Selasa, 18 Jun 2013

PANASS!! Kedah Tetap Menuntut Pulau Pinang Bayar Air!! #HanyaDiKedah



Kerajaan negeri Kedah bercadang mengadakan rundingan dengan Pulau Pinang berhubung cadangan untuk mengenakan caj bagi air mentah, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sebelum ini Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, menyatakan cadangan negeri Kedah untuk mengenakan caj kepada Pulau Pinang untuk air mentah adalah "tidak masuk akal" dan sama dengan "meminta wang tanpa sebab" kerana Pulau Pinang mengambil air dari bahagiannya di Sungai Muda dan Kedah tidak mengeluarkan sebarang kos.

Bagi Mukhriz pula berkata, kerajaan negeri sebelum ini telah cuba membincangkan isu ini, tetapi beliau percaya ia hanya di peringkat exco dan bukan di antara Ketua Menteri dan Menteri Besar.

Beliau menambah adalah adil bagi kedua-dua kerajaan negeri untuk mencapai persetujuan mengenai perkara itu.

"Kita akan berunding dengan mereka dan lihat jika kita boleh mencari penyelesaian kepada masalah ini," katanya.

Sebagai tindak balas, Mukhriz berkata bekalan air telah disediakan di sebelah Pulau Pinang, tetapi kawasan tadahan air atau sumbernya berpangkalan di Kedah.

"Saya masih ingat ada kemarau sekali, dan Pulau Pinang telah menulis kepada Kedah meminta kita untuk melepaskan air dari empangan kami ke Sungai Muda untuk meningkatkan bekalan air yang semakin berkurangan.

"Surat itu sendiri merupakan pengakuan bahawa bekalan air itu sememangnya berpangkalan di Kedah," katanya.

Bagi pendapat Mc, perkara ini perlu diteliti oleh pakar persempadanan dan pakar sejarah. Lama mana lagi kita nak tangguh perkara yang penting macam ni. Jikalau benar air tu hak Kedah, Pulau Pinang perlu membayarnya. Takkan nak 'free' sampai kiamat kot?

Dengar kata Kerajaan negeri Kedah sanggup ke mahkamah untuk selesaikan perkara ini.

Bincang dulu, kalau tak dapat kata sepakat, kita bawa ke pihak ketiga, sudah tentulah mahkamah, betul?

Kalau nak kata isu ini disebabkan BN menang di Kedah dan Pulau Pinang pulak Dap, pun tak betul. Sebab dari zaman Pas memerintah lagi, Azizan Razak dan Exconya Phahrolrazi pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengenakan bayaran RM30juta setahun kepada Pulau Pinang.

Jadi BN Kedah hanya meneruskan apa yang patut dibuat oleh sebuah Kerajaan Negeri. Lagi pun, Pulau Pinang kan dah kaya, jadi tak salah kalau bantu negeri susah macam Kedah ni. he he he..

McTheory:
Lama mana lagi nak bagi free?

3 ulasan:

Awanama berkata...

TUNTUT...ooiii org cina kat penang kaya.. pelancongan hebat..rumah besaq ada di mana mana..oo.. tak kan nak bagi free..dia dpt free tapi kutip kat rakyat hasil..Dah tu bongkak pulak kat org Melayu..TUNTUT byk nak bayar di kedah. Katanya pas kaut hasil kat kedah berjemaah dgn dap. Tu dah gondol tanah. Hasil bawak ke penang.

Awanama berkata...

Sebahgian dari air yang disedut dari Sungai Muda (kononnya sebelah Pulau Pinang), diproses di Ampangan Mengkuang dan dihantar ka Pulau Pinang. Paipnya melalui mana aku tak tahu.

Tapi air itulah yang dijual oleh Jabatan Air Pulau Pinang yang Pengurusinya Lim Guan Eng dan Timbalannya Mat Sabu yang kalah di Parlimen Pendang, kapada rumah kondo, apartmen dan banglo-banglo di sebelah pulau, Pulau Pinang.

Pejam mata Pulau Pinang dapat kekayaan.

Macam DP Mokhriz kata, "masa kemarau panjang air di Sungai Muda surut tak boleh disedut, kerajaan Pulau Pinang minta lepaskan air Ampangan Muda", terang sangat keperluan air itu dari ulu Sungai Muda.

Kita mahu Kerajaan Kedah ajar cepat kesombongan Lim Guan Eng ini.

Awanama berkata...

MB Kedah kena ajar CinaPiggy LGE Penang ini yg angkuh sombong ini. Air mentah dari Kedah di ambil percuma kemudian dijualnya pd kadar INDUSTRI pd kilang2 dan kapal-kapal dagang di pelabuhan Pulau Pinang.

Kenapa org Melayu lembab dan lambat lakukan tindakan tuntutan ini? Kes ini dikatakan sejak zaman MB Syed Razak lg tp terlalu lembab prosesnya.

Kawasan tadahan di Kedah terpaksa dipakai untuk bekalkan air kpd CinaPiggy Penang ini..