Khamis, 30 April 2015

HOT! Ayahanda Tun Mahathir Percaya BN Mampu Menang di Kedua PRK! #PRKRompin #PRKPermatangPauh



KUALA LUMPUR 29 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Barisan Nasional (BN) berpeluang merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau juga yakin dengan keupayaan BN untuk terus mempertahankan kerusi Parlimen Rompin pada pilihan raya kecil 5 Mei ini.

“Kita ada peluang untuk menang di Permatang Pauh sebab parti lawan berpecah-belah.

“Di Rompin pun, kita ada peluang untuk menang sebab Pas nampak lemah,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Belia dan Usaha Membina Negara di Institut Jerman-Malaysia (GMI), Kajang dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Rabu, 29 April 2015

Kilang Tauhu Kering, Jijik dan Kotor di TUTUP!



Tak serik-serik nampaknya pengilang pembuatan makanan ni. Dulu kita digemparkan dengan kilang bihun. Kali ni fucuk tauhu pulak.

Beberapa keping gambar keadaan sebuah kilang membuat fucuk tauhu tersebar di media sosial. Keadaan kilang itu yang amat daif dan kotor itu mengundang reaksi jijik orang ramai terutama peminat masakan berasaskan bahan itu.





Menurut sumber, kilang itu terletak di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, telah menerima notis perintah tutup oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 8 sehingga 22 April 2015. Maksudnya, kilang itu mungkin telah beroperasi semula ketika ini sekiranya pemilik kilang berjaya mengatasi masalah kebersihan kilang pembuatan makanan itu.

Walaubagaimanapun, kesan penyebaran gambar itu secara langsung mendedahkan bahawa rakyat Malaysia terdedah dengan makanan yang tidak bersih dan tidak mustahil masih ada kilang seperti itu masih beroperasi tanpa dikesan oleh pihak berkuatkuasa.












Mazlan Aliman kembali meracuni 'Minda Orang Felda'? #PRKRompin


Pada peminat atau pengikut politik tanah air, anda tentu kenal dengan nama 'Mazlan Aliman'. Mazlan Aliman ni amat popular dikalangan masyarakat Felda tidak kira kecil, besar, tua atau muda. Malah beliau lebih popular dipanggil 'Produk rosak keluaran Felda'.

Kenapa dipanggil produk rosak?

Saudara Mazlan Aliman mula di kenali oleh ramai semasa Pilihanraya Kecil DUN Tenang. Sebelum ini, beliau hanya di kenali di Felda oleh peneroka dan mereka yang mempunyai kaitan dengan Felda sahaja. Beliau kononnya dikatakan seorang yang memperjuangkan keadilan untuk peneroka dan generasi Muda Felda. Namun hakikatnya, beliau adalah seorang 'opoturnis' yang hanya menggunakan isu Felda bagi membawa keuntungan kepada beliau.

Saya berkata begini kerana sekiranya beliau ikhlas, beliau akan memperjuangkan isu kebajikan dan ketidak-adilan penduduk Felda, tanpa mengira fahaman politik. Namun memandangkan beliau juga adalah Ahli Pas dan AJK Pas kawasan, perjuangannya hanya untuk kepentingan Pas dan Pakatan Rakyat sahaja.

Sebab itulah beliau tidak mengungkit kekejaman dan ketidakadilan yang berlaku di Kelantan (isu Ladang Rakyat), Selangor (penyalahgunaan wang rakyat) dan Kedah (ketidakadilan termasuklah kepada penyokong Pas sendiri). Ini adalah kerana, sekiranya disentuh maka larilah fokus atau tujuan asal beliau yang mahu membunuh nama Felda berkaitan dengan Kerajaan Persekutuan.

Kalau nak diikutkan dengan program dan aktiviti si Mazlan ini, beliau memanglah seorang yang sangat sibuk. Mengikut teman-teman rapat Mazlan, jadual beliau memang padat. Ada saja mesyuarat dan ceramah yang perlu beliau hadir pada setiap hari dan ianya boleh dikatakan ke seluruh negara. Lebih-lebih lagi pada musim pilihanraya.

Kini saya diberitahu, Mazlan dipanggil semula untuk membantu jentera PRK Rompin Pas yang semakin hilang arah dan taringnya.

Pas sebenarnya mengambil risiko. Sama ada membawa masuk Mazlan Aliman didalam kempen Pas ianya menjadi lebih bagus. Ataupun orang Felda di Rompin dah kenal sangat dengan Mazlan, hingga mereka tidak lagi mempercayainya setelah pelbagai kata dusta yang beliau buat pada kempen PRU ke 13 yang lepas.

Tapi rasanya orang Felda Keratong tak mudah ditipu dengan pengkhianat Felda ni.

Dengar ceramah boleh, tapi percaya jangan. Sebab dia sendiri pun masih berharap dengan Felda. Kalau tidak, dah lama dia cari kerja lain. Serupa orang gila talak si Mazlan ni sebenarnya.



Peniaga Tamak, Sup RM150 Diserbu KPDNKK



Disebabkan mendapat banyak laporan awam, akhirnya sepasukan pegawai KPDNKK menyerbu sebuah restoran yang dikatakan telah mengenakan harga semangkuk sup berharga RM150.

Apa kejadah mahal nak mampus sup tu??


Tuan punya kedai mengadap Pegawai KPDNKK






KPDNKK memeriksa lesen peniaga



Pegawai KPDNKK memeriksa bekas sup




Tindakan sebuah restoran di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu menjual sup kepala ikan siakap dengan harga tidak masuk akal mencecah RM130 hingga RM150 semangkuk telah diserbu pegawai penguatkuasa KPDNKK Kelantan hasil daripada aduan orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 57, Anti Pencatutan kerana didakwa menaikkan harga. 

Tahniah diucapkan kepada KPDNKK diharap sentiasalah prihatin dan turun padang bagi memantau peniaga yang mengambil kesempatan terhadap penguna.

Selasa, 28 April 2015

MCA mula gerak jentera dekati rakyat #PRKPermatangPauh



MCA mulakan gerak kerja di Permatang Pauh. Perjumpaan dengan pengundi dari rumah ke rumah ternyata memberi kesan yang agak positif dan dapat merapatkan jurang diantara pemimpin dan rakyat.

Antara gambar menarik dalam kempen MCA di Permatang Pauh,


Membantu pada yang memerlukan

Kempen di kedai makan yang jadi tumpuan

Saya kenal logo tu.. saya selalu pilih yang tu..

Mesra rakyat

Tepi jalan pun boleh

Penerangan tentang calon dan dasar MCA

Ziarah dari rumah ke rumah

Fuhh.. goreng apa tu Dr Wee? 

Jika sebelum ini kita selalu melihat jentera MCA berjalan dengan agak lembab dan tidak bermaya. Namun pada tahun 2015, kita dapat melihat MCA mula mengatur langkah untuk kembali seperti mana dulu, dimana MCA ialah kuasa parti dominan kaum cina di Malaysia.

Dr Asri Kata Ahmad Maslan Lebih Bijak Dari Ayahanda Tun Dr Mahathir?



Selepas kritikan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahir Mohamad tidak faham tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST),

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil mengkritik kenyataan tersebut melalui laman Facebook miliknya.

Walaupun Asri tidak menyebut nama Ahmad, namun dalam postingnya, beliau mempersoalkan sekiranya pihak yang membuat kenyataan sedemikian lebih bijak daripada Dr Mahathir, jika bekas perdana menteri itu tidak memahaminya.

"Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

"Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!," tulis Asri malam tadi.

Semalam Ahmad menyifatkan Dr Mahathir sebagai tidak faham dengan GST selepas bekas perdana menteri itu mahu sistem cukai baharu dimansuhkan.

Timbalan menteri kewangan itu berkata, Dr Mahathir mungkin tidak menerima penerangan terperinci sehingga mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

"Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?" kata Ahmad seperti dilaporkan Astro Awani.

Dalam posting yang sama, Asri juga berpendapat dalam fikah Islam, orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik), pengurusan harta tidak boleh diserahkan dalam golongan seperti itu walaupun harta tersebut miliknya.

"Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?!," tulis Asri.

Posting tersebut memperoleh lebih daripada 41000 tanda "like" dan hampir 6000 jumlah kongsi.

Kebanyakan komentar mempersetujui kenyataan Asri dan ada yang menyuarakan pendapat tidak puas hati terhadap kenyataan timbalan menteri kewangan tersebut mengenai pelaksanaan GST yang membebankan rakyat Malaysia.

Dr Mahathir semalam, mengulangi pendiriannya menggesa Putrajaya membatalkan pelaksanaan GST diperkenalkan 1 April lalu kerana pegawai-pegawai kerajaan yang melaksanakan sistem cukai baharu itu sendiri tidak memahaminya lapor The Malaysian Insider

Video Menarik Tentang Calon BN #PRKPermatangPauh



Video ringkas yang agak menarik untuk tontonan semua pembaca.



Video menarik tentang calon BN #PRKPermatangPauh
Posted by UMNO Kedah on Monday, April 27, 2015

Kehebatan Wan Azizah 'Nenek Besi' yang Serba Boleh! #PRKPermatangPauh



Apalah punya teruk poster kempen calon PKR ni. Hanya dengan naik basikal, guna 'tagline' "Kak Wan Terus Berbudi". Berbudi apa namanya kalau calon yang sama pernah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen di tempat yang sama dengan memberi alasan "hendak menjaga cucu"?

Terus berbudi apa nama kalau calon ini pernah membuang amanah yang diberikan oleh pengundi dengan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada suami banduan bertanding?

Menarik persoalan dan poster-poster yang Mc ambil dari blog Cucu Tok Selampit



Ini pula poster kempen yang mempergunakan kanak-kanak. Kalau betul suka kanak-kanak, baliklah jaga cucu-cucu di rumah. Kenapa biarkan cucu-cucu terbiar? Nenek kipas ini telah menggunakan kanak-kanak sebagai bahan kempen semenjak Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor lagi. Adakah kempen sebegini dibenarkan di bawah Akta Pilihan Raya? Sudahlah menggunakan kanak-kanak. Payung pula hanya untuk lindung Nenek Kipas sahaja dan kanak-kanak itu dibiarkan berpanas.

Walau bagaimanapun, untung Rakyat Permatang Pauh dapat calon Wakil Rakyat yang serba boleh.


Goreng cekodok pun boleh ...



Jadi penjaga gol pun boleh ...



Main sepak takraw pun boleh ...




Kipas satay lagilah boleh!!!



PKR adalah sebuah parti yang pupus pemimpin. PKR adalah "Parti KeluaRga", parti anak beranak. Yang sedihnya ...


Nak Jaga Cucu pun Azizah

Nak jaga Kajang pun Azizah

Nak jaga Penjara pun Azizah

Nak jaga PKR pun Azizah

Nak jaga PR pun Azizah

Nak jadi Ketua Pembangkang pun Azizah


Kenapalah kita zalim sangat bebankan nenek kita yang berusia 63 tahun ini dengan pelbagai tugas? Rakyat Permatang Pauh bertanggungjawab merehatkan beliau di Permatang Pauh! Jangan biarkan beliau menjadi mangsa kerakusan permainan politik.


McTheory:
Kesian pada Wan Azizah, ringankan beban beliau.. jangan bagi dia buat kerja berat lagi..

Isnin, 27 April 2015

Kita Nak Selamatkan #Felda dari Siapa? #PRKRompin



Puak pembangkang mula berkempen untuk 'Selamatkan Felda', kononnya mereka nak selamatkan. Akan tetapi pada hakikat sebenar, mereka yang tak sudah-sudah memfitnah dan menghentam Felda dari dulu hingga kini.

Pada mereka, puak PR ni, apa yang Kerajaan buat pada Felda, semuanya tak betul. Semuanya salah. Walaupun perlaksanaan projek Kerajaan membuahkan hasil, tetapi mereka tetap bantah.

Sudahlah mereka tak pernah membantu atau mencadangkan Kerajaan bagi membangun Felda. Kini hasil daripada fitnah mereka, menyebabkan saham FGV tidak stabil.

Jadi sekarang mereka berkempen nak Selamatkan Felda, nak selamatkan daripada siapa sebenarnya?

Dari kita kah, dari mereka?

“Felda sejarahnya bermula sewaktu Almarhum Tun Abdul Razak hendak membantu rakyat atasi masalah kemiskinan dan salah satu pendekatan yang diambil ialah pengagihan kawasan tanah yang boleh dimajukan supaya peserta dapat jaminan masa depan lebih sempurna.

“Namun ia sudah menjadi sejarah, kini banyak kawasan Felda jadi pusat pertumbuhan baharu dengan kehidupan lebih baik jika dibandingkan masa mula-mula ia dibangunkan,” kata Tan Sri Muhyidin Yassin sewaktu berucap, ketika membuat lawatan sempena Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini.

Felda sendiri bermula dari bawah, contoh terbaik ialah, rumah bagi peneroka Felda. Bermula dengan rumah kayu, rumah peneroka Felda kini bertambah baik dengan pembinaan rumah batu dan semakin hari, semakin dibawa kemajuan.

Contoh rumah ini, penulis petik dari ucapan TPM mengenai rumah Felda,

“Rumah dahulu mungkin sebilik dua, namun kini semakin bertambah dan apabila Hari Raya kita lihat banyak kenderaan di hadapan rumah. Ini menunjukkan masyarakat peneroka menikmati banyak kemudahan dan hidup dengan selesa,” kata beliau lagi.

Jadi dimana lagi kita perlu selamatkan Felda, yang kini berada dilandasan, betul dan semakin berkembang. Memang saham FGV ada sedikit penurunan, namun ianya bersifat sementara. Biasalah saham, ada turun dan ada naik.

Namun kesimpulannya, Felda tiada masalah, cuma perlu penambahbaikan dari hari ke hari seperti mana sekarang. Jika nak tengok bagaimana contoh Felda dijaga baik oleh Kerajaan, boleh datang sendiri ke Rompin.

Jadi tak salah jika kekalkan BN bagi kerusi Rompin bagi meneruskan legasi dari dulu kini dan selamanya.



Operasi #SPAD bersama PDRM Cegah Teksi Tak Guna Meter!


Pada 25hb yang lepas, SPAD ada membuat Ops 'Teksi tak guna Meter' bersama dengan pihak Polis dari pukul 5 petang hingga 8 malam. Seramai 116 Pegawai (termasuk pihak polis) terlibat ke 23 lokasi di seluruh Lembah Kelang. Keadaan operasi agak tenang dan lancar.

Masih terdapat teksi yang menyalahi undang-undang namun situasi agak baik kerana jumlah kenderaan dan pengangkutan yang tidak mengikut undang-undang semakin berkurangan.

Gambar teksi yang disita seperti gambar dibawah,

Kenderaan yang disita

Lokasi Ops sekitar Kuala Lumpur dan Selangor:

a. Bukit Bintang
b. KLCC
c. KL Sentral
d. Bangsar
e. Pudu Sentral
f. Times Square
g. Brickfields
h. Subang
i. Shah Alam
j. Kepong
k. Selayang
l. Batu Caves
m. LRT Kelana Jaya
n. LRT Pandan Indah
o. LRT Pandan Jaya
p. Klang
q. Mid Valley
r. Puchong
s. Cheras
t. Gombak
u. KLIA
v. Sogo
w. Pasar Seni

Ini merupakan satu perkembangan yang positif, kita berharap SPAD dan pihak penguatkuasa dapat meneruskan operasi seperti ini dari hari ke hari. Supaya masalah yang melibatkan pengangkutan awam terutamanya teksi dapat dibenteras dan dikurangkan terus.

Tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam operasi kali ini.



19 buah kereta telah disita dan dihantar ke Tapak Sitaan di Sepang.

Chong Wei hanya digantung 8 bulan


KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dikenakan penggantungan selama lapan bulan selepas didapati bersalah menggunakan bahan terlarang jenis dexamethasone ketika Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia boleh menarik nafas lega apabila tiga ahli panel Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang mengadili sesi pendengarannya di Amsterdam, Belanda, 11 April lalu memutuskan tarikh penggantungan bermula pada 30 Ogos tahun lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan BWF, sebentar tadi keputusan itu menyaksikan tempoh penggantungan Chong Wei akan tamat 30 April ini (Khamis ini) sekali gus membolehkan dia beraksi untuk skuad negara pada kempen Piala Sudirman yang mana tarikh tutup pendaftaran pemain akan berakhir jam 12 tengah malam ini.

Kredibilti peguam, Mike Morgan yang berpangkalan di United Kingdom jelas terbukti apabila dia mempertahankan Chong Wei untuk digantung bermula 30 Ogos biarpun pemain berkenaan hanya mula digantung sementara oleh BWF pada 11 November tahun lalu.

Sepanjang tempoh penggantungannya ranking dunia Chong Wei jatuh ke tangga ke-30 dunia dan dia perlu segera beraksi dalam kejohanan antarabangsa bagi memperbaiki kedudukan itu dengan mata kelayakan Sukan Olimpik 2016 akan mula dikira Sabtu ini.

Chong Wei turut layak ke Kejohanan Dunia di Jakarta, Indonesia, Ogos depan bersama Chong Wei Feng untuk menggalas cabaran dalam acara perseorangan lelaki.

Pemuda Pas Tarik Diri Dari Kempen #PRKPermatangPauh



Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi.

Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

Disebabkan perkara tersebut, Dewan Pemuda Pas menarik diri dari berkempen untuk PRK Permatang Pauh pada kali ini. Walaupun arahan dikeluarkan oleh Mat Sabu, namun jentera membantah, kerana mereka hanya menerima arahan dari Tuan Presiden Pas, Hadi Awang.




Calon BN anak muda yang membawa kebaikan pada rakyat! - @MukhrizMahathir


Poster calon BN Permatang Pauh.

Calon BN Permatang Pauh seorang anak muda yang lama berkecimpung dalam bidang politik. Orang tempatan Kenal dan mendapat sokongan kuat dari jentera parti .

Kepada pengundi, buat satu perubahan. Fikir tentang diri sendiri dan pilih calon yang boleh memberi kebaikan untuk rakyat.

- YAB Dato' Seri Hj. Mukhriz Tun Dr Mahathir

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah