Rabu, 29 April 2015

Peniaga Tamak, Sup RM150 Diserbu KPDNKK



Disebabkan mendapat banyak laporan awam, akhirnya sepasukan pegawai KPDNKK menyerbu sebuah restoran yang dikatakan telah mengenakan harga semangkuk sup berharga RM150.

Apa kejadah mahal nak mampus sup tu??


Tuan punya kedai mengadap Pegawai KPDNKK






KPDNKK memeriksa lesen peniaga



Pegawai KPDNKK memeriksa bekas sup




Tindakan sebuah restoran di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu menjual sup kepala ikan siakap dengan harga tidak masuk akal mencecah RM130 hingga RM150 semangkuk telah diserbu pegawai penguatkuasa KPDNKK Kelantan hasil daripada aduan orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 57, Anti Pencatutan kerana didakwa menaikkan harga. 

Tahniah diucapkan kepada KPDNKK diharap sentiasalah prihatin dan turun padang bagi memantau peniaga yang mengambil kesempatan terhadap penguna.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ikan siakap ? Melampau!!!

Tanpa Nama berkata...

agak2 la nak letak hargapun. memang meniaga nak untung, siapa nak rugi, ye tak. tapi kalau dah sampai letak harga sup kepala ikan rm130-rm150, itu dah kira zalim!!! dengarnya pakai kepala ikan siakap je pun, bukan kepala anakonda atau kepala naga yg susah dapat. lagipun, ikan siakap bukan yang liar punya, paling2 ikan siakap bela. memang patut kena saman. nak untungpun jangan la bertindak zalim.

Tanpa Nama berkata...

Tu belajar kat ostad PAS lah tu..
mereka menipu zalim tahap lampau tp atas kepala pakai kopiah.. dasar pencacai PAS.