Isnin, 27 Julai 2015

Video Kemeriahan Rumah Terbuka MB Kedah



Kemeriahan disekitar Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB DS Mukhriz Mahathir kelmarin di Seri Mentaloon yang sempat dirakamkan.


Pengeluar Jamin Kereta Api Laju (ETS) Selamat!

Ramai yang tertanya, kenapa ada spekulasi yang mengatakan ETS ini masih belum lulus sepenuhnya. Ada pula yang kata ETS tidak capai tahap keselamatan antarabangsa.

Disebabkan banyak speskulasi, Menteri Pengangkutan cuba untuk menjelaskan keadaan yang sebenar. Untuk pengetahuan semua, Tren Elektrik atau Keretapi Laju (ETS) yang baharu masih diuji dan belum lagi digunakan, demikian kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Hanya dua gerabak ini masih belum mendapat lampu hijau daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Ini kerana, SPAD masih menguji dua gerabak ini bersama pasukan teknikal Keretapi Tanah Melayu Berhad

(KTMB) sedang bekerjasama dan masih memerlukan sedikit pelarasan terhadap sistem keselamatan perlindungan automatik keretapi (ATP).

Dalam masa sama syarikat dari China, CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) memberitahu bahawa pihak mereka memberi jaminan keselamatan terhadap dua gerabak ETS tersebut dan mematuhi syarat-syarat keselamatan.

Namun yang demikian, ZELC juga sedia maklum bahawa kelulusan perlu diperolehi dan perlu mematuhi beberapa ujian sebelum ia beroperasi.

Ini termasuklah melibatkan keserasian 'trainset' dengan landasan keretapi yang dibina termasuk isyarat, pengurusan dan krew keretapi. ZELC mendapati bahawa masalah yang timbul bukanlah datang daripada trainset tetapi berpunca daripada kerosakan 'balise' iaitu alat isyarat balas.

Pembaca boleh rujuk kenyataan ZELC seperti dibawah :



Jadi orang ramai tidak perlu risau akan keselamatan ETS yang telah beroperasi. Kerana ianya sudah diuji dan diluluskan oleh SPAD mengikut piawaian keselamatan antarabangsa. Hanya dua gerabak saja belum diluluskan.

Rasanya, penjelasan yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan itu telah 'melegakan' ramai pihak yang risau akan keselamatan bila menaiki ETS.

Akan tetapi, sejak ETS beroperasi, tiket diantara Kuala Lumpur menuju ke utara tanah air, 'sold out' hingga 28hb Julai ini.

Ternyata pengangkutan baru ini mendapat sambutan hebat dan memudahkan rakyat untuk ulang alik ke kampung.

Ahad, 26 Julai 2015

FELDA Bakal Perluas Pelaburan di Indonesia


Felda sentiasa cuba untuk memperluaskan lagi pelaburan mereka dari tahun ke setahun. Pelbagai peluang baru diteliti supaya mereka terus menjadi sebuah organisasi yang paling berjaya.

Disebabkan perkara tersebut, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata cadangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) untuk melabur di Indonesia bertujuan memperluas sektor perladangannya.

Ini kerana, Felda menghadapi kekangan untuk menambah keluasan ladang di negara ini disebabkan ketiadaan tanah sesuai.

"Oleh itu, kita beralih ke Indonesia kerana kedudukan negara tersebut paling hampir dengan negara ini. Lagipun kita memang sudah mempunyai ladang di Kalimantan," katanya kepada pemberita.

Beliau diminta mengulas rancangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) membeli tanah seluas 420,000 hektar daripada PT Eagle High Plantations (EHP) di Indonesia bagi tujuan itu.


Mohd Isa berkata selain tanaman sawit, tanah tersebut juga sesuai untuk tanaman tebu dan boleh menampung keperluan kilang gula milik MSM Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat FGV.

Ini kerana katanya pada masa ini Felda belum memiliki ladang tebu.

"Ini antara faktor yang FGV lihat untuk pelaburan di Indonesia itu. Kita juga berharap dengan penglibatan kita dengan EHP ini kita dapat memasuki pasaran Indonesia yang besar bagi memasarkan pelbagai produk Felda termasuk minyak masak dan sebagainya.

"Kita sedang menunggu pandangan pihak ketiga dalam perkara ini dan akan dibawa ke mesyuarat agung luar biasa bulan depan untuk mendapat kelulusan bagi kita membeli sebahagian saham EHP," katanya.

Siasatan MH17 Siap Oktober Ini



Rakyat Malaysia masih berharap dan terus menunggu laporan penuh siasatan tragedi MH17. Menteri yang bertanggung jawab ialah Menteri Pengangkutan, malah Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan bahawa Laporan Jawatankuasa Siasatan tragedi MH17 dijangka siap Oktober ini.

Berikutan dakwaan ramai pihak yang menyalahkan Syarikat Penerbangan MAS kerana menggunakan ruang udara bergolak Ukraine, Tiong Lai menjawab "penerbangan tersebut mendapat kelulusan trafik udara dan MAS telah mematuhi prosedur yang ditetapkan".

Bila laluan penerbangan itu dikatakan selamat, jadi tidak mungkin hanya MAS saja yang mengunakan jalan tersebut. Dikatakan pada waktu kejadian, bukan pesawat MH17 sahaja yang berada di udara, dihadapan MH17 ada sebuah pesawat, dan belakang pun ada sebuah lagi pesawat. Mengunakan laluan yang sama.

Tiong Lai mengesa agar orang ramai tidak menyebarkan khabar angin tentang tragedi dan siasatan itu, "Hormatilah keluarga mereka yang terkorban kerana dengan menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu, perasaan mereka akan lebih terluka" ujar Tiong Lai ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidikfitri di Seri Perdana, kediaman Rasmi Perdana Menteri tempohari.

Kerajaan mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika ini, semua orang tahu kesemua 298 penumpang dan anak kapal maut yang mana majoriti penumpang rakyat Belanda. Jadi bersabarlah dan tunggu laporan siasatan selesai.

Tiada sebab pun Kerajaan hendek menyembunyikan laporan sebenar, kerana ia jelas bukan salah MAS atau Kerajaan. Siapa jangka penerbangan awam boleh ditembak tanpa sebab dan amaran. Sedangkan laluan tersebut dikatakan selamat untuk membuat penerbangan.

Lebih baik kita tunggu Oktober ini untuk ketahui cerita sebenar, tanpa menyebarkan khabar angin yang belum pasti kebenarannya.

Jumaat, 24 Julai 2015

Rumah Terbuka Pengerusi Felda Meriah



Bila raya, rumah terbuka ini sudah menjadi perkara lazim. Begitu juga halnya dengan Pengerusi FELDA, YB Tan Sri Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza. Mereka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Majlis berlangsung meriah dan pengunjung datang tidak putus-putus untuk berhari raya dan berkesempatan bersalaman dengan Tan Sri Isa dan Isteri.

Antara yang turut hadir di Majlis Rumah Terbuka Pengerusi FELDA adalah Pengarah Besar FELDA, Dato’ Hanapi Suhada dan isteri, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Tampin; Dato’ Sri Ali Rustam dan kepimpinan dari semua anak syarikat FELDA dan pertubuhan FELDA.

Majlis yang berlangsung dari jam 12.30 tengahari berakhir lewat petang sekitar jam 4.30 petang dengan kehadiran hampir 7 ribu orang tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Pengerusi FELDA ini.



Rumah terbuka FELDA ini boleh dikatakan menjadi acara tahunan untuk Pengerusi FELDA bersama keluarga besar FELDA yang lain berhari raya bersama-sama.

SPAD Lancar Operasi Tegas Banteras 'GrabCar'


Baru-baru ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) melancarkan 2 Operasi Tegas (Grabcar) pada 21 Jul 2015 dan 22 Jul 2015 di Bandar Sunway dan Sri Hartamas. Operasi tersebut adalah untuk mencegah teksi haram, kereta sapu dan tanpa meter.

Ini kerana, masalah berkenaan dengan teksi haram atau kereta sapu, sering menjadi aduan penguna kepada SPAD. Mereka inilah yang mencemarkan nama pemandu teksi yang lain, dengan cas dan tingkahlaku yang tidak mesra pelanggan.

Operasi dijalankan dilokasi yang telah dijangka menjadi kawasan 'kereta sapu' mencari pelanggan.

2 buah kenderaan Proton Exora dan Perodua Alza telah ditahan dan telah disita.  Mereka ditahan kerana hasil penyamaran anggota penguatkuasa SPAD bagi mengenalpasti sama ada mereka melakukan kesalahan.

Kenderaan telah dihantar ke tapak sita di Sepang setelah segala maklumat di ambil di Pejabat Penguatkuasaan SPAD.

Kita berharap SPAD akan terus melakukan operasi sebegini bagi mencegah kereta sapu dan teksi tanpa meter untuk keselamatan dan keselesaan penguna teksi.







Pantun Perpaduan Untuk Rakyat Malaysia



Kita hidup didalam masyarakat yang berbilang bangsa. Walaupun masing-masing mempunyai kepercayaan dan agama. Namun sudah lama kita bekerjasama untuk memajukan negara ini mengikut acuan dari pemimpin yang terdahulu.

Jika sebelum ini, negara kita aman damai, malah jarang berlaku perselisihan kaum. Kenapa kini, ada pihak yang cuba membakar api perkauman, membuatkan ramai yang terguris. Kekalkan keamanan dan masyarakat majmuk yang membuatkan Malaysia menjadi negara yang unik dan tiada dua didunia.

Hal ini telah diselitkan didalam 3 rangkap pantun 4 kerat dari Datuk Ir Wee Ka Siong.

Ketupat, lemang, lontong dan rendang,
Hidangan lazim di pagi raya;
Malaysia negaranya kaum berbilang,
Saling hormati bangsa dan budaya.

Bulat air kerana pembentung, 
Bulat masyarakat kerana muafakat;
Marilah kita sokong menyokong,
Supaya negara terus maju dan berkat.

Hari Raya hari yang mulia,
Sesuai untuk maaf bermaafan;
Jagalah hubungan sesama kita,
Tanpa mengira agama dan kepercayaan. 

Rabu, 22 Julai 2015

Pegawai SPAD Nafi Gari Pemandu Teksi



Tersebar di media sosial gambar mengenai pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Utara mengari pesalah lalu lintas. Gambar beberapa individu digari SPAD bersama kereta teksi disita turut menjadi viral di laman sosial sejak seminggu lalu.

Gambar tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai kepada SPAD konon bertindak melampau hingga sanggup mengunakan gari.

Disebabkan perkara tersebut boleh menjejaskan nama baik SPAD

SPAD Wilayah Utara menafikan bahawa dakwaan pemandu teksi ditahan dan digari dalam satu operasi di Sungai Petani, baru-baru ini.

Ketua Penguatkuasanya, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sengaja dilakukan pihak tertentu.

“Gambar yang viral di laman sosial kononnya pemandu teksi digari dan kereta mereka disita di Sungai Petani tidak benar sama sekali.

“Sebaliknya mereka yang digari bukan pemandu teksi tetapi ulat tiket yang ditahan dalam satu operasi di Terminal Larkin, Johor,”

Menurutnya lagi, beberapa ulat tiket itu terpaksa digari kerana dipercayai cuba bertindak ganas dan mencederakan pegawai penguatkuasa SPAD yang bertugas.

“Kesalahan ulat tiket adalah diklasifikasikan sebagai jenayah dan boleh ditangkap tanpa waran serta dilakukan mengikut undang-undang yang berhubung dengan tatacara jenayah yang berkuat kuasa.

“Sangat mendukacitakan dalam usaha kerajaan mentransformasikan industri pengangkutan awam negara, gejala ulat tiket masih lagi berleluasa terutama di terminal-terminal utama seluruh negara,” katanya.

Jelasnya, kebanyakan ulat tiket didapati sering memeras ugut penumpang di kaunter tiket terutama di musim perayaan.

“Penumpang yang membeli dan menaiki bas daripada ulat tiket kebiasaannya tidak sampai ke destinasi pada waktu yang sepatutnya.

“Ini disebabkan perjalanan bas tersebut sentiasa berhenti di kawasan yang tidak termasuk dalam jadual perjalanan bas dan mengakibatkan kelewatan antara satu hingga dua jam perjalanan,” katanya.

Tambahnya, dalam proses melaksanakan Seksyen 205 (2) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) tindakan menggari adalah diperlukan untuk membawa orang yang ditangkap tanpa waran ke balai polis berdekatan untuk tindakan undang-undang.

Tindakan sama juga boleh dibuat mengikut Seksyen 217 (1) APAD kepada mereka yang cuba bersubahat dalam perlakuan sesuatu kesalahan.

Ia diperkuatkan lagi dengan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) iaitu jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari daripada tangkapan, ia boleh digari.

“Tujuan ulat tiket digari sebagai langkah pencegahan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pegawai penguatkuasa, menghapuskan aktiviti ulat tiket serta pengajaran supaya mereka menghentikan aktiviti tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Ini menjelaskan kepada kita kenapa ada gambar pesalah digari dan kenapa dia digari.

Masyarakat perlu selidik dulu informasi yang datang secara rambang didalam media sosial ni. Bukan semuanya betul dan ada juga yang benar-benar berguna.

Iklan Raya FGV - Cuba Sampai Dapat?


Sebuah iklan yang dihasilkan dari FGV untuk hiburan dan tatapan rakyat Malaysia. Umpama drama pendek, menyaksikan seorang anak muda yang putus harapan untuk pulang ke kampung selepas ditimpa malang kerana segala perancangannya tidak menjadi.

Namun dengan tekad dan kemahiran yang beliau ada. Akhirnya beliau berjaya mencipta sebuah basikal bermotor, dan bahan apinya pula hanya mengunakan minyak kelapa sawit. Setelah mengharungi segala cabaran, tercapai juga hasrat untuk beraya dikampung halaman.





Komen:

Nampak bersahaja, namun ianya mempunyai maksud yang mendalam. Segala rintangan yang kita hadapi mampu ditangani dengan akal dan kemahiran. Seperti mana keadaan FGV sekarang yang penuh onak duri. Tapi kita percaya, tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Cabaran dan masalah itu membantu kita menjadi lebih bagus dan lebih baik pada masa hadapan.

Kedah Hantar 216 Pelajar Ke Mesir Dan Jordan


Alor Setar 21 Julai : Seramai 216 orang pelajar Kedah berlepas ke Mesir dan Jordan malam tadi bagi melanjutkan pelajaran mereka. Majlis pelepasan dilaksanakan oleh Menteri Besar Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir di Maktab Mahmud Alor Setar malam tadi.

Dalam majlis itu juga, pelajar-pelajar telah menerima sumbangan daripada tiga pihak termasuk Perbadanan Menteri Besar sendiri. Turut hadir dalam majlis ini adalah Exco Kerajaan Negeri YB Dato Mohd Rawi Hamid dan juga YB Dato' Badrol Hisham Hashim. 


Bagi memudahkan urusan perjalanan mereka, beberapa buah bas disediakan kepada mereka untuk terus ke Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Mesir. 

Dalam ucapan YAB MB, beliau berpesan kepada pelajar-pelajar supaya tidak terlibat dengan politik dan kegiatan IS di Mesir. 

"Belajarlah bersungguh-sungguh supaya menjadi insan berguna dan pulang berbakti di Kedah". katanya. 








Isu Star Cruises: Fitnah Guan Eng Terhadap MOT Terjawab


Agak kurang ajar tuduhan terbaru, Guan Eng terhadap Kementerian Pengangkutan di bawah seliaan Menterinya, DS Liow Tiong Lai dan Timbalannya, Datuk Abdul Aziz Kaprawi. Dikatakan kononnya kementerian berkenaan telah mensabotaj Kerajaan negeri Pulau Pinang, apabila sebuah syarikat 'cruise' yang terkenal, Star Cruise telah menutup pejabatnya di sana, dengan memindahkan pejabat syarikat berkenaan ke Xiamen, China. Boleh rujuk di sini.

Kenyataan dan tuduhan terhadap Kementerian itu, adalah berniat jahat dan biadap! Untuk pengetahuan Guan Eng, Kementerian Pengangkutan tidak ada kuasa untuk memaksa mana-mana syarikat pengangkutan untuk menutup perniagaan mereka di Malaysia selagi mana tidak melanggar undang-undang Malaysia.

Bagaimana Kerajaan boleh masuk campur didalam urusan tadbir syarikat luar? Apakah ada notis yang dikeluarkan oleh MOT hingga menyebabkan Star Cruise keluar dari Pulau Pinang? Bagaimana Guan Eng boleh menuduh sebegitu rupa tanpa bukti kukuh?

Apa yang cuba disembunyikan oleh Guan Eng adalah, Star Cruise masih mempunyai pelayaran ke Pulau Pinang. Walaupun mereka tidak lagi menetap disana.

Oleh itu, adalah satu pembohongan yang nyata sekiranya Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuduh Kementerian Pengangkutan cuba mensabotaj industri perlancongan Pulau Pinang.

Kalau nak sabotaj, baik tak bagi singgah langsung. Itu baru benar-benar sabotaj.



Kenyataan Media Menjawab Tuduhan Guan Eng,

Bagi menjawab tuduhan terbabit, Kementerian Pengangkutan telah mengeluarkan satu kenyataan, bagi menjawab tuduhan Lim Guan Eng yang menuduh kementerian terbabit bertindak mensabotaj industri pelancongan Pulau Pinang berhubung status penamatan Star Cruises.

1. Merujuk kepada satu laporan berita baru-baru, pengendali kapal pelancongan telah menyatakan dengan jelas bahawa keputusan untuk memindahkan kapal pelancongan mereka ke pelabuhan asal di Xiamen, China adalah keputusan perniagaan semata-mata dan mereka juga sedang mengkaji untuk melayari perairan Asia Pasifik.

2. Keputusan ini adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengoptimumkan kapasiti armada dan memenuhi permintaan bermusim pasaran.

3. Oleh itu, jelas dakwaan bahawa kekurangan insentif daripada Kementerian Pengangkutan serta mempersalahkan sepenuhnya adalah tidak berasas.

4. Sebenarnya, MOT telah mengecualikan kapal persiaran dari polisi "cabotage" di mana kapal persiaran tidak dikehendaki untuk memohon lesen perkapalan tempatan ketika berulang-alik antara dua atau lebih pelabuhan di Malaysia.

5. Ini merupakan satu lagi usaha yang jelas oleh Kementerian bagi menggalakkan pelancongan pelayaran.

6. Apa yang perlu ditekankan adalah hakikatnya bahawa Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) memang perlu dinaik taraf.

7. Meletakkan dua buah kapal pelayaran yang besar pada waktu yang serentak di SPCT yang dermaganya berkeluasan 400 meter adalah sukar memandangkan kekangan keluasan ruang dan ini telah memberi kesan secara tidak langsung di pelabuhan SPCT.

8. Bagi menampung lebih banyak kapal dan kapal yang lebih besar, keperluan untuk memperbesarkan pelabuhan tersebut perlu dilakukan dengan kadar segera.

9. Walau bagaimanapun, sekatan dari segi keluasan tanah adalah punca halangan.

10. Sejak tahun 2010, apabila SPCT mula beroperasi, Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang telah memohon untuk hak milik tanah dikeluarkan bagi meluaskan terminal pelayaran.

11. Keengganan Kerajaan Negeri untuk mengeluarkan geran tanah telah menghalang usaha kami bagi meningkat dan menaik taraf kemudahan yang selaras dengan wawasan kami di mana ia bukan sahaja bagi mengekalkan syarikat kapal persiaran sediada tetapi juga untuk menarik syarikat lain menjadikan Pulau Pinang sebagai pangkalan mereka dan juga pelabuhan persinggahan.

12. Kementerian berminat untuk membangunkan terminal, bagaimanapun, jelas sekali ia bukanlah usaha di satu pihak sahaja, dan kami perlukan kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri juga.

13. Oleh itu, tuduhan-tuduhan yang tidak berasas terhadap Kementerian adalah benar-benar tidak bertanggungjawab.

14. Kementerian ingin menggesa semua pihak untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat sebarang kenyataan, dan di dalam kes ini, dengan jelas sengaja mewujudkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan juga pelabur.


Jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh MOT itu menunjukkan bahawa Kerajaan negeri Pulau Pinang yang mempunyai masalah dan tidak bekerjasama dengan pihak Star Cruises terbabit. Jadi tak salah jika mereka meninggalkan Pulau Pinang bagi mencari lokasi baru yang lebih selesa dan luas untuk mereka beroperasi,

Selasa, 21 Julai 2015

MCA Tak Mampu Jadi Hero Kaum Cina?



Aku cuma nak kita buka minda kita seluas mungkin. Kenapa sehingga sekarang, BN masih lagi tidak mampu nak menarik semula sokongan kaum cina.

Sedangkan kaum cina juga sudah mula bosan dengan Dap yang dikatakan lebih banyak berpolitik dari bekerja.

Tetapi mereka masih menaruh harap kepada Dap untuk perubahan hidup mereka walaupun mereka tak suka, kenapa ya?

Kita marah bila MCA cuba nak menjuarai isu kaum cina dengan menjadi hero kaum itu.

Kita juga marah bila MCA perjuangkan hak kaum cina, dengan mempertahankan mereka.

Kita bertambah marah bila MCA cuba nak selesaikan isu Lowyatt dengan pendamaian dan rumah terbuka.

Marah kita bertambah-tambah apabila MCA gagal mendapat undi cina dalam Pilihanraya Umum atau kecil.

Sedarkah kita, macam mana MCA nak tarik undi kaum cina jika mereka tidak menghormati parti itu?

Untuk dihormati dan diberi kepercayaan semula, parti MCA perlu menonjolkan diri mereka lebih bagus dari DAP.

Kita mampu untuk tolong MCA, tapi kita tak buat. Kita hanya suka marah dan menghentam (maki hamun) tanpa memberi cara penyelesaian kepada sesuatu isu.

Dengan 'marah dan maki hamun' apa isu yang bole diselesaikan?

Pernah kita letakkan diri kita ditempat MCA? Tersepit diantara dua pihak.

Nak jadi hero takut kawan terluka. Tak jadi hero, nanti kawan kata tak buat kerja. Habis tu, apa yang boleh MCA lakukan?

Jumaat, 17 Julai 2015

Jadikan raya ini untuk kita terus pupuk perpaduan kaum - MCA

Dalam kita berhari raya, jangan lupa bahawa kita hidup didalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Kukuhkan perpaduan untuk kita terus membawa masyarakat Malaysia kesatu tahap yang lebih tinggi dan menjadi contoh kepada negara yang berbilang kaum.

Dua ucapan daripada Presiden dan Timbalan Presiden MCA



Liow: Aidilfitri kukuhkan hubungan, eratkan perpaduan

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia dilengkapi dengan penuh keberkatan, kesyukuran serta kegembiraan.

Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, musim lebaran ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan persefahaman antara kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, rakyat Malaysia amat memahami dan sama-sama menanti-nantikan kehadiran Hari Raya sambil merayakannya bersama lebih-lebih lagi dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Rakyat Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana dapat hidup bersama dalam sebuah negara secara harmoni yang penuh dengan kepelbagaian kaum serta berpeluang menyambut dan meraikan pelbagai jenis perayaan dengan penuh riang-ria dan menghayati budaya yang berwarna-warni. Ini haruslah dihargai dan dipegang teguh oleh kita semua bukan sahaja untuk perayaan kali ini, tetapi lebih penting lagi, untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara.

Akhir kata, diharapkan bahawa sambutan Syawal pada tahun ini akan terus menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu, nikmatilah Hari Raya ini dengan berhati-hati semasa di jalan raya demi insan-insan yang tersayang.

Sekali lagi, saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin” kepada semua.



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, tulus ikhlas daripada seluruh warga pejabat YB Datuk Dr. Wee Ka Siong

Perutusan Raya dari YAB MB Kedah



SIARAN MEDIA

UCAPAN SAMBUTAN AIDIL FITRI 1436 HIJRAH / 2015 MASEHI

YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera
Salam Kedah Aman Makmur
Salam Kedah Serata-rata

Alhamdulillah, saya memanjatkan setinggi-tinggi puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T. yang membolehkan kita menunaikan kewajipan puasa dan mengerjakan ibadat dalam keadaan aman dan sentosa di bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah pada tahun ini.

Syukur ke hadrat Yang Maha Esa di atas nikmat kesihatan di sepanjang Ramadhan Al-Mubarak serta bibit-bibit keinsafan dan kesedaran betapa rezeki yang dianugerahkan-Nya kepada kita wajar dikongsi dengan insan lain yang kurang berada berbanding dengan kita. Begitulah hidup bermasyarakat; adat hidup tolong menolong, adat mati jenguk menjenguk. Dalam hidup harus bergaul dan bermasyarakat, saling bantu membantu di kala susah mahupun senang.

Kita, rakyat Negeri Kedah yang berpegang kepada pelbagai kepercayaan agama dan adat resam, mempunyai banyak sebab untuk bersyukur dan berterima kasih. Ini adalah kerana negeri kita telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran yang tidak kunjung padam. Begitu juga Malaysia, kita dilindungi Allah S.W.T. dari bencana perang, huru hara dan sengketa kaum seperti yang berlaku di beberapa negara lain.

Keamanan dan kemakmuran ini mengupayakan Kerajaan Negeri merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan rakyat dalam semua aspek, termasuklah pendidikan, sosial serta ekonomi. Kerajaan telah mengukuhkan asas bagi mencipta kekayaan baru, meransang pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan berganjaran tinggi selaras dengan kemahiran yang semakin meningkat.
Apa yang dihasrat adalah membina sebuah negeri yang makmur lagi sejahtera di mana setiap individu sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak agar dapat mencorak sebuah kehidupan bahagia, berkelangsungan hingga cucu cicit kelak. Yang mahu dirobah adalah lanskap ekonomi dan sosial negeri sehinggalah suatu hari nanti, Kedah Darul Aman berada di puncak gemilang, duduk dan berdirinya nanti setara, jikapun tidak lebih, dengan negeri-negeri lain di dalam sebuah negara yang maju.

Setiap seorang daripada kita hendaklah mengetahui bahawa kerajaan sentiasa berpegang teguh pada ikrar untuk mendahulukan kebajikan seluruh rakyat. Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat, kerisauan serta resah gelisah warganya sentiasa didengari dan usaha dilakukan untuk melegakan kebimbangan yang diutarakan. Sebagai menggalas amanah, Kerajaan Negeri dengan dokongan dan sokongan Kerajaan Persekutuan, akan terus mengambil tindakan bagi memperbaiki dan memperelok keadaan secara berperingkat serta menyeluruh demi kepentingan rakyat.

Dalam syiar meriahnya perayaan Aidil Fitri, saya menyeru kepada semua agar tidak sekali-kali melupakan pengorbanan, darah, keringat dan air mata para pejuang serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang. Ingatlah, semuanya tidak terjelma dengan sewenang-wenangnya tanpa jasa dan pengorbanan mereka selama ini. Begitu juga kepada pemimpin-pemimpin terdahulu yang hasil wawasan dan kebijaksanaan mereka, telah membangunkan Kedah Darul Aman dan Malaysia seperti yang kita warisi hari ini.

Sempena hari baik, bulan yang baik, kita buanglah yang keruh dan ambil yang jernih. Ketepikan perbezaan fahaman, baik agama mahupun politik. Sebaliknya kita bersatu sebagai sebuah keluarga besar Negeri Kedah Darul Aman supaya dapat menjadi contoh kerukunan hidup kepada seluruh negara Malaysia. Kita terus menyemarakkan tradisi murni kunjung mengunjung dan mengadakan rumah terbuka. Seperti yang sering dinyatakan, bukalah pintu rumah dan pintu hati seluas-luasnya dengan menjemput rakan-rakan berlainan kaum, kepercayaan dan agama ke rumah masing-masing. Di sinilah berputiknya nanti masyarakat harmoni yang kita impikan.

Akhir kata, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada seluruh rakyat di mana sahaja mereka berada. Kepada yang memandu untuk pulang ke kampung halaman, berhati-hati dalam perjalanan. Biar lambat asalkan sampai dengan selamat. Saya, isteri dan anak-anak turut memohon maaf atas apa jua kesalahan mahupun kekhilafan yang dilakukan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh.


DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman


NOTA: Orang ramai dijemput ke Rumah Terbuka Aidil Fitri Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir dan Tok Puan Norzieta Zakaria di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon.

Tarikh : Hari Khamis, 23 Julai 2015
Waktu: 11.00 pagi hingga 3.00 petang

Dikeluarkan oleh:
Mohd Fisol Jaafar
Setiausaha Akhbar kepada YAB MB Kedah
012 6412656

Tarikh: Khamis, 16 Julai 2015

Selasa, 14 Julai 2015

Mukhriz dan Isteri Berkelah Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kedah


Rakaman video disekitar " Iftar Pot.Luck " yang diadakan di dataran hadapan Masjid Zahir yang mendapat sambutan cukup meriah petang semalam.

"Iftar Pot.Luck" merupakan program cetusan anak muda dari "Jaringan Gelombang Merah Kedah"
Menurut YAB DS Mukhriz, disebabkan ia mendapat sambutan yang begitu baik, program sebegini akan diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan.


''Iftar Pot.Luck'' Idea Orang Muda Dapat Sambutan Meriah - Muk...
Rakaman video disekitar " Iftar Pot.Luck " yang diadakan di dataran hadapan Masjid Zahir yang mendapat sambutan cukup meriah petang kelmarin."Iftar Pot.Luck" merupakan program cetusan anak muda dari "Jaringan Gelombang Merah Kedah"Menurut YAB DS Mukhriz, disebabkan mendapatan sambutan yang begitu baik, program sebegini akan diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan.#KedahSerataRata #KedahAmanMakmur #MMFC #DSMM
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, July 13, 2015

Kelulusan ETS, Keselamatan Penumpang diutamakan - #SPAD


Soal keselamatan bukan perkara yang boleh kita pandang remeh. Ia melibatkan nyawa manusia dan harta benda. Walaupun perkara tersebut tersangat penting atau diperlukan segera. Tetapi jika ia melibatkan dengan soal keselamatan, ia boleh mengatasi segala-galanya.

Begitu juga halnya dengan Kereta Api Laju (ETS) yang gagal melepasi protokol keselamatan antarabangsa yang diamanahkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD). Lalu pihak SPAD mohon kepada Kereta api Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) supaya menangguhkan perkhidmatan Kereta api buatan China ini atas soal keselamatan.

Dalam perkhidmatan apa pun, keselamatan penumpang perlu diutamakan. Jika perkhidmatan itu mengambil risiko yang boleh membuatkan nyawa penumpang terancam, eloklah dihentikan. Kerana kalau diteruskan juga, dan kereta api itu kemalangan atau bermasalah, siapa agaknya yang akan disalahkan kelak?

Sudah tentulah SPAD yang akan dipertanggung jawabkan, kerana membenar 'perkhidmatan yang tidak selamat' itu beroperasi. Atas perkara tersebut, eloklah SPAD menghentikan operasi ETS sehinggalah pihak KTMB membaik pulih kereta api tersebut, mengikut piawaian keselamatan antarabangsa.

Perkara seperti ini terjadi apabila ada pihak yang mengumumkan tarikh memulakan perkhidmatan, sebelum mendapat kelulusan dari SPAD. Apabila SPAD tidak meluluskan operasi ini atas soal keselamatan, sudah tentu ada pihak yang tidak berpuashati perkara tersebut.

Dibawah undang-undang antarabangsa, trainset perlu lulus tanpa masalah semasa 'test run' sejauh 10,000 KM. Jika ianya gagal, maka protokol keselamatan antarabangsa untuk kereta api tersebut gagal dipatuhi. Sudah tentu SPAD tidak membenarkan ianya beroperasi.

Keselamatan dan keselesaan penumpang senantiasa menjadi perkara utama dalam pertimbangan SPAD untuk meluluskan apa sekalipun, termasuklah ETS.

Untuk detail baca artikel dari The Star,

SPAD will not compromise on safety of trains 
BATU GAJAH: The Land Public Transport Commission (SPAD) will not compromise when it comes to assessing the reliability, safety and comfort of the 10 ETS trainsets bought from China. 
It is compelled to adopt this stance given that these trains, made by CSR Zhuzhou Electric Locomotive Ltd for intercity passenger services, can easily hit 145kph on a track designed for 160kph, making them the fastest trains in the country. 
Its caution is not unwarranted as the first Chinese unit, codenamed ETS201, actually failed the compulsory “fault-free running” test practically eight days in a row when it was first tested in June, according to SPAD. 
Under protocol that is followed internationally, the trainset has to clock 10,000km without failing any criteria related to safety and even comfort. 
The major components tested included the propulsion system, the brakes, air-conditioning, door operations, auxiliary power supply, automatic train protection system, suspension, train control and management system, couplers, and even the wipers.
A component either passes or fails, with no intermediate categorisation. 
Whenever a failure is recorded, the odometer is reset, and the test begins all over again until the train covers 10,000km flawlessly. 
According to head of SPAD’s rail division Yuslizar Daud, ETS201 failed many times when it was tested from June 11 to 18 although he did not specify the actual faults. 
On July 1, ETS201 managed to cover 6,600km without fault, and this trainset was subsequently displayed to the media on Thursday during the Transport Minister’s visit to the CRRC Rolling Stock Centre Malaysia here. 
The second trainset, called ETS202, is being tested near Ipoh, while the remaining eight trainsets are still being assembled. 
The power supply system has to be tip-top as the train will pass through the longest rail tunnel in Malaysia – the 3.2km-long Berapit tunnel near Kuala Kangsar, Perak.
Any train fault in the middle of the tunnel could mean passengers have to walk nearly 1.5km to either end to be evacuated, a doubly unpleasant proposition if it happens at night. 
“As for the wiper, if it fails during a rainstorm, the driver would not be able to see the track signals, thus compromising safety,” said Yuslizar. 
According to SPAD’s chief development officer Dr Prodyut Dutt, the commission would not compromise when it came to safety, even when it recognised many were impatient to ride the ETS after the double track from Padang Besar (Perlis) to Gemas (Negri Sembilan) was ready. 
Last Thursday, KTMB introduced an Ipoh-Padang Besar service using older electric trains. 
On Saturday, it rolled out a once-daily direct service from Kuala Lumpur to Padang Besar with stops at Tanjung Malim, Tapah, Kampar, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar and Arau. 
The full journey takes five-and-a-half hours and costs RM80 one-way for an adult.
Today, KTM will also restore partial service to the east coast by introducing Tren Rakyat Timur, which departs Johor Baru at 8pm daily for Gua Musang.

Khamis, 9 Julai 2015

Mukhriz Komen Tentang YAB PM dan WSJ


Apa komen Dato Seri Hj Mukhriz ya?

HOT! Komen Dato Seri Hj Mukhriz mengenai isu YAB PM dan WSJ.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, July 6, 2015

Video Mukhriz 'Kejutkan' Pesakit di Hospital



Video disekitar YAB MB kita dan isteri ziarah pesakit-pesakit serta memberi sumbangan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kelmarin.

Selepas ziarah dan memberi sumbangan kepada pesakit-pesakit, YAB MB dan isteri sempat berbuka puasa secara santai di Hospital berkenaan.


MB Kedah & Isteri Ziarah Pesakit Hospital Sultanah Bahiyah
Video disekitar YAB MB kita dan isteri ziarah pesakit-pesakit serta memberi sumbangan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kelmarin.Selepas ziarah dan memberi sumbangan kepada pesakit-pesakit, YAB MB dan isteri sempat berbuka puasa secara santai di Hospital berkenaan.#MMFC #KedahSerataRata #KedahAmanMakmur #DSMM
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Monday, July 6, 2015

Durian Runtuh Untuk Peneroka FELDA


Setiap kali raya, pasti akan ada 'durian runtuh' yang diberikan kepada para peneroka. Program Ihya Rahmat Ramadan yang berlangsung pada 7hb tempohari, memberi seribu makna kepada mereka apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pembayaran dividen pelaburan FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) serta duit raya berjumlah RM900 bagi setiap peneroka di seluruh negara.

Walaupun saham FGV dikatakan mengalami kejatuhan, namun rezeki kepada peneroka tetap ada. Cukuplah untuk menampung pembelanjaan untuk menyambut raya.

Pembayaran dividen itu membabitkan dividen awal sebanyak 6 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 4 sen sesaham bernilai RM600 bagi setiap peneroka, manakala duit raya bernilai RM300. Dividen yang keseluruhannya bernilai RM59.2 juta dan duit raya (RM29.6 juta) itu akan dibayar kepada 98,688 peneroka yang layak mulai 13 Julai ini.

Najib membuat pengumuman itu ketika berucap pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2015 di FELDA Pasoh 4, di sini, hari ini. Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba di sini pada jam 5.30 petang, melawat Projek Perumahan Generasi Baharu FELDA di FELDA Pasoh 1, yang baru siap dibina.

Sebab tu ramai yang kata FELDA ni anak emas. Sentiasa ada perancangan Kerajaan untuk membantu peneroka FELDA. Diharap dengan pelbagai usaha yang Kerajaan lakukan, peneroka dan anak FELDA terus memberi sokongan kepada Kerajaan untuk terus merancang bagi memperkembangkan lagi FELDA dimata dunia.

Ahad, 5 Julai 2015

Kedah Wajibkan 'Solat Jumaat' Dapat Respon Positif


YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan dalam sidang media beliau kelmarin bahawa, seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 yang bermula berkuatkuasa pada 1 Jun lalu, 
untuk individu yang tidak sembahyang Jumaat di Kedah dapat maklumbalas yang positif.

Saksikan video sidang media YAB MB Kedah kelmarin yang mengulas isu berkenaan.


Syukur Alhamdulillah.YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan dalam sidang media beliau kelmarin bahawa,...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 4 July 2015
http://www.mukhrizmahathirfc.com/ 

Hargai Pengorbanan Anggota PDRM - Mukhriz


Video disekitar YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berbuka puasa bersama PDRM Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Alor Setar.

Dalam ucapan YAB kelmarin, YAB menghargai jasa dan pengorbanan anggota PDRM didalam menjaga keamanan negara. YAB juga memuji Polis Kedah kerana berjaya mengurangkan indeks jenayah dalam suku tahun pertama.

Malah dimajlis tersebut, YAB turut menyampaikan sumbangan kepada balu-balu dan anak-anak polis yang kurang upaya.

Saksikan video yang sempat dirakam.



Video disekitar YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir berbuka puasa bersama PDRM Kontinjen Kedah di Ibu Pejabat.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 2 July 2015

Sabtu, 4 Julai 2015

Kompleks BRT Sistem Membudayakan Teknologi Hijau


Pada 1 Julai yang lepas, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) YBhg Tan Sri Dato Seri Dr. Syed Hamid Albar telah mengadakan lawatan ke kompleks BRT yang terletak di Sunway .

YBhg Tan Sri telah disambut oleh Pengerusi Prasarana YBhg Tan Sri Adam Ismail. Turut sama mengiringi beliau ialah En Azmi Abdul Aziz Pengarah Urusan Kumpulan.

Lawatan ini merangkumi lawatan ke pejabat kawalan bas, dan selepas sesi penerangan pengerusi S.P.A.D ini telah dibawa menaiki BRT.

Lawatan ini berakhir di Stesen USJ 7 dimana stesen ini merupakan gabungan antara BRT dan sambungan LRT untuk laluan Kelana Jaya.



Pada yang belum tahu mengenai sistem Bas Rapid Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway), Ia merupakan pengangkutan awam pertama di negara ini yang membudayakan teknologi hijau.

Lebih membanggakan BRT-Laluan Sunway disifatkan sebagai lembaran baharu dalam sistem pengangkutan awam negara kerana menggunakan bas elektrik sehingga diiktiraf oleh Malaysia Book of Records.

BRT-Laluan Sunway merupakan sistem pengangkutan terbaharu yang menggunakan teknologi pintar dalam usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas, disamping mengurangkan pelepasan gas karbon.

BRT-Laluan Sunway menghubungkan tujuh stesen iaitu Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed, SunU-Monash, South Quay dan USJ7.

Orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan BRT-Laluan Sunway secara percuma selama selama dua bulan bermula Selasa.

Sistem BRT-Laluan Sunway yang dibangunkan Kumpulan Prasarana dan Kumpulan Sunway itu akan memberi perkhidmatan kepada 500,000 penduduk di sekitar Bandar Sunway dan Subang Jaya yang mampu mencapai 2,400 penumpang setiap jam.

Sebanyak 15 bas akan digunakan bagi perkhidmatan BRT-Laluan Sunway.

Selaras dengan perkembangan jalur lebar, bas-bas berkenaan turut dilengkapi perkhidmatan Wifi secara percuma untuk kemudahan penumpang.

Ternyata ini adalah usaha yang bagus diantara LRT dan BRT, sudah tentu penguna akan lebih mudah dalam mengatur perjalanan bila kedua-duanya berdekatan dan keselamatan juga lebih terjamin.

Dibawah ialah antara gambar menarik sewaktu lawatan beliau di sana.







Video Menarik Mukhriz Tinjau Bazar Raya


Video disekitar YAB MB kita turun meninjau Bazar Raya depan Bangunan Tunku, Alor Setar.

Dalam tinjaun yang dilakukan, YAB ada memberi sedikit cenderahati kepada peniaga sambil meluangkan masa untuk mengetahui keadaan peniaga disana, setelah menerima laporan bahawa ada sedikit masalah berkenaan sewa tapak dikawasan tersebut.


Video disekitar YAB MB kita turun meninjau Bazar Raya depan Bangunan Tunku, Alor Setar.Dalam tinjaun yang dilakukan,...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Friday, July 3, 2015