Sabtu, 30 Ogos 2014

INFO!! Mukhriz Mahathir Menteri Besar Untuk Rakyat Kedah! #KedahSerataRata #MMFC


Ramai yang tak tahu, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir lebih mengutamakan rakyat dari orang UMNO sendiri. Malah beliau tidak memilih bulu dalam memberi bantuan atau sumbangan pada yang memerlukan. Pada rakyat pemimpin seperti ini yang dicari, namun pada sesetengah jentera UMNO (bukan semua) ia satu tindakan tak relevan.

Isu ini sebenarnya sensitif, tapi itulah kebenaran. Tak bermakna beliau terus abaikan parti, kerana beliau sentiasa memantau keperluan, 15 bahagian UMNO dengan memberi peruntukan secukupnya untuk menjalankan kerja.

Bagi admin, tindakan DSMM adalah betul, beliau merupakan Menteri Besar Kedah, bukan hanya Menteri Besar UMNO Kedah. Walaupun platform yang menjadikan beliau MB adalah UMNO, namun tanpa sokongan rakyat Kedah, segala yang beliau rancang takkan menjadi.


Patutnya orang UMNO di Kedah bersatu membantu beliau membentuk kesepakatan diantara rakyat Kedah tanpa mengenal politik. Kerana itu yang beliau bawa. Asalkan Islam dan dari bani 'Ta' MiM' Insyallah beliau akan bantu.

Insyallah bulan hadapan, beliau akan turun ke setiap bahagian untuk bertemu ahli UMNO di Kedah. Sambil menjelaskan dasar yang beliau bawa dan menghapuskan sentimen 'kurang kasih sayang' beliau terhadap parti.

P/s: PM pun kata rakyat didahulukan.. kerana kita YB bekerja untuk rakyat..

Sumber dari page www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Khamis, 28 Ogos 2014

AMARAN Banjir dan Persiapan Kerajaan Negeri Kedah! #KedahSerataRata



Kerajaan Negeri Kedah mengeluarkan amaran banjir.

Kerajaan negeri sedang memantau situasi dikawasan-kawasan yang berisiko berlakunya banjir. Khususnya dikawasan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

Malah persiapan dan persediaan mula dilakukan, bahkan agensi-agensi kerajaan juga diarah supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang banjir.

Orang awam dinasihatkan supaya berjaga-jaga, buat persiapan untuk hadapi banjir dan sentiasa berwaspada dgn amaran dan keadaan hujan.

Bagi mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tolong amalkan langkah-langkah keselamatan dan jaga keluarga anda, kerana tiada siapa yang lebih baik menjaga ahli keluarga anda selain daripada diri anda sendiri.

-Team Media Kedah-

Isnin, 25 Ogos 2014

HOT!! Kisah Ayahanda Tun Gadai Nyawa Untuk Negara! #Sejarah


Ramai yang tidak tahu “Dendam Amerika dan Britain” Pada Tun Mahathir sepanjang usaha beliau meletakkan Malaysia di persada dunia. Kita bersyukur beliau masih selamat dan sihat untuk boleh berbicara dan hidup bersama dengan kita seadanya hingga ke saat ini.

Bukan kita tidak tahu licik dan teganya Amerika dan Sekutu Barat dalam menyempurnakan dendam kesumat mereka terhadap seseorang. Mereka sanggup membunuh secara sulit maupun terang terangan.

Ingatkah lagi bagaimana King Faisal yang telah dibunuh CIA pada 1975 kerana mempertahankan Palestine dan mengugut barat secara terbuka? Masih ingatkah peristiwa September 11 yang mereka taja untuk robohkan Sadam dan Iraq? Dan hari ini konspirasi MH370 dan MH17 yang kita semua boleh agak angakara siapa?

Pada tahun 1981 dahulu Tun dan Tan Sri Khalid Ibrahim telah berjaya membeli Gutrie ‘secara percuma’ yang dengan strategi ‘Dawn Raid 81’ hanya selepas 2 bulan beliau jadi Perdana menteri. Mereka telah melalui pelbagai cabaran dari negara bekas penjajah yang telah 160 tahun menguasai tanah-tanah di negara ini dan memerangkap Raja-raja serta Umat Melayu dengan pelbagai tipu muslihat.

Selepas kejayaan ‘merampas Gutrie’ itu Tun Mahathir terpaksa ‘mengajar Britain’ dengan polisi ‘Buy British Last’. Beliau alihkan pula kiblat teknologi dan ekonomi kepada ‘Look East Policy’. Bagi kami inilah kejayaan nasional dari jasa mereka yang tidak ternilai harganya. TSKI hanyalah ‘kenderaan’ negara untuk misi ini. Semua saham atas nama beliau telah pun dijual semula. Mungkin kerana itu RM 70 juta bakinya dihapus kira… wallahuaklam.

http://prihatin.net.my/v3/2014/08/17/lagenda-dawn-raid-1981-menggegarkan-negara/

Hari ini admin ingin kongsikan pula perit jerih dan cabaran yang dialami oleh Tun sehingga berjaya meletakkan Petronas di Sudan. Alhamdulillah perniagaan itu terus berkembang sehingga ke hari ini.

Hingga ke satu tahap, rakyat Malaysia yang mengerjakan haji atau umrah memberitahu betapa bangganya menjadi rakyat negara ini apabila nama “Malaysia dan Mahathir” sentiasa bermain di bibir orang orang Arab. Begitu juga penghormatan dari negara-negara lain seperti Australia, Jepun dan lainlain.

* * *

Pada tahun 1988, apabila Negara dari Benua Afrika iaitu Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negaranya, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri dalam bidang itu. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi sebuah syarikat yang dikenali TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan sebelum bermulanya usaha carigali.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

* * *

Demikianlah keberanian negarawan ulung, seorang pemimpin yang ‘rare’ kerana ketegasan dan keberaniannya, sehingga digeruni rakan dan lawan. Lihat sahaja ketegasan Tun tatkala diwawancara oleh media barat, khususnya menyentuh tentang kekejaman Barat dan Israel yang menggugat kepentingan Malaysia atau negara-negara Islam lain.

Tanpa perlindungan Allah, mungkin beliau telah terbunuh atau dibunuh seperti beberapa pemimpin negara lain melalui pelbagai cara kerana tingginya dendam kuasa kuasa besar terhadapnya yang telah banyak menggugat laba mereka. Tun lakukan itu untuk memberi peluang kepada kita semua untuk hidup lebih bermaruah di bumi Allah.

MAHATIHIR DAN ALQURAN

Mereka yang mengenali rapat Tun Mahathir pasti mengetahui apakah rahsia kebijaksanaan beliau. Bagi yang belum biarlah kami kongsikan bahawa selain dari suka membaca buku biasa, Tun yang sering kelihatan di TV solat jumaat sendirian di satu penjuru Masjid Negara seperti orang biasa itu telah membaca dan mengkaji 8 naskah terjemahan alquran.

Jika anda tidak mampu dapatkan pengesahan itu secara langsung, sila tanyakan kepada anak beliau DS Mukhriz Mahathir, pasti beliau boleh kongsikan. Pesan Tun kepada anaknya Mukhriz, bacalah quran bersama terjemahannya supaya kita faham. Jangan hanya 'mengaji', iaitu membaca teks Arabnya sahaja tanpa 'mengkaji', memahami makna dan maksudnya kerana Quran mengajar kita banyak ilmu dan strategi dalam segala bidang.

Inilah seorang doktor perubatan biasa yang hari ini banyak dikutuk dan dicerca oleh generasi Y yang terkenal dengan budaya ‘Keyboard Warrior’ dengan pelbagai cercaan. Ada yang menggelarnya Mamak Kuty, Maha-fir’aun, diktator dan sebagainya. Tanpa serban di kepala, kita tuduh Tun sesat kerana menyarankan kita mengkaji semula pemahaman dan amalan kita tentang alquran dan sunnah.

Berapa naskah qurankah yang sudah anak-anak muda ini kaji? Ada yang jahil sejahil-jahilnya, setengahnya malah tidak solat dan puasa… bahkan tidak habis ‘mengaji’ pun, jauh sekali telah ‘mengkaji’… Wall FB masing-masing pun penuh dengan gambar lucah, game, bola dan artis. Namun KW ini berapi-api mengutuk tanpa sedikit rasa simpati atau empati terhadap Tun. Inilah akhlak derhaka generasi kita sekarang. Manalah nak ada keberkatan dengan akhlak sebegini?

Semua ini terjadi hanya semata-mata kerana anak muda kita telah diracuni pemikiran dan emosinya oleh golongan vateran yang bermusuh dengan Tun. Lebih penting lagi ramai golongan yang bermasalah ini juga adalah anak didik Tun sendiri. Beliau dan ramai lagi pemimpin vateran kita mungkin ada khilaf dan dosa di mana-mana, samada melalui tindakan maupun kenyataan, namun keterlaluan mengutuk mereka adalah amat tidak wajar.

KESIMPULAN

Antara sebab kebencian terhadap pemimpin lama ialah kerana kita tidak manfaatkan ilmu dan pengalaman mereka untuk menasihati kita selepas mereka bersara sebagai tanda hormat dan mengenang jasa mereka.

Kami lebih suka, malah menyeru pembaca agar dalam kemelut politik yang sedang melanda negara ini kita banyakkan bermuhasabah, banyakkan men’tausiah’, nasihat menasihati dengan kebenaran dan dengan kesabaran.

Tiada siapa yang terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa. Kami yakin dalam banyak hal, mereka semua telah berusaha untuk berjuang membangun dan mempertahankan negara ini. Kita bersyukur dan berterima kasih dengan pengorbanan mereka untuk kesejahteraan kita.

Anggaplah semua kesilapan mereka itu adalah atas sebab kejahilan dan kelalaian mereka semata-mata, kerana mereka hanyalah manusia biasa seperti kita juga. Nabi SAW tunjukkan uswah baginda terhadap Abu Tholib yang banyak berjasa, dicuba terus memberi nasihat hingga akhir hayatnya. Baginda tangisi kematian beliau, jauh sekali mengutuk dan mencerca tanpa batas macam kita.

Mari doakan agar dosa Tun, TGNA, TGHA dan semua pemimpin vateran kita yang telah banyak berjasa itu diampuni Allah. Mari doakan agar pada sisa usia ini mereka semua dapat hidayah untuk bersatu dan bersama-sama mencari jalan untuk memartabatkan agama dan ummah di negara dan dunia ini, tepat dengan kehendak alquran dan sunnah.

Mari doakan semuga Allah beratkan timbangan amal buat mereka. Semuga Allah rahmati kita semua setelah mereka yang sedang menunggu giliran bertemu pencipta itu tinggalkan kita yang bakal menghadapi segala akibat dari bicara dan kerjabuat kita ini sendirian tanpa mereka.

WARGA PRIHATIN
www.prihatin.net.my

HOT!! Teguran Tun M, Muhyiddin Buktikan Beliau Paling Layak Jadi TPM!


Dalam banyak-banyak statement menteri yang jawab hujah Tun M. Tan Sri Muhyiddin paling sopan dan menghormati tokoh negarawan tu. Apa salah jika menerima dan memgakui.. bukan rugi pun. Orang yang cerdik memang suka tunduk dari mendabik dada.

Kerajaan menerima dengan terbuka semua teguran dan isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata apa sahaja yang disebut oleh bekas perdana menteri itu dilihat sebagai satu teguran dan nasihat untuk memperbaiki kesilapan dan menjadi lebih baik.

"Kita terima ini adalah nasihat daripada bekas pemimpin kita yang amat kita hormati, dan oleh itu apa sahaja yang disebut oleh beliau itu kita berikan perhatian dan kita ucapkan terima kasih di atas teguran-teguran yang telah pun beliau buat terhadap pentadbiran (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dan juga isu-isu yang telah dibangkitkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Permatang Pauh di Permatang Pauh hari ini.

Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata beliau terpaksa menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.

Dr Mahathir berkata berdasarkan situasi semasa dalam negara, kepimpinan Najib perlu diperbaiki, justeru itu beliau terpaksa mengambil pendekatan menarik balik sokongannya supaya Najib mempelajari sesuatu.

Muhyiddin berkata sebahagian besar daripada apa yang berlaku dalam kerajaan adalah hasil daripada perbincangan bersama sebelum ia diputuskan oleh perdana menteri atau kerajaan.

"Sebagai timbalan perdana menteri, saya dapati Datuk Seri Najib mengamalkan sikap terbuka, bersedia terima komen dan pandangan-pandangan," katanya sambil menyatakan turut terkesan dengan kritikan Dr Mahathir kerana dasar-dasar kerajaan digubal secara bersama.

Sambil memberi contoh penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memberi implikasi besar dalam soal keselamatan, Muhyiddin berkata terdapat teguran Dr Mahathir yang memerlukan kerajaan menilai semula langkah-langkah yang diambil dan memperbaiki keadaan.

"Proses penambahbaikan sedang berjalan, baik daripada soal pelan ekonomi, transformasi, hal berkaitan kaum dan sokongan masyarakat kepada kerajaan, semuanya kita nilai bukan sahaja oleh kerajaan tetapi juga oleh parti.

"Saya sebagai timbalan presiden Umno mengambil perhatian tentang perkara itu...jadi kita harap Tun akan terus bersama-sama dengan kita memberikan pandangan yang membina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap perdana menteri diberi ruang dan peluang untuk terus menerajui negara kerana cabaran yang dihadapi kini adalah lebih besar dan perlu ditangani bersama.

"Keadaan pada masa ini telah banyak berubah dan kerajaan perlu lebih prihatin dengan pandangan masyarakat yang kini lebih terdedah kepada media sosial dan berasa bebas untuk menyuarakan pandangan dan pendapat mereka...oleh itu sokongan setiap pemimpin terdahulu adalah amat dihargai," katanya.

Muhyiddin percaya Dr Mahathir terlalu sayangkan Umno dan Barisan Nasional dan mahu parti terus unggul dan mempertahankan kedudukan kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Ditanya sama ada terdapat pihak yang mengambil kesempatan daripada teguran Dr Mahathir untuk melaga-lagakan kepimpinan kerajaan, Timbalan Perdana Menteri berkata: "Pastinya bila dah ada teguran Tun semua orang pandang serius...jadi pastinya ada reaksi tapi harapan kita supaya ia tidak akan menjadi satu perkara yang boleh memecahbelahkan".

Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Dr Mahathir itu mungkin memberi hikmah yang boleh mengukuhkan parti supaya Umno terus kukuh dan dihormati.

Ahad, 24 Ogos 2014

INFO!! Sudah Tiba Malaysia Airlines Wujudkan Uniform Bertudung Untuk Crew Wanita Muslim!


Rasanya dah sampai masa imej Penerbangan Malaysia membawa imej Malaysia yang sebenar. Pramugari yang beragama Islam, sepatutnya diberi pilihan untuk bertudung dan berpakaian tidak seksi.

Mungkin Malaysia Airlines patut tukar imej dan penampilan cabin crew wanita mereka supaya nampak lebih muslimah lepas ni. Kalau taknak muslimah pun, kurangkan baju-baju ketat tu.

Kalau Thai Orient boleh buat macam ni untuk cabin crew wanita Islam mereka kenapa Malaysia Airlines tidak boleh untuk melakukannya?


Saya berpendapat sudah sampai masanya pihak yang terbabit buat tindakan drastik sebegini supaya Malaysia Airlines akan dirahmati dan dipelihara oleh Allah SWT.

Harapan saya agar cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak pengurusan MAS bagi kebaikan semua anak kapal dan rakyat Malaysia itu sendiri.

Mungkin kita boleh mulakan hanya untuk penerbangan dalam negara. Kemudian ianya dilaksanakan secara berperingkat.

Jika sekarang ramai artis remaja bertudung.. bahkan semakin manis dilihat. Tak akan kurangkan kejelitaan pramugari kita walaupun mereka bertudung dan berpakaian sopan!

McTheory:
Betul ka dak?

Sabtu, 23 Ogos 2014

HOT!! Adun Pas Selangor Enggan Tandatangan Surat Sokong Wan Azizah Sebagai MB Selangor! #KrisisSelangor


13 ADUN PAS Selangor masih enggan menandatangani sokongan secara hitam putih kepada calon menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hal ini merumitkan PKR yang mahu memastikan kesemua 43 ADUN Pakatan di Selangor menyatakan kesetiaan kepada presiden PKR itu.

Kami dimaklumkan bahawa hal ini merupakan agenda utama mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.

Perbincangan tersebut bagaimanapun masih belum menemukan sebarang penyelesaian, kata seorang pemimpin PKR yang enggan dinamakan.

Beliau mengakui bahawa PAS dalam mesyuarat semalam tidak bersetuju memberi sokongan pada Wan Azizah melalui melalui pengakuan berkanun.

Difahamkan, para pemimpin pimpinan Pusat PAS tidak bersetuju untuk menandatangani sokongan mereka kerana ia "bukanlah salah satu persetujuan dalam perbincangan sebelum ini."

Oleh yang demikian, satu lagi mesyuarat akan diadakan "dalam masa terdekat" bagi mendapat sokongan tersebut dalam bentuk hitam putih, katanya.


Jumaat, 22 Ogos 2014

HOT!! Mukhriz Mahathir Membazir Ubahsuai Rumah Hingga Berjuta? #KedahSerataRata #HanyaDiKedah


Ada orang bising Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir renovate rumah MB Kedah. Pelik kan.. beliau renovate rumah rasmi MB Kedah, bukan rumah peribadi.

Rumah rasmi MB Kedah diguna oleh semua pemimpin yg dilantik menjadi MB Kedah. Maknanya rumah tu akan jadi rumah rasmi kerajaan.

Ada yang kata rumah tu dah elok, kenapa nak renovate lagi.

Untuk pengetahuan pembaca.

Rumah rasmi MB tu, sebenarnya dah dibina lebih 40 tahun yang lepas. Malah rumah tersebut ditinggalkan kosong selama 20 tahun.

Perabot dan barangan dalam tu dah daif. Takkan seorang MB yang bawa masuk pelaburan berbillion-billion tinggal di rumah sedaif itu?

Rumah yang ditinggalkan tu dah macam hantu jika kita masuk tengok di dalamnya. Jadi tak salah DSMM renovate rumah rasmi tersebut bagi cantik dan menarik.

Sebenarnya beliau boleh bina sebuah banglo peribadi jika beliau mahu. Namun beliau memilih untuk membina rumah rasmi MB kerana beliau amanah. Sama juga dengan Arwah Ustaz Azizan yang renovate pejabat beliau ketika beliau mula-mula masuk menjadi kerajaan negeri.

Jadi apa salah kalau DSMM renovate rumah rasmi MB? Malah beliau bercadang untuk membuat landskap dan rumah tersebut menjadi mercu tanda terbaru dinegeri Kedah.

Rumah rasmi MB juga digunakan untuk Kuliah Pagi setiap Sabtu, jamuan kenduri untuk rakyat, majlis rasmi kerajaan dan pelbagai majlis lain.

Landskap yang menarik, ada yang kata membazir. Sama la juga macam KLCC dan Putrajaya, dulu pun dikatakan membazir, tapi sekarang semua pakat berebut nak duduk kat situ.

Malah Putrajaya sudah menjadi satu mercu tanda Malaysia yang paling terkenal di dunia.

Jadi percayalah rumah MB Kedah akan jadi satu mercu tanda terbaru di Kedah, malah tak mustahil ianya akan popular hingga menjadi tumpuan pelancong.

Khamis, 21 Ogos 2014

HOT!! Sultan Mahukan Pas Jadi Menteri Besar Selangor? #KrisisSelangor


Kita tahu Pakatan Rakyat mencalonkan Azmin dan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor. Selepas PKR memecat dan menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan sebulat suara. Namun apakah mereka itu sesuai menjadi MB Selangor?

Apakah rakyat Selangor patut terima saja dua individu tersebut yang bukan anak Selangor pun.

Mengikut info yang aku dapat, Sultan Selangor lebih berkenan untuk menerima wakil dari parti Pas menjadi Menteri Besar. Ini kerana, Sultan mahu Selangor menjadi seperti Kelantan dan Kedah yang Menteri Besarnya dilihat pro kearah keagamaan.

Malah jika Pas menjadi MB Selangor, Majlis Syura Ulamak juga boleh memainkan peranan untuk kembali mengembangkan syiar Islam di negeri ini. Tiada sebab untuk Pas tidak layak menjadi MB. Jika dihitung kerusi DUN pun, Pas Selangor layak untuk duduk di kerusi MB.

Kenapa wakil Pas? Ini kerana, Pas sudah sinonim dengan kekuatan agama Islam. Untuk membina Selangor yang baru, kekuatan pentadbiran Islam perlu diutamakan. Jika dibandingkan, parti Pas adalah jauh lebih baik dari PKR, lebih-lebih lagi Dap.

Cuba kita tengok negeri Selangor sekarang, masalah sosial adalah ditahap paling rendah. Isu masih gagal diselesaikan. Sudah lama tiada rumah murah dibawah RM50K dibina Sejak 2008, tanah-tanah Rizab Melayu menjadi tanah milik cina secara ghaib, anak-anak muda melayu semakin terpinggir dan dipinggirkan dari arus pembangunan di kawasan-kawasan Bandar.

Belum lagi kita hitung masalah Kesihatan yang ditahap kritikal kerana kecuaian dan kegagalan PBT. Contohnya masalah denggi di Selangor semakin kritikal, hingga 355 kes denggi dicatatkan. Malah ia merupakan jumlah tertinggi di Malaysia.

Jalan di Selangor pun teruk, berlubang-lubang. Langsung tak melambangkan imej negeri maju di Malaysia. Mungkin disebabkan masalah sebegini Sultan mahu merubah terus pentadbiran yang ada.

Dulu Khalid Ibrahim hanya mementingkan ekonomi dan pentadbiran. Beliau tidak menitik beratkan soal moral dan agama, malah beliau tidak langsung peduli kebajikan pada rakyat di Selangor.

Berapa banyak kelab malam dibuka? Berapa banyak rumah urut telah dihalalkan? Berapa banyak lesen arak telah diberi untuk di niaga? Pelacuran pulak? Semua ini perlu pengawalan. Percayalah, jika Wan Azizah nak jadi MB. Akan ada lebih banyak kelab malam, rumah urut, premis minuman keras dan lain-lain lagi.

Jika dipandang dari sudut agama. Selangor paling bermasalah sebenarnya, dikatakan ribuan umat Islam murtad di Selangor setiap tahun, malah kita masih lagi teringat kisah Gereja GMDU di Damansara yang dikatakan tempat 'memurtadkan' umat Islam.

Semua ini berlaku apabila pemimpin tertinggi Selangor tidak menitik beratkan moral dan agama didalam pentadbirannya.

Jika wakil Pas dipilih untuk menjadi MB Selangor, aku percaya pasti beliau akan jadi lebih tegas dari MB Selangor yang sebelum ini.

Jika aku ditanya siapa wakil Pas yang patut dijadikan Menteri Besar, semestinya Pesuruhjaya Pas Selangor jadi pilihan, kerana beliau insan yang paling sesuai untuk duduk di kerusi MB. Kita boleh cadangkan Iskandar Samad kerana beliau sememangnya layak dan ada pengalaman luas malah dilihat mampu menerajui Selangor.

Pendapat aku dilihat senada yang seorang aktivis politik si Ramesh Rao.

Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial. Beliau sering kehadapan didalam isu-isu sensitif dan seolah-olah menjadi wakil 'tak rasmi' kerajaan didalam isu-isu tertentu.

Beliau juga melihat parti Pas antara calon MB yang paling Sultan perkenankan.


"Untuk mengislamkan semula Selangor dan memperbaiki parah yang telah dibuat selama ini, saya percaya Baginda Sultan Selangor, mahukan Pas menjadi Menteri Besar beliau, demi membantu beliau memulihkan semula keadaan negeri Selangor yang tercemar dengan maksiat, dan mahu melihat Selangor kearah lebih Islamik"



Selain dari agama Islam, Iskandar mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik. Iskandar juga pasti menitikberatkan masalah sosial dan kebebasan agama yang semakin menjadi-jadi dan menular di negeri Selangor sekarang. Tak mustahil selepas ini Selangor akan berubah wajah menjadi negeri yang lebih berkebajikan.

Dengan kebijaksanaan Baginda Sultan, sudah pasti baginda utamakan rakyat dan negeri. Pemilihan Pas menjadi Menteri Besar, sudah pasti ia merupakan tindakan dan pilihan yang paling bijak dan tepat.

HOT!! Apabila Ayahanda Tun M Tegur Najib..


Aku memang fanatik Ayahanda Tun M. Tapi aku hormat Presiden UMNO yg dipilih.

Dalam bab tegur ni, tak salah Tun M tegur Najib. Korg pun tahu, Tun M tu bijak orgnya. Kalo korang masih ingat, dia pernah jadi PM di sebuah negara selama 22 tahun. Tu pun kalo korang ingat.

Jika dia tegur cara terbuka, tentu ada yang tak kena. Tentu cara dalaman dah habis digunakan. Atau beliau disekat oleh penasihat2 dari berjumpa dengan Najib. Masakan seorang pemimpin hebat mahu melihat negaranya bergolak dan kacau bilau?

Dalam teguran tu beliau bukan hina Najib, tapi beliau mahu Najib tegaskan pendirian, dia nak tengok Malaysia ni jadi semakin baik, bukan jadi semakin buruk!

Menteri-menteri lain pula, keluarkan kenyataan menghentam Tun M, tanpa menjawab balik apa yang Tun M tegur. Patutnya jawab la.. bukan melalut ke tempat lain.

Patutkah kita membenam seorang ayah yang hanya mahu menegur anaknya yang degil. Sedangkan ayah tersebut dah tua bersendirian hanya ditemani oleh penyokong-penyokongnya yang setia.

Wakeup geng.. takkan nak bawa satu kapal untuk hentam orang tua berumur 89 tahun?

Rabu, 20 Ogos 2014

HOT!! Apa Kerajaan Kedah Buat Selama Mukhriz Mahathir Jadi MB Kedah? #KedahSerataRata #HanyaDiKedah


Mc ambil point ini dari page MMFC (www.facebook.com/MukhrizMahathirFC) memang patut semua ini diketahui oleh rakyat Kedah, baik yang berada didalam atau luar negeri.

Walaupun admin dah banyak kali sebarkan apa yg kerajaan negeri Kedah buat pada rakyat.

Tapi masih ada diantara kita yang tak dpt maklumat dan bertanya seolah-olah kerajaan negeri tak buat apa-apa.

Dibawah ni senarai yg kerajaan negeri Kedah buat utk rakyat.

1- Kit kelahiran rm100

2- Khairat kematian rm200

3- Kursus kawen percuma setiap daerah.

4- Bantuan usahawan utk org muda rm10k.

5- Sumbangan kpd tok imam, guru al-quran bebas, tok mudim, mak bidan, pengurus jenazah, warga emas, OKU dan fakir miskin pd bulan puasa yg lepas.


6- pemberian rm500 pd penoreh getah. (Cadangan asal dri kerajaan Kedah)

7- pemberian kursus dan kerja pd yg menganggur. Utk belia yg mencari kerja.

8- 10k setiap tahun utk pembangunan institusi pondok (yg berdaftar dgn kerajaan negeri) dan elaun rm2k setiap bulan.

Dan banyak lagi program kecil2 yg dibuat oleh kerajaan negeri utk rakyat Kedah.

Dlm proses dan sudah diumumkan ialah:

1- rumah pr1ma 20k buah.

2- rumah pprt 20k buah.

3- rumah felda generasi kedua, dlm pembinaan.

4- litar lumba utk belia dan pelancongan (bulan dpn pecah tanah)

5- hotel islamic international di langkawi.

6- bandar teknologi getah (tunggu green light dari pusat)

7- international airport (tunggu green light dri pusat)

8- Medical Science City di Kulim, Bandar Baharu.

Byk woo.. penat nak hitung. Paling ketara pelaburan luar masuk ke Kedah dlm suku tahun pertama sbanyak rm4billion ringgit. KEDAH menjadi negeri no 2 dibelakang sarawak mendapat pelaburan luar tertinggi.

Jadi admin nak pesan, sila baca bahan ilmiah dri kerajaan negeri dri baca bahan lagha dri pihak lain.

Salam kasih sayang utk semua..

#MMFC

Selasa, 19 Ogos 2014

PANASS!! Cubaan Untuk Bunuh Mukhriz Mahathir? #KedahSerataRata #MMFC

Saja letak gambar ni.. nak bagi panas lagi..

Ini cerita mengenai orang jadi baik yang dianggap jahat oleh puak-puak nak cepat kaya.

Zaman sekarang ni, orang yang berbuat baik selalu dimarah. Contohnya macam Khalid Ibrahim. Tak pasal-pasal nak kena pecat!

Sama juga dengan kes Pas Kedah dulu. Arwah Ustaz Azizan sikit punya baik. Org Pas juga yang tikam dia dari belakang.

Ini kisah orang baik dalam PKR dan PAS. Dalam Dap takdak orang baik rasanya.

Kini tiba Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir. Sememangnya DSMM baik dan jujur dalam pentadbiran, hingga ada yang membenci beliau sebab kejujuran dan amanah yang beliau buat.

UMNO parti kebanggaan orang Melayu Islam, parti kebanggaan aku sejak kecik. Aku sebak setiap kali lagu UMNO dinyanyikan dalam dewan PWTC. Sebak bukan sedih, tapi semangat.

Cuma kali ni aku sedih.. kesedihan kali ini, apabila parti keramat ini dihuni oleh orang-orang perniagaan. Orang-orang yang mahu cepat kaya. Orang yang nampak UMNO tu lubang duit dan untuk kaya. Mereka ini memusnahkan UMNO, mereka ini yang mencemarkan nama UMNO hingga busuknya terpalit dengan kami.

Bila ada orang UMNO yang baik, mahu membina UMNO semula. Mereka yang mahu kaya cepat ni, akan pijak dan lunyai cukup-cukup. Sebab orang yang baik, takkan pecah amanah dan buat kerja ikut landasan agama dan undang-undang.

Kini TMK diserang.. diserang kerana mempertahankan MB Kedah dan kerajaan negeri. TMK harus dimusnahkan, barulah tembok yang selama ni membenteng MB tiada lagi.

Tapi aku tak kisah, biar TMK diserang, dicaci dan dimaki. Janji MB dan kerajaan negeri Kedah akan ku pertahankan.

Allah tu maha Adil..

Kepadanya kami berserah!

- Team Media Kedah -

McTheory:
Dunia ni berputar.. anytime boleh jatuh bro..

Ahad, 17 Ogos 2014

HOT!! Pas Tak Sokong Khalid Jadi MB Selangor!! #BubarDunSelangor


Kenyataan media hasil mesyuarat Pas Pusat, menolak Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Malah menyokong Wan Azizah atau Azmin Ali sebagai ganti Khalid jadi MB Selangor.

Kenapa Pas tiba-tiba bertukar arah? Adakah disebabkan perkara dibawah? Atau pengaruh Anwar dalam Pas makin kuat hingga mengenepikan keputusan Majlis Ulamak?


Kepimpinan Ulamak hanya tinggal kenangan dalam Pas!!

Khamis, 14 Ogos 2014

HOT!! Ucapan Penggulungan Buktikan @MukhrizMahathir MB Kedah Untuk Semua!! #KedahSerataRata #SidangDunKedah


Teks penuh ucapan penggulungan YAB Menteri Besar di #SidangDunKedah

Penggulungan Titah Ucapan KDYMM Tuanku Sultan kedah oleh YAB

DATO’ SERI HAJI MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR

MENTERI BESAR KEDAH

Sempena Persidangan pertama dewan undangan negeri kedah penggal kedua


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,

Salam sejahtera,

Salam 1Malaysia dan

Salam Kedah Aman Makmur.

Yb Dato’ Paduka Speaker

Ahli-ahli Yang Berhormat,

Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan,

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan inayahnya, membolehkan kita hadir di dewan yang mulia ini untuk persidangan penggal kedua Dewan Undangan Negeri Kedah.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih ke atas ke bawah D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah di atas titah ucapan baginda. Segala titah pandangan, cadangan dan nasihat bernas ke bawah D.Y.M.M Tuanku Sultan itu, sudah tentu saya jadikan asas dan panduan bagi memajukan negeri Kedah selaras dengan kedudukannya sebagai negeri aman dan makmur.

3. Kesemua yang dititah itu dilihat sebagai titah ikhlas berniat baik yang datangnya atas harapan untuk mendorong penambahbaikan, bukan datangnya kerana rasa kecewa atau tidak puashati dengan prestasi pentadbiran Kerajaan Negeri yang sediada sepertimana yang cuba digambarkan oleh media tertentu.

3. Bagi pihak pimpinan negeri dan seluruh rakyat negeri Kedah, saya mendoakan, agar ke bawah D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Abdul Halim Mua’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah dan D.Y.M.M Sultanah Hamimah ....... Sultanah Kedah mendapat rahmat dan hidayah daripada Allah s.w.t, diberi kesejahteraan, dipanjangkan umur dan dilimpahi kesihatan yang baik setiap masa.

4. Dalam dewan yang mulia ini, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi junjungan kasih kepada Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman, Tunku Temenggong Kedah, di atas kesudian merasmikan sidang dewan pagi kelmarin.

5. Junjungan kasih juga saya panjatkan kepada YTM Tunku Hamid Thani ibni almarhum Sultan Badlishah, Tunku Laksamana Negeri Kedah dan YTM Tunku Intan Shafinaz binti Sultan Abdul Halim Shah, Tunku Panglima Besar negeri Kedah di atas kesudian berangkat di istiadat perasmian pembukaan sidang dewan penggal ke-2 kelmarin.

YB Dato’ Paduka Speaker,

6. Pada kesempatan ini saya bagi pihak kepimpinan negeri dan rakyat Negeri Kedah turut mengucapkan takziah di atas kemangkatan Almarhum Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Darul Aman, pada Rabu, 21 Rejab 1435 hijriah bersamaan 21 haribulan Mei 2014 masihi, yang lalu. Almarhum Tunku telah banyak memberi sumbangan bermakna kepada negeri Kedah. Marilah kita sama-sama memanjatkan doa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

7. Saya mengajak semua ahli Yang Berhormat untuk membacakan al-fatihah dan bertafakur; Al fatihah.

Terima kasih.

8. YB Dato’ Paduka Speaker, saya juga ingin merakamkan takziah kepada waris dan kaum keluarga MH17 dan berdoa semoga Allah memudahkan segala usaha pencarian MH370. Segala ini merupakan dugaan yang ditentukan oleh Allah seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud:

“demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar”.

9. Demikian juga menurut Ibnu Kathir yang menjelaskan,

“dengan melafazkan ayat ini menunjukkan seseorang itu menerima segala musibah yang menimpanya dan mengakui bahawa dirinya adalah hamba dan milik Allah swt. Allah swt berkuasa melakukan apa saja ke atas hamba-nya.”

10. Namun apa yang menyedihkan, ada pula pihak yang tidak bertanggungjawab sengaja mengambil kesempatan dan memanipulasi fakta demi kepentingan peribadi mereka. Seelok-eloknya janganlah ada pihak yang menangguk di air yang keruh. Marilah kita bersama-sama bersimpati dengan keluarga yang berhadapan dengan dugaan seperti ini.

YB Dato’ Paduka Speaker,

11. Selaku ketua kerajaan Barisan Nasional negeri, saya ingin merakamkan rasa penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Kedah kerana telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menerajui kepimpinan negeri semenjak 15 bulan yang lepas. Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi mandat dan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat. Kami akan melaksanakan tanggungjawab dan tugas sebaik-baiknya demi kepentingan dan kemakmuran seluruh warga Kedah Darul Aman dan Malaysia, amnya.

12. Bermula dari hari itu, saya dan rakan-rakan kepimpinan BN negeri, telah turun dan bertemu rakyat di seluruh pelosok negeri bagi bertemu rakyat untuk mengenal pasti segala keperluan dan masalah yang mereka hadapi. Alhamdulilah penerimaan rakyat itu menjadi pembakar semangat untuk kami terus berusaha dengan gigih tanpa mengenal erti jemu dan lelah demi menjadikan Kedah sebagai negeri pilihan utama di Malaysia untuk didiami, bekerja, melabur, beriadah dan membina keluarga.

YB Dato’ Paduka Speaker,

15. Izinkan saya untuk berkongsi satu petua amanah kepemimpinan, seperti yang disebut oleh pujangga Melayu:

Bertuah ayam ada induknya

Bertuah serai ada rumpunnya

Bertuah rumah ada tuanya

Bertuah kampung ada penghulunya

Bertuah negeri ada rajanya

Bertuah imam ada jemaahnya

YB Dato’ Paduka Speaker,

16. Dalam tempoh lebih satu tahun Barisan Nasional kembali memegang teraju pentadbiran negeri Kedah, kita telah berjaya menyusun semula sistem pentadbiran negeri dengan berhemah. Semuanya itu adalah usaha untuk memenuhi janji dan ikrar kita untuk melicinkan pentadbiran negeri bagi menyampaikan dan melaksanakan segala rancangan pembangunan dan sekaligus membawa kemajuan yang diharapkan oleh rakyat.

17. Bagi saya, negeri Kedah, perlu disiap sediakan untuk menghadapi pelbagai cabaran dan suasana di luar jangka. Kita perlu bersedia dan berani berubah, serta melakukan lonjakan kuantum, dengan izin, (quantum leap) untuk menghadapi tuntutan perubahan masa depan dan global yang sedang dan akan dihadapi oleh anak cucu kita.

18. Sehubungan dengan itu sukacita saya nyatakan di sini bahawa kerajaan Kedah telah berjaya merencanakan dan melaksanakan perubahan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip lautan biru, seperti berikut;

. mengurangkan kerenah birokrasi,

. menghapuskan prosedur jumud,

. mewujudkan pentadbiran telus, beretika dan berintegriti tinggi, dan yang akhirnya

. menambah peluang pembangunan insan.

19. Kita amat meyakini keempat-empat prinsip ini akan melonjakkan kecekapan, pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam negeri Kedah. Pencapaian kearah itu sedang didukung oleh penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang telah dilancarkan dengan menggabungkan perkhidmatan awam dan swasta serta melibatkan pelbagai kluster jabatan keselamatan, kesihatan, perkhidmatan, kewangan, pembangunan belia dan pendidikan di dalam satu kompleks demi kemudahan dan kesenangan rakyat untuk berurus dengan kerajaan walaupun hingga lewat malam dan pada hari minggu.

YB Dato’ Paduka Speaker,

Untuk memastikan proses pembaharuan dan transformasi pentadbiran terus berkekalan dan mantap maka saya telah menubuhkan satu jabatan khas yang dikenali sebagai jabatan integriti dan tadbir urus - JITU. JITU bertindak selaku pendokong untuk meningkatkan tahap kesedaran kakitangan awam terhadap pelbagai elemen ketidak cekapan yang merugikan kerajaan dan salah laku dalam pentadbiran, khususnya salah guna kuasa dan rasuah.

22. Hakikatnya, bilangan penjawat awam kita akan meningkat saban tahun. Justeru, visi utama JITU adalah untuk menjadi satu agensi penggerak, pengawal dan pemantau keutuhan tadbir urus dan budaya integriti dalam perkhidmatan awam negeri Kedah Darul Aman. JITU berfungsi untuk menerapkan budaya kerja unggul yang selaras dengan standard prosedur, dasar-dasar, peraturan dan perundangan yang ditetapkan untuk menghasilkan, dengan izin, output dan outcome yang optima.

YB Dato’ Paduka Speaker,

23. Kerajaan negeri sedar bahawa kita perlu mengorak langkah untuk lebih berdikari tanpa terlalu bergantung kepada bantuan persekutuan. Dalam hal ini kita telah merancang untuk meningkatkan pelaburan dalam pelbagai bidang penting, pembangunan infrastruktur, sumber manusia dan juga industri kecil dan sederhana (SME).

24. Dari sudut infrastruktur, kerajaan negeri dan agensi Persekutuan telah meningkatkan perbelanjaan untuk menarik lebih banyak pelaburan domestik dan asing datang beroperasi di Kedah. Contohnya, perbelanjaan berjumlah hampir RM100juta untuk pembangunan zon industri fasa ke-4 di Taman Teknologi Tinggi Kulim kini telah hampir siap.

24. Ternyata usaha Kerajaan Negeri telah membuahkan hasil apabila nilai pelaburan domestik dan asing pada suku pertama 2014 di Kedah bernilai RM4bilion dan mewujudkan lebih dari 3,000 peluang pekerjaan berpendapatan sederhana dan tinggi. Ingin saya jelaskan disini bahawa angka2 yg kita perolehi dari MIDA ini adalah angka pelaburan sektor pembuatan. Lazimnya ianya tidak melibatkan sektor perkhidmatan termasuk pembinaan hotel sepertimana yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang.

Beliau tanya dimanakah MIDA mendapat angka2 pelaburan kerana kononnya angka pelaburan Pulau Pinang dilihat terlalu rendah kerana tidak ambilkira pembinaan enam hotel yang dikatakan mempunyai GDV bernilai RM693juta dari 2014-2017, dan pelaburan GLC Singapura Temasek Holdings dalam Taman Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang bernilai RM11.3bilion!

KM Pulau Pinang sepatutnya tahu bahawa angka pelaburan yang dilaporkan MIDA hanyalah dalam pelaburan sektor pembuatan, tidak termasuk angka sektor perkhidmatan seperti perhotelan dan perbankan, dan juga sektor perlombongan, dan mengikut suku atau tahun pelaburan itu diluluskan. Kalau nak kira pelaburan hotel, di Langkawi sahaja sudah diluluskan projek2 bernilai lebih RM12 bilion. Maka Kedah tetap menunjukkan prestasi yang amat baik dalam menarik pelaburan.

Disini ingin saya menyentuh sedikit mengenai isu penjualan syarikat fabrikasi wafer tempatan iaitu Silterra yang beroperasi di KHTP. Walaupun saya faham tekanan kewangan yang dihadapi oleh pihak Khazanah yang walaupun telah melangsaikan sukuk berkait dengan Silterra bernilai RM4.5bil, dan kelangsungan operasi kilang teknologi tinggi seperti ini melibatkan belanja sebanyak berbilion ringgit setiap beberapa tahun, saya masih rasa terlalu berat untuk melepaskan kepentingan Malaysia kepada negara asing dalam syarikat "home grown" kebanggaan kita ini. Maka saya setuju jika Khazanah dapat pertimbangkan semula hasrat penjualan Silterra kepada pihak asing.

YB Dato Paduka Speaker,

26. Iktibar daripada pembangunan Taman Teknologi Tinggi Kulim dan mengambil kira maklum balas pemain-main industri maka saya sedang usahakan penubuhan Taman Sains dan Teknologi Kedah. Kerajaan negeri telah meluluskan sebidang tanah seluas 1800 ekar di Bukit Kayu Hitam untuk tujuan ini. Di sini, penekanan khas diberikan kepada pembangunan industri dan perkhidmatan sokongan mengikut kluster-kluster tertentu. Lokasi strategiknya yang bersempadanan dengan Thailand merupakan satu kelebihan yang menarik pelabur.

27. Satu lagi inisiatif kerajaan negeri ialah untuk membangunkan bandar sains perubatan kedah, dengan izin Kedah Medical Science City, di sebidang tanah seluas 660 ekar di Bandar Baharu. Kluster ini pula mengambil kesempatan ke atas industri elektronik dan elektrikal yang sedia wujud di kawasan sekelilingnya.

28. Kedua-dua buah projek yang saya nyatakan tadi adalah bagi menyahut titah Tuanku yang menyarankan agar kerajaan mementingkan perlaksanaan perancangan jangka panjang. Kerajaan berusaha untuk mewariskan kepada generasi akan datang pembangunan ekonomi yang lestari dan mapan. Nasihat Tuanku supaya perancangan kerajaan tidak bertujuan untuk meraih populariti jangka pendek ditaati sepenuhnya.

YB Dato’ Paduka Speaker,

29. Selaras dengan akujanji kerajaan dalam pilihan raya yang lepas maka pembinaan rumah-rumah mampu milik dan kos rendah menjadi tumpuan utama perancangan dan pembangunan demi keselesaan rakyat. Menyedari hakikat ini kerajaan negeri Kedah telah mengenal pasti tapak-tapak milik individu atau kerajaan yang bersesuaian untuk membangunkan tidak kurang dari 6000 unit rumah mampu milik dan kos rendah setahun, setiap tahun, sehingga tahun 2018. Skim perumahan rumah mampu milik (RMM), Projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) dan Program Perumahan Rakyat akan terlaksana melalui dasar kerajaan negeri untuk memastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah.

Skim ini akan menumpukan perhatian terhadap golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Justeru, pada tahun 2013 sahaja 6,698 buah rumah telah berjaya dibina dan pada tahun ini 9,100 buah rumah lagi sedang dan akan didirikan. Dengan pencapaian yang membanggakan ini, kami yakin sasaran pembinaan 40,000 unit rumah mampu milik dan kos rendah sehingga tahun 2018 akan tercapai.

30. Kewujudan rumah mampu milik dan kos rendah yang selesa ini, diharapkan dapat menghindarkan masalah sosial yang pelbagai.

31. Pada zaman moden ini pembinaan prasarana dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah amat asasi. Kedah tidak boleh ketinggalan dalam pembangunan ICT seiring dengan tuntutan terhadap kemudahan capaian komunikasi jalur lebar di bandar dan luar bandar.

32. Untuk tujuan itu kerajaan telah membina sebanyak 33 Pusat Internet 1Malaysia, 7 buah pusat Jalur Lebar Komuniti, 17 Perpustakaan Jalur Lebar, 253 buah kampung tanpa wayar dan 290 buah lokasi Projek WIFI 1Malaysia. Walaupun kita akui terdapat serba sedikit masalah penyelenggaraan di sana sini, tetapi kerajaan negeri sedang mengatasinya.

Kerajaan telah menyediakan kemudahan ICT ini. Tapi malangnya sebilangan kecil pengguna telah menyalah gunakan dengan mengeluarkan kenyatan biadap, malah DYMM Tuanku. agong juga tidak bebas dari penghinaan melalui media sosial. Saya menyeru setiap ahli dewan tidak kira kawan mahupun lawan bertindak lebih proaktif dalam menangani isu ini)

33. Kerajaan telah melaksanakan projek pembinaan menara telekomunikasi di kawasan-kawasan tidak bernilai komersial. Juga untuk melengkapkan pembangunan ICT maka kerajaan telah meluluskan Projek Kedah Digital Transformation Centre (KDTC) di UTC Kedah. Antara matlamat penubuhan KDTC ini adalah berperanan sebagai medium pembangunan insan, termasuklah meningkatkan kemahiran insaniah, kepimpinan dan tekno keusahawanan. Pusat ini juga akan memberi latihan dan kemahiran ICT kepada golongan sasar khususnya belia.

YB Dato’ Paduka Speaker,

34. Kerajaan negeri telah mengambil iktibar daripada kemusnahan harta benda dan hasil pertanian akibat dari bencana banjir yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Maka projek rancangan tebatan banjir (RTB) menjadi salah satu agenda utama kerajaan. Dengan adanya projek ini beribu-ribu hektar tanah pertanian boleh diselamatkan, secara tidak langsung boleh meningkatkan ekonomi setempat serta memberikan keselesaan dan kemakmuran pada para penduduk.

YB Dato’ Paduka Speaker,

35. Berdasarkan kepada pengalaman saya sewaktu menuntut di Jepun pada satu ketika dahulu, saya melihat aspek kebersihan merupakan sesuatu yang amat dititik beratkan demi kesejahteraan rakyat. Oleh kerana itu, untuk menjadi sebuah negeri yang aman dan makmur, Kedah telah menyelesaikan isu buangan domestik dengan jayanya. Kalau dulunya longgokan sampah kelihatan di merata tempat dan longkang di kawasan perumahan jarang sekali dibersihkan, kini lori sampah kerap beroperasi dan saliran air semakin lancar hasil dari kerja-kerja pembersihan secara berkala. Natijahnya, ini menyumbang kepada pengawalan merebaknya penyakit seperti denggi.

YB Dato’ Paduka Speaker,

36. Salah satu sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di Kedah ialah pelancongan. Sedar atau tidak khazanah dunia yang teramat tinggi nilainya terletak di Kedah. Tamadun Kedah Tua di Sg Batu adalah warisan tinggalan yang teragung dan terunggul di rantau ini yang perlu kita ketengahkan. Melihat kepada potensi ini kerajaan negeri sedang membangunkan warisan-warisan ini dari dua sudut utama. Yang pertama sebagai tarikan pelancongan yang dapat menjana pendapatan lumayan kepada negeri. Kedua, sebagai tunjang kepada pembentukan jati diri yang telah bertapak dan berkelangsungan selama ribuan tahun. Inilah intisari jatidiri Kedah.

37. Berlandaskan kepada intisari tamadun Kedah yang panjang ini, maka kerajaan sedang dan akan mengkaji dengan lebih mendalam segala butiran yang sahih untuk membina pengetahuan bagi pendidikan pelbagai lapisan masyarakat khususnya belia. Dengan kerjasama pelbagai institusi akademik dan latihan, maka kita sedang membentuk modul-modul sebagai landasan mendidik generasi muda dan mendedahkan kepada mereka keagungan sejarah dan tamadun mereka bagi melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Kedah.

38. Kerajaan negeri merasa bertanggungjawab untuk menyedarkan semua golongan rakyat tentang kewujudan sejarah tamadun Melayu yang menjangkau ribuan tahun dan Kedah adalah satu-satunya negeri yang mempunyai khazanah ini.

YB Dato’ Paduka Speaker,

39. Untuk meningkatkan kualiti dan kemakmuran hidup, Kerajaan negeri sentiasa memikirkan kaedah transformasi pembangunan modal insan. Kerajaan merencanakan modal insan berdasarkan 4 bidang iaitu; agama, sains, kemahiran dan kemahiran bertaraf tinggi. Sebagai contoh, modal insan berteraskan agama, iaitu mewujudkan pondok moden Nahdzah. Kita menyedari betapa pentingnya pembelajaran sepanjang hayat, kerana pembangunan modal insan tidak hanya tertumpu kepada golongan muda sahaja malahan golongan warga emas juga tidak dipinggirkan. Dengan adanya pondok moden ini, membolehkan golongan tua selesa menikmati kemanisan ilmu di kawasan yang lebih teratur dan kondusif.

YB Dato’ Paduka Speaker,

41. Ahli-ahli Yang Berhormat apabila saya menghayati titah Tuanku pada 11hb yang lepas, antara mesej yang paling penting yang disentuh ialah mengenai perpaduan. Pada pandangan Tuanku ikatan perpaduan dinegara kita dilihat semakin longgar. Sebagai pemimpin negeri saya tidak boleh mengelak dari memahami isi hati ke bawah Duli Tuanku. Malah masalah ini semakin tidak terkawal sehinggakan baginda Tuanku juga tidak terlepas dari tohmahan dan penghinaan. Tentu sekali Ahli-ahli Yang Berhormat turut merasa bimbang dengan perkembangan ini dan tertanya-tanya apakah kesudahannya sekiranya tiada tindakan susulan yang dilakukan.

42. Kebawah Duli Tuanku juga bertanya apakah mungkin sistem pendidikan yang kita amalkan tidak cukup untuk memupuk perpaduan dikalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama. Sambil kita mengiktiraf kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan, mungkinkah sudah tiba masanya kita memperkasakan sekolah kebangsaan sehingga boleh diterima oleh setiap golongan masyarakat dan menyumbang kepada pembinaan sebuah bangsa Malaysia yang bersepadu.

Disini saya ingin menyahut cadangan yang telah dikemukakan dalam sidang dewan ini agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan apa jua saluran untuk mengeluarkan kata2 kesat tanpa mempedulikan sensitiviti agama, kaum dan lain2.

Saya amat berterima kasih kepada semua ahli2 DUN Kedah kerana berbahas sepanjang penggal ini dan setahu saya dipenggal2 sebelum ini juga dalam keadaan yang berhemah, tidak bertelingkah dengan lontaran cemuhan atau carutan, sebaliknya menjaga keharmonian dan patuh peraturan2 mesyuarat. DUN Kedah menjadi dewan yang perlu dicontohi oleh beberapa negeri2 yang lain dimana kerap berlakunya kekecohan sewaktu persidangan

43. Marilah kita sama-sama mendukung titah ke bawah Duli Tuanku dengan menjaga perpaduan demi kelangsungan kemakmuran rakyat dan negeri Kedah. Berbeza ideologi politik bukan alasan untuk memutuskan tali silaturrahim. Negeri ini dibina atas batu asas toleransi. Maka janganlah kita musnahkan asas yang terbina itu. Malah pihak kami terbuka untuk berdialog dengan pihak sana untuk melihat bagaimana kita boleh bekerjasama tidak sebagai Kerajaan dan pembangkang, tetapi sebagai rakan kongsi yang bergerak sederap dan seiring semata2 untuk melonjakkan kepentingan negeri Kedah Darul Aman lebih kehadapan.

Minal Aiddil wa Faizin..Kul Lul Am Wa Antum Bi Khair

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf dzahir dan batin.

YB Dato’ Paduka Speaker,

44. Saya turut menyokong usul menjunjung kasih kepada YTM Tunku Temenggong Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah atas titah ucapan sempena perasmian pembukaan DUN Kedah DA bagi penggal kedua DUN Kedah yang ke 13.

Wabilahi taufiq wal hidayah,

Wassalamualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh

#MMFC #MukhrizMahathirFC #Hanyadikedah #KedahAmanMakmur #KedahSerataRata

Rabu, 13 Ogos 2014

HOT!! Tan Sri Khalid Ibrahim Hadiahkan Kerja Terbaru Pada Anwar Ibrahim!! #KejangMove


Apakah ini jawatan terbaru Khalid Ibrahim berikan pada Anwar Ibrahim di Selangor?? Kah kah kah...


Gila baqq angg.. kerja berat tuu.. hahaha..

Hot!! Apa yang Menarik Dalam Sidang Dun Kedah? #KedahSerataRata #SidangDunKedah


Sidang Dun Kedah berakhir hari ini. Dibawah merupakan point penting yang patut rakyat Kedah tahu

ADUN Bakar Bata Dato Paduka Ahmad Bashah membangkitkan soalan mengenai pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim serta mengenai bantahan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang..

ADUN Ayer Hitam Dato Seri Mukhriz Mahathir menjawab..Kerajaan Negeri Kedah memang berhasrat serius untuk membina LTA Kulim..

Mengenai bantahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula..

ADUN Ayer Hitam menjawab bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang TIADA ASAS untuk membantah..malah cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yg mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan memperbesarkan LTA Bayan Lepas ataupun membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kedua Pulau Pinang adalah cadangan yg tidak munasabah kerana ianya tidak praktikal serta memakan kos yg lebih besar dan juga memakan masa.

Pulau Pinang tidak mempunyai tanah yg sesuai utk dijadikan LTA kerana tanah di Pulau Pinang juga sesak..malah LTA Bayan Lepas juga dikelilingi dgn kilang2 besar dan sederhana..manakala di sebelah barat daya LTA Bayan Lepas pula dikelilingi kawasan berbukit yg sudah pasti tdk sesuai dan memerlukan kos yg sgt besar utk tujuan pembesaran LTA Bayan Lepas..

Menurut ADUN Ayer Hitam lagi..pembinaan LTA Kulim ini akan memberi banyak manfaat utk pembangunan negeri serta pelaburan asing..ketika ini kargo2 daripada industri di Perlis, Kedah, Utara Perak dan Selatan Thai menggunakan LTA Bayan Lepas..malangnya LTA Bayan Lepas hanya mempunyai satu landasan saja di mana pesawat penumpang dan pesawat kargo berkongsi landasan..sudah pasti pesawat penumpang diberi keutamaan utk berlepas dan setiap tahun bilangan penumpang meningkat secara tinggi..terdapat laporan yg mengatakan bhw ada syarikat di kawasan Zon Perdagangan Bebas FTZ Pulau Pinang terpaksa menghantar kargo mereka di KLIA kerana LTA Bayan Lepas sesak..

ADUN Pengkalan Kundur bangun tanya soalan tambahan mengenai adakah Kerajaan Persekutuan sudah meluluskan rancangan utk membina LTA Kulim ini kerana projek LTA Kulim ini merupakan projek mega yg menelan kos yg tinggi..ADUN Ayer Hitam jawap..ya kerajaan negeri sudah pun memaklumkan kepada kerajaan persekutuan..dan mendapat respon yg baik.

Menteri dari Jabatan Perdana Menteri dlm kunjungan lawatan ke Kedah pun sudah dimaklumkan secara terperinci..malah kerajaan persekutuan akan melawat tapak LTA Kulim yg dicadangkan.

UPDATE seterusnya selepas ini..

#MMFC #SidangDunKedah

Ahad, 10 Ogos 2014

HOT!! Surat Warga Israel Kepada Ayahanda Tun Dr Mahathir!



Surat dari seorang yahudi, Shalom dari Hanan, Israel untuk Ayahanda Tun Dr Mahathir.


Dr Mahathir,
Sangat mantap secara logik bersandarkan pada bekas pentadbiran Reagan yang mempunyai mikrofon dan kamera dalam pentadbiran Bush, Encik Paul Craig Roberts. Anda sentiasa mengumpul fakta bukan dari sumber pertama hanya dari tangan kedua yang membasuh kain. Sudah tentu seorang anti Yahudi akan mendapatkan maklumat daripada seorang anti jew yang lain. Anda boleh merujuk kepada organisasi kemanusiaan Al Qaeda untuk maklumat lanjut, mereka mempunyai banyak maklumat.

Anda berkata:
"1. Saya ingin Angkatan Tentera Malaysia menyerang Amerika Syarikat dan Israel."
Oh, wira yang hebat. Anda mempunyai peluang untuk melakukannya semasa anda seorang PM di dalam perkhidmatan. Mengapa tidak anda uji kekuatan tentera Malaysia dan kemahirannya? Anda mempunyai peluang yang baik untuk menjadi seorang wira Islam melakukan Jihad terhadap kera dan monyet. Menjadi Salah ed Din pada zaman moden. Bagaimana anda boleh terlepas peluang untuk menjatuhkan kedua-dua, Amerika dan Israel dan membiarkan Iran untuk melakukannya sendiri? Oh retorik yang besar, adakah anda tahu bagaimana rupa satu peperangan?

Anda mengambil berat tentang bayi Iraq, Palestin, dan lain-lain ... Beruntungnya kami kerana anda tidak mengambil berat tentang anak-anak Yahudi yang menderita setiap hari dari roket Hamas yang merupakan sebuah organisasi amal Islam. Oh, 8 tahun mereka menghantar beribu-ribu roket penuh dengan peluru gula-gula yang menjatuhkan gula-gula kepada kanak-kanak di Sederot dan Negev.

Oleh kerana orang Yahudi mengawal ramai orang sebagai proksi, saya tidak pasti anda, Dr Mahathir tidak dikawal oleh mereka juga. Anda akan mengatakan bahawa anda tidak dikawal oleh Yahudi, tetapi saya boleh beri jaminan bahawa saya mengawal anda. Bolehkah anda menafikannya? Malaysia juga telah dimanipulasi oleh orang-orang Yahudi, dan kerana itulah mereka(Malaysia) tidak menyerang Amerika Syarikat dan Israel. Anda perlu menyemak dengan baik di kalangan menteri-menteri kerajaan dan pegawai-pegawai dan mencari kuda Trojan(proksi Yahudi) di sana.

Anda benci Israel bukan kerana konflik Israel-Palestin, tetapi anda benci hanya kerana kebencian orang Islam terhadap orang-orang Yahudi, yang kera dan babi. Kebencian anda bukan kerana politik, tetapi agama. Anda hanya sedang tenggelam di dalam era kegelapan moden.

Anda pernah berkata dalam satu ucapan anda bahawa umat Islam perlu menggunakan otak mereka untuk menghilangkan 13 Juta dominasi Yahudi di kalangan 1.3 bilion umat Islam. Adakah anda seorang yang boleh menjadi ikutan? Adakah anda mempunyai kebijaksanaan untuk melakukannya? Adakah anda mempunyai kuasa untuk melakukannya? Adakah anda tahu mengapa pelan anda tidak tercapai? Ini adalah kerana ia adalah tidak benar, tidak logik, tidak wajar, bukan kerana orang Yahudi telah mengawal dunia melalui proksi. Sejarah adalah lebih kuat daripada mana-mana kerajaan, pemimpin atau rakyat. Orang-orang Yahudi terselamat daripada peristiwa yang lebih rumit daripada apa yang anda sedang rancang, jadi jangan terlalu mengharap (kalau org melayu ckp “jangan haraplah..”), kami akan terus hidup walaupun berhadapan dengan rancangan anda.


Ini Jawapan dan reply dari Dr. Mahathir bin Mohamad

Tun Dr Mahathir membalas seperti Berikut:

Wahai Hanan,

1. Saya bersetuju sepenuhnya dengan anda bahawa untuk membina satu bangsa yang besar bukan hanya dengan menggunakan otak, tetapi seperti yang anda katakan ia pasti dapat membantu.

2. Bagaimanapun dengan menggunakan otak sahaja tanpa hati (perasaan) boleh menghasilkan satu raksasa.

3. Israel sudah tentunya satu bangsa yang besar, menjadi besar melalui otak pencapaian-pencapaian yang telah disenaraikan. Ya saya telah menggunakan produk-produk yang berasal daripada Israel seperti Microsoft Windows dan cip Pentium (yang dibuat di Malaysia) oleh Intel, sebuah syarikat Amerika.

4. Malah saya berhutang nyawa saya sepenuhnya kepada Israel kerana tentunya ada sesuatu yang telah dicipta oleh Israel diantara instrumen-instrumen yang digunakan dalam pembedahan jantung. Walau bagaimanapun kebanyakan produk yang digunakan telah dicipta dan dihasilkan oleh Jepun.

5. Saya kagum dengan bilangan Nobel Laureates yang Israel telah hasilkan. Saya akui kita tidak menghasilkan walaupun satu.

6. Tetapi bila hanya menggunakan otak tanpa hati, ia tidak akan menitikberatkan kesengsaraan yang terhasil daripada produk otak.

7. bom atom yang membunuh 100,000 lelaki, wanita, kanak-kanak dan bayi adalah hasil daripada otak Israel (Yahudi). Kebanyakan senjata jahat kini digunakan untuk membunuh berjuta-juta orang juga dicipta oleh Israel kepada Yahudi Zionis. Peluru Uranium dan fosforus yang telah digunakan di Gaza juga merupakan produk daripada otak Israel.

8. Krisis kewangan semasa yang sedang memusnahkan ekonomi Amerika Syarikat dan Britain malahan kesemua negara di dunia adalah disebabkan oleh manipulasi bank-bank, institusi kewangan dan sistem kewangan yang menyokong Yahudi Israel.

9. penafian kebebasan bersuara apabila ia datang kepada pembunuhan yang dikatakan orang-orang Yahudi dalam Perang Dunia II juga diilhamkan oleh Yahudi Zionis.

10. Tetapi lebih teruk sekali ialah rampasan tanah Palestin untuk mewujudkan negara Israel. Tidak puas dengan kawasan yang diberikan kepada orang-orang Yahudi oleh Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah merampas lagi tanah Palestin, membina penempatan di dalam kawasan-kawasan Palestin, tidak membenarkan rakyat Palestin menggunakan jalan raya yang dibina di atas tanah Palestin, membina titik cek sendiri di sempadan Palestin dengan Jordan dan dibina Tembok Berlin versi anda melalui kampung-kampung Palestin di atas tanah yang bukan sebahagian daripada Israel.

11. Sebelum penciptaan Israel, orang-orang Yahudi dan orang-orang Arab di Palestin hidup secara aman. Dari segi sejarah orang Yahudi sentiasa mencari perlindungan di negara-negara Islam apabila orang Eropah menjalanan pembunuhan kaum terhadap mereka (Yahudi). Ini hanya berhenti selepas AS menawarkan suaka.

12. Semua keganasan yang kita lihat hari ini, sama ada negeri atau dimulakan oleh irregulars, bermula selepas Amerika Syarikat menyokong Israel terhadap percubaan Arab untuk mendapatkan semula tanah mereka melalui peperangan konvensional. Oleh kerana mereka (Arab) telah tewas dari segi senjata oleh Amerika Syarikat/Israel, perikatan (penyokong Israel) barulah lakukan Arab bertindak untuk mengambil pendekatan apa yang dipanggil keganasan. Sambutan Israel sentiasa dengan keganasan yang lebih besar sebagaimana yang dilihat di Gaza.

13. saya telah meminta seorang rakyat Amerika, apa yang beliau akan lakukan jika Texas telah diberikan kepada orang-orang Yahudi untuk mewujudkan negara Israel. Dia tidak menjawab. Tetapi saya percaya beliau akan berjuang untuk mendapatkan Texas kembali, menggunakan semua senjata di pelupusannya.

14. Namun sekiranya Amerika Syarikat bersedia untuk mewujudkan negara Israel di tanah-tanah di bawah kawalan Amerika Syarikat atau di Amerika Syarikat sendiri, tidak akan ada keganasan di Palestin atau di Timur Tengah. Tidak akan ada keganasan di Amerika juga kerana Israel akan dihapuskan oleh tentera AS. Dunia akan aman.

15. kekejaman yang dilakukan oleh kuasa-kuasa (tentera-tentera) anda di Gaza adalah bukan kerana serangan roket lemah oleh Hamas. Serangan itu adalah hasil daripada Israel dan Amerika Syarikat yang gagal untuk menerima keputusan pilihan raya yang dijalankan dengan baik.

16. Hamas hanya mampu menubuhkan kerajaan mereka di Gaza. Tetapi anda mengepung Gaza, menyekat makanan mereka, perubatan, tenaga eletrik, bahan api dan lain-lain. Jika anda tidak lakukannya yang saya tidak yakin bahawa Hamas akan menembak roket kepada anda.

17. Malaysia sedar bahawa untuk memboikot Israel secara total adalah mustahil. Kami juga sebenarnya memboikot produk Amerika yang mana adalaha satu tugas yang lebih mustahil. Kami tidak akan mampu menjatuhkan Amerika.

18. Tetapi apa yang kami lakukan adalah bertujuan untuk menunjukkan rasa meluat dan marah yang kami rasa daripada sifat kekejaman oleh orang-orang yang cerdik tetapi primitif dari Israel dan Amerika.

19. Anda boleh mengumpul hadiah Nobel dan hadiah-hadiah lain tetapi dunia akan memandang rendah terhadap anda orang yang sangat primitif yang merompak tanah melalui keganasan dan penderhakaan terhadap British (dulu British yang bawak masuk Yahudi ke Palestin pastu ajar tentera2 Israel..dari apa yg aku baca pastu Israel serang dan halau British dari tanah Palestine) dan seterusnya menggunakan kuasa anda yang mengawal tentera terbesar di dunia untuk menindas rakyat yang telah kamu rompak.

20. Tiada apa pun yang boleh anda banggakan, melainkan sekiranya anda berbangga menjadi kejam, dalam menjadi primitif yang ganas.

21. Faktor yang mengurangkan(keganasan anda) hanyalah kehadiran daripada sebilangan kecil di kalangan Israel yang malu dengan apa yang anda telah lakukan kepada rakyat Gaza.

Yang Benar

Dr. Mahathir

Sabtu, 9 Ogos 2014

HOT!! Khalid Ibrahim di PECAT Dari Parti PKR!! #KrisisSelangor


KENYATAAN AKHBAR


Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;

o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

McTheory:
Lepas pelbagai tawaran pun Khalid tolak. Akhirnya beliau dipecat!! Adil sungguh parti PKR ni no..

Rabu, 6 Ogos 2014

HOT!! Khalid Ibrahim di Bayar RM50k Sebulan Untuk Lepas Jawatan?


Senangnya cara PKR nak settle problem di Selangor. Rm50ribu sebulan untuk Khalid sebagai penasihat.. huhu.. banyak tuu..

Ni nak dipanggil apa ya? Rasuah ke sedekah? He he..

Isnin, 4 Ogos 2014

HOT!! Anwar POKAI.. Kawan-Kawan Lebai Lari Bawa Diri!! #AnwarPOKAI

Hiasan semata-mata..

Semenjak Anwar Ibrahim sudah takdak pulus nak sara Pakatan Rakyat. Ramai kroni dan kawan yang dulunya sejati sudah angkat kaki, cuma tak berani nak declare kata depa blah dari Anwar, sebab takut kena maki!

Kebanyakkannya mereka ini dari Pas. Orang Melayu Islam ni, walaupun dimaki berkali-kali, bila ada masalah, bila susah, bila dah nak mampus, baru cari geng seagama. Tapi takpalah, sekurang-kurangnya depa sedar, bahawa orang UMNO ni sedia menerima mereka walaupun dulunya selalu kena maki!!

Siapakah mereka ini? ehem.. ehemm.. itu nanti kita selak pelan-pelan yaa.. Barang baik mana boleh dedah terus.

Tapi aku nak ingatkan, kepada orang UMNO yang baik sangat dok bantu geng Anwar berlebai ni. Supaya berjaga-jaga, takut-takut nanti depa ni bila dah senang dan kaya raya, dok guna duit tu lawan hangpa balik. Masa tu baru hangpa ada akai!

Jangan dok bela anjing yang bakal gigit tangan yang dok beri makan tu. Lain la kalau anjing tu dah jadi manusia dan bakal membantu kita nanti. Kalau tau nak kena gigit tangan, baik bagi makan pada yang memerlukan macam aku ni. he he he.. confirm 100% UMNO sampai mati... he he..

Pesanan tu untuk berjaga-jaga pada kemudian hari, takdak jeles pun, sebab rezeki Allah SWT ada dimana-mana. Usaha, doa dan tawakal.. Insyallah ada rezeki kita nanti.

Sabtu, 2 Ogos 2014

HOT!! Kisah Sebenar disebalik PENUTUPAN Pasar Malam Pantai Johor! #KedahSerataRata


Semalam kecoh pasal isu Pasar Malam Pantai Johor, tak dinafikan pasar malam Pantai Johor sudah lama beroperasi. Ia merupakan tapak pasar malam sementara sebelum menunggu tapak pasar sebenar siap dibina dan dipindahkan untuk kekal beroperasi. Kalau dulu, negeri Kedah ni negeri yang agak lembab ekonominya, soo kereta pun tak banyak.

Tapi lanie dah beza, jalan sudah diperbesarkan, tetapi ianya gagal menampung kesesakan lalulintas di jalan-jalan utama. Akibat daripada kesesakan tersebut, dikenalpasti ada diantara pasar malam tepi jalan menjadi punca utama. Termasuklah salah satunya pasar malam Pantai Johor.

Diatas sebab demikian, arahan dikeluarkan oleh pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk pepindahan pasar malam tersebut. Malah notis yang dikeluarkan oleh MBAS itu disokong oleh Menteri Besar Kedah untuk penutupan dan perpindahan.

Maka tarikh tamat notis tersebut adalah pada 1 Ogos 2014, penutupan dan perpindahan pasar malam Pantai Johor diberi notis 24 jam semula pada 31hb Julai 2014 dan berkuatkuasa pada 1 Ogos 2014 berpandukan arahan pada notis mula-mula dikeluarkan oleh Datuk Bandar MBAS dan Menteri Besar Kedah.

Selepas kecoh dan riuh rendahnya penutupan pasar malam Pantai Johor, Pas Kedah yang diketuai oleh YB Amirudin, adun Anak Bukit (kaki sapu bini orang) menjadi hero kononnya BN Kedah kejam, zalim, jahat dan segala macam lagi depa bubuh nak bagi nampak BN Kedah ni tak elok.


Jika anda baca balik tulisan diatas, anda mesti nampak arahan dari Menteri Besar Kedah. Arahan awal dan notis awal dikeluarkan oleh Datuk Bandar Alor Setar atas arahan Menteri Besar Kedah Allahyarham Ustaz Azizan Razak (bukan Mukhriz Mahathir). Notis awal tersebut dikeluarkan pada 4 tahun lepas, semasa perancangan awal untuk mengubah pasar malam terbabit ke tapak baru yang hanya beberapa meter dari tapak asal.

Arahan perancangan penutupan dan perpindahan tapak pasar malam Pantai Johor dilakukan oleh Pas Kedah dibawah kuasa Menteri Besar Allahyarham Ustaz Azizan. Pihak MBAS boleh mengesahkan perkara ini, kerana ia berpandukan pada notis awal. Jika tak percaya boleh semak dengan YB Phahrolrazi, beliau merupakan EXCO PBT zaman Pas Kedah dulu.

Kejadian semalam pula terjadi apabila, ada pihak atasan mempersoalkan kepada Datuk Bandar Alor Setar kenapa pasar malam tersebut masih tidak dipindah setelah 4 tahun notis dikeluarkan.

Selepas mendengar pertanyaan dari pihak berkenaan, Datuk Bandar yang selama ni tidoq jadi gelabah bewak dan terus mengarahkan penutupan pasar malam terbabit tergesa-gesa tanpa perancangan.


Maka keluarlah notis 24 jam atas paksaan berpindah dan menutup pasar malam terbabit semalam. Maka kecohla semalam, dan YB Amirudin (kaki sapu bini orang) cuba menjadi hero dengan menelefon YB Exco, Datuk Bandar dan beberapa pemimpin lain ketika mereka itu ada majlis bersama YDP Agong.

Itulah kisah sebenar, disebalik kejadian. Malah kami sedang berusaha mencari notis awal yang dikeluarkan oleh Pas Kedah dan MBAS untuk menutup pasar malam terbabit. Kerana hari ini Kedah masih lagi cuti raya dan pejabat MBAS masih lagi ditutup, maka pencarian dokumen amatlah sukar untuk dilakukan.

Sebenarnya, perpindahan pasar malam tu bagus, sebab tapak ganti ianya lebih selesa dan tidak menganggu lalulintas. Malah tapak ganti terbabit dah lama siap, sepatutnya peniaga pasar malam bekerjasama dengan pihak penguatkuasa untuk berpindah. Sampai bila kita nak penuhkan jalan setiap kali pasar malam dibuat?

Malah ianya berdekatan dengan masjid dan jalan ke Istana. Hari ni Datuk Bandar pun memberi kenyataan ada akhbar,

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad berkata arahan penutupan dilakukan bagi menyelesaikan beberapa masalah seperti kesesakan dan kawasan parkir bagi jemaah masjid berdekatan selain pasar malam itu terletak di jalan protokol. 
Beliau berkata kawasan tersebut menjadi semakin sempit kerana terdapat peniaga yang turut berniaga di atas jalan utama.

Pihaknya sudah memperoleh tapak baharu yang terletak di Jalan Suka Menanti dan pengumuman mengenainya dijangka dibuat Ahad ini dan kesemua peniaga terbabit boleh mula berniaga di situ Jumaat depan, katanya.

Sepatutnya beliau mengumumkan tapak perpindahan sebelum menutup tapak asal. Ini dah tutup baru nak umum tapak pindah. Apa pun turr la ini Datuk Bandar.

Jika perpindahan ini yang dirancang 3 atau 4 tahun lepas, malah ia dilakukan secara teliti dan berperingkat, rasanya takdak masalah. Tapi inilah yang terjadi jika Datuk Bandar dan Majlis Bandaraya lemah dalam penguatkuasaan, malah tidak serius dalam tanggung jawab yang diberikan.

Sebab tu jika puak Pas kata ini semua salah Kerajaan BN Kedah, maka Mc menafikan sekeras-kerasnya. Kerana arahan asal pada zaman Pas Kedah!

Pada blogger Pakatan yang membodohkan diri dan meludah muka sendiri, kerana menuduh BN Kedah. Pastikan anda memakai topeng untuk keluar rumah, kerana maki hamun anda pada kerajaan BN Kedah ternyata fitnah semata-mata.


McTheory:
Check dulu data sebelum tuduh.. kan dah meludah muka sendiri.. he he..

Jumaat, 1 Ogos 2014

INFO! Pas Kedah Bantah Kekejaman Israel di Alor Setar! #SaveGaza #PrayForPalestine


Selepas solat Jumaat tadi, sahabat kita dari parti Pas membuat demontrasi aman di depan masjid Zahir untuk meluahkan rasa dan bantahan kekejaman zionis Israel terhadap rakyat Gaza dan Palestine.

Mereka berarak dari masjid Zahir hingga ke depan bangunan Pekan Rabu. Lebih kurang diantara 1000 orang sahaja yang turun berhimpun.

Kemudian beberapa NGO dan pemimpin tempatan memberi ucapan tentang kezaliman Israel, diselangi beberapa pemimpin tertinggi Pas Kedah.

Sebagai seorang muslim kita menyokong demo aman ini. Namun masih ada suara-suara sumbang yang mengaitkan Israel dengan kerajaan Malaysia.

Tak best la bro.. Nak lawan zionis Israel lawanlah..nak bantah tu bantah la.. tapi jangan la campur aduk dengan politik!

Daripada orang fokus anti Israel, fokus tu jadi lain sebab orang dah menyampah dengan cerita kaitan politik Pas!

Sumber dari www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

HOT!! Pendedahan Berani Tentang Behrang Move Ke Kajang Move!! #KrisisSelangor #KajangMove



Episod persengketaan, diantara Pkr dan Pas membongkarkan segala rahsia yang terpendam selama ni.

Cerita menarik dibawah yang perlu anda baca..

HOT!! Fitnah Terhadap Malaysia adalah Permainan Propaganda Israel!! #SaveGaza


Sokongan pada Malaysia terhadap Palestine menyebabkan Israel mula melancarkan perang psikologi terhadap Malaysia. Mereka menganggap, dengan menuduh Malaysia melatih pejuang Hamas untuk teknik berperang. Mereka fikir Malaysia akan takut dan dunia akan menekan Malaysia?

Pergerakan Hamas menafikan tuduhan Agensi Keselamatan Israel, Shin Bet bahawa Malaysia melatih anggotanya untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Pemimpin Kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi menegaskan rejim Zionis Israel mengolah propaganda untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

"Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin," kata Khaled ketika dihubungi Astro AWANI.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa Kuala Lumpur dan masyarakat sivilnya dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

"Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara," tegas Dr Khaled.

Justeru, Hamas menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel. Dr Khaled mengulas laporan Jerusalem Post yang mendakwa anggota Briged Al-Qassam menerima latihan di Malaysia untuk melancarkan serangan rentas sempadan.

Shin Bet menuduh unit komando Hamas itu menerima latihan seperti payung terjun dan 'paragliding' untuk memasuki kawasan selatan wilayah Israel.

Agensi Keselamatan Israel itu juga mendakwa ada anggota Hamas dijadual untuk melatih pejuang lain dalam kemahiran pertempuran bulan ini.

Dalam pada itu, Dr Khaled turut memaklumkan Hamas akan terus bertahan dalam mendepani serangan berterusan dan menyeluruh rejim Tel Aviv di Gaza.

"Kami tiada jalan lain selain mempertahankan diri. Hamas akan terus berjuang mempertahankan Gaza dan menyerang sasaran strategik ketenteraan Israel," ujar beliau.

Selain perjuangan melalui gerakan gerila, Hamas meneruskan usaha melalui jalan politik dan diplomasi antarabangsa dalam mendepani kekejaman rejim Israel.


McTheory:
Demi menentang Israel, nyawa pun kami sanggup gadai!!