Selasa, 31 Mac 2015

HOT! Bukan mudah nak bawa nama Tun Dr Mahathir Mohamed - Mukhriz


Tajuk yang cukup menarik perhatian, sebenarnya ia satu soalan 'istimewa' ketika Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir ditemubual semasa rancangan pagi 'Assalammualaikum' terbitan oleh TV Al-Hijrah.

Sebenarnya kami penulis MMFC sendiri pun tak pernah tahu mengenai perkara ini. Malah kami percaya, pembaca pun tentu mahu tahu lebih lanjut bukan?

Soalan yang dikemukakan lebih kurang berbunyi begini,

Apa perasaan (Dato Seri Hj Mukhriz), menjadi seorang Menteri Besar yang dibayangi oleh nama seorang 'legend' iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed, yang dunia mengkagumi, Israel pun takut (dengan beliau) dan di Mesir pernah seorang rakyat Mesir ditanya, apa lagj yang rakyat Mesir nak? Mereka jawab, "we need another Mahathir"..

Berdasarkan reputasi kehebatan nama 'Mahathir' tidak kah Dato Seri merasakan tekanan dengan membawa nama besar dibelakang?

Nak tau apa jawapan daripada Dato Seri?

Haa.. ini jawabnya,

Sudah tentu ada tekanannya, malah harapan kepada beliau memuncak (tinggi). Malah beliau akan cuba buat sebaik mungkin, walaupun sebenarnya, Ayahanda beliau tak pernah menjaga negeri atau menjadi Adun dikawasan.

Dato Seri juga menceritakan pengalaman semasa beliau dilahirkan. Rupa-rupanya semasa hari beliau hendak dilahirkan, tarikh 11 November. Ketika itu, Ayahanda beliau, dalam perjalanan untuk menghadiri hari pertama masuk ke Dewan Parlimen. Ayahanda tidak bersama ibunya (ketika itu). Mungkin disebabkan itu, diantara adik beradik, hanya beliau yang mengikuti jejak langkah ayahnya (menceburi dalam bidang politik).

Malah ada kejadian yang agak menarik pada hari itu, beliau pernah membaca apa yang ayahanda Tun hujahkan dalam parlimen pada waktu itu. Hari pertama lagi, ayahanda Tun dah bertekak dengan mendiang Lee Kuan Yew.

Sambung Dato Seri lagi,

"Tak banyak yang Ayah Tun boleh bantu kerana beliau sendiri tak pernah mentadbir negeri, malah beliau tak pernah menjadi Adun pun. Jadi laluan menjadi Menteri Besar ni, terpaksa saya lalui sendiri (berdasar pengalaman). Kalau pun ada nasihat dari Ayah saya, itu hanya pandangan dari perspekstif negara (mengurus tadbir)".

Dato Seri Mukhriz juga menjelaskan pada media, bahawa bukan mudah untuk beliau membawa nama bin 'Mahathir', sebenarnya nama itu memberikan tekanan besar kepadanya, sudah tentu orang akan menaruh harapan tinggi, bersandarkan reputasi ayah beliau dulu.

Tapi itu sebenarnya masalah dan tekanan yang bagus, mendorong beliau untuk terus dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik bagi memenuhi amanah rakyat Kedah sebagai Menteri Besar.

Teruskan usaha DSMM, rakyat Kedah sentiasa mendoakan segalanya berjalan lancar. - #MMFC

sumber MukhrizMahathirFc.Com

Isnin, 30 Mac 2015

PDRM Penat Tangkap Penghasut, Peguam Negara Boleh Buat Apa?


Minggu ini sudah beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat ditahan oleh pihak polis. Kesemua yang ditahan mempunyai pelbagai kesalahan, tapi jelas ianya berkaitan dengan hasutan jahat,
menghasut untuk mencemar keamanan negara.

Pihak polis juga berjaya mendapatkan perintah tahanan reman terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan aktivis ‘songsang’ si Hishamuddin Rais yang telah ditangkap semalam. Katanya kedua-dua mereka ditahan reman selama tiga hari.

Episod penahanan pemimpin PR bermula, apabila dikatakan mereka sering mengeluarkan ayat, atau perkataan yang menghasut rakyat membenci kerajaan dengan fakta yang tidak betul dan boleh dipertikaikan. Tentu ianya ada kaitan dengan penahanan Ketua Umum mereka atas kes meliwat pembantu peribadinya.

Sejak dari peristiwa penahanan tersebut, mulalah konco-konco Anwar membuat kacau diseluruh negara dengan berdemo kononnya atas nama keadilan dan mahu Anwar dibebaskan. Tak cukup dengan perkara tersebut, mereka juga pernah mengunakan nama KDYMM YDP Agong apabila dikatakan baginda tidak bersetuju dengan keputusan Anwar dipenjarakan, berdasar isu politik.

Sedangkan pada hakikatnya, Anwar dipenjara bukan atas dasar isu politik, kerana sejak bila meliwat tu menjadi satu perbuatan politik? Apakah dengan perbuatan meliwat pembantu peribadi secara paksa pun boleh dikatakan kes politik?

Macam mana pula jika ada kes lelaki India merogol perempuan melayu, apakah itu perbuatan boleh diklafikasikan sebagai RASIS? Sebab ia melibatkan India rogol Melayu? Sedangkan isu
utamanya ialah merogol, bukan warna kulitnya. Biar sesiapa pun yang melakukan perbuatan tersebut, hukumannya tetap sama.

Sebab itu kes Anwar tidak boleh dikategorikan sebagai kes politik.

Kini polis sudah pun bertindak dengan menangkap para penghasut yang mengajak rakyat membuat kacau di jalanraya. Tapi tugas polis hanya mampu menangkap dan mengumpul bukti. Untuk mendakwa mereka yang ditangkap, ianya bergantung kepada Pejabat Peguam Negara.

Jadi penulis serta rakyat Malaysia, menaruh harapan yang tinggi pada Jabatan Peguam Negara untuk membuka laporan dan mendakwa mereka yang dikaitkan dengan penahanan pada kali ini.
Mereka yang ditahan ini bukan kali pertama menjadi batu api dan penghasut pada rakyat, sudah banyak kali. Apakah tiada langsung perkara yang boleh dikaitkan atas perbuatan jahat mereka?

Harapan rakyat Malaysia janganlah dihampakan lagi. Mohon Jabatan Peguam Negara tidak tidur buat kali ini..

MyKMU

Pembangunan Luar Bandar Kedah Meningkat ke RM137.7 Juta


Melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) peruntukan untuk pembangunan luar bandar di negeri Kedah meningkat dari RM123.3 juta ke RM137.7 juta bagi memenuhi permintaan dan baikpulih infra luarbandar di Kedah. Memenuhi permintaan rakyat untuk hidup dengan lebih selesa.

YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir mengumumkan Peningkatan peruntukan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah.

Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, March 26, 2015

Ahad, 29 Mac 2015

#GST! Peniaga Barang Naik, Kementerian Masih Tidoq Lena..


Orang ramai tertanya-tanya, kenapa kedai runcit, pasaraya, pasar-pasar dan banyak lagi premis perniagaan sudah pun naikkan harga barang sebelum cukai GST yang mengantikan SST dimulakan 1 April ini. Apa hak mereka untuk naikkan harga?

Masakan harga barang dah naik, kerana cukai GST belum pun bermula. Kenapa boleh jadi begini?

Bagaikan ada kesepakatan, apabila peniaga sekarang sudahpun menyimpan stok, menyorok barangan mereka dalam stor hingga ada premis (bukan semua) seolah-olah kosong tanpa barang jualan. Bila ditanya kenapa kosong, dijawab pula, barang habis, stok baru semua kena GST, jadi mereka perlu tunggu GST, kemudian barulah peniaga akan keluarkan balik barang untuk dijual dan ditambah dengan GST.

Bukankah itu satu taktik penipuan?

Bila semua peniaga naikkan harga, rakyat akan tertekan, siapa yang akan dipersalahkan? Tentunya Kerajaan akan dipersalahkan, peniaga melepaskan diri dengan alasan harga barang naik sebab GST. Untuk kita yang faham tentang GST, mungkin boleh membantah, tetapi bagi makcik, nenek dan tok wan di kampung yang tak memahami GST, sudah tentu dihamburkan sumpah seranah pada Kerajaan yang memerintah.

Dalam bidang pembinaan pun sama, sekarang ni ada kontraktor kecil terpaksa tangguhkan kerja kerana tiada lagi barang dari syarikat pembekal. Alasannya kena tunggu lepas GST, dah tentu ini menyusahkan kerja mereka didalam pembinaan. Kemungkinan besar kerja banyak tertangguh dan ianya menimbulkan kemarahan kontraktor dan orang ramai.

Inilah yang berlaku diluar sana. Rakyat dikejutkan dengan harga barang yang meningkat. Didalam penerangan GST, tak semua barang dikenakan GST, barang keperluan seperti beras, gula, susu dan lain-lain tidak dikenakan GST, namun sebelum GST lagi peniaga sudah menaikkan harganya hingga RM 4atau RM5 keatas.

Begitu juga dengan susu tepung bayi, dikenakan 0% GST. Tetapi melalui tinjauan umum, kebanyakan pembekal susu tepung bayi masih mengekalkan harga yang sama, akan tetapi, beratnya berkurangan. Malah ada yang kurangkan hingga 500g. Bukankah itu sangat melampau?

Kenapa mereka para peniaga, pembekal, pengilang atau pemborong, berani naikkan harga (barangan) sesukahati tanpa alasan yang kukuh? Apakah ada tangan ghaib yang mengarahkan mereka bertindak sedemikian? Mungkin ada kebenarannya, kerana kita tahu, ada pihak yang tak suka dengan GST, jadi mereka boleh berpakat untuk bertindak sedemikian supaya rakyat marah kepada kerajaan.

Ada juga peniaga yang terpengaruh dan takut dengan khabar aingin dan fitnah yang berlegar-legar sekarang ni. Mereka (peniaga) takut rugi dan sebab itu mereka mengambil tindakan dengan menaikkan harga dulu sebelum GST. Bila harga dah naik, yang jadi mangsa ialah kita para pengguna.

Dimana pihak bertanggung jawab?

Semua perkara ini takkan terjadi jika ada pemantauan dari kementerian yang berkaitan. Sepatutnya situasi ‘barang naik’ seperti sekarang, bukanlah situasi diluar jangka. Kita sudah maklum tentu ada pihak yang akan cuba buat menganggu dan burukkan nama kerajaan dengan GST ni.

Tetapi bila kementerian yang diharapkan pun boleh terleka atau tidak terjangka dengan situasi sekarang, ia merupakan satu bonus pada mereka, kerana penguatkuasa yang patut menjaga keadaan dan memastikan segalanya stabil masih belum muncul, sedangkan diluar sana, mereka yang mengambil kesempatan menaikkan harga sedang bermaharajalela.

Di pihak penguatkuasa mereka baru nak bermesyuarat!!

Sampai bila kementerian yang dipertanggungjawabkan itu nak diketuk baru berjalan? Takkan perkara sebegini pun perlu arahan dari Perdana Menteri?

Apa nak buat, nasib badan.

MyKmu

Masalah Penempatan RTB Sungai Kerian Selesai!


Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kerian Bandar Baharu

Kerajaan negeri bercadang untuk memindahkan 155 isi rumah yang terlibat dengan projek Rancangan Tembatan Banjir Sungai Kerian ke kawasan seluas 11.4 ekar di Teluk Grugoh, Bagan Samak.


Dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir..
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, March 25, 2015

Khamis, 26 Mac 2015

Kedah bersedia untuk 'airport' Baru! #KXP


Dalam hasrat Kedah mahu membangunkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Kedah juga bakal membangunkan industri aeroangkasa untuk keperluan KXP.

Bagi membangunkan industri aeroangkasa pastinya memerlukan tenaga mahir dikalangan anak tempatan yang dapat menampung permintaan apabila wujudnya industri tersebut setelah terbinanya KXP.

Menurut YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir dalam sidang media beliau kelmarin, Kedah bakal mengadakan perbincangan dengan pihak MARA dalam masa terdekat, untuk menjalinkan kerjasama agar MARA dapat menyumbang kepada kejayaan pembangunan KXP yang dirancangkan Kedah.

Video sidang media dibawah,

Selasa, 24 Mac 2015

Henti Pertikai Pasal Hudud Kerana ia Mengundang Kemarahan Militan IS



Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran supaya orang awam tidak mempersoalkan Islam dan hudud kerana ia akan mengundang tindak balas daripada kumpulan bersenjata Negara Islam (IS).

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu mudah membuat komen berhubung perkara itu bagi mengelakkan reaksi daripada penyokong kumpulan itu.

“Jadi saya ingin mengingatkan orang kita yang terus membuat komen-komen berkenaan agama Islam, tentang hudud, jangan buat sebarangan komen.

Kamu undang tindak balas daripada penyokong IS,” katanya.

Beliau berkata Malaysia mendapat ancaman daripada IS dan laporan risikan menunjukkan mereka merancang untuk membuat serangan.

Mukhriz Fokus Pendidikan Seluruh Kedah


Dalam sidang media YAB Dato' Seri hj Mukhriz Tun Mahathir selepas menghadiri program SARANA PIBG Peringkat Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun pagi tadi, YAB menyuarakan cita-citanya untuk melihat negeri Kedah menjadi negeri yang turut cemerlang didalam kesemua peperiksaan sekolah di Malaysia.

Dalam keputusan STPM 2014 bagi seluruh Malaysia, Kedah berada di kedudukan nombor dua pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan tersebut.

Bagi peperiksaan sekolah yang berlangsung tahun ini, beliau berharap pelajar-pelajar di Kedah bukan sahaja cemerlang dalam peperiksaan STPM, tetapi turut cemerlang dalam peperiksaan SPM dan STAM.

Menurut YAB Dato' Seri lagi, ketika sidang medianya, Kerajaan Negeri Kedah bakal melancarkan sistem "Kedah e-Tutor'' pada bulan April ini bagi meningkatkan kefahaman pelajar di sekolah bagi memahami setiap subjek yang dipelajarinya dengan berulang kali.

Dato Seri juga berharap dengan kemudahan sistem "Kedah e-Tutor" yang disediakan Kerajaan Negeri kepada sekolah di Kedah dapat di manfaatkan pelajar semua.

- Saksikan Video Sidang Media YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir yang berhasrat agar semua sekolah di negeri ini dapat menjadikan Kedah negeri yang cemerlang dalam setiap peperiksaan.


Isnin, 23 Mac 2015

Ibu Bapa Penentu Kejayaan Pendidikan Anak Mereka!


Hari ini Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir merasmikan 'Program Membara' (Sarana PIBG Jerlun) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun.

Dalam program ini beliau YAB MB Kedah bersama YB Datuk Abu Hassan (Adun Kota Seputeh) memberi bantuan kepada 200 pelajar yang terpilih di sekolah sekitar daerah Jerlun untuk diberi bantuan barangan sekolah.

Dalam ucapan perasmian beliau sebentar tadi, Dato Seri sempat berpesan kepada waris dan ibu bapa yang hadir.

Beliau mengingatkan bahawa,

"tanggungjawab memberi pendidikan, tidak hanya dilepaskan kepada guru sekolah sahaja, tetapi sebenarnya ia lebih kepada waris (ibu bapa) untuk susun dan atur masa pembelajaran mereka (pelajar sekolah) dirumah"

Sambung beliau lagi,

"Ibu bapa sepatutnya buat jadual dan atur pembelajaran untuk anak. Supaya mereka lebih berdisplin dalam mengurus masa. Mereka (pelajar sekolah) boleh diatur melalui jadual yang diuruskan oleh waris atau ibu bapa. Contohnya seperti pukul berapa tengok TV, pukul berapa keluar bersukan, buat kerja rumah, kerja sekolah dan lain-lain kerja lagi".

Sambung baca klik SINI


Jumaat, 20 Mac 2015

9 Kereta Paling Jimat Minyak Pasaran Malaysia



Penjimatan minyak kini dianggap sebagai salah satu faktor utama oleh pengguna untuk membeli kereta. Bagi memenuhi kehendak pengguna, syarikat-syarikat pengeluar kereta telah mengeluarkan beberapa jenis kereta yang tergolong dalam kategori efisyen dalam pembakaran minyak.

Disini, kami kompilkan beberapa kereta yang mempunyai kadar pembakaran minyak yang efisyen supaya dapat menjadi rujukan bagi mereka yang ingin membeli kereta baharu pada harga dibawah RM100,000.



1. Perodua Axia

21.6 Km/L

100KM = RM 8.80


Selain dinobatkan kereta termurah di Malaysia, Perodua Axia juga terus menyelamatkan dompet pemiliknya dengan menawarkan penggunaan minyak yang efisyen. Dengan enjin berkapasiti 1.0cc, kereta keluaran perodua ini boleh bergerak sejauh 21.6 km bagi setiap liter minyak bagi transmisi manual. Bagi transmisi auto pula, setiap liter minyak membolehkan kereta ini bergerak sejauh 20.6 km.


2. Mitsubishi Mirage

21 Km/L

100KM = RM 9.10


Kereta kompak keluaran Mitsubishi ini dilihat sebagai saingan kepada kereta popular keluaran Perodua, MyVi. Dengan berbekalkan enjin 1.2 DOHC, kereta ini boleh bergerak sejauh 21 Km bagi setiap liter minyak. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut dicipta untuk keselesaan.



3. Mitsubishi Attrage

21 Km/L

100KM = RM 9.10

Attrage adalah satu lagi kereta keluaran Mitsubishi yang dicipta untuk penjimatan minyak. Attrage turut menggunakan enjin berkapasiti 1.2cc, menyerupai adik beradiknya, Mirage. Selain dari penjimatan minyak, kereta ini juga turut menawarkan ciri-ciri lain seperti keyless operation system.




4. Hyundai i10

18.9 Km/L

100KM = RM 10.10

Kereta keluaran Hyundai ini menggunakan enjin yang berkapasiti 1.0cc yang boleh menggerakkan kereta sejauh 18.9 km bagi setiap liter.




5. Honda City 2014

17 Km/L

100KM = RM 11.20

Biarpun dilengkapkan dengan enjin 1.5cc, kereta keluaran Honda ini mempunyai kuasa penjimatan minyak yang boleh dikatakan menakjubkan. Kereta ini boleh digerakkan sejauh 17 Km bagi setiap liter minyak anda.




6. Myvi 1.3

17 Km/L

100KM = RM 11.20

Kereta yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang menarik, tetapi turut juga menawarkan penjimatan minyak. Tetapi jika dibandingkan dengan Honda City, kereta ini mempunyai enjin yang lebih rendah iaitu 1.3cc sahaja. Sama seperti Honda City, seliter minyak boleh menggerakkan kereta ini sejauh 17Km.




7. Peugeot 208

16 Km/L

100KM = RM 11.90

Didatangkan dengan enjin 1.6cc, kereta ini dijual pada harga RM83,480. Dengan kekuatan enjin tersebut, kereta ini boleh digerakkan sejauh 16 km bagi setiap liter minyak. Bagaimanapun, kekurangan kereta ini adalah tangki minyaknya cuma boleh menerima 50 liter minyak sahaja.




8. Volkswagen Polo Sedan

15.4 Km/L

100KM = RM 12.30

Kereta keluaran Volkswagen ini didatangkan bersama enjin 1.6cc dan ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 183 Km/jam. Kereta ini menggunakan 6.5L minyak bagi 100km perjalanan. Ini bermakna anda akan menghabiskan RM 12.50 untuk minyak bagi perjalanan sejauh 100km.




9. Proton Iriz

14.5 Km/L

100KM = RM 13.20


Tergolong dalam golongan kereta kompak, Iriz adalah kereta kompak pertama yang dikeluarkan oleh Proton. Kereta yang dilengkapi dengan enjin 1.6cc ini menggunakan seliter minyak bagi perjalanan sejauh 14.5km.

sumber MukhrizMahathirfc.com

Kelantan Mampu Laksana Hudud Tanpa Izin Persekutuan


Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan mengejutkan ramai pihak, apabila usul yang dibuat oleh Menteri Besar Kelantan untuk melaksanakan hudud negeri, disokong oleh semua 44 orang Adun, tidak kiralah dari Pas, Pkr atau UMNO.

Semalam pula DUN Kelantan sebulat suara terus meluluskan, rang undang-undang pindaan ke atas Kanun Jenayah Syariah II. Selepas rang undang-undang itu diluluskan, pindaan perlu dibuat di peringkat Parlimen untuk membolehkannya
dilaksanakan.

Walau bagaimanapun, cabaran untuk membawa usul ini ke parlimen dijangka mendapat bantahan hebat dari pihak yang menentang hudud.

Jika dilihat pada atas kertas, gabungan ahli parlimen UMNO dan Pas akan mendapat majoriti mudah. Namun segalanya boleh berlaku, kerana tidak semua ahli parlimen beragama Islam mahukan hudud dilaksanakan di Malaysia.

Malah ketika ini Melayu PKR telah mengeluarkan kenyataan kesal mengenai kelulusan usul tersebut di Kelantan, malah mereka menyalahkan Pas kerana membelakangi perjanjian persefahaman dalam Pakatan Rakyat.

Andaikata hudud ini tidak diterima ketika usul di parlimen, apakah Kelantan mampu melaksanakannya tanpa restu dari Persekutuan?

Dalam konteks Perlembagaan Persekutuan yang ada pada hari ini, Hudud hanya boleh di laksanakan OLEH KERAJAAN MANA-MANA NEGERI dan bukannya oleh Kerajaan Persekutuan. Hujah saya ini adalah berdasarkan kepada Senarai 2 (Senarai Negeri) Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa:-

” 9. Kuasa Negeri untuk mengadakan kesalahan-kesalahan mengenai apa-apa perkara yang termasuk dalam senarai negeri atau yang diselenggara di bawah undang-undang negeri, bukti mengenai undang-undang Negeri dan mengenai perkara-perkara yang di lakukan di bawahnya dan bukti mengenai apa-apa perkara bagi maksud undang-undang
Negeri”

ISLAM adalah bidangkuasa negeri yang di ketuai oleh Sultan. Maka Perkara 9,Senarai 2 Jadual ke-9 berkenaan MEMBERIKAN KUASA YANG SELUAS-LUASNYA KEPADA DEWAN UNDANGAN NEGERI untuk meluluskan undang-undang hudud untuk di amalkan di negeri tersebut untuk orang Islam sahaja.

Jadi tanpa persetujuan dari parlimen pun kemungkinan besar Hudud di Kelantan mampu dilaksanakan. Jadi tak salah kita mulakan dari Kelantan, jika terbukti ianya mampu mencegah jenayah, apa salah negeri lain, atau negara Malaysia juga
turut mengunakan undang-undang hudud sebagai Kanun Jenayah Syariah di Malaysia?

Betulkan penulis jika cadangan ini salah..

MyKmu

Khamis, 19 Mac 2015

HOT! Sejarah UMNO Bermula di Kedah!



Dalam ucapan pembukaan Konvensyen UMNO Kedah, admin tertarik dengan kata-kata Dato Seri Hj Mukhriz yang mengulas tentang sejarah permulaan melayu dan UMNO di Kedah.

Antara petikan yang menarik,

Orang Melayu di Negeri Kedah telah turut bersama-sama UMNO sejak dari mula cadangan penubuhannya. Di dalam Surat Tauliah atau Piagam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang telah dipersetujui didalam Persidangan Majlis Mesyuarat Agungnya yang pertama, Orang Melayu Kedah telah diwakili oleh Kesatuan Melayu Kedah dan Saberkas. Nama-nama Haji Mohammad Rejab Bin Haji Darus dan Senu Abdul Rahman adalah dua pemimpin Melayu Kedah telah tercatat dalam tinta sejarah sebagai sebahagian pengasas kepada Parti UMNO yang kita cintai ini.

Pada bulan Mei 1946, dua orang Ahli Parlimen Britain iaitu Capt. L.D. Gammans dari Parti Konservatif dan Lt. Col. Rees Williams dari Parti Buruh telah melawat Tanah Melayu atas jemputan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Ini adalah untuk mereka menyaksikan sendiri kebangkitan Bangsa Melayu yang menentang Malayan Union. Perhimpunan-perhimpunan raksaksa telah disusun atur bagi menunjukkan kemarahan Orang Melayu ketika itu. Di Alor Setar, Kedah, ternyata semangat Orang-orang Melayu amat berkobar-kobar dan dikatakan lebih hebat daripada yang disaksikan di negeri-negeri lain. Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra mengetuai kebangkitan rakyat menentang cadangan Gagasan Malayan Union dan sikap kurang ajar British terhadap Raja-Raja Melayu. Orang Melayu amat bersatu dan tiada kuasa di dunia yang mereka takutkan ketika itu.

Persidangan Majlis Agung UMNO yang ketiga atau lebih kita kenali sebagai Perhimpunan Agung UMNO pada hari ini, telah diadakan di Sekolah Fancis Light, Pulau Pinang. Ianya dirasmikan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah ketika itu, Sultan Badlishah. Sebelum persidangan dimulakan, satu istiadat mengibarkan bendera telah diadakan. Tepat pada jam 10.15 pagi tanggal 27 Julai 1946, Sultan Badlishah telah mengibarkan bendera UMNO yang hari ini kita kenali sebagai Sang Saka Bangsa.

Saya ungkit sejarah ini bagi tujuan mengambarkan betapa Orang Melayu Kedah telah bersatu hati sejak dahulu lagi. Orang Melayu Kedah telah bersama membebaskan Tanahair dari belenggu penjajahan, berkorban jiwa dan raga, bersama-sama dengan Rajanya berjuang demi mendaulatkan Agama, Bangsa dan Tanahair mereka.

MukhrizMahathirfc.Com

DUN Kelantan lulus Pindaan hudud



KOTA BHARU 19 Mac - Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini kira-kira pukul 12 tengah hari.

Kesemua 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk seorang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta 12 wakil pembangkang dari Barisan Nasional (BN) menyokong penuh pindaan undang-undang jenayah syariah hudud, qisas dan takzir tersebut.

Enakmen itu dibentangkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan disokong oleh timbalannya, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pada sidang pagi semalam.

Pembentangan enakmen tersebut dibuat bagi membuat pindaan dan penambahbaikan sebelum dilaksanakan.

Namun pelaksanaan undang-undang Islam di negeri ini amat bergantung kepada kelulusan pindaan akta dan Perlembagaan Negara di Parlimen.

Undang-undang jenayah syariah itu diluluskan kira-kira 22 tahun lalu dan kini peluang untuk hukum Islam itu dilaksanakan agak cerah apabila Kerajaan Pusat turut memberikan kerjasama dengan penubuhan jawatankuasa teknikal di peringkat pusat. - UTUSAN ONLINE

Beli Pesawat Baru, Mana Lebih Penting Wang atau Nyawa?


Sejak semalam keadaan media massa dan media sosial masih panas dengan isu pembelian pesawat untuk kegunaan PM dan juga Yang Dipertuan Agong oleh Kerajaan Malaysia yang baru. Biasalah orang Malaysia ni cepat melompat kalau ianya berkaitan dengan kerajaan. Patutnya perlu dipertimbangkan dulu, baik atau buruk sesuatu perkara tersebut.

Ada yang tanya, kenapa beli pesawat baru ketika negara diambang krisis ekonomi?

Untuk pengetahuan tukang tanya dan pembaca, pesawat yang ada sekarang ni, sudahpun berusia 20 tahun keatas. Kos nak ‘maintain’ bulanan pun dah meningkat jutaan ringgit. Malah dari segi keselamatan pun, agak bahaya jika pesawat yang dah berusia tu terus digunakan.

Tambahan pula pesawat itu dinaiki oleh pemimpin tertinggi negara, seperti Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri.

Pembelian pesawat baru ni, bukan seperti membeli kereta baru. Ianya ada menuntut pelbagai perjanjian. Teknologi, kerjasama dan tentunya melibatkan hubungan dua negara. Sudah tentu Kerajaan ‘terpaksa menempah’ pesawat ini lebih awal, sebelum diterima untuk kegunaan sekarang.

Soal keselamatan pemimpin tertinggi pun perlu diutamakan. Kereta kalau rosak kita boleh berenti ditepi jalan. Paling tak pun terbabas sikit dari laluan, tapi masih boleh berhenti untuk baiki.
Pesawat kalau rosak? Apa kesannya?

Agak-agak nyawa yang ada dalam tu terjejas tak? Siapa yang akan disalahkan jika pesawat itu terhempas? Tambahan pula ketika itu, pesawat sedang menerbangkan pemimpin kita ke satu lawatan rasmi kerajaan di luar negara.

Bila terhempas atau terjadi kejadian yang tak diingini, malapetaka, ketika itu pun orang yang sama tetap akan salahkan kerajaan. Orang yang komplen dan marah Kerajaan beli pesawat sekarang ni, merekalah yang akan menghentam dan tujukan kata-kata pedas pada kerajaan, maka keluarlah ayat-ayat seperti dibawah ni,

– Kenapa dah tau rosak tapi tak beli baru?
– Mana lebih penting, wang atau nyawa?
– Kerajaan tak sayangkan nyawa pemimpin, sengaja bunuh diri!
– Tukar kerajaan kerana tak pandai mentadbir, hingga mengorbankan nyawa.
– Rafizi buat sidang media, hentam kerajaan atas kelemahan pentadbiran.

Semua persoalan atau kata-kata diatas sebenarnya menjadi rujukan pada kita, kenapa perlu Kerajaan menukar pesawat baru yang lebih moden. Bukan soal keselamatan takut terhempas saja, ianya ada kena mengena juga dengan sistem pertahanan. Masakan pesawat yang membawa pemimpin tertinggi negara tidak mempunyai sistem pertahanan keselamatan yang ‘up-to-date’?

Apa pandangan negara luar pada Malaysia?

Fikirkanlah..

MyKMU

Khamis, 12 Mac 2015

Hakim Syaitan? Hujah Azlina Othman Benam Nurul Izzah!



Memang terbaik hujah dari MP Pengerang. Lama dah tak nampak beliau beraksi. Garangg.. mantop.

#MahabbaturRasul #KedahBerselawat Gegar Stadium Darulaman







Jangan lupa temujanji kita malam ini program Mahabbatur Rasul Malam Kedah Berselawat di Stadium Darul Aman.

Malam ini, Forum Perdana, Dato Seri Hj Mukhriz turut hadir nanti, dan malam akhir 13hb kita akan berselawat bersama Habib Syech.

Jom kita ramaikan majlis dakwah ini..

Fitnah MalaysiaKini Pada Ayahanda Tun Dr Mahathir



Dakwaan portal Malaysiakona bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa dibatalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) atau bakal kehilangan kerajaan adalah tidak tepat dan menyeleweng dari maksud asal.

Tajuk “Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir” yang dipaparkan oleh Malaysiakini merupakan satu kenyataan “mislead”. Ia memberi gambara Tun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem cukai yang dipakai di 160 buah negara seluruh dunia pada masa kini.

Apa yang berlaku ialah Tun Mahathir hanya menyatakan bahawa ia bergantung kepada rakyat, jika mereka merasakan cukai sedia ada agak membebankan, rakyat boleh memberi tahu kerajaan agar jangan mengenakan cukai lain lagi. Jika kerajaan masih mengenakan cukai lain lagi, rakyat boleh menukarkan”

Ini bermakna Tun Mahathir memahami realiti bahawa GST perlu dilaksanakan.

Beliau hanya berkata jika rakyat tidak berpuas hati dengan sistem cukai yang agak menekan mereka, rakyat boleh memberitahu kerajaan bahawa jangan mengenakan cukai lain lagi. Jika kenakan cukai lain lagi kami tidak akan mengundi anda lagi.”

Langsung tidak ada dalam kenyataan Tun Mahathir bahawa rakyat tidak akan mengundi Barisan Nasional jika kerajaan terus melaksanakan GST.

Malah, seperti pandangan Mahathir agar tidak dikenakan cukai berlebihan kepada rakyat, kerajaan telah pun mengumumkan pengurangan beberapa cukai lain bagi mengimbangi pengenalan sistem GST ini.

Dalam Bajet 2015 yang dibentangkan Okotober 2014, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pengecualian cukai pendapatan keluarga dengan pendapatan RM4,000 ke bawah. Ini membabitkan Ini bermakna hampir 300,999 pembayar cukai.

Dalam Bajet 2015 juga struktur cukai pendapatan individu telah disusun semula bagi meringankan beban cukai ke atas rakyat.

Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum pula dikurangkan sebanyak 2 % daripada 28 % kepada 26%.

Sementara itu, cukai syarikat pula turut dikurangkan sebanyak 1% kepada 24%.

Bagi syarikat kecil dan sederhana pula dikurangkan daripada 20% kepada 19% berkuatkuasa tahun taksiran 2016.

Manakala cukai koperasi melalui tahun taksiran 2015, juga akan dikurangkan sebanyak 1%

sumber MyKmu

Rabu, 11 Mac 2015

Tahniah Ustaz Haron Din diLantik Sebagai Mursyidul Am Pas!



KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS sebulat suara melantik Datuk Dr Haron Din sebagai Mursyidul Am parti itu yang baharu.

Dr Haron dipilih untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia 13 Februari lalu.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu pelantikan Dr Haron diputuskan oleh Majlis Syura Ulama dalam satu mesyuarat yang diadakan pada 8 Mac lalu di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut.

"Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob dipilih memegang jawatan Timbalan Mursyidul Am PAS yang baharu.

"Perlembagaan PAS menyatakan jawatan Mursyidul Am boleh dipilih oleh 15 anggota Majlis Syura Ulama (MSU) untuk tempoh lima tahun," katanya ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Katanya, jawatan Mursyidul Am tidak terikat dengan penggal muktamar sepertimana Jawatankuasa PAS Pusat.

Sebelum ini, ada cadangan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS yang mahukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Mursyidul Am yang baharu.

Selasa, 10 Mac 2015

Pembangkang Biadap dengan YDP Agong?


Hari pembukaan Sidang Parlimen tadi tercemar apabila pihak Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak biadap dengan tidak menghormati Yang Di-Pertuan Agong dengan berpakaian serba hitam bukannya pakaian rasmi pembukaan Sidang .

Mereka bertindak sedemikian sebagai tanda protes apabila banduan kes liwat, Anwar Ibrahim tidak dibenarkan menghadiri sidang Parlimen kerana dipenjarakan. Tindakan kurang ajar mereka ini jelas sekali boleh membunuh sistem Raja berpelembagaan negara kita.

Aku sebagai rakyat Malaysia rasa terhina dengan tindakan mereka ini, langsung tidak menunjukan kesetiaan pada Raja kita. Kalau nak protes pun esok masih ada, YDP Agong hanya datang merasmikan pembukaan sidang parlimen hari ini. Kenapa sampai nak biadap ???

Perkara ini sudah melampaui batas, pemimpin biadap, jangan sampai rakyat juga biadap pada pemimpin pakatan ini. !!!

sumber Aktivis Pendang Jr

Ahad, 8 Mac 2015

AL-Fatihah! Pelakon Harun Salim Bachik meninggal dunia..


AL FATIHAH - Pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik meninggal dunia sebentar tadi setelah rebah dalam tandas di kawasan rehat PLUS Bukit Merah.

Khamis, 5 Mac 2015

Ustaz Kazim Jawab Kenapa Beliau di Halang ke Perlis!!



Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias menyifatkan keputusan Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju dengan pemilihan beliau sebagai ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis Ke-72 pada Mei ini sebagai tindakan gopoh dan memalukan.

Menurut beliau, dakwaan itu tidak sewajarnya dilakukan Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Tegasnya, alasan Jabatan Mufti Perlis yang mendakwa beliau ‘sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ tanpa memberi peluang kepadanya memberikan penjelasan juga adalah tindakan tidak adil.

“Saya dimaklumkan mengenai pembatalan jemputan saya ke majlis berkenaan dua minggu lalu, namun saya tidak mahu menghebahkan perkara ini demi menjaga air muka mereka yang berkaitan.

“Namun, apabila berlaku penye­baran surat tersebut, saya kesal kerana ini tidak adil, saya tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Kazim yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kazim ber­kata, dakwaan tersebut turut menjejaskan kredibilitinya.

“Selepas ini mungkin ada yang melabelkan saya penyebar hadis palsu dan tidak lagi dijemput untuk mengadakan ceramah.

“Saya akan membuat sidang akh­bar untuk menjelaskan perkara ini pagi esok,” katanya.

Mohd. Kazim diminta mengulas penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis di laman-laman sosial yang tidak bersetuju beliau menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau ‘sering terlibat dengan pem­bacaan riwayat-riwayat palsu’.

Sementara itu, katanya, ‘riwayat’ atau hadis palsu dimaksudkan dalam surat Jabatan Mufti Perlis adalah mengenai rakaman YouTube sedutan daripada satu ceramahnya yang menyatakan ‘kenduri Rasu­lullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Mengulas perkara tersebut, kata Mohd. Kazim, dalam ceramahnya, beliau hanya mengatakan perban­dingan bahawa di Malaysia, roti jala dicicah dengan kuah kari juga masih boleh dijadikan hidangan pada majlis kenduri.

“Saya cuma kata roti jala pun boleh dijadikan hidangan dalam kenduri masyarakat Islam untuk bagi orang faham,” katanya.

Beliau kesal kerana surat Jabatan Mufti Perlis itu menyebut ‘riwayat-riwayat palsu’ yang seolah-olah meng­gambarkan dirinya sudah banyak kali membacakan hadis tidak benar.

“Jika benar dakwaan itu, saya mahu tahu di mana dan bila saya membacakan hadis-hadis palsu yang didakwa. Jika benar, saya sedia memberikan penjelasan,” katanya.

Utusan


HOT! Masalah 12 Tahun Tasik Beris Selesai!! #HanyaDiKedah



Alhamdullilah! Satu lagi masalah rakyat diselesaikan oleh Kerajaan negeri Kedah. Setelah perbincangan dilakukan antara kedua-dua belah pihak, masalah berjaya diselesaikan malah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama.

Masalah ini melibatkan pampasan tanah ketika pengambilan projek empangan Beris yang tergantung sekian lama (12 tahun).

Ianya bermula apabila pengambilan tanah dari Kerajaan negeri terdahulu yang mahu membina empangan Beris. Penduduk kampung yang diambil tanahnya telah janjikan pampasan, sejumlah wang dan rumah.

Namun mata percarian mereka hilang dan mereka merayu kepada Menteri Besar terdahulu untuk diberikan alternatif, supaya mereka dapat bekerja dan mempunyai sumber pendapatan.
Atas rayuan tersebut, Kerajaan negeri (semasa itu), telah memberikan sebidang tanah yang (syaratnya) diselia oleh koperasi (peladang) untuk disalurkan pendapatannya kepada penduduk kampung tersebut.

Sebenarnya masalah ini telah selesai, hinggalah ianya diputar belit oleh sekumpulan penyokong pembangkang yang menghasut penduduk kampung, kononnya kerajaan negeri terdahulu berjanji dan menawar mereka tanah untuk dijadikan sumber pendapatan.

Atas alasan tersebut, Pas Sik telah memanipulasikan isu terbabit pada PRU ke 12, hingga mereka berjaya menawan Sik dan Dun Jeneri. Kononnya jika mereka berjaya menawan Kedah dan Sik, mereka janji untuk penduduk kampung diberi tanah yang tertangguh itu.

Namun bila Pas menang, segalanya hampa dan janji tinggal janji saja. Selama 5 tahun pemerintahan Pas Kedah dan Pas berkuasa di Sik. Tidak pernah ada masalah melibatkan tanah di Kedah, diselesaikan atau diberikan pada rakyat. Bukan hanya di Beris, tapi diseluruh Kedah. Pas tak pernah memberikan tanah pada rakyat, yang ada hanya janji dan cakap kosong.

Malah penduduk Beris yang mendapat pampasan dan rumah terbabit dibebankan pula dengan bayaran premium. Bayaran premium tanah ini hanya diwujudkan pada zaman Kerajaan Pas, (tapak rumah penduduk) perlu dibayar. Masa zaman BN dulu, bayaran ini tak pernah wujud.

Bila Pas memerintah, mereka dibebankan dengan bayaran premium yang agak tinggi, ini membebankan mereka yang hanya ada pendapatan melalui penoreh getah. Sudah la tak dapat tanah, janji tak ditunaikan, dibebankan pula penduduk dengan bayaran premium.

Apakah itu kerajaan Islam yang utamakan rakyat?

Kini masalah tersebut, kembali pada Kerajaan negeri yang baru. Alhamdulillah.. hasil perbincangan diantara Menteri Besar, Exco, Adun, wakil penduduk dan orang kampung. Semua masalah diatas diselesaikan.

Malah cara penyelesaikan yang diberikan ini, menepati dan menguntungkan semua pihak. Bak kata orang, menang-menang diantara kedua-belahnya.

Selain dari mereka pemohon mendapat tanah, hutang premium mereka juga akan dibayar oleh GLC untuk meringankan beban.

InsyaAllah.. YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir akan mengumumkan secara rasmi cara penyelesaian isu ini nanti.

Apa yang penting, kita tahu, masalah ini selesai dan penduduk terlibat pula puashati dengan jalan penyelesaian tersebut.






Sumber MukhrizMahathirfc.com

Isnin, 2 Mac 2015

Alunan Selawat dan Qasidah dari Ma'ahad Tahfiz Al-Abidin Dalam Malam Cinta Rasul #PMR5Pendang


Video Alunan Selawat dan Qasidah dari Ma'ahad Tahfiz Al-Abidin, Pokok Tai, Pendang di Malam Cinta Rasul peringkat Daerah Pendang sempena Program Mesra Rakyat (siri ke-5) Daerah Pendang.

Kumpulan Qasidah ini dinaungi Mudir Ma'ahad Tahfiz, Ustaz Anas Zainal Abidin dan diketuai oleh saudara Ahmad Ariff.


Ahad, 1 Mac 2015

#MBmesraRakyat Bila Ds @MukhrizMahathir Tidur di KUBU kuat Pas!




Semalam Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir tidur di rumah bapa angkat. Salah satu program Mesra Rakyat yang dianjurkan buat siri ke 5.

Beliau bukan sahaja tidur disana, malah beliau melawat sekolah, berjemaah sekali dengan kariah dikawasan berkenaan.

Jika anda nak tahu mengenai asal-usul Guaq Kepayang, Mc ada berikan fakta dibawah,


Fakta mengenai Guaq Kepayang yang perlu anda tahu.

- Kawasan paling kuat Pas di Pendang.

- PDM yang BN tak pernah menang.

- PDM hitam gelap gelita.

- PRU 13 majoriti kita (BN) bertambah.

- Tiada jalan masuk utama (jalan besar) hanya mengunakan jalan Mada dan batas ban.

- Tiada pemimpin UMNO/BN pernah berjemaah dimasjid Guaq Kepayang.

- Tun Pak Lah pernah dilarang oleh masyarakat tempatan semasa hendak bersolat jumaat di masjid Guaq Kepayang. (waktu beliau menjadi PM)

- UMNO mampu membuka cawangan disana hanya pada akhir-akhir ini.

- Guaq Kepayang dulunya umpama sebuah pulau yang terasing dari Pendang sebab tiada jalan masuk utama.

- Disebabkan lokasinya sebegitu, pernah dikatakan, Guaq Kepayang menjadi tempat tumpuan 'kepala masam' berkumpul dan mereka yang terlibat dengan kegiatan kurang baik.

- Kini tak lagi, sudah ramai anak tempatan Guaq Kepayang menjadi pemimpin yang berjaya, sama ada disektor awam atau korporat

Antara tokoh hebat yang dilahirkan dari sana ialah,

Dato Adzmi Din (Pengerusi SADA)
Dato Shukri Abdul (Timb. KP SPRM)
Dato Zahari Ismail (D.O Kbg Pasu)

- Jika dulu pernah ada khabar angin yang mengatakan pemimpin UMNO sukar diterima masuk ke Guaq Kepayang.

Tapi atas usaha pimpinan UMNO bahagian Pendang dan cawangan disana.

Kini.. Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sebagai pemimpin UMNO/BN pertama yang mampu bersolat berjemaah di masjid berkenaan. Walaupun pada mulanya beliau dilarang atas soal keselamatan.

Segalanya akan berubah menjadi lebih baik, atas usaha gigih dan keizinan dari Allah SWT.

Gambar dikawasan berkenaan.