Isnin, 30 Januari 2012

TUDIAA!! Perlaksanaan Dap Ganti Pas Semakin Menyerlah!!



Dulu salah seorang Exco Pas pernah memberi jaminan bahawa Pas akan pertimbangkan permintaan Dap supaya Dap dapat meletakkan calon Melayunya di kawasan kepunyaan Pas.

Kalau tak salah Mc, Dap meminta 4 lagi kerusi tambahan untuk calon Melayunya.

Ini menambah lagi keyakinan kita bahawa suatu hari nanti Dap akan gantikan Pas dalam politik tanah air. Sudahla Pas

Pas dijangka memberi laluan kepada calon Melayu DAP untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya orang Melayu.

Baca artikel yang dipetik dari Utusan Malaysia

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, perkara itu tidak mustahil berlaku kerana Pas sejak kebelakangan ini cenderung untuk menuruti setiap kehendak DAP.

Beliau yakin Pas tidak banyak pilihan jika itu yang dikehendaki oleh parti sekutunya.

"Saya lihat dan saya percaya ini yang akan berlaku. Tidak mustahil dalam usaha DAP menarik minat sokongan pengundi Melayu, Pas sedia mengorbankan kerusi mereka untuk diberikan kepada calon Melayu DAP," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini DAP yang kini dilihat cuba menampilkan calon-calon Melayu untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam perkembangan lain, Mukhriz berkata, walaupun UMNO merupakan parti berasaskan Melayu namun parti tersebut tidak pernah mengabaikan nasib serta masa depan kaum-kaum lain.


McTheory:
Pemimpin nombor dua UMNO Kedah pun mengakui hakikat ini. Dap akan Ganti Pas!!

1 ulasan:

Assassin Cyber berkata...

Jelas lagi bersuluh. Itu pun PAS tak nampak. Apa yang DAP lakukan semuanya OK bagi PAS.