Jumaat, 20 Mei 2011

PANAS!!! : PEMBONGKARAN DAN PENIPUAN PEGUAM PAS KEPADA PENEROKA FELDA

Peguam yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3.... Sedang Gelak Besar

Sebagaimana yang telah di janjikan tidak lama dahulu, pembongkaran terhadap penipuan peguam PAS yang di katakan telah membawa kemenangan kepada peneroka di Felda Kemahang 3 akan saya lakukan. Saya telah berkesempatan membaca surat aduan yang di tulis oleh salah seorang wakil peneroka yang di tujukan kepada Majlis Peguam Malaysia pada 15 hb November 2010, di mana di dalam surat ini, peneroka-peneroka yang tidak berapa lama dahulu seronok sakan setelah menang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya sedar bahawa peguam yang mewakili mereka adalah PENIPU BESAR.


Peneroka-peneroka ini juga sedar bahawa kemenangan mereka ini bukanlah kerana peguam mereka ini hebat, tetapi di sebabkan peguam yang mewakili Felda tidak hadir akibat masalah teknikal. Oleh itu, Mahkamah telah memberikan kemenangan 'free' kepada peneroka. Yang paling untung dengan kemenangan 'free' ini ialah peguam ini kerana buta-buta mereka mendapat bayaran sebanyak RM 3.3 juta manakala setiap peneroka yang seramai 354 orang, hanya dapat RM 19 ribu je....

Di dalam surat yang panjang lebar ini, peneroka meluahkan rasa marah serta penuh kesal terhadap peguam ini. Antara yang menarik, mereka juga mempersoalkan kemana menghilangnya wang sejumlah RM 1.1 juta lagi yang dikatakan di serahkan kepada orang tengah. Sapa rang tengah ini, hanya peguam je yang tahu. Seronok jadi peguam ni kerana mereka dapat isi yang sedap lagi berisi, manakala peneroka pula dapat tulang je. Inilah dia peguam PAS yang kononnya memperjuangkan orang yang di tindas.

Saya percaya, sebab itulah begitu banyak lagi peguam-peguam PAS/PKR seperti Sivarasa dan sebagainya, berebut nak jadi peguam kepada peneroka kerana semuanya ada udang di sebalik batu. Kepada peneroka-peneroka sekelian, fikirkanlah sebelum terlambat..... Kepada peneroka-peneroka yang dah terkena ini, ingatlah pepatah melayu...' Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya.... Biarkan! Biarkan!'.

Anak Jati Felda

11 ulasan:

Awanama berkata...

mesti orang tengah tu peguam yang mewakili felda, sebagai komisyen tak datang ke mahkamah.

peguam felda tu mesti orang pas juga, ha ha ha

Awanama berkata...

kah, kah, kah, kah!!!!!!! pak pandir, pak pandir. menang sabung, kampung tergadai.

Laksamana Bentan berkata...

Salam,

Mohon sebar dlm blog saya.
TQ

Awanama berkata...

betul betul. mesti peguam yang wakil felda tu punya komisen. kalu idak, pegawai felda yang menguruskan hal ini, geng mazlan aliman (anak). orang tengah tu. peguam syer berdua. kalau tak betul, felda patut saman peguam mereka tu balik sebab tak hadir ke mahkamah.

Unknown berkata...

Salam,

Mohon sebar dlm blog saya.

TQ

Awanama berkata...

Alah setakat duit juta-juta apa ada hal. Semua tu daki dunia je! Peneroka penyokong PAS PIS PUS kan dijanjikan syurga, bawak besabau le. Mana lebih penting duit ke syurga. Duit tu kira sedekah je kat peguam. Itu namanya syahid dunia. Kah! kah! kah!

Awanama berkata...

Kesian mereka ni. Tapi masalahnya pergi report ke Pencuri jugak. Habis lah. Lagi satu utk presiden majlis peguam tu.. patut panggil "Yang pukimak, sial, babi & Pandikutty" Tuan Presiden Majlis Peguam

Awanama berkata...

Tak mengapa. Terimalah ujian ini seperti ahli KOHILAL terima padah. Cuba pulak peguam DAP atau PKR mana tahu nasib boleh bertambah buruk.

Tukang Komen.

MOHD NUR ASYRAF berkata...

pembahagian duit tidak samarata.. ada yang dapat 19ribu ada yg dapat 20ribu ada yg dapat dkt ada yang dapat lebih..ada org 2 dapat dekat2 dengan setengah juta boleh beli kereta merchedes 3 biji..... kenapa pembahagian tidak adil... tolong buktikan kebenaran

--anak peneroka kemahang--

Awanama berkata...

yg peguam wan rohimi tu plak ada kaitan persaudaraan dgn ketua pemuda pas pusat..nasrudin hasan tantawi.... hehehehe... pusing2 tang tu jugak lepas nya..

Awanama berkata...

Peguam PAS buat hal.
Tak kanlah peneroka Felda tu tak tahu tentang apa yg telah berlaku kpd Tabung Memali? Tabung Kohilal? Tabung Lebuhraya Jeli ke Kota Bharu?
Melayu mudah lupa ????????