Isnin, 13 Jun 2011

PANAS MEMBARA!! KEMENANGAN MAT SABU ADALAH PERANCANGAN ANWAR DAN DAP??

Dap menguasai pentadbiran Pas?
Khabar ini dibawa oleh seorang penyokong Pas yang agak fanatik. Cuma beliau agak terkilan dengan kemenangan Mat Sabu dan kumpulan erdogan dalam Pas.

Menurut apa yang beliau ceritakan pada Mc, kemenangan kumpulan erdogan, atau lebih jelas dipanggil kumpulan Anwar dan Dap, adalah perancangan dari kepimpinan Pas sendiri. Jika tidak masakan undian dari pewakilan yang seribu lebih, dikira sehari semalam. pasti ada sesuatu!

Malah tidak mungkin kumpulan Ulama yang mempunyai lebih ramai pengikut, boleh kalah kepada kumpulan erdogan yang lebih pentingkan duniawi.

Kalau mengikut apa yang beliau terangkan kepada Mc, ada betulnya juga. Sebab Dap tidak suka pemimpin Pas yang fanatik perjuangkan agama. Mereka yang fanatik dengan perjuangan agama, sudah ditolak ketepi!


Anwar dan Dap, hanya mahu mengunakan Pas bagi menganggu undi Melayu kepada UMNO. Soal pentadbiran bila menang nanti, diserahkan kepada Anwar dan Dap bulat-bulat, sebab itu awal-awal lagi Hadi Awang sudah mengumumkan beliau tidak mahu menjadi PM bila Pakatan menang kelak.

Bukan beliau taknak, tapi sebenarnya memang tak boleh!

Sebab itu jika dilihat, semua pemimpin Pas yang menjilat Anwar dan Dap, mendapat tempat dalam organisasi tertinggi Pas sekarang.

Ini semua adalah persediaan Pas menghadapi PRU ke 13.

Mc tak kisah pun apa Pas nak buat, cuma apa yang Mc kisah, Parti Pas umpama tiada maruah. Apabila Anwar dan Dap dapat menentukan siapa yang layak memimpin Pas. Baik suruh Kit Siang jadi Mursyidul Am Pas kedua saja, lagi bagus.

Mc ada tanya berkenaan Hadi Awang, beliau adalah kumpulan Ulamak Pas, kenapa beliau dapat jadi Presiden?

Dia jawab senang saja, Hadi Awang ni lalang, tiada pendirian, cuba lihat balik ucapan Presiden, sememangnya menunjukkan beliau menyokong dasar Anwar dan Dap. Malah dasar Pas yang perjuangkan dulunya, langsung tidak wujud lagi. Sebab itu Hadi dapat mengekalkan jawatannya tanpa sebarang cabaran.

Jika benar bagai dikata, amat kasihan pada semua Pejuang Islam Pas yang mahu melihat Islam diutamakan apabila Pas menang kelak. Ini kerana, impian mereka hanyalah fantasi dan angan-angan. Negara Islam sudah jadi negara kebajikan, apa yang kebajikannya?

Negara Kebajikan yang Pakatan mahu ialah, apabila harta melayu Islam dan hak melayu diagih-agihkan sama rata, maknanya kebajikan dari Melayu kepada semua kaum.

Mungkin itu kebajikan yang sebenar!..

Ya Allah, moga Malaysia dijauhkanlah dari segala malapetaka!

McTheory:
Apa nak jadi dengan Pas ni? bodoh betul!!

Tiada ulasan: