Isnin, 24 November 2014

HOT! Kerajaan #Kedah di Anugerah 4 Bintang Dalam Pengurusan kewangan!


Dalam ucapan YAB MB Kedah sebentar tadi, beliau menegaskan, pengauditan merupakan satu cara kita dapat melihat semula segala kelemahan dan kekurangan, malah kita dapat memperbaiki semula dan dapat mengekang aktiviti salah guna kuasa dan penyelewengan.

Harap semua dapat ambil iktibar daripada Laporan Audit seperti pembaziran, pemborosan dan ketirisan.

Dato Seri Hj Mukhriz juga berharap Ketua Jabatan agensi Kerajaan mengambil serius setiap hal-hal berkaitan kewangan agar tiada laporan buruk di dalam Laporan Audit.

Kerajaan Negeri Kedah daripada segi penyata kewangan, berada di dalam kedudukan yang baik. Penyata Kewangan negeri Kedah mendapat Sijil Bersih selama 14 tahun berturut-turut.

Bagi Pengurusan Kewangan sebanyak 11 jabatan di Kedah mendapat 4 bintang berbanding tahun sebelumnya dan ini merupakan pencapaian yang terbaik.

Beliau juga ucapkan tahniah kepada semua jabatan dan agensi negeri yg berjaya mendapat 4 bintang.

Selamat maju jaya kepada semua warga audit.


sumber MukhrizMahathirfc.com

Kenyataan Media MB #Kedah Mengenai Isu Bakar Quran di Tokong Cina! #KedahSerataRata

Kenyataan rasmi YAB MB Kedah mengenai Isu berkaitan Al-Quran dibakar di Tokong Cina.



Minta pembaca sebarkan untuk jelaskan pada umum keadaan sebenar.

sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/

Sabtu, 22 November 2014

HOT!! Hujan Lebat #Kedah dilanda Banjir? #KedahSerataRata

Hujan lebat di Changloon, menyebabkan lebuhraya utara selatan dikawasan tersebut telah ditengelami banjir.

Gambar dibawah,



sambung baca kat MukhrizMahathirFC.com

Khamis, 20 November 2014

HOT! Keji!! Al-Quran dibakar berdekatan Tokong Cina?? #HinaIslam

Bukti Al-Quran di bakar..

Berkenaan Isu Bakar Al-Quran. Lebih kurang pukul 9.30 pagi, seorang lelaki bersama seorang Anak kecil pergi memberitahu kepada Pengurus SupermarketBillion bahawa terdapat individu sedang membakar Al-Quran di tempat ibadat mereka. Atas makluman itu,pengurus Supermarket pergi dan melihat sama ada laporan itu betul atau tidak.

Sambung baca SINI

HOT! Abang Mahfuz Omar Ubahsuai Rumah Rasmi MB Kedah?



Semalam ada cerita yang agak menarik dalam pengulungan bajet 2015.

Semasa dalam ucapan pengulungan bajet 2015 sebentar tadi. Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menegaskan.

Syarikat yang mendapat tender tambah baik Seri Mentaloon adalah syarikat milik abang kepada YB Mahfuz Omar.

Sambung baca kat  SINI

#MMFC #Kedah #BajetKedah2015

Rabu, 19 November 2014

Projek Pembangunan Bola Sepak #Kedah! # BajetKedah2015


Sidang Dun membahaskan Bajet Kedah 2015 masuk hari ketiga.

Adun Kuah mohon kerajaan negeri fokus pada pasukan bola sepak Kedah, kerana ia merupakan sukan utama rakyat negeri Kedah, malah rakyat Kedah sangat prihatin jika apa-apa terjadi pada bola sepak.

Beliau juga menyentuh mengenai, pembangunan bola sepak. Kerajaan perlu merancang untuk mencari bakat dari akar umbi.

Soalan ini dijawab oleh YB Exco Belia Sukan, Adun Jitra.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah merancang malah sudah fokus untuk membina pasukan yang kuat pada umur 21 tahun piala presiden merupakan skuad pelapis.

Malah kerajaan juga sudah ada sekolah sukan bagi, mengasah bakat untuk pelajar maju kedepan.

KFA juga sudah mewujudkan program percarian bakat, hampir disetiap daerah seperti di langkawi, Kulim, Sungai Petani dan lain-lain. Malah program ini telah dihebohkan pada orang ramai, dan mereka yang berminat wajib hadir sesi pemilihan.

Dalam program tersebut lebih kurang 300 orang anak muda yang hadir. Program seperti itu lebih terbuka dan memberi peluang pada semua pihak untuk sertai program pemilihan tanpa memgunakan kabel. Pemilihan terbuka dan lebih telus.

#BajetKedah2015 #Bajet #BajetKedah

#BajetKedah2015: Kenapa Nama Lapangan Terbang Antarabangsa #Kulim - @MukhrizMahatir


Adun Bandar Baharu mengulung Bajet Kedah 2015

Menjelaskan bahawa Kerajaan negeri sudah 41 kali membentangkan mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim kepada YAB PM , Menteri serta agensi berkaitan.

Bagi menunjukkan kerajaan negeri komited dalam pembinaan lapangan tsrsebut.

Adun Bandar Baru juga mengulas, kenapa,nama Kulim digunakan pada Lapangan Terbang Antarabangsa kedua di Kedah. ini sedangkan lokasinya di Sidam, beliau memberi contoh seperti KLIA, mengunakan nama Kuala Lumpur sedangkan lokasinya di Sepang. Ianya berkenaan branding.

Kulim Hitech antara kawasan industri yang terkenal didunia dan termaju di Malaysia. Hari ini Paksi Ekonomi bagi koridor utara hanya tertumpu di sekitar kawasan negeri Pulau Pinang sahaja,jadi melalui 6 projek ikonik yg dibentangkan di dalam Bajet Kedah 2015 ini, ianya dapat mengubah titik Paksi Ekonomi ke kawasan seperti Padang Terap,Sik, Kulim Bandar Baharu serta dapat menjana pelbagai kegiatan ekonomi kecil hasil daripada 6 projek ikonik yang dibentangkan.

Kedah adalah negeri pertama yang mempunyai Hospital Teknologi Hijau, bertempat di Laguna Sungai Petani.

YAB PM juga ada mengumumkan peruntukan sebanyak rm124 juta melalui SKMM untuk bangunkan internet di Langkawi, bagi penambahbaikan sistem telekomunikasi disana.

sumber www.mukhrizmahathirfc.com

Isnin, 17 November 2014

#BajetKedah2015 : RM 2.2 juta Baikpulih Dan Naik taraf Masjid Zahir @MukhrizMahathir


INFRASTRUKTUR (MASJID ZAHIR )

Masjid Zahir Alor Setar akan menyambut ulangtahun ke 100 pada tahun 2015. Kerajaan Negeri Kedah telah membuat perancangan bagi membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan Masjid.

Sebanyak RM 2.2 juta diperuntukan untuk perancangan Masjid Zahir.


sumber MukhrizMahathirfc.com

#BajetKedah2015 Penubuhan Majlis Ekonomi Negeri - @MukhrizMahathir


Disebabkan kerajaan peka kepada aduan dan cadangan daripada semua pihak. Samada ianya datang dari seorang petani kecil atau seorang ketua eksekutif syarikat gergasi, Kerajaan Negeri sentiasa mendengar dan mengambil maklum setiap perkara yang dibawa kepengetahuan.

Kerajaan juga mahu tindakan segera diambil, terutama sekali jika ianya melibatkan kebajikan rakyat dan perihal kemajuan ekonomi rakyat.

Maka, dengan itu kerajaan mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Negeri (State Economic Council) bagi mempercepatkan sesuatu keputusan atau proses kelulusan. Majlis ini akan dianggotai oleh ahli-ahli tetap yang akan membuat keputusan segera tanpa perlu terikat dengan kerenah birokrasi.

Kerajaan Negeri percaya, dengan penubuhan Majlis Ekonomi Negeri ini, pertumbuhan ekonomi Negeri dapat dirancakkan pada kadar yang maksimum.

Kata-kata Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir semasa pembentangan di #BajetKedah2015.

#Bajet #BajetKedah #HanyaDiKedah #MMFC #PulunKedahPulun #KedahSerataRata



sumber MukhrizMahathirfc.com

Subsidi Sewa Rumah Untuk Rakyat #BajetKedah2015 @MukhrizMahathir


Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir  berkata Kerajaan mengumumkan Program Bantuan Subsidi Sewa Rumah.

Program ini dimulakan dengan secepat mungkin setelah menyenaraikan mereka yang berkelayakan. Bantuan ini akan dapat meringankan beban rakyat dengan fokis kepada mereka yang amat memerlukan.

#BajetKedah2015 #BajetKedah #Kedah #KedahSerataRata



sumber MukhrizMahathirfc.com

Ds @MukhrizMahathir Umum Bonus Setengah Bulan #BajetKedah2015 #KedahSerataRata


Dalam #BajetKedah2015 sebentar tadi..

Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mengumumkan #bonus setengah bulan gaji pada semua kakitangan awam bawah kerajaan negeri.

#KedahSerataRata #Kedah



sumber MukhrizMahathirfc.com

Ahad, 16 November 2014

Budak 5 tahun selamat adik dari Kebakaran terima pingat #HangTuah.



Sebentar tadi ketika di hari warga emas dan kanak-kanak sedunia seorang kanak-kanak mendapat anugerah khas Pingat 'Hang Tuah' atas keberaniannya menyelamatkan adiknya yang berusia 3 tahun sewaktu rumahnya terbakar.

Adik Mohd Syawal yang nekad membawa keluar adiknya dari rumah ketika berlaku kebakaran terus membawa adiknya ke rumah neneknya yang tinggal berdekatan.

Oleh itu majlis telah berbesar hati menganugerahkan pingat 'Hang Tuah' demi mengenangkan keberanian adik Mohd Syawal!!

Anugerah disampaikan oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir selaku tetamu kehormat majlis.





Tahniah adik Mohd Syawal!!

Untuk baca berita kejadian..

Boleh rujuk dibawah..

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berjaya menyelamatkan adiknya yang berusia 4 tahun dalam satu kebakaran pada 11.30 pagi di Kampung Kubang Depu dekat sini.

Ketika kejadian, Mohd Syawal Mohd Shukri dan adiknya, Mohd Syakir sedang bermain di dalam rumah mereka sebelum ternampak api muncul dari bilik dan dapur.

Mohd Syawal, yang petah bercakap dan menggelarkan dirinya 'abang', memberitahu pemberita tanpa membuang masa, beliau memberanikan diri mengeluarkan Mohd Syakir dan membawanya ke rumah nenek mereka yang terletak berhampiran.

Beliau kemudian keluar mencari bapa dan penduduk kampung kerana rumahnya terletak agak berjauhan dengan rumah orang lain.

Anak sulung tiga beradik itu berkata semasa kejadian, bapanya Mohd Shukri Mohd Nor, 36 dan ibu, Huslina Abd Rahman, 26, tiada di rumah kerana bekerja dengan membawa bersama adik bongsunya, Mohd Syaril Mohd Shukri, 3.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata ketika dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal, beliau terlihat kepulan asap hitam dari jauh dan mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku serta terus memecut ke rumahnya.

"Bila sampai, saya amat terkejut apabila mendapati rumah saya sendiri sedang marak terbakar, dan saya cuba masuk ke dalam rumah kerana menyangka dua anak saya masih berada di dalam rumah yang terbakar itu," kata beliau yang lega apabila dimaklumkan jiran bahawa kedua-dua anaknya selamat.

Mohd Shukri berkata beliau sekeluarga kini tinggal sehelai sepingggang kerana semua peralatan rumah, dokumen penting serta persiapan hari raya musnah dalam kebakaran yang dianggar menyebabkan kerugian RM28,000.

Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Jerteh Ridzuan Mamat berkata 10 anggota dari Balai Besut dan Jerteh dikejar ke tempat kejadian dan ketika sampai, didapati hampir 90 peratus rumah kayu itu musnah dijilat api.

Turut melawat keluarga mangsa ialah Adun Hulu Besut Nawi Mohamad yang menyampaikan sumbangan peribadi.

Beliau berkata tindakan segera akan diambil memastikan keluarga malang itu tidak berdepan masalah tempat tinggal ekoran kejadian hari ini. – Bernama, 4 Ogos, 2013.

Sumber MukhrizMahathirfc.com

Sabree Abu Kembali ke #HijauKuning


Sabree Mat Abu yang lebih dikenali sebagai Abah atau Kereta Kebal dikalangan peminat bola sepak Kedah telah kembali bermain dengan Kedah setelah berhijrah bermain dengan PDRM pada musim lalu.

Sepertimana nama gelarannya Kereta Kebal yang dijadikan senjata pertahanan atau serangan dalam peperangan, kembalinya Sabree Mat Abu ke Kedah ianya mampu dapat memperkuatkan pasukan bola sepak Kedah dibahagian pertahanan serta berkemampuan membuat serangan dalam masa yang sama.

Selamat kembali ke Kedah Mohd Sabree Mat Abu.


sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/

Rabu, 12 November 2014

HOT!! Gambar Eksklusif Puting Beliung Melanda #Kedah Lagi..


Puting Beliung melanda Kedah buat kali keempat. Kali ni terjadi di Kuala Sala, berhampiran Sungai Nonang di bawah Dun Pengkalan Kundor.

Ya Allah selamatkan bumi kami.







MAKLUMAN TERKINI ANCAMAN RIBUT DI JALAN BATAS PAIP, SIMPANG EMPAT KANGKUNG, ALOR SETAR, KEDAH

KEMUSNAHAN MELIBATKAN 20 BUAH RUMAH, 4 BUAH KEDAI DAN SEBUAH KANDANG KAMBING. KERJA-KERJA PEMOTONGAN POKOK YANG MENIMPA BAHAGIAN RUMAH SEDANG DIJALANKAN OLEH PIHAK BOMBA DI LOKASI KEJADIAN. SETAKAT INI TIADA KECEDERAAN DAN KEHILANGAN NYAWA DILAPORKAN.

SEKIAN, TERIMA KASIH.
PGO KEDAH.

sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/

Selasa, 11 November 2014

HOT! Wajah Terbaru #PekanRabu Terbongkar!! #KedahSerataRata @MukhrizMahathir


Ini gambar terbaru bangunan #PekanRabu yang telah dirancangkan. Berlainan sikit dari gambar yang mula-mula dulu.

Nampak agak menarik.. apa pun kita harap ianya berjalan lancar.

Patut semua peniaga beri sokongan untuk membuat perubahan yang baik ini.

Insyallah doakan semuanya berjaya..

sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/ 

#MMFC #Kedah #AlorSetar #KedahSerataRata #HanyaDiKedah

Ahad, 9 November 2014

HOT! Tok Guru Pondok Sokong Saranan Kerajaan Kedah Untuk Perkasakan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah! #KedahSerataRata


Tekun dan khusyuk..

Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mendengar butir-butir, ucapan pembukaan dari Tok Guru Hj Abdul Rahim pengasas Pondok Mujamma' Ibn Sunni li al-Talaqqi Sg Jagung, #Pendang.

DSMM dijemput untuk merasmikan upacara perasmian penutup Wacana Pencerahan Tasawwur Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan Permerkasaan Mazhab Al Syafie.

Disamping menyampaikan bantuan sumbangan tahunan kepada 11 pondok yang berdaftar dengan kerajaan negeri Kedah.

Wacana ini menghimpunkan tok-tok guru pondok dari seluruh #Kedah, membicarakan mengenai permasalahan umat Islam di Kedah, Malaysia hatta dunia, malah cara memperkasakan lagi aliran ajaran ahlul sunnah wal jamaah di Malaysia bagi masa mendatang.

Tok Guru Hj Abdul Rahim dalam ucapan, berkata beliau sangat terharu dan terima kasih kepada DSMM kerana banyak membantu pondok beliau dan jemaah yang lain dalam memperkasakan pengajian pondok di Kedah.



sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/

Jumaat, 7 November 2014

HOT!! Phahrolrazi Presiden Pasma, dah sedia cabar Presiden Pas?




Amboi. Bukan main lagi si Phahrol ni. Dulu membalun Arwah Tan Sri Azizan, bekas MB Kedah. Kini dia rasa dia dah cukup besar untuk jadi boneka lawan Presiden PAS. Mamat perasan ni apa sebenarnya yang dia nak?




Kini Hadi seolah-olah ditinggalkan keseorangan. Orang yang dahulunya disanjung oleh seluruh puak PAS, kini bagaimana dia dilayan? Perpecahan dalaman yang kian menular semakin hari semakin teruk.

Apakah orang bawahan PAS tidak tahu Hadi sedang 'dihukum' oleh DAP dan PKR melalui agen mereka didalam PAS sendiri? Hati-hati sebab PAS ini jika jatuh ke tangan yang salah, perjuangannya akan berubah.
UMNO akan kekal kuat namun PAS akan jatuh andai orang PAS tak bantu Hadi. Sumber dari Keris7lok

He he he.. lawak la si Phahrol ni.. tak boleh jadi Menteri Besar Kedah, dia terus target nak lawan Presiden Pas!! Huh.. memang dasatlahh.. he he..

Rabu, 5 November 2014

Kajian Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim Di Jangka Ambil Masa 6 Bulan @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur


Mengenai lapangan terbang antarabangsa baharu di Kulim, Kedah, Tiong Lai berkata, kerajaan sedang memperhalusi cadangan itu dan kajian tersebut dijangka mengambil masa enam bulan.

"Kita perlu DCA (Jabatan Penerbangan Awam) membuat kajian dari segi keselamatan ruang udara dan keselamatan navigasi, sementara Malaysian Airport Holdings Berhad pula berhubung darjah penglihatan komersial, dan juga kajian Unit Perancang Ekonomi," jelas beliau.

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir memaklumkan kerajaan negeri Kedah sudah mengemukakan cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu itu di Kedah kepada kerajaan pusat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri di utara tanah air.

Mukhriz berkata, cadangan pembinaan lapangan terbang terbabit yang bakal beroperasi untuk kargo dan penumpang sudah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.


Kursus Kahwin Percuma, Anjuran Kerajaan Negeri Kedah? @MukhrizMahathir #KedahSerataRata


Ramai yang tahu Kerajaan Negeri Kedah menganjurkan kursus pra perkahwinan secara percuma kepada golongan muda dan belia di negeri ini yang ingin mendirikan rumah tangga bermula Disember 2013 yang lepas.

Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir pun dah rasmi, malah kursus pra perkahwinan secara percuma itu dijalankan secara berkala di semua daerah di negeri ini.

Cuma tak ramai yang tahu macam mana nak apply kursus tu..disini admin nak bagi penjelasan tentang kursus tersebut.

Pada yang nak mohon #kursuskahwin percuma anjuran Kerajaan Negeri Kedah tu, sila ke pejabat agama daerah anda untuk daftar, atau anda boleh ke pejabat Majlis Belia Daerah untuk bertanyakan soalan berkaitan dengan kursus kahwin tersebut. Insyallah depa akan bantu.

Pada yang berniat nak berumah tangga pada bulan 12 cuti sekolah ni. Jangan tunggu lama-lama, baik pi daftar lanie. Kalau terlepas nanti rugi.

#HanyaDiKedah #MMFC #KFA #PulunKedahPulun #KedahSerataRata #KedahAmanMakmur #MBmesraRakyat #Kedah #AlorSetar #KedahRules #ThisIsDarulaman

Selasa, 4 November 2014

HOT! Video dan Gambar Kejadian Ribut di Alor Setar Semalam! #KedahSerataRata





Video yang admin sempat rakam ketika kejadian ribut di hadapan Kedah Shoping Centre bandar Alor Star petang tadi. Dalam kejadian tersebut, pokok tumbang dan menghempap sebuat kereta.


#MMFC #HanyadiKedah