Khamis, 20 Disember 2012

EKSKLUSIF DAN PANASS!! Blogger UMNO Dalang Penyebaran Cerita Rusuhan dan Pergaduhan di Sungai Petani? #FitnahPakatan

Ini gambar yang disebarkan oleh Troopers Pakatan haram

Semalam kecoh dan gempar mengenai pergaduhan dan kononnya ianya melibatkan rusuhan kaum di Sungai Petani dan Kuala Muda.

Tambahan pula ada individu yang tidak bertanggung jawab menyebarkan gambar dan cerita melalui BBM, SMS, Facebook, twitter dan juga blog. Habis la gegar satu malaya bila berita itu disebarkan.

Sungai Petani digambarkan sebagai zon perang! Kiranya sedang berlaku rusuhan kaum, hingga melibatkan kematian di pihak berkuasa.

Mc pun dapat BBM tu, terkejut juga Mc, sebab sehari sebelum tu Mc baru pulang dari Sungai Petani. Dua hari Mc bertapak kat sana, ada program.Tak pula nampak rusuhan kaum!!

Untuk penjelasan, Mc cuba menghubungi sahabat Mc yang bertugas disana.

Lama jugalah sahabat Mc tu terangkan apa yang berlaku. Setelah diterangkan, barulah Mc faham, kejadian yang sebenar.

Cerita sebenarnya bermula dari dua kumpulan gengster melayu dan india. Bergaduh, namun dicampur tangan oleh pihak luar, itu yang membuatkan keadaan lebih teruk.

Untuk tambah teruk, wujud pula SMS dan BBM palsu yang dicipta untuk mengeruhkan lagi keadaan. Bak kata orang, kalau rumah dah mula terbakar, simbah la dengan air, bukan dengan minyak, betul tak?

Bila Mc check balik siapa yang memulakan fitnah dan khabar angin ni, Mc terKLIK satu blog pro Pakatan, yang menyiarkan gambar seorang budak baring dihospital dalam keadaan parah dan ada gambar yang menunjukkan tangannya ditetak sampai hampir putus.

Dalam keterangannya, blogger Pakatan itu menerangkan bahawa, budak itu ditetak oleh india kat Sungai Petani. Namun dia sendiri tak pasti benda tu betul ke tak. Namun apabila dia membuat posting begitu, ia seolah-olah membakar api perkauman diantara kaum.

Dalam kumpulan blogger, dia la punca penyebaran fitnah!! Mc taknak link kan ke blognya, sebab Mc taknak bagi promosi free. Kalau nak tau juga, boleh contact Mc kat FB, Twitter atau BBM saja.

Kaki Fitnah Paling JAHAT!!

(Posting diblog tersebut telah diedit.. jahaman!!)

Rusuhan kaum bukan perkara kecik, kalau tak pasti mana boleh sebarkan?

Jadi ini menafikan kata-kata si Joe Bedul, MP Sungai Petani yang menuduh bahawa blogger UMNO dalang khabar angin. Setahu Mc, kami di TMK bekerja keras menepis fitnah tersebut dengan mengunakan pelbagai platform.

 Sambil menerangkan kejadian sebenar kepada orang ramai, dan sahabat-sahabat dari luar Kedah.

Kami walaupun pembangkang, namun kami tetap anak jati Kedah. Menjaga Tanah Air adalah satu daripada 3 perkara penting dalam hidup. Walaupun Kedah sekarang ditangan Pas, namun kami tak rela melihat imej negeri Kedah tercemar dan porak peranda.

Kami bukan seperti Anwar dan cai-cai Pakatan yang sanggup merusuh dan merosakkan keamanan demi politik. Kami tak terdesak, sebab kami tahu, PRU ke 13 ni merupakan tarikh luput kerajaan Pas Kedah. Buat apa nak gelojoh, betul tak? he he..

Kepada Joe Bedul, lain kali kalau nak menuduh tu, pandang kiri, pandang kanan! Nama kata Ahli Parlimen Sungai Petani, tapi tanya la si Joe Bedul tu, setahun berapa kali balik kawasan? Nak jadi ahli parlimen konon?? piirahhh..

Orang macam ni, jadi pemimpin pun tak layak, tukang kipas Anwar boleh laa..

McTheory:
Main tuduh-tuduh, bagi bukti dulu laa

2 ulasan:

nad berkata...

haikal ni LANSUNG xde kaitan dgn pgaduhan ini..dia cuma berada di MASA DAN TEMPAT YG SALAH..
Dia br balik jamming dgn line up dia..
Apa2pn ddoakan Haikal cpt sihat

Tanpa Nama berkata...

Hemmm jahat blogger pakatan ni ya.
Penyebar fitnah.