Sabtu, 26 September 2015

Malaysia Perlu Melatih Tenaga Buruh Mahir lebih ramai


Untuk terus berkembang dari segi ekonomi Malaysia perlu bersedia untuk mempunyai tenaga buruh yang lebih besar, kerana  Malaysia perlu melatih lebih ramai pekerja mahir untuk kekal berdaya saing dalam pelbagai industri, kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata ahli perniagaan dari industri seperti logistik, pembuatan dan pertanian menghadapi kekurangan teruk pekerja mahir, hingga memaksa mereka bergantung kepada pekerja asing.

"Ramai daripada industri kita menghadapi masalah sumber tenaga manusia. Industri besar membantu untuk melonjakkan ekonomi kita dari segi eksport dan import, tetapi apabila pekerja mahir kita tidak boleh menghadapi cabaran hari ini, kita tidak boleh menjadi kompetitif.

"Sebab itu pemimpin-pemimpin industri telah meminta Kerajaan untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pekerja-pekerja ini," kata Liow selepas mempengerusikan dialog antara MCA dan pemimpin industri di sini.

Liow berkata MCA menyokong penuh inisiatif Kerajaan untuk menggalakkan pendidikan teknikal dan vokasional dan latihan (TVET) untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir.

"Kami menyokong inisiatif seperti yang diperincikan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk memberi tumpuan kepada TVET.

"Sebab itu di Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR), kami menubuhkan sebuah institut vokasional untuk menyokong latihan TVET," kata Liow, sambil menambah bahawa kursus ini telah dilancarkan pada tahun ini.

Mengenai dialog tersebut, Liow berkata 10 hala tuju strategik ekonomi akan dibentangkan pada mesyuarat agung tahunan bulan depan MCA.

"10 hala tuju strategik ekonomi akan dibangkitkan dalam mesyuarat umum supaya ahli-ahli MCA boleh membincangkannya. Ia akan menjadi resolusi dan komitmen oleh MCA untuk membantu industri-industri ini, "kata Liow.


Jumaat, 25 September 2015

Ops Serkap Tingkat Keselamatan Penumpang di Hari Raya Aidiladha



Sempena cuti sekolah dan perayaan, sudah tentu pengangkutan awam diantara pilihan utama untuk pulang ke kampung. Kita juga sering kali mendengar kisah kemalangan akibat kecuaian pemandu bas dan bas yang tidak mengikut spesikasi.

Demi mencegah keadaan itu terus berlaku, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) melaksanakan Ops Khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha. Satu operasi bersepadu yang dinamakan 'Ops SERKAP'. Ops ini telah bermula sejak dari 21/09/2015 dan akan berakhir pada 28/09/2015. Sepanjang Operasi ini dibuat bermula 21hb yang lepas, SPAD telah mengesan sejumlah 54 kesalahan membabitkan bas, lori dan teksi di seluruh Semenanjung Malaysia.

SPAD juga membuat operasi keatas penjualan tiket haram iaitu 'Ulat Tiket', bagi memeriksa penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena Cuti Hari Raya Aidil Adha. Pemeriksaan diadakan bertujuan bagi memastikan semua bas-bas yang digunakan untuk membawa orang ramai pulang ke kampung adalah selamat dan lancar serta tiada penjualan tiket secara haram oleh 'ulat-ulat tiket'. Operasi berkenaan telah dijalankan di Pudu Sentral sehari sebelum hari raya.

Selain dari operasi keatas Ulat Tiket', Bas dan Lori. SPAD juga melakukan ops keatas teksi tidak guna meter dan kereta sapu yang menggunakan 'Apps Grab' di sekitar Pudu Sentral. Hasil operasi sejumlah 6 kes dikesan melibatkan:

- 2 kes memujuk dan mendesak di bawah Seksyen 205, APAD 2010;
- 2 kes mengendalikan suatu perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali (kereta sapu) di bawah Seksyen 16 APAD 2010; dan,
- 2 kes teksi tidak guna meter di bawah Seksyen 22, APAD 2010.

4 kenderaan disita bagi membantu siasatan membabitkan dua buah teksi, sebuah Merzcedes dan sebuah Toyota Camry.




Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung Menyemai Sifat Perpaduan



Perayaan Kuih Bulan dan Pesta Tanglung yang lebih dikenali sebagai “Mid Autumn Festival” adalah satu pesta kebudayaan yang diraikan oleh masyarakat Cina di Malaysia, bahkan oleh kaum Cina di seluruh dunia. Ia merupakan perayaan tradisional utama kaum Cina selain dari Tahun Baru Cina.

Pada tahun ini, Gabungan Persatuan Orang-Orang Cina Sungai Petani telah dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk menjadi penyelaras program Karnival Pesta Tanglung 2015 peringkat Negeri Kedah yang merupakan acara tahunan pada setiap tahun bermula pada tahun 2014 yang lalu.

Cadangan ini disambut kerana sudah menjadi dasar Kerajaan untuk menyemai sifat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Negeri dan juga di Negara kita.

Syabas kepada Yang Berhormat Dato’ Dr Leong Yong Kong, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Perpaduan dan Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India, yang juga Timbalan Pengerusi MCA Kedah, kerana telah memikul tanggungjawab dalam merealisasikan program pada malam tersebut.


Sambutan program ini, mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran pengunjung yang ramai terdiri dari pelbagai kaum dan masyarakat di Negeri Kedah. Adalah diharapkan program Karnival Pesta Tanglung pada tahun ini akan lebih meriah dengan sambutan yang lebih menggalakan dari semua kaum dan masyarakat Sungai Petani khususnya serta pengunjung dari luar daerah amnya.



Program seperti ini yang diadakan pada malam semalam akan menjadikan bandar Sungai Petani sebagai sebuah bandar yang dinamik dan meriah. Dalam Karnival Pesta Tanglung terdapat program lukisan dinding yang lebih dikenali oleh mural art telah bermula sejak 19 Ogos yang lalu merupakan satu aktiviti yang bermakna di mana sukarelawan di kawasan Kedah telah mencurahkan tenaga untuk mencantikkan di sebahagian rumah kedai di Jalan Dewa.

Lukisan di dinding ini merupakan lukisan dinding kedua di Kedah selepas Pekan Semeling. Penulis yakin bahawa ini juga akan menjadi satu daya tarikan pelancong menjelang Tahun Melawat Kedah atau lebih tepat lagi Discover Kedah 2016.

Selain itu, pembinaan pintu gerbang di Jalan Dewa juga menggambarkan kerapatan dan kerjasama di kalangan penduduk setempat dengan ahli jawatankuasa. Pintu gerbang ini dijangka akan menjadi mercutanda baharu bagi setiap orang yang memasuki ke kawasan Sungai Petani. Pintu gerbang yang unik juga telah dibina di Medan Selera Jalan Dewa yang merupakan salah satu usaha mencantikkan Bandar Sungai Petani. Penulis juga turut dimaklumkan bahawa penglibatan sukarelawan memainkan peranan yang penting dalam menjayakan Karnival Pesta Tanglung ini. Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Tidak dilupakan, tahniah kepada MCA Kedah, kerana berjaya memupuk perpaduan didalam masyarakat dengan pesta kebudayaan yang amat meriah sekali.





Dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah




Khamis, 24 September 2015

Pakatan Harapan? Pelik dan Aneh?




Penubuhan Pakatan Harapan menimbulkan banyak persoalan kepada kita tentang hubungan parti Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat sudah tidak wujud, bukankah Kerajaan Selangor juga akan terjejas?

Pendapat penulis dikongsi bersama dengan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong.

"Terkilan, aneh lagi ganjil", itulah komen pertama yang keluar daripada Dr Wee, apabila beliau diminta untuk memberi komen tentang penubuhan gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan.

Beliau mempertikaikan sekiranya Pakatan Rakyat telah pupus, kenapakah Kerajaan Selangor masih mengharapkan gabungan PKR, DAP dan PAS untuk memerintah negeri itu.

Dr Wee berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat 'MCA Education Consultative Committee' di Wisma MCA pagi tadi.

Untuk pengetahuan semua, PAS tiada dalam Pakatan Harapan. Pakatan Harapan hanya terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah Nasional (nama baru bagi Gabungan Harapan Baru yang belum diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan).

Jika Pas tidak lagi bersama Pakatan pembangkang ini bermakna Dap tidak lagi perlukan Pas. Cuma di Selangor mereka masih perlu kerana takut Kerajaan hasil gabungan PR dulu jatuh ke tangan BN bila Pas tidak lagi bersama.

Apa yang terjadi di Selangor sekiranya pembangkang mahukan PAS di peringkat negeri untuk menubuhkan Kerajaan, mereka akan bersatu padu. Sebaliknya, sekiranya PAS tidak lagi diperlukan di peringkat pusat, parti berkenaan akan dibuang begitu sahaja.

Dr Wee juga mempertikaikan bagaimana gabungan baru Pakatan Harapan ini boleh menerima 'kahwin campur' yang melibatkan serpihan dari PAS. Beliau menambah, hanya Rakyat yang akan menilai di mana perginya semangat Pakatan Rakyat dan semangat setiakawan di antara mereka. Beliau ibaratkan gabungan ini seperti pasangan yang belum dicerai talak tiga, pasangannya sudah mencari penganti yang baru.

Rabu, 23 September 2015

FGV Terima Dua Anugerah Berkaitan Dengan HR!


Tahniah diucapkan kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV)  Nampaknya FGV terus mendapat pengikhtirafan dunia. Jika pengurusan kerja yang bagus dan mengikut spefikasi, sudah tentu orang akan memberi penghargaan dan menjadikan ianya contoh terbaik.

FGV diberikan pengiktirafan dalam bidang pengurusan sumber manusia apabila menerima dua anugerah utama dalam majlis berprestij, Anugerah Sumber Manusia 2015.

Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan FGV Mohd Najid Md Yahya menerima anugerah itu bagi pihak FGV pada majlis yang berlangsung Khamis lepas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah berkata semua ini kerana FGV komited terhadap kecemerlangan dalam HR dan memperakui pentingnya pengurusan bakat dalam menjayakan visi untuk menjadi antara 10 penggiat utama dalam perniagaan berkaitan pertanian di dunia.

Jika dunia mengikhtiraf syarikat dari Malaysia, kenapa kita tidak?

“FGV mempunyai lebih 55,000 tenaga pekerja di Malaysia dan di luar negara, termasuk pekerja asing yang bertugas di ladang-ladang. Ramai pekerja memiliki tahap kemahiran yang pelbagai di kawasan bandar dan luar bandar, yang menjadi lokasi operasi perniagaan kami.



“Bagi membangunkan syarikat yang kukuh, kami perlu memastikan sumber manusia kami diurus dengan baik. Pengurusan sumber manusia kami perlu sentiasa mengetahui trend terkini serta isu-isu membabitkan pekeja,” katanya dan menambah ini termasuk pembangunan kerjaya serta kebajikan pekerja.


Mungkin ada yang kata anugerah ini hanya biasa-biasa saja. Sebenarnya, anugerah ini dihoskan oleh Human Resources, sumber berita berkaitan HR utama Asia, dan dinilai oleh panel pengarah-pengarah HR di seluruh Asia, anugerah itu ditaja oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan Talent Corporation Malaysia.

Anugerah ini membuktikan syarikat Malaysia mempunyai pengurusan yang bertaraf dunia dan mampu untuk bersaing dengan syarikat ternama yang lain.

''Wabak Rabies'' Kedah Sedia Dengar Nasihat Veterinar - Mukhriz Mahathir



1- YAB DS Mukhriz menasihatkan pemilik anjing mengurung haiwan peliharaan mereka itu di dalam sangkar bagi membendung penularan wabak berkenaan yang dibawa anjing-anjing yang telah dijangkiti terutamanya anjing-anjing liar.

2- Kerajaan Negeri menyokong hasrat Jabatan Veterinar untuk memohon penambahan vaksin wabak rabies dan Kerajaan Negeri bersedia berurusan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia agar permintaan Jabatan Veterina dapat dipenuhi.

3- Kerajaan Negeri bersedia mendengar nasihat Jabatan Veterinar didalam membendung penularan wabak ini.


Sidang Media YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir berkenaan kes penularan "Wabak Rabies" atau dikenali penyakit anjing...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Sunday, 20 September 2015

SPAD Sita Teksi Palsukan Kad Pemandu!

Teksi yang ditahan kerana tidak mengunakan meter dan memalsukan kad pemandu

Walaupun penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat sering kali melakukan operasi terhadap pemandu teksi, menyediakan perkhidmatan 'MeterOn' untuk cegah salah laku, namun masih ada pemandu teksi yang berdegil dan tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

Kesalahan yang paling ketara ialah, pemandu teksi yang tidak menggunakan meter malah mengenakan caj berlebihan dan menggunakan meter yang diubah suai merupakan antara rungutan tertinggi di kalangan penumpang teksi di Malaysia.

Kira-kira 72.2 peratus penumpang memberikan maklum balas negatif terhadap perkhidmatan teksi, dengan kebanyakannya atau 30.3 peratus mengadu mengenai meter dan caj berlebihan.

Ia berdasarkan maklum balas daripada 611 penumpang yang menggunakan aplikasi mudah alih untuk perkhidmatan teksi, MeterOn antara 24 Mac dan 2 September lalu.

Aduan lain yang sering dikemukakan pengguna ialah sikap pemandu dengan 26.8 peratus memberi komen. Sikap pemandu itu termasuk keengganan mereka untuk mengambil dan menghantar penumpang ke kawasan tertentu.

Antara aduan lain ialah kad pemandu yang tamat tempoh, menggunakan laluan lebih jauh dan gagal untuk memaparkan kad pemandu.

Disebabkan laporan seperti itulah menyebabkan SPAD terus membuat rondaan dan operasi dari masa kemasa, tempohari penguatkuasa SPAD telah menahan tiga buah teksi ketika sedang melakukan rondaan di kawasan sekitar Brickfields.

Tiga teksi yang ditahan itu, salahsatunya didapati meletakkan kereta ditempat yang tidak dibenarkan dan dua lagi masing-masing dikesan tidak mengunakan meter dan juga mengemukakan kad pemandu yang palsu.

Disebabkan mereka mengunakan kad pemandu yang palsu, SPAD terpaksa mengambil tindakan sita terhadap kedua pemandu teksi tersebut, untuk siasatan lanjut.

Jika disabitkan kesalahan tersebut, mereka boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

SPAD akan terus membuat rondaan dan tindakan penguatkuasa akan sentiasa dibuat melibatkan semua kawasan dalam satu usaha memastikan pemandu teksi sentiasa mematuhi peraturan.

Selasa, 22 September 2015

Sempena Cuti Sekolah, Perjalanan ETS ditambah



Bila cuti sekolah dan bercampur dengan perayaan, selalunya orang kita akan mengunakan peluang tersebut untuk balik kampung atau bercuti bersama keluarga. Sudah pasti, dijalanan, terutamanya lebuhraya akan sesak dan penuh dengan kenderaan.

Atas alasan tersebut, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mengadakan perkhidmatan Elektrik Train Service (ETS) tambahan bagi perjalanan pergi dan balik antara KL Sentral dan Padang Besar sempena cuti sekolah dan Aidiladha.

Diberitahu bahawa, ETS tambahan tersebut akan berlepas pada 11 pagi dari KL Sentral dan dijadualkan tiba di Padang Besar pada 4.35 petang.

Tren ETS tambahan dari Padang Besar pula akan berlepas pada 6 petang dan dijadual tiba di KL Sentral pada 11.45 malam.

Kedua-dua perjalanan tren itu akan dilaksanakan mulai 19, 22, 23, 25, 26 dan 27 September ini.

Kiranya nak balik kampung dan balik semula ke KL pun tak perlu memandu, hanya menaiki ETS saja la.

ETS tambahan berkenaan juga akan berhenti di stesen utama iaitu Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Bukit Mertajam, Butterworth, Sungai Petani, Alor Setar dan Arau.

Tiket perjalanan bagi tren ETS tambahan boleh dibeli mulai sekarang dan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan itu boleh hubungi talian 1 300 88 5862.

Tak perlu nak bersesak atas highway lagi, tak perlu nak risau, sebab ETS dah memudahkan perjalanan untuk bercuti atau pulang ke kampung.

Dapatkan Lesen Memandu Dengan Mudah dan Murah! #myLESEN



Lesen memandu mahal dan susah, antara alasan yang sering digunakan oleh orang kita bila ditahan atau disaman oleh penguatkuasa. Disebabkan perkara tersebut, ramai dikalangan anak muda kini, gagal mendapatkan lesen dan memandu kenderaan tanpa lesen hingga ditangkap oleh penguatkuasa. Disebabkan perkara tersebut, Kementerian Pengangkutan telah melancarkan myLESEN, bagi mencegah perkara tersebut.


Apa sebenarnya myLESEN ni?

1 Rakyat 1 Lesen

Program ini sebenarnya memupuk dan mahu rakyat Malaysia mengambil lesen dengan kos yang lebih rendah dan cara yang lebih mudah. Meringankan beban kepada mereka yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan lesen memandu.

Program yang mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini akan dibuka pendaftarannya bermula 15 Oktober 2015.

Jika sebelum ini, orang ramai diminta untuk mengeluarkan sejumlah RM350 hingga RM450 untuk mendapatkan lesen memandu kelas B2. Namun dengan pelancaran myLESEN ini, hanya RM299 sahaja diperlukan bagi mendapatkan lesen berkenaan!



Selepas majlis pelancaran myLESEN yang disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, beliau memberitahu bahawa kelonggaran turut diberikan kepada individu yang gagal dalam ujian bagi mendapatkan lesen ini.

"Kelonggaran ini diberikan kepada mereka yang gagal dalam ujian undang-undang lebih daripada dua kali. Dengan itu, ia akan dilakukan secara bertulis atau oral bertujuan membantu mereka sehingga lulus ujian tersebut.

"Tutorial juga diberikan kepada mereka supaya dapat memahami undang-undang jalanraya."


Untuk makluman pembaca, sebanyak 190 buah Institut Memandu di seluruh negara akan turut bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan di dalam program myLESEN ini.

Anda boleh menyemak senarai institut-institut di SINI

Program myLESEN ini sewajarnya direbut oleh individu berusia 16 tahun ke atas yang belum memiliki lesen B2.


Pada yang belum ada lesen, ayuh kita sertai program ini! Jangan lupa myLESEN!

Isnin, 21 September 2015

Terbukti Harakah FITNAH Felda!


Kalau dah fitnah tu, memang takkan lepas dari undang-undang. Nampaknya mereka yang cuba memfitnah Felda telah pun mendapat balasan. Fitnah kononnya Felda mempunyai hubungan perniagaan dengan Israel merupakan fitnah yang amat berat.

Fitnah tersebut diterbitkan melalui lidah rasmi Pas akhbar Harakah.

Pagi tadi di Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya, kesemua Yang Arif Hakim dengan sebulat suara menolak 'Permohonan Kebenaran Untuk Merayu' daripada Datuk Mustafa Ali dan lima defendan yang lain dengan kos RM10,000 dibayar kepada FELDA. Ini bermakna tiada lagi rayuan boleh dibuat di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim berkenaan sebulat suara menolak rayuan Mustafa dan lima defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Oleh itu Felda telah menang kes saman ini dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan di mana kesemua defendan perlu membayar gantirugi RM100,000 kerana memfitnah Felda. Sehingga kini, sebahagian bayaran telah pun dibuat oleh kesemua defendan tersebut.

Felda telah memfailkan saman pada 07/01/2013, terhadap keenam-enam mereka berhubung artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat" bertarikh 27/11/2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan.

Sebelum ini Felda juga pernah menang saman fitnah keatas Wan Azizah dan PKR dan dua yang lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR 'Suara Keadilan'.

Ini berikutan pengakuan liabiliti bagi kedua-dua artikel fitnah oleh defendan, iaitu Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali, yang ketika itu Naib Presiden PKR, dan penulis artikel tersebut, Rusnizam Mahat.

Artikel itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap', yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu', yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010.

Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa Felda, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang.

Beliau berkata hanya Parlimen, dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada Felda untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956.

Indonesia Harus Segera Hentikan Pembakaran Terbuka!



Disebabkan keadaan jerebu sudah mencapai ke tahap yang membimbangkan, sekolah-sekolah dibeberapa negeri telah diarahkan tutup untuk sementara kerana bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan masing-masing berada pada paras yang membimbangkan.

Bukan kali pertama Malaysia menerima tempias jerebu dari Indonesia. Boleh dikatakan hampir setiap tahun perkara yang sama berulang-kali berlaku.

Atas perkara tersebut, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai mendesak pihak kerajaan Indonesia supaya menyelesaikan kegiatan pembakaran terbuka di negara itu dengan kadar segera.

Liow yang juga Menteri di Kementerian Pengangkutan sudah mengarahkan Jabatan Laut dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) agar mengeluarkan amaran jerebu kepada pesawat dan kapal-kapal.

Malah katanya lagi, segala operasi melibatkan pesawat dan kapal perlu dihentikan jika jarak penglihatan kurang daripada 600 meter (pesawat) dan satu batu nautika (kapal/bot) akibat jerebu.

Sememangnya pengangkutan diudara dan laut menerima kesan paling besar bila berlakunya jerebu. Arahan mengeluarkan amaran oleh sememangnya tepat pada waktu kerana ia boleh mengelakan kemalangan atau perkara buruk berlaku.

Orang ramai juga dinasihatkan agar kurang membuat aktiviti luar dan memakai topeng jerebu. Kerana jika terlalu terdedah pada jerebu, ianya akan memudaratkan kesihatan.

Jumaat, 18 September 2015

Pelumba Cub Prix Felda Naik Podium Antarabangsa



Tahniah kepada pelumba Felda PB Racing kerana berjaya menaiki podium antarabangsa ditangga kedua. Tak terjangka pelumba baru dari Felda ini berjaya menjejakkan kaki ke podium secepat ini, kerana beliau adalah pelumba baru. 

Ternyata, aksi bertenaga yang ditunjukkan sewaktu saingan pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Thailand, baharu ini menjadi pembakar semangat buat Fareez Afeez untuk sekali lagi menjejakkan kaki di podium menjelang pusingan ketujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Teluk Intan, Perak, minggu ini.

Pelumba Felda PB Racing itu meraih podium antarabangsa pertama sewaktu beraksi di Litar Antarabangsa Chang apabila muncul naib juara pada Perlumbaan 1 kategori Underbone 130cc menewaskan rakan senegara, Mohd Azam Omar (PETRONAS Hong Leong Yamaha) manakala juara menjadi milik juara bertahan dari Indonesia, Gupita Kresna.

Gembira dengan keputusan positif tersebut, Fareez menuju ke Teluk Intan minggu ini dengan membawa semangat juang tinggi untuk sekali lagi menjejakkan kaki di atas podium sekaligus mencerahkan peluang untuk menamatkan cabaran CP115 di kelompok tiga pelumba terbaik keseluruhan pada musim ini.

Aksi hebat Fareez

“Mendapat tempat kedua di Thailand merupakan satu kejayaan mengejutkan. Kami sama sekali tidak menyangka menaiki podium secepat ini memandangkan musim pertama pasukan kami dalam saingan ARRC. Malah berhadapan dengan pelumba handalan dan berpengalaman lain,” jelas Fareez.

“Banyak yang saya pelajari dari perlumbaan tersebut. Keyakinan saya semakin meningkat dan harap ia berterusan dan dapat digunakan dalam perlumbaan di Teluk Intan, minggu ini.”

“Mungkin agak sukar untuk merebut gelaran keseluruhan dari Kasma yang jauh mendahului pelumba lain di tangga teratas. Cuma, tidak mustahil untuk saya merebut kedudukan antara tiga pelumba terbaik. Saya perlu bekerja lebih keras untuk menjejakkan kaki di atas podium,” tambahnya.

Selepas enam pusingan, Fareez telah mengumpul 53 mata untuk berada di tangga keempat di belakang pendahulu, Kasma Daniel (PETRONAS Yamaha Maju Motor) dengan 120 mata diikuti Tengku Amirul Haffiruddin (Motul Yamaha YY Pang) dan Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Yamaha CKJ), masing-masing dengan 86 mata dan 69 mata.

Ternyata semangat anak muda pelumba Felda ini kuat dan hebat. Mungkinkah Felda juga akan menuruti jejak Petronas yang banyak menaja dan melahirkan pelumba tempatan dan dunia.

Khamis, 17 September 2015

Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim


Penerangan Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh CEO Kulim Hitech Park, Dato Annuar Safar



Penerangan Status Projek Ikonik Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) oleh CEO Kulim Hitech Park, Dato Annuar Safar
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Wednesday, September 16, 2015

Dibawah ini keterangan dari Exco Pelaburan negeri Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

ALOR SETAR: Kajian kebolehlaksanaan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka siap sepenuhnya November ini, kata Exco Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail. Katanya, kajian itu dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menilai pelbagai aspek sebelum laporan diserahkan kepada kerajaan negeri nanti.

Laporan penilaian kajian cadangan pembinaan KXP itu juga akan diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk penilaian selanjutnya sebelum keputusan akhir diumumkan. Beliau berkata, kerajaan negeri optimis untuk merealisasikan pembinaan lapangan terbang itu kerana ia akan memberi manfaat kepada negeri-negeri di utara tanah air dan selatan Thailand.

"Kita akur dengan prosedur yang ditetapkan kerajaan pusat termasuk pelaksanaan kajian yang sedang dilakukan pada masa kini. "Kerajaan negeri juga turut melantik perunding sendiri untuk melakukan kajian dan penyelidikan berhubung projek mega ini," kata Ku Abdul Rahman kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri hari ini.

Ku Abdul Rahman berkata, sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak mampu membiayai projek itu, kerajaan negeri terpaksa mencari pelabur dari China dan Jepun bagi menjayakannya. "Ini projek jangka panjang untuk membantu kerajaan negeri dan sekiranya cadangan pembinaan lapangan terbang itu tidak dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) sebelum ini, ia mungkin akan dimasukkan ke dalam pelan pusingan selepas tempoh dua tahun," katanya.  - MukhrizMahathirfc

SPAD Teruskan Operasi Cegah Salahlaku Teksi


Berdasarkan laporan awam dan siasatan mengenai kesalahan dan salahlaku pemandu teksi. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang bertanggung jawab keatas pengangkutan awam seperti teksi, bertindak melalui Ops Tegas bagi mencegah perkara tersebut dari terus berlaku.

Pada 13 September yang lalu. SPAD menjalankan Ops Tegas dan empat teksi disita, dalam operasi di sekitar ibu kota. Operasi tersebut bermula seawal jam 10 pagi, melibatkan sembilan anggota SPAD untuk menjalankan Ops Tegas di sekitar kawasan Pudu.

Menurut jurucakap SPAD, empat pemandu teksi terbabit ditahan, kerana didapati tidak mengunakan meter, selain gagal menjalankan pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).

Dua daripada pemandu teksi yang ditahan, menutup meter mereka dengan mengunakan kain dan mendakwa meter berkenaan tidak boleh terdedah kepada cuaca panas.

Sifat tamak yang mahu mengaut keuntungan yang lebih menyebabkan pemandu teksi seperti mereka sengaja tidak mengunakan meter. Tambahan pula, ditengah bandaraya Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan pelancong asing, ia memudahkan mereka menipu pelancong dengan menetapkan kos tertentu (sangat tinggi) bagi lokasi yang mahu dituju oleh pelancong tersebut.

Perbuatan seperti ini harus dicegah segera kerana ia boleh memburukan imej negara dimata pelancong asing.

Jadi Ops Tegas yang dijalankan oleh SPAD, harus diteruskan bagi mencegah perbuatan seperti itu berlaku.

Rabu, 16 September 2015

Pengerusi Felda Pun turun Himpunan Baju Merah!


Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turut turun memberi sokongan kepada 'Himpunan Merah' yang ditaja oleh kumpulan NGO Melayu. Himpunan ini dikatakan mahu menunjukan bahawa kaum Melayu juga boleh bersatu.

Setelah berapa siri demo BERSIH yang terkenal dengan baju kuning membuat himpunan, baru kali ini NGO melayu membalas dengan menyatukan kaum melayu dari negeri-negeri untuk turun berkumpul di Padang Merbok.

Gambar dari himpunan merah di tengah bandaraya Kuala Lumpur,





Gambar Terkini Himpunan Melayu Baju Merah!



Update terkini dari Kuala Lumpur, gambar kumpulan baju merah sedang berjalan untuk berkumpul di Padang Merbok.












Hari Malaysia: Rakyat Malaysia Perlu Kembali Bersatu



Sempena Menyambut Hari Malaysia, Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA meminta Rakyat Malaysia mengimbau kembali masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan, sukan, diplomatik dan kebudayaan.

Kemajuan di negara kita dapat dicapai apabila rakyat Malaysia saling bersatu dan bekerjasama. Cuma sejak akhir-akhir ini kita lebih beri tumpuan kepada politik hingga tak nampak kepentingan sebenar dan tanggung jawab kita sebagai rakyat Malaysia. Kurangkan berpolitik dalam kehidupan, kerana ianya boleh memecah-belahkan masyarakat.

Kena seimbang diantara kedua-duanya, jika terlalu berpolitik, ianya akan mewujudkan pepecahan dan menganggu pentadbiran negara. Ini yang cuba diwujudkan oleh pihak pembangkang, apabila mereka mahu pentadbiran negara kita nampak lemah, seterusnya ia mewujudkan rasa tidak percaya pada Kerajaan.

Atas sebab itu, Malaysia perlu kembali menjadi Malaysia dan rakyat Malaysia perlu bersatu dan hidup harmoni seperti mana dulu.




KENYATAAN MEDIA

OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI PENGANGKUTAN

Demi kemuafakatan, toleransi dan kemajuan


Pada Hari Malaysia ini, marilah mengimbau masa silam untuk mendalami perjalanan negara kita dan kemajuan yang telah dicapai.

Sesungguhnya, kita seharusnya berbangga sebagai rakyat sebuah negara yang kian berkembang maju. Sejak penubuhan Malaysia beberapa dekad yang lalu, negara telah menempa kejayaan dan kemajuan di peringkat antarabangsa, baik bagi sektor perdagangan dan diplomasi mahupun di arena sukan dan kebudayaan.

Warga Malaysia tanpa mengira lapisan umur, bangsa dan agama telah sama-sama bekerja keras dan banyak berkorban untuk mengecapi segala kejayaan ini, bukan sahaja sebagai individu malahan sebagai sebuah negara. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat hidup dalam keadaan yang begitu harmoni. Kepelbagaian warisan budaya kita merupakan aset yang ternyata bernilai, lebih-lebih lagi semasa keutuhan budaya kita kini diuji.

Tidak dapat dinafikan bahawa tatkala kita berusaha untuk mencapai status negara maju dan seiring dalam membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda, masih terdapat banyak yang perlu dilakukan. Kini, di saat negara kita berada di persimpangan, kita seharusnya lebih tegas dalam menetapkan pendirian menentang ketidaktoleransi dan ekstrimisme dan juga sebarang perselisihan serta sikap tidak hormat.

Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk masa depan negara. Peranan ini antaranya termasuk saling bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain, berbuat kebaikan dan bertimbang-rasa terhadap semua kepercayaan dan budaya dan seterusnya, saling bekerjasama tanpa mengambil kira apa jua perbezaan antara kita.

Demi kebaikan bersama rakyat dan negara, kita harus mengetepikan unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan rakyat. Warga Malaysia dari segenap lapisan masyarakat harus mengatasi segala cabaran ini untuk terus maju ke hadapan sebagai rakyat Malaysia yang harmoni dan bersatu.

Selamat Hari Malaysia.

Isnin, 14 September 2015

Pulau Langkawi Sebagai Pulau Rendah Karbon?


''Pulau Rendah Karbon'' Tidak Mustahil Untuk Dilakukan - Mukhr...
Hasrat Kerajaan Persekutuan menjadikan Pulau Langkawi sebagai "Pulau Rendah Karbon" pertama di Malaysia disambut baik oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Hj Mukhriz Mahathir.Menurut YAB DS Mukhriz " Ini pun satu cara untuk kita menjadikan Pulau Langkawi itu satu destinasi pelancongan yang unik dan ianya tidak mustahil untuk dilakukan''.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Sunday, September 13, 2015

Ahad, 13 September 2015

KPI Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah!



1. KPI Mukhriz Mahathir sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah dari 6 Mei 2013 sehingga sekarang. Makhluk Asing tu difahamkan sekadar nak bertanya. So, sebagai anak Kedah "02", aku bentangkan fakta dibawah, apa yang Mukhriz Mahathir buat untuk negeri Kedah dan seluruh isi didalamnya.

2. Fokus KPI Mukhriz Mahathir yang aku dapat sepanjang beliau menjadi MB Kedah dalam konteks Pelaburan, Peruntukan Belanjawan, Penyediaan Rumah Mampu Milik dan Jumlah Kutipan Hasil. Empat perkara ini menjadi perkara pokok dalam memacu pembangunan ekonomi dan kemampanan tadbir urus kerajaan negeri yang lebih efisien.

a. Kerancakkan Pelaburan Domestik dan Asing:
Berdasarkan report daripada MIDA salah sebuah agensi dibawah MITI, nilai pelaburan langsung domestik (DDI) dan langsung asing (FDI) yang masuk ke Kedah ialah seperti berikut;

Berakhir Dec 2013 :
DDI = RM702,463,923 (USD219,519,976*)
FDI = RM4,129,732,892 (USD1,290,541,529*)
*USD1=RM3.20 - Dec 2013

Berakhir Dec 2014 :
DDI = RM768,319,917
FDI = RM4,516,895,351

Jan-Jun 2015 :
DDI = RM252,321,596
FDI = RM866,228,352

Link : http://www.mida.gov.my/…/FactsFigur…/JanJune2015/byState.pdf

b. Peruntukan Belanjawan Kedah : Belanjawan Berhemah

2014 :
Peruntukan : RM796.35 juta
Belanja Mengurus : RM243.12 juta
Belanja Pembangunan : RM235.62 juta

2015
Peruntukan : RM804 juta
Belanja Mengurus : RM527 juta (Belanja Defisit Pembangunan KWPN RM194 juta)
Belanja Pembangunan : RM276.98 juta

c. Jumlah kutipan hasil negeri Kedah : Memacu pembangunan negeri
2013 : RM512 juta
2014 : RM450 juta
2015 : RM743 juta (Anggaran)

d. Jumlah projek Rumah Mampu Milik di Kedah

2013 :
Melalui Jab. Perumahan Negara : 4,801 buah
Melalui PPR : 812 buah
Melalui SPP : 126 buah
Melalui Pihak Swasta : 1,019 buah
Melalui PR1MA : 1,349 buah

2014 :
Melalui PR1MA : 6,373 buah
Melalui Rumah Mesra Rakyat : 2,505 buah
Melalui Projek Rumah Felda Gen2 : 640 buah
Melalui KEDA : 221 buah

Rujukan : Laporan Belanjawan Kedah 2014 dan 2015

Kesimpulannya, KPI Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah ke-10 dalam tempoh masa 2 tahun 4 bulan, bagi penulis, amat membanggakan. Beliau berjaya mengembalikan Kedah ke landasan yang betul selepas huru-hara selama sepenggal bahkan dalam prospek ekonomi yang kian mencabar, Mukhriz Mahathir berjaya mengharung onak duri dalam merancakkan sub sektor ekonomi Kedah.