Selasa, 31 Disember 2013

TERKINI! 20 ribu Serbu KL? #himpunanGuling gedin gale..

Ramai gila di KL sekarang ni.. kalau mengikut meloyakini lani dah 20k.. tu ada gambar tu.. soo boleh tengok sendiri.

Biasa la puak sana tu.. 200 kata 20k.. hahaha..

Tunggu update di Kedah pulak nanti..

HOT!! Ada Orang Nak Mutaah Dengan Perempuan Ni Ka?

Huhh.. gila dah puak Pakatan ni.. taktau la benda ni tipu atau betui tapi itulah msg Mc dapat dari facebook pro Pakatan!

Rosak anak melayu dibuat serupa pelacur diheret ke sana disini.. apa bezanya gadis ni dengan pelacur bila dia boleh diguna oleh sesiapa pun?

Mutaah adalah satu zina yang cuba dihalalkan.. sebab tu syiah diharamkan di Malaysia!

Mahukah anak anda jadi seperti ini?

Isnin, 30 Disember 2013

HOT! Suara Rakyat Menentang Demotransi!! #HimpunanGuling


 

Ini merupakan petikan suara rakyat, yang dikumpulkan oleh Agendadaily. Kebanyakkan mereka adalah mahasiswa. Inilah pandangan mereka terhadap penghimpunan malam tahun baru yang akan diadakan esok oleh pembangkang.

Rata-rata mereka berharap perhimpunan haram mengguling kerajaan sebagai membantah peningkatan kos sara hidup, tidak dihadiri oleh rakan-rakan mahasiswa lain.

Mereka melihat sebarang gangguan dalam bentuk perhimpunan haram bukan sahaja boleh menjejas perancangan sambutan ambang tahun baharu malah mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, suatu perkara yang amat dihargai serta dipelihara oleh rakyat Malaysia selama ini.

Juga kerana sekarang ini di kebanyakkan kampus merupakan musim peperiksaan. Dengarlah suara mereka...

Jangan label semua mahasiswa pembangkang


Saya yakin hanya sebilangan kecil sahaja telah termakan dengan momokan kelompok-kelompok penghasut ideologi meggulingkan kerajaan. Umum tahu mahasiswa boleh bersuara secara ilmiah dan bijaksana melalui saluran yang betul, bukan di jalanan. Minda perlu dibuka dalam menyatakan pendapat dimana kerajaan Malaysia hari ini telah memberikan ruang buat mahasiswa bersuara. Terdapat cara lain yang lebih produktif dan aman untuk menyampaikan mesej dan tuntutan, berbanding melakukan demonstrasi di jalan raya yang dapat mengancam keamanan, ketenangan masyarakat dan negara. Gunakan ilmu yang ada, bukan emosi dalam menyuarakan tuntutan dan pandangan. Buktikan bahawa mahasiswa merupakan aset kepada negara dan punya nilai yang tersendiri. Berkenaan dengan tindakan kurang bijak berdemonstrasi, ia secara tidak langsung melambangkan betapa rapuhnya jatidiri mahasiswa amnya. Saya kira mahasiswa hari ini lebih bijak dalam membezakan antara kaca dan permata. Dari satu sudut yang lain, pihak kerajaan juga harus mengambil kira pandangan para mahasiswa. Jangan sesekali mudah melabelkan mahasiswa yang mengkritik kerajaan sebagai pembangkang. Mereka berhak bersuara namun mereka harus gunakan hak berfikir sebelum bersuara. - Khaidir Baharuddin - Ahli Jawatankuasa Biro IPT Pemuda UMNO Malaysia

Lihat apa jadi negara yang kerjanya berdemonstrasi


Sudah jelas dinyatakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal bahawa tiada permohononan yang dilakukan kepada DBKL untuk menganjurkan perhimpunan pada 31 Disember 2013 di Dataran Merdeka. Bagi saya, mahasiswa yang ingin menghadiri atau menyertai perhimpunan haram ini dikategorikan sebagai seorang mahasiswa yang tidak matang pemikirannya. Mereka perlu tahu untuk meletakkan kepentingan sebagai seorang mahasiswa. Lebih-lebih lagi sepanjang minggu peperiksaan yang sedang berlangsung ini. Saya berharap siswa-siswi di setiap IPT tidak terpengaruh dengan ideologi yang ingin diterapkan oleh golongan ini. Buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa Mahasiswa bukan golongan yang boleh dibonekakan tetapi penentu masa depan negara dengan bijak, bukan di jalanan. Jadikan negara luar yang setiap hari berhadapan dengan demonstrasi sebagai sempadan, negara mereka sehingga hari ini tidak aman. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia - Mohamad Hazriq Md Akhair - Universiti Malaysia Perlis

Sambung baca kat SINI

HOT! Rafizi Mengaku Ada 5 BOM? #HimpunanGuling


Semua orang tahu kini Pengarah Strategi PKR, Si Rafizi Lembu tu yang merupakan individu yang bertanggungjawab sekiranya berlaku letupan pada perhimpunan guling-guling macam tenggiling yang dianjurkan Pembangkang pada malam New Year nanti.

Pagi semalam pula, Rafizi dipanggil oleh pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk disiasat dan diambil keterangan berhubung pembongkaran emel antara Rafizi & Rahim Ghouse yang merupakan individu kedua yang disyaki terlibat dalam perancangan mencetuskan huru hara nanti.

Namun ada sesuatu yang mungkin boleh digunakan oleh pihak PDRM untuk dijadikan bahan siasatan. Semasa memasuki perkarangan IPD Dang Wangi, Rafizi dan diiringi lawyer bongoknya (Latipah Koyak & NSurendran) telah bertembung dengan Ketua Pergerakan Pemuda, Saudara Razlan Rafii.



Rafizi sendiri telah mengeluarkan kenyataan secara spontan apabila Razlan bertanya pada beliau seperti di bawah,

Razlan : Berapa banyak bom YB simpan?

Rafizi : Ada 5


Jawapan yang diberikan beliau di hadapan lawyer  memang spontan tetapi yang peliknya mengapa beliau boleh jawab 'Ada 5' dan angka tersebut tepat seperti kandungan emel beliau.

Mengapa beliau tidak menjawab 10 atau 100 atau 1000 jumlah bom yang dimiliki. Seakan-akan jawapan spontan itu benar dan sememangnya Rafizi memiliki bom tersebut.

So mungkin selepas ini orang ramai boleh membuat laporan terhadap video ini yang dipercayai boleh dijadikan bahan rujukan untuk siasatan Polis.



Sumber Mc ambil dari blog Rezqeen Hill

Ahad, 29 Disember 2013

HOT! Anwar Ibrahim AUTA Kaum India Sekali Lagi?


Betui ka auta tu? Jom tengok video kat bawah ni..





Jangan marah haaa.. ha ha ha..

INFO! Kos Meningkat, Rakyat Malaysia Manja? #BarangNaik



Sapa suka barang naik harga? Sapa suka kena bayar lebih? Tipu la kalau ada manusia gembira bila kena bayar lebih dari biasa. Bila dah pernah hidup senang, ada kita nak rasa susah ka?

Idea dan sumber Mc ambil dari FB.

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah sebahagian dari langkah mengurangkan subsidi kerajaan kerana subsidi adalah perbelanjaan hangus yang memperdaya rakyat dengan kos sara hidup yang PALSU.(MANJA)

Ketika seluruh penduduk dunia merasai peningkatan kos sara hidup termasuk di negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah, penduduk di Malaysia masih mahu hidup seperti dilindungi awan, masih berbelanja sakan di gedung ternama, mengubahsuai rumah, melancong ke luar negara serta menukar kereta.

Mereka dilekakan dari menerima hakikat bahawa kelebihan wang saku mereka adalah atas tampungan wang subsidi kerajaan dalam minyak kenderaan, bil api dan air, barang keperluan asas yang mereka nikmati setiap hari. Hal ini masih terus berlaku di Malaysia kerana tekanan hebat rakyatnya terhadap kerajaan berbentuk ugutan politik sekiranya kos hidup mereka meningkat. Kerajaan pasti tidak akan selama-lamanya mampu untuk menanggung perbelanjaan sebegini.

UGUTAN POLITIK

Negara yang seimbang bukanlah apabila kerajaan sentiasa tunduk dengan permintaan rakyat. Bukan semua yang rakyat mahu adalah baik untuk negara. Kerajaan yang diamanahkan untuk menguruskan negara perlu jua mempunyai kualiti untuk memimpin, mengawal dan mempengaruhi rakyat agar turut sama memastikan kesejahteraan negara.

Dalam bab ni, Dato Najib agak lemah, malah kalau nak dibandingkan pentadbiran beliau dengan Tun Mahathir, umpama langit dengan bumi. Bab saranan Tun Mahathir mengenai kurangkan kos tu juga betul, sebab laporan audit mengenai pembaziran kos tu, terlalu banyak. Namun ianya bukan hanya berlaku pada kerajaan pusat, malah kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Sebagai rakyat kita mempunyai hak untuk meminta dan menukar. Tapi sebagai kerajaan, perlu rasional dan membuat kerja yang diamanahkan.


McTheory:
Amanah dari rakyat.. utamakan

#HOT! Anak Rosmah Jutawan di Hollywood?


 
Riza Aziz.. kanan sekali..


Sebenarnya Mc malas nak up cerita ni kat blog. Takdak makna pun, ini Mc anggap sebagai salah satu isu bodoh dari PKR yang mahu membangkitkan kemarahan rakyat. Sedangkan kalau kita teliti, apa kaitan si Riza ni dengan kerajaan Malaysia.

Riza Aziz, 35, seorang anak muda telah mampu membeli sebuah kondo berharga RM100 juta di New York. Bukan senang anak melayu membeli harta semewah itu.. Tapi bagaimana beliau memperolehi harta itu pada usia semuda ini?


RIZA AZIZ merupakan seorang produser filem di Hollywood. Perniagaannya lebih banyak tertumpu kepada bidang perfileman yang mencatatkan keuntungan besar.  Daripada perniagaan perfileman, Riza juga khabarnya turut melaburkan dalam hartanah di kota besar New York dan London.

Antara filem yang melibatkan syarikatnya, Red Granite Pictures yang berpangkalan di Los Angeles ialah The Wolf of Wall Street yang diarahkan oleh Martin Scorsese dan dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Friends With Kids yang dibintangi oleh Jon Hamm, Megan Fox, Jennifer Westfeldt, Kristen Wing, Adam Scott, Maya Rudolph, Ed Burns dan Chris O’Dowd, filem supernatural box office, Homs yang dibintangi oleh Daniel Radcliffe.

Riza juga merupakan penerbit eksekutif bagi filem Out of the Furnace yang dibintangi oleh Christian Bale, Casey Affleck, Woody Harrelson dan Zoe Saldana yang ditayangkan pada 5 Disember 2013.


Di bawah adalah fakta-fakta menarik tentang beliau:


Pertamanya..

Berikut adalah beberapa film di bawah kelolaan beliau

1) Friends with Kids (2011)

2) The Wolf of Wall Street (2013)

3) Horns (2013)


Kedua..

Film "The Wolf of Wall Street" telah mengutip lebih dari US 100 juta dalam 5 hari yang pertama tayangan. Film ini di bintangi pelakon-pelakon yang hebat seperti Leonardo DiCaprio, Margot Robbie, Matthew McConaug dan Jonah Hill.

Bukan calang-calang pelakon yang membintangi film ini. Dalam filem-filem yang lain juga di bintangi oleh pelakon-pelakon yang hebat.


Ketiga..

Pada tahun 2011, Majalah Variety menamakan beliau sebagai "Top 10 Producer to watch"..


Keempat..

Pada tahun hadapan, beliau akan mengeluarkan film terbaru yang berjudul Dumb and Dumber To yang di bintangi oleh Jim Carrey, Jeff Daniels, Laurie Holden and Kathleen.


KESIMPULAN

Jika kalian melihat profile Razi Aziz di atas, rasanya beliau, selayaknya mampu membeli harta semewah itu...


Mungkin fakta-fakta diatas tidak sepenting beliau anak ROSMAH MANSUR! Sebab puak Pakatan hanya gunakan nama Rosmah untuk mewujudkan kebencian dan kemarahan.

Rosmah Mansor adalah faktornya. Tak cukup nama Rosmah di fitnah kini, boleh pula digunakan anaknya.

Yang penting, orang ramai datang berdemonstrasi di Dataran Merdeka pada tengah malam 31 Disember 2013 untuk menunjukkan kemarahan!

Dasar pembangkang.. otak memang pembelit tak cukup hunn..


McTheory:
Lepas mak.. anak pulak kena fitnah.. nasib ler..

Sabtu, 28 Disember 2013

HOT! Kaitan Perancangan BOM Pada Malam 31 Disember! #HOT #BOM


Masih ingat kisah BOM semasa di 901? Ketika kejadian tu berlaku, Mc ada disana, malah kereta Mc hanya beberapa meter dari BOM yang diletakkan bawah KON polis.

Pada Disember 16hb baru-baru seorang rakan blogger Mael Pengerang di SINI menulis untuk mengingatkan penggunaan bom di Himpunan Bebas Anwar 901 pada hari keputusan kes liwat ke 2 Anwar Ibrahim pada Januari 9hb, 2012.


Video kejadian boleh mengingatkan sedikit:




Mungkinkah taktik sama akan digunakan budak-budak ini?

Ungkit balik kisah lama ini kerana kami ada menerima satu email dari satu sumber yang kononnya dari Rahim Ghouse ke Rafizi Ramli yang memberi amaran awal akan penggunaan taktik lama bom di beberapa kawasan.



Nombor handphone dan email semua ngam.

Samada betul atau tidak, Unspinners nasihatkan kepada anak-anak muda supaya tak payah pergi ke perhimpunan haram tersebut. Pasti kecuh ...

Tiada perhimpunan yang tak kecuh.

SOP mereka ada untuk salahkan SB di atas sebarang kekecuhan.

Hakikatnya mereka mahukan kecuh supaya cepat tersebar luas oleh cybertrooper mereka dan boleh terhebahkan satu dunia.

Pasti media-media asing akan memberi liputan. Bab huru hara memang media asing suka. Lagi ada mati, cedera dan harta awam rosak lagi mereka suka.

Sumber ni Mc ambil dari TheUnspinners.


McTheory:
Dari dulu depa ni suka huru-hara.. lagi kacau lagi bagus katanya..

HOT! Twitter Anwar Ibrahim Posting Gambar GAY?



Apa kejadahnya seorang lelaki Islam nak favourite gambar lucah lelaki sedang kolom xxxxx...gambar tersebut memang jijik...menghairankan juga...macamana Akaun twitter Anwar kena hack...kahkahkah!!!!

Adalah 1 dosa besar mengatakan Anwar gay...tapi gambar ni apa? mesti kena hack...tak percaya klik sini...tu pun kalau dia tak buang lagi...kehkehkeh


Sumber gambar Mc ambil dari blog H.E


He he he.. apa dah jadi dengan twitter Anwar tu? Atau masa Anwar tengok gambar tu, dia tertekan posting kot. ha ha ha.. kelakau la Anwar oii..

HOT! Persatuan Penyokong Kedah Terus Bantah Logo Baru KFA? #HanyaDiKedah


Nampaknya bantahan sekumpulan kelab penyokong Kedah terhadap KFA (Persatuan Bola Sepak Kedah) menjadi semakin panass.. walaupun Mc diberitahu pihak Istana pun dah bersetuju dengan logo baru KFA, namun masih ada desas desus dikalangan kelab penyokong Kedah yang tidak berpuas hati.

Dulu pun Mc pernah tulis pasal ni, nak baca boleh klik SINI
Poster diatas adalah satu contoh bantahan..


Mc pernah menghubungi orang kuat KFA, adakah mereka tak peduli bantahan dari kelab penyokong bola sepak Kedah ni. Jawapan yang diberikan, mereka kata mereka peduli, namun mereka lebih pedulikan nasib bola sepak Kedah dan mahu memartabatkan bola sepak Kedah menjadi kuasa besar di Malaysia semula.

Yaa betui, apa yang penting martabatkan semula bola sepak Kedah.

Bukan semua penyokong hijau kuning membantah logo baru tu. Ada yang setuju untuk tukar. Cuma bila ada yang berkepentingan dan ada juga yang hanya mengikut-gikut, membantah tanpa tujuan. Rasa tak salah nak tukar kearah kebaikkan.

Lagi pun Mc rasa bukan semua persatuan dan kelab penyokong Kedah ni yang berdaftar. Berapa kerat sangat yang benar-benar berdaftar, malah ahli persatuan dan kelab pun tak ramai mana. Malah penyokong hijau kuning yang tidak berdaftar bawah kelab dan persatuan, jauh lebih besar angkanya.

Keduanya kalau boleh Mc cadangkan persatuan dan kelab penyokong hijau kuning ni, berdaftar dibawah satu persatuan saja. Buat apa banyak kelab dan persatuan, kan bagus kalau dibawah satu kepala saja.

Ketiganya kalau betul sayangkan KFA, jangan lagi minta tiket percuma untuk sebarang perlawanan dan pastikan peminat yang ada di bawah persatuan depa ni, jangan dok bakar mercun setiap kali permainan. Teruk KFA nak bayar denda. Tu pun kalau rasa sayang dan nak bantu KFA la.

Dari kita asyik membantah, apa kata kita bagi peluang kepada KFA untuk buktikan kemampuan mereka pada tahun ini. Kita tengok apa yang mereka mampu buat, dan sejauh mana KFA mampu membuat perubahan pada pasukan bola sepak Kedah.


McTheory:
Sokong perubahan untuk kebaikkan..

Jumaat, 27 Disember 2013

PANASS!! Mahfuz Bean Kata Mukhriz Lembab? #HanyaDiKedah

Tudiaa.. cakap pandai..

Mahfuz Bean Omar, Bekas Naib Presiden Pas yang telah kalah baru-baru ni akibat ditolak oleh ahli parti sendiri mengkritik Mukhriz Mahathir sebagai MB yang lambat rancangan pembangunan.

Tak percaya baca kat bawah n..


ALOR SETAR – Pas Kedah menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai seorang menteri yang lambat bertindak untuk merancang pembangunan di negeri ini selepas mengambil alih pentadbiran daripada PR pada PRU13 lalu.

Pesuruhjayanya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Umno dan BN tidak boleh buat perancangan seperti lima tahun kerajaan PR perintah di Kedah.

“Ini sudah nak masuk hujung tahun, tidak ada apa yang dibuat oleh Mukhriz. Dia kata kena ambil masa sikit. Saya ingat bila orang muda jadi menteri besar, cepatlah sikit dia bertindak. Tapi dia kata perlukan masa pula. Ini membuktikan dia lemah.

“Kita kerajaan PR pada sebelum ini baru setahun perintah, kita sudah ada perancangan. Padan la kita baru setahun perintah dan tidak ada pengalaman mentadbir. Berbanding Mukhriz yang pernah jadi menteri dan ahli parlimen, patutnya dia ada idea yang bernas. Tapi tak ada apa yang dibuat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena Mini Karnival Anak Muda di pekarangan Kompleks Pas Pokok Sena, di sini, kelmarin.

Betui ka Mukhriz lembab rancang pembangunan? Atau Mahfuz sendiri tak tahu apa yang kerajaan negeri Kedah lakukan sekarang. Mahfuz tahu atau tidak bahawa Kedah dibawah Dato' Paduka Mukhriz, bukan setakat merancang malah, usaha pembangunan Kedah berjalan serentak, dan jajaran perancangan dan pelaksanaan sentiasa dibuat bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar.

Makmal Transformasi Kedah telah selesai beberapa bulan lepas, melibatkan semua pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklumat dan membina landasan secara menyeluruh untuk pembangunan negeri.

Dalam tahun ni saja berapa banyak pelabur luar masuk ke Kedah, lebih 10 billion pelabur luar datang melabur. Masa zaman Pas dulu, 5 tahun merintah, rasanya tak sampai 1 billion pun pelabur luar yang masuk. Tu pun Mahfuz kata Mukriz lambat. Kalau Mukhriz lambat, Pas dulu nak panggil apa 'mekgot' ka?

Semua yang Mukhriz buat, tu belum masuk Bajet Kerajaan negeri untuk tahun 2014 lagi..

Belanjawan Kedah 2014

1. 10 juta untuk pinjaman mudah bagi Usahawan Muda.

2. Rm16.8 juta untuk projek kecil khas bagi kawasan luar bandar.

3. 20 ribu unit rumah mampu milik akan dibina.

4. Bayaran lesen penjaja DIHAPUSKAN.

5. 24.5 juta untuk Bantuan Kebajikan.

6. Kursus Perkahwinan PERCUMA.

7. Rm 7 juta untuk pertanian dan ternakan.

8. Unit Pembangunan Usahawan akan ditubuhkan.

9. BONUS setengah bulan gaji untuk kakitangan kerajaan negeri.

10. Majlis Sukan Daerah akan ditubuhkan di setiap daerah dan mendapat peruntukan sebanyak rm200k.

11. 190 juta untuk baiki JALAN,titi dan lain-lain.

12. Rm 3.3 juta untuk membaiki rumah awam.

13. Elaun Tok Siak dinaikkan rm200

14. Bantuan rm100 pada setiap bayi yang baru lahir bermula 1 January.

15. Maktab Mahmud mendapat bantuan kerajaan pusat.

16. rm10 juta peruntukan kepada pasukan bola sepak Kedah.

Malah kini kerajaan negeri Kedah mengasingkan pendapatan hasil patuh syariah dari yang tidak. Pendapatan hasil patuh syariah akan digunakan pada pembangunan Islam di Kedah, seperti elaun, imam, tok siak, sekolah agama, masjid, surau dan lain-lain.

Masa zaman Pas dulu ada buat macam ni? 5 tahun Pas merintah Kedah, Pas hanya kurangkan balak saja.. yang lain takdak! Malah hutang makin bertambah, tengok KUIN sudah laa.. 700juta hutang bank. Sapa nak bayar?

Bengap sungguh si Mahfuz ni..

McTheory:
Bila orang kata bodoh marah.. tapi memang betui pun..

EKSKLUSIF! Ustaz Pas Kata Mat Sabu Tak Solat Jumaat? #HOT #SyiahSesat @UMonline @SinarOnline


Kini pendedahan terhadap syiah dalam Pas dah masuk peringkat yang agak menarik! Sebelum ini Mc dah dedahkan kenapa Pas tak nafikan 8 dakwaan KDN terhadap mereka jika betul mereka tidak menyokong syiah. Nak tengok boleh klik SINI.

Kemudian, Ustaz Ashiq Elahi mendedahkan bahawa, Mat Sabu Timbalan Presiden Pas sememangnya syiah sejati, malah ketika bersolat pun, beliau tidak mahu dihampar dengan sejadah. Pelik tapi benar.. namun itulah yang berlaku.. video tu boleh tengok kat SINI.



Dalam video kali ini.. Ustaz Ashiq mempertikaikan Mat Sabu, dia tidak bersolat Jumaat semasa berkempen PRU 13 di Pendang
tempohari.

Tengok video kat bawah..



Apakah benar Mat Sabu tak solat Jumaat? Adakah ini jawapan Mat Sabu? he he he..




Mc harap dapat sebarkan video ini.. kita tengok apa jawapan Mat Sabu tentang dakwaan ini. Kalau dia tak jawab, maknanya betul la tu..


McTheory:
Jawab bang Mat jawabb..

INFO! Ayahanda Tun Dr Mahathir Nasihatkan Kerajaan Tentang 'Barang Naik'! #HOT


Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.

“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau.

Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.

“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan.

“Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak,” katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu.

“Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut.

Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru.

“Ia tidak terlalu memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat. Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Baru-baru ini, Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.

Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial.

Khamis, 26 Disember 2013

EKSKLUSIF! Mat Sabu Selesa Solat Guna Batu Dari Sejadah? #SyiahSesat #HOT


Boleh ka sembahyang Jumaat kat rumah? he he he..


Semalam Mc dan sahabat TMK dah sebarkan video Ustaz Ashiq ni.. beliau menceritakan tentang serba sikit kaitan Pas dan Syiah! Boleh tengok kat SINI

Untuk video kali ini pula, Ustaz Ashiq Elahi Md Desa menceritakan pula bahawa Mat Sabu tidak mahu sujud diatas sejadah, sebaliknya memilih lantai batu marmar.. Itulah ciri ciri Syiah [lihat pada minit ke 4:20]



Rabu, 25 Disember 2013

HOT! Mukjizat Mati di Balut Bendera Pas!!


Pernah dengar kisah tok imam tepuk tanah selepas baca tahlil ketika kebumikan sambil berkata "Ini orang kita ni, jangan tanya banyak-banyak.. orang kita ni" katanya sebelum meninggalkan tanah perkuburan.

Selepas kisah tu.. kini muncul pulak puak kafir yang sokong Pas,  kerandanya dibalut dengan bendera Pas sebelum dikebumikan. Motif sebab apa dibalut dengan bendera Pas tu, jangan tanya Mc, Mc pun taktau nak jawab.

Mungkin bila malaikat tengok bendera Pas tu.. ianya satu kunci ke syorga la kot. He he.. kann Pok Nik pernah kata undi Pas masuk syorga.. tak kisah la kafir atau muslim.. kalau dah sokong Pas tu syorga la kot. He he he..

Contoh terbaik macam kat bawah ni.

#HOT! Video Pendedahan Kenapa Pas Tak berani Nafi Mereka Parti Syiah?! - Ustaz Ashiq Elahi #HanyaDiKedah



Video Ustaz Ashiq Elahi, Pengasas Pondok Bukit Kobah, Pendang dan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS) mempersoalkan PAS serta penyokong PAS yang tidak memberi respon terhadap 8 bukti dari 10 bukti yang dikemukakan KDN.

Jika benar Pas tidak menyokong kenapa mereka tak menafikan kesemua dakwaan yang buat KDN terhadap mereka?

Untuk keterangan lanjut, tengok video dibawah!







Selasa, 24 Disember 2013

INFO! Suasana ganjil Ikan Kecil Naik Ke Darat! #Pelik

Subhanallah! Ikan Kecil-kecil menyelamatkan diri ke pesisir pantai Tambisan, Lahad Datu, Sabah.

Ramai yang takjub mengenai kejadian ini.. tapi kita jangan lupa kuasa Allah..

Kejadian ini berlaku di tepi pantai Tambisan pada pagi 24/12/2013 .. Difahamkan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku dan pernah sudah beberapa kali berlaku akibat apabila musim ikan besar mendarat di perairan Tambisan makan ikan yang kecil-kecil seperti dalam video ini akan ke tepian pantai untuk menyelamatkan diri daripada mangsa buruan ikan-ikan besar.

Bagi kita yang jarang melihat kejadian pelik seperti ini pastinya akan timbul perasaan gusar dan takut dan sering mengaitkan dengan kemungkinan perkara negatif. Usah kita berperasangka

Malah ada diantara kita mengaitkan semua ini kononnya akan ada bencana yang akan berlaku.

.. Sesungguhnya Allah maha berkuasa ... Yakinilah bahawa semuanya berada dalam pengetahuan dan perhitungan Allah s.w.t. Hati kita hendaklah dipenuhi keyakinan.

Isnin, 23 Disember 2013

HOT! Kelab Penyokong Bantah Logo Baru Persatuan Bola Sepak Kedah? #HanyaDiKedah


Lepas Mc keluarkan artikel mengenai Pasukan Kedah sedang di UPGRADE berdasarkan ciri-ciri dan sponsor baru, nak baca boleh klik SINI.

Kemudian kecoh diperkatakan bahawa ada pihak yang menentang logo baru bola sepak Kedah yang akan diperkenalkan nanti. Walaupun ada ura-ura yang mengatakan Tunku Sultan Kedah juga telah bersetuju akan merasmikan logo terbaru tersebut.

Kemudian tersebarlah poster protes seperti dibawah!


Tak cukup dengan poster protes yang tersebar di internet, ada pulak yang buat interview dalam surat khabar kononnya nak pertahankan nostalgia.

Punggahh..


Awatlah kecoh sangat cekk oii.. bila baca balik apa yang depa kata ni. Mc nak gelak pun ada, nostalgia tu, memang la nostalgia bangg.. sepatutnya kita sokong bila kerajaan negeri nak buat pembaharuan pada bola sepak Kedah yang sedang merudum ni.

Logo tu memang maruah, tapi yang lebih penting kewangan dan sponsor dari pihak yang nak bantu pasukan Kedah ni. Kalau dok sibuk dengan logo saja pun tak guna, kalau duit takdak. Pemain nak makan apa, sewa stadium sapa nak bayar? Perancangan masa depan bola sepak Kedah lagi. Lebih baik kita tumpukan kepada semua itu dari nak bantah logo baru ni.

Mc faham perasaan orang lama yang berat hati nak tukar logo, tapi pandanglah kearah kebaikkan, pandanglah kearah kemajuan. Kita boleh buat brand baru untuk niagakan logo baru kita ni. Persatuan boleh cari duit, mungkin ada pihak sponsor yang tertarik dengan imej baru bola sepak Kedah.

Kita ambil Johor DT sebagai contoh, macam mana depa niagakan brand baru JDT hinggakan orang luar Johor pun tertarik dengan baju dan poster JDT. Itu contoh, bukan Mc nak puji JDT tapi mereka merupakan salah satu pasukan bola yang digeruni, walaupun pada hakikatnya tak kuat mana.. he he he..

Kepada brader-brader otai bola sepak yang dok marah tak tentu pasai, dok hingaq sampai nak buat demo tu, pikiaq la pat lima kali brader. Apa yang orang buat hanya untuk kebaikan bola sepak Kedah, takkanlah ada orang saja-saja nak pelingkup pasukan bola sepak negeri sendiri?

Apa yang Mc tulis hanyalah pendapat peribadi Mc, kalau ada yang nak bagi pendapat atau luahan hati pasal logo ni, boleh tulis dikomen, atau emailkan pada Mc saja ok.


McTheory:
1 tekad 1 arah 1 akidah.. pulun Kedahh pulun..

#HOT! Video Saat Letupan BOM di Danok! #HOT


Tengok video letupkan dibawah,



Perhatikan kereta yang baru masuk parking. Dikatakan kereta itulah yang meletup dan dikawal mengunakan telifon bimbit..

HOT! Punca Letupan BOM di Danok, Padang Besar dan Sadao!

Ramai yang tertanya punca dan sebab letupan diutara Thailand.

LAPORAN AWAL LETUPAN BOM DI DANOK - PADANG BESAR - SADAO

1.Lima letupan bom berlaku dalam masa berdekatan di Danok, Padang Besar dan Sadao pada tengahari 22 Dis 13. Setakat ini 2 rakyat Malaysia dan 3 rakyat Thailand dipercayai terbunuh 16 yang lain cedera termasuk 2 rakyat Malaysia. Sebuah bom motosikal meletup di hadapan Balai Polis Padang Besar dan sebuah lagi di kawasan parkir dalam Balai Polis Sadao pada jam lebih kurang 1140 pagi waktu Malaysia. Dua letupan seterusnya berlaku di Oliver Hotel dan sebuah kedai di Danok pada jam lebih kurang 1245. Satu letupan lagi berlaku di TESCO Sadao pada jam 1300. Kawasan kejadian masih disita dan pihak polis serta tim EOD masih berada di lokasi untuk menyiasat.

2.Berasaskan modus operandi yang membabitkan bom motosikal ianya kemungkinan besar dilakukan oleh militan yang bergerak aktif di wilayah bergolak. Sebelum ini, pada 31 Mac 12 (tahun lepas) militan berjaya meletupkan bom kereta di Hotel Lee Garden Plaza, Hatyai. Pihak polis dan tentera pada kali ini tidak mendapat sebarang maklumat awal mengenai kemungkinan berlaku kejadian dan ini sekali lagi menunjukkan kelemahan dari sudut perisikan Thai.

ULASAN/TAFSIRAN

3.Menurut Ketua NSC, Lt Gen Paradorn Pattanabut, militan mungkin mengambil kesempatan dari situasi politik di Bangkok yang tidak menentu melakukan pengeboman ini dan beliau tidak menafikan juga ianya bermotifkan politik. Menurutnya lagi, militan kemungkinan juga menghantar mesej kepada kerajaan agar meneruskan dialog damai yang kini tertangguh.

4.Ini merupakan kejadian pertama di mana ianya membabitkan letupan bom di Danok, Padang Besar dan Sadao. Seperti Hatyai dan Golok kawasan ini merupakan tempat tumpuan pelancong Malaysia dan merupakan nadi ekonomi di Selatan Thailand. Militan dipercayai menyasarkan kawasan tumpuan pelancong dan perniagaan untuk mensabotaj ekonomi Thailand yang dijana oleh rakyat Malaysia melalui aktiviti pelancongan khususnya pada musim cuti sekolah.

5.Dalam siri-siri dialog damai sebelum ini segala tuntutan serta tolak ansur yang dikemukan oleh militan ditolak oleh Kerajaan Thailand melalui NSC. Sikap berkeras kerajaan terhadap militan ini didorong oleh pihak tentera yang semakin yakin dapat melemahkan  kekuatan militan melalui tindakan ketenteraan. Militan menyahut cabaran ini dan terus bersemangat meluaskan lagi kawasan serangan dan pengeboman mereka di luar wilayah bergolak.

Sekiranya pada tahun lepas Hatyai di bom, pada tahun ini militan mengalihkan sasaran ke Danok, Padang Besar dan Sadao untuk memberi mesej bahawa mereka masih mempunyai kekuatan dan persenjataan untuk menyerang di luar kawasan tradisi.

6.Sebarang pergerakan rakyat Malaysia ke Padang Besar, Danok, Sadao, Hatyai di Selatan Thailand adalah dinasihatkan agar ditangguh buat sementara waktu sehingga situasi keselamatan pulih sediakala

Wallahu alam

Ahad, 22 Disember 2013

HOT! FlashMob Pemuda Pas Kedah Berjaya Dengan Teruk Sekali! #Kelakar #HanyaDiKedah



Petang semalam puak Pemuda Pas yang diketuai oleh Leman Raja Lawak telah membuat Flashmob 'Barang Naik' di traffic light Pekan Pendang. Mc diberitahu, flashmob yang depa buat tu memang dapat sambutan yang amat mengalakkan. Dikatakan hingga beribu rakyat Pendang turun menyertai mereka dan menyebabkan Pekan Pendang sesak teruk sejauh 20KM untuk masuk ke Pekan.

Kalau tak percaya tengok gambar kat bawah ni..

ramai der...

memang ramai..

sesak padat melekat..

Sebenarnya Mc agak kesian dengan budak-budak ni.. nak tolong photoshop bagi nampak ramai pun tak boleh, sebab memang takdak orang.

Tahniah laa Leman kerana berjaya membuat lawak ditengah jalan semalam. ha ha ha..


McTheory:
Leman memang pakar lawak.. lawak giloo..

Sabtu, 21 Disember 2013

HOT! Longgokan Sampah Bersepah di MRR2!

Gambar yang tersebar di laman Facebook menunjukkan suasana sesak berhampiran Metropolitan Kepong di laluan MRR2 akibat dari longgokan sampah betul-betul di bahu jalan.

Namun keadaan memang sesak kerana pemandu terkejut dengan longgokan sampah yang begitu banyak serta bau.

Diberitahu perbuatan ini berpunca disebabkan mogok untuk naikkan tarif. Mungkin juga untuk naik gaji..

Jumaat, 20 Disember 2013

INFO! Anwar Layak di Gelar Bapak Pembangunan TOL Negara!!



Mari kita tengok siapa sebenarnya pemimpin yang banyak meluluskan pembinaan lebuhraya bertol kepada syarikat konsesi yang tamak.

Pemimpin ini bukan sahaja meluluskan tol tetapi dia juga membenarkan syarikat konsesi meletakkan syarat yang berat sebelah sehingga Kerajaan terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada syarikat tersebut sekiranya mahu mengelakkan kadar tol dinaikkan.



Tak percaya? Mari kita tengok sejarah Menteri Kewangan Malaysia.


Kemudian kita semak sejarah pembinaan tol bersama tempoh konsesi yang telah diluluskan oleh Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Kewangan.



Sumber : http://www.llm.gov.my/documents/PublishDoc/Isi%202008.pdf

Sekarang ni, orang yang telah meluluskan tol pula cuba menjadi hero melawan syarikat konsesi yang telah dia luluskan sendiri.

Peliknya, Dato' Sri Najib, pemimpin yang telah memansuhkan beberapa tol pula ditohmahkan oleh penyokong Pak Sheikh sedangkan Dato' Sri Najib terpaksa menanggung perjanjian konsesi tol yang lulus pada zaman Anwar.
Kutipan Tol di Lebuhraya Metramac Dimansuh Serta Merta
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kerajaan memansuhkan kutipan tol di Plaza Tol arah Cheras dan Plaza Tol arah Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) berkuatkuasa serta-merta.
Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata pemansuhan tol itu dilaksanakan tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar dalam perjanjian konsesi yang akan tamat pada 31 Mei 2018.
Katanya, penutupan plaza tol itu dapat memberi faedah kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya sehari terutamanya bagi penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitarnya.
*Jangan mudah tertipu. Anda digalakkan untuk buat kaji fakta-fakta di atas dan buat penilaian anda sendiri.

Sumber MyMassa

Sesuai dan layak untuk dapat pengikhtiraf Bapak Pembangunan TOL Negara!! 

HOT! Skandal Seksi Pelakon Adi Putra di cerai Talak Satu!

PUTRAJAYA - Suami wanita yang dikaitkan dengan skandal pelakon Adi Putra, Amiruddin Othmann, 50, mengakui sudah mencerai isterinya secara lisan dua hari lalu, namun masih nekad meneruskan rayuan agar kes tersebut disiasat semula.

Ahli perniagaan itu yang mengakui menceraikan isterinya, Noraida Abd. Mutalib, 29, jam 4 pagi pada 19 Disember lalu di rumahnya, di Johor Bahru itu akan memohon rayuan di Jabatan Peguam Negara dengan mengusulkan seksyen baru bagi siasatan itu.

"Saya menceraikan isteri saya Noraidah dengan talak satu.

"Kami bercerai secara baik walau kami tiada apa-apa ikatan lagi, tapi kami bersetuju untuk meneruskan kes ini demi menegakkan kebenaran," katanya.

Menurutnya, kes itu mahu diteruskan semula kerana ingin menuntut keadilan dan berasa kecewa dengan keputusan siasatan kes skandal yang melibatkan isterinya dengan pelakon, Adi Putra.

Menerusi sidang media yang diadakan di perkarangan bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini, Amiruddin memberitahu, dia membuat rayuan itu kerana mahu membersihkan semula namanya.

Dakwa Amiruddin, dia tidak berpuas hati dengan dengan hasil  siasatan yang telah dibuat dan keputusan itu disyaki berat sebelah.

"Saya telah mengemukakan surat kepada Jabatan Peguam Negara untuk meneliti pertuduhan relevan dari Seksyen 509 kepada Seksyen 498 Kanun Keseksaan untuk membuat rayuan.

"Ada beberapa bukti yang menunjukkan kes ini perlu diteliti semula, ia semua berkaitan dengan maruah saya bagi menuntut keadilan.

"Saya berharap pihak berkuasa menelitinya semula kerana saya rasa teraniaya dan menyebabkan rumah tangga saya runtuh," katanya yang mendakwa berasa kecewa apabila kes itu diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.

Pada September lalu, Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Bagaimanapun, Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa, dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhamad Hasif Hassan menambah, "kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan dari Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual) kepada Seksyen 489 kanun yang sama iaitu memikat wanita yang sudah bersuami."

Sementara itu, sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin berkata, dia bersama Noraida telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.