Khamis, 31 Julai 2014

HOT!! Astro Israel Dedahkan Malaysia Pusat Latihan Penganas? #AstroIsrael


Sejak bila Malaysia jadi pusat latihan perang? Kalau betul, dimana lokasi terbabit? Atau ini hanya rekaan CIA nak kenakan kerajaan Malaysia kerana kita menyokong memberi sokongan penuh pada Palestine.

Memang patut Malaysia membuat penafian secepat mungkin, kerana ianya akan merosakkan imej Islam sebenar yang dibawa oleh Malaysia.

Tapi apa yang menghairankan, Astro Awani memetik berita dari portal Israel? Sejak bila Astro dok ikut cerita Israel ni?

Nak tau, sila baca jawapan dibawah..


Patut atau tidak kita boikot pemasangan Astro dirumah?

Kita anti Israel, tapi dok bayar duit yang consultantnya asal dari Israel. Apa kejadahnya ni?

HOT! Pas Ugut Mahu Keluar Pakatan Rakyat? #KrisisSelangor


Nampaknya kebiadapan DAP mempersoalkan sumber WhatApps bocor Dr Zuhdi Marzuki dan mendesak beliau dikenakan tindakan displin memang menyakitkan hati orang-orang PAS. Ini mungkin kerana ramai faham, yang bocor itu perbincangan sulit, dan lebih penting lagi, apa hak DAP nak beri arahan pada PAS?

Ramai yang hairan kenapa PAS kena ikut saja telunjuk DAP dan PKR dalam pakatan pembangkang sedangkan dari segi jentara dan ahli, juga senioriti PAS paling lama.

PAS tubuh tahun 1951, DAP 1966 dan PKR 1999. Orang Melayu kata... dah banyak rasa asam garam.

Semenjak dua menjak ini, kerana PR berkuasa melalui undi bukan Melayu dan Islam, DAP mula mempamerkan taringnya, dia macam ketua yang tak dilantik, de facto leader dalam PR.

Parti itu selalu ugut PAS apabila PAS mahu melaksanakan hasrat asal penubuhan parti itu, iaitu Negara Islam dan Hukum Hudud.

Ini juga persoalan yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan melalui facebooknya pagi Khamis tulisnya...

"jika DAP melalui kenyataan beberapa pemimpinnya secara terbuka mahu keluar pakatan pembangkang kalau PAS bawa Enakmen Hudud ke Parlimen kenapa PAS tidak boleh melihat worst case scenario yang sama?"

Soalan AJK kanan PAS pusat itu bukan hanya luahan perasaan beliau semata-mata... tapi ramai pemimpin PAS dah rasa yang kenyataan DAP dan PKR dalam isu WhatApps bocor ini sudah lebih sudu dari kuah.

Nampak hasrat depa perlekeh PAS, sedangkan selama ini tanpa PAS dengan kekuatan jentara akar umbinya... jangan harap DAP dan PKR nak menang besar.

PAS yang paling banyak berkorban dan terkorban dalam 'games' Pakatan Rakyat ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki, kata Nasrudin apa yang perbincangan mengenai isu keluar PR ini adalah satu perbincangan panjang.

"Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4," katanya dalam kenyataan bertajuk Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Menurut beliau, perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki.

"Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group,"katanya.

Bahkan beliau mencabar... pengkhianat yang membocorkan WhatApps itu supaya mendedahkan keseluruhan perbincangan group AJK PAS Pusat tersebut.

"Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi,"katanya.

Berikut kami siarkan kenyataan beliau sepenuhnya tanpa suntingan.


Pengkhianat Mesti Bertanggungjawab.

Oleh : Nasrudin bin Hassan
( Kenyataan Peribadi tidak mewakili PAS Pusat dan boleh Print Screen )

1. Tidak semena - mena nama Dr Zuhdi Marzuki menjadi besar dan menggegarkan politik tanahair. Secebis perca conversation group whatsapp AJK PAS Pusat disalin keluar oleh individu berhati busuk sedang ia adalah whatsapp group tertutup yang menjadi medan perbahasan dan perbincangan AJK PAS Pusat sebagai mesyuarat tidak rasmi untuk memudahkan banyak perkara dengan memanfaatkan kemudahan sistem komunikasi moden yang wujud hari ini.

2. Apa yang berlaku ialah kami anggota group whatsapp AJK PAS Pusat sedang berbincang mengenai perkembangan politik terkini yang sedang melanda negara khasnya mengenai isu MB Selangor. Timbul pelbagai pandangan dari kalangan AJK PAS Pusat mengenainya. Sebahagian bersetuju dan sebahagian tidak bersetuju dan sebahagian yang lain pula diam tanpa respon. Saya sifatkan ini perkara biasa dalam semua keadaan. Jarang benar untuk kami bersetuju sebulat suara dalam satu - satu isu yang dibincangkan. Perbedaan pandangan itu akan menapis dan menyaring pandangan sebahagian yang lain sementara perbahasan menjadi masak sebelum disimpul menjadi rumusan atau keputusan.

3. Perbahasan ini agak panjang. Saya menyalinnya semula dengan tekun dan memerhati satu baris ke satu baris keseluruhan conversation group ini, mengunakan tulisan saiz 12 dengan format potrait A4, saya perolehi sebanyak 115 muka surat. Perbahasan non stop menjangkau 2 hari dengan tulisan setebal 115 muka surat A4, tiba – tiba hanya disebarkan secebis perca yang hanya mengandungi 11 baris ayat untuk membentuk satu persepsi buruk dan jahat kepada Dr Zuhdi Marzuki. Bukan sahaja ia adalah perbuatan yang tidak adil malah jahat dan khianat. Pencetus masaalah sebenar yang mencemarkan landskap politik semasa tanahair bukanlah Dr Zuhdi tetapi individu yang membocorkan maklumat perbincangan tertutup. Tanpa pendedahan itu, sudah tentu isu ini tidak tercetus. Terutama pendedahan yang hanya mengambil perca kecil dari keseluruhan lembaran conversation group.

4. Alang – alang berbuat dosa, kenapa tidak individu ini mendedahkan keseluruhan conversation group AJK PAS Pusat tersebut. Saya percaya, jika didedahkan keseluruhannya atau perbahasan secara penuh, persepsi buruk dan sangkaan yang bukan – bukan tidak akan berlaku kepada Dr Zuhdi. Justeru itu saya cabar individu yang telah membocorkan maklumat perbincangan dalaman Group AJK PAS Pusat itu tampil mendedahkan keseluruhan isi kandungan perbahasan mengenai isu ini. Kita lihat bagaimana wajah perbahasan dan apa sebenarnya yang berlaku. Jangan minta saya mendedahkannya kerana nakal – nakal saya pun, tidaklah sebusuk perut dan sebenak aqal individu yang menyalin keluar perca conversation group AJK PAS Pusat tersebut.

5. Ramai menganggap itu adalah kenyataan Dr Zuhdi sedang Dr Zuhdi tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Apa yang tertera melalui perca conversation yang didedah adalah satu daripada banyak – banyak scenario analisis yang dibentang oleh Dr Zuhdi apabila anggota group sedang berbincang mengenai satu topic yang menelur dari perbahasan mengenai isu MB Selangor iaitu “bagaimana kalau PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat”. Apa scenario yang akan berlaku ? Analisisnya dikemukakan hasil dari cakap – cakap orang bawah dan orang awam secara negative atau positif yang dipungut naik oleh Dr Zuhdi untuk bahan perbincangan mengenai topic tersebut. Ia bukan pemikiran tulen Dr Zuhdi. Malah, bukan Dr Zuhdi yang cadang topik PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Ianya dicadangkan oleh anggota group AJK PAS Pusat yang lain. Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal.

Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis.

6. Sementara itu adalah perbahasan dan perbincangan tertutup maka tidaklah Dr Zuhdi memperindah susun kata sebagaimana mahu dibentang pada khalayak melalui slide show dan seumpamanya, melainkan beliau sekadar menggunakan bahasa dan “istilah lepas” bagi memudahkan perbincangan dan memahami kedudukan scenario yang dianalisisnya. Malah perbahasan itu belum berakhir dan belum merumuskan apa – apa melainkan banyak perkara akan dibawa secara rasmi ke Mesyuarat Penuh AJK PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang .

7. Jujur saya menyebut bahawa bukan sahaja Dr Zuhdi dilihat buruk bila conversationnya dikerat kecil begitu malah melalui 115 muka surat conversation yang saya maksudkan tadi, anda akan dapati ramai lagi rakan – rakan saya dari anggota group AJK PAS Pusat turut dilihat buruk seperti Dr Zuhdi malah lebih teruk dari Dr Zuhdi JIKA conversation mereka juga dikerat – kerat kecil sebagaimana dilakukan kepada Dr Zuhdi.

8. Saya teringat seorang kawan saya semasa belajar di Pondok Pasir Tumbuh puluhan tahun yang lalu. Beliau pernah maki hamun Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz kerana beliau mendengar Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz berkata UMNO baik dan secular baik. Sedang menurut pengajian Islam, Sekular bercanggah dengan Islam dan pengamal fahaman secular adalah sesat ! bagaimana Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz kata UMNO baik dan secular baik . Masa itu saya sendiri terpinga – pinga. Saya kata tidak mungkin Tok Guru berkata demikian. Beliau bersumpah Wallahi Demi Allah dia dengar sendiri di Dewan Zulkifli Kota Bharu masa kuliah pagi Jumaat. Oleh kerana beliau adalah kawan saya dan saya yakin beliau juga tidak menipu. Maka saya diamkan diri dan minggu berikutnya saya beli kaset rakaman kuliah Tok Guru dan saya halusi satu persatu perkataan dan ucapan Tok Guru. Akhirnya saya dapat jawapannya. Ucapan penuh Tok Guru ialah “ Tuan – tuan ! kita kena tolak fahaman yang bertentang dengan aqidah Islam. Tidak kira apa fahaman itu, muktazilah baik, sosialis baik, nasionalis baik, sekularisme baik, semua kita kena tolak. Kita orang Islam mesti terima Al Quran, orang UMNO baik , Orang PAS baik mesti beramal dengan al Quran … !”

9. Malangnya kawan saya dalam keadaan kurang mahir loghat Kelantan pula mendengar sebahagian dari keseluruhan ucapan akhirnya dia faham Tok Guru kata secular baik, UMNO baik …. Saya senantiasa tersenyum lebar bila mengenang peristiwa itu. Saya kira begitulah lebih kurang jadinya pada Dr Zuhdi. Keseluruhan conversation kami selama 2 hari non stop hanya dipetik dan didedahkan 11 baris dengan tujuan yang sangat jahat bagi membina persepsi buruk pada Dr Zuhdi yang lantang mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terutama apabila timbul isu MB Selangor. Percayalah, yang mengkritik keras Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu MB Selangor ini bukan Dr Zuhdi seorang tapi ramai pimpinan PAS turut sama mengkritik. Tinggal lagi berani melakukannya secara terbuka atau tidak . Ada yang tidak berani kritik terbuka tetapi pedas dan keras kritikannya secara tertutup kerana tidak tahan sabar dengan sikap dan tindakan Datuk Seri Anwar dalam isu MB Selangor. Ada yang berani menyebut secara terbuka di facebook tetapi menyembunyikan wajah dan identiti. Akhirnya si pemberani seperti Dr Zuhdi inilah yang menjadi sasaran .

10. Saya sekali lagi menyelar individu yang telah membocorkan perca conversation group AJK PAS Pusat dan mencabar supaya tampil buat pengakuan dan dedahkan keseluruhan conversation anggota group mengenai isu MB Selangor ini jika beliau adalah seorang yang bertanggungjawab dan berani. Jika tidak, memang ia seorang yang penakut dan pengkhianat. Menikam rakan dari belakang demi memuaskan hati war lordnya yang berada di luar parti. Seperti juga mana – mana pengkaji dan penganalisis mengemukakan hasil analisis sebagai contoh, mereka dapati orang melayu masih ramai yang berfikiran feudal maka bukan bermakna penganalisanya juga berfikiran feudal. Cakap – cakap mengenai PAS keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat ini sudah lama berlegar dikalangan ahli PAS dan sebahagian pimpinan. Malah Dewan Ulamak PAS Pusat lebih setahun lalu pernah mencadangkan supaya Tahaluf Siasi ( Kerjasama Politik ) antara PAS dengan PKR dan DAP itu dikaji semula. Ini menggambarkan scenario itu telah lama berlaku dan mudah serta pantas untuk dianalisis. - AgendaDaily

Rabu, 30 Julai 2014

HOT!! Pas Kedah Kata PKR Umpama Orang Lumpuh Yang Perlu Bantuan!!


Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu?

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang.

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung!

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat...

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana?

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya.

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya!

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka?

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini?

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect...

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula!

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam...

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB!

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu?

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat.

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!

Tulisan dari Sanusi Ex Setpol Allahyarham Ustaz Azizan


McTheory:
Perghh.. cerita PKR dan Pas dari Selangot berlanjutan ke Kedah. Makin menarik babak-babak selepas ini.

Isnin, 28 Julai 2014

Salam Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.. dari Ds Hj @MukhrizMahathir dan @TeamMediaKedah


Poster ucapan hari raya dari Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir. Pada semua muslimin dan muslimat diseluruh negeri Kedah, juga pada anak perantauan walau dimana anda berada.

Maaf Zahir dan Batin.


Ini poster kedua, juga boleh digunakan.


Malah aku sendiri..

Aku mewakili rakan-rakan dalam Team Media Kedah dan Mukhriz Mahathir FC. Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Salah silap harap maafkan.. - McTheory

Ahad, 27 Julai 2014

HOT!! PERKASA Kedah Fitnah dan Tikam Belakang Ds Hj @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


Ada org tanya aku. Apa cerita PERKASA KEDAH marah benar dengan MB Kedah? Kata PERKASA, MB Kedah tak turun DEMO bersama PERKASAM kat masjid zahir. Pada 25hb kalau tak salah la..

Setahu aku.. pada hari dan waktu yg sama Dato MB ada majlis rasmi Iftar bersama kakitangan PMBked dan Pej. MB Kedah.

Malah Dato MB tak dimaklumkan atau dijemput pun oleh PERKASA utk ke demo berkenaan. Penyebaran yg kononnya Dato MB akan sertai tu pun dikira salah kerana mengunakan nama Dato MB.

Kemudian PERKASA Kedah minta si Mummy Rokiah, blogger bertelur dua butir pakai nama pompuan tembak Dato MB dlm blog. He he..

Depa pikiaq, depa sorang saja pandai tembak dan ada blog kot? Jangan dijolok sarang tebuan, kalau takmau kena sengat nanti.. He he..

Nampaknya sudah ada pihak "FISAMONEYLILLAH" mengamuk kerana permintaan projek tidak ditunaikan!

McTheory:
Orang sibuk nak raya, depa sibuk nak bergaduh.. kalau nak pun.. tunggu laa.. lepas raya.

Jumaat, 25 Julai 2014

HOT!! Anak Sultan Selangor Murtad? #Fitnah?

Tengku Amir difitnah Murtad?

Dengan tidak semena mena kerabat Diraja Selangor telah di serang dan dimalukan serta membawa kecurigaan kepada rakyat Selangor apa bila sebuah portal yang berpengkalan di eropah mula menyiarkan bahawa satu satunya anak lelaki dan waris Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, dikatakan telah memeluk agama kristian di ketika istana Selangor kini berhadapan dengan tomahan dan cacian pihak yang berkepentingan politik terhadap isu ketuanan dan kuasa Sultan.

Portal berkenaan juga menyebut bahawa Putera Mahkota Selangor itu juga telah melepaskan semua kepentingan Baginda termasuk bakal mewarisi tahta Negeri Selangor kerana mengikuti kehendak model Sepanyol, Cristina Gomez yang berusia 16 tahun.

Malah baginda Tengku Amir juga di burukkan dengan tingkah laku yang tidak mengikut ajaran agama islam saperti yang telah didik oleh Ayahanda Baginda sejak dari kecil lagi, malahan Baginda di katakan akan menukar agamanya dan menganut agama kristian kerana cintanya yang mendalam pada Cristina Gomez. Sesuatu yang tidak masuk dek akal untuk seorang yang berpendidikan agama dikalangan istana.

Dimaklumkan juga pengkristianan (Pembaptisan) baginda akan dilakukan oleh seorang yang juga didakwa bekas penganut agama Islam dan akan dilakukan di Santa Maria Cathedral di Braga, Portugal.

Sebenarnya perkara serangan terhadap Istana Selangor ini mungkin boleh di jangka kerana sejak kebelakangan ini pihak Istana sering di serang dengan pelbagai isu termasuk soal ketuanan dan kekebalan Sultan didalam menjadi Ketua Agama Islam terutamanya Selangor. Malah Baginda Sultan Selangor sendiri di perlekehkan oleh beberapa orang yang berkepentingan politik.

Malahan Baginda Sultan juga pernah menzahirkan kemarahan Baginda ketika baginda berucap di majlis perasmian sebuah masjid di Sepang, Selangor, beberapa minggu yang lalu, dan ianya belarutan sahingga membawa kepada tidak menerima mengadap mereka yang terlibat.

Jadi serangan kepada Kerabat dan Istana ini sudah boleh di jangkakan, oleh itu rakyat Selangor tidak perlu panik dengan sebarang serangan dari portal berkenaan yang mungkin mendapat petunjuk dan ajar dari mereka mereka yang bakal di halau keluar dari negeri Selangor ini. Saperti pesalah yang di jatuhkan hukuman ‘Buang Daerah’.

Walaubagaimanapun kesahian berita di portal berkenaan amatlah diragukan kerana ia adalah sebuah portal harian Yahudi Zionis Amerika yang berpusat di Tel Aviv sejak 1988. mungkin ini adalah propaganda mereka untuk mengucar kacirkan hubungan baik Malaysia dengan Portugal.

Gambar dibawah adalah gambar terbaru Tengku Amir yang difitnah murtad.


Berita dari Istana Selangor - Tengku Muda akan bersembahyang Jumaat di Masjid Bukit Jelutong hari ini semperna Hari Pahlawan. Baginda Sultan murka dengan perkara ini dan sudah memaklumkan kepada IGP. Baginda Sultan juga akan menyaman pihak yang tidak bertanggungjawab itu.


McTheory:
tunggu lagi.. saman saja. Jangan bagi muka!

Khamis, 24 Julai 2014

HOT!! 40 Mayat Dari Mangsa #MH17 Sudah Tiba Di Eindhoven! #Justice4MH17



Dua pesawat pengangkut ketenteraan yang membawa 40 mayat mangsa nahas MH17 selamat mendarat di sebuah lapangan terbang, Eindhoven semalam.

Dalam tempoh beberapa hari ini, mayat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas di timur Ukraine itu akan dibawa ke pangkalan tentera di Hilversum, Belanda.

Selain dari kepimpinan Negara Belanda, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Luar Negeri serta Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan turut berada di lapangan terbang itu untuk menanti ketibaan dua pesawat terbabit.

Semoga semua selamat.. Insyallah..

Isnin, 21 Julai 2014

HOT!! Pasukan Penyiasat Malaysia Berkemungkinan Dibenarkan Masuk! #MH17


Jika sebelum ni pasukan penyiasat Malaysia seolah-olah dihalang dari memasuki lokasi terhempas. Kali ini, nampaknya usaha tersebut seolah-olah akan berjaya.

KIEV: Malaysia, Ukraine dan enam pihak lain yang berkepentingan kini menggunakan pihak ketiga untuk berunding dengan pemberontak pro-Rusia bagi mendapatkan laluan selamat memasuki kawasan pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas di Ukraine.

Ketua Pasukan Penyiasat Khas Malaysia, Khairil Hilmi Mokhtar berkata rundingan itu masih berlangsung dan kemungkinan keputusannya positif.

"Mungkin hari ini atau esok kita boleh memasuki kawasan itu," katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Ahad.

Khairil Hilmi berkata, pihak ketiga itu mendapat kepercayaan kedua-dua pihak, kerajaan Ukraine dan puak pemberontak, dan ia menggunakan kaedah rundigan dipanggil "shuttle diplomacy" (diplomasi ulang-alik).

Mengenai enam pihak lagi itu, beliau berkata mereka ialah pasukan antarabangsa dari negara-negara yang rakyat mereka adalah penumpang pesawat malang itu.

Beliau berkata pasukan antarabangsa ini, serta Malaysia, perlu ke kawasan berkenaan untuk menjalankan Identifikasi Mangsa Nahas (DVI) dan mengumpul mayat.

Khairil Hilmi berkata pasukan antarabangsa baru saja dibentuk berikutan nahas tragik yang mengejutkan dunia.

Katanya, kerajaan Ukraine telah menurutsertakan pasukan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan dalam sebuah jawatankuasa yang dibentuk ekoran tragedi itu.

Beliau berkata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijangka tiba di Kiev pada Isnin.

Pesawat MAS MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bila ia terhempas di Donetsk, bahagian timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada malam hari Khamis.

Pesawat Boeing 777-200 membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal. -BERNAMA

McTheory:
Rasanya kalau masuk pun.. depa dah hapuskan bahan bukti yang ada dah..

Ahad, 20 Julai 2014

HOT!! Nga Kor Ming, di balun Teruk Oleh Pengikut Facebookersnya.. #MH17


Nga Kor Ming ni cuba nak meneguk di air yang keruh, tapi akhirnya, dia sendiri kena ketuk!


Selepas sahaja Nga Kor Ming  membuat posting tersebut, beliau terus dikritik teruk oleh ahli keluarga mangsa dan penguna facebook yang lain.

Cuba komen dibawah yang agak menarik,






Ada juga pembodek Nga yang nak backup.. he he..


Di bawah ni komen dari keluarga mangsa.. memang setepek kena muka Nga..


Nak lebih terang dan jelas.. Mc dah copy n paste kat bawah ni..

You want the truth YB...the truth is my family lost a woman who was a wife...mother....grandmother....sister....cousin to many of us. Shut the fuck up !! Why blame MAS...the entire world is not blaming MAS and you call yourself a Malaysian MP !!. Why not head to the Russian embassy and demand they allow us full excess to the crash site ? What bloody truth !?? The truth is our love one is gone and here you play politics !! Are you a baboon ? A wanker ? A damn fool with no heart for our pain that we and many like us are going through here and all over the world !!?? Do not make me curse you and your entire family for diluting the magnitude of this tragedy by asking questions which many here already know !!?? There is a time and place for you to dwell into MAS for your political gimmick...this is now the time for us the families and you the leaders to fight for us so that we get the remains and whatever belongings is left as a form of comfort. We have a love one only god knows in what senseless situation in a field and here you talk about MAS !!?? We will not forget how you are trying to hoodwink for political mileage our loss of a love one with your leading question !! The truth is...you have proven now to me and my family and many Malaysians you are not fit to represent us. You are nothing but a fucking publicity whore !! WE HAVE A LOVE ONE WHO WE HAVE LOST YOU BLOODY BASTARD !! You are a disgrace to humanity !! I am sad and angry at those responsible for the senseless murder of our love one BUT I am disgusted by your lack of sensitivity towards we who had a love one on board !! If we lived in a world where laws did not exist and if I was not a better person...if I saw you...I would call you out and give you a beating your next 10 generations would feel. You have disgusted me to my very core !!

McTheory:
Kita tak perlu nak jawab.. rakyat Malaysia makin cerdik sekarang ni..

Sabtu, 19 Julai 2014

HOT!! Anak AJK Wanita UMNO Bahagian Alor Setar Antara Menjadi Mangsa #MH17!! #KedahSerataRata


Mc mendapat info dari sahabat page MMFC yang memberitahu salah seorang pramugari pesawat #MH17 merupakan anak kpd Hjh Habibah bt Ismail.

Beliau merupakan ketua wanita UMNO Cawangan Kelompang dan juga merupakan AJK wanita UMNO Bahagian Alor Setar, manakala ayahnya En. Yakob Selamsudin bekas Setiausaha UMNO Kg. Kelompang.

Takziah dari kami.. harap keluarga Allahyarhamah bersabar menghadapi ujian dari Allah SWT .. kerana Allah SWT.. lebih menyayanginya.

Sedekahkan Al-Fatihah pada Allahyarhamah Azlina Bt Yakub..

#ALFatihah #Pray4MH17 #KedahDoaMH17

Sumber dari page www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Jumaat, 18 Julai 2014

HOT!! Ketua Pemberontak Ukraine Temui Kotak Hitam Pesawat #MH17?


Kumpulan pemberontak Ukraine dilaporkan telah menemui kotak hitam pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di timur negara itu pada Khamis dengan 298 penumpang dan anak kapal.

Menurut laporan agensi berita Interfax, kumpulan itu juga telah bersetuju untuk menyerahkan kotak hitam berkenaan kepada pihak berkuasa keselamatan udara Rusia.

Kumpulan yang menamakan diri mereka Donetsk People's Republic itu memaklumkan kerjasama mereka dengan pihak berkuasa Rusia itu, menerusi satu kenyataan.

Pemimpin kumpulan itu, Andrei Purgin telah memaklumkan Interfax bahawa kotak hitam berkemungkinan besar akan diserahkan kepada Interstate Aviation Committee (IAC) di Moscow.

Pesawat MAS MH17 terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dariwaypointTamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Ia yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala lumpur kemudiannya disahkan terhempas.

HOT!! Pesawat #MH17 Jadi Mangsa Kerana Salah Tembak?


Pesawat Presiden Rusia seperti pesawat MAS

Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak senuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine.

“Kami baharu saja menembak jatuh An-26 berdekatan Torez," kata halaman VK milik Igor Strelkov, yang sering dipetik media Ukraine dalam laporan mereka.

Kumpulan pemisah itu menembak jatuh sebuah lagi pesawat An-26 di timur Ukraine pada 14 Jun lalu, mengorbankan 49 kakitangan awam kerajaan.

“Kami sudah memberi amara (kepada angkatan tentera Ukraine) agar tidak terbang di ruang udara kami," kata Strelkov dalam postingnya.

“Dan ini adalah video mengesahkan 'burung jatuh' (pesawat)," menurut posting berkenaan. - AFP



HOT!! Video Pesawat #MH17 Terhempas Waktu ditembak!!


Lihat garisan hitam selepas pesawat menjunam dari altitud tinggi



Video di lokasi selepas pesawat MH17 terhempas..masyallah..



Al Fatihah dan salam takziah buat keluarga penumpang dan krew pesawat MAS #MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang ditembak jatuh di sempadan Ukraine Rusia lewat malam tadi.

Tak kira "kanan" atau "kiri"..marilah kita bersama sedekahkan Al Fatihah buat semua mangsa yg terlibat.

Al-Fatihah..

Allah Selamatkan Malaysia!

TERKINI! Pesawat Mas #MH17 Dipercayai Terhempas Akibat Ditembak!



Agensi berita Rusia, Interfax melaporkan bahawa pesawat MAS MH17 telah ditembak jatuh oleh puak pemisah Ukraine di timur negara berkenaan.

Pesawat Boeing 777 itu dilaporkan terhempas di kawasan bergolak sempadan Ukraine – Rusia dan membawa seramai 295 penumpang. Pesawat berkenaan difahamkan berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.




Pihak Keselamatan Dalam Negeri Ukraine mengesahkan bahawa MH17 ditembak menggunakan peluru berpandu ” Buk” oleh puak pemisah dan kesemua anak kapal dipercayai terkorban.

Sementara itu, wakil Reuters mengatakan mereka menyaksikan bangkai MH17 terbakar dan bertaburan di sekitar lokasi kejadian.

MAS, melalui laman twitternya mengesahkan bahawa mereka terputus hubungan dengan pesawat malang terbabit, dengan kali terakhir berhubung sewaktu pesawat berkenaan berada di ruang udara Ukraine.

Pihak pemisah menafikan bahawa mereka terlibat, kerana peluru berpandu yg mereka ada tidak secanggih dan boleh menembak pesawat setinggi itu.

Jadi apakah semua ini dirancang oleh orang luar yang sengaja nak benda ini berlaku??

Isnin, 14 Julai 2014

HOT!! Tahniah Ler.. Dua Ekor Lagi Melayu Masuk Dap!!


Aku nak ucapkan tahniah pada kedua ekor melayu ni. Kerana berjaya masuk Dap dengan bangga sekali. Bukan senang nak tengok melayu masuk Dap. Cuma akhir-akhir ni saja ada.

Tak payah tanya depa ni tau sejarah melayu ke tak, tak payah hairan kenapa ada orang melayu sanggup masuk Dap. Sebab, agama pun orang boleh murtad, ini kan cuma politik? Apa nak hairan kan??

Bertudung tak semestinya Islam.. rahib pun pakai tudung juga..kann?

Sabtu, 12 Julai 2014

HOT!! Kisah Malang Madrasah Salihiah Yang Runtuh Bersama Padi Jantan #KedahSerataRata


Aku kenal dengan Padi Jantn dari tahun 2010. Ketika tu kami sama-sama berjuang mempertahankan Madrasah Salihiah dari diruntuhkan Pas Kedah Laknattulah. (sanggup runtuhkan surau dan madrasah yg berusia 105 tahun untuk buat sebuah shopping kompleks)

Padi ni seorang yang berbakat besar, pakar edit gambar dan video. Malah ketika tu dia ni cybertrooper UMNO yang menentang Pas. Ketika tu, kiblatnya masih betul, perjuangan dia masih cantik.

Kemudian aku dan sahabat2 TMK keluar dari kelompok AJK Madrasah Salihiah sebab kami rasa dipergunakan. Kami rasa ada sesuatu yang tak kena dalam kumpulan berkenaan. Dari terpalit sekali, baik kami angkat kaki.

Aku hanya mengikuti kisah madrasah malang tu dari jauh. Malang sebab Pas nak runtuh madrasah dan surau sb nak buat pasaraya besar, dan lebih malang kumpulan yang mempertahankan madrasah tu, bukan benar-benar ikhlas nak pertahankan.

Cerita selepas itu, apa yang aku tahu, Madrasah dan surau dah runtuh. Tanah wakaf terbabit telah diserahkan kepada Sony Hoo (cina Dap Penang) .. kes ni telah dicampur tangan pihak Istana Kedah. Malah pihak AJK surau yang kononnya mempertahankan madrasah tu pun tandatangan setuju utk terima tanah ganti dan duit RM1.4 Juta sebagai gantirugi.

Semua peristiwa ni berlaku pada zaman PAS KEDAH memerintah.

Bila semua benda dah diselesaikan oleh pihak Istana Kedah, malah pihak wakil tanah wakaf madrasah berkenaan juga sudah menurunkan tandatangan. Kiranya semua pihak sudah setuju kes ini selesai.

Kerajaan negeri takdak kuasa lagi, bila pihak Istana ambil alih kes ni.

Masih berlaku di bawah pemerintahan Pas.

Tiba-tiba bila BN ambil alih Kedah. si Padi Jantan meroyan minta Dato Mukhriz beli balik tanah wakaf madrasah tu. Kemudian hari-hari dihamun UMNO/BN kononnya yahudi, israel, jahat dan kejam.

Apa kaitan UMNO/BN dalam kes tanah wakaf madrasah? UMNO/BN kah yang gadaikan tanah tersebut?

Lagi satu, apa kena mengena Dato Mukhriz dengan tanah wakaf tu. Beliau tak terlibat langsung.
Duit dah dapat, tanah ganti juga telah diberi.. tandatangan juga dah diturunkan. Tiba-tiba minta kerajaan BN beli balik tanah wakaf tu dan pulangkan pada mereka.

Mana mungkin boleh buat macam tu. Tanah tu dah jadi hak orang, dah tukar nama, malah pembinaan sudah dijalankan.

Inilah perjuangan Padi Jantan. Hangpa yang baca ni, fikir perjuangan dia sebab mempertahankan tanah wakaf atau sebab duit?

Demi Allah.. apa yang aku tulis ini adalah benar dan benar-benar belaka.

Jumaat, 11 Julai 2014

HOT!! Himpunan 7 Sindiran Ayahanda Tun Dr Mahathir Pada Kaum Cina! #MMFC


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.

4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.


-Tun Mahathir-

BACA SINI

INFO! Kebaikan Mangga yang Patut Kita Tahu! @Ismail_Sabri60 #Dsis


Buah mangga memang terkenal di negara kita. Tapi tak ramai yang tahu khasiatnya. Kita fikir ia hanya boleh dibuat jus, kerana enak diminum. Untuk pengetahuan pembaca, ada lagi kelebihan dia selain itu.

Disini saya ingin kongsikan dengan anda 9 khasiat mangga yang perlu kita tahu. Saya tahu mesti ramai yang menggemari buah mangga, bukan? Jom baca dan moga tulisan saya bermanfaat untuk anda semua.

1.Menghalang kanser

Kajian menunjukkan di dalam buah mangga terdapat kompoun antioksida yang dilihat boleh melindungi diri dari kanser kolon, payudara, eukimia dan prostat. Terdapat kompoun seperti quercetin, isoquercitrin, astragalin, fisetin, gailic acid dan methygallat serta pelbagai lagi enzim.

2. Mengurangkan kolestrol

Jumlah fiber yang banyak, pectin dan vitamin C membantu mengurangkan tahap serum kolesterol terutama sekali Low-Density Lipoprotein (LDL).

3. Membersihkan kulit

Boleh digunakan di dalam dan di luar kulit. Mangga membersihkan liang-liang yang tersumbat dan menghapuskan jerawat.

4. Kesihatan mata

Satu cawan mangga yang telah dipotong membekalkan 25% keperluan vitamin A harian anda, yang membantu dalam menjaga penglihatan dan menghalang rabun malam dan mata kering.

5. Mengalkalikan satu badan

Asid tartaric, malic dan sedikit asid sitrik yang ada di dalam buah itu boleh membantu mengekalkan rizab alkali dalam badan.

6. Membantu mengurangkan diabetes

Daun mangga membantu menormalkan tahap insulin di dalam darah. Anda boleh panaskan air, rendamkan daun tu pada waktu malam dan kemudiannya minum air tu pada waktu pagi. Buah mangga juga mempunyai glycemic index yang rendah (41-60) jadi kuantiti yang sederhana tidak akan meningkatkan kadar gular dengan mendadak.

7. Membantu pencernaan

Bukan betik sahaja buah yang mempunyai enzim untuk memecahkan protein. Terdapat beberapa buah termasuk mangga yang mempunyai manfaat ini. Fiber di dalam mangga juga membantu pencernaan dan membuang sisa-sisa dari dalam badan.

8. Mengurangkan panas badan

Buat jus dari buah mangga hijau dan mencampurkannya dengan air dan sedikit gula boleh mengurangkan panas badan dan menghalang keadaan yang bahaya pada badan. Dari kaca mata ayurveda, sebab kenapa orang selalu letih apabila anda berada di kawasan katulistiwa (Malaysia) ialah kerana tenaga matahari yang kuat memanaskan badan anda terutama sekali di bahagian otot. Kemudiannya buah pinggan menjadi penuh dengan toksin dari proses ini.

9. Meningkatkan imunisasi badan

Jumlah vitamin C dan vitamin A yang banyak di dalam mangga termasuk 25 jenis karotenoid memastikan sistem imunisasi sihat dan kuat.

Di bawah video ladang mangga chokonan di Kedah..

HOT!! Malaysia KUTUK Kekejaman Israel Laknattullah Terhadap Gaza, Palestine! #SaveGaza #KedahSerataRata


Timbalan Perdana Menteri di Majlis
Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab dan
Majlis Berbuka Puasa Bersama 
Kerajaan Negeri Kedah 

(Sumber Gambar - Mukhriz Mahathir FC - https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC )




Dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin Yassin di Majlis Pelancaran Tahfiz Model Ulul Albab Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Kerajaan Negeri Kedah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, YAB Timbalan Perdana Menteri mengutuk sekeras-kerasnya kezaliman rejim zionis menyerang Umat Islam Palestin.

"Malaysia mengambil satu pendirian yang cukup jelas daripada awal waktu zaman Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri kita mengambil tindakan yang agak luar biasa memberikan sokongan bukan sahaja dari segi moral tapi material sampailah ke hari ini ".

"Kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab Israel terhadap orang-orang kita (umat Islam) yang ada di Palestin" Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Ilmu ada tidak berguna, akal ada pun tidak digunakan, yang ada ialah nafsu adalah niat yang tidak baik" Katanya lagi.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini telah lama berlarutan walaupun sudah banyak resolusi dan keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibuat supaya Israel menghentikan kezaliman ke atas rakyat Palestin.


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

Khamis, 10 Julai 2014

HOT!! Bandar Baharu Kulim, Bakal Menjadi Bandar Moden? #KedahSerataRata


Ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Dan Memberi Sumbangan kepada Guru Al-Quran Sukarela, Bidan Kampung, Mudim dan Pengurus Jenazah Daerah Bandar Baharu kelmarin di Masjid Al-Fateh Serdang, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan beberapa perancangan projek yang akan di bangunkan Kerajaan Negeri di Daerah Kulim dan Bandar Baharu.

Melalui projek pembangunan ini, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz berharap ianya dapat menyumbangkan peningkatan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Antara perancangan projek yang diumumkan adalah

1- Membangunkan satu bandar MEDICAL SCIENCE CITY di Bandar Baharu Kulim yang berkeluasan 660 ekar. Projek ini ditujukan khas untuk industri dan perkhidmatan Medical dalam bentuk penghasilan peralatan Medical untuk kegunaan didalam negara dan dieksport ke luar negara.

Industri Medical ini mampu memberi peluang pekerjaan yang bergaji tinggi kepada anak tempatan serta memberi kesan kepada peningkatan ekonomi setempat.

2- Projek pembinaan Rumah Rimbunan Kasih kepada masyarakat yang berpendapatan rendah dengan harga yang munasabah.

Perumahan Rimbunan kasih merupakan satu projek yang melibatkan pembinaan 100 unit rumah di kawasan Bandar Baharu dan ianya mempunyai aktiviti ekonomi yang boleh menjana pendapatan kepada pemilik rumah Rimbunan Kasih.

3- Kerajaan Negeri Kedah kini sedang giat melobi Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan pembinaan satu Lapangan Terbang Antarabangsa yang baru di kawasan Sidam.

4- Pembinaan sebuah kompleks sukan mini atau mini stadium yang akan dibina di kawasan Serdang tidak lama lagi.

Projek pembinaan kompleks sukan mini ini adalah diatas usaha pemohonan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Dato' Abdul Aziz Sheikh Fadhil yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu kepada Kerajaan Persekutuan.

INFO!! Tongkat Ali Boleh Pasar di London? @Ismail_Sabri60 #Dsis



Herba ni sebenarnya dah lama wujud dalam perubatan kampung orang melayu. Dulu ianya hanya digunakan secara perubatan kampung, kecil-kecilan.. tapi jika dikomersialkan ia boleh menjadi salah satu penjana ekonomi.

Siapa sangka rupanya penanaman herba juga mampu untuk memberikan keuntungan berlipat kali ganda asalkan kita rajin berbudi kepada tanah.

Kerajaan telah memberikan peluang yang amat cerah kepada para petani yang menjalankan usaha pertanian secara sepenuh masa atau separuh masa mahupun sebagai hobi.

Seperti contoh, penanaman herba juga mampu untuk menjana pendapatan lumayan dan kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif untuk mempromosi dan membangunkan industri herba.

Penjualan tahunan industri herba di Malaysia mencecah angka 2 billion ringgit sementara pasaran global pula untuk ubat ubatan pula bernilai USD $12 billion setahun.

Dalam dasar pertanian ketiga negara, tumbuhan ubat ubatan telah dipilih sebagai salah satu komoditi dengan memberi penekanan bagi menjadikan Malaysia sebagai pusat pembangunan bahan bahan mentah untuk kegunaan industri.

Pembangunan industri herba di Malaysia pada ketika ini aktif mempromosikan 3 sektor ekonomi iaitu pertanian, pelancongan dan pembuatan.

Pertumbuhan dalam industri herba sangat berpotensi untuk menambahkan pembangunan sektor pertanian dan perkilangan Sabah.

Sebanyak 1250 spesies dianggarkan dikenal pasti nama saintifiknya dan mempunyai nilai perubatan.

Sebanyak 10 herba yang berpotensi untuk dibangunkan dan diantara spesies tersebut ialah..

Tongkat Ali
Pegaga
Mengkudu
Dikung Anak
Kacip Fatimah
Halia
Misai Kucing
Hempedu Bumi
Mas Cotek
Limau Purut.

Kesemua tumbuhan ini sebenarnya amat mudah ditanam dan ianya boleh dikatakan sesuai untuk semua kawasan di Malaysia.

Jadi disini kerajaan mengalu alukan mereka yang berminat untuk menceburi bidang penanaman herba yang sudah pasti akan memberikan keuntungan kepada para petani.

Kita selalu dengan orang cina dengan ginsengnya, kita orang melayu juga ada tongkat ali. Jika cina berjaya popularkan ginseng hingga ke luar negara, kenapa kita tak boleh?




TUDIAA!! Bila Pas kata Kerajaan Kedah Lanie Takdak Duit? @MukhrizMahathir #KedahSerataRata

Bekas Exco paling gagal dalam sejarah..

Terbaca dalam satu kenyataan diblog rasmi Pas Kedah yang hidup segan mati selalu..

Bekas Exco Pas yang dipertanggungjawabkan membawa pelaburan ke Kedah dulu, si adun Anak Bukit, YB Amiruddin.. memberi kenyataan kononnya Kerajaan Kedah sekarang takdak duit.

Wow!!.. bekas Exco pelaburan negeri yang hanya bawa masuk habuk dan debu saja selama 5 tahun lepas, kini berani menegur kerajaan negeri yang bawa masuk rm4billion dlm suku tahun pertama pemerintahan?

Hairan bin ajaib, kulit muka apakah yang beliau pakai? Kulit muka cadbury kah??

Baik Amiruddin pergi cermin diri dulu la, kalau takdak cermin aku nak hadiah bagi. Track record yang sebegitu buruk ya amat menjadi seorang Exco, ada hati nak tegur kerajaan? Lawak apakah ini?

Amiruddin pasti akan menang jika masuk bertanding Maharajalawak Mega dengan syarat beliau mengunakan lawak seperti ini.

Alasannya kerana KUIN, kerana Maktab Mahmud, Tahfiz Sains Pulau Tuba dan beberapa alasan yang ludah ke muka sendiri.

KUIN siapa yang lingkupkan?? Jawapannya Pas Kedah.

Kenapa lingkup? Pertambahan subjek secara mendadak dan tak relevan dengan identiti KUIN yang lebih pentingkan pengajian Islam.

Kemudian pembinaan kampus baru di Kuala Ketil yang membebankan kerajaan negeri dengan hutang BANK sebanyak rm30 juta setahun.

Pembinaan kampus KUIN juga gagal memenuhi spek yang ditetapkan iaitu tiada masjid dan asrama pelajar, walaupun dalam pelan asal dan bajet untuk semua itu ada dan wang habis dibelanjakan.

Yang menjadi persoalan, dimana perginya wang untuk pembinaan masjid dan asrama pelajar? Ianya masih menjadi misteri hingga kini.

Jadi salahkah kerajaan negeri minta bantuan pusat untuk membantu menguruskan sebuah projek bermasalah yang membebankan kewangan negeri?

Kemudian disentuh mengenai Maktab Mahmud. Kononnya bila pusat ambil alih, ianya bukan lagi hak sendiri.. kerajaan negeri kononnya jual maktab kepada pusat.

He he.. kelakar.. bodoh punya adun Pas ni.

Kerajaan pusat selia dan kawal Maktab Mahmud, ianya bakal jadi lebih bagus dan teratur. Sumber kewangan juga stabil malah guru di maktab akan dinaik taraf jadi guru kerajaan. Maksudnya lebih terbela.

Jadi apa masalahnya jika Maktab Mahmud dibawah kementerian pelajaran? Apakah Pas takut rahsianya dok kebas duit maktab mahmud terbongkar?

Berapa ramai bini adun Pas yang dijadikan pengetua Maktab mahmud? Dengan gaji rm3k mereka mampu memiliki kereta BMW 5 series? Mana datang duit untuk bayar kereta tu?

Apakah ianya ada kaitan dengan misteri duit Maktab Mahmud yang keluar tanpa catatan dari audit dan juga akaun?

Bukti dokumen pun kami ada, malah kami pun pernah publish semasa PRU yang lepas.

Bab Tahfiz sains Pulau Tuba tu.. kerajaan Pas lancar dan pecah tanah. Tapi bila bajet untuk pembinaan keluar, duit tersebut digunakan untuk tujuan lain hingga sekarang kehilangan duit tu menjadi misteri tanpa dikesan.

Jadi kerajaan Kedah kini tangguh dulu projek berkenan dan teruskan dengan penambahbaikan tahfiz-tahfiz sekitar Kedah. Mana boleh Bajet keluar dua kali.

Jadi siapa punca dan sebab semua masalah ini berlaku? Bukankah kerajaan sekarang mewarisi semua masalah ini dari Pas?

Karut betul si YB Pas ni, semua masalah yang depa buat, kini dijadikan alasan untuk hentam kerajaan negeri sekarang.

Depa tak rasa semua ni umpama meludah kelangit ka?

Macam mana la si bengap Amiruddin boleh di angkat jadi Adun oleh org Pas? Patut dengan pemikiran macam dia ni, bukan kata Adun, tukang cuci kasut pun belum tentu layak!

Kesian Pas.. kononnya nak tibai kerajaan Kedah, tapi nampak gaya dia tertibai pungkoq sendiri. Ha ha ha..


Macam ni gaya takdak duit noo.. he he he..



Nak usik sikit YB Amiruddin.. kenal dengan perempuan dibawah ni? Siapa yaa? Nora namanya.. kann?

Mesti YB Amiruddin kenal sangat kann? Banyak mana duit habis? Berapa banyak hadiah diberi? kannn? ha ha ha..


Dia nak kacau kita? Belum dia tengok kita selak kain dia.. ha ha ha..

Isnin, 7 Julai 2014

HOT! Benarkah Ayahanda Tun Dr Mahathir Bantu Tok Guru Nik Aziz di Kelantan?



Walaupun dulu Ayahanda Tun Dr Mahathir dan Tok Guru Nik Aziz ni orang kata seteru besar. Tetapi sebenarnya, Tun Dr Mahathir masih lagi memberi wang kepada kerajaan Kelantan untuk membantu Islam melayu disana.

Ini membuktikan, ideologi politik tak memisahkan kita yang sedara semuslim ni.

Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.

Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.
Mahathir.

"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.

"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.

Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nik Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.

"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?

"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.

Itulah persaudaraan sesama muslim. Sebab tu bila ada orang kata kerajaan pusat tak bantu Kelantan, bagi admin ianya satu benda mengarut.

Takkan ratusan juta tu bukan satu bentuk bantuan?

Gaduh bab politik macam mana pun, kita tetap kiblat yang sama.

Betui dak?


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..

Khamis, 3 Julai 2014

INFO! Kedah Negeri Pertama Dapat Perhatian Dari Segi Ekonomi Jabatan Perdana Menteri! #KedahSerataRata @MukhrizMFC


Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, hari ini disertai wakil dari Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wahid Omar.

Datuk Seri Wahid Omar Menteri JPM yg bertugas diunit Perancang Ekonomi RMK11 sedang menjelajah ke negeri-negeri. Untuk mengetahui keperluan negeri mengikut bajet dan ekonomi.

Dalam sidang media Dato Seri Hj Mukhriz bersama dengan Datuk Seri Wahid Omar, diberitahu bahawa negeri Kedah merupakan negeri pertama dalam jelajah ini malah Kedah memberi beliau senarai keperluan yang agak panjang.

Berkenaan projek apa yg ada potensi, beliau mengatakan pembangunan di Lembah Bujang, antara projek pelancongan paling berpotensi. Malah ia boleh dibangunkan sebagai pusat tamadun utk pelancongan negeri.

Mengenai permintaan kerajaan negeri Kedah meminta lapangan terbang antarabangsa kedua, beliau berkata perkara tersebut perlu dibincang lebih lanjut kerana ianya melibatkan projek yang besar. Semua segi perlu diteliti berkenaan dgn infra bagaimana dgn konsep dan cara utk dibiayai projek tersebut.

Malah projek dalam penbangunan negeri juga perlu mengikut apa yg dirancang dan juga bergantung pada sumber kewangan.


Rabu, 2 Julai 2014

HOT!! Kenapa Perlu di Bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim? #KedahSerataRata



Sidang Media YAB Dato'Seri Mukhriz Tun Mahathir berkenaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.

"Lapangan terbang ini tujuan tentulah untuk mengangkat lagi ekonomi bukan setakat negeri (Kedah) sahaja, tetapi seluruh zon utara termasuklah Pulau Pinang, Perlis dan sebelah utara Perak."

"Ini satu keperluan yang semakin mendesak memandangkan kapasiti di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu semakin sibuk, jadi jumlah penumpangnya semakin ramai dan kita tidak mahulah atas kekangan itu maka kita tidak dapat menarik ramai pelabur ke utara ini."

"Jadi sekiranya adanya Lapangan Terbang Antarabangsa yang mengendalikan urusan penumpang termasuklah penumpang yang kos rendah ini dan juga kargo, maka insyAllah ianya akan membantu untuk penumbuhan ekonomi setempat."

"Kita masih dalam proses rundingan dengan kerajaan persekutuan khususnya kementerian pengangkutan, kementerian kewangan dan pihak perancang ekonomi."




Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..


INFO! Seorang Yazuka Kejam, Insaf dan Memeluk Islam.


Taki Takazawa, jika dilihat dari namanya sudah dapat diketahui bahawa dia adalah orang Jepun. Dengan ciri-ciri rambut panjang dan tubuh penuh dengan tato, membuatkannya kelihatan seperti ahli geng mafia Jepun, Yakuza. Dia adalah bekas tukang tato untuk anggota geng yang paling ditakuti di Jepun itu. Kerja sebagai ‘tukang tatu’ itu telah dilakukannya selama 20 tahun.

Tapi pandangan negatif pada penampilan fizikalnya itu berubah apabila dia mengumandangkan Azan. Takazawa kini menjadi Imam di sebuah masjid di Ibu kota Tokyo. Setelah mengucapkan dua kalimat Syahadat, Takazawa menggunakan nama muslim Abdullah, yang bermaksud hamba Allah SWT.

Dia mengenali Islam secara tidak sengaja di wilayah Shibuya. Takazawa melihat seseorang dengan kulit dan janggut putih. Orang itu juga mengenakan baju dan serban warna putih.

“Orang itu memberikan sebuah kertas dan menyuruh saya membaca kalimat tertera bersama dia,” ujarnya seperti dilaporkan oleh laman web islamicmovement.org.

Kalimat itu adalah Syahadat, pengakuan pada ke-esaan Allah SWT dan Muhammad SAW sebagai utusannya. Meskipun tidak faham secara keseluruhan, Takazawa pernah mendengar sepintas Allah dan Muhammad. Seperti kebanyakan penduduk Jepun, sebelum memeluk Islam Takazawa menganut aliran kepercayaan Shinto.

Pertemuan dengan orang berserba putih itu masih di ingatan Takazawa. Dua tahun selepas memeluk Islam, dia bertemu lagi dengan seorang yang menjadi inspirasinya itu.

“Dia pernah menjadi Imam di Masjid Nabawi, Kota Madinah, Arab Saudi. Saya bersyukur dapat bertemu dengannya, “katanya.

Imam Masjid Nabawi itu meminta Takazawa untuk menjadi Imam di masjid di kawasan Shinjuku. Dia telah melaksanakan ibadah haji dan menimba ilmu beberapa bulan di Kota Mekah. Nama Takazawa menjadi terkenal dan dia menjadi seorang di antara lima imam Masjid besar di Jepun.

Kredit: Sekadar Fikrah


Jom sahabat join kami di Mukhriz Mahathir FC.. nak join KLIK LINK bawah ni..