Sabtu, 26 Disember 2015

Kekalkan dan Nikmati Perpaduan Dalam Malaysia - Liow



Sempena Sambutan Hari Natal yang lepas, Presiden MCA, Dato Sri' Liow Tiong Lai memberi mesej dan menyeru semua rakyat untuk mengetepikan perbezaan dan bekerjasama sebagai satu keluarga Malaysia yang bersatu padu. Malah rakyat Malaysia juga mesti menentang unsur-unsur negatif yang membawa kerosakkan didalam masyarakat kita.

Dalam masa yang sama, beliau menyeru supaya kita terus bekerjasama dalam mengukuhkan ikatan perpaduan dalam negara, kerana ia amat penting bagi masyarakat majmuk seperti kita.

Menerima nilai-nilai kebaikan dan saling menghormati. Penerimaan dan pemahaman tentang kepercayaan yang berbeza, tradisi dan budaya saudara-saudara kita adalah lebih diperlukan. Ini semua bagi mengelakan salah faham diantara kita.

Rakan warga Malaysia, sebagai sebuah negara yang meraikan pelbagai perayaan, kita mesti mengambil kesempatan ini untuk menghargai pelbagai adat resam dan latar belakang yang ada di Malaysia. Kita benar-benar bertuah kerana dapat meraikan kepelbagaian budaya di negara kita dan menikmati wadah tumpuan masyarakat berwarna-warni mengikut budaya Malaysia.

Dalam masa yang sama beliau juga berpesan pada yang memandu untuk pulang ke kampung. Supaya sentiasa berhati-hati dan jika letih atau mengantuk, tidak lupa untuk berhenti dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju.



FELDA Komited Dalam Benteras Penyalahgunaan Dadah


Sekarang ni seringkali orang kaitkan masyarakat FELDA antara masyarakat yang paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan dadah. Disebabkan tersebut, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan terus komited dalam membantu kerajaan untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah di tanah-tanah rancangan FELDA, tegas Pengerusi FELDA, Tan Sri Hj Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad ketika merasmikan Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah di FELDA Pasoh 4.

Setelah kejayaan 11 buah siri Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah 2014, FELDA kini berhasrat meneruskan kesinambungan program ini bermula di Wilayah Raja Alias.

Antara objektif program adalah untuk menyalurkan maklumat berkaitan ancaman dadah kepada bangsa dan negara serta menanamkan sikap prihatin kepada kaedah pencegahan dan perawatan.

Melalui pelbagai aktiviti yang dirancang, program ini akan menggerakkan aktiviti komuniti sihat serta bebas dari bahaya dadah sekaligus memberikan kesedaran kepada masyarakat FELDA.

Program ini mensasarkan kesedaran kepada kumpulan sasaran dari kalangan warga peneroka dan belia selain pelajar sekolah dan petugas di tanah rancangan.

Pada siri program tahun 2014 telah mencatatkan pengunjung seramai lebih 6,000 orang dengan jumlah pengunjung tertinggi dicatatkan di Wilayah Raja Alias seramai hampir 1,000 orang.

FELDA Wilayah Raja Alias turut menadi Wilayah FELDA pertama untuk menjadi tuan rumah bagi siri terkini.

FELDA berharap agar program ini terus menjadi wadah untuk semua warganya bermasyarakat.

Program ini turut memberikan peluang kepada golongan belia FELDA untuk terlibat lebih aktif dalam aktiviti-aktiviti sosial yang sihat dan FELDA optimistik bahawa program ini dapat menjadi usaha dalam menyingkirkan najis dadah dari kawasan tanah rancangan FELDA.

Isa dalam ucapan perasmiannya menyatakan bahawa FELDA komited membantu kerajaan dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah ini yang dilihat sukar untuk dibendung kerana kurang mendapat sokongan yang cukup baik daripada masyarakat.

“Masyarakat juga perlu memainkan peranan juga, tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), penguatkuasa dan kerajaan semata-mata,” ujar Isa Samad.

“Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah ini hanya sebagai satu langkah dan cara kita (FELDA) untuk membanteras gejala penyalahgunaan dadah. Pimpinan masyarakat dan komuniti jangan pernah jemu untuk terus ambil tindakan harian,” katanya.

Isa juga turut meluahkan kekesalan beliau berikutan gejala penyalahgunaan dadah ini dijuarai oleh orang Melayu sendiri dan menyeru agar masyarakat sama-sama membantu kerajaan, FELDA dan AADK dalam membanteras gejala tidak sihat ini.

Selain itu Isa turut menafikan persepsi umum yang kerap kali mengaitkan masyarakat FELDA dengan gejala dadah ini kerana menurut beliau gejala ini bukan sahaja berlaku di tanah rancangan FELDA malah ianya turut berlaku di kawasan lain dan bandar-bandar besar.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh AADK, jumlah kes berkaitan penyalahgunaan dadah di FELDA Wilayah Raja Alias melibatkan 1,079 kes yang mana 667 kes adalah penagih dan baki 412 kes adalah yang berada dibawah pengawasan.

Menurut Timbalan Pengarah (Operasi) AADK Negeri Sembilan, Tn Hj Izhar Abu Talib, FELDA telah memberikan kerjasama penuh bersama pihak AADK dalam membanteras gejala dadah di kawasan-kawasan berisiko termasuk di FELDA Pasoh 4.

Pada 2014 kerajaan negeri, AADK, Blue Ocean Strategy dan lain-lain agensi telah mempergiatkan lebih aktiviti dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah.

Blue Ocean Strategy telah menyenaraikan 14 buah kawasan berisiko termasuk FELDA Pasoh 4 yang mana kesemua 14 kawasan berisiko ini akan menjadi projek untuk mempergiatkan lagi usaha untuk membanteras penyalahgunaan dadah dengan program-program yang lebih intensif.

Jumaat, 25 Disember 2015

FGV Ceburi Bidang Plastik Mesra Alam



Ketua Pengawai Eksekutif FGV, Datuk Mohd Emir Mavani tengah
Selepas majlis menandatangani MOU bersama Newlight Technologies dan Innogas Technologies kelmarin



Satu demi satu percubaan dari Felda Global Venture (FGV) untuk menceburi bidang baru bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Baru-baru ini FGV, bakal menghasilkan plastik mesra alam daripada sisa biojisim minyak sawit. Projek ini kami umpakan sebagai "Projek mengubah sisa buangaan kepada emas berharga."

Projek penghasilan plastik mesra alam ini terhasil apabila FGV berjaya memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Newlight Technologies LLC serta Innogas Technologies Sdn Bhd yang berpengkalan di California. Syarikat Innogas Technologies merupakan sebuah syarikat yang mahir menghasilkan bahan-bahan termoplastik yang diperbuat daripada gas rumah hijau.

FGV sentiasa mencari inovasi terkini untuk mengurus sisa kelapa sawit mereka dengan berkesan..penghasilan projek ini akan menunjukkan kepekaan FGV terhadap projek kempen terhadap kelestralian alam sekitar dengan pengurangan pelepasan karbon..

FGV mensasarkan sebanyak 10 buah kilang untuk dibina bagi tujuan ini dalam tempoh 5 tahun akan datang...kilang pertama akan dibuat pada suku keempat tahun depan dan dijangka siap selepas 14 bulan..

Dengan adanya projek ini, ia mampu menggunakan semula sisa bio daripada kilang minyak sawit FGV kepada penghasilan plastik mesra alam, teknologi daripada negara luar ini amat dinantikan FGV bagi meningkatkan aliran pendapatan syarikat dan menjayakan kempen lestari alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Mohd Emir Mavani berkata,

"MOU tersebut akan membawa teknologi kos efektif yang pertama di dunia bagi menghasilkan pslastik mesra alam dengan memproses 100 peratus sisa bio daripada kilang sawit FGV"

Jelas usaha ini telah meningkatkan jaringan rangkaian usahasama FGV bagi penghasilan produk plastik mesra alam dimata dunia..selain dapat meningkatkan produk pengeluaran minyak, sisa bio yang sebelum ini tiada kegunaan, kini mampu menghasilkan produk barangan yang lebih berfaedah kepada alam dan masyarakat.

Diskaun pada penguna dan pelajar untuk menaiki ERL dan KTMB


Pembangkang sebenarnya tidak suka kepada diskaun Pengangkutan Awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Bagi pembangkang, mereka tidak mahu rakyat berterima kasih pada Kerajaan atas bantuan tersebut. Kalau boleh mereka mahu rakyat terus rasa marah dan benci kepada kerajaan.

Apabila rasa marah ini memuncak, mudah kerja mereka untuk menabur fitnah dan sekaligus mengurangkan sokongan rakyat kepada kerajaan.




Inilah cara yang mereka amalkan sejak dahulu lagi, iaitu menanam rasa benci rakyat kepada kerajaan.

Baru-baru ini, Kerajaan ada mengumumkan pemberian diskaun untuk perkhidmatan Express Rail Link (ERL) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Untuk mengurangkan beban pada mereka yang mengunakan laluan tersebut untuk pergi ke kerja setiap hari dan juga pelajar.

Antara diskaun yang diumumkan ialah:

1- pelajar yang mengunakan kad Siswa 1 Malaysia mendapat diskaun 30 peratus untuk perkhidmatan ERL Transit. Warga emas dan OKU juga mendapat diskaun yang sama.

2- Bagi Pengguna awam sektor Putrajaya ERL juga telah bersetuju mengurangkan kenaikan harga pas bulanan.

3- KTMB pula memberi diskaun 50 peratus kepada pelajar berusia tujuh hingga 18 tahun termasuk pelajar universiti dengan menunjukan kad pelajar.

Khamis, 24 Disember 2015

DAP Cemburu Melihat Hubungan UMNO dan PAS


Apabila DAP melihat UMNO dan PAS semakin rapat, mereka mulalah merekacipta cerita kononnya UMNO dan PAS akan bergabung. Mungkin tindakan tersebut mahu mengelirukan ahli-ahli yang membantah kerjasama diantara dua parti melayu tersebut.

Tindakan DAP itu ditegur oleh Timbalan Presiden MCA, DS Dr Wee Ka Siong,

Dr Wee juga menyarankan agar DAP menghentikan mereka-reka cerita mengenai kerjasama UMNO-PAS. Beliau berkata kerjasama di antara UMNO dan PAS adalah mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam. Menurut Dr Wee, ini adalah satu perbincangan antara mereka sendiri dan tidak ada keperluan untuk UMNO melaporkan semua aktiviti-aktiviti mereka kepada Barisan Nasional.

Tidak salah apabila dua parti melayu tersebut bekerjasama untuk kepentingan agama dan bangsa yang mereka wakilli. Jadi DAP tak perlu risau kerana setiap tindakan UMNO perlu dipersetujui oleh rakan komponen BN terlebih dahulu.

Dr Wee berkata demikian ketika menjawab dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Dr Wee sebaliknya menyindir DAP dengan berkata, adakah DAP tidak sedar bahawa PAS mempunyai agenda hudud sedangkan DAP dan PAS mempunyai hubungan dan matlamat yang dikongsi bersama seperti adik-beradik sejak pilihan raya umum lepas.


Apakah jika dua orang tokoh politik kelihatan mesra bersama didalam satu majlis boleh dikategorikan sebagai mahu bersatu.

Apakah DAP terlupa? Dr Wee juga telah membandingan ketika Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, DS Nazri Aziz datang memberikan kerjasama untuk mempromosikan pelancongan di Pulau Pinang. Mereka berdua juga kelihatan mesra.

Malah, umum juga mengetahui bahawa terdapat gambar-gambar kedua-dua Nazri Aziz dan Guan Eng kelihatan berpelukan mesra ketika majlis berkenaan.

Adakah gambar itu bermakna DAP dan Umno juga sedang berusaha untuk bersama-sama?

Umno dan PAS dilihat lebih rapat apabila terjadinya Tragedi banjir besar di Kelantan. Masing-masing bekerjasama tanpa memilih kepartian untuk membantu mangsa banjir. Jadi adalah tidak pelik jika dua parti melayu ini kelihatan lebih rapat dan bekerjasama.

MCA tidak ada masalah dengan perkembangan ini, kerana umum tahu, DAP cuba untuk memecah-belahkan hubungan diantara kompenen BN dengan isu sebegini.

Rabu, 23 Disember 2015

FGV Masih Pertimbang Beli EHP



Pelbagai khabar angin disebarkan, pada hakikatnya, Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), masih lagi dalam pertimbangan. FGV menjelaskan bahawa proses usaha wajar bagi pembelian kepentingan dalam PT Eagle High Plantations (EHP) masih lagi berjalan dan belum dimuktamadkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, berdasarkan kepada keadaan pasaran yang tidak menentu, FGV sedang mengambil langkah tambahan untuk memastikan perjanjian tersebut dapat membawa nilai kepada pemegang saham khususnya dan komuniti yang lebih besar daripada pihak berkepentingan.

“Seperti yang kita umumkan sebelum ini, kami telah memulakan proses usaha wajar kita dengan pihak bebas dan proses itu belum lagi dimuktamadkan.

“Jadi, adalah sesuatu yang tidak membantu apabila membuat spekulasi berkenaan hasil proses usaha wajar yang komprehensif atau faktor-faktor yang boleh memberi kesan kepada keputusan perniagaan,” katanya dalam ke­nyataan beliau lagi.

Semua ini berpunca dari sebuah akhbar yang melaporkan perkara tersebut. Laporan  yang memetik sumber perbankan berkata, Bank Negara Malaysia tidak meluluskan permintaan syarikat berkenaan untuk mem­bayar 23 peratus daripada depo­sit berjumlah AS$174.5 juta (RM780.87 juta) sebagai sebahagian daripada perjanjian awal yang diumumkan Jun lalu berikutan beberapa sebab.

Pada Jun lalu, FGV menandatangani perjanjian dengan Rajawali Group bagi membolehkan FGV memiliki 37 peratus saham dalam EHP dengan nilai AS$680 juta (RM2.55 bilion) dalam bentuk dana tunai dan saham.

Melalui perjanjian tersebut juga, anak syarikat Felda Holdings Berhad itu akan mengambil alih kira-kira 95 peratus kepentingan dalam perladangan gula Rajawali Group dengan nilai AS$67 juta (RM252.5 juta) secara tunai dan saham.

Jelas Mohd. Emir, pihaknya menyedari transaksi tersebut mendapat perhatian banyak pihak terutama dalam kalangan komuniti pelaburan termasuk pembuat dasar.

“Mereka me­nunjukkan kepada kami komitmen tadbir urus yang tinggi dan ke­telusan bagi memastikan semua pihak yang mengikuti perkembangan terkini bergerak selaras de­ngan keperluan undang-undang,” ujarnya.

Isnin, 21 Disember 2015

Jangan Jadikan SPAD 'Punching Bag' Mencari publisiti



Perkara yang paling susah ialah untuk mengawal ialah manusia. Tugas penjawat awam seperti Polis, Kastam, JPJ dan lain-lain beruniform termasuklah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Amatlah berat dan sering menjadi bahan untuk dihentam bila terjadinya sesuatu perkara diluarjangka yang tidak popular.

Kerana manusia tidak mempunyai akal fikiran yang sama. Berlainan fahaman dan berlainan ilmunya.

Sebagai satu agensi yang diberi amanah untuk menjaga segala kenderaan awam didarat. Sesungguhnya tugas SPAD adalah sangat besar dan berat. Lebih-lebih lagi baru-baru ini SPAD telah dihentam teruk bila pengangkutan awam seperti Express Rail Link (ERL) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menaikan tambang perjalanan mereka.

Bila Isu ini timbul, mulalah semua pihak mahu menyalahkan SPAD, bahkan ada Menteri Kabinet sendiri pun menuding jari kearah SPAD. Pelik tapi benar, apa yang Menteri Kabinet buat ketika mereka bermesyuarat untuk menetukan tarif tambang pengangkutan awam? Ponteng mesyuaratkah?

Perlu diingat, SPAD di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri yang mengawal selia SPAD adalah Puan Hajjah Nancy Shukri. SPAD mendengar arahan kabinet dan segala kenaikan tambang akan dipersetujui oleh Kabinet barulah boleh dilaksana.

Akibat dari tekanan yang dihadapi oleh SPAD, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar menjelaskan isu naik tambang ini pada rakyat Malaysia.




Rujuk balik penubuhan SPAD dibawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010. Akta berkenaan memberi kuasa kepada SPAD memastikan pengangkutan awam darat yang selamat, terancang, bersepadu dan berpatutan kosnya.

Mengenai perlantikan Pengerusi. Tak perlu dipertikaikan, kerana jawatan Pengerusi SPAD adalah hak prerogatif Perdana Menteri, seperti mana juga jawatan Menteri-Menteri Kabinet.

Bukan calang-calang orang boleh jadi Pengerusi SPAD ni. Perlantikannya sebagai Pengerusi SPAD pada 3 Jun 2010, meletakkannya di atas kerusi panas. Umpama mudik menyongsong arus, hilir menyongsong pasang, beliau terus menghadapi rintangan demi rintangan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Perdana Menteri kepadanya.

Jadi jangan jadikan SPAD sebagai 'Punching bag' untuk jadi popular dan melepaskan alasan pada SPAD punca kemarahan rakyat. Kerana SPAD hanya berkhidmat bagi negara mengikut saranan pimpinan negara.

Bila Menteri Turun Padang Buat Lawatan Mengejut


Jarang untuk kita melihat seorang Menteri turun padang apabila menerima aduan daripada orang ramai. Kebanyakannya hanya menghantar pegawai atau kakitangan untuk uruskan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, membuktikan bahawa beliau ialah Menteri yang benar-benar bertanggung jawab. Tindakan turun padang ke JPJ Wangsa Maju secara mengejut ini dilakukan DS Liow semata-mata mahu melihat sendiri permasalahan-permasalahan yang diadukan oleh rakyat.

Beliau turut merasai sendiri apa yang dialami orang ramai, Liow mendapati bahawa tempoh masa menunggu di kaunter bagi urusan memperbaharui lesen memandu memakan masa lebih daripada 1 jam. Walhal tempoh yang disasarkan adalah dua kali ganda kurang daripada itu!




Apabila bertanyakan hal itu kepada pegawai JPJ yang bertugas di kaunter berkenaan, beliau diberitahu bahawa pelanggan yang datang ke cawangan tersebut dianggarkan seramai 800 orang setiap hari. Lebih daripada kapasiti yang JPJ ada.

Kemudian DS Liow telah mengarahkan lebih banyak lagi kaunter dibuka, bagi membolehkan perjalanan urusan di situ lebih cepat dan lancar. Katanya, pengurangan masa menunggu merupakan antara yang terkandung di dalam Program Transformasi Kerajaan.




Beliau juga mengenal pasti ada kiosk yang tidak beroperasi selepas waktu bekerja. Sehubungan itu beliau akan membawa isu tersebut ke kementerian bagi menangani permasalahan yang wujud.

Dalam cadangan untuk mengurangkan kesesakan dikaunter JPJ beliau mungkin akan memperkenalkan beberapa kaunter 'online' untuk memudahkan penguna berurusan dengan JPJ dari rumah sahaja. Itu mungkin dapat diuruskan tapi mengambil sedikit masa.

Ternyata, lawatan mengejut yang dibuat oleh DS Liow, benar-benar memberi manfaat pada beliau dan rakyat melihat kesusahan dan kesepitan mereka dirasai oleh Menteri yang bertanggung jawab dan cuba untuk selesaikan masalah yang selama ini berlaku.

Ahad, 20 Disember 2015

Skuad Kedah Pasukan BolaSepak Terbaik 2015


Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015 yang diadakan malam tadi menyaksikan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dinobatkan Pasukan Bolasepak Terbaik 2015.

Kejayaan ini diperoleh selepas pasukan Kedah menunjukan pretasi luar biasa dan cemerlang sepanjang musim apabila menjuarai liga perdana 2015 sekaligus kembali ke Liga Super 2016 dan yang terbaru menjadi Naib Juara TM Piala Malaysia bertemu Selangor di Shah Alam.

Pengurusan yang terbaik menyaksikan pasukan beraksi cemerlang dan juga penyokong yang sentiasa memenuhi stadium setiap perlawanan walaupun dalam Liga Perdana.


Anugerah Bolasepak Kebangsaaan 2015 tahun ini berdasarkan merit mata pemilihan oleh 72 pihak terdiri dari jurulatih, ketua pasukan dan penulis sukan.

Pemain yang tercalon perlu melepasi syarat minima beraksi 11 perlawanan dalam saingan tahun ini.

Senarai pemenang Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2015


Sunway Convention Center 18 Disember 2015, 8.30 malam

Kategori Pemain Paling Bernilai 2015
SAFIQ RAHIM (JDT)

Kategori Anugerah Khas 2015
JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT)

Kategori Penyerang Terbaik 2015
AMRI YAHYAH (JDT)

Kategori Pemain Tengah Terbaik 2015
SAFIQ RAHIM (JDT)

Kategori Pertahanan Terbaik 2015
AIDIL ZAFUAN ABD RADZAK (JDT)

Kategori Penjaga Gol Terbaik 2015
FARIZAL MARLIAS (JDT)

Kategori Pemain Import Terbaik 2015
LUCIANO FIGUEROA (JDT)

Kategori Jurulatih Terbaik 2015
MARIO GOMEZ (JDT)

Kategori Pemain Muda Harapan 2015
MATTHEW DAVIES (PAHANG)

Kategori Penjaring Terbanyak Liga Premier 2015
FRANCIS FORKEY DOE (NS)

Kategori Penjaring Terbanyak Liga Super 2015
DRAMANE TRAORE (PDRM)

Kategori Fair Play 2015
LIONS XII

Kategori Pasukan Bolasepak Terbaik 2015
KEDAH

Kategori Kelab Penyokong Terbaik 2015
ELEPHANT ARMY (PAHANG)

Kategori Pemain Wanita Terbaik 2015
NURUL AZURIN MAZLAN (SABAH)

Kategori Pemain Futsal Wanita Terbaik 2015
SITI ASNIDAH ZAMRI (S'GOR)

Kategori Pemain Futsal Lelaki Terbaik 2015
AZRUL HADEE TAUFIQ (FELDA)

Hati-hati Lakonan Hidup Susah Untuk Buat Duit?

gambar sekadar hiasan

Sekarang ni banyak kes viral orang susah dok dirumah usang yang dah hampir nak roboh. Kemudian diselit dengan ayat-ayat sedih kononnya kerajaan dan agensi tak membantu.

Memang tak dinafikan ada mereka yg benar-benar susah. Tapi ada juga yang hanya buat-buat susah.
Bila dihantar orang untuk buat siasatan (untuk beri bantuan), ramai yang kantoi 'berlakon' susah untuk cari simpati dan buat duit. Maklumlah rakyat Malaysiakan pemurah. Bila diVIRAL kata orang susah, ramai yang buat kutipan amal atau derma untuk membantu.

Kes di Sik, kes di Pendang bahkan di Padang Terap, katanya tinggal dirumah bak reban ayam. Tapi pada hakikatnya, menerima bantuan bulanan dari JKM dan mempunyai sebuah rumah PPRT yang telah dibina untuk mereka sekeluarga menetap.

Apa motif mereka tidak tinggal dirumah yang disediakan tu? Apa motif pulak diVIRALkan rumah lama dalam keadaan daif tapi tidak dinyatakan ada rumah baru yg dibina percuma oleh Kerajaan?

Minta, kita penguna media sosial berhati-hati dalam menyebarkan maklumat, kerana tak semestinya apa yang kita lihat disosial media itu betul. Ada mereka yang menyalahgunakan medium ini dan kebaikan hati rakyat Malaysia untuk mencari makan dengan cara yang salah.

Walaupun tak semua, tapi sekarang ianya kerap berlaku.

Kita Prihatin tapi jangan sampai dipergunakan.

Pesanan Ikhlas Dari Warga Prihatin

Sabtu, 19 Disember 2015

MCA Teguh Bersama Sedia Hadapi PRU 14


Pilihanraya Umum yang ke 14 kurang dari 700 hari saja lagi. Semua parti politik tak kiralah dari pihak Kerajaan atau pembangkang, sedang mengambil langkah untuk memperkukuhkan parti masing-masing.

MCA Malaysian Chinese Association, parti komponen BN yang mewakili kaum cina, kurang berkesan kempennya dalam PRU yang lepas. Belajar atas kekurangan tersebut, MCA mengambil langkah initiatif untuk membuat persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14.

Berbekalkan kempen 'Stronger Together' atau 'Teguh Bersama', MCA di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, telah memutuskan untuk menganjurkan satu siri aktiviti untuk sentiasa bertemu dengan Rakyat. Presiden MCA, Dato Sri Liow Tiong Lai berharap semua ahli MCA akan kekal 'Teguh Bersama' di dalam menghadapi PRU14 yang akan datang.

Kita tahu, kelebihan parti MCA dimata kaum cina ialah kebajikan dari servis yang mereka berikan. Disebabkan itu, MCA juga melahirkan iltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Rakyat.

Liow Tiong Lai telah melantik Dato Sri Ong Ka Chuan, Setiausaha Agung MCA, sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Perhubungan MCA Pulau Pinang bagi menggantikan Datin Paduka Chew Mei Fun. Liow juga telah melantik Timbalan Presiden MCA, Dato Sri Dr Wee Ka Siong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pilihanraya bagi menghadapi PRU14.

Susunan jentera baru MCA ini tampak lebih kukuh dan kelihatan lebih bersedia. MCA perlu mencari jalan untuk kembali mengambil hati ahli mereka dan pengundi kaum cina yang kita sedia maklum sudah jauh hati dengan Barisan Nasional.

Sebenarnya, Kempen 'Teguh Bersama' yang dilakukan oleh MCA adalah kesinambungan kempen yang dilakukan sejak April 2014, sebagai satu langkah transformasi oleh parti berkenaan. Pimpinan MCA mahu semua ahli MCA di Malaysia teguh bersama mereka untuk meneruskan perjuangan legasi MCA didalam Kerajaan BN sebagai parti utama kaum cina di Malaysia.

Khamis, 17 Disember 2015

FGV Mungkin Tembusi Pasaran Afrika!



Dalam usaha meneroka peluang untuk mengembangkan FGV ke luar negara. Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) sedang meneliti untuk melabur di Pasaran Afrika.

Presiden FGV yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, beliau sendiri akan ke Gabon untuk mengadakan pertemuan empat mata dengan kerajaan negara tersebut bagi mengadakan perbincangan dan menilai potensi pelaburan disana.

Menurutnya lagi, pasaran Afrika yang luas menjadi keutamaan FGV memasarkan produk-produk hilirannya. Jika diberi peluang FGV sedia melabur secara fizikal di Afrika Selatan.

FGV sudah mengerakan perbincangan dengan Kerajaan Gabon dan Olam International Ltd. (Olam) sedang diusahakan bagi kerjasama samaada di Bahagian huluan atau hiliran.

Ketika ini FGV sedang Giat mengadakan kerjasama dengan Olam, sebuah syarikat pertanian yang berpusat di Singapura, bagi melatih pekebun-pekebun sawit Gabon dalam usaha membantu negara Afrika itu membangunkan ladang sawitnya mengikut kaedah dan konsep yang digunapakai oleh Felda.

Datuk Mohd. Emir turut menambah bahawa perbincangan masih lagi diperingkat awal, jika berjaya kemungkinan FGV akan memulakan dengan pembangunan kilang penapisan sawit atau biodiesel.

Afrika merupakan tempat baru bagi FGV dan juga Felda untuk mengembangkan lagi pasaran mereka. Namun kajian terperinci harus dilaksanakan, takut jika tersalah langkah. Ia memberi kesan yang besar pada syarikat tempatan tersebut.

Selasa, 15 Disember 2015

Jika Pemimpin Asalnya Baik Pasti Akan Terserlah Kebaikannya


Jika memang dalam hati itu ada kebaikan, lama-lama kelamaan orang akan nampak dan sinar kebaikan itu akan terpancar kepada orang lain.

Begitulah yang terjadi kepada Datuk Dr Ir Wee Ka Siong, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor. Tak semena-mena viral gambar Dr Wee, sedang menolak kerusi roda seorang makcik berbangsa Melayu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kisahnya berlaku ketika makcik ini bersama ahli keluarga mereka, ingin menaiki pesawat dari Kota Kinabalu untuk menuju ke Kuala Lumpur, ketika anggota keluarga mereka yang lain sedang menyemak tiket dan mencari tempat duduk, makcik ini menunggu keseorangan diluar sebelum masuk ke pesawat,

Gelagat keluarga berkenaan mendapat perhatian dari Dr Wee, yang melihat akan makcik ni seolah-olah risau. Kebetulan pula Dr Wee berada berhampiran makcik ini pantas menyambut kerusi rodanya untuk membantu menaiki kapal terbang.

Semua orang faham keadaan sedikit sibuk ketika krew kapal sedang menyemak tiket, tindakan pantas Dr Wee ini melihatkan kepribadiannya yang mesra masyarakat dan tidak boleh melihat rakyat dalam keadaan kesusahan pasti dia akan bantu jika ternampak.

Orang Johor khususnya masyarakat Ayer Hitam tentunya sudah masak dengan sikap Datuk Wee yang amat mesra dengan masyarakat dikawasannya, dikawasannya yang rata-rata masyarakat Melayu sedikit sebanyak telah membuatnya memahami budaya dan perangai orang Melayu.

Diraut wajahnya orang sudah kenal beliau berbangsa Cina, ada juga yang mengatakan beliau iras-iras masyarakat baba dan nyonya, memandangkan beliau tinggal dikawasan yang ramai masyarakat Melayu membuatkannya sudah sinonim dengan budaya Melayu sehinggakan tandatangan pun menggunakan tulisan JAWI.

Penulis pernah dengar ada orang melayu dikawasan beliau kata, beliau sebenarnya dah jadi 70% melayu dari cina. Begitulah peribadi seorang pemimpin yang disayangi masyarakat berbilang kaum.

Sabtu, 12 Disember 2015

Skuad Sayang Wanita UMNO Begitu 'Energetik'



Bagi pengiat politik tanah air, tak kisah la dipihak Kerajaan atau Pembangkang, sudah tentu tahu bahawa Wanita UMNO merupakan tulang belakang parti UMNO yang sangat penting. Lebih-lebih lagi Jentera Skuad Sayang yang sememangnya cukup bersemangat dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan tugas.

Hal ini disebut oleh Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid, yang menyifatkan Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO sebagai begitu 'energetik'.

Kenyataan Ahli Parlimen Kota Tinggi berkenaan merujuk kepada tindakan Skuad Sayang Wanita UMNO Malaysia yang sentiasa bersedia dalam menjalankan tugas bagi membantu melicinkan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO. Anggota Skuad Sayang sentiasa setia bersatu memberi khidmat kepada parti bila-bila masa sahaja yang diperlukan.

Datuk Ehsan menyarankan kepimpinan Skuad Sayang mengembleng usaha untuk menghebahkan segala apa yang dilakukan di media sosial agar rakyat mengetahui peranan dan kepentingan skuad berkenaan.

Wanita UMNO diingatkan agar bersatu mengembeling usaha menangkis tohmahan, fitnah dan putar belit di media sosial bagi mempertahankan parti UMNO daripada serangan pembangkang.

Juga diperingatkan agar Skuad Sayang mengerakkan program bersama agensi-agensi Kerajaan seperti JASA, KEMAS, Seranta FELDA dan BTN dalam usaha mereka memberi bantuan dan khidmat kepada Rakyat.

Dalam majlis makan malam yang sama juga Datuk Ehsan melahirkan kegembiraan apabila mahasiswa di IPTA dan IPTS memberi respon yang positif terhadap semua usaha Kerajaan membantu Rakyat. Ini dapat dilihat apabila mereka mengupas setiap isu-isu semasa dengan fakta yang benar dan berjaya memenangi banyak tempat dalam pilihanraya universiti.

MCA Sokong PDRM Cegah Fahaman ISIS



Ancaman Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) bukan perkara baru. Pelbagai seminar, penerangan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan dan agensi untuk menyedarkan orang ramai mengenai ancaman kumpulan penganas ini.

ISIS bukanlah kumpulan pejuang agama seperti mana yang mereka nyatakan. Mereka hanya mengunakan nama Islam untuk menarik sokongan umat Islam yang lain sedangkan cara mereka dan perjuangan mereka tidak langsung berpandukan Islam yang sebenar.

Di Malaysia, baru-baru ini Parti Komponen Barisan Nasional (BN) MCA menyatakan sokongan secara terbuka terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan menghargai usaha PDRM di dalam perjuangan menentang penyebaran ideologi militan di Malaysia terutama golongan ISIS.

Seminar Keselamatan Negara & Ancaman Militan IS telah dirasmikan oleh Presiden MCA, Datuk Sri Liow Tiong Lai, seminar telah dibuat di Wisma MCA.



MCA tidak memandang ringan terhadap ancaman militan ISIS memandangkan ia boleh menggugat keselamatan negara. Dalam ucapan perasmian DS Liow berkata, jika 1% sahaja dari militan IS yang dianggarkan oleh pihak PDRM berjumlah 50,000 memilih untuk bertindak dengan menzahirkan perjuangan secara fizikal di Malaysia, pasti sekali negara akan berada didalam keadaan kucar kacir dan huru hara.

Menurut Liow lagi,

Bukan sahaja Malaysia saja menerima ancaman pelampau ini, negara seperti Perancis, Filipina dan beberapa negara lain turut menerima padahnya. Pendirian rasmi MCA menurut beliau adalah berkaitan militan ISIS tiada kaitan dengan Agama atau Bangsa.

Seperti yang penulis katakan, ISIS bukan perjuangkan agama Islam.

Oleh itu MCA amat berpuas hati dengan kerja kuat yang dilakukan oleh PDRM dalam mengekalkan keamanan negara dari ancaman pengganas.

Tahniah PDRM, teruskan usaha murni ini!


Jumaat, 4 Disember 2015

Kakitangan SPAD Turun Padang Untuk Sebar Risalah Rangkaian Bas Baru KL



Sudah tentu perubahan tentang Penyusunan semula Bas di Kuala Lumpur yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) pada mulanya akan menyukarkan penguna. Penguna dan peneraju bas sudah biasa mengunakan sistem lama, jadi apabila ditukar ke sistem baru, ianya akan dianggap remeh dan membebankan.

Kegagalan sesuatu sistem, bukan pada penukaran atau kesan selepas tukar. Tapi ianya memakan masa nak perlu penambahbaikan yang bertingkat. Penulis percaya SPAD sudah tentu mengkaji perkara ini dengan teliti terlebih dahulu sebelum berani melancarkannya.

Perubahan sistem rangkaian bas di Kuala Lumpur ini dibahagikan beberapa zon dan ianya lebih tersusun. Seperti peta dibawah,


Untuk detail maklumat mengenai sistem baru ini boleh baca di SINI

Untuk menyebarkan maklumat penukaran sistem bas mengikut zon ini. Kakitangan SPAD turun sendiri mengedarkan risalah dan menerangkan sendiri pada penguna.







Penulis faham dan ambil maklum di atas situasi penguna untuk menyesuaikan diri dengan penyusunan semula rangkaian bas yang baru sahaja mula beroperasi. Kita percaya SPAD sedang melakukan yang terbaik untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi orang ramai.

SPAD telahpun menghubungi semua pengusaha bas yang terlibat dalam pelaksanaan BNR untuk memperbaiki keadaan beserta meningkatkan jumlah bas secara berperingkat berdasarkan keperluaan penumpang bas di sesetengah kawasan.

Bukan mudah nak tukar sistem, tapi InshaAllah.. SPAD akan lakukan yang terbaik pada semua penguna pengangkutan awam.

Untuk maklumat terkini, sila rujuk Facebook, Twitter dan laman web SPAD di www.spad.gov.my.

Khamis, 3 Disember 2015

Risalah Penerangan Tentang Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti di Kuala Lumpur



Bermula pada 1 Disember 2015, penyusunan semula laluan bas henti-henti (BNR) di Greater Kuala Lumpur akan dibahagikan kepada 8 koridor.

1. Koridor Jalan Ipoh: RapidKL, Selangor Omnibus, Setara
Jaya, Wawasan Sutra

2. Koridor Jalan Pahang: RapidKL, Len Seng
3. Koridor Ampang: RapidKL
4. Koridor Cheras: RapidKL, Sri Indah
5. Koridor Sungai Besi: RapidKL, Sri Indah, Metrobas, Nadi
Putra
6. Koridor Jalan Klang Lama: RapidKL, Metrobas
7. Koridor Lebuhraya Persekutuan: RapidKL, Cityliner,
Seranas, Causeway Link, Wawasan Sutra
8. Koridor Damansara: RapidKL

Penyusunan semula ini diharap akan membuatkan sistem pengangkutan seperti bas ini akan lebih tersusun dan memudahkan penumpang untuk menuju kesesuatu lokasi.

Bagi memudahkan, sila semak risalah yang seperti dilampirkan.

Risalah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti Henti (BNR) bagi Koridor Ampang

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) Di Greater Kuala Lumpur :-
Bagi Koridor Ampang
Pengendali Bas adalah :-
1. RapidKL
Kawasan Perkhidmatan :-
Pandan Mewah, LRT Ampang, Ampang Point, Jalan Ampang, KLCC

Risalah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti Henti (BNR) bagi Koridor Cheras

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) Di Greater Kuala Lumpur :-
Bagi Koridor Cheras
Pengendali Bas adalah :-
1. RapidKL
2. Sri Indah
Kawasan Perkhidmatan :-
Kajang, Cheras, Taman Dagang, Taman Maluri, Pandan, Pudu, Bangi

Risalah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti Henti (BNR) bagi Koridor Damansara

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) Di Greater Kuala Lumpur :-
Bagi Koridor Damansara
Pengendali Bas adalah :-
1. RapidKL
Kawasan Perkhidmatan :-
Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Pusat Bandar Damansara, Komplek Kerajaan Jalan Duta, Bangsar, Pantai Dalam, Pantai Hill Park

Risalah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti Henti (BNR) bagi Koridor Jalan Ipoh

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) Di Greater Kuala Lumpur :-
Bagi Koridor Jalan Ipoh
Pengendali Bas adalah :-
1. RapidKL
2. Selangor Omnibus
3. Setara Jaya
4. Wawasan Sutra
Kawasan Perkhidmatan :-
Kepong, Segambut, Sentul, Rawang, Selayang, Sungai Buloh, Gombak


Risalah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti Henti (BNR) bagi Koridor Jalan Klang Lama

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) Di Greater Kuala Lumpur :-
Bagi Koridor Jalan Klang Lama
Pengendali Bas adalah :-
1. RapidKL
2. Metrobas
Kawasan Perkhidmatan :-
Puchong, Klang Lama, Taman Desa, Petaling Jaya Selatan (PJS), Subang Jaya

Risalah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti Henti (BNR) bagi Koridor Jalan Pahang

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) Di Greater Kuala Lumpur :-
Bagi Koridor Jalan Pahang
Pengendali Bas adalah :-
1. RapidKL
2. Len Seng
Kawasan Perkhidmatan :-
Jalan Genting Klang, Hulu Klang, Gombak, Taman Melawati, Wangsa Maju, Setapak, Keramat, Semarak

Risalah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti Henti (BNR) bagi Koridor Lebuhraya Persekutuan

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) Di Greater Kuala Lumpur :-
Bagi Koridor Lebuhraya Persekutuan
Pengendali Bas adalah :-
1. RapidKL
2. Cityliner
3. Seranas
4. Causeway Link
5. Wawasan Sutra
Kawasan Perkhidmatan :-
Petaling Jaya, Subang Jaya, Subang Suria, Shah Alam, Alam Megah, Sri Muda, Bandar Klang, Banting, Kuala Selangor, Meru, Port Klang sekitar Klang


Risalah Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti Henti (BNR) bagi Koridor Sungai Besi

Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-Henti (BNR) Di Greater Kuala Lumpur :-
Bagi Koridor Sungai Besi
Pengendali Bas adalah :-
1. RapidKL
2. Sri Indah
3. Metrobas
4. Nadi Putra
Kawasan Perkhidmatan :-
Putrajaya, Serdang, Seri Kembangan, Desa Petaling, Bandar Sungai Long

 Info lanjut yang lebih jelas sila layari www.spad.gov.my/bnr