Rabu, 11 Februari 2015

Rakyat Susah Kerajaan Tak Bantu?


Sering kali kita dengar rungutan dan rintihan dari rakyat Malaysia yang mengatakan Kerajaan Malaysia tidak prihatin dan membantu rakyat. Ada yang mencela Kerajaan tidak peduli rakyat termiskin. Ramai orang susah tidak dipedulikan, malah ada yang tak sudah-sudah anti kerajaan disebabkan terpengaruh dengan kata-kata yang tak masuk akal tu.

Kadang-kadang pelik melihat orang kita. Sihat tubuh badan, tubuh sempurna tiada cacat cela, namun dimulut sentiasa kata susah nak cari makan. Kerajaan tak bantu, kerajaan tak prihatin.

Kita pun pelik, kerajaan nak bantu dari segi apa lagi?

Kerajaan beri Subsidi ni rasanya, dari dalam buaian hinggalah dah berkahwin. Semuanya ada subsidi.

Kerajaan dah bantu dengan BR1M, bantuan anak sekolah, bantuan beli buku sekolah, ada rumah PPR dan PPRT, ada bantuan JKM. Ada duit, boleh melabur dalam ASB/ASN.

Dengan semua bantuan ini, bagaimana seseorang tu kata kerajaan tak bantu rakyat? Takkan kerajaan nak bagi gaji percuma secara bulan-bulan masuk ke akaun kot, baru nak kata bantu?

Jalan hidup kita, kita yang tentukan. Kita yg corak dan bentuk. Kalau malas, susahlah kita, kalau rajin, usaha dan berdoa InshaAllah akan terbuka pintu rezeki.

Jika rakyat asing seperti Vietnam, Myanmar, Indon, Petani, bangla dan negara lain, berpusu-pusu datang ke Malaysia untuk cari rezeki. Kata mereka negara kita mudah untuk cari makan.

Kerana negara kita kaya, dan sumber ekonomi sentiasa bergerak. Malah terbukti mereka mampu merubah hidup mereka.

Berbeza dengan orang kita, orang kita asyik merungut sana susah, sini susah, tapi tak kerja, kerja pun taknak, usaha pun tidak. Habis tu macam mana nak kaya?

Takkan duit nak turun dari langit kot?

Fikirkannlah..

sumber MyKMU

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ramai rakyat mahukan kerjaan meyuapkan nasi kemulut mereka,itu baru di kira membantu,terutama nya rakyat pemalas yg berkeliaran dalam kem Pembangkang khsusnya dalam parti KETUM.

Tanpa Nama berkata...

ADA RAKYAT NEGARA JIRAN KATA,KERAJAAN MALAYSIA TERLALU MANJAKAN RAKYATNYA.

Tanpa Nama berkata...

Terdapat juga rakyat yg tak malas..mereka banyak yg rajin rajin..rajin dan berjaya jadi mat tempoh..berjaya jadi penagih dadah tegar..berjaya makan tidur perabih harta nak bapa... berjaya jadi lembu berguling atas jalan raya..berjaya jadi penyokong tegar kerana dapat duit cepat seratus dua ratus untuk datang menyokong manusia yg terang terang bersalah malah terkenal sebagai spesis main buntot jantan....itu lah kepandaian pemuda dan orang melayu yg selalu mengeluh bahawa kerajaan tak prihatin membantu golongan melayu miskin..sedangkan hakikat sebenar mereka ini memang keturunan lembu dan PEMALAS.

UMNO PARTI PENJARA berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Baca TKO tu jadi TKO lepas KO terus....

HAMIDIsP berkata...

Minyak naik marah, minyak turun pun marah. Macai tetap macai, bodoh macam keldai macai..

p/s: tahniah kepada saiful kerana akhirnya keadilan berjaya ditegakkan..;)

Tanpa Nama berkata...

Nampak tak admin betapa Kerajaan Melayu be end x tak bleh ubah Melayu?

Anda telah mengesahkannya...

Jangan lupa. Ayat Al Quran yg bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”

MAKNANYA MELAYU BOLEH BERUBAH.

Masalahnya seseorang Melayu bukan boleh berubah sendiri2 tanpa dipimpin dengan cara terbaik.

Skali lagi untuk makluman.....

Kerajaan Melayu be end TELAH GAGAL ubah sikap Melayu.

Kita ubah ke Pakatan dan bagi peluang MELAYU PAKATAN bentuk kerajaan untuk ubah Melayu plak...

Kalau korang nak praktik ayat ALLAH le...

pak muliadi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Teko Kopi berkata...

Saya dah linkkan blog hebat tuan di blog saya. Mohon sudi kiranya tuan linkkan blog saya www.tekookopi.blogspot.com di blog tuan..terima kasih.

Semutar Hitam berkata...

Sapa laa MYKMU tuu.. hat blogger2 tempura pn copy bangga... apa fungsi kerajaan?? Perlu ka ada kerajaan?? Banyak nya duit kerajaan, ambik mana?? Sapa kerajaan?? Sapa dalam kerajaan??
Ok.. 1st, BN is parti yg diundi untuk menjadi pentadbir atau membentuk sbuah kerajaan dengan rezeki bumi malaysia yg mewah, dgn duit dah ada. Aku undi hang pi urus duit tu jaa... skiranya pmimpin tu bangsat, bangsat la jgak hampa jamu kami..tak sedar diri BN, kmudahan dri branak smpai tu bkn hampa yg bagii..bkn duit poket hampai.. gaji hampa pun rakyat bayaq hampa sedaq dakk?? Dok berasa macam buat jasa guna duit hampa pasaipa?? Hat tu la gunanya kerajaan..mmg dh kerja krjaan urus smua tu.. bodo terok hampa ni, benda logik mcm ni pun hampa tak bleh pikiaq..