Ahad, 25 Disember 2011

TUDIAA LAA!! BALIK-BALIK UMNO DENGAN UTUSAN JUGA YANG SALAH!!



Macam biasa, bila ada sesuatu isu yang membuatkan Pas bergolak. Isu itu akan terus di tuding terhadap UMNO dan akhbar Utusan Malaysia.

Sedangkan isu tersebut di mulakan sendiri oleh Hasan Ali dan Ustaz Nasha. Namun bagi terus menipu penyokong dan ahli tegar Pas. Kesilapan dan keburukan Pas di tolak kepada orang lain.

Apakah ini ciri-ciri parti Islam?


Depan cakap lain, belakang cakap lain.

Sudah beberapa kali Hasan Ali masuk bual bicara secara langsung di TV. Intipati dan perjuangnya tidak pernah berubah.

Berjuta rakyat Malaysia melihat Hasan Ali menyerang kepimpinan Pas secara langsung. Apakah itu satu lagi penipuan media?

Janganlah salahkan orang lain kalau diri sendiri yang salah. Pas harus akui, sememangnya kepimpinan Pas sekarang jauh berbeza daripada kepimpinan Pas semasa di bawah Allahyarham Ustaz Fadzil Noor.

Dulu Pas ekstrim menegakkan agama Allah, kini Pas lebih ekstrim dalam hal menegak apa saja yang Dap nak.

Namun itulah yang Pas selalu buat. Perkara-perkara munafik.

Satu jari tuding kearah orang, tanpa sedari empat lagi menghala ke diri sendiri.

McTheory:
Sendiri yang makan petai, namun kentut orang lain pulak yang dia kata busuk!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada perkataan lain yang sesuai diungkapkan kepada parti PAS ini melainkan ianya sebuah parti "PEMBOHONG" "MEMFITNAH" apa saja yang berlaku semua ditunjukkan kepada UMNO. UMNO lah yang jadi galang ganti dan menjadi kambing hitam. Ini kah parti yang berwibawa.

Fikir-fikirlah wahai ahli-ahli PAS,ikut lah jejak ahli-ahli yang telah meninggalkan PAS walaupun ada di antara mereka telah menjadi ahli PAS sudah hampir 40 tahun. Tahniah bekas ahli PAS Bakau Tua,Penaga.

Warga Sebelum Merdeka

Tanpa Nama berkata...

Kami ingin tinggalkan PAS tapi disebabkan kami telah "Berbaiah" kami takut dimakan sumpah pulak.