Selasa, 14 Jun 2011

FITNAH! GUAN ENG MENUNJUKKAN KEBODOHANNYA YANG SEBENAR!!


Guan Eng mempersoalkan Rais Yatim menghabiskan bajet RM100juta dalam masa sehari semasa sambutan Hari Seniman 2011. Dia siap boleh bagi contoh kata Pulau Pinang boleh sambut dan buat lagi besar sambutan perayaan antarabangsa.

Kononnya nak hentam Rais Yatim, cakap senang, nak hentam kerajaan la.

Kat bawah ni, ada jawapan balik untuk Guan Eng.

Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) hanya membelanjakan RM97,800 untuk sambutan Hari Seniman 2011 pada 29 Mei lepas, kata Setiausaha Bahagian Pengurusan Acara Majlis Sepetang Bersama Seniman Modzaki Din, hari ini.


Beliau menjelaskan, laporan media yang mengatakan bahawa perbelanjaan RM100 juta digunakan bagi sambutan itu merupakan salah faham.


"Ini kerana jumlah RM100 juta itu sebenarnya merujuk kepada wang yang telah disalurkan sehingga kini kepada para penggiat seni di bawah Dana Industri Kreatif,” katanya kepada Bernama hari ini.


Di bawah Bajet 2011, kerajaan memperuntukkan RM200 juta di bawah Dana Industri Kreatif dalam usaha membantu menyemarakkan lagi industri kreatif negara. — Bernama

Ni apa pun benggong seorang ketua Menteri membuat tuduhan tanpa menyelidiki terlebih dahulu. Nak fitnah pun agak-agak la. Jauh benar jumlah tuduhan dengan jumlah betul. Kata RM100 juta, yang kementerian belanja cuma RM97,800. Apa cerita ni Guan Eng, sudah-sudah la nak fitnah kerajaan. Lu jaga Penang pun macam tak berapa nak betul, lagi nak tolong jaga kerajaan. Aparaa..

Ni la susah apabila seorang 'mangkuk' telah dilantik untuk menjadi Ketua Menteri. Malah Ketua Menteri 'mangkuk' kaki fitnah ni juga yang menjadi idola Pas di Malaysia.

Olang sula tahu lu manyak bolo, tapi jange tunjuk sangat la Guan, Malu tau nya pun.. adoiii...

McTheory:
nak fitnah orang, sendiri yang kantoi!! he he..

1 ulasan:

CIFUT berkata...

Hanya sibangang yg angkat sibodoh jadi ketua menteri.