Ahad, 31 Januari 2016

Surat terbuka Orang Kedah kepada YAB DS @NajibRazak PM Malaysia


Assalammualaikum.. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, moga Dato Seri sihat dan meneruskan usaha membawa negara kita kearah yang lebih maju, bukan saja segi ekonomi bahkan sosialnya.
Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk meluahkan rasa hati seorang rakyat terhadap pergolakan politik di Kedah sekarang. Bukan niat untuk mencampuri urusan politik negara atau negeri tapi, hanya ini medium untuk saya luahkan rasa hati.

Dato Seri, tahu tak bahawa, rakyat Malaysia termasuk Kedah sedang mengalami tekanan ekonomi dengan kenaikan harga barang yang semakin tinggi. Kehidupan yang semakin terhimpit malah ada yang mula tertekan dengan cara hidup sekarang.

Tapi apabila isu penukaran YAB Menteri Besar Kedah muncul. Ianya telah tengelamkan berapa isu utama yang lain, rasanya Dato Seri sendiri pun tahu. Malah rakyat juga seakan terlupa akan masalah ekonomi yang melanda diri dan negara. Ini kerana rakyat Kedah hatta Malaysia memandang penukaran Dato Seri Mukhriz Mahathir sebagai MB Kedah adalah satu isu besar yang tak patut berlaku.

Mungkin dari pandangan mata Dato Seri PM, Dato Seri Mukhriz ini tidaklah sehebat mana. Tak penting pun dalam organisasi UMNO. Kemungkinan juga disebabkan Ayahanda beliau yang sering mengkritik pentadbiran Dato Seri, menyebabkan beliau sendiri telah diCOP sebagai api dalam sekam.
Sebenarnya pada pandangan rakyat, Dato Mukhriz adalah HERO, beliau hanya menyuarakan pendapat hatinya mengenai isu-isu semasa yang menghimpit rakyat Kedah. Sebagai seorang MB, sudah tentu beliau mahu menjaga negeri dan rakyatnya ditahap yang terbaik.

Mengenai krisis politik pula, sepatutnya Dato Seri PM boleh menarik nafas lega apabila di Kedah ada seorang pemimpin yang mampu menjanjikan kemenangan pada BN untuk PRU 14 ini. BN Kedah mampu menang, cuma perlu membuat beberapa penambahbaikan saja. Bukan mudah nak cari pemimpin BN yang disayangi rakyatnya buat masa sekarang.

Jikalau Dato Mukhriz mempunyai masalah. Seharusnya beliau terlebih dahulu dipanggil mengadap Dato Seri bertanyakan masalah dan selesaikan secara dalaman. Ketua Bahagian, ketua sayap dan adun yang melakukan sidang media tempohari, saya percaya mereka amat setia dengan Dato Seri, biar apa pun keputusan Dato, mereka tetap akan mengikut arahan.

Jadi adalah lebih baik Dato Seri PM, cuba menyelesaikan masalah ini dengan baik dari dalam. Panggil MB, KB dan semua individu didalam UMNO Kedah untuk berbincang dan cari penyelesaian. Pemimpin yang berjiwa besar seperti Dato Seri PM, seharusnya mampu menguruskan perkara ini, dan saya percaya Dato mampu lakukan.

Masa ini juga Dato Seri boleh membuktikan bahawa Dato Seri mampu mengawal masalah dalaman didalam parti sendiri. Malah kelihatan hebat dimata rakyat apabila bertindak demikian. Jika Dato Mukhriz menjadi hero dimata rakyat, Dato Seri pula menjadi hero kepada beliau, memaaf dan menyelamatkan keadaan dari menjadi lebih keruh lagi.

Ini boleh membuatkan imej Dato Seri melonjak naik ketahap tertinggi, kerana berjaya memaaf dan menyelamatkan orang yang pernah menegur pentadbiran Dato.

Saya juga percaya orang Kedah dan rakyat Malaysia akan melupakan isu nasional yang lain jika Dato Seri boleh berlapang dada dan menjadi penyelamat kepada hero rakyat yang teraniaya.

Namun semua kebaikan yang saya nyatakan diatas boleh hilang serta-merta, apabila Dato Seri cuba untuk mengugurkan juga Dato Mukhriz sebagai MB Kedah. Ini kerana buat masa sekarang rakyat Malaysia melihat Dato Mukhriz sebagai insan yang teraniaya, dan dibelot oleh rakan-rakannya sendiri. Sepatutnya Dato Seri boleh menjadi hero menyelamatkan keadaan dan bukan menjadi sebaliknya yang lebih memburukkan lagi.

Tindakan gugur tersebut boleh membuktikan (pada pandangan rakyat) bahawa Dato Seri lah yang merancang semua ini dan tidak mungkin rakyat Malaysia akan memaafkan tindakan tersebut, kerana isu simpati ternyata boleh membuatkan orang terlupa akan perkara baik yang lain.

Sesungguhnya rakyat sedang memerhati apa saja tindakan Dato Seri, malah menilai kembali mandat yang pernah mereka berikan. Terpulang pada Dato Seri, samaada mahu menjadikan keadaan lebih baik, atau lebih buruk dari sekarang.

Kerana Dato Seri perlu tahu, sebagai ahli UMNO, saya juga hampir hilang keyakinan terhadap parti, apabila melihat YAB MB kami dibelot dan dianiaya sedemikian rupa. Jika beliau Menteri Besar pun boleh diperlakukan sebegitu, apa sangatlah kami rakyat bawahan ini.

Jadi kini terpulang pada kebijaksanaan Dato Seri untuk menjadi hero pada rakyat, atau menjadi individu yang melawan kehendak rakyat.

Tapi dihati kecil saya menyatakan Dato Seri Najib sebenarnya boleh menjadi penyelamat..percayalah.

- Suara Rakyat Kedah -
‪#‎SelamatkanKedah‬

Isnin, 18 Januari 2016

Video: Masjid Al-Fateh Perintis Projek Sistem Tenaga Solar Di Kedah



Sidang Media YAB kelmarin selepas merasmikan Projek Sistem Tenaga Solar berkapasiti 12 kilowatt (kW) di Masjid Al-Fateh, Bandar Baharu.

Projek ini merupakan perintis Projek Sistem Tenaga Solar di bawah Agenda Hijau Kedah yang dilancarkan 18 Oktober tahun lalu.

Projek ini merupakan projek cetusan ilham Pengerusi Jawatankuasa Teknologi Tinggi, Sains dan Inovasi negeri, YB Dato' Norsabrina Mohd. Noor yang mendapat sumbangan syarikat pengeluar panel solar terkemuka dunia, First Solar dengan kos RM107,000.


YAB MB amat teruja dan gembira dengan kejayaan ini. Bagi YAB MB, ini merupakan antara langkah terpenting dalam memastikan Kedah muncul sebagai antara pelopor teknologi tenaga boleh diperbaharui di negara Malaysia seperti yang termaktub dalam Agenda Hijau Kedah.

YAB MB juga harap penggunaan panel solar seperti ini dapat diperluaskan lagi di rumah ibadat, bangunan kerajaan negeri, swasta dan pelbagai premis lain kerana penggunaannya tidak hanya boleh menjana pendapatan malah turut mendatangkan kesan lebih baik kepada alam sekitar.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Majlis Agama Islam Kedah, Datuk Zahari Ismail, Pengarah Urusan First Solar Malaysia, Datuk P’ng Soo Hong; serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam negeri, Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim.

Untuk makluman, sistem yang dipasang ini mampu menjana sehingga 46 kilowatt per jam (kWh) sehari bersamaan 16,790 kWh setahun serta mampu menjana pendapatan bersih kepada masjid menerusi kaedah Feed-in-Tariff (FiT) selama 21 tahun sebanyak RM390,000, bermula bulan ini.

Selain itu YAB MB turut memberitahu, setakat ini kerajaan negeri sedang menilai beberapa kertas cadangan oleh beberapa pihak bagi memperluaskan penggunaan tenaga solar di bangunan kerajaan di negeri ini.



#Video Sidang Media YAB kelmarin selepas merasmikan Projek Sistem Tenaga Solar berkapasiti 12 kilowatt (kW) di Masjid...
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, 16 January 2016

Ahad, 3 Januari 2016

Gunung Jerai GeoPark Kedua Kedah?


Dalam sidang media (video) semalam selepas Majlis Pelancaran ‪#‎DiscoverKedah2016‬ , YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan, Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak GeoPark ke dua bagi Negeri Kedah.

Selain itu, Hutan Paya Bakau Sungai Merbok berkeluasan 3,000 hektar yang mempunyai 48 spesies paya bakau daripada 60 spesies di dunia juga turut dipohon sebagai Rizab Biosfera Unesco dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco).
YAB DS Mukhirz berharap dalam setahun atau dua, kawasan terbabit mendapat status yang dipohon dari pihak Unesco.

Pastinya kegiatan ekonomi penduduk melalui aktiviti pelancongan akan meningkat selepas sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan geo park.

Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak Geo Park
Dalam sidang media (video) semalam selepas Majlis Pelancaran #DiscoverKedah2016 , YAB Dato' Seri Mukhriz Tun Mahathir memaklumkan, Kedah bercadang jadikan Gunung Jerai sebagai tapak GeoPark ke dua bagi Negeri Kedah. Selain itu, Hutan Paya Bakau Sungai Merbok berkeluasan 3,000 hektar yang mempunyai 48 spesies paya bakau daripada 60 spesies di dunia juga turut dipohon sebagai Rizab Biosfera Unesco dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (Unesco).YAB DS Mukhirz berharap dalam setahun atau dua, kawasan terbabit mendapat status yang dipohon dari pihak Unesco.Pastinya kegiatan ekonomi penduduk melalui aktiviti pelancongan akan meningkat selepas sesuatu kawasan diisytiharkan sebagai kawasan geo park.#MMFC #KedahAmanMakmur #Unesco #Kedah
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Saturday, January 2, 2016

Jumaat, 1 Januari 2016

Video: Throwback 2015 Ds Mukhriz Tun Mahathir




Video sedutan 'throwback' program dan aktiviti YAB MB Kedah; Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sepanjang tahun 2015.

Walaupun tak merangkumi semua program namun pengisiannya membangkitkan ingatan kita bersama.

Moga tahun baru memberi rahmat dan azam untuk sama-sama kita berusaha mencari kejayaan didunia dan akhirat.



Video sedutan 'throwback' program dan aktiviti YAB MB Kedah; Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir sepanjang tahun.
Posted by Mukhriz Mahathir FC on Thursday, 31 December 2015