Ahad, 31 Mei 2015

Bila Mukhriz Cerita Tentang Rubber City?


YAB Dato Seri Hj Mukhriz merasmikan ‘Planters Tea Talk’ ‘Rubber City Leading to Nurturing Downstream Industry" di Swiss In Sg Petani anjuran Lembaga Getah Malaysia.

Dalam ucapan YAB MB, Negeri Kedah dan Wilayah Selatan Thailand dikenali sebagai antara kawasan pengeluaran getah. Maka Kerajaan Negeri Kedah mengambil kelebihan ini dengan mewujudkan satu Bandar raya Getah yang akan menjadi pengeluarutama produk berasaskan getah.

Walaupun tidak dinyatakan dalam RMK 11, Komitmen Kerajaan Pusat begitu positif dalam hal ini. Mungkin ianya akan dinyatakan dalam bajet yang lebih umum.

Dengan wujudnya Bandaraya Getah ini, kerajaan yakin akan dapat menjana ekonomi setempat dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Kedah, khususnya dan rakyat Malaysia




Ramai yang tertanya berkenaan status perancangan Kedah didalam membangunkan projek Rubber City di Padang Terap dalam...

Posted by Mukhriz Mahathir FC on Tuesday, 26 May 2015

Lagi Cubaan Lagakan Ds Mukhriz dan Ds Najib




Pagi tadi Perdana Menteri mengadakan lawatan kerja ke Perlis Indera Kayangan, Oleh kerana tidak ada Lapangan Terbang di Perlis, Perdana Menteri turun di Lapangan Terbang Alor Setar. Sejak dari dulu sebagai jiran terdekat, umpama adik dan abg, Lapangan Terbang Alor Setar juga adalah Lapangan Terbang untuk Perlis. 

Perlis menghantar rombongan beberapa Pemimpin mereka menjemput Perdana Menteri di Alor Setar untuk dibawa ke Perlis. Malangnya sebelum PM tiba di Perlis, sudah ada beberapa fitnah dan tuduhan liar yang dibuat oleh 'penyokong-penyokong tegar ' PM di media maya, kononnya MB Kedah dan Exconya biadap kepada Perdana Menteri kerana tidak hadir menjemput di Lapangan Terbang Alor Setar. 

Antara yang terawal memperjuangan hal itu adalah EN TUAN Asri Baling dan PAK EN TUAN Mohd Ali Bin Baharom atau lebih dikenali sebagai ALI TINJUUU. Mereka bercakap dan menfitnah seolah berada di Lapangan Terbang menyambut PM. 


Oleh kerana kesibukan tugas harian sebagai Exco kerajaan Negeri, Exco Kanan Kedah, Dato' Ku Abdul Rahman yang mewakili Menteri Besar Kedah lewat sikit memuat naik status di facebooknya untuk memberitahu akan beliau mewakili Menteri Besar untuk menjemput Perdana Menteri 

Walaupun program Perdana Menteri di Perlis bukannya di Kedah namun sebagai menghormati Presiden dan Perdana Menteri, YAB Menteri Besar tetap menghantar wakil kanannya dan beberapa pemimpin Kedah untuk ke Lapangan Terbang kerana beliau bersama Tunku Intan Syafinaz bagi menghadiri program anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah yang telah diatur lama.  





Gambar diatas adalah bukti jelas YB Exco, Dato Ku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin Kedah berada di Lapangan Terbang untuk menjemput Perdana Menteri tiba bagi lawatan ke Perlis. Jadi dimana buktinya tuduhan yang dilemparkan oleh mereka-mereka ini terhadap MB Kedah dan Exconya. 

Pada sebelah petangnya pula, beberapa Exco Kedah seperti YB Datuk Mohd Tajudin dan Dato Mohd Rawi dan beberapa orang lagi pemimpin Kedah turun menghantar Perdana Menteri untuk pulang ke Kuala Lumpur. 





l

Gambar dibawah ini menunjukan Menteri Besar , YAB Dato' Seri Haji Mukhriz hadir bersama Tunku Intan Syafinaz ke program anjuran Yayasan Sultanah Bahiyah di Stadium Darulaman yang telah lama dirancang. Mana mungkin MB Kedah tidak menghormati Perdana Menteri yang turun di Lapangan Terbang Alor Setar, jika tidak punya program besar sudah tentu Menteri Besar akan turun menjemput Perdana Menteri seperti selalu. 





Sedikit kata-kata saya buat mereka-mereka yang suka melemparkan tuduhan dan fitnah jijik seperti ini agar, janganlah dihitamkan lagi hati yang sudah hitam, sebelum menulis tu ingatlah Allah, orang yang tidak pecaya Allah ni hanya orang KAFIR sahaja. jangan jadi seperti orang kafir. 


Ini firman Allah , bukan firman saya, kerana saya tidak layak , pecayalah pada firman Allah. 


Selamat Beramal dan lapangkan dada anda dan ingat Allah selalu.. saya percaya kamu juga Islam seperti saya . Nak jadi panglima PM pun jadilah tapi jangan sampai membusukkan nama PM . wallahualam ... 


sumber Apj blog

Meludah Punca Nazmi dibuang padang



Singapura - Tindakan pemain bola sepak kebangsaan, Nazmi Mansor, meludah ke arah salah seorang pemain Timor Leste dikritik orang ramai setelah dia dilayangkan kad merah diatas tindakan tersebut.

Di media sosial, orang ramai memberi pandangan masing-masing terhadap insiden itu. Komen-komen itu mula dilontarkan setelah satu "screenshot" dimuat naik di laman Facebook HarimauMalaya. Kebanyakan pendapat yang diberikan mempersetujui tindakan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Nazmi.



Selain kritikan dari pengguna media sosial, tindakan Nazmi juga disifatkan bodoh oleh portal berita Berita Harian Online.

Di dalam laporan yang bertajuk "Persembahan hambar walaupun atasi Timor Leste" itu, tindakan Nazmi itu disifatkan bodoh dan susulan kad merah dari tindakan itu menjejaskan rentak permainan pasukan kebangsaan.




Pasukan kebangsaan menang tipis keatas Timor Leste dengan keputusan 1-0 hasil jaringan dari oleh D. Saarvindran pada minit ke 11.


Dah la permainan pun teruk, skill taklah hebat mana. Berlagak umpama superstar. pehh..

Adi Putra Budak Genius Matematik disisihkan?



Adi Putra genius matematik Malaysia yang disisihkan



Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.



“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.

"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.

“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.

"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.

"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.

"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.

Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan .

Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.

“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.

"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.

“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.

Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.

Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.

Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya.

“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.

“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,” katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.

Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.

Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.

“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.

“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.

"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,” katanya.

Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.

"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.

"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.

“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.

Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.

“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.

“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?” soalnya. – 24 Mei, 2015.

Itu cerita yang dikeluarkan oleh TMI. Dah tentu Kerajaan saja yang salah.

Dibawah ni jawapan pada cerita Adi Putra ni, dan kenapa dia disisihkan.

Baca cerita dan kisah sebenar.




Nampaknya isu pelajar genius Malaysia ini semakin hangat diperkatakan. Ramai orang ramai terutaman pengguna laman sosial menyalahkan kerajaan sehingga mendakwa kerajaan mengambil pandang serius genius yang ada seperti Adi Putra.

Isu berkenaan Adi Putra ini pernah disiarkan oleh portal berita terkenal mStar Online pada 3 Mac lalu yang bertajuk "Adi Putra - Genius Tak Diiktiraf". Artikel itu telah membuatkan cerita Adi Putra kembali bermain di media.

Baru-baru ini pulak Adi Putra dikatakan membuat luahan kecewa dan dilaporkan oleh TheMalaysian Insider yang mengatakan dia disisihkan kerajaan.

Berikutan dengan luahan itu, Pengarah Permata Pintar, Professor Noriah Mohd Ishak, telah tampil memberi penjelasan keadaan yang sebenarnya berlaku di antara pihak Adi Putra dan Kerajaan.

"Kerajaan memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya.

Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.




Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA pintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di perkngkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATApintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka dari luar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut. Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League."

Apapun harap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik, jangan disia-siakan permata yang kita ada ini. - Siakapkeli.my

Sabtu, 30 Mei 2015

Video Cara Terbaru Mencuri Kereta! #Spad #Jpj


Cara terbaru mencuri kereta. Diajar sendiri oleh pencuri kereta yang berjaya diberkas.

Bahanyanya.. macam-macam cara nak buat jenayah ni, makin moden.


Hati-hati cara baru untuk mencuri kereta! #Spad #Kereta #Jpj #Pencuri #Video
Posted by Hafiz Azmi on Friday, May 29, 2015

Anwar Sakit Punggung Berdarah?


Selepas hampir empat bulan meengkok di dalam penjara, kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan tanda-tanda semakin merosot dengan tekanan darah tidak menentu, selain ada simptom najis berdarah.

Menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul, Anwar kini telah kehilangan kira-kira enam kilogram berat badannya semenjak ditempatkan di Penjara Sungai Buloh pada Februari lalu.

"Terdapat juga simptom kesan darah pada sampel najis beliau yang memerlukan pemeriksaan perubatan secara lebih dekat,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Turut hadir tiga orang anak perempuan Anwar iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha (gambar) dan Nurul Hana.

Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, mengenai tekanan darah bekas timbalan perdana menteri itu, pemeriksaan menunjukkan kadarnya tidak menentu.

Katanya, ada ketika bacaan tekanan darah Anwar setinggi 163/108 dan ia berlaku walaupun sedang menjalani rawatan perubatan.

Ditanya apakah punca najis Anwar berdarah, Johari berkata, perkara itu di luar pengetahuannya.

Bahu Kanan Cedera
"Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin usus Datuk Seri berdarah. Mungkin disebabkan pemakanan, saya pun tak pasti," katanya kepada pemberita selepas sidang media.

Selain itu, Johari berkata, kecederaan pada bahu kanan Ketua Umum PKR itu kini semakin serius sehingga memerlukan pemeriksaan ujian saringan resonan magnetik (MRI).

Walaupun permintaan Anwar untuk mendapatkan rawatan selanjutnya dilengahkan dan tidak diendahkan selama beberapa minggu, namun bekas ketua pembangkang itu akan dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa depan untuk pemeriksaan, pemerhatian dan rawatan perubatan.

Menyatakan kekesalan atas kelewatan itu, Johari berkata, permintaan mudah untuk menjalani pemeriksaan MRI ke atas bahu Anwar tidak diendahkan untuk beberapa minggu.

Sehubungan itu, Johari bersama ahli keluarga Anwar menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi menjamin kesihatan Anwar dan membenarkan bekas timbalan perdana menteri itu berada di hospital selama mana diperlukan.

"Kegagalan kerajaan untuk memenuhi tuntutan ini merupakan sebuah pencabulan hak asasi Anwar untuk mendapatkan rawatan perubatan yang adil dan saksama," kata Johari lagi.

P/s: Ohh.. ingat kena liwat ke apa ka.. he he he..

Felda Menang Kes Saman Mazlan Aliman


Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd., yang menerbitkan buku bertajuk ‘Felda ... Dulu tolong Sekarang Ah Long,’ diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu tanpa kehadiran Mazlan dan wakil pihak penerbit buku berkenaan mahupun peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili mereka.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, Felda selaku plaintif menamakan Mazlan, Anak dan Angkatan Edaran sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Namun begitu, tindakan saman terhadap Anak telah ditarik balik oleh Felda pada 9 Mei lalu 2013.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif menyatakan, tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah ‘ah long’ atau pemberi pinjaman wang haram dengan mengenakan kadar faedah yang terlampau tinggi .

Dakwa Felda , pernyataan fitnah itu menggambarkan, pihak plaintif bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Felda diwakili oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham.

Jumaat, 29 Mei 2015

Pendirian Kedah Berbeza dengan Pulau Pinang!



Kedah akan membantu pelarian-pelarian Rohingya atas dasar perikemanusiaan, mereka pelarian Politik yang Cuba mengelak dari kekejaman Myanmar.

PENDIRIAN KEDAH BERBEZA DENGAN PULAU PINANG .

YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir
Menteri Besar Kedah

Khamis, 28 Mei 2015

Persekutuan Tolong Jangan Tolak Projek Ikonik Kedah!


Dalam sidang media yang diadakan di Wisma Darul Aman selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri semalam, YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir menjawab dakwaan sesetengah pihak kononnya 6 projek Ikonik Kedah gagal kerana tidak dimasukkan didalam RMK 11.

Untuk pengetahuan pihak berkenaan, sewaktu pembentangan 6 projek utama ikonik Kedah di Sidang Dun. MB mengatakan, beliau tak pernah mendakwaan semua projek ini bergantung kepada RMK 11 (Kerajaan Persekutuan).

Beliau menambah lagi,

"Sekiranya Kerajaan Persekutuan ada masalah kewangan, sila jangan menolak cadangan kami. Kerana kita ada opsyen yang lain boleh kita pilih. Kerajaan Kedah tidaklah bergantung harap Kerajaan Persekutuan menanggung sepenuhnya, walaupun Kedah sangat mengalukan bantuan dari Kerajaan Pusat, termasuk didalam RMK 11".

Tegas beliau dalam kenyataan semalam.

HOT! Tak Masuk RMK 11 Tak Bermakna Projek Tak Laksana! - @MukhrizMahathir


Dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah petang semalam, YAB MB Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menerangkan bahawa 6 projek ikonik Kedah itu bukan projek yang semestinya dilaksanakan bawah RMK 11 (Rancangan Malaysia Ke 11). Ada juga dibawah NCER (Wilayah Ekonomi Koridor Utara) dan ada juga yang boleh dijayakan dengan mengunakan opsyen lain.

"Malahan kita perlu tahu, RMK merupakan satu perancangan 5 tahun dan setiap tahun ada bajetnya tersendiri. Malahan tidak semua projek diumumkan dalam RMK 11" kata beliau.

"Contohnya projek Rapid Pengerang, yang menelan belanja puluhan billion, juga tidak termasuk dalam RMK 10, tetapi ianya tetap dilaksanakan di Kota Tinggi, Johor" sambung beliau lagi.

Projek yang tak diumumkan bukan bermakna tidak mendapat perhatian kerajaan pusat. Cuma ianya mengikut keperluan semasa.

Menurut MB lagi, Projek Bandar Teknologi Getah dan Taman Teknologi Sains, mendapat dikhabarkan mendapat bajet secara langsung dari Kerajaan Persekutuan dibawah NCER dan Kerajaan Kedah menyokong hasrat Persekutuan untuk membantu dalam projek tersebut.

MB juga menolak dakwaan sesetengah pihak, kononnya Kerajaan Persekutuan menolak dan tidak bersetuju dengan projek ikonik negeri Kedah. Kerana perbincangan demi perbincangan masih dilakukan, untuk memastikan bahawa segalanya berjalan lancar.

Rabu, 27 Mei 2015

PAS Keluar Pakatan Selepas Muktamar?



KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya yang dibayangkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bakal terjawab selepas Muktamar Tahunan yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.

Abdul Hadi berkata, beliau ketika ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik hubungan antara DAP dengan parti itu.

Katanya, fokus utama beliau kini adalah terhadap pemilihan par­ti kerana apa juga keputusan akan ditentukan selepas tamat muktamar nanti.

Berhubung kedudukan Pas sekiranya parti itu meninggalkan pakatan tersebut, Abdul Hadi berkata, itu adalah perkara biasa kerana Pas pernah bergerak secara sendirian dan pernah juga bersama kerajaan.

“Saya tumpu kepada pemilihan Pas, saya seronok jika ada parti lain yang tolong kempen untuk saya. Saya tunggu keputusan muktamar nanti. Cara terbaik menyelesaikan kemelut terbabit tunggu dan lihat.

“Kita semuanya pernah, pernah bersendirian, pernah bersama kerajaan dan pernah duduk di luar kerajaan. Cuma biasanya perkara lama tidak akan berulang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikai­an membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Kelmarin di Parlimen, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengkritik Presiden Pas itu apabila mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati bersama UMNO.

Guan Eng turut mengkritik Abdul Hadi bukan saja tidak turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, malah turut tidak menyatakan so­kongan secara terbuka kepada Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menjawab kritikan itu, Abdul Hadi menjelaskan, beliau masih lagi bersama pakatan pembangkang dan Guan Eng tidak mengetahui apa yang terbuku di hatinya serta tidak berhak untuk mengeluarkan kenya­taan sebegitu.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula berkata, Pas setakat ini masih mengambil pendekatan menegur atau memberi nasihat kepada DAP dengan lembut kerana mahu menjaga hubungan yang terjalin dengan parti-parti sekutu.

“Apabila nasihat tidak jadi, itu yang kita rasa dukacita. Sepatutnya dia (DAP) ambil kira (sebelum membuat kenyataan) sebab kita pun ada perasaan.

“Kalau kita mula menyerang apa akan jadi kepada Pakatan Rakyat? Kita pun pandai juga mengata pada orang ni dan kalau saya sendiri kata, mungkin lebih berat daripada kata-kata Lim Guan Eng lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.


FGV Berbeza dengan syarikat Perladangan yang lain #FELDA


SEJAK Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) disenaraikan lebih dua tahun lalu di Bursa Malaysia, syarikat perla­dangan itu tidak pernah suram de­ngan pelbagai isu yang lebih cen­derung bersifat politik.

Pasaran sahamnya sentiasa diperhatikan oleh pihak pembangkang hingga hanya kesilapan yang kecil boleh dijadikan satu isu yang besar.

Mungkin juga ini berkait rapat dengan nama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang juga pemegang saham terbesar FGV.

Bagaimanapun, ramai yang mungkin kurang menyedari bahawa apa yang menjadi tulang belakang FGV adalah berbeza dengan syarikat perladangan lain.

Untuk rekod, Felda memiliki ta­nah seluas 850,000 hektar di bawah Akta Tanah Berkelompok (GSA) yang mana seluas 479,765 hektar diusahakan oleh 112,635 keluarga peneroka sebagai tanah ladang dan penempatan.

Selebihnya, FGV menyewa tanah ladang Felda seluas 355,864 hektar di bawah Perjanjian Sewaan Tanah (LLA) bagi tempoh 99 tahun bermula 2012 hingga 2111.

Di bawah perjanjian tersebut, Felda akan menerima bayaran tetap sewa sebanyak RM248.5 juta setahun dengan klausa disemak setiap 20 tahun dan tambahan 15 peratus perkongsian keuntungan operasi bagi tanah terlibat dengan LLA setiap tahun.

Perkongsian keuntungan operasi bergantung kepada tiga perkara utama iaitu naik turun harga mi­nyak sawit mentah (MSM), kos dan jumlah pengeluaran buah tandan segar (BTS). Nilai ini yang akan menyebabkan jumlah bayaran LLA berubah setiap tahun.

Bermula pada 2012, FGV telah membayar LLA sebanyak RM388 juta pada purata harga minyak sawit mentah (MSM) sebanyak RM2,843 satu tan metrik. Pada 2013, apabila harga sebenar MSM turun kepada RM2,333 satu tan metrik, bayaran LLA adalah RM326 juta.

Bagaimanapun, pada 2014, harga purata MSM telah meningkat sedikit berbanding 2013 iaitu sebanyak RM2,410 satu tan metrik yang mana sekali gus bayaran tunai LLA turut meningkat sedikit kepada RM336 juta berbanding 2013.

Kekeliruan yang sering timbul disebabkan perkara ini, untuk tujuan perakaunan, jumlah wang tunai yang dibayar tidak diambil kira. Sebaliknya nilai saksama yang perlu diambil kira.

Nilai saksama ini pula akan berubah-ubah bergantung kepada tiga faktor iaitu harga MSM, kos dan jumlah pengeluaran BTS. Kesannya kepada nilai semasa pula mengambil kira aliran tunai masa hadapan.

Ini adalah faktor antara utama mengapa terdapat perubahan ke­tara kepada keputusan kewangan FGV berakhir 31 Disember 2014 selepas LLA disertakan sekali.

Hasilnya, keuntungan FGV menyusut kepada RM521.86 juta atau 52.9 peratus berbanding RM1.108 bilion yang dicapai dalam tempoh sama tahun 2013, berikutan kewujudan pendapatan luar biasa pada 2013 iaitu berjumlah RM824 juta pada 2013 manakala tiada pada 2014.

Nampak tidak adil untuk membandingkan FGV de­ngan syarikat perladangan lain kerana aspek keuntungan operasi tidak melibatkan liabiliti LLA.

Jika faktor ini ditekankan, prestasi kewangan FGV 2014 adalah lebih baik daripada 2013. Sekiranya diteliti, keuntungan operasi berjumlah RM1.03 bilion, me­ningkat 10 peratus berbanding 2013.

Sementara itu, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) 2014 (tidak termasuk LLA) pula mencecah RM1.5 bilion, meningkat 34.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Secara keseluruhan, FGV merekodkan perolehan kumpulan sebanyak RM16.434 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, meningkat 30.8 peratus berbanding RM12.568 bilion yang dicapai dalam tempoh sama 2013.

FGV pada masa ini sedang melaksanakan program tanam semula melibatkan 15,000 hektar setahun dengan peruntukan kira-kira RM327 juta.

MIDF Research dalam nota kajiannya sebelum ini menyifatkan program tanam semula itu dapat membantu FGV bagi pertumbuhan jangka panjang, sekali gus meletakkannya dalam landasan tepat untuk muncul syarikat perladangan utama di rantau ini menjelang 2018.

Selasa, 26 Mei 2015

Guan Eng Cabar Hadi Tunjuk Al-Quran?


Ini dah semakin menarik, apabila Guan Eng, menyuruh Hadi Awang Presiden Pas menunjukkan dalil dalam Al-Quran yang menyuruh memarahi pihak yang tidak bersetuju dengan hukum hudud.

Apa macam ahli Pas? (bukan PasMa) Presiden Pas dimalukan sampai begitu sekali. Presiden Parti Islam SeMalaysia dicabar oleh Setiausaha Agung Dap suruh buka Quran dan tunjuk dalil? Apakah selama ini Presiden Pas tak reti nas dan dalil dalam Quran?

Malu betui laa..

Takkan ahli Pas nak tengok saja kot?

China Sedia Jalin Kerjasama Erat dengan Malaysia



China bersedia untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan negara-negara serantau lain dalam usaha bantuan bencana, kata anggota Dewan Negara China, Wang Yong.

Ketika berucap pada majlis perasmian Forum Serantau ASEAN-Latihan Bantuan Bencana 2015 (ARF-DiREx) pada Isnin, beliau berkata China bersedia mengadakan perbincangan dengan negara-negara serantau mengenai isu itu.

"Kami bersedia berbincang dengan negara serantau lain tentang bagaimana membangunkan mekanisme kerjasama bantuan bencana untuk latihan dan pertukaran, perkongsian maklumat, tindak balas segera serta kerjasama industri bagi meningkatkan lagi kerjasama bantuan bencana alam serantau dan membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kita," katanya.

Majlis perasmian itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

Wang berkata sebagai pengerusi bersama ARF-DiREx, Beijing juga bersedia untuk bekerjasama dengan Kuala Lumpur untuk memastikan peranan sebagai pengerusi bersama dan latihan tersebut mencapai kejayaan.

Beliau berkata China telah memperjuangkan usaha bagi mewujudkan keselamatan bersama, komprehensif dan mampan bagi Asia iaitu pandangan selaras dengan idea ASEAN bagi kerjasama dan keselamatan bersama.

"China bersedia untuk bekerjasama dengan negara-negara serantau yang lain di bawah prinsip keterbukaan dan inklusif untuk meningkatkan perpaduan dan kerjasama," katanya.

Mengenai ARF-DiREx, beliau berkata China memberi penekanan penting kepada ARF-DiREx dan telah menghantar hampir 600 kakitangan dan sebahagian besar peralatan untuk menyertai semua latihan yang dirancang.

Latihan akan dijalankan di beberapa lokasi di Kedah dan Perlis.

-- BERNAMA

Isnin, 25 Mei 2015

MAS akan lebih fokus kepada penerbangan jarak sederhana - Liow


Kita sering mendengar permasalahan dalam syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines System (MAS). Disebabkan itu MAS cuba mencari jalan untuk bangkit dari permasalahan yang berlaku.

Malaysia Airlines System (MAS) dijangka memainkan peranan penting dalam penerbangan hub transit bagi rantau ini dan menghentikan (atau mengurangkan), penerbangan jarak jauh dan lebih memberi tumpuan lebih kepada laluan serantau.

Mengikut kenyataan dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, MAS akan mempunyai kelebihan yang kuat untuk penumpang luar terbang ke Kuala Lumpur dan menggunakan ia sebagai transit untuk terbang ke negara lain seperti Australia, China, India dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Indonesia dan Thailand.

"MAS boleh memainkan peranan utama untuk transit penumpang, bagi membuat penerbangan ke dalam negara serantau, terutamanya bagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh," kata beliau, selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Jepun Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan, Akihiro Ohta di Tokyo, semalam.


Liow berkata, di bawah pelan penyusunan semula MAS, tumpuan akan lebih diberikan kepada laluan jarak sederhana, sambil menambah bahawa syarikat penerbangan itu boleh menggunakan keahliannya dalam 'One World Alliance' untuk melakukan lebih banyak transit dan perkongsian kod penerbangan.

"Jika MAS memutuskan untuk menghentikan laluan di Eropah misalnya, kita akan menawarkan (penerbangan tersebut) kepada AirAsia X atau Malindo. Tetapi pengurusan MAS yang baru akan membuat kata putus samaada, ada laluan yang dihentikan atau ditambah" katanya lagi.

Tambah Beliau, ini adalah salah satu sebab Malaysia sudah memohon hak pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tokyo, Haneda untuk MAS. Mas dalam operasinya kini terbang 10 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, tiga kali dari Kota Kinabalu dan sekali untuk Kanzai di Lapangan Terbang di Osaka .

Liow juga berkata, AirAsia X terbang tujuh kali seminggu ke Haneda, manakala MAS telah meminta kementerian untuk berunding hak pendaratan sejak dua tahun lalu, tetapi pihak Jepun tidak dapat menampung kerana slot mereka penuh.

Mungkin ini perancangan baru bagi MAS mengurangkan penerbangan jarak jauh yang kurang menguntungkan, dan memberi lebih fokus kepada penerbangan jarak dekat bagi membantu syarikat penerbangan itu pulih semula dan kembali membuat keuntungan bagi mengukuhkan semula kedudukan syarikat penerbangan negara.

YB Romantik PAS Pertikai Airport Kulim Tak Masuk #RMK11?


YB Romantik atau nama sebenarnya, Amiruddin, Adun PAS Anak Bukit. Dalam kenyataannya menuduh MB Kedah Dato Seri Hj Mukhriz berbohong kepada rakyat Kedah kerana mahu melaksanakan lapangan terbang antarabangsa. Dah nama kata PAS ni, mereka hanya menunggu peluang untuk mencucuk jarum demi kepentingan politik depa.

Cerita YB Romantik ni dasatt.. nak baca boleh klik SINI

Zaman PAS dulu pun, YB Romantik ni Exco Pelaburan. Tapi Kedah punya pelaburan luar tak menambah pun. Kalau ada yang masuk, itu deal kerajaan lama. Mungkin sebab YB Romantik kita ni masa tu sibuk mengayat bini orang untuk dijadikan bini dia. Mana ada masa nak buat kerja betui-betui. Sebab tu Kedah masa zaman PAS Kedah, ekonomi teruk.

Orang dah bagi peluang sekali kat PAS Kedah supaya buat kerja betui-betui ikut cara Islam. Tapi apa yang PAS buat? Tebang balak, tebang balak, tebang balak. Itu yang dia tauu.. dah banyak duit, tambah skandal atau bini.

Pada pengetahuan YB Romantik, lapangan terbang tu pun perancangan baru dari Kedah. Mungkin Kerajaan Persekutuan utamakan yang dah lama dirancang, sebelum boleh luluskan lapangan terbang tu.

Lagipun, RMK ke 11 tu pun hanya perancangan, apa yang dibentang tu yang utama dan masih banyak rombakan boleh dilakukan untuk Malaysia menjadi negara maju. Apakah kerajaan Malaysia tidak mahu melihat wilayah Utara membangun?

Kita minta PAS selesaikan masalah dalam kain depa dulu, baru sibuk campur hal orang. Kalau kapal sendiri pun tunggang terbalik, jangan dok sibuk komplen kapal orang lain.

Misteri Kubur Besar PATI Jenayah Perdagangan Manusia di Perlis



Kementerian Dalam Negeri hari ini mengesahkan penemuan kubur-kubur besar berdekatan dengan 17 khemah yang dipercayai digunakan untuk menempatkan pelarian di Padang Besar, Perlis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan unit Komando VAT 69 menemui 14 khemah besar dan tiga khemah kecil yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.

Zahid berkata, beliau dimaklumkan tentang penemuan itu oleh unit VAT 69 dan PGA pada minggu lepas.

Terkejut dengan penemuan itu, beliau berkata khemah-khemah tersebut dipercayai telah beroperasi sekurang-kurangnya lima tahun dan ia ditinggalkan ketika pihak berkuasa tiba di tempat kejadian.

"Hari ini, ketua polis negara dan timbalannya berada di sempadan Malaysia dan Thailand untuk melakukan pengecaman dan pengesahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri di Maktab Penjara Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempersoalkan penguatkuasaan yang longgar di kawasan Gunung Perlis di Wang Kelian di sini, kira-kira dua kilometer dari Thailand, sehingga menjadi bukan sahaja laluan pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) tetapi juga penempatan mereka sejak sekian lama.

Gunung Perlis yang mengambil masa sejam setengah perjalanan mendaki dari kaki gunung tersebut di hutan simpan Taman Nege­ri di sini, turut berkongsi puncak dengan negara jiran itu di sebelah kanan.

Shahidan yang meluangkan masa selama setengah jam untuk meninjau kawasan kaki bukit di situ ternyata berang kerana penguatkuasaan yang lemah sehingga gagal mengesan penempatan PATI di kawasan tersebut.

“Seharusnya penguat kuasa seperti renjer meninjau kawasan itu sekurang-kurangnya sebulan sekali, namun apa yang berlaku ia menjadi penempatan PATI sejak sekian lama.

“Di situ juga saya dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa kita menemukan kubur-kubur besar mengandungi lebih 100 mayat warga asing. Mayat-mayat dicampak begitu sahaja (dalam lubang),” katanya di sini, hari ini.

Shahidan seterusnya percaya kegiatan itu turut melibatkan 
rakyat tempatan dan kemungkinan juga membabitkan pihak penguat kuasa, sekali gus menggesa golongan tersebut diambil tindakan sekiranya terbukti bersalah.

“Saya kesal kerana ini merupakan satu bentuk kezaliman manusia dan malangnya berlaku di negeri ini. Mereka meninggalkan kesan buruk yang cukup dalam kepada Perlis,” katanya yang enggan mendedahkan lokasi penemuan penempatan dan kubur lain.

Menurut beliau, maklumat lanjut berhubung penemuan kubur berkenaan akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang akan melawat kawasan tersebut esok.
Katanya, beliau akan membuat laporan polis berhubung penguatkuasaan yang lemah di kawasan itu bagi mengelak perkara berkenaan berulang.






Ahad, 24 Mei 2015

#MCA Dalami ILMU Politik, Pentadbiran dan Ekonomi dengan Kerajaan China


Atas memenuhi jemputan Parti Kerajaan China, Presiden MCA Datuk Seri Liao Tiong Lai, mengetuai Jawatankuasa Pusat MCA Menteri dan menteri, dalam rangka lawatan rasmi 5 hari ke China dari 7 Mei hingga 12 Mei.

Slogan yang digunakan ialah, "pertukaran mesra dan kerjasama pragmatik" termasuk dalam bidang pelancongan. Matlamat utama adalah untuk pertukaran mesra antara kedua-belah pihak untuk mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara satu sama lain, meningkatkan pertukaran ekonomi dan perdagangan dua hala, meneroka peluang-peluang perniagaan yang sedia ada. Malah mengkaji lagi beberapa peluang yang berpotensi dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Seramai 38 orang, ahli jawatankuasa pusat, bersedia sepenuhnya untuk perjumpaan kali ini, jadual yang  sangat ketat, kerana mereka menghabiskan sepenuhnya dengan melawat dan belajar lebih lanjut mengenai kerajaan China dalam pembaharuan politik, ekonomi, kebudayaan dan sosial, dan  turut belajar daripada pengalaman mereka.

Selain melawat Parti Komunis China dan unit-unit pentadbiran kerajaan. MCA juga ingin memahami misi dan pengalaman dalam bidang perbandaran luar bandar contoh sebenar, Panggezhuang, Daxing Daerah PEAR bawah bandar dan kampung, pengalaman dalam Kerajaan Pusat, kerajaan tempatan dan penduduk kampung di kawasan luar bandar di bawah usaha bersama, bagaimana untuk meletakkan belakang pembinaan desa baru dan pembangunan luar bandar untuk menjadi pencapaian terbesar di negara ini dalam mempromosikan eko-pelancongan.

Misi ke China tercapai antaranya,

Pertama, parti

Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengukuhkan persefahaman diantara kedua belah pihak, untuk bersama-sama menggalakkan pembangunan kerjasama dalam pelbagai bidang;

MCA secara rasmi menjemput pemimpin parti Komunis China menghadiri majlis perasmian sesi ke-62 Kongres Tengah pada 11 Oktober;

Kedua, Latihan ekskutif

MCA mendalami kerjasama antara China Pudong kader College, termasuk,

Menghantar pegawai untuk menghadiri kursus-kursus latihan;

Mengundang  pakar-pakar untuk diadakan kuliah mengenai isu-isu politik, ekonomi dan sosial;

Ketiga, pendidikan

Pendidikan tinggi

Melalui penyelarasan ketua institusi pengajian tinggi, MCA akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi China.

Empat, ekonomi

Sokongan MCA, akan menggalakkan konsep "kejiranan" kerjasama ekonomi, termasuk yang berikut:

Kerjasama, Malaysia-China mempromosi perdagangan luar negera dan kerjasama ekonomi untuk memudahkan pelaksanaan "di sepanjang jalan" konsep kerjasama ekonomi.

MCA akan memberi tumpuan ekonomi dibeberapa tempat yang akan diadakan di China, dalam masa terdekat, anjuran bersama di Beijing, dialog perniagaan. Pelbagai pihak akan menghantar wakil delegasi untuk sertai.

Kelima, kemanusiaan

Dua hala pertukaran kemanusiaan dan lawatan;

Budaya dan kolej seni China biasiswa dan latihan intensif pendek.

Keenam pertukaran antara institusi pengajian

Pu Kolej dan Universiti Tunku Abdul Rahman menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama, meningkatkan pertukaran akademik, meningkatkan khidmat nasihat pakar, serta mendalami pertukaran hasil penyelidikan;

Tujuh, wanita

Susun delegasi MCA Wanita untuk melawat China;

Susunan "wanita dan khidmat masyarakat" latihan;

Kelapan, penerbangan dan pelabuhan

Dengan beberapa syarikat penerbangan China (Air China, China Eastern Airlines, syarikat penerbangan juneyao) konsensus, akan secara aktif mempromosikan Kuala Lumpur-Beijing, Kuala Lumpur, Shanghai, China dan tempat-tempat pelancongan seperti Langkawi, Sabah bagi membuka laluan penerbangan terus, untuk menggalakkan pelancongan dua hala dan mengukuhkan pembangunan ekonomi antara kedua-dua negara.

Juga dalam bidang ekonomi, memahami operasi pelabuhan Shanghai, untuk meningkatkan operasi pelabuhan di China.

Kesimpulannya, delegasi lawatan 38 AJK MCA ke China ini mencapai matlamat mendalami semua bidang, malah ianya menguat memudahkan pertukaran dua hala, pertukaran ekonomi dan perdagangan, supaya pada tahun 2017, jumlah dagangan Malaysia boleh mencecah ke AS $160 billion, dan MCA juga akan secara aktif menggalakkan pelaksanaan awal visa dalam Kabinet.

Peraduan 'Wefie' dari #FELDA Travel Untuk Anda


Satu peraduan 'masakini' yang dianjurkan oleh Felda Travel ialah, Wefie dan menang! Kalau sorang dipanggil 'Selfie' jika berkumpulan jadinya 'wefie'?

Jika anda suka mengambil gambar secara berkumpulan, maka anda tentu suka dengan Peraduan baru kami. Sertai "Peraduan Felda Travel WeFie" hantar foto kumpulan anda dan anda boleh menang, menang, menang !!


Antara hadiah mingguan, pemenang bertuah akan berjaya memenangi baucer tunai bernilai RM58 ke Felda Residence Hot Springs, Sungkai, Perak.

Cuma ambil gambar berkumpulan dan mesej kepada FB admin Felda Travel. Jika mengunakan Instagram dan Twitter, upload dan masukkan ketiga-tiga hashtag ini di dalam ruang komen, #FeldaTravelWefieContest #FeldaTravel #FeldaResidence

Mudah bukan? Ambil gambar dan menang!

Seperti dibawah,



PERADUAN WEFIE FELDA TRAVEL

Hadiah utama: Suite di Felda Residence Kuala Terengganu bernilai RM540.

Hadiah Minggu 2: Baucer tunai untuk Felda Residence Tanjung Leman, Mersing, Johor bernilai RM58

Cara-cara untuk menyertai peraduan ini:

Langkah 1: Like page Felda Travel.

Langkah 2: Ambil gambar wefie (di mana jurugambarnya turut berada di dalam gambar berkumpulan itu).

Langkah 3: Facebook: Hantar PM kepada kami. Instagram & Twitter: Upload dan masukkan ketiga-tiga hashtag ini di dalam ruang komen: #FeldaTravelWefieContest #FeldaTravel #FeldaResidence

Langkah 4: Semua gambar yang diterima akan dimasukkan ke dalam Album dalam masa 24 jam.

Langkah 5: Peserta mesti tag rakan-rakan yang berada dalam gambar tersebut.

Tarikh peraduan untuk Minggu 2: 23 – 29 Mei 2015

Untuk terma & syarat yang lain: http://bit.ly/FeldaTravelFacebookContest


Bukan susah pun 'Wefie' saja la..


Tarikh peraduan, dan pengumuman pemenang boleh lihat dibawah,

Harap Kerajaan Pusat Beri Pertimbang Serius Keatas Airport Kulim - @MukhrizMahathir


Oleh Aril Farhan 

Jerlun, 23 Mei : Kerajaan Kedah berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan pembinaan dua buah hospital daerah di Baling dan Pendang serta kelulusan pembinaan Maktab Rendah Sains Mara di Sik dalam Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11) baru-baru ini.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata Kedah amat berharap Kerajaan Persekutuan akan memberi pertimbangan serius terhadap permohonan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim ( KXP) yang dijangka memberi impak positif kepada wilayah utara secara keseluruhan.


Beliau berkata selepas merasmikan majlis temuduga kerjaya dan latihan kemahiran di Wisma Umno Jerlun semalam.





Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP

Walaupun Negeri Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, namun pembinaan lapangan terbang ketiga ini dilihat amat penting untuk memainkan peranan sebagai pintu masuk dan keluar aktiviti perdagangan wilayah utara. Ini dikuatkan lagi dengan justifikasi yang diterima ramai.

Kesesakan trafik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang diakui akan menjadi lebih kritikal dalam masa beberapa tahun lagi. Ini disokong lagi dengan hujah bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang bakal mengalami pertumbuhan semakin pesat dalam masa tiga tahun akan datang dalam hal pengendalian penumpang. Maka ianya semakin kurang mampu untuk memainkan peranan sebagai lapangan terbang bagi pengangkutan kargo. Peranan inilah yang akan diambilalih oleh KXP.

Keperluan membina lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai dua landasan bagi memudahkan pergerakan ketibaan dan pelepasan serta kemudahan kawalan trafik tidak dapat dipertingkatkan di mana-mana lapangan terbang berdekatan. Maka sekali lagi, fakta ini menjadi justifikasi utama kebolehwujudan KXP. Kebanyakan penerbangan tambang murah sentiasa memberi penekanan kepada operasi pantas apabila tiba di sesuatu destinasi. Justeru, dua landasan berkembar yang dirancang untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dapat menarik syarikat tambang murah dengan serta-merta, malah diharap akan ada syarikat penerbangan tambang murah domestik dan antarabangsa yang akan menjadikan KXP sebagai hub operasi bagi rantau ini. - MukhrizMahathirfc.com

Parti Pas Semakin Mengarut? - Mat Taib


Nampaknya perkembangan terbaru dalam PAS semakin menarik. Hari demi hari ramai golongan profesional semakin meninggalkan PAS.

Terbaru Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor, menyatakan rasa kecewanya kepada PAS, Muhammad berkata, parti itu seolah-olah tak pedulikan lagi bukan Islam di negara ini.

Dalam forum Mencari Pemimpin Baru Malaysia di Petaling Jaya semalam, Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan pernah diambil bekas mursyidul am mereka, allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kta Muhammad, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

"Kita mahukan seorang tokoh alim seperti allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang suka dia. Orang Buddha suka, Hindu suka. Sekarang ni lain. Kini kita nampak tak lagi nampak macam tu," katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad lagi, beliau sangat berminat dengan PAS.

"Sekarang dah tak minat sangat dah," katanya.

Dah cabut awal

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar (gambar, kiri) meninggalkan PAS tahun lalu.

"Sahabat saya Thamrin dah cabut lari awal-awal. Dia (Tamrin) kata (PAS sekarang) mengarut. Tapi saya bertahan lagi.

"Tengok bulan enam (Jun) ni macam mana," kata beliau merujuk kepada muktamar tahunan PAS yang dijadual diadakan di Kuala Selangor.

Muktamar kali ini membabitkan pemilihan semua peringkat pimpinan, termasuk presiden.

Ia dianggap antara yang paling sengit dalam sejarah kerana melibatkan dua kumpulan utama, iaitu golongan yang digelar proulama dan sederhana.

Operasi Jalan Genting Cegah Kemalangan Maut #SPAD


Sempena cuti sekolah ini, masih ingatkah kita kepada tragedi bas Genting Highland yang kemalangan dan membabitkan ramai nyawa. Bukan sekali ianya berlaku, malah sering kali kita mendengar kejadian berkenaan, lebih-lebih lagi bila cuti sekolah.

Disebabkan tidak mahu perkara sama berulang kembali. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Polis dan Puspakom, melakukan operasi yang mengambil masa selama 2 hari keatas pengangkutan awam berkenaan. Terdapat banyak juga kesalahan, namun ia membabitkan kesalahan permit luput dan dokumentasi.

Tentang kesalahan membabitkan kondisi serta fizikal badan bas pula, ianya hampir sempurna dan tidak banyak cacat cela. Pemeriksaan terhadap tayar dan brek kenderaan bas tampak, ramai yang mengikut syarat dan keperluan setanding kemampuan bas tersebut.

Dalam operasi khas di jalan ke Genting tersebut, SPAD dan pihak penguatkuasa tidak hanya menjadikan bas turun naik Genting sebagai sasaran, kenderaan lain seperti lori juga telah ditahan oleh penguasa SPAD dan Polis Trafik. Malah mendapati mereka lebih banyak kesalahan berbanding bas.


Antara kesalahan lori yang sering dilakukan ialah, lampu belakang yang tidak berfungsi, cermin retak, tayar tiada bunga dan ada juga lori yang tayarnya sudah berlubang dan ini membahayakan kenderaan tersebut serta pemandu lain dijalan raya.

Dalam operasi bersepadu diantara 3 agensi itu, 759 saman telah dikeluarkan kepada bas, lori dan lain lain kenderaan.

Dalam operasi tersebut juga, pihak penguatkuasa telah menahan 11 orang kerana positif syabu dan ganja.

Ternyata, operasi bersepadu seperti ini harus diteruskan bagi membendung kejadian dan kemalangan yang tidak di ingini berlaku akibat kerosakan kenderaan, salahlaku penguna dan juga kecuaian dari pemandu akibat dadah.