Khamis, 29 Januari 2015

Mahasiswa Asean Berkumpul di UUM - @MukhrizMahathir



Pagi ini Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir hadir untuk berucap sekaligus merasmikan Asean Youth Summit di EDC Hotel, UUM Sintok.

Asean Youth Summit buat julung kalinya dianjur oleh Universiti Utara Malaysia dengan mengumpulkan mahasiswa dari negara-negara asean untuk membincangkan persamaan, isu dan permasalahan diantara mereka.

Dalam perganjuran kali ini YAB Menteri Besar Kedah terharu kerana kehadiran mahasiswa dari negera-negara asean begitu ramai, ini bukti semangat kekeluargaan dari negara Asean yang juga satu rantau penting didunia begitu begitu utuh sekali.

"Hanya mahasiswa yang memahami apa kehendak mereka" kata Dato Seri didalam sidang medianya pagi tadi.

MB Kedah juga mengucapkan tahniah kepada UUM kerana berjaya dalam penganjuran kali ini.


Kedah Mulakan Pembinaan Rumah di Manik Urai!


Di sidang media Mesyuarat mingguan Exco Kerajaan negeri Kedah sebentar tadi, YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan bahawa, Kerajaan negeri Kedah sedang giat menyiapkan kerja pembinaan rumah sementara di Manik Urai.

Kata beliau, sebuah rumah sudah siap didirikan. JKR Kedah yang diamanahkan bagi mengetuai pembinaan tersebut, sedang giat menjalankan kerja, sambil dibantu oleh kontraktor tempatan, sukarelawan Kedah (SUKAM) dan turut membantu sebuah syarikat swasta dari Langkawi, menyumbang simen bagi tujuan pembinaan.

Manakala Jabatan Hutan negeri Kedah juga, menyumbangkan kayu hutan, hasil rampasan mereka untuk membuat papan lapis bagi kegunaan pembinaan rumah. 53 buah rumah akan dibina atas tapak asal rumah penduduk kampung, rumah tersebut berukuran seluas 448 kaki persegi, anggaran kos lebih kurang RM15 ribu, malah ianya (kos) mungkin boleh dikurangkan lagi, kerana ada pihak GLC dari Kedah dan pihak swasta, turut memberi sumbangan bagi mengurangkan kos pembinaan tersebut.

(contoh rumah didalam gambar)

Rumah sementera tersebut pula, dijangka akan siap kesemuanya, didalam tempoh dua bulan (anggaran), bergantung pada proses pembinaannya. Penduduk kampung boleh mengunakan rumah itu dahulu, sementara menunggu rumah kekal yang akan diberi atas ihsan bantuan Kerajaan pusat.

Ternyata usaha murni Kerajaan negeri Kedah, disambutan meriah oleh masyarakat tempatan disana. Malah YAB MB sendiri akan turun sekali lagi di Kampung Karangan, untuk melihat perkembangan positif setelah kerja pemulihan, penambahbaikan dilakukan oleh wakil Kerajaan dan sukarelawan Kedah disana.

www.mukhrizmahathirfc.com

Selasa, 27 Januari 2015

Tubuh Nik Aziz dipolitik sampai mati?


Sekarang ni tersebar luas di media sosial cerita mengenai kehebatan Tok Guru Nik Aziz yang dikatakan mengalami pelbagai perkara ajaib semasa sedang nazak sakit, malah dikaitkan pula dengan pelbagai cerita ‘kedewaan’ kononnya itulah punca menyebabkan kesihatannya semakin baik.

Ceritanya pula muncul dalam pelbagai versi dan siri yang diolah oleh para cendiakawan Pas untuk menarik perhatian ramai, kononnya Nik Aziz ni hebat, seorang ulamak besar Malaysia yang harus dikagumi ramai.

Hebat politik orang Pas ni, dah jadi macam tu pun masih hebat dipolitikkan.

Cuba kita bayangkan, beliau sedang terbaring nazak, nak bernafas pun guna mesin, tetapi mereka masih mengunakan tubuh badannya untuk politik.
Cerita tentang kehebatan Nik Aziz, bagaimana beliau berjaya sembuh dan diselamatkan, walaupun sudah ada kuman masuk ke otak pun telah di’viral’ kan oleh para pengikutnya.

Belum lagi kisah Nik Aziz yang nazak dalam koma boleh bangun pukul 4 pagi untuk bertahajud dan kemudian koma semula. Itu pun ramai penyokong Pas kagum dan memuji-muji nama Nik Aziz, kononnya sah la Nik Aziz itu Ulamak besar yang direstui Allah.

Paling menarik, ada pula yang gambarkan Nik Aziz ni samataraf dengan Nabi. Maka diulaslah hujah yang boleh dikaitkan Nik Aziz yang sakit tu dengan Nabi Allah yang lain. Makin hilang akal nampaknya para cendekiawan Pas mencari isu bagi agungkan pemimpin mereka tu.

Apakah mereka ini tak takut mati atau rasa bersalah dengan membuat cerita penglipurlara seperti itu? Cerita tersebut penulis percaya pasti digunakan oleh mereka sebagai bukti kehebatan Ulamak Pas dan akan menjadi cerita mulut dari turun temurun.

Kesian pada tuan badan, nak mati pun kena tanggung seksa pengikut yang berpolitik 24jam. Patutnya doa pada Allah, minta kurangkan seksa pada Nik Aziz dan doa minta Allah ampunkan dosanya. Bukannya buat cerita mengarut yang bukan-bukan, semua itu bakal bagi BALA lagi pada tuan badan adalah.

Wallahu a’lam

MyKMU

Airport Kulim: Kedah Hanya Mahu Kelulusan Kerajaan Persekutuan..


Kedah Hanya Mahu Kelulusan Kerajaan Persekutuan, untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP)

Kerajaan negeri Kedah sedang menilai pelbagai kaedah untuk membiayai pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), sekiranya cadangan untuk membina kemudahan tersebut mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan pusat.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata sebenarnya permintaan Kedah kepada kerajaan pusat ialah kelulusan untuk membina lapangan terbang antarabangsa itu.

"Jika kerajaan pusat mempunyai peruntukan untuk membina lapangan terbang tersebut, kita sangat mengalu-alukan, walaupun begitu, kita tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat.

"Pada masa ini, kita sedang menilai pelbagai pendekatan lain untuk membiayai projek tersebut"

Video kenyataan Dato Seri dibawah,


Isnin, 26 Januari 2015

Apa Cerita Menarik Tentang Kedah? Mai Jenguk!!


Promote Page Sahabat

Page menarik untuk kita belek. Seribu satu macam pasai Kedah semua dok ada kat sana. Rugi mampuih tak follow. Dengar nama page tu pun kita tau dia memang cerita pasai Kedah.

Kalau nak tau Cerita Pasai Kedah.. apa kata pi jengok sana la.. jangan lupa LIKE sekali noo.. kalau dak cerita apa keluaq pun kita taktau..

Kalau nak like, sila LIKE dalam box bawah tu..

https://www.facebook.com/CeritaPasaiKedah

Ahad, 25 Januari 2015

PASMA Bawa Suara Dap dalam Pas?



Sebenarnya penulis agak hairan dengan sikap Presiden PASMA yang seolah-olah menjadi suara Dap dalam parti Pas. Tindakan beliau mempertikaikan presiden Pas Hadi Awang, seolah-olah ada niat tertentu, sudah pastinya niat tersebut tidak menguntungkan pimpinan Ulamak Pas.

Rasanya sebelum ini tidak pernah kita lihat seorang pemimpin NGO (pro Pas) menegur Presiden parti dengan nada dan kenyataan yang agak keras. Sudah tentu, ia memerlukan sokongan dan keberanian yang tinggi untuk berbuat demikian. Lebih-lebih lagi, beliau berani mempertikaikan keputusan seorang presiden parti yang beliau sendiri menjadi ahli.

Nampak seperti Pasma mempunyai sokongan dari parti Dap. Pelik tapi benar.

Apakah kini Pasma membawa suara Dap dalam Pas? Presiden Pasma seakan-akan bersuara mengantikan SU Agung Dap. Sedangkan parti Dap sendiri pun hanya mengutuk Pas dari belakang, tetapi Pasma dengan ‘gagahnya’ bersuara dan menghentam Hadi Awang, Presiden Pas iaitu parti mereka sendiri.

Kini barulah kita tahu, dalam ramai tokoh pimpinan Pas, kenapa Phahrolrazi bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah yang layak dilantik sebagai Presiden Pasma. Rupanya beliau memang seorang yang sangat berani bersuara dan suka menentang ketua, seperti mana yang berlaku ketika beliau menjadi Exco dibawah pimpinan Allahyaraham Ustaz Azizan.

Disebabkan peranan beliau, pimpinan Kerajaan negeri tersungkur.

Setelah beliau berjaya memusnahkan Pas Kedah, kini beliau ke Pas Pusat untuk mengkucar-kacirkan pimpinan ulamak disana pula. Patutlah Mat Sabu atau Mahfuz sendiri tidak berani berdepan dengan Phahrol, rupanya ini sebab dan puncanya.

Teori bahawa, Pasma akan mengantikan Pas nampaknya hampir menjadi kenyataan. Sebab itu sehingga sekarang, masih tiada orang dalam Pas yang berani bangkit pertahankan presiden mereka. Keadaan seolah-olah mengiyakan, apa saja kata Phahrolrazi.

Apakah orang Pas sebenarnya merelakan pimpinan Pasma mengambil alih parti mereka itu?

Tepuk kepala, tanya lebai mereka la!

From:: MYKMU.NET

Asteroid 2004 BL86 Hampiri Bumi Pada 27 Januari


KUALA LUMPUR: Asteroid 2004 BL86 bersaiz kira-kira 500 meter diameter yang menghampiri bumi setiap 200 tahun, akan muncul semula pada 27 Januari ini, pukul 12.20 tengah malam.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan Jumaat berkata, pada Selasa depan, Asteroid itu akan berada paling hampir dengan bumi pada jarak kira-kira 1.2 juta kilometer atau lebih kurang tiga kali jarak bumi ke bulan.

"Kecerahan Asteroid 2004 BL86 dianggarkan pada magnitud kesembilan dan bergerak pada orbitnya mengelilingi matahari dengan kelajuan 56,420km sejam pada 26 dan 27 Januari.

"Pada kedudukan ini, ia kelihatan bergerak di hadapan bintang-bintang dan dapat dilihat hanya menerusi teleskop atau binokular berkuasa tinggi," menurut kenyataan itu.

Asteroid 2004 BL86 ini telah ditemukan oleh teleskop Lincoln Near-Earth Asteroid Research (LINEAR) di White Sands, New Mexico pada 30 Januari 2004.

"Penyelidik di seluruh dunia menjangkakan, selepas kemunculan Asteroid 2004 BL86 pada tahun ini, tiada asteroid lain yang diketahui akan berada paling hampir dengan bumi sehingga 2027.

"Orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan mendatangkan sebarang bahaya kepada bumi," menurut kenyataan itu.

Untuk mencerap, orang ramai boleh merujuk kepada buruj Cancer dan lokasi pencerapan mestilah jauh daripada pencemaran cahaya di kawasan yang lapang dengan keadaan cuaca yang mengizinkan.

"Observatori Negara Langkawi (ONL) akan menjalankan pencerapan Asteroid 2004 BL86 pada 27 Januari".

Angkasa mengalakkan orang ramai yang memiliki teleskop sendiri, untuk berkongsi gambar di laman sosial Angkasa iaitu Facebook: Agensi Angkasa Negara dan Twitter: angkasamalaysia.

Imej yang dimuat naik juga boleh diletakkan hashtag: #ASTEROID2004BL86Malaysia.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi ONL di talian 04-966 8870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303 dan e-mel di webmaster@angkasa.gov.my/ planetariumweb@angkasa.gov.my.

Sabtu, 24 Januari 2015

Program Ziarah Pondok Bersama Ds @MukhrizMahathir di Tanjung Kapur #Jitra #Kedah


Pagi ini Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengziarahi Pondok Ustaz Sobri Bin Osman, Madrasah Al-Ulum Ad-diniah Al-usmaniah, Pondok Tanjung Kapur, Jitra. Turut bersama beliau ialah Adun Jitra, YB Aminuddin Omar.



Turut menyertai ziarah pondok ini ialah Ustaz Shaidi SU Yayasan Pondok Kedah.

Program ziarah pondok pada mulanya dilakukan secara tidak terancang, namun kelamaan, ia bagaikan satu aktiviti tetap Dato Seri MB kita.


Dato Seri MB, sering kali melawat ke pondok-pondok untuk bertanya khabar, dan mengetahui keperluan atau masalah yang dihadapi bagi Tok Guru pondok.






Malah Dato Seri juga sempat makan tengahari bersama Ustaz Sobri dan para anak tahfiznya demi mengeratkan lagi perpaduan diantara pemimpin dan bijak pandai agama.





Untuk pengetahuan pembaca, DSMM kerap merujuk pada guru-guru pondok mengenai cara pentadbiran beliau didalam negeri Kedah. Lebih-lebih lagi jika ianya berkaitan dengan hukum hakam.

Kita doakan, supaya beliau teruskan dengan cara pentadbiran begini. Kerana, inilah cara mentadbir yang orang Kedah mahukan.

Alhamdulillah sejuk hati, bila melihat  Ulamak dan Umarak bersatu.. ianya akan membuatkan pentadbiran negeri diredhai Allah dan lebih cemerlang dimasa akan datang.

sumber www.mukhrizmahathirfc.com

Rabu, 21 Januari 2015

HOT! Kontroversi Gary Robbat Ciptaan Takiyuddin?



Kecoh memang kecoh, semuanya berpunca daripada seorang pemain bernama Gary Steven Robbat yang asalnya dari Kedah telah dipinjamkan ke pasukan Harimau Muda. Bila khidmat Gary tidak lagi diperlukan oleh Harimau Muda, sepatutnya Gary dihantar kembali ke negeri asalnya. Tetapi, itu tidak berlaku, sebaliknya Gary ke negeri lain tanpa pengetahuan persatuan negeri.

Kita mungkin fikir, Gary tak tahu bahawa ada terma (syarat) yang perlu beliau patuhi sebelum beliau bermain dengan pasukan lain. Kita bersangka baik, tetapi takkanlah pasukan negeri lain yang beliau nak tandatangan kontrak tu pun tak tahu juga?

Oklah kita anggap kedua-dua pihak mereka tak tahu dan tak sedar langsung. Bagaimana pula dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apakah mereka juga tak tahu mengenai undang-undang yang mereka sendiri buat? Atau mereka terlupa?

Jika mereka terlupa, Persatuan Bolasepak negeri Kedah ada menerima surat bertarikh 1 December 2014 yang mengatakan Gary Robbat akan kembali kepada pasukan asal. Selepas itu, perkembangan mengenai Gary terus sunyi, hinggalah beliau menandatangai kontrak bersama Pahang, kemudian dengan JDT.

Ok itu situasinya.

Bila Persatuan Negeri merujuk ke jawatankuasa FAM untuk mengenalpasti status Gary dan hak mereka. FAM hanya berdiam diri, kemudian PFAM, satu persatuan yang ditubuh untuk membela pemain bola sepak, menjawab pertanyaan persatuan negeri dengan mengatakan Persatuan negeri 'tiada hak ke atas Gary' tanpa penjelasan lanjut. Sedangkan FAM masih berdiam diri.

FAM hanya bersuara apabila keadaan mula kecoh dan peminat bola sepak mahu tahu keadaan yang sebenar. FAM menerusi Exconya Dato Takiyuddin (Adun Pas Kota Bharu), memberitahu media dan persatuan negeri bahawa Gary adalah 'agent bebas' dan boleh menyertai mana-mana pasukan bola sepak yang beliau mahu.

Persoalan disini, apakah surat bertarikh 1 December 2014 itu tak bermakna apa-apa? Persoalan kedua, bagaimana Gary boleh jadi agent bebas, sedangkan sebelum ini FAM pernah menyatakan beliau milik Kedah. Ketiga, karier Gary bukan hanya wujud semasa di Sekolah Sukan Bukit Jalil, beliau sememangnya dari projek pembangunan sukan bola sepak negeri Kedah. Apakah KFA tiada jasa langsung terhadap beliau. Keempat, penulis berasa ragu dengan Dato Takiyuddin, kerana keputusan beliau begitu kelihatan berat sebelah.

Apakah YB Dato Takiyuddin, diberi kuasa penuh untuk membuat keputusan tersebut tanpa pantauan orang atasan? Atau Dato Takiyuddin ni ada membuat keputusannya berdasarkan politik semasa? Mungkin beliau ada niat untuk melaga-lagakan diantara persatuan negeri didalam kes Gary ni. Sebab bukti yang jelas serta bersurat pun boleh dilanggar oleh beliau semasa membuat keputusan.

Penulis tiada hak untuk memaksa FAM menjawab semua persoalan. Tapi inilah yang menganggu penulis sejak dari awal keputusan itu keluar. Benarkah si YB Dato Takiyuddin membuat kerja secara telus? Kenapa tiada laporan penuh pun yang beliau bentangkan. Hanya alasan ringkas, tanpa menerangkan yang lain. Hingga menyebabkan peminat bola sepak tidak berpuas hati.

Apa dah jadi sebenarnya, isu ni bak kata orang, bagai ada udang disebalik batu. Adakah mereka sembunyikan perkara yang kita tak tahu disebalik keputusan tersebut. Kenapa tak bersikap telus?

YB Dato Takiyuddin boleh tolong jawab tak?

Selasa, 20 Januari 2015

Sejak bila TV3 Jadi Pro Pembangkang Ni??



Apa dah jadi dengan TV3 sekarang ni? Sudah jadi media pro PR ka apa? Makin lama makin pelik dan jelik pulak aku tengok. Bagaimana TV3 boleh temubual Samsul ketot dan Anwar untuk hentam Tun Daim.



Apa kejadahnya permainan sampai macam tu sekali? Tengok gambar diatas, bagaimana Saiful Bukhari mendedahkan peranan TV3 baru-baru ini.

Sudah la geng PR dah tak tengok Buletin Utama, jangan sampai ada org BN pula yang menyampah nak tengok TV3 ni.

Nak kritik atau tegur tu tak kisah. Tapi kalau sampai suruh lawan yang buat, bagi aku tu agak melampau.

Isnin, 19 Januari 2015

Perlu Perjanjian Sebelum Lepaskan Pemain! - @MukhrizMahathir



Dengan apa yang telah berlaku dalam kontroversi Gary Steven Robbat, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sukar untuk melepaskan dua tonggak pemain muda Kedah Farhan Roslan dan Shazwan Tajudin yang kini sedang dipancing FAM untuk mewakili Skuad Kebangsaan Harimau Malaya bawah 22 sekiranya tiada perjanjian yang boleh menjaminkan pemain yang disumbangkan kembali bermain dengan pasukan asal.

Kebimbangan ini diluahkan sendiri oleh YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir selaku Presiden KFA apabila ditanya wartawan



Ahad, 18 Januari 2015

Kedah Beri Penghormatan Besar Pada Ulamak Pondok



Tahniah diucapkan Tok Guru Pak Teh Mat (Dalam gambar dipimpin oleh DSMM) atau nama sebenar beliau Tuan Haji Ahmad Bin Mohd Noor. Kerana menerima darjah kebesaran D.S.D.K (Darjah Setia Diraja Kedah) yang membawa gelaran Dato'.

Buat julung kalinya seorang Tok Guru Pondok di Kedah menerima gelaran Dato' bagi mengenangkan jasa beliau mendidik anak bangsa menjadi muslimin dan muslimat yang sempurna.

Tok Guru Pak Teh Mat antara nama yang dicadangkan oleh Dato Seri Hj Mukhriz bagi menerima pingat Dato.

Ternyata cadangan DSMM disokong oleh Adun beliau YB Badrol Hisham (juga bakal Dato') malah pihak Istana juga bersetuju untuk kurniakan darjah kebesaran itu kepada beliau.

Syabas DSMM atas pengikhtirafan beliau kepada Ulamak Kedah!

Sabtu, 17 Januari 2015

Apahal ni FAM Cakap Tak Serupa Bikin!! #DiaBuatDiaLanggar



Nampaknya FAM memutuskan Gary Robbart hak FAM bukan hak Kedah. Sedangkan FAM pernah mengeluarkan surat yang menyatakan Gary hak Kedah.

Jika dilihat balik latarbelakang bola sepak Gary yang asal dari Kulim, beliau membina karier bola sepaknya semasa beliau bersekolah di SMK Al-Bukhary Alor Setar. SMK Al-Bukhary diantara sekolah yg sering melahirkan bintang bola sepak Kedah diantaranya Helmi Eliza, Amirul dan beberapa orang lagi.

SMK Bukhary juga merupakan sekolah yang dahulunya terkenal dengan kuasa bola sepak Kedah, selain dari Kolej Sultan Abdul Hamid dan SMK Syed Omar.

Kiranya Gary bermula di Kedah kemudian baru dihantar ke Sekolah sukan bwh FAM.

Penyokong Kedah bukan kelapaq sangat dgn Gary tu.. tapi kami nak FAM menghormati pasukan negeri. Terma dan syarat yang korang buat, patut ikut la.

Apa kejadah kalau sendiri buat terma, sendiri langgar. Sendiri kata betui, sendiri menang!!

Hangpa syok sendiri ka apa?

Kedah takdak masalah dengan JDT.. yang masalahnya Gary dan FAM! Sampai tak hormat persatuan negeri langsung!!

Kalau ini keputusan FAM diharap Gary berbahagialah di JDT! Tak perlu bagi apa-apa pampasan pun takpa, sebab Kedah tak kebuloq duit aihh..

Kita harap perkara ni tak berulang lagi.. ianya amat menyedihkan kerana ini mengambarkan bola sepak Malaysia masih tidak capai tahap profesional.

Bukan kerana duit atau nama tapi kerana maruah, sebab itu ia perlu dipertahankan mengikut undang-undang dan hak persatuan negeri.

Surat ni boleh buat bungkus nasik lemak ler gayanya..

Jumaat, 2 Januari 2015

Anwar Ibrahim Buat Lawak tahun Baru!


“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar," kata KETUM Anwar Ibrahim. Ingatkan hebat sangat. Sembang berdegar-degar. Kenal sana kenal sini. Tempahan tiket kapal terbang pun tak boleh tukar ka? Awat la bagi alasan bangang sangat. Kalau tak boleh tukar, beli baru la. Kata prihatin dengan Rakyat? Macam-macam alasan la Pak Ketum ni bagi kerana tidak mahu balik awal untuk membantu mangsa banjir.

Maka macai pun hanguk sajalah. Depa ni bukan boleh membantah. Kalau marahpun, sekejap saja. Maka akan berkatalah macai yang dipetik oleh Haprakah dan Suara Keldaian, "Hello tiket flight mana boleh tukar-tukar tarikh. Betullah Anugerah Tuhan cakap. Dia bukan penipu macam orang BN. Orang Ameno bangang, Tak faham prosedur operasi penerbangan". Walau bagaimanapun, CTS merumuskan ini mesti konspirasi kerajaan BN sengaja untuk melengah-lengahkan KETUM dari turun melawat mangsa banjir ... ahaks! - CTS

McTheory:
Kata hebat sangat, tiket flight pun tak mampu beli dan tukar ka? iskk..

Khamis, 1 Januari 2015

Catatan Apa @MukhrizMahathir buat di #Kedah Sepanjang Tahun 2014??


Catatan Menarik 2014 MB Kedah.

Kedah Bertransformasi bersama Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir!

Bermula dengan tema mendahulukan rakyat, MB kita bersama barisan kepimpinan kerajaan negeri yang lain mula mengorak langkah untuk mendekati rakyat.

Maka bermulalah Program Mesra Rakyat atau singkatannya PMR untuk siri yang pertama di Daerah Kota Kuala Muda. Ternyata program tersebut amatlah berkesan dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada rakyat jelata.

Ianya kemudian diteruskan pada siri-siri seterusnya di Daerah Padang Terap, Baling dan Padang Serai/Kulim. Pendekatan tersebut memberi impak yang cukup besar kerana rakyat dapat bertemu, mengadu, bermesra sendiri dengan MB kita dan pimpinan lain di dalam Kerajaan Negeri Kedah.

Kejayaan itu disulami dengan berita baik penjanaan ekonomi negeri, apabila Kedah tercatat sebagai negeri kedua terbesar pelabur luarnya di Malaysia pada suku tahun pertama, RM4 billion telah dicatat masuk sebagai pelaburan ke dalam negeri Kedah.

Dalam masa yang sama MB Kedah telah melancarkan kursus kahwin percuma di hampir setiap daerah, Kit Kelahiran untuk bayi yang baru lahir, khairat kematian dan bantuan pada pelajar- pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran di IPT & IPTA.

Tidak dilupa dari segi kerohanian dan pembentukkan insan, MB Kedah telah memutuskan untuk mengadakan kursus ESQ untuk setiap jabatan kerajaan, agensi dan lapisan pemimpin masyarakat di Seri Mentaloon. Ia juga bagi meningkatkan integriti dan amanah dikalangan kakitangan malah pemimpin kerajaan.

Perkara yang baik harus dikekalkan, begitu jugalah dengan Kuliyah Sabtu di Dewan Seri Mentaloon yang dimulakan oleh kerajaan terdahulu, masih diteruskan oleh MB kita kerana ia memberi ilmu dunia dan akhirat,santapan rohani dan bekalan hidup yang bermakna.

Walau sibuk menyusun agenda pembangunan negeri MB kita tidak lupa untuk menjaga sekolah-sekolah pondok di Kedah apabila beliau bersetuju untuk memberi elaun tahunan RM10 ribu dan bulanan RM2 ribu kepada setiap pondok yang berdaftar. Ternyata agenda memperkasakan sekolah pondok dan menyebarkan syiar Islam tidak hanya meniti di bibir, malah dilaksanakan dengan tersusun. Ini terbukti apabila ada saja pondok-pondok agama yang MB kita lawati dari masa ke semasa.

Tidak berhenti disitu, Pejabat Menteri Besar Kedah bersama Yayasan Islam Kedah bekerjasama dengan setiap Majlis Daerah untuk mengatur sumbangan kepada mereka yang memerlukan pada bulan puasa.

Wira-wira tidak didendang, yang kita sering terlupa jasa mereka seperti Ustaz dan Ustazah bebas, Tok Mudim, Mak Bidan dan Tok Kadi. telah dibawa untuk bersama dengan MB kita untuk menerima bantuan sebagai mengenangkan jasa mereka selama ini.

Ternyata kesibukan bersama rakyat, tidak menjejaskan agenda pembangunan golongan Belia. Ia terbukti apabila litar lumba yang dijanjikan semasa PRU yang lalu telah terpatri MOUnya bersama Litar Antarabangsa Sepang.

Kemudiannya MB kita telah mengumumkan pula 6 Projek Utama Pembangunan Negeri Kedah dengan mensasarkan negeri Kedah bakal menjadi negeri yang maju jika perancangan beliau berjalan lancar.

6 Projek tersebut ialah,

1- Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KAX)
2- Bandaraya Aero Kedah (MRO)
3- Bandaraya Getah Kedah
4- Lebuhraya Sungai Petani (SPIKE)
5- Taman Sains dan Teknologi Kedah
6- Bandaraya Sains Perubatan Kedah

Tidak cukup dengan itu, atas slogan mendahulukan rakyat, MB kita telah meluluskan pula bantuan makanan asas pada penoreh getah yang terhimpit akibat harga getah yang rendah dan cuaca pulak tidak menentu.

Belia Harapan Negara.Selaras dengan slogan tersebut, Kerajaan negeri sudah melunaskan janji PRU yang lepas, iaitu bantuan 'one off' sebanyak RM2000 kepada setiap NGO Belia yang berdaftar di Kedah. Sebanyak RM1.97 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan pusat bagi tujuan tersebut.

Kejayaan pasukan bola sepak juga tidak dilupa apabila pasukan Kedah berjaya ke separuh akhir Piala Malaysia setelah sekian lama menyepi sebagai gergasi bola sepak negara. Ahmad Farhan Roslan pula telah terpilih sebagai Pemain Muda Terbaik FAM.

Anak muda Kedah terus diberi peluang mencatat nama di peringkat antarabangsa. Contohnya seperti, Hafizudin Talib yang berjaya merentasi Greenland. Segala perbelanjaan beliau untuk misi tersebut ditaja oleh Pejabat MB Kedah.

Transformasi lain yang MB kita lakukan ialah dengan Pekan Rabu. Projek mengubahsuai bangunan Pekan Rabu sudah pun bermula. Selari dengan matlamat untuk menjadikan usahawan Kedah lebih ke maju hadapan, UPUK atau singkatan kepada Unit Pembangunan Usahawan Kedah yang menjadi pusat pembangunan, penyelarasan dan rujukan utama usahawan di Kedah telah pun diwujudkan di UTC Alor Setar,Kedah.

“UPUK diberikan tanggungjawab untuk membangunkan usahawan baharu melalui program bimbingan dan khidmat nasihat perniagaan yang disokong dengan bantuan kewangan yang bersesuaian. Ia juga menawarkan skim mikro kredit pembiayaan perniagaan daripada RM5,000 sehingga RM50,000 bagi membantu usahawan" Demikian ujar MB kita semasa merasmikan UPUK.

Dengan 'target' menjadi antara lima negeri paling hebat dalam bidang pendidikan, maka terciptalah tuisyen online (ez4u) secara percuma kepada pelajar sekolah di Kedah, bermula dari darjah 4 hinggalah ke tingkatan 5.

Inilah catatan menarik 2014 yang sempat kami karang untuk tatapan para sahabat semua.

Ternyata, Kerajaan negeri Kedah tidak hanya bercakap kosong, malah disertai dengan perlaksanaan bagi memajukan negeri, bukan saja dari segi ekonomi, malah menyeluruh merangkumi semua aspek, hinggalah ke sekolah rendah.

Kami percaya catatan bagi tahun baru 2015, pasti akan lebih menarik kerana tahun ini ialah tahun perlaksanaan bagi Kerajaan Negeri Kedah.

Marilah kita bersama-sama MB kita untuk membentuk dan membangunkan lagi negeri Kedah, negeri kita yang tercinta ini.

Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015..

Kedah Maju Bertransformasi 2015

sumber www.mukhrizmahathirfc.com