Sabtu, 29 Disember 2012

PANASS!! Pengarah Jabatan Hutan Kedah Ada Syer Tebang Balak Dengan MB Kedah Ka? #TukarKedah


Makin lama makin dahsyat puak ni buat projek sapu bersih balak kat Kedah ni. Azizan dan konco-konconya buat penebangan balak ni serupa mak bapak dorang yang punya.

Medan Tempur Kedah membongkarkan rahsia, apabila Azizan disoal mengenai balak Gunung Inas yang tak dapat kelulusan JAS.

Inilah jawapan rakus Azizan untuk selamatkan duit poket Pas dari disekat oleh pihak JAS. Walaupun laporan EIA belum diluluskan Azizan tetap akan meneruskan projek mengondolkan HUTAN.

Azizan berkata projek pembalakkan di Gunung Inas dan di sekitar tasik Pedu tidak akan dikorbankan semata mata untuk menunggu laporan EIA yang baru siap...

Sebaliknya Azizan menyalahkan tafsiran JAS dan Jabatan Hutan yang mengelirukan ..Tafsiran mengikut JAS 250 meter ke atas dari paras laut manakala Jabatan Perhutanan menetapkan 750 meter.

Jadi untuk tidak mengelirukan, Azizan mengambil jalan mudah iaitu " Tebang Saja Balak Itu " mana mana tafsiran pun boleh asalkan dapat wang..

Mudah saja jawapan Azizan, dia buat hutan kat Kedah ni macam hak adik bradik puak Pas..Aku difahamkan projek ni rupanya diluluskan oleh semua Exco kerajaan Pas Kedah..Tetapi kalau ada berlakunya bencana, pengarah hutan negeri Kedah kata jangan salah kerajaan negeri sebaliknya salahkan pemaju..

Pulak dah !! Bukan PKNK ka yang dapat projek ni ? PKNK bukan bawah kerajaan negeri ka ?? 3 nama teratas dalam senarai Ahli PKNK Azizan, Phahrolrazi dan Amiruddin sapa mangkaq 3 ekoq ni..?? Bukan ka depa ni MB dan Exco Kerajaan Negeri Kedah ??

Jangan buat lawak la Pengarah Hutan oii..


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mendakwa pihaknya tidak akan 'mengorbankan' projek kerajaan negeri semata-mata untuk menunggu laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang baru siap.

Ini kerana menurut beliau aktiviti pembalakan di Gunung Inas dan Pedu telah bermula selain mendakwa projek tersebut mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

"Kalau sebab EIA, mereka buat lambat dulu. Takkan kerana EIA lambat, kita pun nak korban kita punya projek kerajaan," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.

Azizan selain itu memberi alasan bahawa projek tersebut bertujuan membantu rakyat miskin dan tidak menjejaskan Tasik Pedu.

Justeru menurut Azizan kerajaan negeri bertekad untuk meneruskan aktiviti pembalakan di kedua-dua kawasan berkenaan walaupun Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar mengarahkan semua kegiatan itu dihentikan serta-merta.

Beliau mendakwa projek tanaman agro pelancongan di Pedu yang sedang berjalan dengan penanaman buah mempelam hanya mengalami kesalahan teknikal yang berkaitan dengan tafsiran ketinggian tanah dari paras laut yang berbeza oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Perhutanan.

Tafsiran mengikut JAS 250 meter ke atas dari paras laut manakala Jabatan Perhutanan menetapkan 750 meter.

"Jadi saya pakai mana satu pun saya betul. Ini bukan masalah pembalakan tapi masalah pembangunan," ujarnya.

PAS Kedah sebelum ini dilaporkan menjalankan aktiviti penerokaan hutan di Gunung Inas untuk memajukan 5,000 hektar tanah bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera manakala lebih 400 hektar tanah hutan di sekitar Tasik Pedu diteroka bagi tujuan projek pelancongan.

Ditanya mengenai kemungkinan kerajaan negeri akan didakwa berhubung aktiviti penebangan balak berkenaan, Azizan berkata hutan adalah hak negeri.

"Dakwalah, kita tengok dakwa esok macam mana. Hutan hak negeri," tegasnya.

Dah lama Mc perhatikan Jabatan Hutan dan Pejabat Tanah kat Kedah ni. Bila kita minta detail berapa hektar tanah yang telah ditebang oleh Kerajaan Negeri Kedah, Jabatan Hutan atau Pejabat Tanah langsung tak peduli. Kami TMK dah buat siasatan, mengenai perkara ini, malah kami akan bongkar siapa disebalik Jabatan Hutan dan Pejabat Tanah.

Ini dua jabatan tarak guna punya!! Sudah kena bayar!! Masing-masing nak poket kembung, rakyat depa sepak tepi!


McTheory:
Hangpa tunggu aku londeh hangpa dua ekor nanti!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SEBELUM BUNGKUS DALAM PRU13 SEBAT DULU MANA YANG BOLEH. BUAT BEKAL ANAK CUCU. TAK GITU KA OSTAD. BETUL TAK BETUL KA DOSA TAK DOSAKA BELAKANG KIRA. KALAU DAH PAS TU, APA PUN BOLEH KAN.

Tanpa Nama berkata...

alamak ameno sapu 50 tahun tak heran pun. org sapu sikit depa marah dah. hak tuih la!