Selasa, 24 Januari 2012

TERKINI!! Pejabat DUN UMNO Kedah, Datuk Bashah Terima Ugutan BOM!!

Berita yang baru Mc terima!!

Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, menerima panggilan kononnya sebuah bom diletakkan di bawah pentas di dewan terbuka pusat khidmat berkenaan.

Panggilan itu diterima menerusi nombor telefon pejabat pusat khidmat berkenaan antara 4.45 hingga 5 petang.

Petugas di pejabat itu Shamsul Anuar Aziz, 30, menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memberitahu "aku letak bom bawah pentas".

Selepas menerima panggilan berkenaan, Shamsul Anuar menghubungi Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar Kadir Mohamad yang kemudian mengarahkan beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada pukul 6.30 petang.

Unit Pemusnah Bom Polis yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai sebarang bahan berbahaya di bawah pentas berkenaan.

Siasatan polis juga mendapati panggilan berkenaan lebih berupa satu panggilan palsu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mana punya badut dok buat lawak ni?