Sabtu, 9 Oktober 2010
PANAS!! ANWAR BELA SAMSENG??
Oleh Susan Lim
Kes sodomi 2 masih lagi berjalan dan terus menerus menyakitkan kepala, namun satu lagi penangan diterima oleh Anwar semalam apabila bekas pembantunya, Rahimi Osman mengambil keputusan untuk menyatakan kebenaran. Rahimi sepatutnya menjadi saksi dalam kes Anwar tetapi entah bagaimana telah ‘hilang’ begitu saja sebelum ini.
Rahimi, dalam laporan polisnya menyatakan yang dia telah dipaksa oleh Anwar untuk membuat dua Akuan Bersumpah Palsu bagi mengaitkan Najib dan Rosmah di dalam kes sodomi Anwar ketika dia dikurung di dalam sebuah bilik di Quality Hotel Shah Alam selama beberapa hari.
Rahimi berkata yang dia terpaksa menurut perintah Anwar kerana bimbangkan keselamatannya memandangkan beratus penyokong Anwar berada di sekeliling hotel berikutan kes sodomi 2 yang menimbulkan kegemparan.
Tiada apa yang mengejutkan dalam kenyataan Rahimi kerana ia memang kelihatannya seperti perbuatan Anwar.
Dalam Sodomi 1, Anwar telah memaksa Umi Hafilda dan Azizan untuk menandatangani pengakuan palsu dan mengurung mereka juga.
Umi Hafilda juga diugut dan keretanya diletupkan serta perlu melalui kepayahan hanya kerana ingin menyatakan kebenaran.
Kini, nasib yang sama menimpa Rahimi, seorang yang mengetahui secara terperinci kronologi hubungan Saiful-Anwar tetapi memilih untuk meninggalkan Anwar di ketika yang sama di mana Saiful juga ingin meletakkan jawatan sebagai pembancuh kopi/pembantu peribadi Anwar.
Oleh itu, apabila dimaklumkan mengenai laporan polis Saiful, Anwar pantas ‘memegang’ Rahimi dan memaksanya menandatangani akuan bersumpah palsu.
Tentu sekali penyokong Anwar yang buta akan bertanya, kenapa sekarang? Dan mereka sendiri akan menjawab bahawa Rahimi dibeli oleh UMNO.
Rahimi menjelaskan yang dia takutkan keselamatan dirinya kerana itulah dia sanggup menandatangani akuan bersumpah tersebut. Dan kita mempercayainya.
Kita percaya Rahimi berada dalam bahaya kerana hanya penjahat sahaja yang akan mengurung seseorang dan memaksanya melakukan sesuatu yang dia tidak suka.
Kita percaya Rahimi berada dalam bahaya kerana telah menyaksikan sendiri bagaimana Rahimi diugut dan diancam oleh samseng PKR ketika ingin mengadakan sidang akhbar tersebut.
Kita percaya Rahimi berada dalam bahaya kerana telah melihat sendiri sikap tidak bertamadun dan ganas penyokong PKR di dalam pemilihan parti mereka.
PKR adalah sebuah parti politik khas untuk para pengganas yang diterajui penjahat ala mafia dan Rahimi punya alasan kukuh untuk merasa takut kepada mereka.
Nampaknya, Anwar kini meletakkan nasib dan masa depannya di tangan penjahat, samseng dan manusia tidak bertamadun.
Anwar benar-benar bergantung kepada mereka-mereka ini untuk mengeluarkannya dari kekusutan yang dibuatnya sendiri dan masalah yang dicarinya sendiri. Patutlah segala-galanya di dalam PKR berbunyi ganas, huru hara dan berserabut.
Dan percayalah, keadaan akan bertambah buruk apabila Anwar menyedari yang dia tidak boleh lepas lagi. Dia pasti akan mengamuk.
Jika rakyat Malaysia tidak sanggup mempunyai seorang penjahat sebagai Perdana Menteri, samseng-samseng sebagai Menteri dan manusia-manusia tidak bertamadun sebagai pegawai kerajaan, maka janganlah kita sekali-kali memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum yang akan datang.
Malaysia Instinct
Mctheory:
Baru jajah negeri dah tunjuk samseng, belum lagi negara.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan