Khamis, 31 Oktober 2013

HOT! Ustaz Kazim SINDIR Ustazah Mee Segera! #PrkSgLimau



Kata-kata Ustaz Kazim mengenai artis baru pakai tudung dan mengajar agama ni adalah benar. Ramai sangat yang Ustazah dan Ustaz mee segara. Bukan nak pertikaikan dia beralih menjadi lebih baik dan mendekati agama, cuma cara tu kurang sesuai.

Kenapa nak mendekati agama kena masuk parti politik? Bila masuk campur dengan politik itu yang artis baru ni semuanya telah disongsang dan dipergunaan parti tersebut, semata-mata untuk meaih undi.

Bagus ka macam tu?


HOT! Anwar Akan 'Bertazkirah' Dalam Masjid di Sungai Limau!! #PrkSgLimau

Si Syaitan datangg..

Mc mendapat maklumat bahawa Anwar Ibrahim akan datang malam ini ke Sungai Limau. Sehari lebih awal dari tarikh yang dijangka. Malah dia akan singgah beri tazkirah di sebuah masjid yang memang terkenal sebagai kubu kuat Pas. Mc taknak nyatakan dimasjid mana si Anwar beri tazkirah, tetapi AJK masjid tersebut, tidak patut dan tidak perlu membawa insan seperti Anwar untuk beri tazkirah.

Kenapa nak suruh orang politik beri tazkirah? Dah habis ke tok-tok guru yang sepatutnya beri tazkirah kat sana? Dia ni peribadi punya la teruk, skandal jangan cakap la, siap ada video lucah. Itu pun masih nak jemput beri tazkirah dalam masjid.

Mc minta Jabatan Agama Islam Kedah tolong pantau dan halang mangkuk ni dari merosakan keharmonian masjid di Sungai Limau.

Taktau la kalau ada pegawai dari JAIK bersubahat dalam perkara ni.

McTheory:
Harap pihak berkuasa ambil tindakan terhadap setan ni..

HOT! Penduduk Sungai Limau TOLAK Mat Sabu dan Din Pudu! #PrkSglimau


Err.. ceramah Pas yang dibuat oleh Mat Sabu dan Din Pudu nampak gagal di Sungai Limau. Hanya berapa kerat saja penduduk Sungai Limau datang ke ceramah mereka semalam. Tengoklah gambar yang Mc tunjukan kat atas tu. Rasanya tak sampai 30 orang ke ceramah mereka.

Kalau tak ramai, macam mana Mat Sabu nak kutip derma guna tin milo. Mungkin disebabkan itu, Mat Sabu kurang berceramah di Sungai Limau. Lagi satu mana ada orang Sungai Limau nak terima penyokong syiah macam Mat Sabu ni.

Betul?

INFO! Benarkah UMNO Menolak Hudud? #PrkSgLimau


Benarkah Kerajaan Malaysia menolak hudud? Kenapa hudud masih tidak dilaksanakan? Ustaz Kazim ada jawapannya..

Rabu, 30 Oktober 2013

HOT! Ceramah Popular Pas Gagal di Sungai Limau! #PrkSgLimau


Walaupun menampilkan barisan barisan penceramah yang agak kuat iaitu ketua pemuda Pas pusat, Ketua pemuda Pas Kedah dan Ustaz mee segera Bob Lokman, Pas gagal untuk mengumpul kehadiran yang lebih ramai seperti jangkaan awal.

Hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang hadir, ke ceramah tersebut, langsung tak ada sambutan orang tempatan, yang ada hanya petugas parti atau pun negeri angkat yang menjaga kawasan tersebut.
Kesian pulak tengok gambar kat bawah ni.. he he..





Rasanya penduduk Sungai Limau dah malas nak peduli puak Pas ni. Asyik membohong saja dalam ceramah, lama-lama orang pun naik jemu. Sampai takdak langsung kerajaan benda buat betul, semuanya salah.

Nama saja parti Islam, tapi perangai? Subhanallah.. teruk ya amat.

McTheory:
Orang kampung pun dah tak percaya kat Pas lagi.

PANASS!! Kisah Ustaz Kazim Kena UGUT di Sungai Limau! #PrkSgLimau


Bila Ustaz Kazim datang ceramah di Sungai Limau, ada pihak yang tak puas hati dan cuba mengugut beliau dengan pelbagai cara. Diantaranya, mereka mahu baling telur busuk kepada Ustaz Kazim. Tak payah la Mc nyatakan siapa dan dari mana ugutan tersebut, kerana semua kita tahu, kerja terkutuk tu selalunya dibuat oleh orang sebelah sana!

Tengok sedutan video Ustaz Kazim dibawah,


Insyallah video penuh akan Mc upload kelak!

Selasa, 29 Oktober 2013

HOT! Haram Anwar Jejak Kaki Ke Sungai Limau! #PrkSgLImau #BeraniHijrah


Tidak sepatutnya Anwar Ibrahim jejak kaki untuk datang berkempen di Sungai Limau. Musuh ketat atau individu yang paling tidak disukai oleh Allahyarham Ustaz itu pernah beberapa kali membuat arahan dengan kuasa ketua umum untuk menjatuhkan pentadbiran Allahyarham.

Contohnya macam kes PEMANDU dari Pas Pusat yang dihantar oleh Presiden Pas ke Kedah, semata-mata untuk mengawal pentadbiran Allahyarham Ustaz. Semua orang tahu itu arahan dari Anwar untuk mengawal pentadbiran Allahyarham.

Tiba-tiba sekarang ni dengar cerita Anwar Ibrahim dah ada planning nak bagi ceramah menipu rakyat Sg Limau menjelang dua hari sebelum hari membuang undi pada 4 hb ni. Tak malu ke nak jejak kaki ke sini?

Seluruh rakyat Sg Limau harus tahu bahawa Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.

Dari dahulu lagi Allahyarham Ustaz Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.

Bagi Anwar pula dia sememangnya tidak layak untuk memijak bumi Sg Limau kerana dia lah orang yang bertindak mahu menjatuhkan Ustaz Azizan dan mahu menaikkan proksinya sebagai MB jika Pakatan masih menang di Kedah tempohari.

Kat bawah ni Mc ada video Tan Sri Zam bercerita mengenai Allahyarham Ustaz yang benci kepada Anwar.


Isnin, 28 Oktober 2013

HOT!! Pas Menipu Tapi Tak Mengaku!! #PrkSgLimau



calon Pas sendiri edar risalah, takkan tak perasan ?

Akhirnya Pas Kedah hari ini terpaksa mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu yang telah disuperimpose untuk dijadikan bahan sebaran di Sg Limau..

Tetapi, Pas masih tidak mengakui bahawa gambar yang super impose itu dibuat oleh mereka, sebaliknya menyalahkan pereka grafik yang dilantik oleh Pas untuk menyediakan design berkenaan..

Amiruddin selaku Pengarah Operasi Pas memberitahu dalam sidang media pagi tadi, pihak mereka tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli.. Yang menghairankannya semua sumber dan bahan yang diberikan kepada syarikat pereka design itu diberi oleh urusetia Pas sendiri..

Pihak designer memasukkan segala info dan gambar yang dihantarkan oleh pihak urusetia dan setelah harga dipersetujui, syarikat terus mencetak dan membekalkan kepada urusetia..

Ini bermakna, semua bahan atau gambar yang dibekalkan itu datangnya dari pihak Pas sendiri, bukannya dari pihak syarikat pereka..Sebelum sidang media ini dibuat, khabarnya Pas mengadakan satu mesyuarat tergempar kononnya untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti siapa yang memalsukan gambar berkenaan seolah olah mahu menjatuhkan imej Pas..

Sebelum ini Pas mendakwa mereka mempunyai banyak koleksi gambar calon bersama arwah bagi membuktikan bahawa calon Pas memang akrab dengan arwah.. Tetapi sampai sekarang tak ada satu pun gambar peribadi calon bersama arwah, sebaliknya hanya ada gambar program ketika calon Pas menjadi Pengarah Pasti Kedah, dan arwah Ust Azizan sebagai MB dalam majlis yang dianjurkan..

Seperti gambar dibawah



Kalau nak diikutkan, gambar peribadi arwah dengan pemimpin BN pun ada..YAB PM DS Najib, YAB Tun Dr Mahathir, YAB DP Mukhriz pun kerap berjumpa arwah..DS Zambery pun anak didik arwah jugak..

Kalau betul betul calon Pas memang anak didik Ust Azizan, mesti ada gambar calon melawat arwah ketika sakit.. Masa awal awal dicalonkan, calon Pas si Azam ni sendiri cakap takkan guna gambar arwah.. Tapi sekarang terpaksa guna pelbagai cara untuk tarik pengundi walaupun terpaksa menipu.

Medan Tempur Kedah

HOT! Calon Pas Sokong Syiah? #PrkSgLimau



Sebelum ini, calon PAS DUN Sungai Limau, Azam Samad dikaitkan dengan Syiah. Sebelum ini juga, PAS telah dikaitkan dengan Syiah dan PAS amat sukar untuk menafikan perkara berkenaan, sekalipun PAS cuba menyejukkan hati majoriti pengikutnya yang berpegang kepada fahaman Sunnah Wal Jamaah bahawa mana-mana ahli PAS yang menganuti fahaman Syiah, akan dipecat serta-merta.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, PAS tidak pernah memecat atau mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap ahli-ahli PAS yang telah dikenalpasti menganuti fahaman Syiah seperti Abdullah Hasan, Kepala Syiah Rafidhah Kedah yang berpusat di Pendang. Sebaliknya para pemimpin utama PAS kelam-kabut cuba menyembunyikan perkara sebenar dengan pelbagai dalil dan dalih untuk membenarkan PAS terus digayuti dan dikuasai oleh Syiah.

Kedahan69ers.com berjaya mengesan sebuah banner di Jalan Kampung Sungai Kering, Sungai Limau yang jelas terpamer ciri-ciri PAS yang memberikan sokongan dan mendoakan kemenangan ‘jemaah’ mereka.

Ungkapan ‘YA ALI,’ ‘YA HUSIN’ dan ‘LABAIK YA ZAHRAH’ sememangnya merupakan seruan kaum Syiah. Kaum Syiah bertawassul kepada ‘ALI, HUSIN dan FATIMAH AZ-ZAHRAH’. Malah menjadikan ALI sebagai Tuhan mereka dengan seruan ‘YA ALI MADAD’…

Sebelum ini, dilaporkan bahawa puak Syiah akan mencalonkan salah seorang daripada mereka untuk bertanding di Sungai Limau. Barangkali kerana memikirkan bahawa Azam Samad yang merupakan calon rasmi PAS, jauh lebih berwibawa dan jauh lebih mudah untuk menjalankan pendoktrinan dan pendogmaan Syiah di Sungai Limau yang bersempadan dengan Pendang, mereka akhirnya membatalkan hasrat untuk mencalonkan calon Syiah, sebaliknya memberikan sokongan kepada calon PAS, Azam Samad.

Kedahan69

HOT! Abby Albody di TOLAK Orang Pas Sendiri! #PrkSgLimau



Nampaknya nasib Abby di Sungai Limau ni tak berapa bagus, satu-satu masalah yang datang, tulah Abby jangan cakap lebih sangat, macam kamu tu diterima semua orang, termasuk dari Pas sendiri.


Gambar atas ni , diambil sebentar tadi di UPU Sungai Daun Sungai Limau , sepatutnya Abby akan memberi ceramah kotornya disini tapi malangnya tidak ada orang dan hanya beberapa orang petugas Pas UPU ini sahaja yang ada.

Nampak sangat nama Abby bukan boleh menarik orang untuk datang mendengar ceramah beliau , salah satu faktornya adalah Abby menggunakan bahasa yang kesat, maki hamun pada orang lain.


Kemarin kereta Abby terpaksa di bawa ke bengkel apabila clucth keretanya rosak di Sungai Limau.

Harap Abby renung la balik apa yang dilakukannya , percakapannya dan kelakuannya sebelum mengata orang .

Penduduk Sungai Limau mahu Hijrah ke arah lebih baik bukannya dihasut membenci orang lain seperti mana Abby dan pemimpin PR lain buat.

Aktivis Pendang Jr

PANASS!! Blogger Pas KANTOI Menipuu!! #PrkSgLimau


Hari tu Mc ada cabar puak Pas suruh depa keluarkan gambar Azam Samat calon Pas bersama dengan Allahyarham Ustaz Azizan untuk buktikan dia tu anak didik Allahyarham. Nak baca klik  SINI.

Kemudian ada la blogger cacai Pas yang jawab pertanyaan Mc dengan gambar kononnya Azam berjumpa Allahyarham Ustaz di pejabat ketika menjadi Menteri Besar.

Selang beberapa hari akhirnya penipuan blogger Pas terbongkar, apabila Pas mengunakan modal gambar tersebut dijadikan risahlah untuk tatapan penduduk Sungai Limau.

Baca dibawah pendedahan dari blog Medan Tempur,
Pas memang Raja dalam bab bab mengedit gambar.. Tapi malangnya kantoi  dengan wartawan sinar sendiri.. Gambar sebenar diatas semasa kunjungan wartawan sinar ke Pejabat Ust Azizan.. Gambar ni aku memang dah lama tengok dalam FB member aku..

Tapi tak sangka pula, Pas sanggup buat macam ni.. Memang hina gila puak Pas ni.. Patutlah aku dapat maklumat 2 hari lepas, yang Pas tengah cari gambar si Mohd Azam ni duduk dengan arwah Ust Azizan.. Kononnya nak bagi nampak macam guru dengan anak muridnya..

Last sekali kantoi dengan wartawan Sinar.. Sebab gambar yang depa pi curi edit tu gambar wartawan tengah interview arwah....



Kan dah kantoi !!! Memang sah la calon Pas ni proksi Phahrolrazi di Sg Limau




FAKTA
Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.


AUTA

Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.

Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan. 
 
McTheory:
Anak didik apa, kalau bergambar pun tak pernah? kann?

HOT! Sanggupkah Orang Sungai Limau Khianat Allahyarham Ustaz Azizan? #PrkSgLimau


Orang Sungai Limau jangan khianati amanat Allahyarham Ustaz dengan menyokong calon Pas yang sememangnya pro Phahrolrazi (Team khianat kepimpinan Allahyarham Ustaz). Takkanlah sanggup mengundi seorang yang sememangnya anak buah kepada manusia yang khianati kepimpinan Allahyarham Ustaz di Kedah.

Apa yang Phahrol tak pernah buat pada Allahyarham Ustaz, dari perli, kutuk, hingga sumpah supaya Allahyarham Ustaz mati cepat! Malah tindakan 'Team Phahrol' melawan senarai calon pilihan Pesuruhjaya Pas yang waktu itu dipegang oleh Allahyarham Ustaz, menyebabkan Allahyarham jatuh sakit akibat tekanan dari kumpulan dalam Pas sendiri.

Ada orang yang pertikaikan hubungan diantara Phahrolrazi dan calon Pas si Azam. Sedangkan hubungan mereka disahkan sendiri oleh Phahrolrazi. Datuk kepada si Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk kepada Phahrol, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Malah mereka merupakan ahli keluarga yang agak rapat.

Walaupun ada kenyataan daripada isteri Allahyarham Ustaz Azizan yang menyatakan Azam ada 'bau-bau bacang' dengan Allahyarham Ustaz Azizan, tetapi hubungan diantara Azam dan Phahrol sebenarnya lebih rapat malah Azam dikatakan berada di 'Team Phahrol' semasa Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Kalau nak ikutkan hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suhaimi bekas Ketua Bahagian UMNO Jerai juga sepupu Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suraya Yaacob, Exco Wanita Kedah, juga dua pupu dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Malah dulu Allahyarham Ustaz Azizan pernah menjadi ahli UMNO dan mempunyai saudara mara dalam UMNO yang cukup ramai.

Jadi apa sangat la nak dihairankan jika si Azam ada bau-bau bacang dengan Allahyarham Ustaz.

Cuma apa yang menjadi fokus kita sekarang, si Azam ni 'budak kepada Phahrolrazi'  ni, dihantar untuk menawan Sungai Limau dari sekutu Allahyarham Ustaz Azizan. Jika 'plan' Phahrol ni berjaya, bermakna, kawasan kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan sudah berjaya ditawan oleh 'Team Phahrol' dengan mengunakan proxy mereka iaitu Azam Samat.

Apakah sanggup orang Sungai Limau menyerahkan DUN KUBU kuat Allahyarham Ustaz kepada pengkhianat parti mereka? Tepuk dada, tanya iman!

McTheory:
Takkan sanggup khianat kot.. teruk tuu..

Ahad, 27 Oktober 2013

INFO! Pas Datang Kempen Pilihanraya Atau Kempen Untuk Diri Sendiri? - Dato Mukhriz Mahathir


Pas datang berkempen untuk Sungai Limau, atau masing-masing kempen untuk diri sendiri? Ya laahh.. muktamarkan dah dekat..

Persoalan yang dibangkitkan oleh Dato Mukhriz,

HOT!! Jentera Pas Berpecah Dua Di Sungai Limau!! #PrkSgLimau #BeraniHijrah



Baru berapa hari berkempen, jentera Pas yang diketuai oleh Mahfuz Omar Pesuruhjaya Pas Kedah yang haprak tu dah berpecah belah, hancur dan makin tak terurus. Semuanya berpunca bila masing-masing mengunakan PRK Sungai Limau ini sebagai platform untuk promosi diri bagi muktamar Pas yang akan diadakan bulan depan.

Paling ketara apabila pepecahan diantara Mat Sabu dan Mahfuz yang dikatakan tidak sehaluan, mengarahkan jentera masing-masing berkempen tanpa mengikut haluan yang ditetapkan parti. Malah dua individu tersebut juga lebih mempromosi diri di setiap UPU Pas, dari bertanya khabar penduduk Sungai Limau yang hidup serba kekurangan.

Pendekatan berkempen secara berkelompok oleh Pas di setiap UPU sebenarnya di'ciplak' dari idea BN. Namun pendekatan tersebut nampaknya kurang digemari oleh pemimpin-pemimpin Pas kerana ianya melibatkan kelompok yang kecil. Lagi satu, ceramah kelompok ni tak boleh kutip derma, sebab tu pemimpin Pas tak suka.

Jadi kempen di Sungai Limau ni, mereka gunakan untuk promosi diri bagi muktamar Pas yang hampir tiba. Masa mula-mula kempen, satu kelompok boleh gabungkan Mat Sabu dan Mahfuz, cuma pada akhir-akhir ini, kedua-dua pemimpin tertinggi Pas itu mula berpecah dan membawa haluan masing-masing.

Mc tak kata pepecahan Pas ini bagus untuk kita. Namun jika jentera dah berterabur, Mc harap jentera BN akan lebih tersusun dan cuba menarik perhatian rakyat Sungai Limau dari hati ke hati. Mat Sabu dan Mahfuz pun bukan suka sangat orang Sungai Limau ni, sebab tu selama ini Mat Sabu dan Mahfuz tak pernah jejak kaki ke Sungai Limau.

Mereka datang sini pun untuk kekal jawatan, kalau tidak mana mungkin kedua-dua ni datang ke Sungai Limau, dan disebabkan itu juga mereka berdua berselisih faham dan berpecah dari jadi satu jentera. Maknanya sekarang ni, di Sungai Limau Pas sudah ada dua nakhoda.

Kita pun tahu, dalam satu kapal mana boleh ada dua nakhoda, kalau ada dua nakhoda, sudah pasti jentera satu kapal akan kacau bilau dan mungkin akan tengelam. Macam mana nak jaga Sungai Limau kalau sesama sendiri pun gaduh?

Nampak sangat Pas buat kerja tak ikhlas, hanya pentingkan jawatan dari keikhlasan, kalau ikhlas takkan nak gaduh betul?


McTheory:
Kata Islam.. tapi? buat kerja macam tak Islam pun..

Sabtu, 26 Oktober 2013

HOT!! Tragis Bila Phahrolrazi 'Plan' Hantar Orang Tawan Sungai Limau!! #PrkSgLimau


Kesian la kat orang Sungai Limau bila terpaksa memilih untuk menyokong calon yang ada pertalian darah dengan musuh ketat Allahyarham Ustaz Azizan sendiri.

Sedangkan masa Allahyarham Azizan hidup, musuh ketatnya si Phahrolrazi yang banyak kutuk, caci maki dan buat macam-macam cara untuk jatuhkan Allahyarham Azizan.

Ada orang yang pertikaikan hubungan diantara Phahrolrazi dan calon Pas si Azam. Sedangkan hubungan mereka disahkan sendiri oleh Phahrolrazi. Datuk kepada si Azam iaitu Abdul Hamid Ibrahim dan datuk kepada Phahrol, Aziz Pendang merupakan dua beradik.

Malah mereka merupakan ahli keluarga yang agak rapat.

Walaupun ada kenyataan daripada isteri Allahyarham Ustaz Azizan yang menyatakan Azam ada 'bau-bau bacang' dengan Allahyarham Ustaz Azizan, tetapi hubungan diantara Azam dan Phahrol lebih rapat malah Azam dikatakan berada di 'Team Phahrol' semasa Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Kalau nak ikutkan hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suhaimi bekas Ketua Bahagian UMNO Jerai juga sepupu Allahyarham Ustaz Azizan, Datuk Suraya Yaacob, Exco Wanita Kedah, juga dua pupu dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Malah dulu Allahyarham Ustaz Azizan pernah menjadi ahli UMNO dan mempunyai saudara mara dalam UMNO yang cukup ramai.

Jadi apa sangat la nak dihairankan jika si Azam ada bau-bau bacang dengan Allahyarham Ustaz.

Cuma apa yang menjadi fokus kita sekarang, si Azam ni 'budak kepada Phahrolrazi' yang dihantar untuk menawan Sungai Limau dari sekutu Allahyarham Ustaz Azizan. Jika 'plan' Phahrol ni berjaya, bermakna, kawasan kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan sudah berjaya ditawan oleh 'Team Phahrol' dengan mengunakan proxy mereka iaitu Azam Samat.


Apakah penduduk Sungai Limau mahu 'budak' Phahrol ni menjadi Yang Berhormat dikawasan kubu kuat mereka?

McTheory:
Jangan sampai sesal kemudian..

HOT! Petugas Pas ditangkap Kerana Turunkan Bendera UMNO!! #PrkSgLimau


hiasan semata

 Sebentar tadi polis telah menangkap 4 petugas Pas di Dulang Besar kerana menurunkan bendera UMNO. Kejadian berlaku apabila 4 petugas tersebut mungkin tersalah faham atau ada niat lain dengan menurunkan bendera terbabit.


4 Petugas Pas yang telah ditangkap dibawa ke Balai Polis Yan untuk disoal siasat.

Dalam pilihanraya, menurunkan bendera parti lawan adalah kesalahan. Kalau nak pacak bendera Pas berlori pun kami tak kisah. Tapi jangan dok gatai tangan bawa turun bendera orang lain.

Busuk perut sungguh laa..

McTheory:
Buat kerja cara Islam boleh?

HOT!! Isteri Allahyarham Ustaz Azizan Pun Sokong Calon BN! #PrkSgLimau


Bila Pas sibuk heboh dengan video kononnya Ayahanda pada Dato Jamil Khir merestui calon Pas. Mereka tak tahu bahawa calon BN yang dibawa oleh Dato Mukhriz telah mendapat restu daripada Isteri Allahyarham Ustaz Azizan pada malam pengumuman calon.

Pendekatan yang dibawa oleh BN ketika membuat kunjungan hormat ke rumah balu bekas menteri besar, Toh Puan Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar pada malam selepas pengumuman calon BN untuk PRK Dun Sungai Limau amat berbeza dengan Pas..

YAB Menteri Besar dan calon BN PRK Sg Limau, Ahmad Sohaimi serta beberapa orang lain pergi ke rumah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak untuk memperkenalkan calon kita kepada isterinya.

BN lakukan ini sebagai menghormati Allahyarham dan kawasan Sungai Limau yang diwakilinya selama lima penggal. YAB MB, calon dan beberapa orang lain berbual hampir dua jam di rumah Toh Puan Faekah, namun tiada siapa pun yang tahu," katanya.

BN merahsiakan perkara itu kerana ianya adalah urusan peribadi BN dan tidak mahu ada pihak yang cuba menangguk di air keruh.Tiada siapa pun yang tahu. Hari ini baru saya beritahu anda semua. Tiada gambar atau berita mengenainya di dalam surat khabar atau internet sebelum ini atau hingga hari ini," katanya.

Andaikata kalau Pas la yang dapat buat semua ni, sudah tentu awal-awal lagi satu dunia mereka dah hebohkan. BN tak politikan perkara yang baik walaupun ianya menguntungan. Tetapi bila dah sampai tahap ni, terpaksalah kita dedah demi maruah parti dan calon kita.


PANASS!! Video Nurul Izzah Merepek Merapu!! #PrkSglimau


Apa la si Nurul Izzah ni dok merepek. Polis Bukit Aman apa sampai 8000 lebih. Takkan satu jabatan polis boleh sampai 8000 orang anggota kot. Relevan la sikit, kerja nak memfitnah saja Nurul Izzah ni.

Cuba tengok video kat bawah,



Inilah cakap-cakap manusia durjana yang tak boleh pakai! Kerjanya asyik fitnah dan maki hamun Kerajaan BN. Ada bukti ka SPR bawah masuk pengudi? Atau main sedap mulut saja cakap?

Tak habis-habis dengan fitnah yang menyusahkan orang. Apa depa ni anak beranak memang suka fitnah ka?

Bapak sama, anak pun serupa..

Jumaat, 25 Oktober 2013

HOT!! Apa Kaitan Calon Pas Sungai Limau Dengan Phahrolrazi? #PrkSgLimau


Calon Pas iaitu Azam Abdul Samat mempunyai pertalian darah dengan Phahrolrazi, beliau dikatakan anak sepupu kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi bekas timbalan peseruhjaya Pas Kedah.

Pemilihan waris Phahrolrazi itu sedikit sebanyak boleh mencacatkan kempen Pas di Sungai Limau kerana semua sudah maklum bahawa semasa Kedah ditadbir oleh Pas, Phahrolrazi antara petualang yang menjahanamkan pentadbiran arwah..

Selepas Pas kalah di Kedah, Phahrolrazi melepaskan jawatan sebagai timbalan pesuruhjaya 1 kerana tidak sebulu dengan Mahfuz.. Perletakkan jawatan itu dilihat ada sesuatu yang tidak kena dalam Pas Kedah dan ini membimbangkan.

Mungkin sebab itu saudara Azam Samat dipilih bertanding di Sungai Limau... Semalam dah mula kecoh apabila ada adik beradik arwah Ust Azizan MEMPERTIKAIKAN tindakkan calon Pas tergamak BERBOHONG kepada wartawan Sinar Harian kononnya beliau ada pertalian saudara dengan keluarga arwah, walhal beliau tidak langsung mempunyai sebarang pertalian keluarga dengan arwah..

Keluarga arwah juga kesal kerana calon pas mengaku yang beliau merupakan anak didik arwah, padahal semasa arwah hidup, calon Pas ini merupakan salah seorang yang menetang arwah dan sanggup bersekongkol dengan musuh arwah secara diam diam..

Pas nampaknya sudah terdesak untuk meraih undi dengan menggunakan gambar arwah Ust Azizan untuk undi simpati.. Gambar calon Pas dengan arwah pun Pas terpaksa Photoshop semata mata untuk meraih sokonga...Hakikatnya Calon Pas Prk Sg Limau adalah anak sepupu kepada Phahrolrazi. - Medan Tempur


Khamis, 24 Oktober 2013

INFO! BN Lagi Rapat Dengan Allahyarham Ustaz Azizan Dari Orang Pas Sendiri!! #PrkSgLimau


Allahyarham Ustaz Azizan hanya rapat dengan Pas penduduk di Sungai Limau, selepas beliau gagal mempertahankan Kedah dari jatuh ke tangan BN. Selepas beliau kalah, orang Pas sendiri, termasuk pimpinan tertinggi Kedah dan Pusat mengecam Allahyarham Ustaz Azizan dengan pelbagai caci dan maki. Malah ada yang menyumpah dan berdoa supaya beliau cepat mati! (Memang stail orang Pas doa suruh mati).

Perkara terkutuk tersebut dilakukan oleh semua pemimpin Pas (kecuali yang setia dengan Allahyarham Ustaz) termasuk calon Pas si Azam Samad ni, beliau diantara manusia yang ketawa besar bila dengar Allahyarham Ustaz Azizan kena potong kaki. Ini maklumat yang kami dapat,

Terpaksa di sensor sebab terlalu kasar bahasanya..

 SMS ini telah tersebar jauh hingga diterima oleh kami. Malah kami sendiri tidak pasti keadaan sebenar calon Pas yang kononnya diberi nama 'anak didik' Allahyarham Ustaz Azizan. Benarkah dia tu anak didik, atau sekadar pinjam populariti nak menang pilihanraya?


McTheory:
Ada orang kata dia ni dua pupu dengan Phahrol.. betui ka?

HOT! Calon Pas En.Azam Bukan Anak Didik Allahyarham Ustaz Azizan? #PrkSgLimau

Gambar photoshop?

Orang kata calon Pas ni anak didik Allahyarham Ustaz Azizan. Ada bau-bau bacang dengan Allahyarham Ustaz, malah dikatakan mereka ni rapat bebenorlah kehendaknya. Tapi betul ke rapat? Banner yang Pas naikkan selama ni hanya gambar photoshop si Azam bersama Allahyarham Ustaz.

Sudah la pinjam nama dan aura Allahyarham Ustaz Azizan. Malah sanggup menipu kata ada bau-bau bacang. Bau bacang ka, bau kentut? he he..

Kalau benar si Azam ni rapat benar dengan Allahyarham Ustaz, kami nak tengok juga gambar si Azam ni dengan Allahyarham Ustaz, ada ka takdak?

Kalau setakat gambar 10 tahun yang lepas tu tak payah tunjuk laa.. kami pun banyak. Bukan apa kami cuma nak confirmkan apa yang Pas dok kempen selama ni. Setiap kali ceramah dok jual nama Allahyarham Ustaz, setiap kali ceramah dok jual nama Allahyarham Ustaz, apa kejadahnya?

Tak boleh cari kekuatan sendiri ka?

Sebab tu kami cabar si Azam ni untuk tunjuk bukti. Sebab cerita yang kami dengar macam-macam ada. Dari anak didik tiba-tiba jadi anak menakan. Jangan bila dah dekat pilihanraya nanti, dari anak menakan jadi anak betui pulak. Lagi payah!!

Soo.. tolonglah kami untuk tunjukan bukti bahawa si Azam ni betui atau tidak anak didik Allahyarham Ustaz.



McTheory:
Apa macam Ustaz Azam.. ada berani ka?

HOT! Hadi Awang Dah Di TOLAK Oleh Penduduk Sungai Limau? #PrkSgLimau



Bukit Besar, Sungai Limau ni, diantara 3 kubu kuat Pas yang paling keras dan paling susah BN nak masuk. Pada PRU yang lepas BN kalah agak teruk di peti undi ni. Bukan agak teruk laa.. tapi sangat teruk, boleh dikategorikan sebagai hitam gelap gulita.

Selalunya ceramah Pas dikawasan kubu kuat ni penuh.. paling kurang pun ada la 100. Tapi semalam agak pelik bila ceramah Presiden Pas Hadi Awang hanya lingkungan 20 orang yang datang. Tak percaya, tengok gambar kat bawah ni,

Ceramah Hadi Awang di Bukit Besar..

Ceramah di kubu kuat pun tak ramai..

kesiann ada 20 orang saja ka?

Senang cakap, di kubu kuat Pas, yang didatangi oleh Presiden Pas Hadi Awang sendiri pun orang tak ramai. Mc rasa pembaca tentu tahu, keadaan ceramah Pas di tempat-tempat lain. Inilah hakikatnya, kalau ceramah Pas tak angkut orang luar datang menyibuk. Takdak orang mai punn.. orang dah bosan dengan fitnah dan cerita bohong Pas tu..

Tapi yang paling penting.. tin milo mesti ada.. 20 orang pun jadi.. derma tetap kena, wajib tuu.. hehe


McTheory:
Hadi Awang dah tak power ka?

HOT! Ngeri Pegawai Bank di Tembak Kejam!!

mangsa..
Penjenayah dicari..

SUBANG JAYA: Seorang pegawai bank maut selepas ditembak seorang pegawal keselamatan bank yang mahu merompak wang di dalam bilik kebal bank terbabit.

Kejadian berlaku di cawangan bank berkenaan di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Menurut sumber polis, mangsa seorang wanita berusia 37 tahun, difahamkan bersama suspek serta empat lagi pegawai bank berada di dalam bilik kebal dipercayai mahu menyimpan sejumlah wang kira-kira pukul 6.18 petang.

Bagaimanapun suspek yang berasal dari Sabah yang bersenjatakan 'pump gun' itu telah melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa.

Suspek kemudiannya telah melarikan diri bersama sejumlah wang dengan menaiki motosikal.

Bagaimanapun, jumlah wang yang dilarikan tidak diketahui.

Rabu, 23 Oktober 2013

HOT! Gambar Menarik Perarakan Calon BN di Sungai Limau!! #PrkSgLimau


Gambar Perarakan Penamaan Calon BN Pada Hari Penamaan Calon di Sungai Limau. Ternyata Gelombang biru tidak pudar menentang arus hijau!

Semangat gelombang biru..

Kehadiran TS Muhyiddin dan Tengku Adnan

Calon BN Dr Sohaimi dan Zahid Hamidi

di arak penuh semangat

Apa agaknya dipersembangkan

perarakan gelombang biru memenuhi ruang Pekan Yan

Menteri Besar Kedah ditemubual bersama Ketua Pembangkang Kedah..

Perarakan penamaan calon BN bermula dari Rumah Budi berjalan sehingga ke Dewan Dato Madi, Pantai Murni, Yan Kedah. Penyokong BN berarak lebih kurang 1500 orang dalam keadaan tenang sambil menyanyi lagu 'barisan kita'!! Cukup semangat!!

Namun penulis respek politik di Sungai Limau apabila BN dan Pas masing-masing sporting habis saling bermesra walaupun berlainan parti. Boleh duduk makan semeja bertepuk bertampar pada hari penamaan calon tu dah kira kelia dah la. hehe..

Nanti gambar menarik sekitar penamaan calon yang telah selesai sebentar tadi..

PRK-Sungai-Limau.BlogSpot.Com

Selasa, 22 Oktober 2013

HOT! Allahyarham Ustaz Azizan Pernah di PIJAK-PIJAK oleh Pas Kedah!! #PrkSgLimau


Terkejut juga Mc apabila Pas mengunakan sentimen anak buah Azizan untuk memperkenalkan si Azam Pengarah Pasti Yang Tak berjaya tu. Pas tak ada modal lain, selain mengagung-agungkan Allahyarham, kononnya seolah Pas sememangnya BAIK BENOR dengan Allahyarham Ustaz.

Semua orang tahu, cerita disebalik kepimpinan Pas Kedah yang huru hara disebabkan ramai yang gila kuasa. Kalau yang belum pernah baca, mai Mc nak ingatkan balik kisah apa yang di Kedah sebenarnya.

Bukan kerana UMNO bagi tekanan kepada Allahyarham Ustaz, tetapi dalaman Pas yang haru-biru membuatkan Allahyarham Ustaz Azizan susah hati dan jatuh sakit. Cerita kat bawah ni bukan Mc yang tulis, tapi bekas SETPOL beliau.

Baca kat bawah ni,

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."

Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? Sambung Baca SINI

Kat bawah ni satu lagi bukti, betapa teruknya puak Pas ni, sanggup kutuk Allahyarham Ustaz walaupun Allahyarham sedang sakit teruk!


Itu cerita apa yang terjadi sewaktu PRU yang lepas. Sebelum tu kita jangan lupa bagaimana si Phahrolrazi memanggil Allahyarham Ustaz Azizan dengan panggilan 'MB tiga selinder'. Puak Pas Kedah juga pernah berdemo membantah Allahyarham Ustaz dari terus menjadi Pesuruhjaya Pas. Malah membuat sidang media memaki hamun pentadbiran beliau.

Kami TMK juga pernah bongkarkan bagaimana puak Pas Kedah memaki hamun Allahyarham Ustaz dalam group mereka, dan berdoa supaya Allahyarham Ustaz cepat meninggal. Sebenarnya banyak lagi dosa puak Pas Kedah dan Pas Pusat buat pada Allahyarham Ustaz. Malah Allahyarham Ustaz pernah dipaksa menerima 'PEMANDU" dari Pas Pusat untuk menjaga pentadbirannya di Kedah, atas tekanan musuh politik dalaman Pas sendiri.

Apakah itu cara Pas menyanjung seorang pemimpin? Kini mereka berubah pulak, kononnya mereka hargai dan sanjung Allahyarham Ustaz? Penduduk Sungai Limau kenal dengan Allahyarham Ustaz, dan menganggap Allahyarham Ustaz sebagai pemimpin ulung. Tetapi puak Pas Kedah ramai yang berpura-pura dan menjatuhkan Allahyarham Ustaz.

Mahukah penduduk Sungai Limau menyerahkan kuasa pada musuh yang menyebabkan 'kematian' Allahyarham Ustaz?

McTheory:
Penduduk Sungai Limau patut protes pada Pas.. dan serahkan Sungai Limau pada BN!