Selasa, 30 Jun 2015

Sumbangan Pada 5 Golongan Penting Masyarakat Kita


Seramai 1302 orang yang terdiri dari 5 golongan seperti Mudim, Guru Quran sukarela, Juru mandi jenazah, Penggali Kubur dan Bidan dari Daerah Kubang Pasu telah menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri Di Masjid Asun, Mukim Binjai, Kubang Pasu.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir telah menyampaikan sumbangan ini. Kerajaan Negeri Kedah melalui Yayasan Islam Negeri Kedah setiap tahun memberi sumbangan kepada 5 golongan wira tak didendang ini.

Dalam majlis ini juga, Dato Seri Haji Mukhriz telah memberi geran tanah kepada beberapa penerima di Daerah Kubang Pasu.

Selesai memberi sumbangan beliau bersama-sama penerima dan orang ramai berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjamaah sebelum bergerak ke Masjid Bukhari Alor Setar untuk solat Isyak dan tarawih.




Turut hadir dalam majlis ini adalah Yb Dato Ahmad Zaini Jaafar, Adun Bukit Kayu Hitam , Yb Dato Rawi Hamid dan Yb Aminudin Exco Kerajaan Negeri Kedah


Jumaat, 26 Jun 2015

Tren Elektrik akan beroperasi sebelum raya? - Menteri Pengangkutan



Berita baik untuk semua, nampaknya Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) akan beroperasi sebelum umat Islam menyambut hari raya. Bermakna berpeluanglah orang balik kampung naik ETS ni.

Patutnya kita perlu berterima kasih kepada Menteri Peng­angkutan, Dato Seri Liow Tiong Lai. Beliau dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai permulaan operasi dari Kuala Lumpur ke Butterworth pada 9 Julai ini.

Dato Seri Liow sendiri akan merasai kelajuan tren berkenaan serta akan meninjau perkemba­ngan percubaan itu nanti sebelum membenarkannya untuk berope­rasi walaupun perkhidmatan itu dijangka siap sepenuhnya pada bulan depan.



Jika ianya selamat dan boleh digunakan, beliau akan pertimbang umum bila ETS ini akan berope­rasi, dan diyakini ianya bersama-sama pakej yang ditawarkan seperti jadual perjalanan dan tambangnya.

Beliau juga yakin ETS dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Kerana ETS merupakan salahsatu pengangkutan darat terbaru yang menyambungkan beberapa negeri dengan kelajuan yang agak pantas, jimat dan selamat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Me­syuarat Agung Tahunan MCA Bahagian Lumut. Turut hadir ialah Ketua MCA Bahagian Lumut, TS Kong Cho Ha dan Pengerusi MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon.






Khamis, 25 Jun 2015

Lagenda Kedah Pupuk Kembali Semangat Majmuk antara kaum


Program Bulan Pelancongan Lagenda Kedah Tahun 2015 Peringkat Negeri ini merupakan satu usaha transformasi komuniti oleh Kerajaan Negeri. Kedah Darul Aman merupakan antara negeri yang tertua dalam Kepulauan Melayu yang mengandungi sejarah menarik yang boleh dijadikan sebagai satu produk pelancongan.

Bulan Pelancongan Lagenda Kedah ini telah dirasmikan oleh YAB MB Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz bersama Exco Mewakili Kaum Cina, Dato Dr Leong yang juga AJK MCA Kedah.

Program ini merupakan langkah kerajaan untuk berganding bahu dengan belia dan sukarelawan demi pembangunan sektor pelancongan negeri Kedah. Transformasi dalam sektor pelancongan amat memerlukan kerjasama komuniti setempat kerana gabungan fikiran yang berbeza dari pelbagai lapisan dapat mencetuskan idea yang luar biasa untuk pembangunan dan kemajuan industri pelancongan.

Di antaranya, Pekan Cina dan Pekan Melayu yang hanya dibahagikan dengan satu jalan utama di mana masyarakat majmuk di sini sudah sekian lama hidup dalam suasana aman dan damai. Usaha-usaha pemahaman dan toleransi antara kaum merupakan satu identiti dan budaya yang dapat ditonjolkan kepada komuniti lain.

Selain itu, kawasan ini suatu ketika dahulu merupakan pelabuhan utama, pusat aktiviti perdagangan di Kedah yang menjadi sumber ekonomi kepada masyarakat setempat. Program Transformasi Komuniti bertujuan untuk menjadikan Pekan Cina dan Pekan Melayu sebagai tumpuan pelancongan sejarah dan sekali gus menjadikan Bandaraya Alor Setar sebagai Bandar Seni dan Kreatif yang pertama di negeri Kedah.

Program Transformasi Komuniti setempat ini telah mendapat sambutan baik dari golongan belia dan penggiat seni dalam pengenalan bazar seni dan kreatif serta berjaya menarik perhatian orang ramai. Ia telah memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan komuniti.

Buat pertama kalinya program transformasi komuniti ini diperkenalkan kepada masyarakat setempat sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Kedah menerima idea dan konsep berlainan daripada belia dalam pembangunan sesuatu komuniti. Kami amat yakin idea baru seperti ini dapat menarik lebih ramai pelancong ke negeri kita.

Tambahan lagi, industri pelancongan pada abad ini bukan sahaja tertumpu kepada tempat-tempat pelancongan sahaja malah ia juga merupakan akiviti yang boleh menyatupadukan masyarakat majmuk dan meningkat perpaduan antara kaum.

Penulis juga difahamkan Program Bulan Pelancongan Lagenda Kedah ini juga mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang sama-sama mengindahkan dan menceriakan kawasan pesekitaran Tanjung Chali.

Program ini mendapat kerjasama dan sokongan padu dari semua demi pembangunan dan peningkatan ekonomi negeri Kedah. Selain itu, tahun 2016 merupakan Tahun Melawat Kedah, tepat lagi Discover Kedah.

Difahamkan Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk menggalakkan masyarakat menganjurkan aktiviti yang kreatif dan inovatif,nyang dapat menarik ramai pelancong. Kerajaan juga bersedia untuk menerima sebarang idea dan pandangan daripada masyarakat yang ingin bersama-sama untuk memajukan ekonomi negeri Kedah.












Felda Residence Special Ramadhan Promotion!


Sempena bulan puasa yang mulia ini, Felda Residence‬ Hot Springs, di beberapa cawangan yang terpilih membuat Promosi Ramadhan, dari 22 Jun hingga 15 Julai 2015.

Pelbagai juadah disediakan untuk anda. Antara menu utama Buffet ialah, Nasi Arab, Kambing Panggang dan Sup Tulang Rawan. Pelbagai juadah lagi disediakan mengikut kesesuaian lokasi dan masyarakat disana.

Boleh juga membuat tempahan khas pada mereka yang mahu berbuka puasa secara berkumpulan. Untuk keterangan lanjut boleh lawati http://www.feldatravel.com.my/

Untuk tempahan awal pulak boleh hubungi 05-438 8803.

Harga yang dipaparkan, amatlah berpatutan dengan apa yang ditawarkan.

Jangan lepaskan peluangg!!



Rabu, 24 Jun 2015

Operasi Mencari MH370 Diteruskan Lagi


Tragedi MH370 antara peristiwa pahit yang amat memilukan rakyat Malaysia. Satu kejadian yang akan terpahat didalam sejarah Malaysia sebagai satu titik hitam didalam industri penerbangan.

Sehingga kini, tiada tanda-tanda kapal tersebut akan dijumpai, namun rakyat Malaysia masih lagi terus mengharap agar ada sesuatu berita positif tentang pesawat tersebut..

Mengikut kenyataan dari Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Malaysia akan teruskan misi pencarian yang mana akan menambah lagi keluasan zon pencarian kepada 60,000 kilometer persegi.

Ini berdasarkan nasihat daripada pakar-pakar antarabangsa yang telah secara kolektif memutuskan untuk lanjutkan carian tambahan dikawasan kebarangkalian jika pesawat itu tidak terletak di dalam kawasan carian 60,000 kilometer persegi semasa.

Sehingga kini, Malaysia telah membelanjakan lebih AUD$60 Juta atau RM 174 Juta dalam menjalankan misi mencari dan menyelamat pesawat malang MH370 yang hilang sejak Mac tahun lalu.

Operasi mencari akan lebih menumpukan di selatan kawasan carian untuk memanfaatkan keadaan cuaca yang lebih baik di kawasan itu, sebelum jangkaan cuaca buruk yang berterusan semasa musim sejuk bermula. Keselamatan krew carian tetap diutamakan, khususnya pada bulan-bulan musim sejuk.

Pasukan mencari pasti akan menghadapi cabaran luar biasa dalam operasi kali ini, kerana lokasi yang jauh ketengah laut dan keadaan cuaca buruk dengan kedalaman laut diketahui lebih daripada 6,000 meter. Bimbang akan ada gelombang dengan ketinggian 15 hingga 18 meter, yang pasti boleh membahayakan pasukan keselamatan.

Walaupun bahaya dan berdepan dengan segala kesulitan. Namun pasukan mencari Malaysia tetap komited untuk meneruskan usaha tambahan bagi mencari dikawasan seluas 60,000 kilometer persegi.

Isu Pemerdagangan Manusia Bukan Isu Remeh - @MukhrizMahathir


Dalam sidang media YAB MB Kedah semalam, beliau memberitahu, seramai 28 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang Pokok Sena pada 29 Jun ini.

Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, sebanyak 21 jenazah telah di sempurnakan hari ini yang terdiri dari 19 lelaki dan 2 wanita dalam dua liang lahad. Sebanyak 28 lagi jenazah akan dikebumikan pada 29 jun ini.

Kesemua mangsa jenayah pemerdagangan manusia berjumlah 106 mangsa, ditemui di kem pemerdagangan manusia di Wang Kelian dalam satu kawasan kubur besar.

Kesemua jenazah ini dibedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah dan dikebumikan secara berperingkat bermula 22 Jun dan dijangka berakhir sebelum raya puasa.

Semasa sidang media, Dato' Seri Mukhriz mahu semua pihak tidak memandang remeh isu ini dan buktinya 106 mayat mangsa sindiket ini ditemui dalam keadaan menyanyat hati.



Sidang media YAB MB semalam selepas pengkebumian 21 jenazah Rohingya di Kg Tualang Pokok Sena
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, June 22, 2015

Selasa, 23 Jun 2015

Laksana 'Ops Hippo' Cegah Lori Lebih Muatan



Pada tarikh 20/06/2015 yang lalu, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melakukan operasi yang dipanggil 'Ops Hippo' untuk menangkap lori-lori yang lebih muatan dari sepatutnya. Ini kerana, SPAD sering menerima laporan awam bahawa ada diantara pemandu lori yang memandu dengan membawa lebih muatan, ini boleh mengundang bahaya pada orang lain.

Disebabkan perkara tersebut, SPAD bersama 13 anggota dan seorang pegawai turun di lokasi sekitar Puchong untuk membuat ops tergempar.


Dalam ops tersebut SPAD telah berjaya menangkap 9 buah lori dengan pelbagai kesalahan.

Jumlah Kesalahan,
a. 09 x Membawa Muatan Melebihi Had Yang Dibenarkan.
b. 06 x Membawa Muatan Melebihi Paras Ketinggian Panel Sisi.
c. 01 x Gagal Kemukakan Permit Kenderaan Yang Sah Semasa Diperiksa.
d. 02 x Gagal Kemukakan Salinan Lesen Pengendali dan Permit Perkhidmatan Semasa Diperiksa.

(Total=18 Kesalahan)

Dalam operasi tersebut, sebanyak 9 buah lori ditimbang. Lokasi penimbangan di Taman Meranti Jaya, Puchong. Semua lori ditimbang menggunakan Mesin Timbang Mudah Alih SPAD. Untuk memastikan bahawa lori-lori tersebut tidak melebihi muatan yang dibenarkan.

Peratusan lebih muatan tertinggi adalah 154.10% manakala peratusan lebih muatan terendah adalah 63.96%.



Mengikut maklumat daripada SPAD, operasi yang dilakukan berjalan lancar. Walaupun ada lori yang ditahan melakukan kesalahan, namun ia tidak seperti yang kita jangka.

Operasi sebegini harus kerap dilakukan, kerana ia boleh mencegah dari pemandu lori melakukan kesalahan, sekaligus tindakan lebih muatan ini turut membahayakan orang ramai, sebab itu ia perlu dicegah dengan lebih kerap.

FELDA Bayar Zakat Kepada RM23.1 juta Pusat Zakat Negeri



Alhamdulillah walaupun Felda kini disabitkan dengan pelbagai cerita dan persepsi yang tidak baik. Tetapi perbuatan amal yang mulia akan menjauhkan organisasi ini segala fitnah jahat, cubaan cuba memburukan Felda.

Satu majlis Iftar telah dianjurkan oleh Felda bagi menyerahkan zakat pada tahun 2014, kepada semua Pusat Zakat diseluruh negara. Semoga pusat zakat ini dapat membantu mereka-mereka yang susah dinegeri masing-masing

Felda telah mengagihkan zakat berjumlah RM 23.1 Juta kepada negeri-negeri yang menjadi pusat operasi perniagaan mereka.


Majlis penyerahan tersebut telah disampaikan YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak kepada Menteri Besar setiap negeri, Ketua Menteri dan wakil pusat bagi 14 buah negeri dimana Felda beroperasi.

Dalam ucapan YAB PM Dato Seri Najib, juga memaklumkan bahawa kewujudan Felda ini sebenarnya banyak membantu memakmurkan masyarakat dan negara amnya.

Rasanya kita rakyat Malaysia kena memberi sokongan kepada gabungan yang amat berjasa pada rakyat Malaysia.

Dibawah senarai zakat yang telah dikeluarkan oleh Felda kepada pusat zakat mengikut negeri.


Mat Sabu and the geng Bakal Tinggalkan Pas?



Dijangkakan separuh nama didalam list ini akan keluar parti selepas raya nanti.

Mereka ini dikenali sebagai kumpulan Wadah Baru sementara kini dikenali sbg G18 :-

Antara orang kuat yang menjadi pengerak.

Pengerusi- Tn Haji Mohamad Sabu
Timbalan- Tn Hj Salahudin Ayub
Setiausaha- Dr Dzulkifli Ahmad
Penolong S/u- Suhaizan Kaiat

Apakah kita akan menyaksikan buat pertama kalinya Pas akan berpecah menjadi dua parti?

Sama-sama kita tunggu.

Isnin, 22 Jun 2015

PasMa Bakal Ganti Pas Untuk Pakatan Rakyat?


Nampaknya apa yang dijangka sudah berlaku. Memang hasrat PasMa nak gantikan Pas dalam Pakatan. Ini topeng Islam yang dicipta Dap.

Takkan Pas nak tengok saja?

Ahad, 21 Jun 2015

Nukilan Mukhriz Tentang Ayahandanya


DAULAT SEORANG AYAH

Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.

Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa:

“Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.

Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.

Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

DALAM TEGAS, KASIH MELIMPAH

Ayah seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam. Kalau ada apa-apa yang tidak kena dengan anak-anak, tugas memperbetulkannya jatuh di tangan ibu. Ayah akan tangani sendiri jika timbul hal-hal yang dianggap besar melibatkan anggota keluarga.

Sejak usia muda kami adik beradik faham bahawa masa dan perhatian ayah lebih tertumpu kepada rakyat daripada keluarga. Itulah realitinya sampai hari ini. Oleh itu, hal-hal dalaman keluarga diselesaikan oleh ibu tanpa perlu mengganggu ayah.

Begitu berkesan cara ibu menguruskan hal-hal keluarga sehingga membolehkan ayah menumpukan masa dan tenaga kepada urusan negara. Dewasa ini saya dilihat mempunyai sifat penyabar. Sifat banyak bersabar itu tentunya saya warisi dari ibu.

Mujurlah Siti Hasmah berkahwin dengan Mahathir. Kalau orang lain, kemungkinannya lelaki pilihan Siti Hasmah itulah yang akhirnya menjadi Perdana Menteri!

HIJRAH

Ketika ibu melahirkan saya pada November 1964 itulah kali pertama ayah tidak berada di sisinya seperti ketika kelahiran kakak dan abang-abang saya.

Sewaktu saya teriak nyaring setelah punggung saya “ditampar” oleh jururawat - atau misi kata orang Kedah - wad bersalin Hospital Besar Alor Star, ayah berada dalam kereta api menuju ke Kuala Lumpur untuk menghadiri hari pertama Sidang Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen Kota Star Selatan yang baru dimenanginya.

Semakan hansard Parlimen menunjukkan bahawa ayah tidak menyertai perbahasan Parlimen pada hari itu, mungkin kerana terlalu seronok mendapat anak baharu. Tetapi beberapa hari selepas itu ayah mula bertikam lidah dengan seorang Ahli Parlimen dari Singapura yang tidak lain tidak bukan, Yang Berhormat Lee Kuan Yew.

Beliau menyampuk Ahli Parlimen dari Singapura itu sehingga dia berhenti berhujah dan duduk. Empat puluh empat tahun kemudian, dengan takdir, saya menjejaki beliau ke dewan yang sama sebagai Ahli Parlimen Jerlun.

Sudah menjadi pengetahuan umum yang datuk saya, Master Mohamad Ali, merupakan seorang pendidik yang sangat mengutamakan penguasaan bahasa Inggeris. Dia mahu membuktikan kepada penjajah Inggeris bahawa orang Melayu juga mampu bertutur dengan penuh intelek dalam bahasa Inggeris.

Mungkin kerana itu juga ayah menghantar saya ke tadika Gereja Methodist di Alor Setar. Pada zaman itu tidak ada tadika atau taska seperti yang ada sekarang selain yang dikendalikan oleh gereja-gereja.

Seingat saya, kanak-kanak yang menghadiri tadika itu riang bermain sambil diajar subjek-subjek ringan sesuai dengan usia mereka. Setelah melihat bagaimana paderi Kristian berdoa sebelum makan dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan, saya tanya kepada ayah kenapa kita menadah tangan ketika berdoa di rumah. Ayah menjelaskan perbezaan itu dan menyuruh saya berdoa secara Islam sebelum makan di tadika.

Oleh kerana Sekolah Iskandar di Alor Setar diasaskan oleh datuk saya, maka tentulah ayah menghantar semua anak lelakinya ke sekolah itu yang terletak di belakang Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH). Saya hanya sempat di situ hingga darjah empat kerana pada tahun 1974, Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein melantik ayah Menteri Pelajaran.

Kami terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur dan saya tidak berkesempatan melanjutkan pelajaran ke KSAH yang tersohor itu.

Saya masih ingat betapa gembiranya kami setiap kali menaiki kereta api, termasuklah apabila kami berpindah ke Kuala Lumpur. Kami menaikinya di Stesen Butterworth untuk perjalanan terus ke ibu negara.

Sebagai hiburan dan mengisi masa, setiap seorang daripada kami dibelikan komik - saya mendapat Beano dan Dandy – dua komik Inggeris yang amat popular waktu itu. Abang-abang saya pula memilih komik Combat.

Bilik-bilik tidur dalam gerabak mempunyai dua katil bertingkat. Kami berebut-rebut untuk dibenarkan tidur di katil atas. Sinki tersorok dalam almari.

Walaupun seronok dapat komik baru, tidak sampai setengah jam kami semua tertidur dibuai ayunan gerabak dan bunyi enjin kereta api. Celik-celik mata sudah sampai di Stesen Besar Kuala Lumpur. Kini kalau tidak mahu memakan masa tidak lebih 4 jam untuk ke ibu negara melalui lebuhraya, kita boleh terbang terus dari Alor Setar ke Subang atau KLIA.

Ayah menyewa rumah di Seksyen 16, Petaling Jaya. Saya masuk darjah lima di Sekolah Sri Petaling. Pada mulanya saya berasa terasing daripada pelajar lain kerana loghat Kuala Lumpur yang mereka gunakan sehinggalah berjumpa murid-murid berasal dari Perlis yang sama loghat dengan saya. Mereka dan beberapa orang lagi dari Selangor menjadi rakan karib saya hingga ke hari ini.

MRSM DAN JEPUN

Walaupun ayah saya Menteri Pelajaran, dia tidak menghantar kami ke sekolah menengah kerajaan. Sebaliknya dia menghantar saya dan abang saya, Mokhzani, ke sekolah asrama penuh kelolaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA di Pengkalan Chepa, Kelantan.

Suasana di Kelantan tidak banyak beza daripada Kedah, kecuali loghat bahasa, tetapi amat berlainan sekali berbanding dengan Petaling Jaya.

Saya mengambil masa yang lama membiasakan diri berjauhan dengan keluarga dan berasa tidak selesa berada dalam persekitaran yang cukup asing. Itulah perasaan saya pada tahun pertama di Kota Bharu.

Ayah berpesan kepada pengetua maktab supaya tegas dengan saya dan melayan saya seperti dia melayan pelajar-pelajar lain. “Kalau terpaksa tibai pun, silakan”. Dan memang pun saya dirotan kerana ditangkap merokok sewaktu dalam tingkatan lima!

MRSM, termasuklah dirotan, mengajar saya disiplin, berdikari, bergaul, berasa empati dengan taraf kehidupan yang berbeza-beza di kalangan pelajar dan menghormati serta menghargai pengorbanan guru.

MRSM memberi banyak ruang kepada pelajar untuk membuat keputusan sendiri tetapi disiplin amat dititikberatkan. Saya percaya, lima tahun di MRSM pada usia yang sangat penting dalam pembentukan watak seseorang memberi kesan yang berkekalan kepada saya. Agaknya itulah matlamat ayah apabila membuat keputusan menghantar saya ke MRSM.

Keputusan beliau selanjutnya turut memberi kesan besar kepada perwatakan saya. Ketika ramai rakan MRSM melanjutkan pelajaran ke negara-negara Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia, saya menjadi “haiwan makmal” Dasar Pandang Ke Timur beliau. Saya dihantar melanjutkan pelajaran ke Jepun.

Kalau di Kelantan saya mengalami permulaan yang sukar, di Tokyo lagilah.

Bukan setakat bahasanya yang langsung tidak saya fahami, tetapi budayanya juga jauh berbeza walaupun banyak ciri-ciri timur. Makan dan minum susah. Tidak cukup dengan itu, saya disuruh bekerja sambil belajar supaya dapat menampung yuran universiti dan meringankan kewangan keluarga.

Saya dihantar bekerja sambilan di ibu pejabat Bank of Tokyo Limited di Nihombashi, Tokyo. Serentak saya mempelajari bahasa Jepun sehinggalah saya memasuki Universiti Sophia di Ichigaya, Tokyo.

Ayah sangat kagum dengan budaya orang Jepun dan mengimpikan agar orang Melayu dapat menerap nilai-nilai baik daripada budaya Jepun. Kerap saya dengar hujah bahawa negara Jepun mencerminkan ciri-ciri Islam tulen walaupun ia bukan negara Islam.

Ciri dan nilai yang dipegang oleh masyarakat Jepun ini sangat bertepatan dengan ajaran Islam seperti kegigihan dan ketekunan bekerja, sentiasa memikirkan kepentingan umum mengatasi kepentingan diri, menepati masa dan menjaga kebersihan.

Mereka setia dan komited kepada organisasi atau syarikat. Mereka mengamalkan semangat juang yang tinggi. Kesemuanya nilai-nilai murni yang ayah anggap sebagai ramuan wajib bagi menjayakan segala-gala yang kita cita-citakan untuk Malaysia.

Mungkin di peringkat awal di sana, saya tidak memahami tujuan yang tersirat apabila ayah menghantar saya ke Jepun. Namun, lama kelamaan saya makin menghayati manfaat yang saya peroleh selama lima tahun di negara matahari terbit itu. Sampai hari ini saya masih kagum dengan sikap orang Jepun dan berusaha agar rakyat Kedah mencontohi mereka.

Antara sikap orang Jepun yang patut diteladani ialah jujur dan amanah.

Apabila berlakunya gempa bumi besar di Tohoku, Jepun, disusuli pula oleh tsunami besar yang meranapkan bangunan dan memusnahkan harta benda, tiada langsung kejadian curi (looting) seperti yang kerap berlaku di negara-negara lain yang ditimpa musibah seperti itu. Malah sifat kemanusiaan mereka menjadi lebih terserlah ketika berlaku tragedi.

Bukan setakat itu saja, wang tunai Yen Jepun yang bernilai lebih RM273 juta, termasuk dari bank-bank yang ranap, dikutip oleh orang ramai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Adakah kita, khususnya orang Islam, dapat melakukan hal yang sama dalam keadaan seperti itu?

Dalam kejuaraan bola sepak terbesar dunia World Cup 2014 di Brazil, seperti dijangkakan pasukan Jepun kalah kepada Ivory Coast, seri dengan Greece dan tewas sekali lagi kepada Colombia. Namun, tidak seorang pun penonton bola yang tidak mengagumi dan menghormati Jepun.

Apa rahsianya?

Selepas setiap permainan, penyokong-penyokong Jepun mengutip sampah dalam stadium dan membuangkannya di tempat yang dikhaskan. Jepun kalah dalam pertandingan bola tetapi mereka dikagumi kerana budaya mulia yang mereka amalkan. Adakah kita mampu mencontohi mereka?

Sungguh tepat sekali keputusan ayah menghantar saya ke Jepun kerana di situ saya belajar tentang nilai dan jati diri satu bangsa kecil tetapi bercita-cita besar.

POLITIK DAN KONFLIK KEPENTINGAN

Umum juga mengetahui bahawa ayah tidak membenarkan kaum keluarganya terlibat dalam politik atau kerajaan sewaktu beliau memimpin UMNO dan negara.

Bila ditanya dalam satu forum apa maksud larangan itu, ayah berkata tujuannya ialah untuk mengelak daripada timbul situasi di mana beliau terpaksa memilih antara rakyat dengan keluarga. Dalam keadaan sedemikian, tentunya ayah akan memihak kepada rakyat jelata. Jadi di mana hendak diletak kepentingan keluarga?

Justeru, saya terpaksa menunggu hingga ayah bersara sebelum menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2004.

Bila saya memaklumkan kepada beliau mengenai keinginan saya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Kubang Pasu, bahagian UMNO yang beliau sendiri terajui selama 35 tahun, jawabnya ringkas, “Hmmm…kalah.”

Saya terkedu, tidak sekali-kali menduga itu respons ayah terhadap cita-cita saya.

Sekurang-kurang ayah boleh mendorong saya untuk mencuba nasib memandangkan beliau sudah pun bersara dan saya tidak lagi terhalang dengan ketegahannya. Sebaliknya respons ayah begitu mengejut dan mengecewakan.

Tetapi tepat sekali ramalan ayah, saya kalah sembilan undi.

Dari situ saya belajar mengenai politik. Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah - kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Bagaimanapun, saya belajar mengenai hikmat di sebalik setiap kejadian yang saya lalui. Kekalahan di bahagian ayah saya sendiri menarik perhatian ramai terhadap usaha saya untuk bergiat aktif dalam UMNO.

Saya menang sebagai ahli majlis kerja (Exco) Pemuda dengan undi tertinggi. Sejak itu, saya tidak pernah rasa terlalu kecewa dengan keadaan yang sepatutnya mengecewakan. Saya yakin Allah SWT tentunya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk kita.

Saya juga faham tujuan ayah yang seakan-akan tidak menggalakkan saya bergiat dalam arena politik. Memahami betapa politik itu dipenuhi onak dan duri, beliau mahu saya tidak ambil mudah dan dia mahu saya berpijak di bumi nyata, tabah dan tidak mudah kecewa.

INTEGRITI.

Antara perkara yang pertama saya lakukan setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah adalah menandatangani ikrar integriti. Saya mengumumkan pendirian saya tidak membenarkan kaum keluarga saya terlibat dalam sebarang perniagaan yang melibatkan Kerajaan Negeri Kedah.

Dua tiga hari kemudian, saya berjumpa dengan ayah. Beliau mengulas: “Jadi saya pun tak boleh berniaga di Kedah lah.”

Saya jawab: “Boleh”.

Ayah membalas: “Macam mana boleh, kalau Is dah umum macam tu?”

Saya jawab: “Kena tunggu Is berhenti dulu lah.”

“Bila nak berhenti?” tanya ayah.

“Dua puluh dua tahun lagi!” jawab saya berseloroh.

“Hai, macam balas dendam saja,” kata ayah dalam ketawa.

“Dah ayah ajar macam tu,” balas saya.

SELAMAT HARI BAPA DAN SELAMAT HARI JADI

Sempena Hari Bapa ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Bapa kepada ayah saya. Juga ucapan Selamat Hari Jadi ke 90 pada 10hb Julai ini.

Untuk rekod 20hb Disember 1924 tercatat sebagai tarikh lahir rasmi ayah. Tetapi tarikh sebenar ialah 10hb Julai 1925. Kalau meraikan kedua-dua tarikh tersebut, maka usia ayah sepatutnya akan mencecah 180 tahun Julai ini!

Terima kasih atas segala bimbingan dan didikan yang diberikan kepada saya secara langsung, dan lebih banyak lagi secara tidak langsung. Yang saya mohon ialah ayah terus mendoakan kami yang mewarisi negara ini dari orang sebelum kami.

Doakan agar Allah SWT terus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami semua, supaya apa yang dicita-citakan oleh ayah dan ayah-ayah kita semua menjadi kenyataan, insyaAllah.

Selagi hayat dikandung badan, teruslah menegur kami agar kami tidak terpesong daripada landasan yang betul. Walaupun kami sudah dewasa, namun kebijaksanaan ayah dan orang-orang terdahulu masih kami perlukan. Supaya destinasi yang dituju terus didorong oleh momentum dan hala tuju yang diusahakan oleh pejuang-pejuang terdahulu.

Mudah-mudahan Hari Bapa tahun ini, dan ulang tahun kelahiran yang ke-90 bulan depan akan mengukuhkan lagi rasa hormat kami kepada ayah yang telah bersengkang mata berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.


Mukhriz Mahathir
21hb Jun, 2015

sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/

Sabtu, 20 Jun 2015

Beli Tiket di Kaunter Elak Penipuan - #SPAD


Orang ramai dinasihatkan membeli tiket bas ekspres di kaunter yang disediakan, bukannya daripada ejen bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggung jawab, menjelang cuti perayaan aidilfitri bulan depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Dr Syed Hamid Albar berkata, nasihat itu diberikan kepada orang ramai bagi mengelakan ditipu ketka mahu pulang ke kampung masing-masing.

Menurutnya, kebiasaannya pihak tidak bertanggung jawab mengambil peluang menjual tiket dengan harga lebih tinggi menjelang musim perayaan kerana sedar jumlah pengguna pengangkutan awam semakin bertambah.

"Mereka mengambil kesempatan dengan peningkatan jumlah penumpang bagi mengaut keuntungan berganda dan kebanyakan kes yang berlaku pada tahun lalu tiket bas mahal dan tiada bas disediakan.

Jadi SPAD memandang serius masalah ini dan mengambil langkah awal dengan memantau aktiviti penjualan tiket.

Ramai yang dah terkena, anda jangan menjadi mangsa. Perkara ini berlaku kerana ia mendapat sambutan. Kalau takdak orang beli, mereka (ulat) ini pun tak akan wujud lagi. Sebab dah tak boleh cari makan.

Khamis, 18 Jun 2015

Marhaban Ya Ramadhan


Marhaban ya Ramadhan
Salam Ramadhan Kepada Seluruh Muslimin dan Muslimat. Di bulan yang mulia ini marilah kita perbanyakan amalan dan ibadah kita kepada Allah S.W.T.


Marhaban Ya Ramadhan.Ucapan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak daripada MB Kedah kepada semua Umat Islam
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, June 17, 2015

Rabu, 17 Jun 2015

Ahli Pas Perlu Letak Jawatan, Guan Eng Hanya Ugut?



Lim Guan Eng yang amat kecewa dengan keputusan pentadbiran Pas, mahu memutuskan hubungan Dap menyebabkan beliau mengeluarkan kenyataan dengan menyuruh ahli Pas yang memegang jawatan dalam Kerajaan Pulau Pinang harus meletak jawatan.

Jika benar Guan Eng tegas, kenapa perlu menunggu mereka meletakan jawatan? Bukankah beliau boleh memecat mereka?

Pertanyaan yang sama dari Encik Tan Teik Cheng Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang

"Memandangkan bahawa Lim Guan Eng adalah berkuasa penuh terhadap pentadbiran jika mengikut kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Kenapakah beliau perlu menunggu Pas mengemukakan surat peletakan jawatan mereka? Dia boleh dengan mudah memecat semua ahli Pas yang dilantik oleh Kerajaan negeri?"

Selepas kenyataan dari Guan Eng,

Mat Sabu yang gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Pas, telah meletakkan jawatan beliau sebagai ahli lembaga Pengarah Air Pulau Pinang dan lembaga pengarah Hab Halal Antarabangsa Pulau Pinang, manakala ahli-ahli jawatankuasa Pas 15 di sebuah kampung telah dikemukakan berhenti surat mereka, PAS telah ternyata kepada DAP bahawa tiada patah balik dalam hubungan mereka.

Dari permulaan Muktamar PAS, parti itu tegas tidak pernah lembut pendirian mereka pada DAP. Bagaimanapun, Guan Eng terus berurusan dengan PAS diplomatik, setakat mana DAP kelihatan begitu lemah dan pasif dan membolehkan PAS untuk melakukan apa sahaja yang ia mahu.

Sebagai bermaruah Pulau Pinang CM, Guan Eng mempunyai hak mutlak untuk menghapuskan sesiapa sahaja dari jawatan sejak Muktamar PAS telah memutuskan untuk memutuskan hubungan dengan DAP tanpa perbahasan. Guan Eng perlu bertindak terus terang tanpa perlu menunggu untuk pemimpin-pemimpin PAS untuk meletakkan jawatan dari jawatan mereka.

Adakah Dap masih mengharapkan Pas berbaik dengan mereka?

Perkara yang paling mengejutkan ialah, sejak Pas membuat keputusan untuk memutuskan hubungan nya dengan Dap, kini lebih daripada 1,000 ahli Pas di Pulau Pinang rela untuk kehilangan jawatan yang dilantik oleh Kerajaan negeri.

Jika itu berlaku, sistem Kerajaan Dap Pulau Pinang akan lumpuh dan sudah tentu mereka ini akan memberi jawapan sebenar kepada Dap dalam PRU yang akan datang.


Ahad, 14 Jun 2015

MB Kedah Mahu Belia Kedah bersama Kerajaan!



Dalam ucapan YAB MB Kedah di Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Kedah Sidang 1 Tahun 2015 sebentar tadi.

Dato Seri menyentuh sedikit sebanyak pendapat beliau mengenai belia, diselitkan sikit pesanan dan nasihat kepada belia di Kedah hatta di Malaysia.

Sedikit petikan ucapan beliau,

Dalam abad ini, senario pembangunan belia berkembang dengan begitu cepat sekali. Arus dan ledakan globalisasi serta teknologi telah menghasilkan daya penggerak yang membentuk hala tuju baharu pembangunan belia negara. Hala tuju ini juga melahirkan beberapa trend baharu antara lainnya globalisasi, kolaborasi dalam kehendak dan kedapatan serta penggunaan teknologi yang maksima.

Globalisasi ini akan berterusan menjadi cabaran kepada golongan belia hingga menuntut kepada perubahan besar atau dalam istilah sekarang transformasi dalam hala tuju, kepimpinan dan sistem pengurusan supaya menjadi lebih bersifat antarabangsa, tidak jumud dan bercirikan hubungan jaringan yang berasaskan kepada kolaborasi dan komplementari.

Sebab itu pada hari ini, kita lihat golongan belia di negeri Kedah bersama-sama dengan kerajaan mewujudkan satu yang dikatakan kolaborasi untuk menjadikan Kedah sebuah negeri yang maju serta aman makmur. Slogan kita, Kedah Aman Makmur Bersama Memacu Transformasi merupakan satu agenda bersama memastikan Kedah, mencapai ke tahap yang boleh membanggakan semua.

Saya ingin menyarankan kepada para belia di negeri ini supaya sentiasa meningkatkan pengetahuan serta berfikir diluar kebiasaan agar dapat bersama membangunkan negara khususnya negeri kedah yang kita cintai ini.

Belia juga perlu menghayati visi dan misi kerajaan, mengetahui agenda pembangunan negeri dan negara serta memahami pendekatan strategik yang diambil kerajaan untuk jangka masa pendek dan panjang. Menerusi pemahaman dan penghayatan itu sekali gus akan memberi ruang kepada belia untuk melihat peluang dalam melibatkan diri berdasarkan potensi dan kepakaran masing-masing.

Kerajaan Negeri sentiasa mengambil kira kepentingan dan keperluan belia dalam melaksanakan pelbagai dasar dan agenda pembangunan untuk kedah. Belia merupakan aset penting yang perlu dididik sebaik mungkin untuk memastikan negeri dan negara terus merdeka dalam segenap aspek dan untuk itu, perhatian besar dan bersungguh-sungguh perlu diberikan dari semua pihak sama ada dari kerajaan mahupun rakyat.

Sabtu, 13 Jun 2015

Kapten Pasukan T-Team Meninggal dalam perlawanan!





Rebah ketika perlawanan persahabatan menentang kelantan di stadium sultan muhammad, kota bharu mlm ini dan meninggal dunia di hospital jam 10.05 mlm tadi



Video Menarik MB Kedah 'Walkabout' Pasar Karat Kampung Berjaya


Meriah bila Dato Seri Hj Mukhriz turun padang bersama rakyat di Pasar Karat Kampung Berjaya semalam. Tak percaya? Tengok video bawah ni.


Mai tengok video suasana meriah masa MB Kita buat kejutan berkunjung ke Pasar Karat di Kampung Berjaya, Alor...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, June 12, 2015

Ops Parasit Cegah 'Ulat Tiket' Pra Ramadhan


Bila masuk musim cuti sekolah atau perayaan, sudah tentu stesen bas akan menjadi tempat tumpuan untuk mereka yang hendak pulang ke kampung. Disinilah mereka yang dipanggil 'Ulat Tiket' beraksi. Ulat ini umpama ejen tiket bas haram, yang kononnya niat untuk membantu.

Tapi ada banyak kes yang melibatkan ulat tiket menipu pelanggan. Jadi untuk mengelakan perkara yang tidak baik berlaku, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat SPAD telah mengadakan operasi khas.

Operasi yang diberi nama, OPS KHAS (PARASIT) pada 11 Jun yang lepas, di Sekitar Terminal Pudu Sentral.

Dalam operasi tersebut, seramai 7 orang ulat tiket telah ditahan, 6 lelaki dan seorang wanita. Mereka ditangkap setelah dikenalpasti bahawa melakukan perkara demikian di Terminal Pudu Sentral.

Boleh lihat gambar dibawah,





Semua tahanan telah dihantar ke Lokap IPD Dan Wangi untuk tahanan sementara dan akan di tuduh di Mahkamah Jln Duta pada keesokkan harinya. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman, denda sebanyak RM2,800.00 - RM4,500.00 telah dikenakan kepada mereka. 2 dari pada pesalah telah dihantar ke penjara kerana tidak mampu membayar denda.

Hukuman yang dikenakan bukan untuk menzalimi mereka. Ia hanya untuk mencegah perbuatan yang dilarang supaya rakyat Malaysia mengikut undang-undang. Walaupun kesalahan ini nampak kecil, namun ia sebenarnya banyak memberi kesan pada pelanggan yang pernah ditipu kerana ia melibatkan ramai pihak.

Jadi tindakan SPAD ini adalah tepat dan sangatlah digalakan.

FGV Bukan Terkeluar dari Bursa Saham - Datuk Ehsan


Riuh rendah mengenai saham FGV terkeluar dari Bursa Saham. Ada yang mengaitkan bahawa faktor kejatuhan saham tersebut menjadi punca ianya terkeluar. Rasanya, dari kita terus bertanda tanya dan membuat spekulasi yang tidak sepatutnya. Lebih baik kita soal Datuk Noor Ehsan salah seorang Ahli Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

YB. Datuk Noor Ehsanuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, menafikan bahawa Saham milik Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) disingkirkan terus dari senarai Bursa Saham. Beliau menjelaskan dakwaan tersebut adalah tidak berasas daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Ehsanuddin menerangkan,

"FGV hanya terkeluar daripada senarai top 30 Indeks Komposit. Ia merupakan lumrah dan perkara biasa bagi pemegang saham. FGV masih dalam pasaran utama bursa dan sahamnya akan diniagakan setiap hari seperti biasa. FGV akan berniaga seperti biasa cuma pasaran terkumpul tidak sebesar dahulu. Adalah tidak mustahil dalam beberapa bulan ini FGV boleh masuk semula top 30"

Datuk Ehsanuddin memberi respon tersebut ketika ditemubual selepas mempengerusi mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Pencari Fakta (AIFOCOM) Antara Parlimen ASEAN (AIPA) bagi memerangi ancaman Dadah di Kuala Lumpur, selasa lalu.

Menurut Ehsanuddin lagi, terdapat 800 hingga 1000 syarikat yang tersenarai dalam bursa turut alami perkara yang sama. Cuma FGV ini mendapat liputan, atas kerana ianya berkaitan dengan Felda.

"Ada syarikat yang berada pada kedudukan nombor 300 tetapi perniagaan tetap berjalan seperti biasa. FGV walaupun keuntungannya pada penggal kedua, jatuh berbanding penggal pertama, ia masih mencatat keuntungan" sambung beliau lagi.


Penulis nak terangkan sikit mengenai FGV ni. Sejak 2014, harga minyak sawit mentah (MSM) dunia telah turun secara drastik dan menyebabkan syarikat-syarikat berasaskan komoditi berkenaan terjejas. ini dijelaskan sendiri oleh Datuk Ehsanuddin yang menurutnya IOI Plantations rugi RM 188 juta, Sarawak Plantation turun sebanyak 98 peratus manakal Genting Plantation turun 48 peratus, senarai tersebut catat penurunan kerana penurunan harga kelapa sawit.

Semua syarikat pun terasa dan terkena, bukan hanya FGV sahaja.

Lagi satu, FGV ni hanya terkeluar dari senarai utama 30, bukan terkeluar langsung dari BSKL. Kiranya macam Liga Kedua. Bila prestasinya meningkat balik, FGV akan masuk balik kedalam senarai 30 utama.

Berniaga ni biasalah, ada untung rugi, tambahan pulak pasaran saham ni sangat berkait rapat dengan persepsi sekitar. Sekarang banyak orang dok buat cerita buruk tentang FGV, sudah tentu ia akan terus turun.

Marilah kita berdoa agar saham FGV stabil dan kembali seperti dulu.

Mukhriz 'Turun Padang' di Pasar Karat Kampung Berjaya


Awal pagi tadi, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir meluangkan masa melawat Pasar Karat di Mergong Alor Setar yang terkenal dengan jualan pelbagai barangan lama dan antik. 

Belau tiba tepat jam 9.00 pagi dan bersarapan bersama orang ramai yang datang ke sana. Luahan dan pandangan rakyat dapat di dengar secara terus oleh Dato Seri Mukhriz. 

Orang ramai juga mengambil peluang untuk bertemu dan bersembang dengan Menteri Besar Kedah secara dekat. Peluang untuk mengambil gambar bersama tidak dilepaskan oleh mereka. 





Ternyata rata-rata orang ramai terkejut dengan kehadiran beliau, cara dan pendekatan yang di buat oleh Dato' Seri Mukhriz amat disenangi rakyat dan tanpa protokol. 

Beliau melayan setiap orang yang mahu mengambil gambar termasuk sudi mengambil sendiri gambar dengan berselfie dengan mereka. 


Beliau meluangkan masa selama dua jam dan pulang sekitar jam 11.00 pagi. 

Ramai rakyat meminta beliau teruskan dan luangkan masa bertemu sendiri rakyat seperti ini. Sebelum ini Dato Seri Mukhriz seringkali berkunjung secara spontan ke pasar-pasar pagi dan malam dan bersarapan dimana saja.