Khamis, 29 Disember 2016

Projek Dari China, Melabur ka Hutang?


Apa yang Najib bawa balik dari China?

NAJIB PINJAM DARI NEGARA KOMUNIS


1) Najib isytihar pinjaman sebanyak 55 billion Ringgit dari sebuah syarikat di masa lawatannya ke China.

2) Pinjaman ini adalah untuk membangunkan landasan keretapi letrik di Pantai Timur.

3) Kerajaan Najib telah pun pinjam 42 billion Ringgit untuk 1MDB. Kerana tidak membayar faedah dan pokok, hutang ini meningkat kepada lebih 53 billion Ringgit. Tidak ternampak sedikit pun pelaburan yang memberi keuntungan yang boleh diguna untuk bayar hutang. Sudah tentu jika tidak dibayar faedah hutang ini akan meningkat lagi.

4) Najib juga merancang untuk mengadakan keretapi kelajuan tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur. Untuk projek ini Najib perlu hutang lebih kurang 50 billion Ringgit lagi.

5) Jumlah semua melebihi 160 billion.

6) Kita tidak diberi maklumat tentang pelaburan 1MDB selain dari kerugian membeli stesen janakuasa dan menjualnya kepada syarikat China dengan kerugian yang besar.

7) Tetapi berkenaan pinjaman sebanyak 55 billion untuk landasan keretapi, kita boleh ramal ke mana akan perginya wang 55 billion ini.

8) Kalau benar kos landasan Pantai Timur ialah 55 billion, yang akan dapat keuntungan ialah kontraktor asing yang tentu akan membangun projek ini.

9) Mereka akan membawa masuk segala bahan teknologi, pekerja dari negara mereka. Projek ini akan ambil masa sekurang-kurangnya 7 tahun, mungkin lebih. Pekerja mereka, seramai puluhan ribu mestilah di tempat di sini, khusus di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

10) Kos semua ini akan diperolehi hampir semuanya oleh kontraktor luar negeri. Jadi wang yang dipinjam dari syarikat negara China akan kembali ke sana.

11) Di masa yang sama bayaran hutang sebanyak 55 billion dengan faedah akan kembali ke negara itu juga. Mungkin pembayaran akan ambil masa 30 tahun atau lebih. Jumlah bayaran bersama dengan faedah selama 30 tahun akan meningkat kepada 90 billion Ringgit.

12) Kemudian datang keperluan membeli “rolling stock” iaitu gerabak-gerabak elektrik yang akan menelan belanja berbillion lagi. Sekali lagi wang berbillion akan mengalir keluar negeri.

13) Pekerja luar yang dibayar gaji di sini akan hantar separuh balik ke negara mereka. Sekali lagi wang kita akan mengalir keluar negeri.

14) Sepatutnya bayaran balik semua ini, hutang, kontrak, alatan untuk landasan dan gerabak elektrik datang dari keuntungan operasi keretapi pantai timur. Bolehkah kita dapat cukup pendapatan menjual tiket keretapi atau muatan barangan antara pantai barat dengan pantai timur?

15) Kata orang Kelantan lebih murah dan lebih cepat jika penerbangan low cost diguna untuk berjalan antara Pantai Timur dengan bandar-bandar di Pantai Barat.

16) Jika tiket keretapi Pantai Timur dijual dengan harga yang tinggi mungkin ramai yang akan pilih penerbangan.

17) Jika harga tiket rendah keuntungan mungkin tidak diperolehi.

18) Jadi hutang dan kos serta kerugian perlu ditanggung oleh Kerajaan dari dana campuran atau consolidated Fund.

19) Tetapi hari ini Kerajaan tidak ada duit. Lagi pun nilai Ringgit jatuh teruk – bermakna lebih banyak Ringgit diperlukan untuk membayar hutang dengan Dolar Amerika atau Yuan. Dari manakah duit ini akan datang. Hutang lagi atau naikkan cukai dalam negeri dan GST. Dan ini akan membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang melambung tinggi.

20) Ya. Memang rancangan keretapi Pantai Timur adalah projek gilang dan gemilang. Yang tidak gilang gemilang ialah beban hutang. Rakyat Malaysia yang akan tanggung beban ini berpuluh tahun.

Dari page The Hope

\\\\\\\\\\ The HOPE //////////

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Iten 9 dan 10 nnpk ssgt nipunyer.... mcmnx ada pindahan teknologi atau mcmndah tsk ada rakyat yg pandai utk berkerja dng kontraktor asing...smpikan brtibu prketja asing yg berkerja.... nk nipu pun agak2 la

Tanpa Nama berkata...

Apa yg boleh saya simpulkan ialah, diluar sana ramai "ahli2 ekonomi" yg pandai (atau memandai mandai?) menjana ekonomi daripada mereka yg memang arif dan pakar dlm bidang ekonomi itu sendiri. Tak tau bila akan berfikiran negara maju..... Fikir fikirkan ye.....

Tanpa Nama berkata...

Xde nipu nye.. Sekarang ini pun tlh terdapat lambakan pekerja asing di sektor perkilangan dan pembinaan..

Apa yg ditulis oleh penulis adalah kebimbangan yg berasas..

Tanpa Nama berkata...

Berfikiran negara maju harus bermula dari yg memimpin..

Yg dipimpin.. Yakni rakyat akan mengikut dgn visi dan misi "maju" yg dibawa oleh pemimpin..

Jika hutang bertimbun.. Dan gali lobang tutup lobang je kerja nye..

Maka, itu lah yg akan diikuti oleh rakyat..!

Berdaya maju dan berfikiran maju ke begitu..?