Sabtu, 31 Ogos 2013

PANASS!! Pas Kedah Sokong Syiah, Tapi Nafi Sebab Takut Rakyat Sedar! #KedahAmanMakmur



Kecoh bila Pas Kedah tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) baru yang boleh membendung syiah. Sebenarnya, RUU tu untuk menghindari sebarang ajaran sesat di Kedah, sebab itu ianya dipersetujui dan dikuatkuasakan.

Selain dari 4 mazhab utama dunia, Syafie, Maliki, Hambali dan Hanafi, rakyat Kedah yang beragama Islam tidak dibenarkan mengamal sebarang ajaran Islam lain yang bertentangan dengan 4 mazhab utama ni, untuk pengetahuan pembaca, syiah bukan mazhab dan bukan juga agama lain. Cuma kita menganggap ia satu ajaran Islam yang telah songsang!

Jika Kerajaan negeri memandang syiah sebagai satu agama lain, maka ia sudah terkeluar dari Islam dan kebal pada RUU yang baru tu. Sebab Kerajaan negeri tidak menghalang sebarang ajaran agama lain untuk dianuti, selagi ia tidak menganggu rakyat Kedah yang beragama Islam.

Maknanya, RUU tu memang bagus untuk mencegah umat Islam dari terkena ajaran sesat. Kalau ada pun kita boleh tangkap, jadi kenapa 9 orang Adun Pas tu tidak menyokong?

Adun Pas tidak menyokong RUU baru tu disebabkan mereka takut pengamal ajaran syiah di Kedah akan dikenakan undang-undang syariah baru tu. Pas memang jaga 'syiah' sebab puak ni yang memberi undi kepada Pas.

Ana beri undi pada ente, ente jaga ana punya punggun la!


Sebab tu, Adun Pas terpaksa menolak RUU baru yang boleh mencegah syiah, tapi untuk menafikan mereka menolak RUU baru tu dan kaburkan rakyat Kedah kononnya mereka menyokong syiah, mereka sengaja berdolak dalih kononnya hudud lebih penting dari RUU baru tu, sebab tu mereka menolak RUU baru tu, kononnya tak mesra hudud!

Baca bawah ni Mc bagi contoh,

Cerita dia macam ni, kita bercakap tentang hal nak tangkap pengedar dadah, sebab dadah tu bahaya, lepas tu Kerajaan negeri buat RUU baru untuk tangkap pengedar dengan lebih berkesan. Sudah tentu, RUU baru tu takkan disokong oleh penagih dadah! Betul? Maka penagih pun buat bantahan, atas alasan, belacan lebih busuk dari dadah! Sedangkan belacan tu halal dan boleh dimakan!

Macam tu lah yang terjadi sekarang ni. Pas cuba spin akan kebenaran..dengan membuat alasan yang bukan-bukan.

Apa kaitan RUU cegah syiah dengan hukum hudud? Kalau benar Pas nak hudud, 5 tahun memerintah Kedah, kenapa tak bentangkan RUU baru yang 'mesra hudud' di Kedah? Sidang DUN pertama Kerajaan BN Kedah, terus bentangkan RUU baru, kenapa Pas tak pernah buat?

Malah RUU baru tu, dipersetujui oleh Datuk Mufti Kedah sendiri.. apa Pas dah tak percaya akan Datuk Mufti dalam hal ni?

Pas bab sokong syiah, Datuk Mufti pun depa tolak tepi!

McTheory:
Apa pulak Amirudin nak spin lepas ni?

HOT! Siapa Abang Botak yang Rampas Bendera tu??


Memang hebat dan dahsyat si Abang Botak yang berani mempertahankan maruah Jalur Gemilang, Bendera rakyat Malaysia.

Terkejut si pengkhianat negara..

Sepatutnya Adam Adli, Samad Said dan Hisham Rais boleh dikenakan tindakan buang negara, kerana menghina bendera Malaysia.

Pada hari kebangsaan, sepatutnya kita kibarkan bendera, tapi si mangkuk-mangkuk hayun ni, nak tukar bendera pulak. Bodoh ka apa?

Cuma kalau Mc jumpa si Abang Botak tu..Mc nak tabik hormat.. lu memang best bro..

Ada siapa kenal?

TERKINI! Saksikan Perarakan Hari Kemerdekaan negeri Kedah Secara Live!


Saksikan perarakan hari kemerdekaan secara live stream dari Alor Setar.. hanya di www.KedahLive.Tv 

Usaha dari anak muda Kedah yang mengajak dunia melihat Kedah.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Jumaat, 30 Ogos 2013

INFO! Pesanan Keras Kepada Awek Melayu di Luar sana!!



Hati-hati jangan sampai terkena baru nak mengelabah! Perhatikan teman lelaki anda tu, kalau rasa macam pelik, tinggalkan saja la.

HOT! Pas kata Adun BN anti Al-Quran dan Hadis!


Mungkin ramai yang akan percaya dengan kata kata ketua pembangkang Kedah tentang isu undang undang syariah yang diluluskan dalam sidang dun baru baru ini al maklumlah mereka kan parti Islam.

Jadi kenyataan Amiruddin Hamzah (ketua pembangkang) dalam FB telah dikongsi dan disebarkan kononnya adun adun BN yang menyokong undang undang syariah tersebut menghina Al Quran dan Hadith.

Sebenarnya undang undang syariah yang dibahaskan itu adalah undang undang lama yang dipinda dan ditambah undang undang baru termasuk melarang ajaran yang bertentangan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah. Apa-apa ajaran yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah akan dikenakan tindakan dibawah undang undang baru ini.

Di Kedah bukan saja terdapat ajaran syiah tetapi bermacam macam lagi ajaran sesat yang lain bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah.

Fokus di Kedah sekarang ini bagi menghalang segala aktiviti melibatkan tentang fahaman syiah yang makin menjadi jadi..

Jika undang undang ini hanya di tulis perkataan syiah, bagaimana pula dengan ajaran sesat yang lain seperti agama matahari dan ajaran ajaran sesat yang bertentangan dengan Islam?? Mesti adun adun Pas akan persoalkan tentang perkara ini.

Kerajaan Kedah mengeluarkan fatwa bahawa syiah adalah ajaran sesat. Sebab itu Kedah memerlukan undang undang untuk mengambil tindakkan terhadap kumpulan ini..

Menurut apa yang dijelaskan oleh penasihat undang undang negeri Kedah, untuk meminda atau menambah undang undang baru, kesemua undang undang yang terkandung dalam undang undang syariah berkenaan dikeluarkan dan dimasukan semua bersama sama undang undang baru.
Jika benar Amiruddin menganggap undang undang ini menghina Al Quran dan hadith, orang pertama yang akan menegur adalah Dato Mufti kerana undang undang dibincangkan bersama dengan beliau..

Soalnya sekarang adalah kenapa Pas menolak undang undang anti syiah ini ataupun dalam bahasa mudahnya ajaran yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah??

Jika sebelum ini Pas pusat bertegas mahu membanteras isu Syiah, tetapi kenapa sebaliknya di Kedah?

Sumber dari Medan Tempur

HOT! Guan Eng Haram, Menteri Hanya Melatah? #TandaPutera



Disebabkan filem Tanda Putera diharamkan di Pulau Pinang oleh Guan Eng, menyebabkan kecoh satu Malaysia. Guan Eng sudah tentu guna kuasanya untuk haramkan tayangan filem tu, tapi jangan lupa di pihak kita juga ada hak berbuat benda yang sama.

Himpunan klik dan rumusan ni Mc ambil dari blog The Unspinners,
Mc membaca kenyataan Menteri, Dato Shaberry Chik di Helen Ang SINI. Nampaknya dia hanya marah saja tapi tak bertindak. Sepatutnya dia beri amaran kepada Guan Eng untuk saman atau amaran akan tarik balik pengusaha panggung.

Mana tidaknya?

PBT hanya berkuasa dalam hal keselamatan, lesen operasi dan lain-lain tapi pelepasan sesuatu filem adalah ruang kuasa KDN di bawah LPF. Perkara ini sudah jelas lulus. Jemaah menteri pun tak ada masaalah untuk benarkan siaran lepas pilihanraya.

Dari mula, KDN tidak ada masaalah untuk meluluskan. Malah ketika mantan Menteri Dato Dr Rais Yatim buat helah ada masaalah dengan LPF, sebenarnya dia menipu untuk halang filem ini di tayangkan.

Malahan apabila Wee Ka Siong cuba menyalahkan pada Pengarah Filem jika ada apa-apa berlaku, dia nampak sangat menunjukkan kebodohannya. Malah dia juga dedahkan niat jahat MCA sama dengan niat jahat DAP dan The Star. BAca Helen Ang SINI dan SINI.

TANDA PUTERA adalah dimasukkan dalam kategori wajib tayang. Mana-mana panggung yang tidak tayangkan TANDA PUTERA harus di tarikbalik lesen. Baca Tok Gajah SINI


Sebaik saja Lim Guan Eng mengacah untuk tahan tayangan di Pulau Pinang menggunakan kuasa PBT, GSC telah mengumukkan setuju untuk tahan tayangan. Baca komen Helen Ang di SINI.

Kemudian dia cuba bermain psywar konon, dia tak mengeluarkan arahan tapi hanya nasihat. Tapi sebenarnya dia telah arahkan, lihat surat berikut:

Ambil dari Belantan SINI
Lim Guan ENg telah arahkan Ng Wei Aik yang rasis untuk keluarkan surat pekeliling. Konon-konon dia ubah kenyataan, kata Belantan.

Dengan segera Golden Screen Cinema terus tidak mahu siarakan dengan alasan ikut arahan ibu pejabat. GSC tidak akan berbuat demikian jika Ketua Pengaraha FINAS tidak persetujui.

Nampaknya Ketua Pengarah FINAS macam takde telor dan tidak tahu kuasa yang FINAS ada. If you are powerful, use your powerful. If not, you are bloody full.

Nampaknya betullah Menteri hanya tahu marah tapi tak berani bertindak

Guan eng hanya ugut, Menteri dah melatah, Ketua Pengarah penakut dan akhirnya Robert Kuok hanya sedia berkerjasama dengan DAP. Lepas Tanda Putera, kami nak boikot GSC dan semua produk dan perkhirmatan syarikat Kuok brothers. 
Campur, tolak, darab dan bahagi.. akhirnya melayu juga yang rugi!

INFO! Senarai Kongsi Gelap yang di haramkan di Malaysia!




Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.

Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

"Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya.



Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:

- Geng 04 yang dikenal pasti bergerak aktif di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

- Geng 08 yang bergerak aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

- Double 7 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Tiga Line yang bergerak aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak.

- Geng 30 yang bergerak aktif di seluruh Semenanjung.

- Geng 38 yang aktif di 14 kawasan di Kepong, Jinjang dan Setapak di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan di Johor Baharu, Johor.

- Geng 24 (aktif di enam kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang,
Perak dan Johor)

- Geng 18 (aktif di lapan kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor)

- Geng 36 (aktif di Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur)

- Gee Ah Eng

- Loh Kuan

- Tiang Yee Tong

- Geng 21

- Ang Soon Thong

- Wah Kee

- Sio Sam Ong

- PNEH

- Hong Hong San

- Hai San

- Sin Ang Bin

- New Cell 20

- Jit It Hai

- Sio Koon Tong

- Gee Lam Kor

- Geng Leng Hor

- Geng 35

- Geng 303

- Geng Satu Hati

DI SABAH:

- Sabah ATAP

- Hung Ann

- Sui Yuk

- Otai

- Borneo Red EMP

DI SARAWAK:

- Sarawak Ah Ngau

- Batu Tiga

- Ah Feng

- Batu 10

- Sibu T

- Ah Seng

- Ah Chin

- Lee Lung

- Lo Han

- Sg Merah

- Sg Badut

- Ting Ching Lee

- Tua Cak Lee

- Teksi Station

- Pintu Merah

- Krokop

Abdul Rahim berkata dengan pengisytiharan itu, tiada individu atau pihak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan.

Beliau berkata segala akaun, aset dan harta pertubuhan kongsi gelap tersebut akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi.

Selain itu, katanya tiada individu boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menghasut, mendorong, mendapatkan yuran atau bantuan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap.

Beliau berkata mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335. - Bernama

INFO! Rakyat Patut Tengok Filem Tanda Putera dan New Village - Tun Dr Mahathir


Rakyat sepatutnya dibenarkan untuk menonton filem berkisar tentang sejarah seperti Tanda Putera dan New Village, dan mereka akan membuat keputusan sendiri mengenainya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jika mereka mahu mengharamkan Tanda Putera, mereka sepatutnya mengharamkan kedua-dua filem.

“Jika mereka mahu menayangkan filem, mereka sepatutnya menayangkan kedua-duanya. Kemudian, rakyat akan membuat keputusan berdasarkan pandangan mereka,” katanya pada sidang media di Shah Alam, Khamis.

Beliau berkata demikian ketika diminta pandangan mengenai keputusan untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera.

Filem Tanda Putera merupakan arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba, yang menggambarkan mengenai rusuhan 13 Mei 1969, memfokuskan Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Manakala New Village, berlatarkan zaman penjajahan British pada era 1950an di Tanah Melayu, dan menggambarkan kisah cinta antara seorang gadis kampung dan seorang gerila komunis, yang mengimbas mengenai kehidupan kaum Cina pada zaman darurat.

-mStar

Khamis, 29 Ogos 2013

INFO! Apa Komen Kaum Cina Bila Tengok Filem Tanda Putera?


Hmm.. kalau ada kaum cina yang rasional macam ni, kenapa pulak ada melayu yang tak rasional dan mahu filem ini diharamkan? Pelik laa kan?

Tak percaya Peter ni cina? Meh tengok profile dia kat SINI

PANASS!! Sebenarnya Melayu pun Pendatang di Malaysia ni! - Dap!



AIDCNews – Ketua wanita DAP, Chong Eng menuduh orang Melayu juga pendatang sama seperti orang Cina dan India di Malaysia.

“Fikiran di dalam buku ini..yang saya khuatir ialah ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam Malaysia ini.

“Yang sebenarnya..Melayu (juga) adalah datang dari luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah orang asli,”katanya kepada KiniTV.

Kenyataan Chong Eng pada tahun 2011 itu disifatkan blog the Unspinners sebagai kenyataan bodoh yang buta sejarah.

Dzulkarnain Mohd Taib, Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) ketika ditemui baru-baru ini mendedahkan terdapat usaha terancang pihak tertentu mahu menghapuskan identiti Melayu-Islam di Malaysia.

Menurutnya Malaysia adalah bumi Melayu sebagaimana nama asalnya Persekutuan Tanah Melayu dan ia sebahagian kepulauan Melayu Nusantra.

“Pada 2004, National University of Singapore, penulisnya bernama Timothy P. Bernard telah menulis satu buku yang bertajuk “Contesting Malayness : Malay Identity Across Boundaries”.

“Kita tahu siapa di belakang buku itu, seorang tokoh pemimpin veteran Singapura.

“Buku itu mengatakan bahawa bangsa Melayu itu tidak wujud. Bahawa bangsa Melayu itu diwujudkan hanya di atas dasar politik, untuk kepentingan politik. Kita tidak akan jumpa buku ini di negara kita kerana diharamkan di Malaysia tetapi telah dijual berjuta-juta naskah di luar negara.

“Kalau kita pergi ke muzium Singapura, kita akan lihat pertama kali kita melangkah, (ditulis) ‘Melayu bodoh..Melayu rasuah..Melayu lanun…Melayu perompak’, itulah imej yang diberikan Singapura kepada setiap pengunjung muzium itu, meracuni pemikiran rakyat mereka sendiri dan para pelancong.

“Bangsa Cina yang mendominasi Singapura, mereka amat mencemburui bangsa Melayu,”katanya.

Baca selengkapnya, sila klik di sini

HOT! Punca Guan Eng Haramkan Filem Tanda Putera di Pulau Pinang!


Kenapa Guan Eng takut sangat dengan filem Tanda Putera? Apa kena mengena filem Tanda Putera tu dengan Dap? Bukankah ianya hanya filem sejarah yang mendedahkan punca sebenar berlakunya 13 mei!

Tanda Putera sebuah filem patriotik perjuangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein yang dijadual memasuki pawagam di seluruh negara hari ini selepas beberapa kali tertangguh, diharamkan penayangannya di Pulau Pinang oleh Lim Guan Eng.

Guan Eng kata, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow menghantar surat kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk dimaklumkan kepada pemilik panggung di negeri ini tentang perkara berkenaan.

Pada pawagam yang engkar akan arahan Guan Eng, lesen mereka akan di tarik oleh PBT. Takpa, kita tengok sejauh mana permainan kasar yang Guan Eng cuba nak main.

Tentu pembaca nak tahu punca dan sebab Guan Eng takut sangat kann?

Nak tau boleh klik SINI

HOT! Adun Pakatan Kedah Sokong Syiah? #KedahAmanMakmur



Bila kita sentuh pasal syiah, Pas tak mengaku dirinya syiah. Tapi bila Kerajaan negeri Kedah nak buat undang-undang untuk membanteras syiah, ada dikalangan Adun Pas yang tak setuju. Kenapa ya?

Bila kita tanya siapa syiah dalam Pas dan siapa sokong syiah, haram sekor pun tak mengaku. Tapi bila orang nak ambil tindakan kepada syiah, ramai pula yang menolak. Pelik sungguh kan?

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah meluluskan satu undang-undang di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah bagi membolehkan penguatkuasaan diijalankan untuk membanteras ajaran Syiah di negeri ini.

Keputusan itu dibuat menerusi undian pada hari ketiga Persidangan DUN Kedah Ke-13 semalam setelah Pihak pembangkang secara prisip tidak bersetuju dengan pindaan enakmen tersebut.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, dalam undian berbelah bahagi yang difahamkan kali pertama dalam DUN Kedah itu, sebanyak 21 wakil rakyat menyokong usul supaya enakmen tersebut diluluskan manakala sembilan membantah, empat berkecuali dan dua orang tidak mengundi.

"Maka isu Syiah telah diselesaikan di peringkat DUN Kedah kerana sekarang kita mempunyai enakmen membenarkan pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang yang semata-mata diwujudkan untuk membanteras penyebaran fahaman Syiah," katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN Kedah.

Buat masa sekarang ni, hanya Kedah dan Perak yang mempunyai undang-undang syariah untuk membenteras syiah. Negeri lain belum ada, atau menganggap ianya tak penting.

Tapi itu tak menjadi persoalan, apa yang menjadi persoalan di sini, kenapa 9 orang Adun Pakatan Haram menolak undang-undang nak banteras syiah ni? Apakah mereka juga ada kaitan dengan syiah?


SENARAI NAMA-NAMA ADUN PR YANG TAK SOKONG / BERKECUALI ATAU TIDAK MENGUNDI DALAM MELULUSKAN ENAKMEN PENGHARAMAN SYIAH DI KEDAH

PAKATAN HARAM

PAS :

1) Romani Bin Wan Salin : N10 BUKIT PINANG

2) Ahmad Bin Saad @ Yahaya : N14 ALOR MENGKUDU

3) Datuk Amiruddin Bin Hamzah : N15 ANAK BUKIT

4) Mohd Nasir Bin Mustafa (SYIAH) : N17 PENGKALAN KUNDOR

5) Datuk Mohamed Taulan Bin Mat Rasul : N18 TOKAI

6) Datuk Seri Azizan Bin Abdul Razak : N20 SUNGAI LIMAU

7) Datuk Siti Ashah Binti Ghazali : N33 MERBAU PULAS

DAP :

8) Tan Kok Yew : N11 DERGA

9) Teoh Boon Kok @ Teoh Kai Kok : N13 KOTA DARUL AMAN

PKR :

10) Ooi Tze Min : N28 BAKAR ARANG

11) Dr Robert Ling Kui Ee : N29 SIDAM

12) Md. Zuki Bin Yusof : N32 KUALA KETIL


SENARAI NAMA AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI YANG MENYOKONG PENGHARAMAN SYIAH

BARISAN NASIONAL

1) Mohd Rawi Bin Abd Hamid : N1 AYER HANGAT

2) Nor Saidi Bin Nanyan : N2 KUAH

3) Datuk Abu Hasan Bin Sarif : N3 KOTA SIPUTEH

4) Datuk Mukhriz Tun Mahathir : N4 AYER HITAM

5) Datuk Ahmad Zaini Bin Japar : N5 BUKIT KAYU HITAM

6) Aminuddin Bin Omar : N6 JITRA

7) Badrol Hisham Bin Hashim : N7 KUALA NERANG

8) Kama Noriah Binti Ibrahim : N8 PEDU

9) Datuk Ahmad Bin Sudin : N9 BUKIT LADA

10) Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Md Hanipah : N12 BAKAR BATA

11) Datuk Suraya Binti Yaacob : N19 SUNGAI TIANG

12) Datuk Dr Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail : N21 GUAR CHEMPEDAK

13) Dr. Leong Yong Kong : N22 GURUN

14) Datuk Mohd Tajudin Bin Abdullah : N23 BELANTEK

15) Mahadzir Bin Abdul Hamid : N24 JENERI

16) Datuk Tajul Urus Bin Mat Zain : N26 TANJONG DAWAI

17) Ali Bin Yahaya : N27 PANTAI MERDEKA

18) Datuk Azmi Bin Che Husain : N30 BAYU

19) Harun Bin Abdul Aziz : N31 KUPANG

20) Chua Thiong Gee : N35 KULIM

21) Norsabrina Binti Mohd Noor : N36 BANDAR BAHARU



BN Semua sokong, tetapi kenapa Pas tolak? Ada apa-apa ka?

McTheory:
Selalunya orang jahat yang takut dengan undang-undang kann?

INFO! Bila PKR Sokong Kumpulan Edar Dadah!



Seorang pemandu lori berketurunan India, YOGESWARAN a/l MARIAPPAN, 30, yang mempunyai empat rekod jenayah lampau Seksyen 302 Kanun Keseksaan, 324 Kanun Keseksaan dan dua kes 148 Kanun Keseksaan telah ditembak oleh dua orang suspek yang menaiki motosikal dan memakai helmet bertutup penuh.

Mangsa yang merupakan seorang pemandu lori telah ditembak di Jalan Padang Serai ketika menghala ke Kongsi 14, Division Bukit Selambau semalam lebih kurang jam 5:00 petang.

Tembakan satu das itu yang dilepaskan oleh suspek, menyebabkan dia mengalami kecederaan pada jari telunjuk dan jari sebelah tangan di bahagian kanan.

YOGESWARAN sekarang ini sedang dirawat di Wad Kenanga 5 Tingkat 5 Hospital Abdul Halim.

Adalah difahamkan, mangsa terkena tembakan yang dilepaskan oleh suspek kerana lori yang dipandu olehnya tidak mempunyai pintu atau lori lama. Mangsa kemudiannya telah dihantar oleh dua orang rakannya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim.

Pihak polis percaya, kejadian ini mempunyai kaitan dengan kes lampau di Bukit Lembu dan mempunyai kaitan rapat dengan kes perebutan kawasan pengedaran dadah.

Mangsa merupakan salah seorang anggota GANG 08.

Bukit Lembu merupakan kawasan panas di Kuala Muda di mana sering berlaku pergaduhan melibatkan kumpulan GANG 35 dan GANG 08 yang bersaing merebut kawasan itu bagi pengedaran dadah. Namun begitu, pergaduhan yang berlaku, jarang dilaporkan kepada pihak polis. - Sumber
Tanya usul periksa, Latipah Koya terus-menerus mempersalahkan polis jika mengambil tindakan terhadap kumpulan terbabit. Takkan polis nak biar kumpulan dadah bergaduh sesama sendiri hingga membahayakan orang awam?
Nak bela pun agak-agak la.. otak ada ka?
McTheory:
Selalu, penjenayah yang suka bela penjenayah ni..

Rabu, 28 Ogos 2013

INFO! Pasangan Porno Langgar Perintah Mahkamah!!



Pastinya anda tidak akan lupa dengan pasangan seks yang penuh kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee.

Nampaknya pasangan itu kembali aktif apabila akaun laman sosial Twitter mereka beroperasi semula.

Jika dilihat, pasangan itu kembali aktif pada 26 Ogos lalu dengan membalas komen-komen yang dilontarkan oleh peminat mereka.






Pada masa yang sama, timbul persoalan dibenak fikiran pelayar laman sosial Twitter apabila mereka dikatakan telah melanggar arahan mahkamah.

Pada 26 Julai lalu, Hakim Mohd Azman Husin membenarkan pasangan itu diikat jamin RM10,000 bagi setiap satu daripada tiga tuduhan terhadap mereka yang berkaitan dengan penyiaran gambar mereka makan hidangan daging babi dengan mengucapkan kepada umat Islam ‘Selamat Berbuka Puasa’ di Facebook dan memuat naik gambar-gambar lucah di blog mereka.

Beliau turut memerintahkan supaya pasangan itu perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Mahkamah turut melarang mereka memuat naik artikel, komen, gambar lucah atau jelek serta apa-apa bentuk penulisan yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

Selain itu, mereka juga dihalang daripada menggunakan peranti komunikasi berangkaian bagi mengakses Internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.


Apa yang cuba pasangan ini lakukan setelah mereka dilihat ingkar dengan arahan yang dikeluarkan oleh mahkamah tempoh hari?

Mahkamah mana yang keluarkan arahan membenarkan mereka mengakses internet?

Bagaimanapun pasangan itu haruslah berhati-hati supaya sebarang kenyataan atau komen yang dikeluarkan tidak mencetuskan ketegangan antara kaum. - Mynewshub.my

PANASS!! KP Jutawan? Minta @AzwanBro Tolong Jawab dakwaan Blogger ni!! @KhairyKJ


Dah lama Mc baca cerita MTK dedah pasal Azwan Bro si Ketua Pemuda UMNO Perak. Bila baca pehhh.. terkejut juga, berpuluh-puluh syarikat rupanya si Azwan Bro ni pegang, ada BOD, ada Chairman, ada CEO dan macam-macam lagi. Tu pun kalau benarlah dakwaan si Azwan ada syarikat sebanyak tu. Kalau betui.. memang kaya la si Azwan ni.

Tapi blogger si Azwan ni tak faham apa yang si MTK tu tanya.. tanya lain, jawab lain..

Mc faham apa maksud MTK, bukan dia tak suka ada korporat dalam UMNO, tapi tak suka budaya  'mengkontraktor' kan Pemuda UMNO, 'mengBISNESkan' Pemuda UMNO, mengKAYAkan diri, guna Pemuda UMNO. Sebab mereka yang cari makan dengan nama Pemuda UMNO ni selalunya kerja lingkup!

Bukan Mc nak kata Azwan jenis macam tu, takk.. itu cuma contoh Mc kepada semua.

Sebab Mc kenal ramai  Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang setahun sekali balik tengok kawasan, waktu lain mereka sibuk bisnes kat KL. Bila ada Ketua Pemuda macam tu, macam mana nak jaga Pemuda di kawasan?

Sudah la UMNO kini kekurangan sokong dari Pemuda, jika ada pulak Ketua Pemuda yang tidak bertanggung jawab dan langsung tak mengambil berat, rasanya apa akan jadi pada Pemuda UMNO pada 5 tahun akan datang?

Agak terlambat jika nak PRU baru pulun nak baik dengan pemuda di kampung-kampung. Patutnya gerakan tu bermula dari sekarang. Tengok Pemuda Pas, walaupun ketua mereka bukan dari golongan bangsawan dan hartawan, tetapi dari sokongan mereka tak kurang!

Pemuda Dap pula merisik ke merata tempat untuk menagih sokongan belia cina. Malah hampir semua pengundi baru kaum cina di sapu bersih untuk didaftarkan. Itu baru satu cara untuk menang! Pemuda UMNO pulak sibuk buat apa? Boleh Mc tahu?

Apa gerakan Pemuda UMNO untuk menang PRU ke 14? Macam mana nak tarik sokongan orang muda? Nak tabur duit? Bagi minyak motor naik konvoi ramai-ramai? Bagi bola? Bagi jersey? Macam tu?

Kalau diteruskan macam tu, Mc percaya PRU ke 14 UMNO/BN bakal jadi pembangkang!!

Itu alasan kenapa kami tak suka melihat Pemuda UMNO dikorporatkan, sebab nanti, dia akan lebih sibuk buat bisnes dari menjaga UMNO sendiri!

Jadi minta Mc minta Azwan Bro tolong jawab dakwaan si blogger MTK, Kalau tak benar, sila nafikan!!

Kami juga Pemuda UMNO, kami juga ada hak bertanya dan menentukan!


McTheory:
Tolak Pemuda kayakan poket sendiri!

PANASS!! Kenapa Pemain Kedah Tahun 2007/08 Lari Meninggalkan Pasukan? #KedahAmanMakmur


Masih ingatkah kita kejayaan pasukan bola sepak Kedah pada tahun 2007 dan 2008. Di mana pasukan bola sepak Kedah berjaya memenangi tiga piala berturut-turut. Piala FA, Liga Super dan Piala Malaysia. Tidak dinafikan nama 'sang kenari' hijau kuning amat digeruni oleh kawan atau lawan.

Tiada pasukan yang mampu 'mengalahkan' pasukan hijau kuning ini dengan mudah. Jikalau Kedah kalah pun, ianya hanya 1 dari 20 perlawanan. Kiranya pasukan bola sepak Kedah memang berada disatu tahap yang lebih tinggi.

Tapi selepas pada tahun 2008, pasukan Kedah jatuh merudum. Tentu ada sebabnya. Apakah pemain tak kualiti? Tak, pemain tetap sama. Apakah jurulatihnya orang lain? Tak.. jurulatihnya tetap sama. Cuma dibawah pemerintahan Kerajaan yang berbeza.


Bukan Mc nak tuduh Kerajaan Pas tidak pandai menguruskan sebuah pasukan bola sepak. Tapi itulah hakikatnya. Sikap tidak mengambil berat menyebabkan sebuah pasukan yang amat hebat berpecah, hancur dan akhirnya Kedah tersungkur hinggalah sekarang.

Salah Pas kerana mereka tidak mempedulikan pemain. Mereka terlalu percaya dan banyak membiarkan 'golongan' terlalu pandai dalam KFA mencaturkan segala. Bila ada manusia 'terlalu' pandai, ia akan merosakan segalanya, sebab 'terlalu pandai' tu membuktikan dirinya tu kosong dan syok sendiri!

Dalam KFA juga ada politik yang tersembunyi, dalam KFA juga ada 'warload' yang hanya mahu cakapnya saja perlu di dengar. Manusia ini yang mengatur gaji, pemain hingga melebihi kuasa yang ada pada pengurus dan jurulatih.

Bila ada manusia yang terlalu pandai ni menguasai keadaan, pemain akan jadi lemah dari segi mental dan fizikal. Cakap pemain langsung tak pakai, malah pemain yang mereka tak suka, akan ditekan sehingga menjejaskan tumpuan terhadap permainan, lalu meninggalkan pasukan.

Sejak 2008, kali terakhir pasukan Kedah menawan 3 piala. Berapa ramai pemain Kedah pada zaman itu yang tinggal pada pasukan sekarang?

Dimana Pelam, Pak Long, Mie yeh, Hasmawi? Yang tinggal hanya Badrol Bakhtiar dan Khairil Muhymeen. Kenapa mereka meninggalkan pasukan? Tentu ada masalahnya kann?

Pada zaman Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil, Allahyarham menjaga pemain seperti anak-anaknya sendiri dan cukup mengambil berat tentang hal pemain. Sejak beliau pergi ke rahmatullah, tidak ada lagi Pengurus berbuat demikian. Masa Othman Aziz ada, ok lagi la. Bila Othman Aziz dah tinggalkan Pasukan Kedah, terus 'manusia bijak pandai' tu mencorak kan segala hingga pasukan jadi rosak!

Mc sudah menghubungi kesemua pemain yang meninggalkan pasukan Kedah, kesemuanya memberikan jawapan yang sama, iaitu individu 'bijak pandai' dalam KFA tu, patut di keluarkan terlebih dahulu jika mahu melihat KFA bangkit semula sebagai persatuan bola sepak yang cemerlang.

Jika 'individu bijak pandai' tu masih ada dalam KFA, mereka percaya, pemain Kedah sekarang akan menerima nasib yang sama seperti mana mereka kena dulu!


McTheory:
Ada dua orang 'bijak pandai' dalam KFA tuu.. nak tau sapa? nanti kita sambung..

Selasa, 27 Ogos 2013

HOT! Courts Mammoth Pecat Pengarah, Kerana Peluk Islam?


Ini bukan rasis terhadap kaum, tapi terhadap agama. Wow! makin teruk, apa patut kita buat dengan Courts Mammoth ni?

PANAS DARI SIDANG DUN KEDAH!! Dendam Phahrolrazi Terhadap Ustaz Azizan TETAP MEMBARA!! #KedahAmanMakmur



Isu KUIN menjadi pendebatan paling hangat didalam Sidang Dun negeri Kedah ni. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang terjadi, tingkahlaku Phahrolrazi dalam Sidang Dun amat menarik perhatian.

Nampaknya dendam Pharolrazi terhadap Tan Sri Azizan Razak masih lagi berkesumat. Walaupun Tan Sri Azizan sudah kudung kedua-dua belah kaki dan sudah tidak mampu untuk buat comeback lagi dah dalam dunia politik Pas Kedah. Namun itu semua langsung tidak menjadi alasan untuk Phahrolrazi merasa simpati kepada Tan Sri Azizan Razak.

Dalam sidang DUN Kedah pagi tadi, Phahrolrazi telah mengejutkan semua wakil rakyat Pas apabila Phahrolrazi secara selamba meminta semua pihak berhenti daripada mempolitikan isu KUIN, dan Phahrolrazi juga meminta Kerajaan Negeri supaya mengeluarkan kertas putih bagi menceritakan secara detail mengenai isu KUIN, seperti siapa yang bertanggungjawab, kenapa dan mengapa masalah di KUIN terjadi.

Saranan yang dibuat oleh Phahrolrazi ini jelas menunjukkan yang Phahrolrazi mahu membalas dendam kepada Tan Sri Azizan Razak, kerana Tan Sri Azizan Razak dan bekas rektor KUIN si Jamil la yang bertanggungjawab merosakkan KUIN, malah dalam sidang DUN Kedah kali ini,wakil-wakil rakyat Pas yang pro Tan Sri Azizan mahu menggunakan isu KUIN untuk menghentam Kerajaan BN Kedah, tapi nampaknya Phahrolrazi yang meminta isu KUIN ditamatkan serta meminta kerajaan keluarkan kertas putih bagi isu KUIN dimana nama Tan Sri Azizan Razak pasti akan tertulis sebagai antara makhluk-makhluk perosak yang merosakkan KUIN.

Dahsyat sungguh permainan politik si Phahrolrazi ni, hehehe.. cuba meletakan kesalahan Pas Kedah terhadap KUIN 'kesemuanya' terhadap Tan Sri Azizan. Selamatlah exco Pelajaran Dato Tajul masih waras dan tidak melayan permintaan si Phahrolrazi, kalau tak teruk lagi la orang tua tu kena.

Kenapalah, si Phahrolrazi ni tak puas hati lagi terhadap Tan Sri Azizan? Orang Tan Sri Azizan taknak kata apa-apa ka?


McTheory:
Ini jenis dendam sampai mati ni.. dasatt..

PANASS!! Nasib Baik BN Jadi Kerajaan Negeri Kedah, Kalau Tak? Pelajar KUIN Sila Tengok!! #KedahAmanMakmur

Cantik jika dipandang!

Sepatutnya pelajar KUIN perlu berterima kasih kepada Kerajaan BN sekarang, kerana Kerajaan BN Kedah telah menyelamatkan pelajar KUIN dari diperah habis-habisan oleh Pas Kedah.

Sebelum kerajaan BN merampas Kedah dari pimpinan Pas, Jamil dan semua ahli lembaga pengarah telah menghantar permohonan kepada KPT untuk menaikkan yuran kursus pengajian pada 13 julai 2012 untuk kemasukan bulan September 2013.

Permohonan tersebut telah diluluskan oleh pihak KPT pada 10 Ogos 2012. Maknanya, kika Pas berjaya mengekalkan kuasa mereka di Kedah pada PRU ke 13 yang lepas, bermakna pelajar pelajar baru akan menerima kenaikan yuran  pengajian sehingga 200%. Tak percaya?

Rujuk lampiran dibawah

Dari RM5380 di naikan ke RM15126, dari RM6180 di naikan ke RM17525
boleh rujuk sendiri..

Sah dan lulus..

Peratusan dan yuran yang telah dinaikan
kelulusan KPT..

Mampukah pelajar KUIN teruskan pengajian dengan bayaran yuran sedemikian? Pelajar KUIN taknak terima kasih pada Kerajaan BN kerana menyelamatkan keadaan?

Giloo betul puak Pas ni..

Lagi baca kos transfer seorang pelajar RM8ribu ke KUIN Kuala Ketil! KLIK SINI


McTheory:
Bersyurkurlahh..

PANASS!! Pas Kedah Rembat Duit?! Kos Seorang Pelajar KUIN Pindah Ke Kuala Ketil RM8000? #KedahAmanMakmur


Nampaknya adun-adun Pas Kedah, sudah tersilap langkah, hasrat depa nak serang Kerajaan BN sekarang dalam isu KUIN nampaknya hancur lebur apabila peluru yang mereka lancarkan pagi tadi sudah terkena kepala sendiri.

Ada adun Pas mempertikaikan kenapa pembinaan asrama di Kuala Ketil dihentikan. Menjawab soalan demikian, Adun Tanjung Dawai kata, kontraktor yang hentikan pembinaan tu sendiri kerana mengikut kronologi, pada zaman Pas tandatangan kontrak dulu, yang luluskan kontrak hanyalah mantan MB, mantan CEO KUIN dan Pengarah KBSB Sdn Bhd.

Kontrak ditamatkan selepas KUIN tidak menandatangani perjanjian PFI yang telah didesak oleh KBSB kepada KUIN dulu. Mereka hanya menerima perjanjian seperti mana dipersetujui secara bersama semasa pemerintahan Azizan. Bermakna pembinaan bermula tanpa apa-apa perjanjian dan hanya dua orang saja yang tahu.

Tiba-tiba bila Kerajaan negeri baru, KBSB mendesak untuk membuat perjanjian, sedangkan kerajaan sekarang tidak tahu apa-apa kerana tiada perjanjian yang sah! Sebab tu kontrak dihentikan! Teruknya Pas buat kerja dulu, buat bangunan tanpa perjanjian dan detail kontrak, kalau runtuh bangunan tu, nak salah siapa?

Pas pertikaikan kenapa Kerajaan BN Kedah sekarang memindahkan pelajar balik ke Mergong dari Kuala Ketil, kerana ia melibatkan kos yang tinggi!

Adun Tanjung Dawai jawab,

Kos penempatan dan pemindahan yang dilakukan oleh Kerajaan BN sekarang masih kecil jika nak dibandingkan dengan Pas dulu, sebab Pas dulu membelanjakan RM12.5 juta hanya untuk memindah 1500 pelajar KUIN ke Kuala Ketil.

Pehh.. mahainya kos pindah, sampai juta-juta.

Kalau 12.5 juta tu dibahagikan kepada 1500 pelajar KUIN. Bermakna seorang pelajar KUIN yang dipindahkan tu, boleh dapat RM8000 seorang!

Perghh.. kos pindah zaman Pas dulu, hanya nak ke Kuala Ketil saja sampai RM8000 seorang? RM8000 tu boleh beli tiket flight ke London tauu!

Patut la zaman Pas dulu takdak duit, rupanya depa dok buat kerja rembat duit macam ni!!

McTheory:
Kita sambung sidang dun selepas ni.. banyak lagi benda panasss

HOT! Pemuda UMNO Sekarang Dah Tak 'Bertelur' Macam Dulu!! @KhairyKJ #PemilihanUMNO

Ada yang layak ke ni?

Walaupun kita dah nak masuk bulan September, tapi Mc tak rasa langsung bahang pemilihan untuk Pemuda UMNO Malaysia. Tak kisah la peringkat mana pun, malah sampai sekarang masih tidak ada orang berani nak cabar KJ. Mc tau KJ sekarang Menteri KBS, dan popularitinya sedang naik.

Tapi dia pun tak sempurna, masih banyak kelemahan pada Pemuda UMNO. Mc tak rasa KJ mampu membaiki kelemahan pada Pemuda UMNO, sebab kalau dia mampu, dah lama KJ buat.

Perkara yang Pemuda UMNO sekarang, tak mampu buat,

Pertama. Untuk tarik sokongan orang muda bersama UMNO. Bukan sebagai ahli parti, tapi sebagai penyokong. Ada ke? Berapa kerat?

Kedua. Menangkan saluran orang muda untuk bantu BN menang pada PRU ke14. Sebab PRU ke 13 kita ditolak!

Ketiga. Pemuda UMNO kalahkan Pemuda Dap untuk mendaftarkan belia sebagai pengundi baru. Sedangkan masih 1 juta belia melayu masih belum daftar. Belia cina, Pemuda Dap sapu bersih!!

Keempat. Pemuda UMNO sekarang masih gagal membawa masuk belia sebagai ahli UMNO. Terlalu banyak sebab dan remeh untuk golongan pemuda profesional sertai UMNO.

Kelima. Tiada seorang pun Pemuda UMNO yang mampu jadi hero bagi menyelesaikan masalah sosial, bila ada masalah melibatkan belia.

Contoh, masalah rempit, pernah tengok Pemuda UMNO turun padang meninjau masalah? Bukan untuk lakukan tugas polis, tapi untuk ambil berat, dengar suara mereka, dengar apa yang mereka nak.

Kalau tak berani turun jumpa budak rempit, Pemuda boleh turun ke shopping mall untuk dekati golongan remaja di sana. Macam-macam masalah ada, dekati dan ambil tahu. Barulah mereka ini akan kenal Pemuda UMNO sebagai satu entiti yang sememangnya mahu menjaga mereka.

Ini tidak, bila jadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan atau Bahagian. Kembang dada, dongak muka rasa diri bagus.

Apa layaknya kita sebagai Ketua Pemuda disesuatu kawasan, kalau pemuda-pemuda di kampung tu, kenal dan baik dengan kita pun tak. Ketua Pemuda yang 'syok' sendiri ke?

Setiap tahun akan ada pengundi baru yang layak di daftar. Pemuda Dap tekad mendaftarkan semua belia cina yang akan jadi pengundi baru. Pemuda UMNO tekad apa? Tekad untuk kenyangkan perut atau kayakan poket sendiri?

Maaflah pada yang terasa, bukan semua Pemuda UMNO tak boleh buat kerja. Tapi terlalu ramai yang duduk sebagai Ketua Pemuda UMNO di mana-mana bahagian hanya untuk buat duit saja.

Sikit-sikit cukuplah, ingat tanggung jawab yang diberikan. Seimbangkan diantara 'bussines' dan 'politik' Mc bukan mengajar, tapi itu hakikatnya. Itu pun kalau kita nak UMNO masih jadi kerajaan Malaysia la.. kalau taknak, dan nak rasa jadi pembangkang, teruskan dengan apa yang ada sekarang. Insyallah lagi 10 tahun kita akan jadi pembangkang.

Bukan tak boleh nak berniaga atau cari duit. Tengok macam KJ, zaman Tun Lah jadi PM dulu, dia buat duit sungguh-sungguh, sapu habis. Sekarang ni dah senang, baru buat kerja Ketua Pemuda, walaupun macam berlakon. Lepas tu  di lantik jadi menteri lagi, itu satu contoh yang baik.

Mc cuma nak Ingatkan Pemuda UMNO, sebab kita hanya 'banyak' menang di saluran 1 dan 2 sahaja (saluran warga emas). Tolong buat kerja 'bertelur' sikit untuk bantu UMNO menang di Dun dan Parlimen. Kalau rasa tak mampu, letak jawatan!

Kalau dulu orang dengar nama 'Pemuda UMNO' pun dah ketar lutut. Sekarang ni, orang tertanya-tanya, masih ada ke Pemuda UMNO?


McTheory:
Masih ada.. tapi dah takdak teloq, harimau sarkas!! he he..

Isnin, 26 Ogos 2013

PANASS!! Kisah Ustaz Pas 'Main' Sarkas Dalam Sidang Dun Kedah! #KedahAmanMakmur



Cerita sarkas Ustaz Pas ni Mc ambil dari blog MTK, sebab Mc tak sempat nak ulas pasal sidang dun hari ni. Insyallah esok Mc akan ulas. Tapi rasanya baik pembaca cerita Ustaz Pas main sarkas dalam sidang dun ni dulu.

Nama saja Ustaz tapi kuat pembohong!! Dah lah bohong, fitnah pulak tu...Semalam geng geng pemuda Pas duk atur nak buat demo kononnya nak panggil staf staf Insaniah Holding mai depan wisma..

Pagi tadi berlangsunglah demo seperti yang dirancang oleh mereka...Biasalah hari mula sidang dun depa pun nak tunjuk hero..

Dah habis demo depa nak serah memorandum kat MB..Depa nak jumpa MB dan serah kat tangan MB..

Lepas tu duk tak duk si Ketua Pemuda Pas merangkap Adun Alor Mengkudu share status yang dimuat naik oleh PA dia yang jaga akaun rasmi kata Mukhriz lari dari staff Insaniah Holding nak serah memo..



Mad Ya(tak layak panggil Ust sebab kaki bohong) duk dalam dewan yang taktau apa saja share status kat FB kononnya nak habaq kat puak Pas yang MB Kedah penakut takmau jumpa staff Insaniah..

Padahal cerita sebenarnya MB sendiri sanggup jumpa staff Insaniah Holding..Ini buktinya


Datuk Mukhriz tak macam Ust Azizan, Dulu masa geng bersih kuin buat demo nak serah memorandum kat MB, Azizan pun tak berani jumpa..Dia hantaq pegawai khas dia saja jumpa geng bersih kuin..sekali pun Ust Azizan tak pernah menghadap geng bersih Kuin..

Kepada Mad Ya yang first time jadi Adun tu buatlah perangai elok elok.. Jangan jadi macam beruk atas pokok ceri...

McTheory:
Ustaz Pas semua penipu ka? heh..

INFO! Punca Sebenar Kenapa Gerakan Kristian Inginkan Kalimah Allah! #SelamatkanIslam



Cara gerakan kristian untuk menyebarkan ajaran mereka. Kalimah Allah merupakan 'touch point' gerakan ini untuk 'mengkristiankan' masyarakat Islam di Malaysia khususnya.



Mohon pembaca tonton video ini dan sebarkan kepada rakan-rakan lain.

HOT! Doakan Ustaz Kazim Selamat Sembuh Penyakit Setelah di bedah!!


Semalam Ustaz Kazim di masukan ke hospital untuk membuat pembedahan bagi menyembuhkan penyakit beliau (gambar diatas). Sudah tentu ramai peminat Ustaz Kazim yang risau akan keadaan ini.

Alhamdullilah pembedahan berjalan lancar..


Selepas pembedahan, peminat Ustaz Kazim dimaklumkan bahawa Ustaz Kazim selamat cuma mengambil masa untuk sembuh akibat dari pembedahan yang dilakukan..

Sama-samalah kita berdoa supaya Ustaz Kazim cepat sembuh dan kembali berdakwah untuk mengembangkan syiar Islam di Malaysia..

McTheory:
Malaysia masih memerlukan keringat Ustaz..

Ahad, 25 Ogos 2013

INFO! Cara terbaik Umat Melayu Islam tambah kekuatan ekonomi! #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia @Tunfaisal


Sudah tentu pembaca blog tertanya-tanya kenapa 2,3 hari ni Mc asyik mempromosi Hari Koperasi Negara. Sebabnya Mc percaya ramai diantara kita tak tahu pun apa itu 'Koperasi'. Sedangkan kita di pupuk mengenali koperasi ni sejak dari sekolah lagi.

Tidak kah anda mahu tahu apa fungsi koperasi sebenarnya, bagaimana ia ditubuhkan dan bagaimana gerakan koperasi di Malaysia, malah apa keuntungan yang kita dapat jika kita menyertai gerakan koperasi ni.

Gerakan koperasi telah mula diperkenalkan di negara ini pada tahun 1922 dan kini ia telah berkembang dengan pesatnya. Tujuan Hari Koperasi Negara diadakan ialah untuk menjelaskan aktiviti, peranan dan hala tuju gerakan koperasi serta menghebahkan kepada masyarakat umum bahawa koperasi memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dari segi ekonomi dan sosial.

 Hari Koperasi Negara (HKN) adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Majlis ini diadakan sebagai pengiktirafan kerajaan kepada gerakan koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara.

Objektif

Objektif sambutan Hari Koperasi Negara adalah untuk:

Mewujudkan semangat kerjasama di kalangan koperasi-koperasi.

Memberi penghargaan kepada koperasi-koperasi di atas sumbangan yang telah diberikan terhadap gerakan koperasi.

Menilai pencapaian gerakan koperasi di dalam bidang ekonomi dan sosial selaras dengan konsep, prinsip dan falsafah koperasi.


Video bawah, Ustaz Kazim menerangkan bagaimana untuk menubuhkan sebuah koperasi yang Islamik!


INFO! Gambar-Gambar Menarik di Untuk Anda Lihat di Hari Koperasi Negara! #HariKoperasi13 @SKM_Malaysia



Gambar-gambar menarik untuk tatapan pembaca blog di Hari Koperasi Negara. Bagi yang jauh dan tak dapat datang tentunya mahu melihat apa sebenarnya yang ada di Hari Koperasi ni. Betul?

Check it Out!









Mc akan update terkini dari tapak Hari Koperasi Negara...