Jumaat, 14 Jun 2013

GEMPAR!! Mukhriz Ada Bela Jin Aladdin Untuk Jaga Kedah!! #HanyaDiKedah


Ada orang tanya Mc, sejak BN perintah Kedah ni, awat takdak apa-apa perubahan pun. Dulu BN dok canang, BN menang rakyat senang. Tapi sampai lani, rakyat tak nampak apa yang boleh menyenangkan rakyat. Semua sama saja macam Pas memerintah juga.

Kalau ada orang tanya Mc soalan tu, Mc rasanya dia ni jenis manusia yang tak berapa nak cerdik, tak reti berfikir atau malas nak fikir. Jenis suka makan apa saja depan mata dan tak reti nak pi cari sendiri.

BN Kedah hanya rampas balik Kedah dari tangan Pas pada 5 Mei 2013 yang lepas. Termasuk hari ni, rasanya baru 40 hari lebih kot. Dalam masa 40 hari, apa kerajaan baru boleh buat? Selain dari mengubah dasar dan mencuci kembali karat dan tahi dalam Wisma Darulaman (pentadbiran).

Mungkin sesetengah rakyat Kedah mahu Mukhriz buat pengumuman yang popular seperti 'harga air Kedah turun' atau Kerajaan negeri Kedah beri wang RM300 pada setiap keluarga di Kedah. Bila Mukhriz buat macam tu, baru depa kata BN menang rakyat senang!

Tapi tahukah rakyat Kedah bahawa, negeri Kedah yang kita cintai ini tidak lagi mempunyai simpanan wang yang banyak untuk mentadbir?

Kerajaan negeri Pas dulu pun tinggal hutang RM3 Billion, bukan aset atau simpanan RM 3 Billion, tapi hutang yang perlu dijelaskan! Jadi macam mana MB Kedah yang baru ni nak belanja duit untuk buat perkara yang bukan-bukan atau umum benda yang popular, sebab Kedah sebenarnya takdak duit.

Sebab tu, dalam masa 40 hari ni MB Kedah dok bawa masuk pelbagai pelabur luar untuk datang melabur di Kedah. Bila di congak secara kasar, rasanya dah lebih 10 billion duit luar masuk ke Kedah bagi menjana ekonomi! Itu perkara yang Pas takkan mampu buat walau jadi Kerajaan dalam masa 20 tahun pun! Tapi MB kita ni buat dalam masa 40 hari saja.

MB kita cari duit dulu, barulah boleh buat perubahan. Cuma MB kita ni tak jelaskan pada semua rakyat, beliau ingat rakyat Kedah ni faham dan boleh sabar! Tapi beliau lupa, sengsara yang Pas buat dulu masih menghantui rakyat Kedah!

Dah 5 tahun dok tunggu Pas buat perubahan, dari setahun ke setahun, akhirnya sampai hilang kuasa pun, tak nampak apa yang Pas buat. Mungkin sebab itu, rakyat Kedah mahu Mukhriz tak hampakan rakyat Kedah seperti mana Pas buat dulu.

Tapi rakyat Kedah kena fikir la, Mukhriz bukan ada 'teko' ajaib yang boleh keluarkan jin dan tunaikan permintaan sekelip mata.

Kalau ada jalan berlubang tu, pi la report kat JKKKP dulu, atau PBT yang berhampiran, dok marah Kerajaan negeri buat apa, ahli majlis kat semua majlis daerah tu pun ramai puak karat hijau lagi. Kalau depa takmau dengar aduan, mai email Mc, kita pi terjah kat semua majlis daerah yang tak buat kerja tu. Baru ada akai!!

Puak Pas dok gelak, sebab depa ingat depa tera, boleh sabotaj pasal dua tiga perkara depa ingat depa hebat! Takpa, nanti kita hantar depa pi main dalam hutan. Orang bagi kerja, bagi gaji, dah kira bagus. Bukan nak bersyukur, kira nak sabotaj, kepala otak hampa!

Pada semua rakyat Kedah, Mc minta kita jangan bagi muka pada geng karat hijau ni, puak ni la dok kira cuba nak perjahanam semua kerja Kerajaan BN, depa kalau kita buat apa pun, depa tunggu masa nak sabotaj saja. Punya la jahat puak ni!

Untuk perubahan, insyallah bila semua dah stabil, 'Aku Janji BN' akan ditunaikan dengan segera, lanih kita bagi masa MB kita buat kerja dulu. Biar dia cari duit untuk Kedah, lepas dah ada duit baru boleh buat perubahan, betui dak?


McTheory:
Sabar, ada hasilnya nanti...

9 ulasan:

Awanama berkata...

jangan tunggu lama-lama, kerat buang habis semua syaitan hijau tu.

Awanama berkata...

Saya suka dengan catatan di bawah:

"BN Kedah hanya rampas balik Kedah dari tangan Pas pada 5 Mei 2013 yang lepas. Termasuk hari ni, rasanya baru 40 hari lebih kot. Dalam masa 40 hari, apa kerajaan baru boleh buat? Selain dari mengubah dasar dan mencuci kembali karat dan tahi dalam Wisma Darulaman (pentadbiran)."

BAGUS CARA PEMIKIRAN MCM NI. RASIONAL. LOGIK. BAHAWASANYA MANA MANA KERAJAAN NEGERI YANG BAHARU DIPILIH HARUSNYA TIDAK DIPERSALAHKAN SEKIRANYA TIDAK MENAMPAKKAN HASIL DENGAN SERTA MERTA. SAYA YAKIN PERKARA YANG SAMA JUGA HARUS DIGUNA PAKAI DI MANA MANA NEGERI SEKALIPUN WALAUPUN RAMAI PENYOKONG BN BERKATA TIADA APA YANG PR LAKUKAN SEMENJAK MEREKA MEMENANGI SELANGOR PADA TAHUN 2008. (CONTOHHHH) SYABAS KEDAH KE KL. ANDA BIJAK.

Awanama berkata...

Tak fhm ke apa Mc tuleh tu?dia kata 40 hari bole buat apa.kalo dari 2008 tu dah kira lain.bodo ka apa yg kat atas ni?

Awanama berkata...

bkn bodo,tp jenis buta perut,buta hati,buta tuli,buta akal dan buta segala2

hero_labu berkata...

Kurang2nya cuci la dl pbt,ktpc dan syarikat berkaitan kerajaan dl.ni org pas dok sapu sakan lg tu.takan nak biar parah lg.yg bos2 kuin lama terang2 pecah amanah berjuta tunggu la pd rakyat dlm proses siasatan.biar rakyat tau langkah2 kerajaan negeri amik.x guna kalau bwk masoj duit tp dok biar makhluk perosak yg lama dok perabih tu tu.

Awanama berkata...

Selangor kedah lain..selangor kaya kannnnnnnn byk hasil kannnnn dr dulu.
Kedah nak banding dulu..ambik aja di pas...penghujung kuasa lagi parahhhhh

Selangor berkait rapat kawasan wilayah dan ibu kota..jadi perkembangan byk arah bukan kerana pakatan..kita lihat aja la akan dtg..

Rakyat menonton kedua dua pihak.

Awanama berkata...

kuin pun kena cuci jgk..byk nangoi2 hijau dok dlm tu..

Awanama berkata...

5 thn kami boleh sabar dgn puak hijau kt sini namun kami tanggung azabnya. Setiap kali dok canang kita tadak sumber duit so kita kena tebang pokok. Duit tebang pokok kemana, investor x mai masuk, yg senang juak2 depa ja. Yg depa tau ceramah kutuk org bukan nak habaq kita dah bawa mai investor berbilion2 , peluang kerja beribu-ribu, baru le meriah..Ni buat KUIN kata dah siap tapi backhoe dok berbunyi..kalih kali ni

Awanama berkata...

Kalau mb ada jin baik keputusan pru13 kalih pi bn...ha ..ha benggong punya pakatan..jgn kasi itu org jd pm....