Rabu, 19 Jun 2013

PANASS!! Haron Din Bakal Halang Husam Jadi Presiden Pas?


Selepas Husam Masam mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap kontroversi. Bayangkanlah, himpunan Blackout 505 yang dipenuhi oleh puak Dap kafir harbi tu, boleh dianggap mati syahid. Puii!! memang orang setengah masak atau 3 suku saja yang boleh cakap macam tu. Nak baca boleh klik SINI.

Kemudian, kata-kata Husam tu di komen semula oleh Haron Din, ternyata pemikiran Ulamak tersohor ini lebih bijak dan matang berbanding Husam, yang diketahui IQ nya lebih kurang kambing jamnapari!
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din mahu ahli PAS mematuhi pendirian serta nasihat Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak memaksa mereka bagi menyertai perhimpunan 'Blackout 505' pada Sabtu ini.

Katanya, perhimpunan anjuran beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah perjalanan pilihan raya umum lalu dianggap bukan acara rasmi parti.

"Itu suatu agenda parti yang selama ini diamalkan iaitu kita patut mendengar kenyataan Presiden atau Ketua Penerangan atau sesiapa yang dilantik parti, jadi bila Presiden kata begitu, saya berpegang dengan itu dan bukannya pemimpin lain (Husam).

"Saya sendiri pula dari dahulu tidak sertai perhimpunan atas sebab kemampuan dan kesihatan. Jantung saya bukan sihat sangat, dari dahulu tidak kerana kesihatan saya tidak mengizinkan," katanya yang dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Haron mengulas percanggahan kenyataan Abdul Hadi semalam yang tidak memaksa ahli PAS menyertai perhimpunan sebegitu sedangkan Naib Presiden Datuk Husam Musa sebelum ini mendakwa pemimpin yang tidak menyokongnya sebagai pengkhianat parti yang lupa asal-usul.

Beliau juga berkata dirinya akan mengadakan pertemuan dengan Husam dalam masa terdekat untuk mendapatkan penjelasan berhubung tindakan ADUN Salor itu yang melabelkan pemimpin parti itu sebagai pengkhianat jika tidak menyokong himpunan berkenaan.

Dalam satu perhimpunan anjuran NGO di Kelantan minggu lalu, Husam turut mendakwa pemimpin PAS yang tidak menyokong perhimpunan itu sebagai menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan serta mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan PAS terdahulu.

Haron menambah, dari segi prinsip, Islam tidak melarang umatnya daripada menyertai sebarang perhimpunan selagi ia tidak mengundang padah.

Nak ikut Presiden Parti, Ulamak tersohor, atau Pengusaha kambing yang telah kalah PRU? Tapi jangan memain dengan pengusaha kambing ni, dia keluarkan kenyataan tu, sebab dia nak jadi Presiden Pas!

Orang setengah masak macam Husam ni layak ke jadi Presiden Pas? Atau Anwar yang jolok Husam untuk jadi Presiden Pas, supaya senang Pas di kontrol olehnya kelak. Husam tu kan Anwarinas, proxy Anwar dalam Pas.

Kalau Presiden Anwarinas, Timbalan Presiden pulak Syiah dan Anwarinas, Setiausaha Parti pun Anwarinas. Apa lagi yang tinggal dalam Pas? Orang Pas nak ka jadi macam tu?

McTheory:
Dulu Pas bangga dengan kepimpinan Ulamaknya, sekarang ni, Ulamak entah ke mana..

2 ulasan:

Awanama berkata...

x payah campok urusan dalaman depa.....!

ni dah sya'aban ....count down Ramadhan

https://play.google.com/store/apps/details?id=ramadan.mushaftajweed&hl=en

Awanama berkata...

Haorn din pun penipu. Jd syaitan bisu yg biarkan pemimpin dan bahlol2 PAS rosakkan Aqidah, bersekutu dgn LGBT, pemikiran songsang. Bkn main lah suruh Tun M bertaubat konon Murtad sbb ckp pasal syaitan di kenali.. tp Nik Najis ckp nk kawan dgn syaitan xde pulak dia cko Murtad!

Dlm PAS ularmak PENIPU je! elok ke HUSAM naik biar hancor terus PAS!! Aminnn