Rabu, 30 April 2014

INFO!! Misteri Pontianak di Jalan Sungai Ular Berterusan?


Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam 12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata, Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.

HOT!! Gerakan Bawah Tanah Pas Untuk Laksana #Hudud? #SayaSokongHudud!



Dalam satu pertemuan sulit dengan Jawatankuasa Penerangan PAS seluruh negara, Pengarah Jawatankuasa Penerangan Negeri-Negeri (JPN) seluruh negara bersama S/U dan AJK JPN seluruh negara yang diadakan di sebuah resort di Negeri Sembilan minggu lalu, beberapa keputusan penting dalam pertemuan itu telah diputuskan dan dirumuskan oleh Dr. Hatta Ramli dan Dr. Dzulkifli Ahmad sebagai Pengarah Strategik PAS Pusat.

Berkenaan dengan isu Hudud dua ketetapan telah diputuskan seperti di bawah:-

Pertama, PAS sebenarnya tidak mengharapkan undi kaum Cina terutama bila melihatkan isu pelaksanaan Hukum Hudud yang ditentang oleh pemimpin DAP.

Kedua, PAS tetap akan laksana Hudud dan tidak tahu samada akan bergabung dengan UMNO. Walau bagaimanapun, jika UMNO sanggup terima cadangan untuk melaksanakan Hudud, PAS bersedia untuk berbincang.

Bersambung esok ... Dr. Dzulkifley turut mengumumkan peruntukan dari PAS sebanyak RM300,000 kepada setiap ADUN dan RM500,000 kepada setiap Parlimen untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perang saraf.

Juga esok, begitu juga PAS tidak ada kepercayaan dan tiada harapan kepada PAS Sabah dan PAS Sarawak.

Cerita atas ni Mc pernah posting dulu kat SINI

Sambungan surat tu ada kat bawah ni,


Sessi Brain Stroming Jawatankuasa Penerangan PAS Pusat

Dr Hatta Ramli Bentang Isu Hudud : Tidak Mengharapkan Kaum Cina Lagi



Banyak Bajet ?

Sumber surat dan cerita Mc ambil dari blog Mymassa. Dasat gak plan Pas ni ya.. banyak bajet? Mai dari mana bajet ni?


McTheory:
hurmm.. taktau nak kata apa pulak..

INFO! Harta Karun di Pulau Nangka Telah Di Jumpai?


USAHA pencarian harta karun yang dilakukan di Pulau Nangka bermula dengan projek kajian sejarah dan eksplorasi pada 1995 yang dilaksanakan Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Ia dilakukan dengan penuh kesabaran dan ketekunan sehingga berterusan sehingga kini.

Peringkat awal ia dijalankan secara senyap tanpa diketahui oleh masyarakat luar meskipun umumnya mengetahui berkemungkinan wujudnya harta karun bernilai berbilion ringgit di pulau berkenaan.

Sebelum itu, beberapa usaha dijalankan baik individu atau berkumpulan untuk mengesan apa yang dikatakan sebagai harta karun itu.

Sehinggalah usaha itu dijalankan sebuah syarikat, Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang bermula pada Julai 2012.

Ketika itu, syarikat terbabit dengan kakitangan seramai 25 orang menjalankan penyelidikan dan kajian kesan sejarah secara formal di pulau berkenaan dengan kerjasama Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).


Kajian dijalankan selama tiga bulan itu berjaya menemui beberapa kesan dan tanda mengenai wujudnya penempatan serta bukti Pulau Nangka sebagai pusat penyebaran Islam serta himpunan para wali Nusantara.

Antara buktinya adalah penemuan, batu berukir bulan sabit dengan tertera kalimah ‘ALLAH' peta Pulau Nangka dan kalimah Muhammad bin Abdullah.

Tambah menarik apabila, beberapa batu berbentuk orang sedang bersolat, duduk antara dua sujud, batu berbentuk jari yang sedang melakukan gerak kalimah syahadah serta beberapa penemuan lain termasuk objek yang didakwa sebagai kubur lama.

Setelah itu, syarikat sama juga menjalankan kajian geoteknikal yang membabitkan beberapa fasa ke atas pulau itu.

Selama enam bulan, dengan melakukan teknik imbasan bumi mereka berjaya mengetengahkan beberapa bukti termasuk wujudnya bilik seperti gua serta mengesan sembilan pintu masuk.

Namun, semua bilik itu sukar ditembusi atas beberapa faktor termasuk runtuhan tanah serta hakisan semulajadi selepas mengalami proses selama lebih 500 tahun.

Pada Mei 2013, Smart Partnership yang diketua, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said selaku pengarah urusan mula menjalankan kerja penggalian serta penebukan.

Namun, selama sebulan setengah pihak terbabit berdepan kesukaran dengan keadaan batuan yang begitu keras biarpun pada permulaannya mengali struktur tanah lembut.

Selepas itu, mereka beberapa kali melakukan ulangan teknik imbasan bumi bagi mendapatkan pengesahan akan kewujudan bilik-bilik serta artifak di kawasan berkenaan.

Pada Februari 2014, bermulalah kerja-kerja mencari dengan secara lebih agresif apabila syarikat terbabit mula menempatkan sekumpulan kakitangan untuk melakukan beberapa teknik serta kaedah termasuk teknologi moden dan spiritual.

Selain itu, kerja-kerja pemecahan batu dijalankan dengan melakukan ujian kedalaman bagi mendapatkan kepastian sama ada ia bertepatan dengan hasil ujian imbasan.

Ternyata, keputusan positif sekali gus menambahkan lagi keyakinan pasukan mencari serta kerajaan negeri yang kemudiannya memutuskan ia dihebahkan kepada umum.

Sebelum tarikh penamat iaitu 30 April (hari ini) syarikat itu berjaya mengenal pasti apa yang didakwa sebagai pintu masuk.

Ia termasuk satu pintu yang dikatakan menerusi jalan air namun mereka berdepan kesukaran apabila kesemua pintu dipenuhi lumpur serta pasir-pasir yang berketebalan sehingga lima meter.

Kerja-kerja terpaksa dijalankan secara berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini termasuk mengorbankan nyawa.

Akhirnya kaedah menebuk batuan dilihat sebagai langkah terbaik dan paling selamat dan usaha itu hampir berjaya.

Menjelang hari terakhir, hari ini, syarikat terbabit yakin dapat menghasilkan hasil serta laporan yang positif sekali gus membawa kepada penemuan harta karun berkenaan.

Namun, benarkah pencarian itu berhasil? Dapatkah mereka tembus ke kawasan tersimpannya harta karun tersebut menerusi jalan air Segalanya terjawab hari ini...

HOT!! Rafizi Buat Gila Semasa Pemilihan? #PKRgila



Gambar di atas di dakwa tempat pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai.

Dimana disini penyandang bagi jawatan Ketua Cabang yang ada ialah Pengarah Strategi PKR, Saudara Rafizi Ramli.

Beliau dan penyokongnya dilaporkan memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat bila melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.




Malah cerita ni turut dimainkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saudara Khairy. Siap perli lagi.. he he..


Beritanya boleh baca kat bawah,

Provokasi calon punca pemilihan Cabang Kemaman dihenti 2 jam

Kuala Terengganu: Provokasi oleh calon bertanding menjadi punca proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin, dihentikan kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Kekecohan dikatakan berlaku apabila calon bertanding dan penyokong mula menghidu kekalahan sepanjang proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, lalu mula membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

“Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

Cetus suasana panik

“Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang,” katanya kepada BH.

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

“Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat - Berita Harian

HOT!! Video Kungfu Pemilihan PKR Sabak Bernam!


Insiden yang belaku di sekitar sabak bernam dan dilaporkan seorang mangsa diserang, hingga emosinya terganggu!

Butirannya dengan anda menyaksikan video dibawah ini :

Daripada itu dikatakan beberapa individu berbaju kuning (BERSIH) memulakan serangan di bilik pengiraan undi semalam. Seorang makcik menjadi saksi kerakusan dan amukan versi BERSIH+HINDRAF yang bakal dipaktikan semasa himpunan GST pada 01 Mei 2014 di Zoo Negara esok! SUMBER



Inilah PKR.. dalam pemilihan pun kacau bilau, macam mana nak memerintah negara? Patut PKR kena cuci manusia-manusia durjana dalam PKR ni dulu, kemudian baru ada hati nak tegur kerajaan.

Isnin, 28 April 2014

INFO! UMNO Ingin bersama Pas untuk Jelaskan #Hudud!


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Umno ingin bekerjasama dengan Pas bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum Pas bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini. Mohd Amar memberi reaksi positif, kata Muhyiddin.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Pengurusan Pendidikan: Kepimpinan Berprestij Tinggi, di Bahagian Teknologi Pendidikan di sini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Noor Zahidi Omar, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang, dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong Pas dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara.

(Kerajaan Pas Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum Hudud) di Dewan Rakyat Jun depan bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud di negeri itu).

"Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baharu dalam negara.

"Ia perlu diperhalusi dan diteliti dan persoalan kerana khuatir akan berbangkit kemudian. Ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibawa ke Parlimen," katanya.

Muhyiddin berkata hukum hudud itu perlu diperbincangkan secara halus kerana masih ramai yang tidak memahami hudud.

"Saya fikir ada orang Islam yang masih tidak faham dan ini memerlukan penerangan yang meluas dan mendalam.

"Orang bukan Islam pun mahu tahu keadaan itu kerana ini sebuah negara yang merdeka dan rakyat lain berhak tahu walaupun dia bukan Islam.

"Pasal dia takut kesan kepada pelaksanaan itu akan membawa kesan kepada mereka," katanya.

"Sebab itu kena duduk berbincang dan daripada situ kita akan memperolehi penemuan dan perakuan iaitu situasi sebenar sebelum usul itu dibawa ke Parlimen."Pas hanya ada 21 wakil di Parlimen. Sebab itu mereka memerlukan sokongan daripada yang lain. Siapa yang mahu sokong...Umno sahaja kah? atau ahli Parlimen Islam yang lain," katanya.

Beliau berkata parti sekutu Pas iaitu DAP tidak perlu mempertikaikan keikhlasan Umno untuk berbincang mengenai hudud itu kerana Umno mempunyai pendirian yang perlu diterima.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.

Jawatankuasa itu akan disertai pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara, katanya. - Bernama

INFO! Obama makan Sambal Belacan?


Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama khabarnya menikmati hidangan Melayu istimewa hari ini.

Antaranya ialah nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan.

Menu istimewa tersebut ‘didedahkan’ oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang turut serta menikmati hidangan tersebut bersama Obama.

“Makan tengah hari bersama Presiden Obama, beliau makan nasi goreng, udang galah, ikan patin dan sambal belacan,” tulis Hishammuddin di laman sosial Facebook miliknya.

Obama tiba di Malaysia semalam dalam rangka lawatan selama tiga hari ke Malaysia.

Pesawat Air Force One yang membawa Obama mendarat di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada kira-kira 4.50 petang semalam, selepas enam jam penerbangan dari Korea Selatan, disifatkan beliau sebagai lawatan bersejarah ke Malaysia.

Lawatan tiga hari ke negara Asia Tenggara ini yang mempunyai kira-kira 30 juta penduduk adalah sebahagian daripada lawatan Obama ke empat negara di Asia, julung kali oleh presiden AS yang memegang jawatan dalam tempoh 48 tahun selepas lawatan Presiden Lyndon B. Johnson pada 1966.

Sebelum ke Malaysia, presiden ke-44 AS itu melawat Jepun dan Korea Selatan.

Selepas Malaysia, beliau akan meneruskan lawatan ke Filipina.

Macam agaknya muka Obama ni makan sambal belacan haa? ha ha ha..

Bukan nak agongkan Obama, tapi bila orang mai melawat rumah kita. Patut kita layan dia dengan baik.  Tunjuk akhlak Islam, tunjuk adab melayu. Jangan la jahil sangat.. betui dak?

HOT!! Demo Bantah TPPA, Obama bahasakan Orang yang tak reti bahasa!


Sekumpulan siswa mengambil peluang untuk menyuarakan bantahan ke atas Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) semasa acara presiden AS Barack Obama di Universiti Malaya hari ini. Kumpulan 10 orang siswa tersebut mempamerkan poster membantah TPPA dan juga poster membantah penggulingan kerajaan Mesir ketika Obama sedang menyampaikan ucapannya.

Obama bagaimanapun tidak terancam dengan bantahan tersebut, malah merujuk kepada tindakan siswa berkenaan dalam ucapannya sebagai contoh untuk menjelaskan mengenai tindakan yang perlu ditolak ansur.

"Sebagai contoh ada orang berkata 'tidak' di sebelah sana. Saya tidak tahu apa yang mereka bantah.

“Tetapi saya rasa idea asas bahawa sesorang itu tidak sama seperti anda – jika mereka nampak berbeza dengan anda, jika mereka ada kepercayaan berbeza dari anda – bahawa anda melayan mereka sama seperti bagaimana anda mahu mereka melayan anda,” katanya.

Kalau kita nak orang hormat kita, kita perlu belajar untuk hormati orang lain. Nak tunjuk hebat la konon si budak-budak UM ni. Tapi tak sedar, mereka dah malukan Malaysia dimata dunia!

Video Obama 'bahasakan' orang yang tak reti bahasa,



HOT!! Gambar Menarik Tan Sri Muhyiddin bersama Tok Guru Nik Aziz!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Muhyiddin tiba jam 4.40 petang dan mengadakan pertemuan secara tertutup di rumah Nik Aziz sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur jam 5.25 petang











Sejuk mata memandang bila melihat dua pemimpin Islam tersohor negara bersama macam ni. Bukan harap bersatu, cuma boleh bekerjasama dan kurangkan politik sesama melayu Islam. Insyallah kita akan jadi lebih kuat.


McTheory:
Pas dengan UMNO agamanya tetap Islam.. takdak beza pun..

Ahad, 27 April 2014

HOT!! Komen Mufti Perak Tentang Misteri Kubur Bercahaya!



Ipoh: “Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.

Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.

Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.

Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.

“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.

Liang lahad bersinar

Taiping: “Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya.”

Demikian kata Salahuddin Sulaiman, 91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam.

Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Cangkat Jering di sini, Ahad lalu selepas solat Asar. petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, Salahuddin berkata, dia tidak melihat liang lahad dikatakan bercahaya itu kerana dia berada sedikit terkebelakang dan agak jauh daripada liang lahad.

“Masa di tanah perkuburan saya tidak melihat cahaya berkenaan, namun sangat terkejut apabila dimaklumkan cucu (abang arwah) yang ada cahaya di dalam kubur cucu saya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Sumber: HM


INFO! Bilal Rogol Budak Sekolah Dalam Kereta?


Nanti ada orang kata Mc main cerita lucah. Sebenarnya tak, Mc cuma nak tunjuk contoh, pakaian dan jawatan seseorang, tak memungkinkan orang tu jadi maksum dari berbuat salah. Bilal pun ada nafsu!
Seorang bilal yang tempang kakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan dua dan memaksa mangsa melakukan seks oral, bulan lalu. 
Shary A. Rahman, 50, yang juga penjual sate didakwa merogol mangsa yang merupakan anak kepada pembeli tetap sate yang dijualnya di dalam sebuah kereta Proton Wira di depan sebuah klinik di Setapak, di sini kira-kira pukul 11 malam, Mac lalu. 
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. 
Dia yang akan menjalani pembedahan jantung pada Isnin depan juga mengaku tidak bersalah melakukan seks oral terhadap mangsa yang berusia 14 tahun itu di tempat, masa dan tarikh yang sama. 
Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 377C kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman yang sama. 
Terdahulu tertuduh yang memakai jubah biru dan kopiah berwarna merah gelap mempertikaikan pertuduhan seks oral yang didakwanya tidak dilakukan di tempat tersebut.
"Saya memang masuk kemaluan saya ke dalam mulut dia tapi saya bukan buat kat tempat itu, tempat kejadian tu salah," katanya. 
Ekoran itu, jurubahasa terpaksa membacakan semula pertuduhan berkenaan sebelum tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah. 
Timbalan Pendakwa Raya, Nadiah Malek Fauzie tidak mencadangkan sebarang ikat jamin kerana tertuduh mengenali mangsa yang pernah membeli sate daripadanya. 
Walau bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam bela memohon jaminan diberikan dengan alasan dia menanggung anak yang masih bersekolah selain mengalami kecacatan lutut dan memakai kaki palsu. 
Hakim Dazuki Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes. - Utusan

P/s: Jangan fikir.. pakaian luaran menjaminkan kebaikan, kadang-kadang ia hanya lakonan!

INFO!! Bertani Dalam Bandar Jana Lebih Ekonomi Kendiri!! @IsmailSabri60 #Dsis

Pertanian dalam bandar

Mc ada baca, Menteri Pertanian dan Asas Tani Dato Seri Ismail Sabri, galakkan orang kita dalami Pertanian dalam bandar. Bagi mereka yang minat dengan pertanian, dan tinggal daam bandar, topik ni agak menarik. Kerana dalam kehidupan bandar yang semakin lama semakin tinggi kosnya. Bertani di kawasan rumah sendiri merupakan salah satu pilihan yang terbaik.

Ramai yang tak tahu, bertani di bandar tidak memerlukan tanah yang besar, hanya ruang sebesar bilik boleh tanam berpuluh atau beratus jenis pokok cili dan sayur.


Jika kerajaan war-warkan perkara ni, Mc rasa yang berminat patut sertai.

Warga bandar di negara ini diseru menyertai Program Pertanian Bandar kerana mampu mengurangkan kos sara hidup dan secara langsung sebagai strategi menangani cabaran kemiskinan bandar. 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi program itu warga bandar digalakkan menanam empat jenis tanaman iaitu sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan bunga-bungaan. 
Menurutnya, bagi melaksanakan program tersebut pihaknya ­menyasarkan jabatan dan agensi kerajaan, swasta, komuniti bandar dan individu untuk melaksanakan projek tersebut. 
“Seperti yang kita tahu, kira-kira 72 peratus daripada rakyat di negara ini tertumpu di bandar raya utama, kadar urbanisasi yang tinggi mengakibatkan berlaku kemiskinan bandar yang menjadi satu cabaran utama kerajaan untuk mengatasi masalah mereka. 
“Maka pertanian bandar ini jika dilaksanakan dengan baik dapat memastikan komuniti bandar mendapat bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang berterusan. 
“Kita dapati purata hasil amalan pertanian bandar di negara maju dapat menampung 10 hingga 20 peratus permintaan bandar seperti yang diamalkan di London, Singapura dan Tokyo," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Pertanian Bandar peringkat Kebangsaan, di sini hari ini. 
Yang turut hadir, Ketua ­Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah dan Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Mohd. Fadil Osman. 
Ismail Sabri berkata, bagi memastikan program tersebut berjalan lancar pihaknya melantik MARDI selaku penganjur utama dengan dibantu Jabatan Pertanian, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa serta syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan. 
“Sebagai contoh, pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan kawasan terbiar untuk dijadikan kawasan pertanian bandar. Bagaimanapun, berjaya atau tidak program ini banyak bergantung pada menta­liti masyarakat setempat di bandar. 
“Sebagai tanda sokongan dan komitmen kerajaan, kita juga telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menyokong program ini khususnya untuk tujuan pembelian benih, baja dan kelengkapan pertanian yang diperlukan," katanya. 
Katanya, jika masyarakat bandar mengamalkan pertanian bandar se­perti yang diamalkan negara maju, sumber bahan mentah makanan tidak lagi menjadi isu utama negara pada masa akan datang, malah memberi pelbagai manfaat termasuk mengatasi aspek keselamatan dan nutrisi makanan.
Dulu pun PM ada sebut tentang perkara ni semasa di UPM. Tapi mungkin tak ramai yang benar-benar faham atau berminat. Sebab bila sebut pertanian, orang akan fikir, tanah, kotor, remeh. Tapi pada hakikatnya tak.



Cuba fahami apa sebenarnya pertanian bandar, kalau yang berminat boleh bergerak dari sekarang, sebab kerajaan nak bagi bantuan pada yang mengusahakannya, patut kita rebut peluang ni untuk tingkatkan ekonomi diri. Kalau taknak jual pun, tanam untuk kegunaan sendiri pun dah ok.

Contoh bertani dalam bandar, yang tak memerlukan ruang yang luas, ada yang tak pakai tanah pun, boleh tengok gambar dibawah,

Rak bertingkat

Tanam cili dalam polibag

Ini rak kayu tapi cantik.. nampak macam pokok hiasan

ini mudah, cuma kos agak tinggi sikit la..

Gambar diatas cuma contoh, sebenarnya banyak lagi sayur dan cara tanaman yang boleh dibuat. Jangan sangka dibandar tak boleh jadi pekebun sayur, sebab dan ada yang berjaya dan kaya walaupun hanya tanam cili di belakang rumah!


McTheory:
Serius benda ni memang bagus..

INFO! Kerajaan akan Mengarusperdanakan Institusi Pondok di Malaysia!! @NajibRazak @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


PENGUMUMAN Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk memberi 50 tempat kepada pelajar dan guru pondok di institusi pengajian tinggi dengan pembiayaan sepenuhnya sewaktu merasmikan penutupan Ijtimak Pondok Malaysia semalam adalah berita cukup menggembirakan.

Buat masa ini, ramai pelajar pondok yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, seperti ke Pakistan, India, Mesir dan negara-negara Timur Tengah.

Namun, kerana pergolakan politik dan pelbagai masalah sosioekonomi di negara-negara tersebut, maka difikirkan lebih baik dan lebih selamat untuk pelajar-pelajar pondok yang berpotensi belajar di kolej atau universiti tempatan yang sesuai.

Hakikat bahawa Perdana Menteri sendiri hadir untuk membuat pengumuman ini adalah sangat signifikan. Ini adalah satu pengiktirafan kepada pondok sebagai institusi pendidikan yang mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dan berpotensi.

Untuk melengkapi, Najib juga mengumumkan peluang kepada 50 guru agama yang berkelayakan untuk mengikuti latihan perguruan di Institut Pendidikan Perguruan di Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Guru-guru pondok yang terpilih juga akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

Kesediaan kerajaan untuk membuka ruang lebih besar kepada pelajar dan guru pondok dengan sendirinya menyanggah persepsi bahawa institusi pondok dipinggirkan.

Malah, tema ucapan Najib yang bertajuk Mengarusperdanakan Institusi Pondok di Malaysia jelas memperlihat usaha dan komitmen kerajaan untuk mendorong transformasi pondok agar terus relevan dan berkekalan.

Anugerah Kasih YAB Perdana Menteri kepada 10 buah pondok seluruh negara adalah lanjutan kepada anugerah sama yang diberi kepada 11 pondok dua tahun lalu.

Beliau juga memberi anugerah kepada Pusat Pendidikan Al-Baraqah, Perak yang dinobatkan sebagai Pondok Progresif 2014. Turut diraikan adalah tiga pemenang Anugerah Warga Emas Contoh dan tiga pemenang Anugerah Pelajar Contoh.

Kehadiran lebih 1,500 orang dari seluruh negara, yang mana dua pertiga adalah warga pondok, adalah sambutan yang cukup mengujakan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) sebagai penganjur. Mereka tekun mengikuti dan berinteraksi dengan tok guru pondok, tokoh profesional dan ahli akademik yang turut membentang enam kertas kerja serta menjadi panelis diskusi.

Sambutan orang ramai terhadap ijtimak ini juga terbukti dengan penuhnya dewan di Kolej Universiti Insaniah semasa berlangsungnya Forum Perdana bertajuk Aku Terror Bukan Terroris.

Dalam ucapan alu-aluan, saya mengumumkan kerjasama antara YPPM dengan Universiti Utara Malaysia dan Malaysian Multimedia Development Corporation (MDeC) untuk membuat kajian yang lebih menyeluruh dan saintifik ke atas institusi pondok.

Maklumat yang lengkap dengan data empiris boleh membantu YPPM menyediakan laporan lebih realistik dan meyakinkan bagi mendapat komitmen kerajaan untuk membantu serta menyokong pembangunan dan pengembangan institusi pondok.

Di bawah pelan ini, YPPM dan MDeC akan mengenal pasti program digital yang boleh dilaksanakan bagi tujuan memartabat dan mengarusperdanakan pondok menjelang 2020.

Program ini akan guna kaedah Social Crowd Funding. Kita akan merangka dan melaksanakan pelan yang membolehkan penyertaan dan penglibatan orang ramai untuk membantu menyelesaikan permasalahan, kekangan dan keperluan pondok terutama kemudahan prasarana menerusi kaedah digital.

Pendekatan Social Crowd Funding juga akan digunakan bagi menggalakkan individu dan syarikat melabur dalam pembangunan modal insan yakni pelajar-pelajar pondok yang cemerlang dan boleh melanjutkan pelajaran.

Video ucapan dibawah,


Sabtu, 26 April 2014

HOT!! Pas Terus Perjuang #Hudud Walaupun Terpaksa Tolak Dap?


Dalam satu pertemuan sulit dengan Jawatankuasa Penerangan PAS seluruh negara, Pengarah Jawatankuasa Penerangan Negeri-Negeri (JPN) seluruh negara bersama S/U dan AJK JPN seluruh negara yang diadakan di sebuah resort di Negeri Sembilan minggu lalu, beberapa keputusan penting dalam pertemuan itu telah diputuskan dan dirumuskan oleh Dr. Hatta Ramli dan Dr. Dzulkifli Ahmad sebagai Pengarah Strategik PAS Pusat.

Berkenaan dengan isu Hudud dua ketetapan telah diputuskan seperti di bawah:-

Pertama, PAS sebenarnya tidak mengharapkan undi kaum Cina terutama bila melihatkan isu pelaksanaan Hukum Hudud yang ditentang oleh pemimpin DAP.

Kedua, PAS tetap akan laksana Hudud dan tidak tahu samada akan bergabung dengan UMNO. Walau bagaimanapun, jika UMNO sanggup terima cadangan untuk melaksanakan Hudud, PAS bersedia untuk berbincang.

Bersambung esok ... Dr. Dzulkifley turut mengumumkan peruntukan dari PAS sebanyak RM300,000 kepada setiap ADUN dan RM500,000 kepada setiap Parlimen untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perang saraf.

Juga esok, begitu juga PAS tidak ada kepercayaan dan tiada harapan kepada PAS Sabah dan PAS Sarawak. Sumber Mymassa.

Boleh baca cabaran Dap pada Pas tentang isu hudud, klik SINI

#HOT!! Akhirnya Obama Presiden US Tiba di Malaysia!!



Kali terakhir seorang Presiden Amerika lawat Malaysia ialah pada 1966 iaitu 48 tahun yg lalu. Hari ini sekali lagi Presiden negara besar itu datang ke Malaysia.

Orang ramai yang menunggu mahu melihat Obama dari dekat.

Mc tak rasa apa-apa pun Obama datang ke Malaysia ni. Cuma nak tahu, apa buah tangan yang dia bawa nak offer kat Malaysia. Bukan senang tau, Presiden US nak datang ke negara Islam. Tambahan pula, Malaysia bukan negara yang pro Amerika.

Tentu ada perkara penting yang menyebabkan beliau datang ke sini. Betul tak? Orang kata, ianya berkaitan dengan TPPA? hurmm.. kita tengok dulu..


McTheory:
Anwar mana haa? Jangan tergolek menangis nak jumpa Obama sudah laa.. he he..

INFO!! Harga Barang Tak Naik, Mungkin Ada Penurunan? - @MuhyiddinYassin @IsmailSabri60 #Dsis


Pemeriksaan harga barangan keperluan pengguna di 9,500 premis perniagaan di seluruh negara pada Januari hingga Mac tahun ini mendapati tidak berlaku kenaikan harga yang tinggi malah terdapat juga penurunan, kata Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah menjalankan kutipan harga seperti barangan basah, barang runcit/ kering, barang berbungkus/tin/pek, makanan bayi, rempah ratus dan siap masak bagi memastikan kedudukan sebenar harga barangan itu.

Kenyataan akhbar berhubung hasil analisis perbandingan harga itu dikeluarkan selepas Muhyiddin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat selama dua jam di Bangunan Perdana Putra Khamis.

Beliau memberikan contoh tinjauan harga itu seperti telur ayam gred B (10 biji) yang kekal pada harga RM3.70 di Semenanjung, Sabah (RM3.90) dan Labuan (RM4.30) dalam tempoh Jan-Mac manakala harga di Sarawak turun dari RM3.60 (Jan) kepada RM3.30 (Mac).


Harga ayam bersih standard di Semenanjung naik 10 sen daripada RM7.60 bagi sekilogram (Jan) kepada RM7.70 (Mac) manakala harga yang mengalami penurunan ialah di Sarawak dari RM9.10 (Jan) kepada RM8.70 (Mac), Sabah dari RM10.70 (Jan) kepada RM9.80 (Mac) dan Labuan dari RM10.60 (Jan) kepada RM10.52 (Mac), katanya.

Harga ikan kembung hitam turun di Semenanjung, Sarawak dan Labuan manakala berlaku kenaikan kecil di Sabah.

Di Semenanjung harga ikan itu turun kepada RM8.60 sekilogram (Jan) kepada RM8.10 (Mac), Sarawak turun daripada RM8.00 (Jan) kepada RM7.50 (Mac), Labuan RM12.00 (Jan) kepada RM10.00 (Mac) manakala di Sabah dari RM6.70 (Jan) kepada RM7.40 (Mac).


Muhyiddin berkata kerajaan melalui KPDNKK menjalankan pemeriksaan dan pemantauan yang rapi dan menyeluruh ke atas semua barangan dalam Ops Harga 2014 bagi menangani pihak-pihak yang menaikkan harga barang secara tidak munasabah.

"Sehingga 20 April tahun ini, sebanyak 437,992 pemeriksaan premis telah dilakukan dan 2,925 tindakan undang-undang telah diambil ke atas peniaga dan melibatkan rampasan bernilai RM521,453.87 dan kompaun sebanyak RM147,550," katanya.

Bagi mengatasi isu ketidakstabilan harga yang berpunca daripada faktor pengeluaran dan bekalan, Muhyiddin berkata peranan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan diperkasa dalam meningkatkan bekalan dan mengukuhkan edaran komoditi agromakanan.

Muhyiddin berkata kerajaan melalui FAMA dan NEKMAT telah membelanjakan RM14.2 juta untuk menyediakan stok simpanan barangan komoditi bagi memastikan bekalan produk agromakanan berterusan dan dijual dengan harga berpatutan.


Sehingga 15 April, FAMA dan NEKMAT telah menyediakan stok simpanan bagi komoditi tomato, kubis bulat, kelapa, kentang, bawang besar, bawang merah, bawang merah kecil, lobak merah, ikan dan ayam bagi memastikan produk agromakanan segar dan berkualiti, katanya.

Pada Januari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta untuk FAMA dan NEKMAT melaksanakan stok penimbal bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan dan menstabilkan harga barang.

Muhyiddin berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA) melalui FAMA sedang menambah bilangan pasar tani borong dan pasar tani kekal di seluruh negara sebagai ruang pasaran tambahan bagi produk agromakanan pada harga yang lebih rendah.

Beliau juga berkata Program Jimat Belanja Dapur di pasar tani turut menyediakan dan menawarkan 32 jenis komoditi barangan terpilih pada harga lebih rendah.


"MoA sedang menambah beberapa Pusat Pengumpulan Peladang bagi memastikan hasil-hasil pertanian dari ladang terus dibawa ke pusat pengumpulan dengan perkhidmatan pengangkutan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan. Ini dapat mengurangkan penglibatan orang tengah," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan juga memberi fokus kepada pemerkasaan kepenggunaan ke arah mengubah gaya hidup pengguna kepada amalan berbelanja secara bijak.

Dalam hal ini, beliau berkata kempen melibatkan 20 badan bukan kerajaan (NGO) pengguna yang terdiri daripada badan bebas dan berkecuali akan menjalankan program di peringkat kebangsaan, negeri serta daerah.

"Penyaluran maklumat telah dilaksanakan melalui program ceramah, street team, media cetak mahupun media elektronik yang mensasarkan kumpulan wanita, belia dan pelajar sekolah," katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu termasuk Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, beberapa menteri kabinet seperti Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

HOT!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Ikrar Takkan Naik Pesawat Boeing Lagi? #MH370 #PrayForMH370


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak mahu terbang menggunakan pesawat buatan Boeing melainkan mereka boleh jelaskan mengapa semua sistem gagal dan dilumpuhkan.

Beliau merujuk kehilangan pesawat Boeing 777-200 milik syarikat Malaysia Airlines (MAS) Mac lalu yang menjadi misteri sehingga kini.

Dalam tulisan terbaru di blog peribadinya, chedet.cc, kata Dr Mahathir, sebagai pengeluar pesawat Boeing bertanggungjawab ke atas kehilangan misteri tersebut dan mempertahankan MAS yang menerima cemuhan dan kritikan banyak pihak, mengatakan Boeing yang sepatutnya dipersalahkan di atas kehilangan MH370 dan 239 penumpang serta anak kapal.

"Saya sangat kecewa apabila pekerja MAS ditahan sebagai tebusan di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370,” tulis Dr Mahathir dalam blognya Jumaat.

"Saya kecewa kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat tersebut berpunca daripada pengeluarnya, Boeing."

MAS mengesahkan kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel, Beijing petang Khamis lalu.

Insiden tersebut tercetus ekoran ahli keluarga tidak berpuas hati dengan pendedahan butiran berhubung kehilangan pesawat itu.

MH370 hilang secara tiba-tiba tidak dapat dikesan radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lepas, dan tiada sebarang isyarat kecemasan atau amaran diterima Menara Kawalan Udara.

Teori alat pengesan dimatikan sendiri oleh individu dalam pesawat MH370 diperkatakan sejak awal kehilangan, bagaimanapun Dr Mahathir membidas Boeing kerana mengeluarkan sebuah pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya daripada dikesan.

"Bagaimana Boeing boleh mengeluarkan pesawat yang mudah dilumpuhkan sistemnya?" katanya.

"Boeing mesti jelaskan mengapa semua alat pengesan pesawat boleh dilumpuhkan, boleh gagal.

"Sama ada teknologinya sangat lemah atau tidak selamat. Saya tidak akan terbang dengan menggunakan pesawat Boeing lagi melainkan mereka boleh jelaskan mengapa semua sistem gagal dan dilumpuhkan," kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir mengulangi kehairanannya dan berkata mustahil MH370 hilang secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan dengan teknologi dan satelit canggih yang dimiliki ketika ini.

"Saya percaya terdapat peralatan dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan, mungkin dengan GPS (Global Positioning System).

"Kamera rumit yang dikendalikan satelit pengintip oleh sesetengah negara boleh mengambil gambar orang di bumi dan mengenalpastinya. Sudah pasti kamera dapat melihat dan mengambil gambar pesawat 63 meter panjang tersebut," kata beliau.

Menurut Dr Mahathir lagi, syarikat Boeing juga tidak menunjukkan kesungguhan dalam misi mencari dan menyelamat tersebut, walhal sepatutnya mereka yang bertanggungjawab untuk menjejak semula MH370.

"Boeing dan pihak berkuasa negara pengeluar yang sepatutnya mencari pesawat tersebut. Mungkin jenis pesawat tersebut juga perlu dihentikan.

"Tetapi Boeing tidak menunjukkan sebarang minat dan mengeluarkan kenyataan yang secara praktikalnya salah," kata beliau.

Dr Mahathir juga tidak mempercayai teori yang mengatakan juruterbang dan pembantunya melakukan tindakan membunuh diri dan sengaja membiarkan pesawat terhempas.

"Juruterbang MAS dilatih sebaik mungkin. Walaupun juruterbang mahu membunuh diri, pembantunya dan anak kapal tidak akan membenarkan ia berlaku tanpa menghalangnya.

"Namun, tiada seorang pun, tiada seorang penumpang yang melakukan sesuatu. Mungkin mereka pengsan kerana kekurangan oksigen," kata Dr Mahathir.

Bagi Dr Mahathir, syarikat penerbangan negara tersebut tidak wajar dipersalahkan.

"MAS menerbangkan pesawat yang dijangka melengkapkan tugasannya. Tetapi pesawat tersebut tiba-tiba berkelakuan ganjil.

"Siapa yang bertanggungjawab? Bukan MAS, tetapi pastinya pengeluar pesawat - Boeing Aircraft Corporation," katanya.- Agendadaily

HOT!! #OMG Rafizi Ramli Kemaluan Besar di Parlimen!!


Bila guna ayat kemaluan besar, teringat pulak kat Mr Sammy Vellu. Cerita dia macam ni, Rafizi nak jolok PM Najib, tapi dia salah jolok kali ni, Rafizi terjolok sarang tebuan. Memang kena pukul rapat!

Pakar Strategik PKR yang juga merupakan calon Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dimalukan dengan teruk sekali di dalam satu sessi Parlimen. Ini berikutan Rafizi Ramli mempertikaikan tindakan DS Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang tidak pernah gagal membentangkan bajet tambahan sepanjang menjadi Menteri Kewangan.

Datuk Ahmad Maslan di dalam jawapan beliau menemplak Rafizi Ramli dengan membandingkan dengan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Anwar Ibrahim semsa beliau menjadi Menteri Kewangan sehinggalah beliau dipecat.

Fakta yang Rafizi Ramli terlupa atau buat-buat lupa adalah sepanjang 8 tahun Anwar Ibrahim menjawat jawatan Menteri Kewangan, sebanyak 29 kali Anwar Ibrahim membentangkan bajet tambahan!!! Nampak sangat Rafizi Ramli kantoi buat sekalian kali apabila beliau tidak membuat kajian yang mendalam sebelum membuka mulut celupar beliau.

Video menarik dibawah,


HOT! Isu #Hudud Dap cabar Pas keluar Pakatan?


KUALA LUMPUR: DAP meminta PAS menghormati muafakat yang telah dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Rakyat atau berundur daripada pakatan itu sekiranya ia bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan pimpinan PAS itu yang dibuat tanpa kata sepakat Majlis Presiden atau pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat jelas telah mencabuli muafakat tersebut.

"Sekiranya PAS bertegas untuk membuat sebarang keputusan dan tindakan yang tidak ada konsensus dalam Pakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundur dari Pakatan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban menambah PAS tidak boleh terus bertindak bertentangan dengan dasar bersama muafakat itu tetapi pada masa yang sama tetap bersandar kepada Pakatan Rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini menegaskan PAS akan tetap dengan perancangannya mahu melaksanakan hudud di Kelantan kerana ia tidak berjanji dengan DAP dan PKR untuk tidak melaksanakan cita-cita perjuangan parti Islam itu.

Jelas Anthony, DAP sedar bahawa pelaksanaan hudud adalah satu daripada matlamat perjuangan politik PAS tetapi prinsip muafakat yang dipersetujui sejak selepas pilihan raya umum 2008 ialah perjuangan parti harus mendapat konsensus anggota Pakatan Rakyat.

Beliau merujuk kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai oleh pimpinan tertinggi DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat dalam Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama pada 19 Disember 2009 di Shah Alam.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya baru-baru ini berkata Pakatan Rakyat perlu memahami terlebih dahulu hudud yang hendak dilaksanakan di Kelantan sebelum ia menyokong hasrat kerajaan negeri pimpinan PAS itu.

Polemik mengenai hudud kembali timbul selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyatakan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk menyokong mana-mana negeri yang mahu melaksanakan hudud.

Ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat itu, kerajaan negeri Kelantan mengumumkan rancangan mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian di Parlimen untuk membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 Kelantan yang tertangguh sejak 1993 dilaksanakan di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan meletakkan sasaran pelaksanaan hudud dan qisas di negeri itu seawal-awalnya pada tahun depan.

Rancangan kerajaan negeri Kelantan itu kemudiannya mendapat bantahan pemimpin kanan DAP yang mengingatkan PAS bahawa pendirian parti itu berhubung hudud tidak pernah berubah. Beberapa ahli parlimen DAP juga menegaskan semua wakil rakyat DAP tidak akan menyokong rang undang-undang persendirian berkenaan. Hasrat PAS itu juga mendapat bantahan daripada MCA.

Selain Kelantan, Dewan Undangan Negeri Terengganu juga meluluskan enakmen yang sama pada 2002 ketika kerajaan negeri itu ditadbir oleh pimpinan PAS. Bagaimanapun enakmen berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana di bawah Perlembagaan Persekutuan, undang-undang jenayah terletak dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Dalam kenyataannya, Anthony sekali lagi mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu tidak pernah dan tidak akan bersetuju hudud dilaksanakan di negara ini kerana "ia tidak pratikal dan tidak sesuai dalam keadaan masyarakat majmuk di Malaysia".

Antara lain, beliau berpendapat pelaksanaan hudud akan mewujudkan dua set undang-undang jenayah yang akan dipakai ke atas orang Islam dan bukan Islam. Pandangan sama juga antara lain dikongsi oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Anthony mengingatkan pendirian DAP menolak hudud bukan bermakna ia menentang agama Islam atau bersikap anti Islam.

"DAP tidak pernah mempersendakan hukum Islam untuk menimbulkan ketakutan ataupun fobia di kalangan orang bukan Islam terhadap agama Islam seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin MCA," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakannya mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Parlimen apabila ada pemimpin MCA memfitnah Mursyidul Am PAS itu kononnya beliau mengizinkan wanita yang tidak menutup aurat dirogol.

Tambah Anthony, DAP sanggup mempertahankan PAS untuk membantu PAS dalam proses mengikis ketakutan dan fobia di kalangan masyarakat bukan Islam terhadap PAS dan agama Islam supaya PAS boleh diterima oleh semua rakyat Malaysia.

Katanya, beliau melakukan itu semua untuk mereliasasikan perubahan politik di bawah Pakatan Rakyat yang menekankan prinsip-prinsip keadilan untuk semua, pentadbiran yang baik tanpa rasuah dan meninggalkan politik perkauman.

Jumaat, 25 April 2014

HOT!! Kerajaan Tak Pernah Menolak #HUDUD!! - @NajibRazak


Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

“Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

“Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini Khamis.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

“Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini,” katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

“Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

“Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan,” katanya.



McTheory:
Tan Keng Liang nak TOLAK dia punya pasal.. dia bukan ada kuasa pun.. GERAKAN menang berapa kerusi di Parlimen? Lagi mau bising ka?