Isnin, 30 Januari 2012

PANASS!! Anwar Arahkan 'Orang' Untuk Sekat Hasan Ali!!



Dalam pada PAS heboh mengatakan Hassan Ali tidak akan mendatangkan sebarang carik dan luka kepada politik PAS – parti itu nampaknya bersusah payah membuat kenyataan media; dikumpulkan seluruh saf PAS Selangor bagi berdepan dengan Hassan Ali.

Tajuk kenyataan kepada media amat mudah dan senang faham:-

- PAS tidak takut langsung dengan jelajah Hassan Ali;

- PAS Selangor berada di dalam keadaan yang terbaik;

- tidak ada sebab masyarakat Melayu perlu risau dengan hakikat PAS
tidak lagi menjadi ‘tokan besar’ dalam menjaga agama;

- hubungan baik dalam saf PAS Selangor akan terus terpelihara;

- Hassan Ali tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS;

- Hassan Ali seorang lelaki kecewa yang tidak mendapat tempat;

Maka, dikeluarkan segala macam fakta songsang yang boleh menjadikan perkara-perkara di atas diterima pakai oleh orang PAS secara keseluruhannya.

Ironinya, menurut seorang ‘pekerja’ di PAS Selangor – ini semua kenyataan media yang sudahpun diusahakan oleh pihak lain. Pejabat PAS Selangor menerima ‘fax’ draf kenyataan media malam kelmarin. Bahasanya lebih kasar. Termasuk menggelar Hassan Ali sebagai ‘pecacai politik’ UMNO – pengangkat najis UMNO dan sebagainya. Menurut kakitangan terbabit, fax tersebut berasal daripada Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sebelum ini ada juga beberapa surat yang difaks daripada nombor yang sama.

Kenapa yang Anwar pula jadi ‘GENTAR’ dan ‘CEMAS’ dengan Hassan Ali? Apakah Anwar lupa bahawa Hassan Ali adalah ulama’ pertama yang berada di rumahnya selepas beliau dipecat pada tahun 1998? Apakah Anwar lupakan jasa Hassan Ali yang berjaya meyakinkan PAS sekitar tahun sama bahawa Anwar suci, bersih lagi maksum? Sudah lupa?

Nampaknya, Hassan Ali akan menjadi mangsa serangan ‘bersiri’ PAS (dengan arahan Jeneral Anwar Ibrahim). Tukang tembak yang sudah dikenal pasti: Dr Rani, Khalid Samad dan sesekali akan diikuti oleh Azmin Ali.

Azmin dikatakan akan MEMBOGELKAN Hassan Ali sebogel-bogelnya – termasuk beberapa permohonan yang dikatakan berkepentingan peribadi
Hassan Ali kepada MB sebelum ini.

Simpati dengan Hassan Ali; nampaknya dia seorang kena berlawan dengan dua parti sekaligus. Masak.

Ada yang kata, Anwar jadi cemas kerana ada ‘benda’ yang Hassan Ali tahu – tetapi tidak pernah didedahkan kepada umum. Kalau didedahkan…maka maruah Anwar akan terburai sekali lagi. Apa dia agaknya rahsia Anwar yang ada dalam poket Hassan Ali gamaknya….kita kena tunggu lah nampaknya.

Arahan Anwar supaya dilakukan ‘character assassination’ kepada Hassan Ali akan dipikul oleh PAS Selangor…

Masyarakatlah harus menilai, di tahap mana PAS pada ketika ini.

Gelagat Anwar

3 ulasan:

Awanama berkata...

bongkar dan dedahkan segala rahsia al juburi. AYUH !!!

Awanama berkata...

Nasihat saya pada Anwar, listen to the right people not those with high emotion. Dah lah you kantoi sbb kenyataan Israel dan jgn kerohkan lagi keadaan.
Semua rakyat yg hadir di perkarangan mahkamah sokong you akan benci you kalau you go against Hassan Ali. PAS made a bloody wrong move to sack Hassan Ali, that is a fact (you must accept that). You know better how stupid PAS is as you can manipulate them so easily. Play a new game. Hj Hadi sacked Hassan Ali, that is seen officially as he announced the sacking. So remove Hj Hadi (after all he has indicated he wants to leave), bring back Hassan Ali into PAS and give him a good post. All will be settled. So jgn sekat Hassan Ali now bcos it will back fire.

Awanama berkata...

Mat peliar pagi ni kamu dah hadas ke belum sebab bangun pagi je hang dah gila kan anuwar