Isnin, 29 Disember 2014

SKMM Cari Penyebar Berita Palsu!! #PrayForPantaiTimur




Gambar ini adalah salah satu contoh penyebaran berita palsu tentang banjir di Pantai Timur

Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri.

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan:

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474, Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong 8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamat terakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. Kerjasama mereka amat dihargai.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh juga menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.


Cuba kita senaraikan kes2 penipuan banjir yang tersebar melalui whatsapp, facebook dan lain-lain... Yang dapat ingat adalah seperti berikut:

1. Surat tarik diri sukarelawan penyediaan makan minum
2. Bantuan dr ngo/persendirian yg ditahan sebab nak tampal sticker BN.
3. Surat dari anggota tentera (kebuluran kerana bantuan tidak sampai)
4. Sekolah manik urai yg runtuh
5. Puisi ibu darwish 'tidurlah sayang'
6. Sewa helikopter tentera RM4500
7. Gambar budak mati akibat bumbung runtuh (hakikat sebenar adalah di Indonesia)
8. Keluarga 10 orang mati akibat terperangkap dalam rumah
9. Kelantan terputus terus hubungan jalanraya.
10. Empangan Thailand yg melepaskan air
11. Bantuan hanya sampai kepada penyokong BN sahaja
12. Penyebaran mayat bergelimpangan.

Admin nasihatkan supaya semua rakyat Malaysia tidak mempercayai berita2 yang tidak sahih disebarkan melalui aplikasi whatapps.

Khamis, 25 Disember 2014

Lagenda Pekan Rabu - Bakal Gegarkan #Kedah..


Apa itu Lagenda Pekan Rabu?

Satu cara untuk menerapkan budaya cintakan warisan dikalangan penduduk Alor Setar dan Kedah. Malah memberi inspirasi dan pendedahan kepada penduduk Alor Setar sendiri. Menggalakkan para remaja menceburi bidang kreatif dan menghayati seni. Memberikan hiburan keluarga yang sesuai disamping masih menerapkan elemen kerohanian.


AOR World Music Stage

Debu (USA/Indonesia)
The Muhibbain
Andy Flop Poppy
Radhi OAG
Altimet
Al – Farabi Band


Antara acara yang menarik perhatian

Kindness Treasure Hunt

Aktiviti yang akan dijalankan bersama rumah-rumah anak yatim sekitar Kedah. Setiap rumah anak yatim akan menghantar sekurangnya 2 pasukan untuk menyertai Treasure Hunt ini. Treasure hunt akan dijalankan disekitar Ukir Mall sambil diselia oleh sukarelawan Kindness.my

Caravan of Praise (Kabilah Berselawat)

Segala puji untuk yang maha esa juga diterjemahkan ke dalam bahasa Arab sebagai ' Hamd ' yang merupakan ' Tahmid ' yang bermaksud untuk memberi pujian kepada Allah dan Rasulnya Nabi Muhammad SAW.

Untuk memupuk kasih Nabi dan ungkapan untuk melanjutkan cintanya kaumnya (umat) .
Acara yang sangat menarik generasi muda. Anak-anak muda menyatakan cinta mereka pada Nabi Allah Muhammad.


Pendekatan yang sangat menarik minat untuk anda kunjungi dan sertai bersama. Bukan majlis kosong atau biasa-biasa, ianya penuh pengisian hingga merangkum kerohanian anda.

Jangan lupa sertai ' Lagenda Pekan Rabu ' 29, 30, 31hb Disember 2014, diperkarangan Ukir Mall, Alor Setar.

Selasa, 16 Disember 2014

HOT! Guan Eng Tak Sepatutnya Buat Begitu! @MukhrizMahathir


Alor Setar - Dalam sidang media yang dibuat oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir bersama Dato Seri Jamil Khir petang tadi, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir ditanya mengenai isu Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang tidak melarang jika bukan Islam mengunakan 'Kalimah Allah'.

Kenyataan Guan Eng itu dikecam hebat oleh pemimpin UMNO/BN, NGO pro Islam, bahkan ada diantara rakan Pakatan yang marah bila Guan Eng membuat kenyataan yang tidak sensitif. Pejabat Mufti Pulau Pinang juga dikhabarkan akan berjumpa dengan Guan Eng untuk membincangkan hal tersebut.

Bagi YAB Menteri Besar Kedah, tindakan Guan Eng itu ternyata berat sebelah kerana beliau tidak pedulikan bantahan umat Islam.

"Ianya tak sepatutnya berlaku, kerana beliau pemimpin pada semua rakyat, bukan hanya pada satu pihak sahaja"

 kata beliau semasa disoal pada sidang media Mesyuarat Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Sememangnya Guan Eng patut menitik berat apa perasaan umat Islam di sana. Apakah mereka terima cadangan tersebut? Kerana Kalimah Allah adalah salah satu hak istimewa umat Islam dinegara ini. Apakah umat Islam di Pulau Pinang tidak mempunyai hak bersuara atau mereka sebenarnya tidak dihargai?

Ini baru memerintah negeri, cuba bayangkan jika mereka ini memerintah negara, agaknya bagaimana ya?

www.mukhrizmahathirfc.com

Sabtu, 13 Disember 2014

HOT! AEON BIG Buka di Alor Setar #Kedah!


Alor Setar - YAB Dato'Seri Haji Mukhriz Bin Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah hari ini telah merasmikan pembukaan Stor AEON BIG Alor Star.

Bangunan yang berkeluasan 9,144 m2 itu bukan sahaja menempatkan pasaraya besar AEON BIG, malah ia menawarkan konsep satu pusat hentian membeli-belah dengan lebih 55 buah lot kedai yang menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan.

YAB Menteri Besar dalam ucapannya mengucapkan terima kasih kepada AEON BIG kerana membina pasaraya ini di Alor Setar, ia bukan sahaja merancakkan ekonomi negeri Kedah malah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah.

AEON BIG ialah sebuah syarikat di dalam kumpulan AEON yang ditubuhkan sebagai Jusco di Jepun dalam tahun 1970.

Sementara itu, Pengerusi AEON BIG, Encik Nagahisa Oyama berkata, hasil dari "Dasar Pandang ke Timur" yang di perkenalkan oleh Tun Mahathir pada tahun 1982, telah mengeratkan perniagaan dan hubungan ekonomi yang kukuh antara dua negara.

Selesai majlis perasmian, YAB Menteri Besar dibawa melawat seluruh kawasan bangunan bagi melihat perniagaan di AEON BIG Alor Setar. - MukhrizMahathirFc.com

Selasa, 9 Disember 2014

PERHATIAN! Bantuan Awal Persekolahan Untuk Rakyat #Kedah!


Berita baik pada semua rakyat Kedah! Kerajaan negeri ada memberi bantuan awal untuk anak-anak masuk sekolah bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ibu-bapa. Pastikan lokasi yang berhampiran dengan rumah anda dan datang pada waktu yang betul.

Maklumat Bantuan Awal Persekolahan.

Sila dapatkan borang di daerah masing-masing seperti berikut:

Kota Setar :
Menara Zakat - 8.00 pagi

Kubang Pasu :
Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu - 8.00 pagi

Kuala Muda :
Masjid Taman Ria Jaya - 8.00 pagi

Kulim :
Masjid Ayer Merah - 8.00 pagi

Pendang :
Pejabat Zakat Daerah Pendang - 8.00 pagi

Yan :
Pej. Zakat Daerah Yan - 8.00 pagi

Baling :
Masjid Charuk Nau, Baling - 8.00 pagi

Padang Terap :
Masjid Muadzam Shah, Kuala Nerang - 9.00 pagi

Sik :
Masjid Namek, Sik - 9.00 pagi

Bandar Baharu :
Masjid Al- Fateh, Serdang - 8.30 pagi

Langkawi :
15.12.2014 : di Masjid Al-Hijrah, Lubuk Chempedak, Pulau Tuba.
22.12.2014 : pemberian kupon - Masjid Nur Al- Hidayah, Kelibang
29.12.2014 : Bawa Kupon yang telah diambil.

sumber www.mukhrizmahathirfc.com

Ahad, 7 Disember 2014

@MukhrizMahathir HENTAM Naib Presiden US!! #KedahSerataRata


Kita sedar bahawa US adalah sekutu terbesar Israel dalam menjana dan membina semula negara haram di atas tanah Palestine.

Bahkan kita tahu, senjata, kewangan bahkan teknologi semuanya datang dari US. Khasnya untuk menentang Palestine, meningkatkan keselamatan, seterusnya menjajah negara Islam yang semakin dirundung malang itu.

Senjata pembunuh US itulah yang membunuh ribuan kanak-kanak dan ibu-ibu yang tak berdosa di Palestine. Dimana keadilan dunia? Negara mereka dijajah dan mereka ditindas!

Kemudian, kini US boleh bangun bercakap mengenai keadilan dan demokrasi? Kononnya merekalah pejuang keadilan. Mereka umpama pembunuh yang menasihati orang supaya jangan mencubit!

Perkara ini turut dirasai oleh Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir apabila beliau membidas keras terhadap perbuatan tersebut.


"How does US supply of deadly weapons to Israel killing innocent Palestinian women & children help promote democracy & justice?"

Atau dalam bahasa melayunya.

"Bagaimana US yang membekalan senjata maut kepada Israel untuk membunuh wanita Palestin dan kanak kanak yang tidak berdosa, boleh membantu mempromosikan demokrasi dan keadilan?"

US mahu Malaysia bersikap adil terhadap Anwar? Kononnya kita sekarang berlaku kejam. Apakah US sebenarnya tak sedar diri. Betulkan diri mereka dulu sebelum campur hal negara orang lain.

sumber www.mukhrizmahathirfc.com

Rabu, 3 Disember 2014

HOT! Pekan Rabu, Semakin Ramai Peniaga Mula Berpindah! #KedahSerataRata @MukhrizMahathir


ALOR SETAR - Proses perpindahan sementara peniaga Pekan Rabu ke Ukir Mall demi memberi laluan kepada pembinaan Kompleks Pekan Rabu, lebih lancar hari ini berbanding kelmarin.

Exco Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, bilangan peniaga berpindah meningkat berbanding kelmarin.

“Kelmarin, hanya 118 peniaga berpindah sebelum 27 lagi menyusul. Pertambahan peniaga menjadikan jumlah setakat ini mencecah 145 peniaga.

“Seramai 82 peniaga pula dalam proses pemindahan. Cumanya, tinggal 26 yang masih enggan, namun saya yakin mereka akan mengambil langkah sama nanti,” katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam lawatan ke bangunan Ukir Mall, semalam bagi meninjau proses pemindahan peniaga terlibat.

Turut hadir, Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Leftenan Kolonel (B) Lutfi Mohamad Ghazi.


Menurutnya, pihak mereka telah mengambil kira semua aspek termasuklah keadaan tapak sementara bernilai RM2 juta untuk peniaga Pekan Rabu.

“Saiz lot-lot kedai sementara peniaga Pekan Rabu dibina sedemikian rupa demi menampung dan memuatkan keseluruhan 227 peniaga,” katanya.

Jikalau lot kedai dibina seperti mana lot kedai asal mereka, akan ada peniaga tidak mendapat tempat sementara di Ukir Mall nanti.

Lagipun katanya, tinjauan mendapati kemudahan asas disediakan antaranya seperti di Medan Selera Pekan Rabu selesa kepada semua.

Ku Rahman berkata, dia yakin keputusan diambil mampu memberi pulangan lumayan dan rezeki kepada peniaga Pekan Rabu dan Ukir Mall.

"Kira-kira 80 peratus pelanggan dilihat sudah mengunjungi tapak sementara peniaga Pekan Rabu setakat ini, walaupun pada awalnya sedikit perlahan.

"Saya berharap pembinaan kompleks selesai dalam tempoh lebih awal iaitu 30 bulan berbanding 36 bulan demi memudahkan peniaga," katanya.

sumber MukhrizMahathirFC.com

Selasa, 2 Disember 2014

Perkara yang WAJIB anda tahu mengenai Pekan Rabu lama! #Kedah


Umum tahu Pekan Rabu merupakan tempat tumpuan pelancongan di Kedah.

Pekan Rabu mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam usaha menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera bergiat di dalam bidang perniagaan. 

Kegiatan perniagaan di Pekan Rabu telah bermula sejak selepas Perang Dunia Pertama atas inisiatif YTM Almarhum Tunku Yaacob, seorang Putera DiRaja Kedah supaya orang Melayu dapat terus menjalankan perniagaan di dalam bandar. 

Kini Pekan Rabu merupakan lambang kegiatan utama ekonomi orang Melayu di dunia perniagaan Kedah. Malah ia juga sudah menjadi lambang utama negeri Kedah.

Disebabkan bangunan tersebut sudah lama ianya uzur hingga menyebabkan struktur bangunan tersebut juga sudah tidak selamat.

Kami diberitahu, struktur bumbung bangunan Pekan Rabu, sudah rapuh dan ada yang sudah retak. Malah ianya menunggu masa untuk runtuh pada bila-bila masa. Sebab tu bila hujan, ia bocor disana-sini.

Lantai pun sudah ada yang retak, malah lubang kumbahan pun ada yang hanya dipapan dengan papan nipis yang amat berbahaya pada peniaga, lebih-lebih lagi pelanggan.

Ciri-ciri keselamatan kebakaran langsung tidak ada. Alat pencegah kebakaran juga telah dicuri malah ada yang rosak. Jika berlaku kebakaran, kemungkinan besar, ianya gagal untuk dikekang lagi.

Sudah la bekalan air telah diputuskan semalam. Elektrik juga telah tamatkan. Malah kawasan Pekan Rabu juga telah diisytiharkan sebagai kawasan pembinaan oleh Lembaga Koperasi Pekan Rabu, andaikata berlaku apa-apa kemalangan, ia akan jadi sia-sia. Bak kata orang mati katak!

Kami nasihatkan peniaga yang mementingkan keselamatan supaya meninggalkan kawasan terbabit, sayangi nyawa dari harta benda. Tiada apa yang bermakna didunia selain dari keselamatan diri anda. Harta benda boleh dicari, nyawa tiada gantinya.

Kepada pelanggan yang selalu mengunjungi Pekan Rabu, anda boleh ke Ukir Mall, kawasannya luas, dalamannya ada penghawa dingin. Paling penting anda tak perlu risau jika ada bumbung runtuh atau lantai hancur.

Pesanan dari Mat Pekan Rabu Pencinta Kemajuan.

Isnin, 1 Disember 2014

TERKINI! Kecoh Di Pekan Rabu! #Kedah


Terjadi sedikit kecoh di Pekan Rabu apabila peniaga yang enggan berpindah dan menghalang pihak berkuasa untuk membuat kerja pembersihan.

Setelah tarikh untuk berpindah ke premis perniagaan sementara berakhir semalam.

Kumpulan peniaga lebih kurang 70 orang telah menghalang pihak Majlis Bandaraya Alor Setar dan pihak kontraktor dari membuat kerja pemasangan pagar dan papantanda kerja pengubahsuaian Pekan Rabu.

Namun setelah perbincangan dijalankan, papantanda berjaya dinaikan, malah Pekan Rabu juga telah dipagar untuk kerja-kerja pembinaan.

Sambung baca di www.mukhrizmahathirfc.com