Selasa, 30 September 2014

HOT! Apa Kerajaan #Kedah Buat Selama Setahun 4 Bulan Ni! @MukhrizMahathir KedahSerataRata


Ramai yang selalu bertanyakan pada aku apa yang telah kerajaan negeri Kedah buat selama lebih setahun setengah memerintah negeri Kedah ni.

Untuk menjawab pertanyaan mereka, kami telah membuat satu poster khas, apa yang telah dilaksana dan apa yang masih dirancang kerajaan oleh negeri Kedah.


Harap sahabat dapat sebarkan hingga ke pelusuk tercorok negeri Kedah. Bagi semua orang Kedah didalam atau diperantauan tahu, bahawa, Kerajaan negeri Kedah dibawah pemerintahan Dato Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir senantiasa mencari jalan membantu rakyat dan meningkatkan ekonomi negeri Kedah menjadi samataraf dengan negeri maju yang lain.

McTheory:
#KedahSerataRata #KedahAmanMakmur

Sabtu, 27 September 2014

HOT! MP PKR Mahu Gubal Kuasa Sultan dan Istana?


Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali disaran supaya menggunakan kedudukannya untuk melakukan reformasi terhadap Perlembagaan Selangor serta-merta bagi mengelak krisis pelantikan menteri besar berulang.

Perkara itu diketengahkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gooi Hsiao Leung.

Ahli Parlimen Alor Setar itu mengaitkan cadangannya itu susulan tindakan istana memilih Azmin dan mengetepikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan telah mendapat sokongan majoriti 30 daripada 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

"Seperti kebanyakan rakyat Malaysia, saya berasa khuatir bahawa istana tidak mendapat nasihat tepat atas kegunaan kuasa “budi bicara” Perlembagaan dalam pelantikan menteri besar, khususnya apabila salah menasihati Sultan Selangor untuk tidak melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Penjelasan yang dikemukakan oleh Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani tentang mengapa Azmin dipilih dan bukannya Wan Azizah langsung tidak kena mengena," katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas dakwaan tersebut Hsiao Leung turut menyifatkan tindakan melantik Azmin dilihat bertentangan prinsip asas seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh kerajaan negeri.

"Tindakan ini tidak selari dengan pertimbangan dan prinsip asas Perlembagaan negeri iaitu menteri besar yang akan dilantik, mesti mendapat sokongan majoriti dan keyakinan daripada Dewan Undangan Negeri," katanya.

Justeru, Hsiao Leung menganggap dalam isu berkenaan pihak istana mungkin telah dinasihatkan secara salah.

Selain itu, beliau turut menggesa Azmin mengkaji semula isu-isu penting yang melibatkan kepentingan rakyat Selangor seperti perjanjian air, KIDEX dan isu-isu rampasan kitab Bible.

"Saya berharap Azmin juga akan menjadikan ia salah satu keutamaan untuk melantik jawatankuasa undang-undang negeri untuk mengkaji secara terperinci Perlembagaan negeri sedia ada.

"Saya juga mencadangkan agar pindaan terhadap Perlembagaan negeri lebih jelas dalam mendefinisikan peranan dan fungsi pemerintahan beraja seperti diamalkan negara kita, terutama dalam proses melantik ketua kerajaan Pusat dan negeri," katanya.

Komen:

Hebat puak PKR ni.. kalau Sultan tak izin apa yang depa nak. Istana dan Sultan pun depa nak langgar. Sebab tu puak ni nak buang sangat akta hasutan. Bila akta tu dah takdak, depa boleh kata apa saja yg depa suka.

Orang Selangor nak tengok saja ka? Aku geram sebab dia ni MP Alor Setar. Pegawai KCS yang pro Pas tak marah ka dengan kenyataan MP PKR ni. Kalau Istana dah takdak, organisasinya pun turut terjejas.

Jumaat, 26 September 2014

HOT!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Perkenalkan Proton IRIZ!!


PROTON yang kini dibawah pengerusi terbarunya Tun Dr. Mahathir Mohamed telah melancarkan model terbaru iaitu PROTON IRIZ yang berkonsepkan kereta compact hari ini, dan kereta ini dikatakan bakal menjadi antara yang terlaris dipasaran kelak.

Untuk menutup mulut pengkritik tegar PROTON yang tak habis-habis mengutuk PROTON. Admin akan menerangkan kepada pembaca semua ciri-ciri IRIZ dan pembaca boleh menilai adakah IRIZ ini kereta yang mahal atau sesuai dengan harganya.

Pertama, kita tengok dari segi kelengkapan keselamatan. Model IRIZ yang paling murah dan basic
iaitu 1.3L Standard MT dilengkapi dengan (Anti-Lock Braking System (ABS), Electronic Brakeforce Distribution (EBD), Brake Assist, Electronic Stability Control, Hill-Hold Assist dan Traction Control System (TCS) dan minimum 2 air bag.

IRIZ diiktiraf mencapai taraf 5 bintang dari segi keselamatan oleh ASEAN NCAP.

Kedua, dari segi saiz. IRIZ adalah lebih besar dan luas. IRIZ berukuran 3,905mm panjang, 1,720mm lebar dan 1,550mm tinggi dimana ia 215mm lebih panjang, 55mm lebih lebar.

Perbandingan saiz interior pula, ruang belakang bagi IRIZ adalah lebih lebar dan luas yang memberikan keselesaan kepada penumpang. PROTON juga memperkenalkan sokongan peha kepada tempat duduk belakang Iriz dengan asas yang lebih panjang.

Ketiga, dari segi enjin, IRIZ menjana 110 kuasa kuda (hp) dan daya kilas (torque) sebanyak 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam.

Keempat, dari segi Fuel Consumption pula, model manual IRIZ boleh mencecah FC sebanyak 16km/liter dan bagi model IRIZ auto pula sebanyak 13-14km/liter.

Kelima, dari segi harga pula, model IRIZ basic bernilai sekitar RM43,000. Amatlah murah jika kita membandingkan IRIZ dengan spec kereta keluaran lain.

Kesimpulannya, PROTON IRIZ merupakan kereta compact yang lebih baik dari yang ada dipasaran sekarang. Harus diingat bahawa PROTON membangunkan projek kereta compact IRIZ ini dengan kepakaran jurutera-jurutera mereka yang merupakan anak tempatan Malaysia, dan kita harus berbangga dengan usaha PROTON ini.

Dijangkakan kualiti model PROTON kali ini adalah jauh lebih baik dari model2 sebelumnya. Kualiti adalah kunci utama bagi IRIZ untuk mendiamkan mulut pengutuk-pengutuk PROTON selama ini. Malah Ayahanda Tun M sendiri telah menjamin kualiti model PROTON kali ini akan jauh lebih baik daripada model sebelumnya.

Dengan keterangan seperti ini, saya rasa harga PROTON IRIZ ini adalah sangat berpatutan kerana spec kereta ini adalah jauh lebih baik daripada beberapa kereta lain. Dengan
beza harga tidak sampai RM1,000, saya pasti akan memilih IRIZ. Value for money.

Sangat sesuai dijadikan kereta pertama bagi kalangan remaja yang baru bekerja dan ingin memiliki kereta dengan spec yang memuaskan.

Syabas #PROTON!

#MMFC #IRIZ

HOT!! BN dedah punca menang besar? #PengkalanKubor?


Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor memberi jaminan bahawa semua janji yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan ditunaikan.

Timbalan perdana menteri juga menyifatkan kemenangan mereka kali ini sebagai keputusan luar biasa yang tidak mereka jangkakan.

Beliau juga mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed kerana bertindak cemerlang dan jenteranya yang bersungguh-sungguh.

“Tok Pa (Mustapha) menjangkakan (majoriti) undi melebihi 2,000, ternyata keputusan ini luar biasa,” katanya.

BN menang dengan 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi dan bebas pula hilang deposit apabila hanya mendapat 38 undi.

Jumlah majoriti kali ini menyaksikan pertambahan berbanding majoriti dalam pilihan raya umum lalu dengan 1,736 undi.

Sementara itu, calon BN Mat Razi Mat Ail mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang memilihkan dan parti yang memberi kepercayaan padanya.

“Saya kira ini satu hadiah kepada pengundi-pengundi DUN Pengkalan Kubor dan mereka nak melihat pucuk pimpinan yang beri bantuan kepada Pengkalan Kubor, untuk membangunkan Pengkalan Kubor ,” katanya.

INFO! Polis Kelantan Nafikan Pengundi Hantu! #PengkalanKubor


Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim menafikan individu yang ditangkap Pemuda PAS hari ini semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor ialah pengundi hantu.

"Individu itu bukan rakyat Thailand, tetapi warga Malaysia yang menjalankan tugasnya sebagai seorang warganegara, mengundi di Sekolah Rendah Bendang Pak Yong,” katanya kepada The Malaysian Insider.

"Tiada isu pengundi hantu seperti dakwaan Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS. Pemeriksaan individu itu tidak menjumpai sebarang dokumen menunjukkan dia warga Thailand.

"Isu pengundi hantu tidak timbul," kata Mazlan dalam mesej melalui sistem pesanan ringkas.

Terdahulu hari ini, Pengarah Juham Noorazmir Zakaria berkata peguam yang mereka tugaskan di Unit Peti Undi (UPU) Bendang Pak Yon menahan dan menyoal siasat seorang pengundi yang disyaki bukan warganegara Malaysia.

"Suspek tidak kelihatan seperti pengundi Malaysia, tetapi mempunyai kad pengenalan dan pasport Malaysia," katanya di dalam satu kenyataan itu.

"Pengundi tersebut asalnya diiringi penghulu Kampung Bendang Pak Yong, namun setelah menyedari kehadiran peguam Juham, penghulu terus melarikan diri dan meninggalkan pengundi tersebut," kata Noorazmir lagi.

Tambahnya, keraguan semakin memuncak apabila disoal peguam Juham, pengundi tersebut langsung tidak tahu nombor kad pengenalannya, umur dan alamatnya di Pengkalan Kubor sebagaimana tertera pada kad.

Proses pengundian di PRK Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor bermula jam 8 pagi melibatkan 11 pusat mengundi, 45 saluran dan 23,929 pengundi lapor The Malaysian Insider

Selasa, 23 September 2014

HOT!! Ds Hj @MukhrizMahathir Dedah Kisah di Sebalik Tun Dr Mahathir Letak Jawatan!! #MMFC #KedahSerataRata


Video dibawah ini sebenarnya dirakam semasa Seminar Pemikiran Tun Dr Mahathir di UUM semalam. Ada beberapa point dan cerita yang menarik patut kita tahu.

Apakah benar seperti yang diperkatakan sebelum ini bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad bersara dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO di sebabkan kecewa ?

Ikuti video Part 1 YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir menceritakan kisah di hari Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO setelah 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Pada pukul 5.30 petang ini, ikuti video Part 2 YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menceritakan kisah Tun Dr Mahathir Mohamad melepaskan jawatan Perdana Menteri serta Presiden UMNO dan di hari yang sama Presiden Cuba, Fidel Castro mengarahkan Pegawainya menjemput YAB di lapangan terbang apabila mengetahui YAB baru tiba di Cuba atas urusan perniagaan.


Post by Mukhriz Mahathir FC.

Untuk menonton part seterusnya anda boleh ke page www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

INFO! SEMINAR EKSPEDISI SAINTIFIK KEPELBAGAIAN BIOLOGI FLORA DI HUTAN PAYA LAUT MERBOK!! #KedahSerataRata


Dalam mengejar kemajuan, kita tidak lupa menjaga alam semula jadi. Jika terlalu banyak kita merosakkan alam, sudah tentu bahana tanah runtuh ataupun bencana alam lain yang menanti.

Paya Laut merupakan benteng semulajadi yg dicipta Allah mampu menahan ombak besar atau tsunami. Malapetaka yang kita terima bila habis hutan paya ditebang patut dijadikan iktibar.

Oleh itu kerajaan negeri melaksanakan sebuah program khusus untuk menjaga hutan paya bakau.

SEMPENA
MAJLIS PERASMIAN SEMINAR EKSPEDISI SAINTIFIK
KEPELBAGAIAN BIOLOGI FLORA DI HUTAN PAYA LAUT MERBOK, KEDAH

PADA
HARI ISNIN, 22 SEPTEMBER 2014

BERTEMPAT
DI TH HOTEL & CONVENTION CENTRE
ALOR SETAR

Bismillahirahmanirahim

Salam Sejahtera
Salam Kedah Aman Makmur
Salam Kedah Serata-Rata

Saudara Pengerusi Majlis,

Yang Berhormat
Dato’ Paduka Haji Mohd Puat bin Haji Mohd Ali
Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman

Yang Berbahagia
Dato’ Dr Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim
Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

Yang Mulia Ku Azmi Bin Ku Aman
Pengarah Perhutanan Negeri Kedah Darul Aman

Yang Berbahagia
Prof. Dr. Maketab bin Mohamed
Ketua Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Flora di Hutan Paya Laut Merbok, Kedah Darul Aman

Yang Berhormat
Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah D

Assalamualaikum w.b.t.

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapatlah kita bersama-sama hadir ke Majlis Perasmian Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Flora di Hutan Paya Laut Merbok, Kedah Darul Aman yang diadakan pada malam ini.

2. Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia yang sudi menjemput saya dan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian seminar ini.

3. Majlis yang diadakan ini sangat bertepatan sekali pada masa kini selaras dengan aspirasi Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman iaitu Kedah Aman Makmur, Bersama Memacu Transformasi khususnya di dalam aspek pembangunan hutan dan pembangunan Negeri Kedah amnya, di samping dapat mengeratkan perhubungan di antara Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Kerajaan Persekutuan melalui aktiviti perhutanan.

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

4. Kita telah sedia maklum bahawa hutan paya laut merupakan salah satu khazanah alam yang sungguh unik dan kaya dengan sumber-sumber semulajadi, disamping mengandungi kepelbagaian biologi di dalamnya. Hutan paya laut juga turut menyumbangkan faedah-faedah lain yang tidak ternilai seperti kestabilan iklim, pemeliharaan kepelbagaian biologi dan pengwujudan kawasan rekreasi dan eko-pelancongan serta menjadi kawasan penampan di kawasan pantai sekiranya kejadian malapetaka seperti tsunami.

5. Sehubungan dengan itu usaha-usaha untuk melindungi, memelihara dan memulihara khazanah hutan ini perlu diberi keutamaan bagi memastikan peranannya kepada ekonomi dan sosial negara ini dapat terus dikekalkan dan dipergiatkan.

6. Adalah penting bagi kita untuk “look beyond the trees” kerana sumber hutan paya laut bukan sahaja merangkumi kayu bakau untuk dijadikan arang bahkan kawasan hutan paya laut yang unik ini juga mampu memberi impak penjanaan pendapatan yang tinggi di dalam sektor eko–pelancongan jika diuruskan dan digunakan secara optimum.

7. Justeru itu, sudah tiba masanya untuk kita memberi perhatian serius terhadap khazanah-khazanah berharga ini dan memastikan agar sumber-sumber ini diuruskan secara berkekalan bagi kegunaan pada masa akan datang, seterusnya dapat membuka peluang dan meningkatkan pendapatan rakyat.

8. Kita sedia maklum bahawa perkhidmatan hutan penting dalam penstabilan dan kawalan alam sekitar, pemuliharaan dan pemeliharaan kepelbagaian biologi, kawasan tadahan air, stok karbon serta sumber bekalan genetik flora dan fauna.

9. Pada hemat saya sumber kekayaan baru daripada hutan paya laut perlu diterokai dan d
imanfaatkan, terutamanya dalam aspek pelancongan, sumber air dan biodiversiti. Ruang masih terbuka luas untuk kita menerokai dan memanfaatkan sumber hutan ini yang tidak ternilai demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya.

10. Saya difahamkan, terdapat pelbagai maklumat dan output baru yang telah diperolehi melalui ekspedisi dan output-output tersebut akan di dalam seminar yang diadakan ini. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan saya agar Jabatan Perhutanan Negeri Kedah khususnya dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia amnya dapat berganding bahu dalam membantu Kerajaan Negeri Kedah untuk merancang projek-projek berimpak tinggi khususnya di kawasan hutan paya laut yang boleh menjana pendapatan baru kepada Kerajaan Negeri.

11. Projek-projek tersebut diharap dapat dimasukkan sebagai salah satu program Rancangan Malaysia ke 11. Antara projek yang boleh diambil kira adalah seperti Payment For Ecosystem Services (PES) dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang dapat memangkin sektor pelancongan disekitar kawasan Merbok ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

12. Kita harus bersyukur bahawa Negeri Kedah yang terletak di Utara Semenanjung Malaysia merupakan salah sebuah Negeri di Semenanjung Malaysia yang mempunyai kawasan berhutan yang masih luas. Pada awal tahun 2013, Kerajaan Negeri telah mewartakan seluas 34,930 hektar kawasan Hutan Simpanan Kekal yang baru.

13. Dengan tambahan ini, kawasan berhutan di Negeri Kedah telah meningkat kepada 347,003 hektar. Ini bermaksud, pada masa ini 37 peratus daripada keluasan tanah Negeri Kedah masih lagi merupakan kawasan berhutan. Dari jumlah tersebut, seluas 344,234 hektar adalah merupakan kawasan Hutan Simpanan Kekal manakala 2,769 hektar lagi adalah merupakan kawasan Hutan Tanah Kerajaan yang masih dilitupi dengan kehijauan dan keaslian hutan hujan tropika.

14. Dalam konteks ini, Hutan Simpan Kekal adalah terdiri daripada 335,128 hektar Hutan Darat, 6,201 hektar Hutan Paya Laut manakala 2,950 hektar adalah merupakan kawasan La
dang Hutan yang terdiri daripada spesies Jati, Sentang, Pine dan Getah yang diuruskan di bawah Pengurusan Hutan Secara Berkekalan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.

15. Kerajaan Negeri Kedah telah bersetuju untuk meluluskan pengkelasan Hutan Simpanan Kekal seperti yang terkandung di dalam Seksyen 10, Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1995) pada bulan Mac yang lalu. Hutan Paya Laut di Negeri Kedah adalah tertumpu di Merbok dan Langkawi, dan hampir 70 peratus telah dikelaskan sebagai Hutan Pengeluaran.

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

16. Sektor Perhutanan memainkan peranan yang penting dalam arus pembangunan sosio-ekonomi di Negeri Kedah. Jumlah hasil hutan yang berjaya dikutip pada tahun 2012 adalah sebanyak RM 38 juta dan RM15 juta pada tahun 2013. Manakala sehingga Ogos 2014, jumlah kutipan hasil hutan yang berjaya dikutip telah mencecah sebanyak RM23 juta.

17. Dalam hubungan ini Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah-langkah alternatif yang sesuai bagi meningkatkan lagi hasil hutan melalui nilai dan perkhidmatan dari sektor perhutanan yang mesra rakyat ke tahap yang lebih optimum. Sebagai langkah awal, Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan pindaan kadar-kadar baru di dalam Kaedah-Kaedah Hutan 1989, Negeri Kedah Darul Aman dan Kaedah-Kaedah Industri Berasaskan Kayu 1986, Negeri Kedah Darul Aman yang lebih rasional mengikut kedaan semasa di mana ia telah dilaksanakan sejak awal 2014.

18. Sektor perhutanan telah menyediakan pekerjaan kepada lebih daripada 7,000 orang di negeri ini yang kebanyakkan terdiri daripada anak watan negeri Kedah Darul Aman.

19. Kerajaan Negeri adalah komited untuk mengekalkan keluasan kawasan Hutan Simpanan Kekal terutamanya di kawasan hutan paya laut di Negeri Kedah, iaitu di Merbok dan Kilim, Langkawi. Sehubungan dengan itu, saya berharap agar tiada sebarang projek pembangunan dirancang atau dijalankan di kawasan ini agar sumber yang amat bernilai ini tidak d
icacatkan dan terjejas dengan pembangunan yang dijalankan. Saya amat berharap agar keindahan yang terdapat di dalam kawasan hutan paya laut ini dapat dikongsi dan dinikmati oleh generasi masa kini dan akan datang.

Hadirin yang dihormati,

20. Isu Perhutanan seringkali menjadi agenda utama di pentas antarabangsa dan sentiasa hangat diperbahaskan dalam forum-forum mengenai pembangunan mapan dan alam sekitar. Di peringkat tempatan pula, topik pengekalan bekalan sumber hutan dan amalan pengurusan dan pembangunannya sentiasa menjadi buah mulut oleh masyarakat umum. Salah satu isu yang turut diperbincangkan ialah berkaitan kepelbagaian dan pemuliharaan biologi.

21. Sehubungan dengan itu, beberapa aktiviti telah dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah seperti Program Tanaman Spesies Bakau Terbanyak The Malaysia Book Of Records iaitu program tanaman 20,200 anak pokok bakau yang telah dijalankan di Pulau Dayang Bunting pada bulan April 2014.

22. Adalah diharapkan agar program-program seperti ini dapat diteruskan lagi supaya kita dapat memperolehi lebih banyak maklumat yang berguna dan terus menghijaukan bumi Kedah yang tercinta ini. Oleh itu marilah kita bersama-sama membantu Kerajaan Negeri dan Jabatan Perhutanan menjaga dan menguruskan khazanah sumber alam yang sangat berharga ini untuk memastikan keselesaan kehidupan yang berpanjangan.

23. Saya sangat optimis, dengan kesungguhan semua pihak, hasrat kita untuk mengekalkan sumber asli dan menyediakan persekitaran yang baik dan selesa kepada rakyat, seiring dengan pembangunan negeri semasa akan dapat dicapai dengan jayanya.

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,

24. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mengambil kesempatan ini sekali lagi untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Flora Hutan Paya Laut Merbok, Kedah khususnya kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPN
K), kumpulan saintis, pakar-pakar dan para penyelidik dalam pelbagai bidang dari institusi pengajian tinggi, Jabatan dan Agensi tempatan. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli. Jawatankuasa dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Seminar Ekspedisi Saintifik kali ini. Dengan lafaz “Bismillahirahmanirahim” saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Flora Hutan Paya Laut Merbok, Kedah

25. Sekian, terima kasih. Wabillahi-taufik-walhidayah, Wassamualiakum Warahmatullahi Wabarakatuh.

#MMFC #KedahSerataRata

HOT! Anwar Risau Azmin Bakal Kuasai PKR dan Pakatan? #KrisisSelangor


Anwar nak jadi MB Selangor sebab sumber kewangan yang mudah untuk beliau guna dalam perjuangan politik beliau. Bila beliau gagal, diletak pulak proksinya sebagai penganti. Hasratnya hanya mahu menguasai Selangor supaya mudah beliau mendapat wang. Tak kiralah secara bulanan, ataupun melalui projek.

Anwar sekarang dalam keadaan yang tertekan dan menghadapi masalah kewangan yang agak serius.

Jika Azmin dilantik sebagai MB Selangor, Anwar pasti risau kedudukan beliau sebagai KETUM dan kedudukan Wan Azizah sebagai Presiden PKR.


Sudah pasti Azmin mempunyai kuasa kewangan yang kuat dan mampu menjaga diri sendiri. Dirisaukan akibat kuasa kewangan yang besar, Anwar tidak lagi mampu membendung Azmin dan Azmin bakal merampas kuasa dalam parti PKR.

Sebagai panglima perang Anwar yang paling lama dan masih setia. Sudah tentu kemahiran memberontak dan rampasan kuasa yang dihalalkan Anwar, bakal Azmin praktikkan kelak.

Kita hanya perlu tunggu dan lihat..

Ternyata perubahan kuasa di Selangor bakal menyaksikan lanskap politik yang akan berubah didalam pucuk pimpinan PKR.

UMNO Selangor juga perlu persiapkan diri untuk menghadapi serangan dari MB baru. Kerana Azmin benar-benar orang politik yang terlatih, berbanding Khalid Ibrahim lebih kepada pengurusan.

Kalau UMNO Selangor masih mengekalkan rentak lama, dan barisan yang sudah dua kali gagal dalam PRU. Nescaya kali ni, kemungkinan besar, UMNO Selangor bakal ditanam hidup-hidup.

McTheory:
Sekadar pandangan..

Isnin, 22 September 2014

INFO! #Malaysia Sebenarnya Bukan Perkataan #Melayu?



Malaysia bukan sebutan dalam Bahasa Melayu.

Benarkah?


Bagaimana timbul nama MALAYSIA, iaitu
gabungan nama-nama MALAYS dan ‘IA’. Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita terdahulu menamakan nama negara kita MALAYSIA.

Apakah dengan pertukaran nama dari Persekutuan Tanah Melayu kepada MALAYSIA, terhapuslah kata asal MELAYU sebagaimana dalam nama Persekutuan Tanah Melayu?

Kalau kita kaji nama-nama negara-negara di dunia, terdapat nama-nama utama negara dunia, iaitu yang berakhir dengan ‘land’ , ‘tan’ dan ‘ia’.

Semuanya membawa maksud yang hampir
sama, bermaksud ‘tanah’. ‘Land’ ialah dari bahasa Inggeris/ Eropah, ‘tan’ dari bahasa Farsi, dan ‘ia’ dari bahasa Latin.

Antara nama-nama berakhir dengan ‘land’ ialah England(Tanah bangsa Angels), Iceland(tanah air batu atau ‘ice’), Scotland(tanah bangsa Scots), Swaziland(tanah bangsa Swazis), Finland(tanah bangsa Finns) dan sebagainya. Tidak lupa juga nama Thailand(tanah bangsa Thai).

Antara nama-nama negara berakhir dengan ‘tan’ ialah Pakistan(tanah suci), Tajikistan(tana h bangsa Tajik), Afghanistan(tan ah bangsa Afghan) dan Kirgyztan(tanah bangsa Kysgyz). Lain-lain nama termasuk Baluchistan, Kazakhstan, Turkemanistan.

Hampir separuh nama-nama negara dunia
berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia(tanah bangsa Ross), Somalia(tanah bangsa Somali), Algeria(tanah bangsa Algiers), Bolivia (tanah bangsa Bolivars), India(tanah sungai Indus), Columbia(tanah Columbus), Mongolia(tanah bangsa Mongols), Ethiopia(tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.

Dari paparan di atas, jelaslah nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU.

Jadi MALAYS-IA bermakna
LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.

Ahad, 21 September 2014

INFO! Pelantikan Ahli Lembaga Rayuan, Untuk Rakyat Kedah! #KedahSerataRata!


Hari ini berlangsung satu lagi peristiwa bersejarah buat negeri Kedah apabila berlangsungnya Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah 2014 di Aras 6,Blok E,Wisma Darulaman, Alor Setar.

YAB Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, MB Kedah sendiri yg mempengerusikan mesyuarat serta menyampaikan watikah pelantikan tersebut kepada 8 orang anak jati Kedah yg terpilih. Sambil ditemani bersama Exco PBT dan Perumahan,  YB Badrol Hisham.

Mereka yg terpilih untuk memikul amanah tanggungjawap tersebut adalah Dato Ahmad Zakiuddin Bin Harun yg terpilih sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Kedah,Tuan Ahmad Farid bin Haji Zakaria sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Rayuan Negeri Kedah bersama 6 Ahli Lembaga Rayuan Negeri Kedah iaitu Dato Wira Haji Hashim bin Mat NoorDato Seraja Wangsa Dato Syed Azizan bin Syed Mohamad Al Idrus,Dato Wira Mahkota,Dato Wira Haji Ismail bin Hamid,Puan Ar. Hajjah Wan Fatimah binti Md Arshad,Encik Chin Len Chong dan Puan Aishah binti Abdullah.






Lembaga Rayuan Negeri Kedah ditubuhkan pada 21 Disember 2000 bagi tujuan untuk memberi orang awam peluang untuk mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan. Dalam tempoh 2001 - 2013 terdapat 53 kes rayuan yg telah didaftarkan di Lembaga Rayuan Negeri Kedah. Untuk memudah orang ramai memahami apa itu Lembaga Rayuan dan fungsinya,Lembaga Rayuan ini sebenarnya merupakan satu tribunal yg bertanggungjawap untuk mendengar,mempertimbang dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 iaitu :

1. Rayuan Terhadap Keputusan PBT.

2. Pembatalan dan Pengubahsuaian KM dan Kelulusan Pelan Bangunan serta Amaun Pembayaran Balik atau Pampasan Yg Ditawarkan Atau Dibayar.

3. Notis Rekuisi.

4. Perintah Pemeliharaan Pokok.

Tahniah buat semua yg terpilih. Selamat menjalankan tanggungjawap yg diamanahkan kepada kalian. Kepada rakyat Kedah,gunakanlah saluran Lembaga Rayuan Negeri Kedah ini seandainya kalian merasakan terkilan serta mahu merayu seandainya dikenakan apa-apa tindakan daripada PBT. Inilah saluran yg betul bagi kalian untuk mendapatkan pembelaan.

Untuk keterangan lanjut, boleh rujuk di https://www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Isnin, 15 September 2014

INFO! Kedah Tua setanding tamadun Mohenjodaro, Aztec, Maya dan babylon? #KedahSerataRata


Ketahuilah Kedah merupakan negeri terawal bertamadun tinggi!

"Kedah Tua setanding tamadun Mohenjodaro, Aztec, Maya dan babylon"

Jangan terkejut.. mungkin anda baru pertama kali membacanya. Admin pernah turun melihat sendiri bahawa kita Kedah sudah mempunyai kilang besi 2000 tahun yg lepas. Mempunyai pelabuhan yg tersusun dan teratur, berperingkat international pada waktu itu.

Pelik? Kagum? Sambung baca dibawah..

Tapak keagamaan dibina sepenuhnya dengan menggunakan bata yang memiliki tarikh pada tahun 110 Masihi.

TANPA disedari rakyat, Sungai Batu di Lembah Bujang sebenarnya menyembunyikan sebuah khazanah bersejarah berkaitan Kerajaan Kedah Tua yang wujud sejak kurun kelima sebelum Masihi.

Sukar untuk dipercayai bahawa kajian yang dilakukan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin, menunjukkan bukti bahawa telah wujud sebuah ketamadunan Melayu yang sama tinggi dan setanding dengan tamadun-tamadun lain seperti Mohenjodaro, Aztec, Maya dan Babylon.

"Tapak ini sebenarnya telah lama wujud iaitu berusia 110 Masihi. Ini bermakna tapak ini sebenarnya telah dibina pada abad kedua Sebelum Masihi.

"Pentarikhan ini bukan direka, malah ia mengikut sampel kajian yang telahpun dihantar di empat buah negara iaitu Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan Jerman," katanya kepada S2 baru-baru ini.

Tambahnya, kajian dan aktiviti ekskavasi sejak 2007 berjaya menemukan pelbagai bentuk monumen yang dipercayai sebuah bangunan yang mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Tetapi malangnya, monumen yang dijumpai hanyalah sekadar tapak bangunan dan sisa runtuhan tiang dan dinding yang dibina menggunakan batu-bata.

"Setelah dikaji dan diselidik secara terperinci terhadap 46 tapak yang telah dibuka itu menunjukkan pelbagai asemblaj termasuk batu-bata, kepingan tembikar serta besi.

"Dalam tempoh tersebut, bagi menyiapkan setiap tapak ekskavasi ini mengambil tempoh masa sekurang-kurangnya lima hingga enam bulan dengan kerahan tenaga seramai 20 orang.

"Tenaga ini terdiri daripada pelajar-pelajar USM dan pelajar dari Knowledge Transfer Programme (KTP) yang terdiri daripada masyarakat setempat yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT)," jelasnya.

Daripada hasil penemuan tersebut, eksperimen arkeologi akan dijalankan bagi menentukan interpretasi terhadap sesuatu artifak yang ditemui termasuk struktur runtuhan bangunan serta pentarikhan yang akan ditentukan menerusi sempel yang diambil.

Mokhtar berkata, sehingga kini, daripada 46 tapak yang telah dibuka sejak lima tahun lalu mendedahkan empat fungsi penting yang menunjukkan bahawa tamadun ini telah mengalami zaman kemajuan yang tinggi sehingga kepada proses peleburan besi.

"Empat fungsi tersebut adalah penemuan sebuah tapak ritual atau keagamaan. Monumen tersebut memiliki keunikan tersendiri kerana mempunyai tapak pada dasarnya berbentuk bulatan dengan diameter 10.1 meter. Manakala di atasnya pula terdapat seni bina empat segi tepat berukuran 5.5 x 5.5 meter. Seterusnya pada bahagian atas senibina empat segi tepat pula terdapat satu struktur bulatan kecil dengan diameter 1.5 meter. Ia dibina sepenuhnya dengan menggunakan bata yang memiliki tarikh pada tahun 110 Masihi.

"Ciri-ciri monumen ini jelas menunjukkan ia digunakan untuk tujuan amalan ritual yang dipercayai mengamalkan kepercayaan animisme iaitu penyembahan kepada alam semula jadi, sekali gus dinamakan monumen Sungai Batu.

"Apa yang menariknya terhadap monumen ini adalah, tiada satupun di dunia yang menemui struktur monumen yang bermula dengan tapak bulatan di bawah. Semuanya bermula dengan senibina berbentuk segi empat dan baharulah dibina struktur bulatan pada bahagian atasnya. Ini jelas menunjukkan bahawa senibina ini adalah senibina tempatan dan jika dibandingkan dengan seni bina lain, ia jelas menggambarkan seni bina Melayu pada ketika itu," jelasnya.

Menurut Mokhtar, berdasarkan struktur tangga yang dijumpai pada bahagian atas monumen yang berada di selatan tapak, ia dipercayai digunakan untuk penyembahan Gunung Jerai yang berada di utaranya.

"Pada mulanya kita menjangkakan masyarakat pada ketika itu menganut agama Hindu-Buddha kerana ia bermula paling awal pada penghujung kurun keempat Masihi, namun sebaliknya tidak kerana dengan data dan bukti yang ditemui ia menunjukkan bahawa masyarakat Melayu di Lembah Bujang pada ketika itu bermula dengan amalan kepercayaan animisme dan kemudiannya dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha dan akhirnya agama Islam.

"Pembinaan candi Hindu-Buddha di sini adalah bersaiz sangat kecil berbanding yang terdapat di tempat lain seperti di Indonesia, Kemboja, malah di selatan India. Ini menunjukkan candi tersebut mungkin digunakan oleh pedagang-pedagang India dan China yang beragama tersebut bersama segelintir masyarakat Melayu di sini," jelasnya.

Fungsi kedua pula, Mokhtar menjumpai sebuah jeti yang dipercayai menjadi pusat pelabuhan kapal dagang serta pengeksportan hasil besi. Sehingga kini, lapan tapak telah mendedahkan bukti bahawa terdapatnya jeti di tepi sungai yang lokasinya jelas bertentangan antara satu sama lain di hadapan sungai selebar 100 meter.

Menurutnya, fungsi ketiga yang dijumpai di kawasan tersebut mendedahkan bukti bahawa tamadun pada ketika itu telah mengalami zaman kegemilangan yang setanding dengan tamadun awal yang lain. Malah, daripada kajian awal, tamadun ini dipercayai menjadi pengeksport besi kerana hasil kajian telah menemukan sebuah pusat peleburan besi.

"Ada juga lokasi yang menemukan jutaan jongkong-jongkong besi sama ada yang tertanam dalam perut bumi mahupun di atas permukaan tanah," katanya.

Seterusnya, Mokhtar berkata, jika jeti, pusat peleburan dan tempat keagamaan telahpun dimiliki oleh mereka pada ketika itu, amat mustahil sekiranya mereka tidak memiliki sebuah tempat untuk dijadikan pusat pentadbiran.

Katanya, hasil kajian itu turut menjumpai sebuah tapak dipercayai pusat pentadbiran berdasarkan bentuk dan ruangan struktur bangunan.

"Tiga daripada 12 tinggalan senibina tersebut memberikan tarikh pada kurun kelima Sebelum Masihi. Setakat ini, masih banyak lagi kawasan yang sedang dikaji. Contohnya, kumpulan arkeologi masih belum menjumpai kawasan utama seperti pentadbiran perumahan dan juga perkuburan bagi menjawab tanda tanya siapa yang menghuni tamadun ini pada asalnya.

"Saya menjangkakan potensi untuk berada di antara tapak Sungai Batu sekarang sehinggalah membawa kepada puncak Gunung Jerai bagi menjawab persoalan yang timbul. Survei dan pemetaan tanah sedang giat dilaksanakan sehingga hari ini. Dalam tapak itu juga, kami turut menemui 20 kawasan tapak baharu dan salah satu daripadanya berkemungkinan sebuah istana lama," katanya.

Sumber www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Note:
Untuk pengetahuan semua Prof. Dato Dr Mokhtar Saidin tu antara 10 terbaik di dunia dalam bidang sejarah ni. Bukan calang-calang orang tu.

Apa macam bangga jadi orang Kedah? Ada lagi yang tersorok, insyallah kita dedah satu-satu.

Ahad, 14 September 2014

INFO! Ismail_Sabri60 Umum tambah AP lembu Untuk Kawasan Utara Malaysia! #Dsis


Dato Seri Ismail Sabri merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Padang Besar dan memberi sumbangan pada 20 ribu orang yang memerlukan sebentar tadi. Beliau juga turut memberi baja subsidi pada petani yang layak menerima sumbangan dari Kementerian Pertanian.


Paling menarik, Dato Seri Ismail Sabri bersetuju untuk membantu bahagian Padang Besar menjadi hub untuk mengimport lembu ke Malaysia, malah beliau akan memberi lebih banyak AP Import dikawasan utara tanah air bagi mengurangkan kadar penyeludupan lembu, untuk mencegah dari berlaku perkara yang tidak diingini.


#Dsis

Sabtu, 13 September 2014

INFO!! Akhbar Popular UK Kagum Pentadbiran Kedah.. #KedahSerataRata



Tulisan akhbar luar mengenai negeri Kedah dan pentadbiran kerajaannya dibawah pimpinan Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir.

Akhbar ini dari U.K bukan Ulu Kelang, tapi United Kingdom. Antara akhbar yang popular dan mempunyai pembaca harian sekitar 1.3juta orang.

Jika orang luar pun kagum, kenapa tidak kita?



Sumber: Daily Telegraph

Rabu, 10 September 2014

INFO! Cikgu Mat Razi Calon BN Untuk Pengkalan Kubor!


TPM sebentar tadi umum MAT RAZI MAT AIL, AJK UMNO Bahagian Tumpat,49 tahun,calon BN untuk PRK DUN Pengkalan Kubor.

MAT RAZI B.MAT AIL 651119035219
PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SKOLAH.
- isteri Khairos bt husin guru sk. simpangan tmpat.

- Kelulusan BA(Hons)Sejarah& persuratn melayu UKM (1999) maktb perguruan sultan abdl halim kedah(1988)

- Anak 6 org(3 lelaki 3 perempuan)Ank 1zamir(uitam kos Art& Design) 2.nur izati(uia bhsa arab)3.aizat(maahad tmpat)4.nur zahirah(maahad tahfiz tanah merah)5.nur maisarah dan zulfahmi(sk smpgn).

-bergiat politik semenjak 1990 sbgai su cawangan smpangan.AJK PEMUDA bermula 2005.AJK BAHAGIAN brmula 2009.

- mengasaskan sekolah pondok 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri Kg.simpangan dgn pngambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.pelajar semasa 20 org di bantu guru quran en daud ismail(bekas guru quran zi sndiri).Pondok di sumbg dato noor zahidi 50ribu 2013.Pengajian pelajar percuma makan percuma.

- Mula brkhdmat di 1988 sk bunohan(8 thn)1999(smk sri kurau perak)2002(smk ayer lanas jeli)2003-2008(smk geting)guru pemeriksa sejarah.

- Di maktb pernah johan Tilawah Al-quran taranum.

- mula mengaji di pondok tuan guru haji wan mat jal besar(1982 sehingga guru meninggal 1994. pergi haji pertama 1994.haji ke 2-2008.Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.

Nampaknya profile calon BN ini menarik. Tiada sebab kenapa beliau tak boleh dipilih menjadi wakil rakyat di sana.

#MMFC

HOT! RM1.1juta Peruntukan Untuk Baikpulih Rumah Flat Lama! @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


Kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1,165,225.75 untuk membaikpulih bangunan dan infrastruktur flat Tongkang Yard 3 di Alor Setar.

Melalui Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Badrol Hisham yang telah berdialog dengan penduduk di flat berkenaan, beliau telah menerima luahan dan pendapat untuk membaiki keadaan sekitar flat tersebut yang boleh dikategorikan sebagai amatlah kurang memuaskan.


Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat terhadap rakyat dengan memastikan kehidupan lebih terjamin. Jika anda lihat keadaan flat tersebut pun, anda pasti bersimpati. Sesungguhnya flat tersebut didalam keadaan yang amat daif dan serba kekurangan.

Memang patut kerajaan negeri bantu. Cuma bila segalanya dah cantik nanti, harap masyarakat disana lebih bertanggung jawab dan jagalah kebersihan.

Bukan rumah orang lain, rumah kita juga kann? Betul tak?

P/s: Gambar diatas hanyalah hiasan.

Sumber www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Selasa, 9 September 2014

HOT!! Sejarah Melayu Diperbodoh Bakal Berulang di Malaysia? #Dapigs


Sejarah selalunya berulang. Melayu Singapura pun pernah diperdaya dengan janji manis dan sumpah setia.

Akhir sekarang apa yang tinggal? Bahkan sejarah Melayu Singapura pun pelan-pelan ditukar hingga menunjukan Melayu disana bukan penduduk asal.

Kalau kita lihat balik keadaan di Malaysia. Perkara yang sama juga berlaku.

Sejak Dap menjadi kuat, mereka melakukan modus operandi yang sama.

Sejarah jadi pengajaran, contoh dah ada. Tapi masih ramai diantara kita yang tak sedar-sedar. Jangan sampai menyesal dikemudian hari nanti. Masa tu, buat apa pun dah tak guna dah.

Sumber www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

#MMFC

HOT!! Phahrolrazi Kata Pasmaa.. he he..


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Kundor, Datuk Phahrolrazi Zawawi, menafikan penubuhan sebuah parti baharu untuk menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat berikutan isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang semakin meruncing ketika ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) berkata, pertubuhan itu adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang memberi fokus kepada isu politik tanah air dan cenderung kepada pengukuhan pakatan pembangkang.

Katanya, PASMA adalah NGO peringkat nasional yang ditubuhkan pada 10 Ogos lalu dan ia terbuka kepada semua pihak tanpa mengira latar politik tetapi mahu turut serta berbincang dan menyuarakan pandangan mereka mengenai isu membabitkan pengukuhan Pakatan Rakyat di luar konteks parti politik.

"Kita tidak ganti sesiapa dalam pakatan sebab kita bukan parti politik, saya sendiri masih bersama PAS dan tidak berganjak sampai sekarang.

"Cuma PASMA ini kita tubuhkan untuk bagi platform kepada mereka yang mahu berbincang hal hal politik atas kecenderungan untuk mengukuhkan pakatan.

"Kalau dalam parti ia agak terbatas sebab kita terikat kepada banyak perkara dan peraturan parti...agak terhad untuk kita berbincang.

"Jadi ini peranan PASMA kita bagi ruangan, kita bincang soal politik untuk kebaikan Pakatan Rakyat yang amat penting sebagai alternatif kepada rakyat.

"Pengukuhan Pakatan Rakyat ini, memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih sama ada kerajaan atau pembangkang yang kuat untuk kestabilan negara," katanya ketika dihubungi di sini. -BH


McTheory:
Wayang apa lagi??. Biasa laa.. PASmaaa.. he he..

Jumaat, 5 September 2014

INFO! Ucapan Dato Seri Hj @MukhrizMahathir Pada DS @NajibRazak Yang Patut Kita Baca!! #KedahSerataRata


Ucapan Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir dimesyuarat UMNO Bahagian Jerlun.

Wajib baca.. terbaik!

Assalamualaikum w.b.t

YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak
Presiden UMNO, merangkap Perdana Menteri Malaysia

YB Dato' Sri Ahmad Bashah bin Md. Hanipah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah /
merangkap Timbalan Menteri KPDNKK

YB Dato’ Seri Mahawangsa Dato' Seri DiRaja Mahdzir bin Khalid
Ketua UMNO Bahagian Padang Terap / merangkap Timbalan Menteri KETTHA

YB Dato Abu Hasan Sarif
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun / merangkap ADUN Kota Siputeh

YB Dato Othman Hj Aziz
Naib Ketua UMNO Bahagian Jerlun / merangkap Ahli Parlimen Jerlun

Ketua2 UMNO Bahagian Kedah dan Ahli2 Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Ketua2 Parti Komponen Barisan Nasional

YBhg. En Shamsudin @ Abd Ghani bin Saad
Pengerusi Tetap

YBhg Dato' Maznah Abdul Hamid
Ketua Wanita UMNO Negeri Kedah / merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerlun

YBhg Sdr Ahmad Azhar bin Abdullah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerlun

YBhg Sdri Yusmawati Yaacob
Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun

Pegawai2 UMNO Jerlun

Ahli2 Jawatankuasa 4-sayap UMNO Bahagian Jerlun

Sidang Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun

Tuan-tuan dan Puan-puan yg saya hormati sekalian

1. Alhamdulillah saya panjatkan setinggi-tinggi puji-pujian ke hadrat Allah SWT di atas limpah kurniaNya kita dapat bersama menghadiri Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun tahun 2014.

2. Bagi pihak saya sendiri dan seluruh warga UMNO Jerlun, saya mengalu-alukan dan mengucapkan setinggi terima kasih kepada YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Presiden UMNO yang telah sudi hadir untuk merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Jerlun buat julung2 kalinya.

3. Saya difahamkan bahawa selain mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Jerlun, yang juga akan dirasmikan oleh Dato' Seri hanyalah mesyuarat UMNO bahagian Dato' Seri sendiri iaitu Bahagian Pekan. Sekali lagi kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas penghormatan ini.

4. Di kesempatan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-57 kepada semua yang hadir. Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita dan meredhai segala yang kita usahakan bagi menjamin keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran Malaysia dan Negeri Kedah.

5. Kejadian-kejadian kebelakangan ini jelas membuktikan kepada kita bahawa setelah mencapai kemerdekaan secara penuh hemah dan diplomasi, kemudian mengisi kemerdekaan itu dengan memakmurkan Rakyat, kini negara tidak dapat elak dari mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan dari perspektif politik dunia.

6. Kehilangan pesawat MH370 disusuli pula dengan penembakan jatuh MH17 akibat konflik yang langsung tiada kaitan dengan kita menuntut agar Malaysia terus bersuara mempelopori keamanan dan menegakkan keadilan sejagat seperti yang telah diperjuangkan sejak kepimpinan Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.

7. Di sini, ingin saya menjemput hadirin semua sedekahkan Al Fatihah kepada mangsa-mangsa tragedi MH17 dan para syuhadah di Gaza, juga doakan agar misteri MH370 akan segera terungkai. Al Fatihah.

YAB Dato' Seri,

8. Suka saya laporkan bahawa semenjak Barisan Nasional berjaya menawan semula hati Rakyat Kedah pada PRU13, pelbagai strategi dan pendekatan telah diambil oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Barisan Nasional Kedah untuk terus meyakinkan Rakyat terhadap keikhlasan, kesungguhan dan keupayaan BN memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka. Segala yang kami lakukan - baik melalui program dan aktiviti parti mahupun melalui keputusan dan tindakan Kerajaan Negeri - sentiasa mendahulukan Rakyat sambil mengutamakan prestasi seperti yang telah disarankan oleh Dato' Seri sendiri dalam gagasan 1Malaysia.

9. Walaupun perit rasanya, rupa-rupanya lima tahun di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat merupakan ujian dan pengajaran Allah SWT bagi BN, khususnya UMNO untuk bermuhasabah diri dan membuat apa jua pembetulan dan penambahbaikan untuk kembali ke hati Rakyat. Hikmah di sebalik lima tahun sebagai pembangkang selepas berkuasa selama lima puluh tahun cukup untuk menyedarkan kita bahawa Rakyat berkuasa untuk menukar Kerajaan, dan hakikat ini menuntut agar kita sentiasa gigih memegang mandat yang telah diamanahkan. Itulah iktibar yang telah kami perolehi.

10. Salah satu hikmah yang Allah berikan ialah peluang untuk Rakyat Kedah menilai sendiri pencapaian kepemimpinan pentadbiran Kerajaan di bawah PAS dan sekutu mereka. Jelas sekali ketidakcekapan, ketidakikhlasan dan perpecahan di antara mereka telah mengakibatkan kemerosotan sokongan Rakyat terhadap mereka, sekaligus membuktikan bahawa setiap kebaikan yang cuba mereka bayangkan untuk Rakyat sebelum PRU13 meleset sama sekali.

11. Tetapi kelemahan mereka itu masih tidak mencukupi untuk menjamin kemenangan bagi UMNO dan BN. Jelas sekali, suatu alternatif yang boleh diterima Rakyat merupakan kunci kepada hati mereka. Alhamdulillah, kesepaduan yang sedia terjalin di kalangan seluruh warga UMNO dan parti-parti komponen BN menyerlah dan disenangi Rakyat.

12. Kini pendekatan mesra Rakyat yang diambil oleh Kerajaan BN di Negeri Kedah ini juga disambut baik oleh mereka. Program-program mendekati Rakyat tanpa banyak protokol, aktiviti menziarah dari rumah ke rumah, acara-acara keagamaan – kesemuanya membuktikan bahawa Rakyat tidak silap pilih di PRU yang lepas.

13. Ditambah pula dengan dasar-dasar yang berpunca dari Akujanji BN Kedah bagi PRU13, satu persatu harapan Rakyat itu termakbul. Rumah kos rendah dan sederhana sedang giat dibina bagi memenuhi permintaan Rakyat. Kedah semakin dilihat sebagai destinasi pelaburan yang menarik bagi pelabur asing dan domestik hingga berjaya mencapai kedudukan jumlah pelaburan kedua tertinggi dan keempat tertinggi bagi suku pertama dan kedua tahun 2014 dengan jumlah pelaburan mencecah RM4.3 billion, lantas mewujudkan 3,500 peluang pekerjaan baru termasuk yang berpendapatan tinggi.

14. Pertumbuhan KDNK Kedah terus mencatatkan kadar seiring dengan kadar nasional. Maka peluang perniagaan juga mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi usahawan2 kita. Institusi pondok agama juga turut terus diperkasakan.

15. In shaa Allah, saya ingin menyatakan bahawa BN Kedah akan terus berusaha untuk mengekalkan sokongan Rakyat agar mandat yang diamanahkan itu akan kekal di dalam tangan kita. Bagi pihak BN Kedah dan Kerajaan Negeri Kedah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan pimpinan YAB Dato' Seri atas segala sokongan dan bantuan yang telah dihulurkan setakat ini. Sokongan dan bantuan yang akan diberikan selepas ini, dan memang kita banyak perlukan bantuan Kerajaan Pusat, kami dahului dengan ucapan jazakallah khairan katsiran, semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

16. Hasil daripada iktibar kekalahan terdahulu, kami sentiasa bermuhasabah diri menyemak keberkesanan tindakan untuk terus releven di mata Rakyat. Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang nasihat atau teguran yang bertujuan untuk membetulkan keadaan yang dilihat kurang betul.

17. Pepatah Melayu berkata :
Sayangkan anak, tangan2kan
Sayangkan isteri, tinggal2kan
Dan ada yang menambah : Sayangkan pemimpin, tegur-tegurkan.

Yang menjadi kata kunci kepada pepatah Melayu ini ialah perkataan “sayang’. Hanya orang yang sayang kita yang akan menegur kita untuk tujuan membetulkan kesilapan yang mungkin telah kita lakukan. Ini adalah manifestasi sokongan yang ikhlas terhadap pemimpin. Sokongan dari kategori ini yang saya perlukan kerana saya juga akui tidak mempunyai monopoli kebijaksanaan dalam mentadbir negeri ini.

18. Sokongan ikhlas seperti ini juga memberi kekuatan kepada pemimpin. Kalau kita tidak sayang seseorang itu, masakan kita akan menegur untuk kebaikannya.

19. Walaupun begitu, satu lagi kategori sokongan adalah sokongan yang membawa rebah. Sokongan jenis ini disulami kata2 manis yang mengasyikan, membuai pemimpin dengan mimpi-mimpi indah walhal keadaan sebenar lebih mirip mimpi ngeri. Ini merbahaya bagi pemimpin, dan saya harap saya tidak dikelilingi oleh penyokong dari kategori ini.

20. YAB Dato’ Seri, saya ingin menyatakan bahawa seluruh kepimpinan UMNO dan BN Negeri Kedah, bermula dari saya sendiri melafazkan ketaatan dan kesetiaan kepada perjuangan parti dan ikhlas menyokong kepimpinan Dato' Seri. Sokongan yang kami lafazkan ini adalah dari kategori pertama – iaitu yang ikhlas dalam memberi pandangan, malah juga teguran berhemah sekiranya perlu bertujuan untuk memberi kekuatan kepada Dato’ Seri.

21. Ingin saya meyakinkan Dato’ Seri juga, dan saya rasa Dato’ Seri pun tahu perkara ini, bahawasanya teguran yang telah dikemukakan oleh Ayahanda Tun Mahathir juga adalah datangnya dari sifat sayang dan bertujuan untuk memberi kekuatan kepada Dato’ Seri. Dari kenyataan-kenyataan Dato' Seri sendiri, saya percaya Dato’ Seri juga memahami akan perkara ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

22. Marilah kita sama-sama mengucapkan syabas kepada YAB Presiden parti kita ini atas kejayaannya mengurus pemulangan jenazah mangsa-mangsa MH17 setelah berunding dengan ketua pihak pemisah Timur Ukraine. Saya sendiri telah bertanya dengan Dato’ Seri apa perasaannya ketika bercakap melalui telefon dengan Aleksander Borodai mengenai urusan jenazah walhal dialah pemimpin pihak yang disyaki telah menembak jatuh pesawat kita. Dato’ Seri ceritakan bahawa panggilan telefon telah beliau buat jam 3 pagi, dan terpaksa menggunakan penterjemah bahasa kerana Borodai tidak berbahasa Inggeris. Kalau tidak banyak sabar, tentunya mustahil untuk mencapai persetujuan untuk memulangkan mangsa2 kepada negara masing2 termasuk Malaysia. Ucapan tahniah telah disampaikan oleh semua pemimpin negara-negara yang terlibat.

23. Kesungguhan menjuarai keamanan di rantau ASEAN ini diterjemahkan melalui tindakan-tindakan diplomasi sebagai orang tengah untuk mendamaikan Kerajaan Republik Filipina dengan pejuang pemisah Mindanao, juga antara Kerajaan DiRaja Thailand dengan pejuang pemisah Selatan Thai. Pendekatan konsisten yang ditunjukkan oleh Dato’ Seri membanggakan kita dan harus disokong oleh semua yang mencintakan keamanan. Tahniah kami ucapkan!

24. Bagi sebuah Negara yang penduduknya dari pelbagai latarbelakang etnik, agama dan status ekonomi, tentunya pendekatan kesederhanaan yang diamalkan sejak sebelum Merdeka lagi adalah yang terbaik bagi memupuk perpaduan, mewujudkan bukan hanya kefahaman dan toleransi antara kaum, tetapi juga suasana yang menerima dan meraikan kepelbagaian. Inilah asas kepada kemakmuran yang hendak kita usahakan bersama.

25. Dari Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri, kepada kontrak sosial dan Rukunegara, disusuli Dasar Ekonomi Baru hingga terkini gagasan 1Malaysia, Gerakan Moderat Sedunia dan Wassatiyah, kesemuanya bertujuan untuk mempertahankan jalan tengah yang mengambilkira kepentingan semua tanpa menidakkan mana-mana golongan masyarakat seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

26. Pendekatan moderat ini penting bagi mengimbangi fahaman-fahaman ekstrim yang cuba menguasai naratif sosial negara. Dalam sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia, dasar yang tidak bersifat ekstrim perlu dipertahankan agar tidak tercetus pertelingkahan yang merebak menjadi keganasan seperti yang berlaku dibeberapa negara termasuk di negara-negara jiran.

27. Namun, saya berpandangan bahawa pendirian moderat ini juga perlu tegas dipertahankan supaya tidak diperkosa oleh unsur-unsur ekstrim. Ironisnya, kita memerlukan dasar-dasar dan undang-undang yang kelihatan “draconian” untuk melindungi pendekatan kesederhanaan atau moderat ini. Fahaman kesederhanaan tidak boleh dipertahankan oleh undang-undang yang sederhana impaknya. Undang-undang preventif yang mungkin kelihatan ekstrim sahaja dapat membendung ekstrimism

28. Oleh itu Dato’ Seri, setelah Akta Keselamatan Negara 1960 atau ISA dan Ordinan Darurat 1969 dimansuhkan, saya harap Kerajaan Persekutuan dapat pertimbangkan semula hasrat untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 dengan tiga akta baru.

29. Selain itu, adalah harapan sebilangan besar Rakyat yang sentiasa mematuhi undang-undang negara agar pihak berkuasa tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dan mengambil tindakan ke atas sesiapa sekalipun yang menghasut bertujuan mencemar nama baik DYMM Yang diPertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, mana-mana agama khususnya agama rasmi Persekutuan iaitu Islam, dan mempertikaikan hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan hak kaum-kaum lain seperti yang dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan.

30. Sekali lagi, jika fahaman moderat yang kita ingin pelopori, maka hanya dengan kepatuhan kepada undang-undang negara dan penguatkuasaannya maka dapatlah kita menggagalkan unsur-unsur ekstrim yang cuba memecahbelahkan dan memporak porandakan kita.

31. Dato’ Seri sendiri dalam ucapan di Persidangan Agong Pertubuhan Bangsa2 Bersatu di New York menyatakan bahawa “Kita tidak patut beranggapan bahawa kesederhanaan itu satu kelemahan. Bersabar ketika berdepan dengan mereka yang mencetus keganasan tidak bermakna kita lemah, sebaliknya itulah kekuatan kita yang sebenar.”

32. Dato’ Seri, tindakan dan komen-komen bersifat hasutan yang berniat untuk mencabar sensitiviti pelbagai kaum tidak boleh dibiar bermaharajalela. Setiap tindakan dan komen itu tentunya mengundang reaksi yang setimpal dari pihak yang dicabar. Jika tidak dibendung dari awal, aksi dan reaksi ini semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal. Kita semua boleh bayangkan apa yang akan terjadi kelak.

33. Agaknya inilah antara perkara-perkara penting yang sentiasa merunsingkan Dato’ Seri sehingga sejak dua tahun ini saya lihat rambut Dato Seri hingga ke kening pun dah semakin putih. Tapi lebih baik putih dari tiada langsung!

YAB Dato’ Seri, Tuan-tuan dan Puan-puanyang dihormati sekalian,

34. Melentur buluh biar dari rebungnya. Begitulah peribahasa Melayu yang memesan agar kita mendidik anak-anak kita membesar menjadi insan mulia. Perpaduan perlu diterap dibangku sekolah lagi. Walaupun sudah beberapa kali Kerajaan menyatakan bahawa sekolah-sekolah vernakular tidak akan diganti dengan sistem sekolah satu aliran, namun saya harap usaha terus dipertingkatkan lagi untuk memperkasakan sekolah-sekolah kebangsaan kita.

35. Kalau ini dapat dilakukan tanpa kompromi, masa depan Negara bertuah Malaysia pasti akan melahirkan Bangsa Malaysia dari pelbagai latarbelakang tetapi tetap bersatu hati, sanggup berkorban jiwa dan raga untuk memperjuangkan prinsip-prinsip nasional, bersama mensejahterakan, memakmurkan, dan mewariskan sebuah negara bangsa yang utuh kepada anak cucu kita, in shaa Allah.

36. Selagi itulah prinsip pegangan kita semua, UMNO Jerlun terus berikrar sumpah taat setia kepada Presiden UMNO dan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Sekian, wabillahi taufiq, walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

INFO! Masalah Tanah Pulau Tiga Kerajaan Negeri Campur Tangan! #KedahSerataRata


Kerajaan negeri maklumkan bahawa 68 buah rumah hendak diroboh atas tanah tersebut. Dikhabarkan ada rumah (diatas tanah tersebut) sudah didirikan sejak tahun 60an dulu.

Dahulunya tanah tersebut milik kerajaan negeri (terdahulu) kemudian ianya dijual pada pihak swasta.

Sekarang ni pihak swasta hendak mengambil semula tanah yang dibelinya dengan merobohkan rumah yang ada diatas tanah tersebut.

Malah penduduk pula sudah memfailkan perkara ini kemahkamah untuk memberhentikan kerja perobohan.

Untuk menyelesaikan perkara ini dan mengelakkan ianya menjadi lebih serius, Kerajaan Negeri sudi menjadi orang tengah untuk berunding bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ianya dimaklumkan oleh YAB MB Kedah, Dato Seri Hj Mukhiz Mahathir pada sidang medianya selepas mesyuarat EXCO semalam.

Lagi satu masalah rakyat cuba diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.

#KedahSerataRata #MBmesraRakyat

Sumber www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

HOT!! Masalah Anugerah Tanah Pemain Kedah Selesai! #KedahSerataRata


Berita ini bakal menambah ceria pemain dan peminat bola sepak Kedah!

Kerajaan Kedah luluskan anugerah tanah pada pemain bola sepak Kedah yang memenangi treble dua tahun berturut-turut.

Keputusan ini dicapai didalam mesyuarat mingguan EXCO Kerajaan negeri petang tadi.

Walaupun ianya janji Kerajaan terdahulu.. Kerajaan tetap tunaikan janji untuk menganugerahkan tanah di Pokok Sena, diberi pada semua pemain pasukan Kedah yang menjuarai 3 piala pada tahun 2007/2008, tanpa membezakan pemain itu anak kedah atau orang luar.


Pengumuman ini dilakukan oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir, kata beliau, semua pemain wajar diberikan anugerah tersebut, kerana semuanya berusaha didalam satu pasukan untuk memenangi 3 Piala. Hingga menyebabkan Kedah merupakan pasukan yang memecah sejarah bola sepak kerana memenangi tiga piala dalam dua tahun berturut-turut.

Terima kasih Kerajaan Negeri Kedah kerana memahami denyut nadi rakyat!

Akhirnya penantian pemain Kedah dalam pasukan terdahulu berbaloi juga.

Tabik Spring pada MB Kedah kerana membuat keputusan yang bijak!

#MMFC #KFA #PulunKedahPulun #KedahSerataRata

Sumber dari page www.facebook.com/MukhrizMahathirFC

Rabu, 3 September 2014

PANASS!! Mari Menegur @MukhrizMahathir? #KedahSerataRata


Aku tak faham bila Ayahanda Tun menegur PM Najib hari tu, ramai pula yang menegur Mukhriz tentang pentadbiran beliau di Kedah.

Jika ayahanda Tun M menegur PM Najib berdasarkan 22 tahun pengalaman menjadi PM, yang tukang tegur ni menegur Mukhriz atas dasar apa? Nak kipas lebih?

Paling aku tak boleh nak fikir, apabila Ayahanda Tun M tegur Najib, sebenarnya tiada kaitan pun dengan Mukhriz, tiba-tiba kami di Kedah diserang bertalu-talu seolah-olah kami yang bersalah?

Kenapa agaknya ya?

Jika Ayahanda Tun M menegur PM Najib untuk kebaikan Malaysia, rasanya orang yang tegur Mukhriz ni nak bagi Kedah jadi lagi baik ka atau saja nak bagi imej Mukhriz nampak teruk?

Kedah bergerak agak laju kali ni.. banyak program atau kebajikan yang dilancarkan oleh kerajaan negeri. Walaupun projek besar masih menunggu kelulusan dan kewangan, namun jika diteliti perancangan, Kedah lengkap untuk bergerak menjadi negeri maju.

Kenapa pengkritik tak kritik negeri lain?

Kenapa mesti Kedah? Dalam keadaan ekonomi dunia bergerak perlahan dan tak stabil, Kedah negeri miskin yang berteraskan pertanian, mampu membawa masuk pelaburan berbillion-billion untuk janakan ekonomi dalam jangkamasa panjang.


Kenapa tak pandang dari sudut tu?

Kebajikan rakyat pula, Kedah tak lekeh langsung, ada khiarat kematian rm250, ada kit kelahiran, ada kursus kahwin percuma, lesen percuma utk penjaja kecil, malah masa bulan puasa yang lepas, kerajaan negeri bekerjasama dengan Yayasan Islam dan Pejabat Daerah untuk MB turun ke setiap daerah bagi menyampaikan sumbangan kepada tok Imam, guru al-Quran bebas, Tok Mudim, Mak Bidan, pengurus jenazah, OKU, warga emas dan fakir miskin.


Pondok-pondok di Kedah juga sudah diberi one off RM10k setahun dan elaun RM2k untuk bulanan. Malah banyak lagi yang telah kerajaan negeri lakukan.

Apakah itu tak cukup bagus lagi bagi sebuah kerajaan negeri yang berumur 1 tahun 4 bulan?


Selangor yang kaya pun tak jaga rakyatnya sampai macam tu sekali. Ini pula negeri Kedah yang miskin, boleh jaga sampai macam tu. Itu pun masih ada bunyi-bunyi suara yang tak puashati.

Sesungguhnya aku amat pelik dengan manusia yang tak reti bersyukur. Pada yang tak tahu menahu pasal Kedah, tolong tanya, jangan main serbu ikut suka. Sebab orang yang bijak, akan bertanya dahulu sebelum buat sesuatu.

Kalau serbu ikut suka, nanti kepala pecah sebab langgar dinding, betui dak?


McTheory:
Lain la kalau ada yang kata, orang susah, mana boleh tegur orang kaya, betui dak?

Selasa, 2 September 2014

INFO!! Video Sambutan Ambang Merdeka di Padang Terap Meriah! @MukhrizMahathir #KedahSerataRata #Merdeka


Sambutan penuh kesederhanaan tapi tetap meriah dengan semangat patriotik yang ditunjukan oleh rakyat Kedah. Doakan untuk Malaysia satu cara sambutan yang lebih Islamik, sederhana dan rasanya sesuai dibuat setiap tahun.

Layan video sambutan ambang merdeka dibawah,

HOT!! Muka 3 Orang Tukang Buat Kacau di Mesyuarat Bahagian Pokok Sena di Dedahkan! #KedahSerataRata


Cerita kecoh di mesyuarat bahagian UMNO Pokok Sena tu memang benar. Tapi banyak juga yang ditokok tambah. Sebenarnya hanya beberapa individu saja yang tak puas hati. Tapi depa ni bawa samseng mai buat kacau.

Pada mulanya ketika Dato Seri Shafie Apdal ada disana, segalanya berjalan lancar. Walaupun sudah ada puak yang berkumpul diluar menghasut orang ramai.

Mereka buat kecoh semata-mata mahu menghasut perwakilan suruh keluar dewan dan ada niat nak batalkan mesyuarat. Aku pun ada kat sana waktu tu. Kecoh sat saja, dalam 5 minit, tu pun sebab ada yang nak jadi samseng kampung dusun.

Kebanyakan perwakilan bangun membantu meredakan keadaan. Mereka malas nak layan individu yang kalah pada pemilihan lepas datang kali ni dengan niat yang nak menganggu.

Walaupun ada samseng kampung cuba nak kacau, tapi aku respek perwakilan yang duduk tunggu hingga tamat pengundian, malah hingga dapat keputusan pun masih ramai yang setia.

Keadaan tu lebih bagus dari mesyuarat yang aman, tapi lebih banyak kerusi dari ahli UMNO sendiri.

McTheory:
3-4 orang punya pasal.. cemar nama UMNO Pokok Sena satu negara..hmm..