Khamis, 19 Julai 2012

GEMPAR!! Mustafa Ali Nak Letak Jawatan?? Biar Betui ni?




Mc ada terbaca cerita menarik di blog Keris7Lok. Cerita mengenai Mustaffa Ali yang gagal mengerahkan ahlul-ahlul Pas ke perhimpunan Oren yang lepas.

Ahli PAS seluruh Malaysia ada menjangkau 1 juta namun pada perhimpunan oren yang lalu walaupun dikerah oleh pemimpin mereka, yang hadir tidak sampai 2000 orang. Kalau dah keluar surat arahan daripada pucuk pimpinan kepada bahagian dan cawangan PAS, mengapa hanya itu bilangan yang hadir?


Lihat bagaimana arahan yang ditulis melalui gambar diatas. Satu arahan serius bagi mewajibkan ahli PAS untuk pergi ke perhimpunan oren. GAGAL! Inilah buktinya orang PAS sendiri sudah tidak mahu lagi melayan kerenah poltik bodoh pemimpin PAS yang dikawal oleh DAP. Inilah bukti mereka akan tewas pada pilihanraya akan datang. Kuasa arahan seorang Setiausaha Agung PAS juga tiada makna lagi.





Menurut rakan yang bekerja di pejabat PAS satu parlimen ini. Katanya kerana gagal pada perhimpunan oren yang lepas, Mustafa Ali sedang ditekan oleh pimpinan pusat dan mungkin dia akan dipaksa untuk letak jawatan. Mustafa Ali tengah cuba menepis tapi bukti kegagalan arahan kuasa seorang Setiausaha Agung PAS membuatkan kredibilitinya tercabar. Mungkin dia sudah tidak layak lagi menyandang jawatan tersebut.

Ada satu kumpulan dalam PAS memang nak jatuhkan puak anwarinnas dalam PAS dan ini merupakan salah satu peluang buat mereka. Dengarnya lagi ada beberapa nama sudah disenaraikan untuk menggantikan Mustafa Ali bagi jawatan Setiausaha Agung PAS. Tunggu je bro!

Siapa agaknya yang akan menyandang jawatan Mustafa Ali jika beliau turun kelak? Mc dengar Nasha Tantawi antara calon yang disebut-sebut, untuk jawatan itu. Betul ke?


McTheory:
Kalau dah tak mampu pikul lagi.. turun saja la.. Pak Muss oii..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS kena lantik Kamaruddin Jaafar baliik sebab dia ANWARISM man. Mustafa Ali bukan ANWARISM. Arahan Mustaffa Ali, laku setakat ...... cabok.

Tanpa Nama berkata...

aku setuju tuh , sebenornya ini lah cara cara kotor anuar na "BERSIHKAN" PAS dari di kuasai oleh golongan ALAMAK [ bukan ulamak ] bila semua jawatan dah di bolot oleh orang orang nya cuma tinggal lah dua orang tua tu yang hanya meniti senja untuk berlabuh

mohd. natar berkata...

... Saya rasa tak mungkin Mustaffa Ali akan dipecat.

Ini kerana kalau nak dipecat seseorang itu mestilah berani memperjuangkan dan memertabatkan Islam barulah berkemungkinan ianya akan dipecat.

Sepertimana terjadi keatas YB Datuk Dr Hassan Ali tuu...