darurat di Tanah Melayu pada 1949 serta mempaparkan PKM dan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) sebagai pejuang kemerdekaan.


Walaupun Mc lega dengan tindakan KDN, namun perasaan sangsi tetap wujud. Macam mana filem yang mengangkat komunis sebagai wira negara boleh terlepas untuk tayangan umum di Malaysia? Apakah semasa penapisan filem tu, FINAS dan LPF tidak sensitif dengan pengisian yang dibawa oleh filem terbabit?

Tidak kah mereka rasa filem tu menongkah arus? Atau memang orang sekarang sudah tak peduli lagi pasal sejarah?

Jangan sampai anak cucu, cicit kita mula pakai topi bintang 3, kononnya mereka itu pejuang kemerdekaan. Sampai pada masa tu, kita nak perbetulkan balik pun dah lambat.

Sebab tu dari sekarang kita harus berjaga-jaga jangan sampai sejarah kita, bertukar tangan jadi sejarah dorang pulak!

McTheory:
Faham tak apa yang dikatakan?

INFO! Misteri Dunia yang Masih Belum Terjawab Hingga Sekarang!



Di dunia ni ada beberapa teori cuba dirungkaikan oleh pakar-pakar saintis dan arkeologi dunia mengenai penemuan seperti gambar-gambar di bawah, tetapi hasilnya sungguh mengelirukan. Mungkin diputar belit ataupun sengaja disimpan kemas dan terkunci? Antaranya..



1. Penemuan Piring Batu Dropa Stones


 
Dropa, menurut legenda, adalah satu bangsa yang kerdil seperti extraterrestrials yang kononnya mendiami gunung Baian-Kara-Ula China. Pada 1938 ekspedisi arkeologi yang diketuai oleh Dr Chi Pu Tei ke wilayah ini telah membawa kepada penemuan beberapa siri gua buatan diukir mengandungi Stones Dropa.

Setiap batu, atau seperti cakera padat (CD)sebaliknya, dikatakan berusia sekitar 12,000 tahun, kira-kira 9 inci diameter, Dipotong kecil di tengah-tengah dan terukir dengan corak lingkaran hieroglif. ia menjadi aneh. Hieroglyphics nampaknya memberitahu kisah Dropa yang datang dari angkasa lepas dan mendarat nahas di pergunungan. Kononnya, pasukan Dr Chi Pu Tei juga menjumpai yang kemas baris beberapa makam dengan 4 kaki 4 rangka inci, yang besar klasik kepala asing dan semua, dikebumikan di dalamnya.


2. Klerksdorp Sfera
 
 
Banyak perdebatan telah timbul asal objek yang kecil dicipta, bulat atau cakera yang berbentuk bulat ditemui berhampiran Ottosdal, Afrika Selatan. Penyelidik alternatif dan wartawan mendakwa ini adalah “ganjil, daripada tempat artifak yang ditemui ini”mustahil dengan daerah yang primitif, tetapi telah mencipta seperti kegunaan untuk peralatan eletronik,mungkin ianya dicipta oleh makhluk pintar, sama ada manusia, atau berasal dari makhluk asing.

Satu Sfera Klerksdorp beralur

Geologi menangkis dakwaan bahawa ketulan sedikit aneh adalah hasil daripada proses semula jadi, yang datang daripada 3.0 bilion tahun dahulu tersimpanan lama.

 Walau apapun yang berkenaan, ini sfera beralur monumentally artifak menarik.
 
3. The Plain Of Jars
 
Terletak di Highlands Lao kawasan Xieng Khouang adalah di pusat tapak arkeologi yang luar biasa yang dikenali sebagai Plain balang. Bertaburan kedudukan di seluruh daerah ini dan balang batu bahawa saintis telah menganggarkan tarikh dari kira-kira 2000 tahun yang lalu.

Berbentuk dalam pelbagai saiz dari agak kecil kepada yang besar dengan yang terbesar seberat sehingga 14 tan. Balang batu ini banyak yang dimusnah akibat peluru hasil sisa-sisa Perang Rahsia apabila Amerika Syarikat yang menjalankan salah satu kempen pengeboman pada tahun 1969 yang paling intensif di semua tempat sejarah.

Ada yang percaya bahawa tempayan-tempayan ini ada untuk pengebumian abu manusia manakala yang lain percaya mereka telah direka untuk menyimpan air hujan dari musim tengkujuh. Ia terletak betul-betul di salah satu laluan perdagangan purba dari India Utara ketika itu.

Mungkin juga faktor keagamaan kerana penggali telah menjumpai patung-patung Buddha,manik dan alat-alat gangsa. Apa yang sering fikirkan bahawa balang-balang ini akan memerlukan masa yang panjang untuk dibuat, mungkin pada skala yang sama seperti Stonehenge, dan itu pasti telah dilakukan atas sebab-sebab yang amat penting. Buat masa sekarang, kewujudan ini adalah hanya satu lagi misteri purba yang masih terjawab.
 
4. Kesan Tapak kaki Di Batu
 
Adakah ia kaki fosil dinosaur dan manusia di zaman batu?Ahli-ahli arkeologi dan palaeontologists serta lain amatur yang berminat telah menemui tapak kaki dinosaur dalam pelbagai jenis batu menpapan. Ini jejak dicipta apabila makhluk meninggalkan jejak dalam bahan lembut seperti lumpur, tanah liat atau pasir.

Tiada apa-apa yang aneh atau tidak dapat diterangkan tentang proses ini. Walau bagaimanapun, terdapat banyak dilaporkan tentang tapak kaki manusia yang ditemui bersama-sama dengan dinosaur – atau dalam batu yang tarikh dari berjuta-juta tahun yang lalu.

 Sememangnya, ini telah mencipta kontroversi yang signifikan antara saintis, penciptaan dan pihak-pihak lain yang berminat. Kesan tapak kaki yang terkenal ini terletak berhampiran Glen Rose di Texas, Amerika Syarikat. Namun, terdapat laporan bahawa beberapa trek telah diubah suai untuk kelihatan lebih seperti tapak kaki manusia selepas penduduk tempatan menyedari nilai pelancongan yang berpotensi.
 
5. Jalan Bimini
 
Para penyelam telah terjumpa bentuk batuan seperti jalan berturap di bawah laut utara Pulau Bimini di Kepulauan Bahama. Ramai orang berpendapat jalan setapak itu adalah kejadian alam semulajadi. Namun penataan batu jalan itu menimbulkan pertanyaan lanjutan kerana ianya terlalu rapi dan tersusun. Beberapa ahli arkeolagi menyatakan ianya adalah sebagian dari Kota Atlantis (seperti yang ditulis oleh Plato beberapa abad silam). Tapi hingga hari ini belum ada terbukti tambahan mengenai kewujudan “kota yang hilang” itu. Dan Jalan Bimini masih menjadi pertanyaan dan tengelam di dasar laut bersama sejarahnya : apakah jalan itu dibuat alam atau manusia?
 
6. Misteri Kehilangan Jimmy Hoffa
 
Pemimpin Buruh yang dikenali sebagai orang Amerika yang paling berpengaruh dalam tahun 1950 tahun – 1960, Jimmy Hoffa adalah seorang tokoh yang telah mengubah wajah dunia buruh Amerika. Julai 30, 1975, Hoffa hilang di tempat letak kereta Detroit dan tidak pernah ditemui lagi. Salah satu teori dipercayai Hoffa dibunuh oleh Jack Anthony Giacalone, kumpulan yang diketuai New Jersey. Mayat Hoffa didakwa dikebumikan di bawah asas stadium Giants, Detroit. Apabila dilakukan penggalian di yayasan stadium, tinggalan Hoffa dijumpai.
 
7. Jack the Ripper
 
Terkenal sebagai pembunuh bersiri dan misteri pada tahun 1888, identiti Jack The Ripper hingga ke hari ini tidak pernah diketahui. Membunuh pelacur-pelacur jalanan dengan cara yang cukup kejam dan membelah tubuh mangsa dengan rapi sempurna, membuat polis berfikir Jack adalah seorang pakar bedah waktu itu. Walaupun mereka banyak buku-buku, filem, dan teori diterbitkan, identiti Jack yang Ripper masih lagi menjadi topik perbincangan dan misteri Jack The Ripper tetap terkubur bersama lipatan sejarah sehingga kini.
 
8. Time Slips
 
Masa mengikut saintis, ialah satu konsep yang lebih kompleks daripada kita manusia digunakan untuk mempercayai apa yang terlihat. Apa lagi telah wujud dengan nama-nama yang terkenal, seperti Albert Einstein, dengan keputusan yang menakjubkan dipanggil “tergelincir masa” sebenarnya, fenomena luar biasa yang menganggap gangguan waktu sedikit masa lalu. Ia dialami oleh orang-orang sekarang dan tanpa disedari oleh orang-orang dari masa lalu. Seseorang mengalami fenomena sedemikian tidak akan mempercayai bahawa apa yang dia lihat selama beberapa saat adalah benar.Bukti Visual slip masa sering muncul dalam gambar lama seperti tanggapan atas artis. Sebuah kereta spot diletakkan di tepi jalan dalam imej yang jelas sangat, mengambil banyak tahun sebelum kenderaan motor itu dikeluarkan.

 
Kewujudan kereta moden di tengah-tengah zaman ‘cowboy’ ianya nampak seperti filem Back to The Futureseperti bayang-bayang sepintas lalu dan tiada orang yang terpegun atau terkejut. Apakah mereka sering melihat kereta ini? mungkin ya pada ketika itu….?

Teringat saya mengenai filem The League of Extraordinary Gentlemen, lakonan Sean Connery, kisah awal sekitar tahun 1900, sekumpulan ‘hero’ ini telah memiliki kelengkapan kapal, kereta dan senjata moden yang belum digunakan sesiapa lagi pada masa itu. Kadang-kadang filem Hollywood seperti menunjukkan sedikit ‘clue’ yang tersembunyi kebenaran walaupun banyak pembohongan/putar belit.
Seperti juga filem National Treasure lakonan Nicolas Gage,terang-terang menceritakan asal usul Freemason.
 
9. Time Traveller ( Misteri Wanita Bercakap Menggunakan Telepon Bimbit Dalam Filem Charlie Chaplin)
 
 
 
Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circus lakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.
Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.
Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.
“Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit,” kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika.

Ahad, 28 Julai 2013

Terkini! Live Stream Tazkirah Ustaz Don Daniyal dari Masjid Zahir! #KedahAmanMakmur


Live stream dari masjid Zahir Alor Setar Kedah. Bersama tazkirah Ustaz Don Daniyal di www.KedahLive.Tv

Turut bersama mendengar tazkirah ialah YDP Agong dan MB Kedah. Rugi tak dengar!

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

PANASS!! BN Menang PRK #KualaBesut Sebab Rasuah?

atas ni apa, rasuah ka sedekah?

Mc tergelak bila baca komen Pas setelah kalah di Kuala Besut. Sudah tentu Pas tak akan mengaku kalah dan mengaku kekalahan mereka tu disebabkan kelemahan sendiri. Pas akan mencari alasan untuk mereka menuding jari kekalahan mereka.

Mulut 'rasmi' Pas Haramkah menuduh BN gunakan 'rasuah' untuk menarik undi penduduk Kuala Besut. Kemudian Pas juga memberi alasan bawa Che Long terpaksa berhadapan dengan kerajaan Malaysia ketika PRK baru-baru ini atas sebab demikian Pas kalah.

Alasan berhadapan dengan kerajaan Malaysia tu paling kelakar. Sudah tentu menteri-menteri akan turun berkempen sebab yang jadi menteri tu semuanya orang UMNO/BN!

Bila Najib turun berkempen, Najib sebagai Presiden UMNO, juga Perdana Menteri Malaysia. Begitu juga dengan Muhyidin Yasin, Timbalan Presiden UMNO, juga sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Bila Presiden dan Timbalan Presiden turun, sudah tentu Naib-Naib presiden, Ketua Pemuda, MT dan lain-lain turut turun membantu. Sama juga dengan Pas, hampir seluruh struktur parti Pas turun membantu Che Long, soo apa salah UMNO mengunakan jenteranya membantu Abe Ku.

Rasuah? membuat projek membantu rakyat Terengganu bukan rasuah. Projek tu memang dalam perancangan, namun bila ada PRK, kerajaan Malaysia 'highlight' projek terbabit besar-besar untuk buka mata penduduk Kuala Besut. Biasa la, rakyat Malaysia ni alpa dan mudah lupa, kena 'bising-bising' sikit baru depa buka mata dan nampak apa kerajaan buat.

Pemberian rumah tu juga Mc sokong, sebab rumah penduduk di Kuala Besut agak 'daif' dan banyak yang perlu BN Kuala Besut lakukan. Bukan hanya penuhkan poket sendiri.

Walaupun Mc turun kesana untuk membantu jentera BN, namun Mc agak terkejut dengan keadaan 'KUBU' kuat BN di Terengganu tu.

Sepatutnya KUBU kuat BN mempunyai rumah yang cantik-cantik, moden serta infrastruktur yang lengkap. Ini tak, ada rumah penyokong kuat BN yang hampir roboh, senget, ini kisah benar! Kalau nak marah Mc, marah la tapi Mc boleh keluarkan gambar rumah-rumah di Kuala Besut yang hampir roboh tu!

Jadi jika keadaan ini berterusan, Mc tak terkejut jika PRU ke 14 nanti Kuala Besut jatuh ke tangan Pas! Ini teguran ikhlas dari Mc.

Cuma Mc agak kagum dengan semangat orang Kuala Besut yang tetap menyokong BN walaupun mereka seolah tidak dijaga dengan baik oleh 'wakil' mereka tu.

Mc harap 'wakil' baru dari BN iaitu Abe Ku mampu membuat perubahan besar dan membantu penduduk Kuala Besut yang kesusahan.

Jangan bila dekat PRU baru nak pulun buat kerja. Masa tu, rasanya dah lambat kot.

McTheory:
Tolong jaga 'KUBU' kuat, sebab itulah penyumbang utama BN jadi kerajaan!

INFO! Tolong Doakan Kesihatan Anak Kembar @JamawiJaafar


Mc ada dengar berita tentang kesihatan anak kepada salah seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Jamawi Jaafar yang sedang ditahan di Hospital Likas kerana sedikit komplikasi.

Nak pergi melawat, bukannya dekat, jauh tu..

Sebagai umat Islam mari kita sama-sama mendoakan kesihatan anak beliau supaya cepat sembuh.

Dengar kata Jamawi tawar diri sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Hmm.. Jamawi memang ada masa depan untuk naik. Cuma kalau kena 'jalan'nya insyallah akan keatas. Kalau salah jalan, bakal turun terbenam.

Moga Jamawi pilih jalan yang betul..

PANASS! Bukti Syiah Makin Parah di Kedah! #KedahAmanMakmur

Kedai makan di Jitra letak gambar pemimpin Syiah

Semakin lama makin menular pulak fahaman syiah dalam masyarakat kita. Di Kedah khususnya sudah banyak laporan dibuat terhadap jabatan agama Islam. Tindakan fatwakan haram syiah di Kedah amat tepat oleh Kerajaan negeri.

Ketegasan Menteri Besar dalam membasmi kegiatan gerakkan Syiah di Kedah membuatkan puak-puak Syiah di kedah mula rasa kepanasan, perkara itu terbukti apabila gerakan Syiah mula berselindung di sebalik Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Walaupun mereka yang menafikan penglibatan dalam aktiviti Syiah, tetapi semua itu boleh dikenal pasti melalui perbuatan atau kenyataan mereka kerana ia akan menjurus kepada fahaman itu.

Mukhriz berkata, “Bukti itu ada, ia tersembunyi. Kita hanya perlu teliti dari aspek kenyataan mereka sebelum ini, sama ada dalam ceramah atau tazkirah yang pastinya ada unsur menyokong fahaman Syiah,”

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya sudah kenal pasti pemimpin politik terlibat dan akan mengambil tindakan jika ada laporan daripada majlis agama Islam negeri.

Mengulas perkara itu, Mukhriz berkata, setakat ini, kerajaan negeri belum menyediakan laporan berkaitan aktiviti Syiah di negeri ini, dan maklumat berkaitan sedang dikumpul untuk tindakan lanjut.

“Maklumat berkenaan akan dijadikan rujukan dan panduan untuk proses mewartakan fatwa itu, yang akan dibahas dalam sidang Dun 25 Ogos ini. Kita akan wartakan segera fatwa anti Syiah selepas mendapat persetujuan dewan,” katanya.

Bagaimanapun, hanya selepas diwartakan katanya, tindakan boleh diambil terhadap mereka yang terbukti cuba menyebarkan fahaman Syiah.

Mukhriz berkata, fatwa itu tidak akan dikuatkuasakan secara drastik, sebaliknya menggunakan pendekatan berhemah agar pengikutnya kembali ke pangkal jalan.

“Langkah awal ialah mulakan usaha memperbetulkan akidah golongan ini sebelum diambil tindakan perundangan. Ada pihak yang tidak sedar mereka terikut-ikut dengan fahaman itu.

Jadi kita wajar sedarkan mereka dan bawa mereka kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Mc berharap agar pemantauan dilakukan berterusan agar kegiatan ini tidak tersebar dengan cepat seperti sebelum ni, jadi langkah yang diambil Menteri Besar Kedah ini amat baik demi menyelamatkan akidah rakyat Kedah hatta Malaysia.


McTheory:
Makin lama makin parah masalah syiah ni..

PANASS! Ops Ramadhan! Kelab Hiburan Di Serbu, 30 orang ditangkap! #KedahAmanMakmur


Sempena bulan ramadhan, penguatkuasa MBAS dan Polis bekerjasama menyerbu kelab-kelab malam yang beroperasi tanpa lesen. Serbuan dibuat hampir setiap minggu jika mendapati ada kelab malam yang telah menyalahi undang-undang. Setakat ini sudah hampir 30 orang pekerja kelab malam diambil tindakan.

Perkara ini ditelah diakui oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz, malah Exco yang PBT yang terlibat Badrul Hisham juga terbabit dalam operasi kelab malam kali ini.

Serbuan dibuat atas laporan orang ramai yang kurang senang akan aktiviti kelab malam yang terang-terang mencabul dibulan mulia umat Islam ini.

Mc ucapkan tahniah kepada Kerajaan Kedah kerana berani bertindak tegas, walaupun tahu kaum bukan Islam pasti akan merungut kerana menganggu tempat mereka berhibur.

Mc syorkan pada taukeh kelab, buat larangan orang Islam masuk ke dalam kelab, jika mahu selamat. Kerana larangan keras hanya pada umat Islam, kaum lain atau agama lain masuk la, tak siapa nak larang!


P/s: Jangan lupa, kelab-kelab ini muncul dizaman Pas memerintah..


McTheory:
Jika dulu Pas tak berani ambil tindakan, syabas UMNO, ada pejuang Islam!

TUDIAA!! Fatwa Haram Miss Malaysia Melayu, Bakal Di Halalkan?


Empat gadis Islam yang merupakan finalis Miss Malaysia World 2013 sebelum digugurkan penyertaan mereka, berkemungkinan besar akan dibenarkan bertanding berikutan kajian semula yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Perkembangan terbaru ini disahkan sendiri Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali setelah mengadakan pertemuan rasmi dengan penganjur pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013, Datuk Anna Lim pada Khamis.

"Saya belum membuat keputusan lagi. Tetapi saya akan mengumumkan keputusan kepada umum minggu depan. Keempat-empat wanita Muslim mungkin mempunyai peluang untuk dipanggil semula dan mengambil bahagian dalam Miss Malaysia World 2013."

Bagaimanapun, pihak penganjur belum dapat membuat keputusan rasmi kerana masih menunggu pengumuman Che Mat berhubung keputusan dari pihaknya yang dijangka akan dibuat sama ada hari Isnin atau Selasa minggu depan.

"Mesyuarat itu berhasil dan pengumuman mungkin boleh dibuat pada awal minggu depan."

Sebagai makluman, pertandingan peringkat akhir Miss World tahun 2013 akan diadakan di negara jiran, Indonesia, manakala nama empat gadis Islam yang digugurkan itu ialah Wafa Johanna De Korte, Sara Amelia Muhammad Bernard, Miera Sheikh dan Kathrina Ridzuan - mStar.

Lagi satu keputusan 'flip flop' dari pihak berkuasa agama Islam. Mc tak tau nak kata apa. Kenapa Mc rasa makin hari makin tergugat melayu dan Islam di Malaysia?

Apakah kita rakyat Malaysia salah memilih pemimpin?

McTheory:
Mana perginya pemimpin pejuang Islam dan melayu?

Sabtu, 27 Julai 2013

PANASS!! Ucapan Ayahanda Tun Dr Mahathir Tentang Nasib Melayu Kian Buruk!



Ucapan kontroversi Ayahanda Tun Dr Mahathir yang diucap Dalam Sesi Tertutup pada 26 Julai 2013 lalu.

Bagi Mc apa yang Ayahanda Tun cakap itu adalah benar, jika diabaikan, nescaya harapan kita akan musnah!

1 - “Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk”.

2 - “Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”.

3 - “Lihat sahaja isu EC yang di serah kepada Parlimen, ini semua tanda tunduk kepada desakan kerana kedudukan kita tidak begitu kuat begitu juga lah dengan ISA dan isu keselamatan, ini semua sebab pemimpin nak jaga hati lawan”

4 - “DS Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana di fikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi”

1Malayisa tidak dijelaskan dengan betul,ia bermaksud lain pada pihak lain pada orang cina ia bermaksud semua sudah sama melayu dan cina, pada orang melayu ia bermaksud tiada lagi sekolah cina dan sebagai nya”

5 - “Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitivity, tapi malang nya mereka lah yang didengar oleh pemimpin”

6 - “Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu” ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu.

“Nak kira 700 undi pun makan masa 8 jam”

7 - Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasakan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan.

8 - Tentu sekali pemimpin UMNO bukan jenis yang berkata benar kepada DS Najib akan keadaan dibawah kerana mereka seperti di kata bukan lagi ahli yang berkualiti selain hanya mahu mengampu dan memberi kabaran baik sahaja.

9 - “Ada kah sebarang kontrak orang cina akan serah kepada Melayu?” ujar Tun Mahathir. “orang melayu yang dapat tender dan kontrek akhir nya akan sub kepada bukan melayu juga tapi malang nya apa yang dapat kepada orang cina tidak pernah dapat kepada orang melayu.

10 - “Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib”

11 - “BR1M akan menjadi masalah jika satu ketika nanti rakyat sudah terbiasa dengan pemberian sebegini, dan keadaan akan jadi buruk apa bila tidak lagi dapat memberi nya”

12 - “Saya Ultra Malay tapi orang cina tahu dan kenal cara saya dan mereka undi saya, ada cara nya untuk memikat hati mereka, pendekatan DS Najib tidak betul dengan sentiasa menghulur kan wang, mereka akan ambil tetapi belum tentu mengundi”

Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”.

Untuk baca artikel sepenuhnya - KLiK

INFO! Kerajaan Kedah Akan Selamatkan KUIN! - @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


Kerajaan Kedah akan mengambil pendekatan terbaik untuk menyelamatkan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang menghadapi kemelut kewangan daripada dijual, kata Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Katanya pendekatan itu bukan sekadar menyelamatkan Kuin malah bagi memastikan kebajikan semua warga Kuin mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kerajaan negeri sedang melihat pilihan-pilihan yang ada supaya Kuin dapat diselamatkan, infrastruktur dan secara fizikal keseluruhannya," kata Mukhriz kepada pemberita selepas merasmikan program Bubur Lambuk anjuran Telekom Malaysia (TM) di sini, Khamis.

Menurutnya apapun pendekatannya, ia tetap mengutamakan kepentingan mahasiswa iaitu mereka dapat mengikuti pengajian dengan sempurna.

"Kita akan pastikan kepentingan mahasiswa terbela dan ijazah yang diterima laku di pasaran," kata Mukhriz yang menambah ramai mahasiswa dan staf Kolej Universiti itu mengadu menghadapi masalah tempat tinggal.

Beliau berkata walaupun kerajaan membelanjakan RM330 juta bagi membina Kuin masalah kemudahan seperti rumah dan masjid masih gagal dibangunkan.

Katanya masalah itu memberi kesan secara langsung ke atas mahasiswa selain Kuin sendiri gagal berfungsi dengan sempurna sebagai universiti milik kerajaan negeri.

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata sejak Kedah mewartakan fatwa anti-Syiah pada 18 Julai lepas, kerajaan negeri menerima tindak-balas cukup baik daripada rakyat Kedah termasuk ahli-ahli pondok-pondok agama yang bersetuju dengan tindakan itu.

Mereka juga berpendapat tindakan itu tepat bagi membanteras penularan fahaman Syiah yang memberi kesan negatif termasuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam, katanya.

Katanya kerajaan negeri akan terus memberi penerangan agar rakyat tidak terkeliru perbezaan fahaman Syiah dan Ahli Sunnah Waljamaah.

Mukhriz berkata fatwa anti-Syiah sebenarnya telah diwartakan di Dewan Undangan Negeri Kedah pada 1998 selepas dua tahun ia diwartakan di peringkat kebangsaan tetapi tiada tindakan jelas dikenakan kepada orang yang menyebarkannya. - BERNAMA

PANASS!! Bila Cina Dap Sanggup Berbuka Puasa Dengan Melayu? #Dapigs

 
 
Orang melayu kita ni, dari dulu hingga sekarang mudah mempercayai orang lain. Sebab itu dulu Tanah Melayu pernah dijajah oleh British tanpa mengunakan senjata. Hanya gunakan 'budi bicara' kita tewas dibawah penasihat British.

Perkara yang sama berulang lagi, mengikut blog CTS. Malam semalam sahaja, dua majlis berbuka puasa atau Iftar diadakan oleh Ahli Parlimen DAP. Menjadi satu trend sejak akhir-akhir ini, ahli-ahli politik DAP berlumba-lumba mengadakan majlis berbuka puasa untuk menarik perhatian dan minat orang-orang Islam terhadap DAP. Malah Roketkini, lidah rasmi DAP turut mengadakan majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Di Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, tidak ketinggalan mengadakan majlis berbuka puasa di sebuah surau di Taman Pearl, Berapit. Majlis berkenaan ditaja oleh Lydia Ong, EXCO Pulau Pinang dan juga merupakan ADUN Berapit. Bukan setakat orang-orang Melayu beberapa pemimpin Cina turut hadir memeriahkan majlis berkenaan. Lebih ironinya, gambar Tokong Joseph Lim, megah bergantung di perkarangan surau berkenaan.
Kalau majlis berbuka puasa di Pulau Pinang diadakan di surau, lain pula keadaan di Subang Jaya. AJK Masjid Al Mukminun USJ 2 begitu berbesar hati menjemput ADUN DAP Subang Jaya yang juga merupakan Speaker Kerajaan Negeri Selangor untuk hadir berbuka puasa bersama mereka. Hebat peranan yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin DAP. Mereka tahu di mana kelemahan orang-orang Melayu. Banyak yang mereka pelajari daripada perwatakan MP Tian Chua yang tidak lekang berbaju Melayu yang saban malam berbuka puasa bersama masyarakat Melayu.
 
 



Teringat lak kat Lee Kuan Yew masa kempen pilihanraya dulu-dulu sanggup pakai songkok tapi bila dah dapat kuasa songkok pun dah hilang. Kita lupa semua tu.. cara LKY mendapat kuasa di Singapura.

Kemudian nak kaburkan mata Melayu, dia letak orang Melayu jadi Presiden Pertama Singapura. Lepas dia betul-betul berkuasa, mana duduknya Melayu Singapura sekarang? Kat rumah-rumah flat. Kalau ada yang dapat merasa duduk kondo besar atau rumah besar pun boleh dikira dengan jari.

Melayu mudah lembut hati. Bila orang pakai dan ikut sikit cara kita, kita rasa mereka dah jadi sebahagian dari kita. Walhal dalam hati Allah saja yang maha tahu. Sebenarnya undi Melayu memang diperlukan sangat untuk mendapat kuasa.

Dah macam-macam Allah tunjuk tapi kita masih berdegil tak mahu terima hakikat sebenar. Rahsia tentang kafir ni banyak terdapat dalam firman Allah dan hadis Rasulullah. Bacalah dan fikirkan. Semoga Allah selamatkan kita, amin.

LIVE STREAM! Kuliah Pagi Dari Sri Mentaloon Dari Sheikh Ashraf Hamed Dari Mesir! #KedahAmanMakmur


Ikuti Live Stream Kuliah Pagi,



Streaming live video by Ustream

Jumaat, 26 Julai 2013

PANASS!! Peniaga Pekan Rabu Bakal Gulung Tikar, Datuk Bandar Alor Setar Tolong Prihatin Sikit!! #KedahAmanMakmur



 

Mc tertarik untuk mengulas isu yang dibawa oleh blog JKKKKP. Isu yang beliau bawa ialah isu mengenai nasib peniaga Pekan Rabu. Apakah MBAS tidak mengkaji dulu kesan yang akan diterima oleh peniaga Pekan Rabu jika mereka memenuhi parking dengan peniaga?

Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar mengeluarkan lesen kepada peniaga-peniaga Melayu bagi sama-sama menjual barangan keperluan umat Islam sempena Aidilfitri adalah sesuatu yang dipuji tetapi tindakan membina gerai-gerai sementara sehingga ke tempat meletak kenderaan telah menimbulkan masalah untuk pelanggan meletakkan kenderaan mereka.



Pelanggan yang meletakkan kenderaan atau berhenti berhampiran dengan Pekan Rabu pula akan dikenakan tindakan saman. Hal ini telah menyebabkan bilangan pengunjung Pekan Rabu semakin berkurang.



Bilangan gerai-gerai sementara yang terlalu banyak disekeliling Pekan Rabu juga secara tidak langsung telah mengurangkan pelanggan yang masuk ke kompleks Pekan Rabu. Ada peniaga yang langsung tidak menerima pelanggan sehari suntuk. Peniaga Kompleks Pekan Rabu kini berada dalam keadaan yang amat tertekan sementara Aidilfitri pula semakin hampir.


Justeru, peniaga-peniaga Kompleks Pekan Rabu amatlah berharap pihak MBAS dapat berbuat sesuatu bagi menangani permasalahan meletakkan kenderaan dan jumlah gerai-gerai sementara di sekeliling kompleks Pekan Rabu dengan segera. Janganlah kerana ingin mengambil kesempatan untuk meningkatkan pendapatan MBAS, peniaga Kompleks Pekan Rabu pula menderita dalam sambutan Aidilfitri ini.

Biarlah sempena Aidilfitri ini, semua peniaga Kompleks Pekan Rabu, peniaga-peniaga bazar di sekeliling Kompleks Pekan Rabu dan MBAS sendiri saling berkongsi limpahan nikmat Ramadhan dan Aidilfitri.


McTheory:
MBAS punya tindakan makin lama, makin pelik..

TUDIAA!! Kedah Dapat Pengerusi Perhubungan UMNO yang Baru? @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur




Tahniah Mc ucapkan pada Datuk Paduka Mukhriz Mahathir kerana baru dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru.

Dah lama Mc tunggu Datuk Mukhriz secara rasmi dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah kerana sudah tentu ada perubahan besar yang beliau akan lakukan.

Terima kasih juga pada Presiden UMNO kerana berani membuat perlantikan ini.

Apa pun perancangan beliau, sudah tentu Mc harap beliau jangan lupakan pengiat media sosial macam Mc ni.

McTheory:
Tahniah datuk!

PANASS! Isu Makan Dalam Tandas, Guru Besar Kecewa Tanpa Pembelaan!



Kenapa ramai ahli UMNO yang benar-benar terasa dengan pemimpin UMNO yang sombong dan melupakan jasa orang yang pernah membantu mereka.

Bila lepas PRU atau sesuatu kempen, jangan harap pemimpin yang kita angkat tu mahu membela orang bawahanya. Kalau ada pun, seribu dalam satu. Itulah yang terjadi pada Guru Besar SK Sri Pristina.

"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.

Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

PANASS!! Pemfitnah 'Isu Makan Dalam Tandas' Sudah Di Kenal Pasti! @PDRMsia


Kemunginan besar Ganeswari Kelly adalah seorang ahli Red Bean Army.

Dari pendedahan Ganeswari, timbul karektor Facebooker "Wen Xin Hu dan Chan Wei See yang secara tiba-tiba muncul dan mula menghambur kata-kata perkauman."

Sebaran fitnah oleh wanita India ini telah disambut oleh Amenoworld.

Muka Amenoworld dengan Ganeswari ni hampir sama? Kembar kot?


Anda baca pendedahan di bawah :

Dalam isu makan di tandas ni, ada dua kumpulan Red Bean Army Cina DAP yang memainkan peranan.

Satu yang menggunakan nama Guneswari Kelly yang mula menghangatkan isu ini.

Kedua, watak seperti Wen Xin Hu dan Chan Wei See yang secara tiba-tiba muncul dan mula menghambur kata-kata perkauman.




(Klik untuk besarkan saiz gambar – Lihat, asalnya semua mahu mengelak bercakap dari sudut perkauman dan tiba-tiba muncul watak Wen Xin Hu yang mula memainkan sentimen kaum dan merendahkan masyarakat India yang tidak mahu mengutuk orang Melayu)

Lagi bukti :




Akaun-akuan palsu menggunakan nama masyarat India pula mula digunakan kemudiannya…berakhir dengan ia mula menjadi isu perkauman antara masyarakat Melayu dan India.

Kalau anda lihat printscreen di bawah, ternyata masyarakat India sendiri pasal asalnya meminta perkara itu diselidik dan tidak dijadikan perkara perkauman.

Masyarakat Melayu juga seperti itu….kemudian, datanglah puak-puak Red Bean Army mula memainkan isu perkauman. Dari status yang merbahaya kepada komen-komen yang menyakitkan hati sehingga kepada klip parodi disusun dengan baik sekali.

Soalnya sekarang…sampai bila kita akan terus diperbodohkan puak-puak Red Bean Army Cina DAP ni semua? Dari sebelum pilihan raya hingga kini, kumpulan itu memainkan peranan dalam memecah belahkan rakyat negara ini.

Dari isu kaum…kini isu agama pula…takkan kita sebagai rakyat akan diam dan menerima tindakan orang memperbodohkan kita! - MyNewsHub